Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, September 30, 2011

HUDUD: MELAYU PUN TAKUT.

Ini cerita sudah 2 minggu punya cerita. Cerita hukum Hudud. Kenapa tiba-tiba ianya keluar, hamba pasti kerana umno mahu perangkap PR tentang isu ini.

Apa yang hamba nampak, pihak umno hendakkan rakyat melihat bahawa PAS tidak berkeupayaan untuk melaksanakan hukum hudud didalam PR dan PAS akan gagal dalam perjuangannya menegakkan Hudud. Itu yang digembar-gemburkan oleh media.

Ok, takpelah, memang musuh PAS akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan PAS. Tetapi sebenarnya, apa yang umno dakwa dakwi itu, sebenarnya kena kepada batang hidung mereka sendiri.

Selama memerintah Tanah Melayu selama 54 tahun, mana Hudud yang dibawa oleh umno? Mana pernah umno memperjuangkan hukum Hudud terlaksana di Malaysia. Menghina dan memperlekehkan lagi adalah. Jadi, seperti yang Tuan Guru Nik Aziz kata, selagi umno ada, selagi itu Hudud akan dihalang dari dilaksana.

Maka kepada orang Melayu, yang sentiasa mengundi pihak yang memperlekeh Hudud, maka anda semua perlu berfikir kembali, parti mana yang kamu semua perlu sokong untuk tidak menanggung dosa besar ini.

Sebenarnya, orang Melayu pun takut hukum Hudud ini. Mestilah takut, kerana hukum ini pun untuk menakutkan manusia dari melakukan jenayah. Jika manusia tak takut undang-undang, jadilah seperti sekarang, perompak pencuri berleluasa, walaupun ada undang-undang. Sebab apa, sebab daging atas kepala yang buat undang-undang itu.

Lainlah hukum Hudud, Pencipta manusia yang membuatnya. Allahuakbar!!

Ahad, September 25, 2011

PRU 13 MASIH LAMBAT LAGI.

Ayam ada kaitan dengan PRU13 nanti.
Hamba cukup yakin bahawa pilihanraya tidak akan berlaku pada waktu yang terdekat ini. Kenapa pula hamba begitu yakin? Ini kerana, semalam, hari Sabtu, hamba telah pergi ke pasar dan membeli ayam seekor. Disebabkan ayam itu, maka hamba mengambil kesimpulan bahawa pilihanraya masih lambat lagi akan berlangsung,.. jika ubn itu pandai menilai sikap pengundi.

Kenapa pula hubungkait ayam dengan tarikh pilihanraya? Apa kena mengena ayam dengan PRU13? Adakah disebabkan ayam, maka tarikh pru akan dianjakkan lagi ke tahun hadapan? Jawapannya, ya.

Selagi harga ayam tidak turun dari harga RM6.50, maka yakinlah, pilihanraya masih jauh untuk diadakan.

Semalam, harga ayam RM8.60 sekilo. Harga melampau mahal. Semasa hari raya pun harga sekilo ayam adalah RM7.20, itupun sudah mahal, tetapi semalam, harga ayam melonjak gila. Kenapa harga ayam melonjak gila? Sudah semestinya untuk menguntungkan tokey ayam agar keuntungan yang melampau lebih itu akan dirasuah oleh ubn untuk masuk ke kantong duit pilihanraya mereka nanti.

Jika anda semua menginginkan sangat tahu bila pilihanraya ke 13 akan berlansung, tengok-tengoklah harga ayam di pasar-pasar basah....

Sabtu, September 10, 2011

ZAINAL KLING: DAH KLING, KLING JUGALAH DIA....

Lebih teruk dari cap ayam.
Ramai juga kekawan yang pening dan hendak termuntah dengan Prof. Zainal Kling. Apabila beliau berkata Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Apabila beliau berkata yang kerja sebagai DO bukannya kerja untuk British. Apabila beliau berkata yang kerja sebagai polis, bukan kerja untuk British.

Dan yang paling pelik, apabila beliau kata Pesusruhjaya Tanah Melayu adalah orang British, yang menguruskan kewangan, hal tanah dan hal keselamatan Tanah Melayu adalah orang British, maka dia boleh kata Tanah Melayu bukan milik British, tetapi hanya menaungi.

Hamba rasa, jika beliau adalah Prof Keling yang berada dalam zaman penjajah, maka British akan menggunakan beliau sebagai talibarut British untuk membodohkan orang Melayu agar jangan memberontak kepada kerajaan, jangan teringin untuk merdeka, tetapi mestilah bersama-sama dengan 'kerajaan negeri' masing-masing yang dibawah Sultan. British hanya menaungi negeri sahaja.

Jikalau Prof Kling ini ada pada waktu 1950, sudah pasti beliau akan menjadi orang penting didalam pentadbiran British kerana mentaliti yang lidah bercabang dan suka memanupulasi perkataan untuk mengelirukan umat Melayu yang beranggapan politik 'kiri' yang digelar penjajah British adalah penderhaka kepada Sultan dan orang Melayu kerana hendakkan merdeka.

Cuba anda semua fikirkan, apakah peranan Prof Kling ini, jika beliau ini dilahirkan ke dunia ini lebih awal sebelum merdeka, sudah pasti beliau akan menjadi senarai nama petualang negara yang patut dibisukan oleh Mat Indera kerana perangai Kling yang menyesatkan umat Tanah Melayu yang melampau dari lidah bercabangnya.

Namun, apakan daya, perangai Kling Prof Zainal Kling adalah berada didalam DNA si keling itu. Hendak salahkan beliau 100% pun tidak boleh, sebab beliau memang keling. Keling tetap keling,.... ke guane?

Rabu, September 07, 2011

PEJUANG NEGARA KORANG SIALKAN, PENJILAT BRITISH KORANG SANJUNG. APA KES?

Walau dah lambat sesangat, hamba tetap mahu ucapkan Takaballah huminna wa minka kepada seluruh umat Islam yang membaca blog hamba yang secupit ini. Lama sungguh hamba tidak berblog. Bukannya apa, cuma kesibukan beraya dan tidak kecapaian broadband untuk dibayar bilnya menjadikan hamba tidak dapat melayari alam maya yang penuh keterbukaan ini.

Namun, oleh kerana hari ini, hamba tiada kerja di tempat kerja, kerana elektrik di tempat kerja hamba sudah kong, sebab TNB punya tranformer sudah meletup, maka hamba pun buatlah kerja 'sampingan' hamba ini, bergejuis. Nasib baik komputer hamba di 'back up' oleh gen set.

Apa yang hamba hendak ceritakan disini bukannya cerita apa pun, cumanya, hamba kasihan melihat orang Melayu yang tidak faham-faham akan sejarah Tanah Melayu. Dimerdekakan oleh siapa sebenarnya. Lebih-lebih lagi cerita sensasi Bukit Kepong sekarang. Tak habis-habis umno menghentam mat Sabu. Tetapi yang pelik, Mat Indera tidak pula di hentamnya.

Hendak tahu kenapa orang Melayu blur dengan sejarah Bukit Kepong? Semuanya, disebabkan cerita Jins Samsudin, filem Bukit Kepong. Apa yang orang terbayangkan, adalah cerita Bukit Kepong yang difilemkan kembali oleh orang kuat umno, Jins Samsudin. Bukannya melalui fakta sejarah dan buku-buku ilmiah sirah cerita Bukit Kepong yang sebenar.

Hendak senang cerita ginilah, semenjak bila penjajah British kata pasukan bersenjata yang memusnahkan tempat-tempat strategik British di Tanah Melayu ini komunis? Melalui hansard Parlimen British adalah pada tahun 1952. Sebelum itu, pihak British memanggil mereka sebagai 'Bandits'.

Peristiwa Bukit Kepong terjadi bila? Pada tahun 1950. Malaya merdeka bila? Pada tahun 1957. Polis Melayu yang menjadi polis ketika itu adalah siapa? Sudah semestinya bukannya Polis DiRaja Malaya, tetapi Polis British dibawah naungan Kerajaan British. Jika pejuang kemerdekaan yang hendak merdekakan Tanah Melayu melalui senjata, kepada siapa yang patut mereka musnahkan. Sudah semestinya polis British. Yang orang Melayu mengada-ngada sangat hendak jadi polis tali barut penjajah tu kenapa? Sebab hendak dapat gaji?

Jika sebabkan hendak dapat masyuuk, memang kasihanlah orang Melayu yang jadi polis di Bukit Kepong dahulu. Sudah anda semua menjadi tali barut penjajah. Serupa jugalah yang berlaku di Afghanistan sekarang. Pihak Taliban yang mahu membebaskan Afghanistan dari puak Amerika terpaksa membunuh polis Afghanistan yang terang-terang menjadi tali barut Amerika. Jika itu, adakah kita akan menganggapTaliban itu pejuang pembebasan Afghanistan atau teroris?

Jadi persoalan yang timbul samada Mat Indera itu komunis atau bukan, itu soal yang membodohkan umat Melayu sendiri. Kerana yang jelas, Mat Indera angkat senjata kerana mahu memerdekakan Tanah Melayu. Adik dia kata beliau bukan komunis. British kata beliau komunis. Mana satu yang kome hendak percaya? Adik Mat Indera atau puak British yang telah menyeksa ayah Mat Indera, nenek Mat Indera dan saudara-saudara Mat Indera yang terdekat selama 5 tahun?

Pejuang yang sanggup mati untuk memerdekakan negara korang sialkan, tetapi penjilat bontot British korang sanjungkan. Bodoh apa Melayu jenis begini?