Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Ogos 24, 2011

ANWAR DENDANG LAGU LAMA?: HANG DIAM JE LAH PUAD.

Hamba baru sahaja terbaca apa yang Puad Zarkashi kata dalam Utusan Online. Boleh baca di sini (Anwar dendang lagu lama). Angin tidak bertiup, taufan tidak melanda, tiba-tiba rumah tepi pantai roboh terkena tsunami. Apalah yang didendam oleh Puad dengan Anwar, tidak tahulah hamba.

Cap ayam.
Anwar kata beliau adalah mangsa konspirasi politik yang menyebabkan ada tuduhan di mahkamah. Serupa cerita lama dahulu, tahun 1998. Disebabkan ceritanya sama dengan konspirasi yang dahulu, maka sudah semestinyalah Anwar akan berkata mengikut dendang lagu lama. Sebab bendanya sama. Oleh itu apa masalahnya Anwar mendendangkan lagu yang lama?

Jika puak konspirator sendiri yang membuat skrip sama berulang dua kali, maka yang patut disalahkan adalah para konspirator itulah. Kenapa hendak disalahkan kepada si mangsa?

Hamba harap Puad itu duduk diam-diamlah. Seperti terdiamnya beliau apabila Anwar membelasah beliau dalam parlimen berhujah tentang kes kegawatan ekonomi 1997 berkaitan dengan pinjaman dengan IMF. Dahulu dalam PAS cium tangan Tok Guru Hadi, tapi sudah dapat masyuuk dalam umno, Tok Guru Hadi dihentam sama. Apa punya oranglah Puad ini.....

MERAI KEPELBAGAIAN; SESAT?

Sekarang ini, tanah Melayu sudah mempunyai golongan dimana iktikad kehidupan mereka adalah berdasarkan kepada liberalisme. Apakemendenya liberalisme itu. Sejenis kuih kah? Bukan. Ianya bukan sejenis kuih dan bukan sejenis minuman, tetapi satu jenis pemikiran akal manusia.

Apa yang dimaksudkan liberalisme, atau lebih senang kita sebut liberal? Jika hendak tahu, elok korang semua google atau yahoo. Akan dapatlah jawapan yang anda semua carikan.

Namun, golongan ini pasti tidak akan mengaku bahawa mereka adalah golongan liberal. Mereka akan kata, golongan yang melabel mereka ini sebagai golongan liberal adalah sifat orang yang tidak boleh menerima atau menolak sesuatu perkara atau pemikiran mereka tanpa hujah. Mereka akan kata bahawa pihak yang melabel mereka sebagai liberal, adalah satu golongan yang akal sempit dan mengambil jalan mudah untuk menafikan pemikiran mereka.

Mungkin betul, namun mengapa mereka amat tidak sedap hati apabila mereka ini dilabel liberal? Mungkin tidak yakin dengan pendirian mereka sendiri?

Satu istilah yang suka diguna oleh golongan liberal ini adalah meraikan kepelbagaian. Merai kepelbagaian adat, merai kepelbagaian bangsa, merai kepelbagaian pemikiran dan merai kepelbagaian agama. Apa yang mereka maksudkan meraikan kepelbagaian itu adalah mereka mengambil apa-apa sahaja yang baik dari kepelbagaian itu, dan meletakkan pada satu tempat.

Maksudnya juga, mereka meletakkan semua kepelbagaian itu adalah sama, samada dari segi bangsa, adat, pemikiran dan agama, semuanya sama, dan yang penting, mereka mengambil apa yang terbaik dari kepelbagaian itu menjadi satu elemen. Yang tidak baik dibuang dan yang baik diterima.

Pada perspektif bangsa, adat dan pemikiran, itu boleh diterima, tetapi apabila masuk kepada agama, disini timbul satu konflik yang kronik.

Asas pemikiran golongan liberal ini adalah, agama hanyalah label. Ianya adalah satu elemen dimana untuk mengongkong kehidupan manusia bagi kepentingan kepada sesuatu kumpulan. Hukum hakam dianggap sebagai satu perkara menafi kebebasan kehidupan dan sebagai candu kepada manusia hidup didalam kurungan. Oleh itu, golongan ini telah memutuskan bahawa, apa yang baik didalam agama itu adalah isian agama yang menyeru manusia berbuat baik, tolong menolong, bantu membantu, tidak menyakiti insan lain, yang sememangnya ada didalam ajaran agama. Itu sahaja. Konsep akidah telah dibuang jauh-jauh.

Maka akan tersebutlah golongan yang ingin merai kepelbagaian ini dengan sebutan "Semua agama adalah sama, samada Hindu, Kristian, Budha, Yahudi dan Islam. Semuanya menuju kebaikan." Mereka menganggap, agama hanya berkaitan dengan urusan kehidupan antara manusia dengan manusia. Urusan kehidupan diantara manusia dengan Tuhan, atau lebih tepat, akidah, adalah satu perkara yang tidak wujud.

Mereka akan mengatakan bahawa, sesiapa yang membuat hujah berdasar kepada hukum dan fatwa, sebagai satu golongan dangkal. Mereka akan menghentam kepada seseorang yang berhujah berdasar kepada hukum agama, berkata tentang fatwa agama, dan sesiapa yang berkata, "ini adalah hukum Tuhan". Golongan liberal ini akan mengecop golongan 'agamawan' ini sebagai elemen pengacau.

Pelik bukan? Apabila satu golongan yang ingin meraikan kepelbagaian, tetapi apabila datangnya golongan 'agamawan' mereka akan kata golongan ini adalah pengacau. Dimana pula letaknya elemen merai kepelbagaian mereka yang dibangga-banggakan? Sudah hilang apabila masuk bab hukum dan fatwa? Sudah hilang apabila ada seseorang yang menyebut "ini adalah hukum Tuhan"?

Jelas disini, walaupun kononnya mereka ini adalah golongan yang menyebut untuk merai kepelbagaian, namun sebenarnya mereka ini adalah juga satu golongan yang hipokrit. Pandai berkata-kata, pandai main psikologi, pandai meraih penyokong yang jahil, dan, berhati-hatilah dengan mereka ini. Kerana golongan yang dahulunya dipinggirkan ini, sekarang sedang bergerak didalam selimut politik negara.

Ahad, Ogos 21, 2011

LUAHAN HATI SEDUIT.

Jika manusia sudah menganggap akalnya terlebih pandai, maka akan ada satu makhluk akan cukup seronok menipu daya manusia itu agar bersikap ego. Kenapa makhluk yang satu ini, cukup berkenan dengan manusia yang mengagongkan akalnya? Sebab makhluk itu sendiri mempunyai sifat yang sama dengan manusia itu. Hanya perlu tambah ego. Maka jadilah mereka sekawan.

Jika ego itu telah sebati dengan jiwa, maka apa-apa yang orang lain kata, maka manusia itu akan menganggap kata orang lain itu adalah lebih low class dari beliau. Apabila ada orang komen tentang apa yang difikir oleh beliau, maka manusia itu akan mengherdik dan mengecil-ngecilkan kewibawaan orang yang mengkomen kan itu.

Jika ada orang buat lawak dan berjenaka dengan manusia jenis ini juga, maka manusia ini akan membantai orang yang buat lawak itu sehingga lunyai kerana manusia yang ego tidak dapat menerima lawak bodoh.

Sehingga tahap yang lebih kronik, apabila ada seorang manusia yang ingin membantu membetulkan manusia yang telah dimainkan oleh makhluk itu dianggap sebagai pengacau dalam hidupnya. Maka susahlah..

ALKOHOL TU ARAK KA? -2 - BEER HALAL LAH PULAK..

Setelah kome sekelian mengerti tentang salah tafsirnya umat Islam tentang alkohol, maka janganlah masih menjahilkan diri tentang cerita alkohol ini. Kot ye pun hendak kata haram, katakan arak itulah yang haram, bukan alkohol. Jika tidak puas hati, katakan ethanol yang diproses melalui penapaian yang haram. Bukannya Alkohol.

Disebabkan cerita umat Islam yang begitu fobia dengan alkohol ini, maka terwujud satu fenomena dimana yang mengatakan ada beer yang halal. Yang ini memang cap ayam. Memang satu ungkapa yang mengkompemkan, bahawa umat Islam sudah bodoh sungguh dengan istilah-istilah tentang arak ini.

Mula-mula, perlu hamba tanya, beer itu, apa ke bendanya? Air kopi ke? Air sirap ke? Kuih lopes ke? Tahu ke umat Islam, beer itu, apa ke bendanya. Jika hendak tahu, beer itu adalah arak dan arak itu adalah beer. Cuma dijawakan sahaja. Janganlah pula ada yang cuba hendak buat penafian, "Eh, sapa kata beer itu arak, mana kome dapat informasi ni?". Yang itu, hamba akan jawab, "Sape pula yang kata nasi itu nasi, kenapa tidak dipanggil biskut marrie?". Sonang.

Dah memang kompem, mereka yang mencipta beer dan nama beer itu sendiri yang mengatakan beer itu adalah air yang mabukkan manusia, maka araklah dia. Hendak nafikan apa lagi.

Tetapi, tiba-tiba, ada orang kata, atau lebih tepat, ada pengamal kapitalis berkata, mereka ada jual beer halal. Atau lebih senang, arak halal. Apa cerita ni?

Depa kata, beer itu halal sebab tiada alkohol, atau lebih tepat, kandungan alkoholnya kurang 0.01%.

Haa,.. itulah, hamba sudah cerita, disebabkan kejahilan umat Islam hendak mengetahui tentang ilmu alkohol, maka senang-senang sahaja pihak kapitalis buat ayat yang sungguh menyesatkan. Untuk apa, agar umat Islam yang teringin hendak minum arak, boleh minum arak, sebab ianya 'halal'.

Jika kompem air yang digelar 'beer halal' itu tidak memabukkan langsung walau minum satu lori, cuma kembung perut sahaja, maka kome semua minumlah. Tiada hal. Cumanya, jangan kome semua sebut air yang diminum itu beer. Sebab, dalam hukum, sesiapa yang senamakan benda yang halal itu dengan nama yang haram, maka haram dibuat minum. Contoh;

Jika ada seorang manusia, hendak minum air zam-zam, kemudian kawannya tanya, "Awak minum apa tu?", kemudian manusia itu jawab, "tengah minum arak", maka air zam-zam yang diminum itu haram untuk dia minum sebab dia telah menamakan air zam-zam itu sebagai arak. Maka, apa kes pula jika kita mengaku sebut kita minum beer. Haru jadinya.

Itulah ceritanya, apabila puak kapitalis sedang menggunakan agama sebagai bahan pelarisnya. Umat akan menjadi kacau bilau dan porak peranda. Maka siapakah yang harus memperbetulkannya. Hendak minta tolong dengan Khalifah? Ops, minta maaf, Khalifah Islam telah dibatalkan kewujudannya oleh umat Islam semenjak 1924 dahulu. Sekarang, kita ada Prime Minister sahaja......

Sabtu, Ogos 20, 2011

ALKOHOL ITU ARAK KA?

Hamba hendak tanya kome semua, yang haram untuk diminum oleh manusia adalah arak atau alkohol? Mana yang haram? Alkohol ke arak? Arak bahasa Melayu bagi khamar bahasa Arab. Maksud khamar pula adalah air minuman yang memabukkan.

Apa pula maksud mabuk? Ini ada masalah. Mabuk dalam bahasa Melayu ini ada 2 makna. Orang yang pening-pening sebab naik kereta lalu muntah-muntah, dipanggil mabuk. Orang yang sedang mengandung, yang pening-pening dan muntah-muntah pun dipanggil mabuk. Orang yang betul-betul mabuk sebab minum air todi pun dipanggil mabuk. Jadi, terjadilah kekeliruan makna mabuk. Pening je, dipanggil mabuk, muntah je, dipanggil mabuk, minum arak je, sudah semestinya dipanggil mabuk.

Jadi, apa dia mabuk yang diharamkan Allah SWT? Maksud mabuk yang diharamkan Islam adalah apabila akal tidak boleh berfungsi untuk mengawal tubuh badan fizikal. Apabila mental tidak berkuasa terhadap diri, maka itulah mabuk namanya.

Maka disini, yang disebut dalam Al-Quran adalah khamar yang diharamkan, bila masa pula istilah alkohol diharamkan?

Mula-mula hendak tanya, alkohol itu apa? Khamar ke? Arak ke? Cuba cerita sedikit. Siap ada orang kata, minyak wangi beralkohol tidak boleh dibuat solat. Betul ka? Alkohol apa yang diletak dalam minyak wangi itu?

Kome semua tahu tidak, alkohol adalah bahan yang utama dan penting didalam industri minyak wangi dan perubatan. Zaman Islam memerintah satu dunia dahulu, orang Islamlah yang mencipta minyak wangi dan ubat-ubatan yang up to date. Masa umat Islam penuh dengan wangian, orang putih dieropah, mandi pakai sabun pun tidak reti.

Alih-alih, pada zaman moden ini, tiba-tiba, timbul ayat, alkohol itu haram. Apa kehal ye? Nampak macam ada cerita ikan busuk yang menusuk hidung untuk membodohkan umat Islam. Hanya semata-mata sebab monopoli. Monopoli kepada industri perubatan dan minyak wangi. Ya, sebab duit. Alkohol disebut-sebut serupa khamar kerana sebab monopoli industri minyak wangi dan perubatan. Depa saja kabor, alkohol dan khamar itu sama. Betul ka sama?


Hidrogen dan/atau karbon, apabila bercantum dengan hidroksil (OH), maka jadilah benda itu Alkohol. Alkohol pula ada banyak jenis, ada dari Ethane, ada dari Methane ada dari Penthne dan macam-macam lagilah. Jika hendak tahu lebih, pergi Google sendiri.


Apa-apa yang dihujung ada sebut 'ol' itu, alkohol la. Ethanol, Methanol, Butanol, Pentanol dan siap kolestrol pun adalah salah satu cabang alkohol. Maka sesiapa yang sebut alkohol itu haram, maka janganlah makan sesuatu apa pun, sebut semua benda ada kolesterol.

Kot ye pun hendak kabor alkohol itu haram, sebutlah Ethanol itu yang haram. Sebab menatang itu yang selalu dibuat untuk buar khamar. Apa gila industri arak hendak bubuh Methanol. Nak mati. Tetapi, Ethanol pula ada 2 cara untuk didapati. Ada 2 proses.

Proses pertama, apabila proses penapaian berlaku, terhadap apa-apa jenis bendalah, contoh anggur ka, kurma ka, yis ka, maka akan terhasillah Ethanol dalam penapaian itu. Yang lagi satu melalui proses petrokamikal. Atau depa panggil hidrasi ethylene. Dua-dua dapat Ethanol, tetapi yang boleh jadi arak, ethanol yang dibuat dari proses penapaian. Yang dari petrokamikal, untuk industri yang lain macam minyak wangi dan farmasi. Apa pasal, hamba tak tau.

Nama alkohol pun datang dari tamadun Islam. Al-Kuhl. Yang dibuat untuk antiseptik (perubatan) dan juga celak mata (kosmetik). Apa kes. Tamadun Islam dahulu sudah guna alkohol untuk benda perubatan dan kosmetik. Tetapi kena ingat ya, al-Kuhl itu bukannya khamar.

Maka oleh kerana puak barat telah menjenamakan arak atau khamar itu sebagai alcoholic baverage, maka umat Islam terima bulat-bulat bahawa arak itu alkohol dan alkohol itu arak. Menjadikan umat Islam tidak mahu menceburi bidang pembuatan alkohol yang banyak perkara yang penting dan baik untuk kehidupan manusia.

Ini semua mainan kata-kata. Buat istilah sesuatu yang memeningkan sehingga menjadikan pihak kapitalis dapat memonopoli industri yang amat boleh buat duit ini. Haru biru dibuatnya.

Bersambung......

Rabu, Ogos 17, 2011

GURU SEKOLAH MAKIN CELARU

Baru hamba tahu, cikgu Inggeris di sekolah seluruh Malaysia semuanya tidak pandai mengajar belaka. Manakan tidak, sehingga memaksakan 300 guru import dibawa masuk untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Apa agaknya reaksi guru bahasa Inggeris. Adakah mereka akan melenting, atau mereka akan menikus, 'kami dengar dan kami patuh'.

Namun, yang peliknya, 300 guru yang diimport nanti adalah guru Inggeris dari USA. Masaklah budak-budak. Peninglah guru-guru Inggeris. Loghat Inggeris British akan ditukar kepada loghat Inggeris USA. Haru biru.

Itu satu hal, yang menambahkan hal lagi adalah cerita sains dan matematik boleh dipilih, samada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Lagilah masak. Siap Pak Udin beri kebebasan kepada sekolah (aka pengetua/guru besar) untuk memilih, sekolah mereka akan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Hijau bingau lah sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Semenjak TPM memegang tampuk kuasa Menteri Pelajaran, tiada satu dasar pun yang dibuat beliau yang boleh membantu menaikkan taraf pembelajaran pelajar-pelajar. Yang ada hanya politiking 'aku nak jadi PM'. Tahun-tahun ke hadapan, pasti para guru akan menggelar Pak Udin seorang Menteri yang merosakkan sistem pembelajaran Malaysia yang sememangnya sudah rosak semenjak merdeka.

Dari satu ke satu, dari dulu hingga kini, sistem pendidikan Malaysia hanya membenarkan informasi-informasi matlumat melalui satu hala dan satu sumber, iatu dari mulut guru yang bersumber dari buku teks. Jika buku teks membohong, maka guru itu akan mengajar benda yang tipu, jika guru spin cerita, anak murid dipaksa terima bulat-bulat apa yang diperturunkan oleh guru.

Jika ada guru yang membuat kelainan sedikit, mengembangkan ilmu dari berpusat kepada mengembang jauh, maka pasti guru itu akan dikacau atau diperhati dengan penuh kemuykilan oleh pihak pentadbiran kerana telah tersasar dari 'matlamat' dasar kerajaan.

Inilah dia dunia pendidikan di Malaysia. Caca marba lagi haru biru ke tahap gaban.

Sabtu, Ogos 13, 2011

LAA,.. JAIS TAK SERBU GEREJA PUN, PUSAT KOMUNITI JA..

Laa,.. rupa-rupanya, apa yang depa kata JAIS 'serbu' gereja itu, bukannya gereja pun (baca sini). Cuma pusat komuniti yang diperolehi oleh puak Kristian Evangelis. Siap ada bukti lagi ada kerja-kerja hendak memurtadkan orang Islam (baca sini). Apa cerita pada kawan-kawan Shah Alam dan Kuala Selangor? Mulut sudah terbabas, susah hendak tarik balik.

Itulah, hamba sudah kabor, sesiapa yang tidak sayang mulut, akan menunjukkan mulut dia itu penuh dengan tahi. Tahi dengki. Bercakap atas kapasiti tidak puas hati dengan orang, bukannya atas kapasiti kebenaran. Oleh itu, bertaubatlah kepada sesiapa yang sudah silap kata.


Satu, MP Shah Alam. Mulut dia yang mula-mula sungguh sombong hendak 'menjatuhkan' Dr. Hassan Ali. Hamba tidak mahu berselindunglah. Memang itu kerja dia sejak depa berdua bergaduh tidak sudah-sudah. Minta maaf orang Shah Alam, jika dia masih bertanding sebagai MP di sana, hamba tidak akan menyokong dia sebagai individu, dan juga atas kapasiti hamba sebagai orang parti. Mampuih pi la.

Hamba tak berkenan dia sebagai pemimpin.
Amat rugi, orang secerdik beliau, boleh jadi begini hanya kerana bencikan EXCO agama Selangor. Bodoh punya cerita. Kalau hamba jadi Pesuruhjaya Negeri Selangor, hamba akan peti sejukkan dia. Buat apa ada Penolong Pesuruhjaya 3 perangai begini.

Jika hamba ini assobiyah, hamba tidak akan suruh orang Johor pi menyibuk di negeri Selangor. Tetapi, nasib baik hamba tidak assobiyah.

Keduanya, MP Kuala Selangor. Entah apa pasal mulut dia begitu ringan hendak kabor bahawa cerita-cerita memurtadkan orang Islam ini cerita dongengan. Apa 'tuut' punya cara berpolitik. Kot ye pun hendak berpolitik sangat, janganlah menyembunyikan fakta yang benar dan kata bohong pada benda yang betul. Naya nanti.

Hassan Ali.
Namun, MP Selangor ini, jika masih bertanding di Kuala Selangor, hamba masih menyokong beliau, kerana tahap gabannya tentang kes JAIS 'serbu' gereja yang bukan gereja itu, tidaklah teruk sangat. Dia hanya risau terjadi sesuatu yang buruk dalam masyarakat jika cerita murtad-murtad ini dileluasakan lagi. Tapi, tolong jangan spin cerita.

Ketiga, MB Selangor. Memang cap ayam. Belum apa-apa cerita, sudah maki hamun JAIS? Siap terhegeh-hegeh pergi minta maaf pada pihak kafir Gereja lagi. Yang masalahnya, apa salah JAIS? Cerita sedikit. JAIS bukan serbu gereja, malah JAIS bukannya serbu pun, dia minta masuk dan tunggu sejam lagi sehingga majlis hendak tamat. Apa punya SOP serbu orang tunggu sejam luar pintu. Bodoh apa?

Itulah, sudah silap perhitungan, suruh EXCO agama diam pula. Apa, ingat Selangor ini negara diktator ka? Lepas itu main politik, kata semua EXCO Selangor kena diam. Macam budak tadika. Cikgu suruh diam, dia diam. Yang nampak sebenarnya, suruh Hassan Ali diam. EXCO lain diam hanya mainan politik sahaja.

Hamba sudah malas hendak aktif dalam politik negeri Selangor. Terutama jika disitu PKR bertanding. Lantak dia lah. Usaha sendirilah untuk menang. Hamba, minta maaf. Duduk dalam markas lebih selesa. Pedulilah apa korang semua hendak cakap. PRU nanti, hamba akan balik Terengganu, menangkan PAS di Terengganu, lagi puas hati.

STANDARD KE JADAHNYA?

Semalam Jumaat, hari ini Sabtu, esok Ahad. Kenapa namanya Jumaat, Sabtu, Ahad, bukannya Isnin, Selasa dan Rabu? Kenapa? Sebabnya ianya telah dipiawaikan begitu diseluruh dunia. Hamba masih belum lagi berjumpa sebuah negara yang tidak mengikut hari yang mengikut piawai antarabangsa ini. Mana ada negara yang mengatakan hari dia adalah hari Rabu sedangkan dunia kelilingnya yang siang adalah hari Sabtu. Mana ada?

Seluruh dunia kata hari itu adalah hari Sabtu. Ikut sahajalah. Kenapa pula hendak ikut? Sebab ianya adalah piawai antarabangsa. O.k, ikut piawai antarabangsa, tetapi, jika kami tak mau ikut, ada menyusahkan dunia lain ka?

Apa kejadahnya piawai itu? Atau dalam bahasa jawanya, standard. Jika Amerika, depa guna ASTM, jika Jepun, depa guna JIS, jika British, depa guna BS, jika Malaysia, depa guna semua, walau ada standard sendiri, MS.

Kenapa manusia ini terhegeh-hegeh hendak ada piawai sendiri dalam negara masing-masing? Kenapa taksub sangat dengan piawai ini? Jika tidak ikut piawai, apa masalahnya? Ada menyusahkan orang ramai ke? Ada memporak perandakan masyarakat ke? Apa kes sebenarnya?

Mari kita ambil satu contoh. Pembuatan part kereta. Kita ambil lower arm. Misal contoh, piawai JIS kata lower arm mesti guna piawai JIS menggunakan bahan FCD450, Ductile Cast Iron 450, tensile strength minima 450 N/m2. Elongation 3%. Graphite roundness 70% atau lebih. Maka kita yang tukang buat barang lower arm tu, main tibai guna besi scrap. Pakai campur sahaja besi-besi buruk lama. Asal nampak bentuk, asal nampak cantik. Kemudian kita jual dan orang guna produk kita.Ramai orang beli, sebab murah.

Esok lusa, ingat kereta yang guna produk kita yang murah itu akan kekal lama atas jalanraya ke? Ingat tidak ada yang mati ke sebab lower arm patah habis stereng kereta tidak boleh kawal tayar. Ingat tidak ada manusia yang jadi arwah ke sebab eksiden maut di jalanraya sebab kegagalan lower arm yang tidak berfungsi.

Kalau kereta tak pa lagi, jika mati pun, takat paling banyak 5 orang arwah sekali gus.Tetapi, jika bas, sarat dengan penumpang pula tu, mahu sampai 50 manusia jadi arwah sebab eksiden berpunca dari lower arm patah. Memang naya.

Namun, jangan takut. Sebab, dekat Malaysia ini, jika bas eksiden, yang salah adalah pemandu bas. Yang salah sebab bas dibawa laju. Yang salah, sebab hujan. Jalan licin takung air. Depa tidak siasat benda-benda seperti lower arm. Pasal apa tidak siasat? Hendak siasat buat apa, jika siasat pun, bukan boleh buat duit. Malaysia kan kapitalis.

Maka, sesiapa yang hendak buat lower arm tanpa paiwai, dipersilakanlah, sebab jika apa-apa hal, yang salah tetap pemandu bas yang gajinya seciput sahaja. Kita, warga korporat, tetap akan kaya dan bergaya walau barang yang kita keluar tidak ikut piawai.

Inilah dia jika sesuatu perkara, tidak ikut piawai. Lower arm tiada piawai. Yang menjual lower arm dikedai-kedai jual alat ganti kereta tiada piawai pembelian. Yang tukang pasang lower arm pada kenderaan tiada piawai. Yang menyiasat kenderaan eksiden tiada piawai. Maka, celaru carca marba hidup masyarakat.

Yang mati, mati katak. Yang tanggungjawab atas kematian, kaya raya.

Serupa itu jugalah dengan kehidupan. Jika kehidupan di dunia ini tiada piawai, tiada standard, maka harubiru jadinya manusia di muka bumi ini. Hendak bunuh orang, suka hati dia, sebab tiada piawai kehidupan. Hendak rogol orang, suka hati dia, hendak rasuah, suka hati dia, hendak berzina, suka hati dia, hendak menipu, suka hati dia. Hendak sepak terajang makbapak, suka hati dia.

Maka, apa pula namanya piawai untuk kehidupan? JIS ke, MS ke, ASTM ke, apake dianya?

Piawai untuk hidup itu adalah yang selalu kita sebut agama. Agama itu adalah piawai kehidupan. Dan jika agama itu piawai kehidupan, maka agama yang mana satukah yang betul. Sebab di dunia ini ada berbagai-bagai agama. Ada Hindu, ada Kristian, ada Budha, ada Yahudi, ada Taoisme, ada Atheis, ada Majusi. Tetapi perlu ingat, Islam bukan agama. Islam adalah Ad-Deen. Ad-Deen itu bukan takat agama, ad-Deen itu adalah segala lingkup kehidupan yang didalamnya terkandung piawai.

Sebut sahaja tentang Islam, semuanya ada piawai. Agama lain ada sebut secara terperinci bagaimana hendak kencing dan berak? Tiada. Tetapi, Islam ada. Ada sebut terperinci cara bersetubuh suami isteri? Islam ada. Cara bercakap, cara berjalan, cara tidur, cara ketawa. Semua Islam ada piawainya.

Malah cara berpolitik, cara mentadbir, undang-undang, berniaga, perbanking, urusan kewangan, urusan jual beli, urusan pemerintahan, urusan berperang, cara berperang,  nikah kahwin, cerai berai, harta pusaka, makan minum, kencing berak, buat anak, didik anak, semuanya Islam ada dan mempunyai piawai yang lengkap dan terperinci.

Dari mana pula sumber piawai yang diperolehinya untuk membuat piawai. Sudah semsestinya, semuanya dari Rasulullah SAW. Semuanya dari mulut Rasulullah. Apa yang diluahkan Rasulullah, walau dari segi perbuatan, adalah sumber piawai itu. Itulah maha pentingnya Islam. Semua rujukan dari Rasulullah.

Nanti orang akan sebut, 'Eh, Al-Quran itukan datang dari Allah, yang datang dari Rasulullah adalah Hadith.' Memang benar. Namun semua mesti mengetahui, Al-Quran diturunkan kepada manusia melalui mulut siapa? Adakah ianya datang tergolek depan mata? Tidak. Ianya datang dari mulut Rasulullah SAW. Manusia terima direct Al-Quran itu dari Rasulullah. Maka itu, jika ada orang tidak percaya Hadith Nabi, tetapi dia percaya hanya Al-Quran, maka orang itu memang sah gila.

Oleh itu, jika sesiapa yang ingin mengetahui detail yang lengkap tentang piawai kehidupan, maka bertanyalah kepada mereka yang pakar.

Jika tidak tahu, tanyalah pada yang tahu. Jika tidak mengerti, tanyalah pada yang mengerti. Jika tidak pakar, tanyalah pada yang pakar.

Jika hendak tanya piawai yang berkaitan dengan nikah kahwin, jangan tanya hamba, kerana hamba bukan pakar, tetapi jika hendak bertanya tentang piawai lower arm, dipersilakan bertanya.......

Jumaat, Ogos 12, 2011

JIKA SENARAI NAMA DIKEKAL, PR HENDAK MASUK BERTANDING PRU13 JUGA KE?

Masa dulu kala, bila ada cerita kerajaan perpaduan, depa kutuk PAS Terengganu. Antara cerita paling sensasi, PAS Terengganu hanya perintah sepenggal. Lepas tu, lingkup. Ada pula defend, kalah sebab pilihanraya penipu, tetapi yang menuduh kata balik, depa tak percaya. Dah kalah, kalah la, hendak beri alasan pru menipu pula.

Otai penipu.
Tiba-tiba, hari ini, bila PAS dedahkan sebiji demi sebiji penipuan, baru korang tahu, memang pru di Malaysia ini penipu. Tipu yang amat dari segi daftar nama. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Idris Jusoh, kerana dialah master mind buat kerja magik ini. Pioneer untuk kerja tipu tahap gaban ini bermula dari tahun 2004, di Terengganu. Dan dialah yang juga master mind nya.

Sekarang, Idris Jusoh sudah naik pangkat setakuk lagi, jadi pengarah pilihanraya untuk umno Malaysia. Maka,kerja yang dia pandai itu, dibuat dalam konteks lagi besar, iaitu seluruh Malaysia. Memang 'tuut' punya kerja. Tetapi Alhamdulillah, pemuda PAS pandai buat kerja, depa kerja cari penipuan, dedah dalam media. Memang bijak.

Hamba bukan hendak masuk bakul angkat sendiri. Tetapi, tahap teknologi sekarang ini, memang boleh buat kerja naik bakul angkat sendiri. Letak bakul bawah crane, pegang controller crane, bakul cakuk pada crane, kita tekan button crane naik atas. Maka jadilah masuk bakul angkat sendiri. Maka tidaklah salah hamba kata, dari 3 parti dalam PR, memang PAS dalam hal  daftar nama pengundi yang menipu ini, terbaik lagi genius. Cari penipuan, dedah, cari penipuan, dedah. Tidak perlu buang duit dan air liur buat bantahan rasmi pada SPR. Buat apa buat kerja bodoh dengan sistem bodoh SPR itu?

Maka disini, hamba hendak tanya, jika SPR buat deek sahaja dengan dedahan ini, dan tiba-tiba PRU13 dibuat dengan terhegeh-hegeh dengan arahan Najib yang sudah gelabah tidak tentu arah. Dan PRU13 ini menggunakan daftar undi yang kekal sama, maka apa kita nak buat. Hendak masuk bertanding juga atau kita boikot? Hendak masuk bertanding atau duduk dalam markas sahaja?

Benda ini kena buat bincang ni. Kita dedah-dedah nama yang ngarut-ngarut mengundi, tiba-tiba, kita masuk juga bertanding dengan senarai nama mengarut-ngarut ini? Ini haru namanya. Baik tidak payah ada pilihanraya, sebab kita sudah tahu ianya terang-terang menipu tahap space cop gaban.

Maka adakah kita hendak bertanding juga? Atau biar umno sapu habis semua kerusi, kemudian rakyat fikirlah sendiri apa hendak buat selepas umno bn apco menang 100% Parlimen. Amacam firasat kalian semua?

Khamis, Ogos 11, 2011

NAK CERITA SIKIT KERJA HAMBA SEHARIAN..

Sibuk. Bulan ini, hamba sibuk dengan kerja. Ada projek baru masuk. Berkaitan produk oil and gas. Minggu depan, Shell mahu datang ke bengkel tempat kerja hamba. Memang sibuk. Namun, sibuk macam manapun, hamba tetap kerja makan gaji. 11 tahun bekerja, baru dapat menikmati 3 kali bonus. Sekali bonus sebulan gaji, dua kali 1/2 bulan gaji. Hampas.

Namun, disebabkan minat tidak terhingga dengan kerjaya hamba ini, maka masih kekal bersama syarikat ini. Bidang faundri. Ada kome semua pernah dengar dengan bidang kerjaya faundri ini? Tidak banyak syarikat Melayu yang berkecimpung dengan bidang ini. 90% milik Cina. Dan oleh kerana ianya dimonopoli Cina, maka supplier untuk bahan mentah dan kegunaan kerja faundri juga adalah bangsa Cina. Maka hamba banyak berurusan dengan orang Cina.

Kerja faundri adalah kerja yang berat, kotor dan tidak glamour. Sesiapa yang suka berpakaian kemas, duduk dalam air-cond memanjang, ketip-ketip jari dengan keyboard, tolong jangan mengada-ngada masuk dalam bidang faundri ini. Anda akan kecewa nanti.

Bidang faundri adalah satu bidang industri berat. Ia melibatkan pembangunan produk asas keluli dan besi. Steel dan iron. Ianya berurusan dengan rekabentuk produk kasting, pembuatan pencorak kayu, pembuatan acuan pasir dan proses peleburan serta proses penyudahan produk. Kerjanya terlalu subjektif. Walau anda semua bekerja selama 30 tahun dengan faundri, anda tidak boleh menjadi pakar didalam bidang ini.

Hendak tahu mengapa? Jika hendak jawapannya, silalah bekerja bersama didalam bidang faundri.

Apa-apa komponen yang berbahankan steel dan iron, samada dari bahagian automatif, kapal, kapal korek, paip, bahagian pelantar minyak dan apa-apa bahagian yang memerlukan bahagian dikeluarkan didalam 'berbentuk', maka kerja faundri boleh melakukannya. Seringan-ringan bahan 1kg, ke seberat bahagian 5 ton, tempat bekerja hamba boleh melakukannya.

Kenapa tiba-tiba, hamba bercerita tentang kerjaya hamba?

Sebenarnya hamba hendak kabor kepada mereka-mereka yang setia membaca blog hamba, apakah kerja harian hamba, selain sibuk dengan kerja hal-hal politik di tanah air kita. Baru korang ada feeling.....

Kome semua boleh tengoklah gambar di bawah kerja hamba tetiap hari....



Buat acuan pasir. Ini produk yang saiz sederhana. Ini baru sebelah, ada sebelah lagi dicantum diatas. Berat pasir lebih kurang 7 ton.

Pencairan logam. Tapping dari relau ke ladle. (Iron, 1450 C)



Hero. Dengan takde safetynya. Penuangan logam cair ke dalam acuan pasir. (1400 C)



Mandi bijih besi. Suhu untuk mecairkan besi ini adalah dalam sekitar 1400 Celcius. Sejuk je. Dibanding dengan keluli, 1600 C.



Benda ini hambalah reka bentuknya.... Jika hendak tahulah. (Trimming Die untuk kereta Proton. Jenis apa hamba tidak tahu)



Rabu, Ogos 10, 2011

MENTALITI RAKYAT MALAYSIA MASIH HULU..

Benda ini sudah lama hamba hendak luahkan. Tetapi disebabkan baru hari ini hamba hendak settelkan bil TNB, baru terasa, harga bil tarif elektrik sudah naik bulan Julai lalu. Selalunya, kegunaan KW pada rumah hamba adalah tidak lebih dari 350KWH. Dan kebiasaan, hamba bayar dalam lingkungan RM75-80 sebulan. Tetapi semenjak bulan Julai, dengan KWH yang sama, hamba perlu bayar dalam lingkungan 100-110 sebulan. Naik sebulan lebih kurang RM30. Banyak tu.

Ada kawan bertanya, mengapa tinggi hamba punya penggunaan KWH dalam sebulan. Kawan hamba kata, rumah setingkat seperti rumah hamba, sepatutnya dalam lingkungan 250KWH ke bawah. Amboi, pandai pula kawan hamba menjadi konsultan TNB.

Hamba jawab, tiap-tiap malam, hamba akan pasang air-cond. Maklumlah. Panas. Lebih-lebih rumah setingkat. Mesti senang panas punya. Lalu dia berkata, "Patutlah engkau punya bil melambung naik. Tiap-tiap malam pasang air-cond. Lain kali, gunakanlah kipas. Jimat elektrik.". Hamba jawab, "Eh? Kenapa pula? Kipas mana boleh menyejukkan udara. Kipas hanya boleh melajukan kitaran udara. Itu yang menyebabkan kulit kita selesa sedikit. Tetapi jika dalam bilik sudah memang udara panas, kamu on kipas sehingga maksimum pun, udara panas juga yang mengalir laju", Memang hamba tidak puas hati kawan hamba suruh hamba guna kipas sahaja ketika cuaca panas.

"Lantak hang lah. Aku dah bagitau kat kamu, jangan pasang air-cond, nanti bil TNB melambung naik." jawab kawan hamba. Hamba pun jawab balik, "Lantak hambalah hendak pasang air-cond tiap-tiap malam. Mulai esok,hari siang pun hamba akan pasang air-cond. Duit hamba.".

Hamba bukan apa, bukan menyalahkan kawan hamba yang memberi nasihat itu. Hamba anggap,beliau ikhlas memberi nasihat. Tetapi nasihat beliau, hanya menyetelkan masalah mengurangkan bil elektrik, tetapi bukan masalah menghilangkan bahang panas dalam bilik tidur hamba pada tiap malam.

Cumanya, hamba terfikir adalah, mentaliti rakyat Malaysia terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan taraf kehidupan. Hamba pasti yakin, kepada sesiapa yang membaca cerita di atas, pasti akan berkata dalam hati, "Eleh, berlagak pula tuan punya blog ini, tiap-tiap hari hendak pasang air-cond untuk tidur nyenyak dalam sejuk. Zaman tok nenek kita, kipas pun tiada, boleh sahaja tidur nyenyak dan boleh hidup bahagia lagi.".

Hamba pasti, ramai yang akan beranggapan demikian. Hamba tidak marah dan sudah tahu, bahawa majoriti rakyat akan beranggapan begitu, kerana itulah mentaliti yang telah dididik oleh masyarakat terhadap sesuatu perkara berkaitan dengan taraf hidup. Selalu mengaitkan taraf hidup zaman nenek moyang dahulu.

Hamba sebenarnya cukup yakin, jika pada zaman nenek-moyang kita dahulu sudah ada air-cond, dan boleh dapat dengan senang dan mampu pula dimiliki oleh nenek moyang kita, pasti rumah-rumah kampung sekarang akan penuh dengan air-cond. Percayalah.

Mengapa kita perlu bandingkan taraf kehidupan yang tidak 'maju' dahulu jika hendak dibandingkan zaman sekarang yang 'maju'. Mengapa kita tidak berfikir kearah hadapan lagi agar taraf hidup yang mungkin dianggap senang ini akan bertambah senang pada esoknya? Rakyat Malaysia perlu ada sifat ingin berinovasi, mencipta dan seterusnya menyerlahkan idea ciptaan itu.

Pada tahun 2000, telefon bimbit adalah satu aksesori yang mahal kepada pemiliknya. Tetapi sekarang, orang gaji indon yang berupah RM600 sebulan pun mampu memilikinya. Tahun 2000 dahulu, lap top adalah satu kelengkapan yang begitu asing oleh penduduk Malaysia, tetapi sekarang, laptop adalah satu perkara biasa yang dimiliki oleh setiap penduduk di tengah bandar. Malah mereka yang duduk di hulu pun sudah memiliki lap top.

Jadi, apakah permasalahan untuk setiap rumah memiliki air-cond di rumah. Dengan harga RM650, kita sudah boleh membeli air-cond 1 hp. Jika mudah beli dan mudah diperolehi, mengapa pula rakyat Malaysia masih beranggapan bahawa air-cond adalah satu barang ekslusif khas untuk warga berduit? Silap tu brother.

Seperti jugalah kereta, mengapa pula air-cond telah menjadi syarat wajib untuk setiap kereta memilikinya jika hendak dijual di Malaysia? Tetapi tidak pula kelengkapan air-bag yang sebenarnya lebih penting daripada air-cond itu sendiri. Namun kerana mentaliti rakyat Malaysia menganggap air-bag hanya untuk kereta berjenama, maka tiada seorang pun yang membuat komen dan memperjuangkan agar air-bag diwajibkan ada pada setiap kereta baru yang hendak dijual di Malaysia. Termasuklah hamba......

Isnin, Ogos 08, 2011

INGATAN PADA YANG LUPA ATAU TIDAK PERNAH TAHU

Kome semua pernah dengar sirah sahabat?

Kome semua ada pernah dengar dan membaca tentang sejarah kewafatan Rasulullah SAW?

Kome semua tahu tidak berapa ramai sahabat yang memandikan jenazah Rasulullah ketika Rasulullah wafat?

Jika tidak tahu, ada 3 orang sahabat sahaja yang memandikan jenazah Rasulullah SAW. Hanya 3. Kenapa 3? Dan siapakah yang 3 orang itu? Mereka adalah Saiyidina Ali r.a, AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a. (tapi ada riwayat kata 5 orang, yang penting, tak ramai)

Kemana sahabat yang lain? Kemana perginya Saiyidina Abu Bakar, Uthman dan Omar r.a? 3 sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah. Mengapa Saiyidina Abu Bakar, yang baru sahaja membuka kain selubung yang menutupi wajah Rasulullah yang baru sahaja wafat, Saiyidina Abu Bakar AsSiddiq berkata dengan penuh terharu:


“Demi ayah dan bondaku!Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu!Demi Allah!Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu.Adapun mati yang telah ditentukan Allah bagimu,telah kau alami.Dan setelah itu takkan ada lagi kematian yang datang kepadamu buat selama-lamanya!”

Kenapa Saiyidina Abu Bakar r.a tidak terus menunggu dan terus menguruskan jenazah Rasulullah?

Sebaliknya majoriti para sahabat semuanya berkumpul bermesyuarah, berbicang sesama mereka, siapakah yang patut dan layak untuk menjadi pengganti kepada Rasulullah SAW. Bukan menggantikan Rasul, tetapi menggantikan tempat kosong ketua kepada seluruh umat Islam, iaitu Khalifah. Dan perbincangan ini dibuat semasa pengurusan jenazah Rasulullah SAW sedang dibuat.

Bermaksudnya apa disini? Apakah yang ingin diajarkan oleh para sahabat yang begitu rapat dan memang kompem masuk syurga oleh Rasulullah, berbincang melantik Khalifah yang baru, semasa jenazah Rasulullah SAW sedang dimandikan?

Ini bermaksud, dengan segala ilmu Islam yang ada dan dipelajari secara terus dari Rasulullah, para sahabat menfatwakan bahawa melantik Khalifah Islam adalah lebih utama dari memandikan jenazah Rasulullah SAW.

Apa pula maksudnya Khalifah Islam? Siapa yang patut menjadi Khalifah Islam? Perlu ada 1 atau 2 atau 3 atau banyak Khalifah Islam dalam sesuatu masa? Siapakah Khalifah Islam sekarang? Ada lagi ke Khalifah Islam pada ketika ini? Jika tiada, kenapa? Jika tiada, apa kita hendak buat?

Kome semua kena ingat satu tahun. Tahunnya adalah tahun 1924. Tarikhnya adalah 3 Mac. Ingat tarikh itu. itulah tarikh dimana Khalifah Islam telah dijatuhkan, dihapuskan, ditiadakan di muka bumi ini. Belum sampai 100 tahun. Belum sampai satu abad. Namun umat Islam sudah lupa, apa dia Khalifah Islam itu sebenarnya. Sebab itulah, walau TESCO dibuka di Kelantan, tiada orang PAS pun yang membangkang penubuhan pasaraya itu.

Sebab Tok Guru Nik Aziz bukannya Khalifah Islam, hanya seorang Menteri Besar di sebuah negeri kecil bernama Kelantan.......



Ahad, Ogos 07, 2011

KES JAIS SERBU GEREJA: MP KUALA SELANGORLAH PULA, TOLONGLAH KOME DIAM!!

Hamba tidak tahu, samada betul atau tidak kenyataan yang dibuat oleh Dr. Dzulkefly Ahmad tentang JAIS 'serbu' gereja (Baca disini). Namun, oleh kerana masih tiada penafian dari MP Kuala Selangor itu, maka hamba hendak perkatakan kepada beliau, TOLONG DIAM.

Tiada sesiapa pun didalam PAS yang menyuruh anda semua (termasuk MP Shah Alam), untuk terhegeh-hegeh membuat kenyataan tentang isu yang cap ayam ini. Hamba tidak tahu, mengapa mereka ini tiba-tiba begitu wahi untuk berkata-kata tentang isu ini?

Kamu berdua adalah pemimpin rakyat. Apa yang kamu berdua luahkan, akan ditulis oleh wartawan mengikut selera masing-masing. Maka jika statement yang kita buat berniat baik, tetapi kepada mereka yang membacai statement 'berniat baik' itu akan menjadi lain. Penuh dengan menyokong puak yang menghina Rasulullah!

Ketua Penerangan sudah memberi komen tentang isu itu. Tolong hormati Tuan Ibrahim. Beliau telah menyeru, agar jangan buat kerja yang boleh menimbulkan fitnah. Kenapa kome berdua pemimpin tidak dengar kata. Kami ahli-ahli biasa pula yang lebih pandai dengar kata dari kamu yang memimpin.

Ingat, kamu memimpin adalah kerana kami yang memilih! Memimpin adalah satu amanah. Dan jaga mulut antum semua sebelum membuat kenyataan. Jangan menyusahkan kerja kami dibawah untuk memutihkan kembali perspekti orang kampung terhadap PAS!

Antum semua ingat, dengan kenyataan itu, akan membuat orang kampung tidak menganggap PAS ini ditarik hidung oleh puak Kristian ke? Walaupun tidak, namun ianya pasti juga akan melekat pada hati sanu bari orang kampung.

Janganlah buat masalah kepada kami wahai pemimpin yang ada dia atas. Letih la........

UMNO NAK MENANG SGT PRU 13, AMBIK JELAH PRU13 TU, TAPI KAMU AKAN TETAP TUMBANG.

Hamba baru terbaca cerita dari puak umno disini (PRU-13: UMNO dakwa BN boleh menang besar di Selangor). Memanglah boleh menang, dah import pengundi Indon dan India ke Malaysia. Kena ingat ye, pengundi Indon dan India, bukan Bangla. umno akan guna orang India asal India untuk mengundi pada PRU 13. Muka macam India Malaysia, tetapi memang sah bukan warga negara. MIC akan menang besar nanti. Tengoklah.

Hamba tidak kisah sangat dengan PRU 13 ini. Hamba sebenarnya yakin, bahawa jika berlaku juga PRU 13 ini, akan ada lebih 250,000 pengundi bukan warganegara akan mengundi. Namun, pihak PACA tidak boleh buat apa, sebab mereka telah ada IC biru. BN akan menang besar, tetapi belum tentu memerintah Malaysia lagi.

Namun hamba sedikit kecewa dengan piawai operasi puak umno sekarang ini untuk menipu pilihanraya. Memang tiada kelas langsung. Tidak serupa seperti apa yang dibuat oleh umno Terengganu dahulu. Memang super power kelas. Buat kerja menipu, secara senyap-senyap.

Menang secara tidak logik, tetapi, tetap menang. Dengan cara menipu. Cumanya, cara penipuan sepandai dan sebagus mana pun, tetap akan terbongkar. Namun sayang, kerana sayangkan kerajaan Kelantan dari tumbang, kebenaran akan penipuan paling kotor dalam sejarah dunia pilihanraya di Terengganu pada 2004 dahulu terpaksa ditanam dalam tanah sedalam 6 kaki.

Disini hamba hendak mengulas sedikit cara puak umno berpolitik sekarang. Dah macam cap ayam. Kot ye pun hendak menipu, buatlah cara profesional. Ini tidak, macam budak sekolah darjah satu meniru dalam periksa. Senang kena cekau. APCO silap beri nasihat ke?

Jumaat, Ogos 05, 2011

CERITA JAIS MASUK GEREJA; TOLONGLAH MP SHAH ALAM. DUDUK DIAM JE LA.

Baik-baik PAS bila berpolitiking tentang JAIS serbu Gereja. Gunakan taqwa, bukan setakat iman. Tumpukan tujuan jauh, bukan tujuan dekat. Bercakap gunakan akal, dipandu iman, diakhiri taqwa, bukan kerana dendam kesumat.

Hamba pelik bin ajaib, yang kecoh-kecoh buat kenyataan bagi pihak PAS kononnya adalah dari Timbalan Pesuruhjaya, nombor 2 pula itu. Kenapa tidak dengan Pesuruhjaya? Telah ditinggalkan belakang? Atau ada udang disebalik rojak mereka-mereka di Shah Alam?

Bila melihat kejadian kecelaruan JAIS ini, maka nampak sangat ada manusia kononnya gunakan platform sebagai pemimpin, hendak melakukan sesuatu kepada bekas bos. Seperti beliau telah menjadi jahil lagi hilang arah, politik antara JAIS dan EXCO yang menjagai JAIS itu. Untuk makluman semua, semua orang sudah tahu tahap mana kuasa EXCO yang menjaga JAIS boleh kendalikan JAIS. Budak sekolah PASTI pun sudah tahu. Apalagi Timbalan Pesuruhjaya.

Kenapa senapang ditujukan kepada Hassan Ali oleh orang yang konon mewakili PAS, semua orang sudah tahu. Sesiapa yang tidak tahu, tolong keluar dari negeri Selangor dan menetap di Uganda. Ini semua cerita politiking bunuh membunuh. Macam umno. Macam cap ayam. Pada bulan puasa pula itu. Selepas turun dari Palestin lagi.

Adakah ini permulaan persengketaan antara dua musuh lama yang sama parti? Parti Islam pula itu. Harap jauh dari api. Diharap, Pesuruhjaya, diulangi, Pesuruhjaya dapat mendiamkan puak-puak yang bertelingkah ini. Jika lebih bagus, Presiden PAS masuk campur. Bersama dengan Timbalan. Seperti MB Selangor telah lakukan, DIAMkan semua EXCO. Walau yang tiada sangkut paut.

Jika hamba jadi ketua, dua-dua orang hamba jadikan EXCO. Hendak memimpin sangat......

HAMBA TIDAK AKAN TERPEDAYA DGN PUAK TIDAK MENGAKU MUHAMMAD ITU RASUL.

Lama sungguh hamba tidak bergejuis. Lama sungguh. Hendak kata sibuk, tiap-tiap hari sibuk. Tetapi ada peluang bergejuis. Idea menulis meinmbun-nimbun, tetapi hati terasa sungguh berat untuk 'on' laptop. Tidak tahu mengapa?

Namun, selepas subuh tadi, dengan tiba-tiba, tubuh hamba pergi ke laptop dan terus menbukanya. Bukan setakat membuka laptop, tetapi terus mendail broadband dan terus meng'log in' ke dalam blogspot. Kiranya hendak menulis sesuatulah tu.

Sebelum menulis, seperti kebiasaan, hamba membuka blog dan portal berita. Melihat cerita-cerita sensasi didalam alam maya. Banyak cerita dihidangkan. Dan yang paling hamba terkesima, adalah cerita JAIS 'menyerbu' gereja di Damansara Utama. Hamba terbaca cerita ini dalam MalaysiaKini.

Apa yang menarik perhatian hamba, penceritaan yang ditonjolkan adalah seolah-olah yang baiknya puak Kristian dan yang jahatnya puak Islam melalui JAIS. Itu yang hamba nampak dan memang itulah yang sedang berkumandang. Tetapi, apa yang tidak ditonjolkan adalah siapa yang benar dan siapa yang salah. Siapa putih, siapa hitam. Siapa yang jahat, dan siapa yang baik.

Mula-mula hamba hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Kristian yang mengkomen didalam ruangan komen fb pada portal MalaysiaKini itu. Mereka seperti meminta umat Islam meraikan kepelbagaian dalam agama di Malaysia ini. Mereka memohon untuk hormat menghormati antara agama, satu sama lain. Sebenarnya, memang ya, itulah yang dianjurkan oleh Islam, hormat menghormati agama-agama lain.

Puak Kristian mahukan umat Malaysia ini menyebut tuhan hanya dengan satu nama, iaitu Allah. Semua tuhan dalam agama-agama lain menyebut nama tuhan adalah Allah. Eloklah begitu, kerana Allah adalah Allah. Allah mencipatakan kamu semua. Dialah menciptakan kehidupan, baik dan buruk. Dialah menciptakan segala sesuatu, cantik atau buruk.

Jika itu kehendak mereka untuk meraikan kepelbagaian, adakah ianya akan menjadi satu kesalahan kepada agama Islam?

Tetapi, yang menarik hati hamba, apabila puak-puak Kristian ini mahu bersatu kepada satu nama tuhan, tetapi ada satu perkara yang mereka tidak pernah menyebut. Apakah yang mereka bincangkan tentang Nabi Muhammad SAW? Itu yang kami umat Islam hendak tahu. Apakah pendirian puak Kristian tentang Muhammad?

Kami mendengar pelbagai cemuhan dari puak Kristian apabila mereka berbincang dan berdiskusi bersama mereka apabila mereka bercerita tentang Rasul terakhir ini. Ada yang kata beliau gila seks kerana ramai isteri. Beliau perogol budak kecil kerana mengahwini Aisyah semasa kecil dan Nabi Muhammad adalah seorang penipu besar. Jadi wahai puak Kristian, adakah benar apa yang hamba dengar tentang cemuhan ini dari pihak Kristian kepada Rasul yang terakhir ini? Hamba harap tidak. Kerana apa guna kita bercerita tentang menghormati kepelbagaian agama tetapi disebalik tabir, anda semua mengutuk junjungan besar Rasul terakhir?

Cuba cerita sikit wahai kawan Kristian, apa pendirian anda semua tentang Nabi Muhammad SAW. Hamba hendak melihat keikhlasan kamu.