Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Julai 29, 2011

UMNO EJEN YAHUDI, YG INI HAMBA TAK TAHU.

Hamba tahu, Facebook dibuat oleh mamat Yahudi. Google pun sekarang CEO barunya mamat Yahudi. Hamba ada akaun FB, yang sekarang hamba tulis blog ini pun ada sangkut paut dengan Google. Kiranya hamba selalu gunakan produk Yahudilah kiranya sekarang ini.

Lodge Freemason di Johor.
Hamba tidak tahu, mamat Yahudi FB ini seorang zionis atau freemason. Hamba tidak tahu. Begitu juga google. Tetapi yang apa hamba tahu, puak-puak zion gunakan FB dan Google untuk melihat data tentang pendirian manusia. Apa yang manusia di dunia sekarang ini fikirkan melalui statistik carian dalam Google dan apa cerita peribadi yang manusia cerita dalam FB.


Apa yang hamba tahu lagi adalah, sistem demokrasi yang diamalkan sekarang oleh negara-negara didunia ini adalah sistem yang dibuat oleh manusia yang berpendirian Allah itu bukan Tuhan yang tunggal dan Muhammad itu bukan Rasul. Ianya sistem memilih pemimpin seorang manusia satu undi. Tidak kiralah manusia itu jahat seperti dajjal atau gila sehingga merogol manusia. Semua boleh mengundi. Siap dengan orang bodoh tuli juga boleh memilih pemimpin negara. Dan dengan sistem ini jugalah PAS, sebuah parti Islam hendak gunakan untuk memerintah Malaysia.

Kome semua baca le buku ni jika rajin.
Hamba tidak kata hamba tidak bersetuju atau bersetuju dengan cara itu, dan hamba juga bukannya bersetuju dan tidak bersetuju dengan cara Hizbut Tahrir hendak mencapai matlamat memegang kuasa. Yang penting, jemaah Islam jangan pecah belah.

Tetapi, cerita berkenaan Malaysia adalah ciptaan Yahudi zionis, ini hamba baru tahu. Cerita berkenaan umno ini ejen Yahudi zionis, ini juga baru hamba tahu. Yang ini memang hamba sedang menunggu-nunggu lagi cerita sensasi dari kekawan gejuis. Hamba dahulu, mati-mati ingatkan umno ejen penjajah British. Tiba-tiba, MSK cerita dia dapat berita yang umno adalah lebih dari itu, membuatkan hamba lebih teruja untuk mengetahui cerita puak-puak umno ini.

Pergh, .. memang sah melayu umno kena tipu hidup-hidup dengan yahudi. Kasihan Melayu......

Rabu, Julai 27, 2011

"SALAHKE SAYA HENDAK JUMPA PM SAYA?"

"Salah ke saya hendak jumpa PM saya?". Ayat paling power dari AMK ketika diheret oleh polis bagi menghalang pihak AMK dari memberi surat 8 tuntutan Bersihkan Pilihanraya Malaysia.



Perlu difahami disini, jika hendak berjumpa Pok Najib, anda semuanya mestilah datang menyembah seperti hendak berjumpa Sultan-Sultan Melayu. Tidak boleh 'terjah' begitu sahaja. Lebih-lebih lagi jika anda adalah ahli parti bukan BN, maka lebih lagilah anda tidak boleh mendekati lansung PM walau 10 meter jauh. Ini kerana anda adalah penderhaka kepada negara. Kah, kah, kah.

Sudahlah ahli parti bukan BN, pakai baju kuning pula itu. Lagilah anda tidak boleh berada berdekatan langsung dengan PM. Walau ternampak bayang-bayang pun, anda akan dihalau serupa lembu masuk kandang oleh polis yang 'budiman'.

Perlu juga diingati, rakyat marhaen seperti kita, lebih-lebih lagi yang suka sangat pakai baju kuning dan ahli bukan parti BN, adalah serupa dianggap oleh Pok Najib manusia berkasta rendah serupa paria yang tidak boleh menyentuh Pok Najib yang berkasta tinggi, iaitu kasta cincin 24 juta. Jika kita rakyat marhaen berdekatan dengan Pok Najib, maka beliau akan dimandikan air bunga untuk membersihkan diri dari kekotoran yang dipanggil keadilan.

Maksud 'Rakyat didahulukan' oleh Pok Najib ialah, rakyat akan didahulukan dibelasah oleh polis. Polis akan menghukum rakyat dahulu dan tidak akan langsung menyentuh Pok Najib walau beliau membunuh manusia dengan menggunakan C4. Apa-apa yang dibuat oleh pemimpin, tidak boleh dikaitkan dengan kesalahan undang-undang kerana undang-undang hanya digunakan kepada rakyat kerana rakyat didahulukan.

Oleh itu, padanlah muka Melayu kerana anda semua telah dibodohkan umno dengan sekian lama, mungkin kerana orang Melayu ini senang diperbodohkan. Namun, hamba pun Melayu juga...... kasihan Melayu.....

HARI INI, MEH KITA KAJI SATU PER SATU, KENAPALAH UMNO TAKUT SGT DGN 8 TUNTUTAN BERSIH?

Hari ini, apa kata kita bercerita berkenaan pilihanraya di Malaysia. Apa kes sehingga kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh parti politik umno bn begitu kecut perut terhadap tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0. Kenapa parti keris telanjang begitu fobia sehingga membuat kerja-kerja yang terlalu bodoh untuk menutup perbuatan mungkar mereka terhadap perhimpunan aman Bersih 2.0.

Tuntutan yang dibuat Bersih sebanyak 8 perkara itu cukup mudah. Sesiapa sahaja yang melihat dan membaca tuntutan itu, pasti bersetuju. Kecuali orang yang benar-benar ingin berbuat jahat sahaja yang tidak bersetuju dengan 8 tuntutan itu.

Apa pula sebenarnya tuntutan itu, meh kita bincang satu persatu;

Tuntutan 1: BERSIHKAN SENARAI PENGUNDI.

Apa ke halnya kerajaan umno apco begitu elergik untuk membersihkan senarai daftar pengundi. Apa ke halnya SPR seperti main wayang untuk membersihkan senarai pengundi. Mula-mula SPR mengatakan senarai pengundi adalah yang terbersih, tetapi, apabila berdialog dengan pertubuhan 'haram' Bersih 2.0, SPR kata mereka tiada kuasa pula untuk melaksanakan tuntutan ini. Ini semua kerja kerajaan. Nampak sangat senarai pengundi adalah yang terkotor dan sentiasa kotor sepanjang perjalanan PRU di Malaysia.

Maka jika kotor dan sememangnya kotor, maka yang untungnya siapa? Lu pikir la sendiri!

Tuntutan 2: MEREFORMASIKAN UNDI POS.

Yang ini satu hal. Apalah ajaibnya pihak Bersih 2.0 mengada-ngada letak ayat reformasi. Dah tahu umno apco elergik dengan reformasi, gunalah ayat lain. Memperbaharui ke, Menukari ke, barulah aman sikit puak umno itu. Tetapi, kenapa umno apco takut sangat undi pos ini direformasikan? Kenapa takut sangat undi pos ini dihapuskan? Ini kerana undi pos adalah undi yang telah digazetkan. Jika misal contoh, 1000 undi pos di kem askar KKB telah digazet untuk BN 700 undi dan bukan BN 300 undi, maka itulah undi yang akan terkeluar. Ada faham!

Tuntutan 3: GUNAKAN DAKWAT KEKAL.

Yang ini tidak payah cerita. Buang air liur. Percayalah, dakwat kekal tidak akan dibuat oleh SPR, sebab undi lebih dari 1 kali adalah trend yang perlu dikekalkan dalam pilihanraya di Malaysia. Walau telah dibuktikan dalam mahkamah ada manusia undi lebih dari 2 kali, namun SPR tidak akan buat apa-apa, sebab tuan dia, umno apco, tidak benarkan.

Lagipun, biometrik kan ke ada, siap boleh buat duit lagi. Dakwat kekal yang sudah dibeli dengan harga RM1 juta dahulu pada PRU 12, masih ada disimpan. Biometrik boleh masyuuk, dakwat kekal 0 ongkos, jika anda kapitalis, mana satu hendak pilih?

Tuntutan 4: MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI.

Yang ini sudah pastilah umno apco tidak benarkan. Apa kes hendak beri matlumat cukup-cukup kepada pengundi. Umno hanya menang jika pengundi semuanya bodoh matlumat. Maksima 10 hari. Cukup. Lebih dari itu, matilah umno. Sudahlah sekarang ada fb dengan blog, jangan buat naya.....

Tuntutan 5: AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL.

Yang ini mana boleh brother. Malaysia perlu dikekalkan setaraf dengan Zimbabwe. Parti yang bukan BN adalah BUKAN rakyat Malaysia. Tidak boleh akses kepada media. Parti bukan BN adalah musuh utama negara yang perlu dihapuskan. Jikalaulah walau 1 hari sahaja parti bukan BN diberi akses kepada media. Tersungkur gila bn dibuatnya. Yelah, jika dibenarkan, semua rakyat akan terkejut akan kebaikan dan kebenaran parti bukan BN. Tuntutan ini harus diharamkan selama-lamanya.

Tuntutan 6: KUKUHKAN INSTITUSI AWAM.

Apa gila apa Bersih 2.0 ini? SPR, SPRM, Polis, Kehakiman dan Peguam Negara hendak dibebaskan dari kencaman umno apco. Matilah umno jika begitu. Selagi umno apco memerintah, selagi itu 5 institusi ini perlu bekerja dengan zalim dan tidak adil agar umno apco terus berkuasa selama-lamanya sehingga kiamat.

Tuntutan 7: HENTIKAN RASUAH

Yang ini no komen. Semua orang sudah tahu.....

Tuntutan 8: HENTIKAN POLITIK KOTOR.

Jika tiada politik kotor, tiadalah demokrasi. Apalah, itupun tak tahu.

Kesimpulannya, hamba pasti ramai kita yang menyokong Bersih 2.0 masih tidak hafal 8 tuntutan keramat ini. Oleh itu, anda semua tolonglah hafal dan perjuangkan 8 tuntutan ini, bukannya perjuangkan Bersih 2.0 itu sendiri atau siapa yang didalamnya. Ada faham?

BIOMETRIK: KAPITALIS TETAP KAPITALIS.

Apalah cerita biometrik biometrik ini? Seperti ianya adalah perkara yang paling penting dalam dunia untuk mengadilkan sesuatu pilihanraya. Apalah punya mentaliti puak-puak umno dan spr ini? Macam cap ayam.

Jangan hendak kelentong dan spin ceritalah puak-puak umno dan spr ni. Cerita berkenaan biometrik bukannya kerana hendak membersihkan sistem pilihanraya, sistem biometrik bukannya untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali, tetapi sistem biometrik ini adalah hanya semata-mata untuk mengembongkan poket duit sekumpulan manusia.

Umno adalah sebuah parti politik yang kapitalis. Duit adalah segala-galanya. Dimana ada lubang buat duit, mereka akan buat. Dimana ada peluang untuk cekau duit rakyat, mereka akan ambil peluang. Akal umno panjang, panjang untuk buat duit haram. Kaya adalah matlamat utama. Kuasa adalah matlamat kedua. Jika berkuasa tetapi tiada duit, maka mereka tidak akan wahi untuk memegang kuasa. Tetapi, mana ada didunia ini, pemerintah tiada peluang buat duit? Tiada.

Agaknya, berapa ongkos untuk membina sistem bometrik? Juta-jutaan? Puluh juta? Ratus juta? Itu baru hendak membina sistem. Hendak mengekal dan mengendalikan sistem, berapa pula ongkosnya? Berapa lama pula tender itu? 20 tahun? 30 tahun? Hingga kiamat?

Ini semua berkenaan duit. Bukannya kerana hendak membersihkan pilihanraya. Manusia kapitalis tetap akan menghidu peluang buat duit, selagi hidungnya mengikut kata tuan kapitalisnya. Baik ianya halal ataupun haram, peluang buat duit tidak akan dilepaskan. Asal ada masyuuk, disitu ada umno apco.

SABTU NI, PAKAI BAJU KUNING TIDAK?

Ada orang syor, tiap Sabtu pakai baju kuning untuk menyatakan sokongan kepada 8 tuntutan Bersih 2.0. Korang semua buat ke tidak?  Korang semua pakai baju kuning ke idok? Jika tidak pakai, Sabtu ini, 30 Julai, korang semua pakai la.. jangan asyik fb joo.....

Tengok ni, bawa kereta pakai baju kuning. (Ni hari Sabtu lepas ni)

Makan di restoran pun pakai baju kuning. Dengan anak sekali dibaju kuningkan.
Sabtu ni cadang hendak shopping di Kompleks PKNS, Shah Alam. Hendak pakai baju kuning juga ni....

Selasa, Julai 26, 2011

CERITA TENGAH HARI, 26/7/11, LEPAS DAPAT GAJI.

Tengahhari tadi, masa rehat makan, hamba pergi kedai tukang jahit bangsa Cina untuk buat baju Melayu untuk raya nanti. Tukang jahit Melayu semuanya sudah penuh. Tidak boleh buat tempah. Baju Melayu hamba warna kuning. Kuning Bersih maa..

Restorannya digubah dengan gaya yang 'menyelerakan'.
Sekali jahit, bayar upah RM85. Untuk Ramadhan, hamba buat 2 helai baju jenis Raihan. Jahit siap dengan beli kain dekat kedai jahit itu, harganya RM70. Kira ok le tu. Kain lembut, warna cantik, siap upah murah. Kiranya bulan Ramadhan ini, hamba hensem le sikit dengan baju baru.

Lepas buat baju, perut rasa lapar, pergi cari restoran, lain dari yang lain. Jumpa satu restoran nasi ayam. Macam menarik. Duduk atas kerusi kayu. Kemas dan cantik. Diberi menu, nasi ayamnya berharga RM5.00. Mahal. Tetapi reka bentuk restoran seperti lain macam, dan nasi ayamnya dipanggil nasi ayam Gemas, dibuat semenjak 1980, kira jual trademark lah kiranya.

Kemas dan menarik.

Pergh,.. tengah lapar, tengok gini, memang terliur..
Rasa nasi ayamnya oklah. Nasinya melekat sedikit. Seperti terlebih air. Hamba tidak tahu samada nasinya memang rupa begitu atau hari itu tukang masak tersilap sukat air. Rasanya, ok la, boleh tahan. Ayamnya rasa biasa-biasa sahaja. Tetapi yang buat sedapnya, kicap dia. Kicap dia hamba berkenan.

Licin.....
Lepas kenyang makan, solat zohor. Masuk kerja, jam 2.00 petang. Sambung kerja. Jam 5, solat asar. Jam 6, balik. Sahaja hendak kabor, hamba betul-betul minat dengan kerja yang hamba buat di tempat kerja hamba. Walau sudah 11 tahun bekerja, namun kerana minat, hamba mungkin akan bersara dengan kerja ini.

Bila terfikir-fikirkan tengah hari tadi, buat baju Melayu, makan nasi ayam, baru teringat, hutang hamba masih belum bayar, hutang bil api, bil rumah, bil kereta, bil air (guna terlebih), adoi.. Tetapi, yang paling adoinya, hutangkan orang, masih belum dapat pulangannya.

‘Anti-Islam bloggers in US on Najib/BN payroll’



Clare Rewcastle Brown
July 25, 2011

Prime Minister Najib Tun Razak, who sees himself as the 'great protector of Islam' in Malaysia must explain link to anti-Islam promoters.



A team of American bloggers allegedly hired by Prime Minister Najib Tun Razak and Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud to improve their respective images, are in fact pro-Israel and known to publicly slander Islam.

One member of the team, Caleb Howe, indulged in a sustained, childish rant on his public Twitter page on April 23 last year, in which he said: “I drew a picture of Mohammed today. I showed him marrying a pre-tween. Might as well be historically correct right?”

Eighteen minutes later on the same twitter message, he posted: “Did I say marrying a pre-tween? Sorry.. that was my typo.I meant raping.” Caleb’s outburst against Islam is not an isolated incident (see image below).

He and his team have indulged in a number of such anti-Islamic rants on Twitter that are clearly designed to give extreme offence to Muslims.

Few dream of engaging in such an unpleasant and offensive attack.

It thus comes as a surprise that Najib and Taib would hire Howe and his colleagues who sustain other blogs such as Red State, New Ledger, Sarawak Report(s), Malaysia Matters as their professional promoters.

It seems somewhat a misjudgement that Najib, who sees himself as the great protector of his own Muslim religion, continues to be associated with this team of Americans.

Pro-Israeli views

Howe [photo below] is closely linked to Josh Trevino, the right-wing blogger behind the American ‘Red State’ and ‘New Ledger’ blogs and also a PR company called Rogue Strategic Services.

Rogue Services have been in employ with Barisan Nasional since the days of former Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Now their portfolio includes Najib and Taib. They have been allegedly hired to create ‘positive publicity’ on their behalf.

This is achieved through a network of websites. These websites have been engaged by Najib and Taib to promote them by publishing favourable articles in their blogs in the US.

These reports are then carried in Malaysian blogs. Local media then quote these blogs, giving Malaysians the impression that Najib and Taib have positive international endorsement.

Howe, who is a regular contributor to Trevino’s flagship ‘Red State’ website, also curates a Twitter account called Malaysia Matters which is linked to the Malaysia Matters website, one of Trevino’s projects to promote BN leaders.

The Malaysia Matters website (which has just been re-launched) was started in 2008 by Trevino and a colleague Jerome Armstrong.

Armstrong, who is also a professional ‘blogger for hire’, has made no secret of the fact that the project was commissioned by the Malaysian government – he lists them as a client on the website of his company WebStrong.

Trevino himself has made no secret of his rabid pro-Israeli views – to the extent that he tweeted that fellow Americans who felt sorry for the Palestinians and took part in the mercy ship flotilla deserved to be shot dead.

Clare Rewcastle Brown is the founder/editor of Sarawak Report

Ahad, Julai 24, 2011

BERIBU2 PENGUNDI HANTU INDIA DAPAT KP DI PUSAT DAMANSARA PETANG SEMALAM?

Semalam jam 6 petang, hamba dan ibu hamba bersama 2 anak perempuan kecil hamba pergi ke Giant Pusat Damansara. Selalunya, ketika ini, kawasan berkenaan amat sunyi dengan manusia. Namun, apabila sampai sahaja di Pusat Damansara, rasa aman itu bertukar menjadi riuh. Riuh dengan beribu-ribu orang India menunggu sesuatu di Imegresen.

Rasa seperti di New Delhi. Hamba tidak pasti, adakah mereka ini pendatang atau rakyat Malaysia. Kerana rupa India adalah semuanya serupa, rupa India. Sekali nampak memang sah seperti orang bukan tempatan, tetapi apabila berborak, percakapan mereka serupa seperti India Malaysia bertutur bahasa Malaysia. Ada dialek gulung-gulung. Namun apabila diteliti dan pengakuan sekelompok kumpulan manusia, mereka adalah bukan rakyat Malaysia. Mereka pendatang, menunggu 'sesuatu' di situ.

Hamba tanya pegawai keselamatan di Giant itu, apa kes sebenarnya beribu-ribu orang berduyun-duyun menunggu pejabat emigresen yang akan dipindah bulan lapan ini? Dia kata mereka sedang menunggu permit. Dalam hati kata, menunggu permit jam waktu 6 malam? Apa kes?

Hamba tidak dapat mengambil gambar mereka dan hamba tidak sempat berborak secara detail dengan beribu-ribu orang yang berduyun-duyun menunggu sesuatu di Pusat Damansara itu. Ini kerana, situasi disitu agak merisaukan hamba kerana takut 2 anak kecil perempuan hamba hilang ditengah orang ramai. Handphone hamba tidak boleh snap gambar, rosak.

Setelah solat subuh sebentar tadi, terbaca blog MSO, dan dibacai cerita tentang biometrik. (Baca disini). Kemudian hamba kaitkan dengan situasi 'New Delhi' jam 6 petang semalam. Seakan ada perkara pelik yang sedang berlaku disitu. Adakah beribu-ribu India itu adalah pengundi hantu?

Sabtu, Julai 23, 2011

KENYATAAN BODOH POLIS BERKENAAN BERSIH 2.0; MAINAN MUHYIDDIN UTK JATUHKAN NAJIB?

Dalam Malaysia ini, siapakah yang paling pandai menipu dan buat cerita spin? Dalam Malaysia ini, siapakah pakar buat fitnah dan tikam belakang kawan? Dalam Malaysia ini, siapakah yang paling banyak bercakap bohong dan dengan selamba lepas tangan selepas bohong? Di Malaysia ini, siapakah yang paling pandai bertanding dan sentiasa menang walau memang sah dia sudah kalah? Jawapannya , sudah pasti umno.

Semenjak sebelum merdeka, umno telah pandai menipu orang Melayu untuk berkuasa. Setelah umno ditubuhkan dengan perkenan British, maka sesiapa orang Melayu yang menentang umno akan di ISA kan pemerintah. Selepas merdeka, apabila umno sudah tidak disokong lagi oleh rakyat marhaen, maka umno sengaja mewujudkan peristiwa berdarah 13 Mei. Berlaku hanya di KL tetapi perintah darurat adalah diseluruh negara.

Itu adalah perangai umno, tetapi perangai umno baru, adalah lebih teruk dari perangai umno yang telah diharamkan. Segala penipuan, pembohongan, fitnah, rasuah dan ketidak adilan adalah satu senjata wajib yang dipegang kuat-kuat oleh umno baru. Umno sentiasa menang kerana mereka pandai menipu dan spin cerita.

Maka, kepandaian menipu dan spin yang dimiliki umno adalah satu senjata ampuh mereka untuk terus menang dengan cara yang tidak adil.

Oleh itu, adakah anda semua perasan, apa yang berlaku sekarang? Selepas Bersih 2.0, mengapa polis telah membuat kenyataan yang membodohkan diri sendiri? Kenapa polis dengan muka seposennya, dengan gaya yang cukup amatur telah mengeluarkan video versi polis yang penuh dengan kebodohan yang melampau? Sudah lupakah anda semua, siapa yang memerintahkan agar polis keluar video sendiri? Ya, Muhyiddin Yasin.

Bukan Hisyamudin, bukan Najib, tetapi timbalan PM, Pak Udin. Kenapa Pak Udin? Kerana Pak Udin ada 2 benda yang ingin beliau lakukan dengan cerita keluar video yang cap ayam ini.

Satu- membodohkan polis

Dua- memburukkan imej Hisyamudin

Kenapa mahu burukkan imej polis? Kenapa? Ini adalah kerana agar rakyat marhaen hanya menumpukan menghentam kromok pihak polis sehingga lunyai,.... tetapi melupai tujuan asal Bersih 2.0 itu, iaitu reformasi SPR. Walau ada sedikit berita alternatif tentang SPR, tetapi pihak umno diketuai Pak Udin mahukan ianya hanya minor. Yang menjadi mangsa, pihak polis. Umno memang pandai mengalih perhatian sesuatu isu.

Jika tidak percaya, perbandingkan hitlist berita mengenai polis dan spr, mana yang lebih diminati dibaca oleh gejuis?

Kedua, kenapa hendak memburukkan Hisyamudin? Kenapa? Sebab Pak Udin tahu, manusia dalam umno yang boleh menjatuhkan beliau selain Najib, adalah sepupu Najib, iaitu Hisyamudin. Oleh itu, PakUdin mestilah membuat kerja 2 dalam satu dalam satu masa agar kerja yang dibuatnya tidak ternampak oleh Najib.

Kenapa Hisyamudin sahaja? Bukan Najib sekali. Sebenarnya, Najib telah dilunyaikan terlebih awal. Bersih 2.0 sudah melunyaikan Najib, dan seterusnya hal berkenaan Bourdon telah melumpuhkan terus Najib. Bagaimana Najib boleh terlepas pandang Bourdon? Setelah bercakap di Pulau Pinang, baru diambil tindakan. Nampak sangat Najib sedang di'main'kan oleh orang umno sendiri. Jika tidak, masakan tidak dihalang Bourdon dari memasuki Malaysia terus awal-awal lagi?

Puak umno sekarang sedang melakukan kerja untuk mengalih pemerintahan dari presiden kepada timbalan presiden. Kerja ini sedang dimainkan. Keputusan PRU 13 mestilah memihak kepada PR, tetapi tidak sehingga dapat memerintah Putrajaya. Bn mesti kalah teruk. Setelah bn kalah teruk, Najib akan dibuang. Yang naik Pak Udin. Itu yang dimahukan oleh kem Pak Udin. Tetapi untuk dapat melaksanakan perkara itu, peranan SPR perlulah ditunggangi oleh Pak Udin.

Sebab itu SPR tidak boleh direformasikan. SPR hanya boleh dikosmetikkan sahaja. Agar puak-puak Pak Udin dan mengkontrol puak SPR untuk melonjakkan sedikit kemenangan PR, tetapi tidak sehingga PR memerintah Malaysia.

SOP CPR POLIS; PATAH TULANG RUSUK.

Jika anda semua mempunyai saudara mara yang sesak nafas atau lemas, tolong jangan memohon bantuan polis untuk melakukan CPR. Besar kemungkinan saudara anda semua akan mati akibat patah tulang rusuk. Dimaklumkan lagi, jika ada pegawai perubatan ingin memasukkan sesuatu tiub ke dalam mulut mangsa pengsan, tolong panggil sekali dentist kerana gigi mangsa itu akan patah.

SOP untuk bantuan pernafasan CPR bagi anggota polis selepas ini mestilah ditambahkan lagi prosedurnya. Polis patut menambah menyimenkan dada simangsa yang telah di CPR kerana tulang rusuk yang patah. Atau pihak polis boleh menambah sesiapa yang mati kerana patah 3 tulang rusuk kerana CPR yang dibuat oleh polis adalah perkara biasa dan tidak boleh disaman dimahkamah.

Bagi kepatahan gigi kerana proses memasukkan tiub juga, pihak perubatan juga perlulah menunggu doktor gigi berada disebelahnya agar gigi yang patah itu dapat diselamatkan.

Untuk makluman juga, sesiapa yang ada rakaman jenayah, perlulah diberikan kepada polis agar polis boleh mengedit sesuka hati mereka agar yang bersalah tidak bersalah dan yang menjadi mangsa dipersalahkan.

Sekian, terima kasih......

Jumaat, Julai 22, 2011

APABILA MAMAK MEMERINTAH UNIVERSITI MELAYU....

Depa kata, UiTM ini universiti khas untuk puak Melayu sahaja. Kiranya chauvanis punya universiti lah ini. Itu hamba tidak peduli, sebab Cina dan India pun chuvanis juga di Malaysia ini. Cina ada universiti untuk puak dia sahaja dan India pun ada universiti untuk puak dia sahaja. Apa yang orang tidak tahu ialah ITM ini dahulu diberi nama Institut Tendang Melayu. Nak tahu kenapa, kena tanyalah puak-puak belajar ITM dahulu.

Tetapi, yang kelakar lagi ajaibnya, walau institusi ini adalah khas untuk puak Melayu, namun Naib Canselor tetap diberi kepada Keling Mamak Kutty. Kenapa ya? Bodoh sangat ke orang Melayu sehingga tiada yang layak untuk jadi NC? Dan apabila mamak memerintah, jadi kacau bilaulah UiTM nampak gayanya.

Orang lidah bercabang 18. Facebook kata lain, memo kata lain. Memang sah cap ayam. Hamba bukannya anti kepada bangsa mamak, tetapi kerja mamak India ini membuatkan Malaysia ini seperti capati. Tengok macam sedap, tapi bila makan, tawar nak mampus.

Apalah malang dahulu ada pensyarah seperti ini di Fakulti Kejuruteraan Awam. Macam cap ayam. Nasib baik budak civil tak berapa banyak masuk kumpulan haram Hell's Engine, jika tidak, kereta NC pasti akan di C4 kan oleh puak-puak ini.
NC mamak memimpin orang Melayu.

Entah berapa entahlah Encik Ibrahim Ali telah masyuuk terhadap NC UiTM ini? Takat hendak beri RM5000 untuk anugerah nama beliau. Katak pun tidak sanggup terima anugerah itu. Memalukan spesis katak sahaja Ibrahim Ali ini. Disebabkan beliau, seluruh katak mendapat malu kerana perbuatan katak Ibrahim Ali.

Konon Dr, Prof pula itu, siap ada Ir, tetapi buat kerja seperti tukang sapu lantai jamban. Apa punya cerita si Sahol buat surat pekeliling yang belum dibincangkan lagi oleh Senat.Untuk di test power kepada pensyarah-pensyarah UiTM? Nampak sangat Senat UiTM hanya jadi rubber stamp. Tidak guna 5 duit langsung! Senat UiTM tidak malu ke kewibawaan kamu dicemarkan oleh NC berbangsa mamak ini? Dimanakah kejantanan Senat UiTM didalam hal ini? Atau memang Senat UiTM tiada jantan lansung. Semuanya jenis 'mak yong' Aleesha.

Semenjak-menjak jawatan NC ini terwujud di UiTM, semuanya menjadi kelam kabut ditahap gaban. Baik semasa jawatan Rektor dahulu. Aman tenteram cuma bergelora sedikit sepertimusimtengkujuh di Pangkor sahaja. Tidak banyak politik umno, tidak banyak songeh mengampu sana, mengampu sini. Ceh, menghabiskan duit rakyat sahaja NC cap ayam ini.

Khamis, Julai 21, 2011

ADOI LA POLIS, JANGANLAH DIMONYETKAN OLEH UMNO LAGI....

Apabila seorang monyet berak ditengah-tengah jalan didepan orang ramai, kemudian monyet itu tidak mengaku bahawa tahi yang diberakkan itu adalah tahi dia, maka kredibiliti monyet itu pasti akan dipersoalkan. Bukan setakat kerana monyet itu berbohong tentang tahi yang telah diberakkannya, tetapi kerana kelakuan monyet itu berak ditengah-tengah jalan didepan orang yang ramai.

Serupa itu jugalah yang berlaku keatas polis raja di Malaysia. Dengan muka tidak malu, dengan pipi yang seposen, dengan lagak monyet yang berak ditengah jalan dihadapan orang ramai tidak mengaku tahinya, telah buat 'press conference' siap dengan gambar cap ayam tentang kebaikan layanan polis terhadap pendemo Bersih 2.0. Kot ye pun polis hendak buat lawak, janganlah buat lawak bodoh, nanti APCO marah.

Disebabkan umno, solat pun tidak dibenarkan oleh polis?
Hamba kasihan melihat polis yang makan gaji dengan perangai mereka masing-masing. Diperbodohkan oleh umno, hanya semata-mata untuk umno terus berkuasa untuk meneruskan menyedut sumber kewangan dan kemewahan negara. umno akan terus kaya dengan duit haram, polis terus dengan hidup kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Namun jika hendak kaya, mari join umno dengan hidup dalam rasuah, rasuah dan rasuah.

Kebodohan setiap anggota polis dengan memakai baju biru mereka bukan setakat orang dewasa yang tahu. Tetapi sehinggakan kanak-kanak pun sekarang sudah tahu, jika jadi polis, maka hidup akan rosak. Pernah tidak kalian semua mendengar, jika ada seorang budak yang nakal, lalu ditanya, anak siapa itu? Maka dijawab 'itu anak polis', maka semua akan menyahut, 'oh, padanlah pun'.

Inilah dia persepsi rakyat sekarang kepada setiap anggota polis di Malaysia. Kerjaya polis sekarang ini telah menjadikan satu larangan oleh ibubapa untuk diterokai. 'Hang kalu nak hidup elok, jangan jadi polis, nanti rosak!'. Berapa ramai ibubapa yang berpesan kepada anaknya sedemikian rupa? Memang banyak!

Jadi apa kes hendak hairankan sangat dengan perangai polis yang jelas cuba memperbodohkan diri sendiri. Hanya semata-mata hendak menyelamatkan umno. Kasihan polis, sudahlah dibodohkan oleh umno, rakyat pun sudah menyampah melihat polis lebih politik dari ahli politik. Bodoh punya melayu.....

LAHIR, HIDUP DAN MATI; UNTUK APA SEBENARNYA?

Baru pagi tadi, boss besar tempat bekerja hamba meninggal dunia. Hamba dan rakan sekerja sempat solat jenazah terhadap arwah. Umur beliau hamba rasa 58 tahun. Tidak muda dan tidak juga tua. Dalam lingkungan umur untuk berehat dari bekerja.

Sempat sebelum solat jenazah, hamba baca surah Yasin. Moga pahala bacaan Yasin itu dapat dikongsi bersama terhadap arwah. Ada ustaz kata, pahala itu tidak akan sampai kepada simati, kecuali anaknya yang baca. Takpelah, dari hamba duduk berborak kosong, baik hamba baca surah Yasin. Dapat pahala kepada hamba.

Hamba melihat sekeliling yang hadir. Ramai. Ada dari keluarga Allahyarham dan ramai dari rakan-rakan sekerja. Terfikir juga hamba, jika hamba mati ketika ini, ke mana hamba akan pergi? Apa-apa yang hamba miliki di dunia ini, satu pun tidak akan dibawa bersama. Yang dibawa hanyalah pahala dan dosa. Biarlah ianya dalam bentuk pahala milik sendiri atau pahala derma amal jariah atau doa anak yang soleh. Itu semuanya dalam bentuk pahala. Benda yang tidak nampak.

Jikalau bos hamba itu bukan seorang Islam, dan beliau adalah baik orangnya, ada manusia yang menggunakan akal atas kepala beranggapan orang itu juga akan masuk syurga? Maaf saudara, walau anda semua berhujah macam mana sekalipun, yang bukan Islam, tetap akan ke neraka. Anda semua anggap dia itu baik macam mana pun mengikut persepsi akal atas kepala, jika dia tidak bertuhan kepada Allah dan ber Rasul kan Nabi Muhammad, maka dia tetap akan masuk neraka.

Apa tujuan manusia hidup? Suka-suka? Perhabiskan beras gandum? Mencari kuasa? Berpolitik? Tidur makan minum? Atas dasar apa manusia hidup? Apakah rujukan moral untuk kehidupan? Siapa kata mencuri itu jahat? Atas dasar apa yang kita boleh juruskan baik itu baik dan jahat itu jahat? Adakah seseorang yang memberi makan kepada orang miskin itu baik? Atas budibicara apa yang menyatakan ianya baik? Apakah piawai baik? Dan apakah piawai buruk? Dalam buku dokumen apa yang menyatakan baik dan buruk?

Jika anda berkata bahawa semua agama adalah sama dan serupa, agak-agaknya, jika anda mati sekarang, ke mana anda akan pergi?

Mengapa hamba hari ini bercerita tentang perkara ini? Mengapa tidak esok atau bulan depan. Mengapa sekarang? Ini kerana, baru sebentar tadi, hamba menghadiri satu kematian. Kematian kepada big bos hamba tempat bekerja. Dialah kepala teratas didalam syarikat hamba bekerja itu. Dialah yang paling berkuasa.

Namun, berkuasa besar macammana pun, jika Allah kata kamu mati hari ini, maka matilah kamu. Biarlah kamu itu Obama ke, Najib ke, Anwar ke, jika kamu hendak dimatikan Allah sekarang, maka sekarang jugalah kamu mati. Tidak kira kamu ini umur 50 ke, 60 ke, 30 ke baru sebulan hidup ke, jika Allah kata mati, matilah kamu. Kita tidak tahu bila kita akan mati. Itu yang menakutkan hamba.

Hamba takut, pada keadaan bila kita akan mati. Tetap dengan Islam ke, atau tidak (Nauzubillah). Hamba risau, adakah pahala yang dibawa oleh hamba sekarang ini mampu untuk mengelakkan hamba dari terkena azab kubur. Hamba rasa seperti timbangan dosa hamba adalah lebih berat daripada pahala ketika ini.Ya Allah,....

Ikut akal, ini ahli syurga ke? Ulang lagi sekali, jika ikut akal.
Allah telah menetapkan, untuk masuk syurga, ada dua perkara yang perlu kita lakukan. Satu beriman kepada Allah dan Rasul, yakni Islam, dan yang kedua berbuat baik kepada orang lain seperti mana kamu suka apa yang orang lain perlakukan kepada kamu. Ada dua. Satu perkara berkenaan iman kita kepada Allah, dan yang lagi satu, kehidupan kita dengan manusia. Mesti dua-dua, tidak boleh salah satu.

Jika kita mengucap "Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah", dan kita percaya kepadanya, namun kita zalim terhadap manusia, seperti menjadi pemimpin yang rasuah, maka nereka juga tempatnya. Jika ada seorang manusia, menjadi pemimpin yang baik, tidak pernah rasuah dan adil, tetapi tidak percaya Allah itu Allah dan Nabi Muhammad itu Rasul, maka ke neraka jugalah tempat beliau. Ianya perkara mudah dan simple. Beriman dan buat baik kepada manusia. Hiudp kamu akan terjamin. Apa hendak pening-pening kepala?

Hamba sekarang ini agak kerisauan, dalam kita berpolitik, berkawan bersama menentang kepada pemerintah yang zalim, namun ada segolongan manusia, dilihat ikhlas bersama berjuang, tetapi mempunyai mentaliti yang agak hitam dan berbeza dari segi akidah yang merbahaya. Hamba katakan merbahaya, bukannya kepada pemerintah yang zalim itu, tetapi merbahaya kepada diri mereka sendiri yang terlalu agongkan akal atas kepala terhadap sesuatu perkara yang melibatkan ketuhanan atau agama. Sumber sudah ada, tetapi mungkin mereka masih tidak ternampak akan sumber itu dan dari guru mana yang perlu mereka diajarkan.

Hidup kita tidak lama. Hidup kita sekejap sahaja. Dan percayalah, sebenarnya, setalh kita mati nanti, baru kita sedar bahawa hidup kita sekarang ini hanyalah mimpi..... Mimpi yang akan menjuruskan kita ke neraka atau ke syurga......

JANTAN NAK JADI BETINA, APA KES?

Ni apa kes ni? Ada orang lelaki mahu jadi perempuan, atau lebih senang cakap, orang jantan mahu jadi betina. Siap masuk mahkamah lagi. Siap orang Terengganu lagi pula tu. Ptuih! Malu puak ganu je.

Hambe tidak kisah sangat jika sijantan itu hendak jadi pondan ke atau bapok sekalipun, tetapi hingga tahap potong anu masuk benda lain, ini kes berat ni. Berat do'oh. Bukan takat potong anu, tetapi siap mahu legalise kan perbuatannya. Lahir jantan, mati betina.

Ada orang kata, kromosom betina dia lagi banyak dengan jantan, jadi dia terperangkap dalam jasad jantan, hati nurani betina. Ceh! Apa kes? Jika takat hendak buat kerja kurang akal, janganlah berbangga dengan perbuatan itu. Jika hendak buat kerja over, janganlah hendak kabor semua manusia. Namun, ini bukan kerja over, ini kerja terlebih over, kerja yang sudah hancur lumat berkecai, anu sudah tukar kepada benda lain.

Bendera cap ayam
Semua manusia lelaki yang dilahirkan TIDAK lembut. Ini kompem. Mereka menjadi lembut setelah diadun dan dibentuk oleh adik beradik atau sanak saudara atau kawan-kawan atau persekitarannya. Mana ada dalam sejarah bayi 10 bulan menjadi bapok? Mana ada! Mereka menjadi mamat lembut setelah akal mereka menerima info yang salah tentang gender mereka.

Tolong jangan tipu dunia bahawa kamu itu sebenarnya betina terperangkap dalam tubuh lelaki. Itu hanya mainan perasaan. Hamba ada ramai kawan mat lembut yang telah berjaya di'keras'kan. Asal berkenal mereka adalah pondan dan bapok, namun setelah berkawan dengan team-team hamba, maka layanan yang kami beri kepada mereka adalah seperti layanan kepada seorang lelaki maskulin. Maka lama-kelamaan, sifat lemah lembut kebapokan mereka akan hilang dan diganti dengan sifat kerasnya lelaki. Ada yang sudah menikah dan ada yang sudah mempunyai anak berdozen-dozen. Ini semua mainan mental.

Memang, walaupun bapok-bapok ini telah dikeraskan, namun lenggak lengguk pergerakan ada sedikit gemalai 'mak yong'nya tetap ada. Tetapi ianya minor.

Maka saudara 'Aleesya', tolonglah jangan buat kerja yang lebih rosak setelah anda telah merosakkan diri anda. Oleh kerana perbuatan kamu, maka anda telah menjahanamkan hidup anda sendiri dan hidup keluarga anda, hanya kerana anda tidak berfikir mengikut iman, hanya berfikir mengikut akal atas kepala. Jika hidup sudah tidak merujuk kepada agama, hanya mengikut akal atas kepala, maka baik agama itu dibuang jauh dalam kehidupan anda. Tidak perlu agama untuk menentukan yang mana baik dan yang mana buruk. Mohon jauh daripada perbuatan itu......

Rabu, Julai 20, 2011

ANUGERAH IBRAHIM ALI? BELIAU ITU DIBUANG LAUT LAGI BAIK.

Hamba anggap, hamba adalah layak untuk bercerita berkenaan isu ini. Hamba rasakan, menjadi tanggungjawab hamba untuk mengetengahkan perkara ini kepada orang ramai agar perkara ini diperbetulkan. Isu yang hamba hendak sebut adalah berkenaan anugerah Ibrahim Ali oleh pihak UiTM.

Apabila hamba terdengar sahaja berita Ibrahim Ali hendak menaikkan namanya dengan terwujud anugerah dengan nama beliau kepada pihak UiTM, maka urat ketawa hamba menjadi tersangat-sangat aktif. Walaupun urat ketawa hamba teraktif, namun tubuh badan hamba tidak termampu untuk gelak besar kerana akal hamba memberi respon bahawa perkara ini bukan lawak bodoh, tetapi lawak menjahanamkan pusat pengajian tinggi yang telah berjasa kepada hamba untuk hamba mendapat dua gulung ijazah.

Hamba sekarang adalah seorang jurutera, jurutera mekanikal. Mendapat segala ilmu berkaitan kejuruteraan mekanikal melalui institut yang bernama ITM. Ditukar menjadi UiTM semasa zaman reformasi dahulu, ketika penghujung tahun 1999. Dahulu, warna ITM adalah kuning hijau, namun setelah bertukar nama, warnanya pun bertukar kepada warna jingga.

Masuk ITM pada tahun 1994, mendapat Diploma pada tahun 1997, terus sambung belajar untuk Sarjana Muda pada tahun 1997 dan mendapat ijazah pada akhir tahun 1999. Hamba dididik di ITM selama 5 setengah tahun, maka adalah menjadi kewajiban hamba untuk mempertahankan kewibawaan insitusi UiTM ini. Hamba seorang alumni ITM.

Apabila seorang manusia yang masih hidup, yang tiada jasa apa-apa kepada bangsa dan negara, hanya ada jasa menjadi katak, penghancur kerajaan negeri (Kelantan, akhir 70-an), cakap gong tetapi penakut, suka buat kacau bilau kemudian cuci tangan, mulut celupar lagi rasis seperti zionis, sikap penting diri dan opurtinis, adakah orang berperangai seperti ini hendak dijadikan contoh oleh siswa-siswi UiTM?

Hamba berpesan kepada pihak Senat UiTM, janganlah anda semua yang berjumlah 60 orang itu membuang masa berbincang dan berfikir panjang samada ingin meluluslakn atau tidak meluluskan anugerah ini. Ianya hanya akan membazirkan duit UiTM dan masa ahli-ahli Senat di UiTM. Lebih banyak perkara yang penting yang perlu dibincang dan diketengahkan.

Tolonglah jangan buat kerja buang masa dengan melayan karenah Ibrahim Ali yang Sultannya sendiri telah melucutkan anugerah Dato kepada beliau. Encik Ibrahim Ali perlulah dijauhkan sejauh-jauhnya daripada masyarakat Melayu dan Malaysia kerana dengan adanya wujud manusia seperti beliau, maka negara akan menjadi mundur dan huru hara. Buanglah Ibrahim Ali ini ke dalam laut Cina Selatan agar kehidupan umat Malaysia lebih baik dan makmur.....

Isnin, Julai 18, 2011

DAP DAN UMNO. DUA-DUA CELAKA.

Pelik, ajaib, sasau lagi cap ayam tahap gaban. Apabila moral policing dianggap menyekat kebebasan hidup, maka gugurlah segala aturan hidup insan yang berlandaskan undang-undang agama. Apabila agama dianggap bukan aturan hidup dan bukan rujukan baik buruk, maka siallah kehidupan insan dengan bertuhankan akal diatas kepala masing-masing.

Parti Cap Ayam
Pusat hiburan, sebenarnya apa sebenarnya tempat ini? Karaoke? Pub? Disko? Tempat menari-nari? Tempat huha huha? Tempat minum arak? Tempat urut-urut? Tempat zina-zina? Tempat hisap dadah? Tempat peluk-peluk? Ape kejadahnya ada ahli politician yang berkenan sangat dengan tempat begini? Sehingga sanggup dengan lantang sehingga urat tekak tercabut membela tempat ini dari bankrap dan ditutup?

Apa kes sehingga ada manusia bernyawa yang sungguh ghairah lagi lantang menyokong tokey-tokey besar kelab hiburan dari ditutup pada sesuatu masa? Kerana apa kelab hiburan ini perlu dikekalkan padahal SEMUA manusia di Malaysia tahu, disitulah punca runtuhnya sesuatu kehidupan manusia. Yang sudah menikah, akan mengabaikan isteri, yang sudah bergelar ayah, akan mengabaikan anak-anaknya, yang muda-mudi, akan terjerumus dalam penyakit hati, gila seks, nafsu kepada dadah dan nafsu kepada betina, yang dara-dara, akan hilang dara dan lahirkan anak haram.

Inilah masalahnya apabila manusia beranggapan bahawa undang-undang berlandaskan kepada akal diatas kepala adalah lebih superior daripada undang-undang dari Pencipta akal mereka diatas kepala itu. Mereka beranggapan merekalah yang mengetahui segala-galanya, padahal mereka hanya tahu perkara yang seciput ilmu. Kemudian mereka bangga dengan ilmu seciput itu dan menyebarkannya seolah-olah akal dia itu adalah akal maksum, kalah para Nabi dan Rasul daripadanya.

Inilah namanya jenis politik oputurniti. Politik Machiaveli, yang menghalalkan apa sahaja cara sekalipun, walau ianya bertentangan dengan rukun kehidupan, tetapi kerana mahu meraih undi, maka tokey yang merosakkan manusia, yang merosakkan anak dara, yang merosakkan masyarakat perlu dan wajib dibela, kerana mahukan undi mereka.

Rakyat buatlah apa sahaja, yang salah dari segi moral, yang salah dari segi hukum, tetapi undi, undilah saya. Adakah ke tahap itu politik Malaysia ini akan dijerumuskan. Jika ya, celakalah engkau DAP, serupa celakalah engkau umno!!

Sabtu, Julai 16, 2011

ROSMAH BELI CINCIN BERLIAN JUTA-JUTAAN, BIARLAH, DIAKAN CEO PERMATA. KAH! KAH!

Ada orang kata, sesiapa yang buat demo pada pemerintah adalah buat kerja haram. Sesiapa yang berhimpun untuk menyatakan sesuatu kepada pemerintah, adalah berdosa. Maksudnya, sahabat yang menghunus pedang kepada khalifah dan berkata lebih kurang "Jika Khalifah memerintah dengan tidak adil, dengan pedang ini kami ingatkan", maka berdosa besar sangatlah sahabat Nabi itu? Orang Melayu ini beragamakan Melayu atau Islam sebenarnya?

Ginilah, jika kome Melayu suka sangat diperintah umno sampai mati, silakanlah, apa yang umno buat sepanjang memerintah Tanah Melayu ini, kome semua terima sahajalah. Yang baik ke, yang buruk ke, yang menipu ke, yang merasuah ke, yang menfitnah ke, yang mengC4 ke, kome semua terima sahajalah sebab umno itu pemerintah kome.

Cumanya, sejahat-jahat PM umno sebelum ini yang memang jahat lagi korup, diorang semua tidak adalah pula membenarkan isteri mereka membeli cincin berlian berharga juta-jutaan. Memang ada bekas-bekas PM membelikan atau membenarkan isteri mereka membeli cincin berlian mahal-mahal, mungkin juta juta RM, namun sehingga harga RM24.4 juta, atau USD24.4 juta, ini memang tahap PM C4.

Kot ye pun Rosmah hendak meroyan sangat memakai cincin juta-jutaan, tidak perlulah cerita pada kastam. Kan ke sudah buat naya pada diri sendiri, orang ramai sudah tahu, selama beliau pergi ke New York dahulu, bukannya apa, sahaja hendak menghabiskan duit rakyat. Rakyat tahulah dia itu CEO Permata, tetapi,janganlah sampai buat kerja gila mempermatakan jari gemukdia itu sehingga puluhan juta RM. Imelda Marcos kalah.
Jacob & Co. Ni adik beradik APCO ni. Sama bangsa.

Kita bersangka baiklah (kah! kah!), ini RM24,584,400, bukan USD24,584,400.

Tetapi, jika difikirkan, memang inilah kerja si Rosmah semenjak dari dahulu lagi. Dahulu lagi power. Siap ceraikan suami dan dan menceraikan isteri pertama Najib dengan Najib, sebabnya, hendak kahwin dengan Najib. Semua orang tahu cerita dia ni. Apalah sangat cerita beli cincin bernilai puluhan jutaan RM.

Apa-apa pun, disebabkan kita Melayu dan Rosmah adalah isteri pemimpin, maka kita sebagai rakyat marhaen tidak boleh menderhaka kepada mereka, sebab mereka pemimpin, biarlah Rosmah hendak beli under wear bernilai RM30 juta sekalipun, adalah perkara dosabesar dan haram menderhaka kepada pemerintah. Sebab apa? Sebab kita Melayu, beragamakan Melayu dan diperintah oleh umno melayu, maka segala apa yang dibuat umno, adalah maksum. Bodoh punya Melayu....

Jumaat, Julai 15, 2011

PROSES PENGKLONAN MANUSIA, SATU PANDANGAN.

Ada orang kata, sekolah adalah satu sistem mengklon manusia. Tuan MSK menyatakan begitu. Dan ianya adalah benar dari segi konteks negara Malaysia. Klon kearah menuhankan umno, mengagamakan Melayu. Tiada umno, tidak boleh makan, tiada umno tidak boleh minum, Melayu adalah agama kepada orang Melayu, Melayu adalah bangsa mengatasi bangsa lain di Tanah Melayu dan Melayu adalah agama lebih tinggi dari Islam. Doktrin gila yang dibuat umno untuk mengklon manusia di Tanah Melayu menuhankan umno.

Namun, apakah pula yang dimaksudkan dengan manusia yang tidak lut untuk diklon. Apa yang akan terjadi kepada manusia yang tidak mahu diklonkan? Beliau menjadi manusia apa? Berfikir dengan menggunakan akal apa? Merujuk berfikir berdasarkan kepada apa?

Ada insan menyebut beliau akan berfikir dengan akal yang telah belajar dalam sekolah alam dunia. Belajar sesuatu dari apa yang terkandung dan terhidup didalam alam dunia ini. Merujuk akal berdasarkan pengalaman hidup di dunia. Apa yang terkeluar dan tidak ternyata didalam dunia kehidupan ini, maka akalnya tidak akan terajar. Atau lebih kurang menjadi kurang ajar.

Belajar mengenal kehidupan, dengan melihat kehidupan, di dalam daerah benua yang berlaian, yang menyasarkan sejarah hidup seseorang insan, baik atau buruk, adil atau tidak adil, berdasarkan semata-mata dengan apa yang dinampak oleh 5 pancaindera manusia, adakah akan menjadikan akal fikiran itu boleh berfikir hanya berlandaskan apa yang dilihat dan dirasai oleh 5 pancaindera itu?

Membentuk sesuatu akal kepada terjurus kepada sesuatu, melalui pembacaan buku, yang juga berlandaskan oleh akal manusia semata-mata, menggunakan deria 5 sebagai rujukan mutlak sesuatu rumusan, adakah akan menjadikan akal itu sungguh superior sehingga boleh membentuk akal yang mengatasi doktrin-doktrin istilah agamawan?

Jika boleh, bermaksud, kehidupan manusia di muka bumi ini adalah bukanlah berlandaskan kepada satu manefistasi hidup mencari Tuhan, tetapi hidup yang berlandaskan mencari akal yang memang terkandung di atas kepala setiap manusia? Hidup menuhankan akal. Akal itu adalah Tuhan dan Agama itu adalah akal? Tidakkah ianya juga adalah sebuah proses pengklonan menjadi hamba kepada akal yang memang sudah terwujud diatas kepala kita masing-masing?

Kesimpulannya, pengklonan sesuatu insan menjadi klon yang bagaimana rupa, adalah sebenarnya sebuah satu sistem kehidupan yang tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan itu sendiri. Cumanya,bagaimanakah cara dan rupa pengklonan itu, dan ke arah mana klon itu akan terjurus, adakah ke arah yang lebih baik atau ke arah yang lebih buruk. Mengklon manusia ke arah mana dan melalui sumber apa? Itu yang sebenarnya yang perlu dirungkaikan. Bukannya menghapuskan sistem pengklonan itu, jika bermaksud sebutan 'klon' itu adalah pembentukan fikiran manusia.

Siapa yang beri kita akal? Bolehkah kita buktikan akal itu wujud? Yang kita nampak adalah segumpal daging bernama otak, tetapi mana akalnya? Terfikir, berfikir, buktikan kita sedang berfikir. Nampak tidak wujudnya segumpal daging yang namanya fikir? Fikir berdasarkan apa? Apa itu baik? Apa itu buruk? Apa itu moral? Berdasarkan apa moral itu dipishakan satu garisan lurus bernama sempadan baik-buruk?

Apa yang perlu dicari adalah sumber rujukan mengklonkan sesuatu. Kita perlu cari sumber rujukan berfikir. Berfikir berdasarkan alam? Alam yang apa? Ada tidak alam ini buruk? Ada tidak alam ini baik? Ada tidak alam ini neutral? Kenapa akal kita menyebut pH 7 adalah neutral dan pH 1 adalah asidik? Siapa wujudkan asid itu? Siapa yang wujudkan alkali? Siapa yang wujudkan Neutral?

Sudah jumpa belum, siapa yang menciptakan siapa? Jika sudah jumpa, berdasarkan rujukan dan akal fikiran apa yang boleh kita simpulkan tentang perjumpaan itu?

Kome fikirlah dengan fikiran yang lebih luas, bukan hanya berdasar kepada akal kita yang kecik ini........

Rabu, Julai 13, 2011

AJAL DITANGAN TUHAN, BUKAN SALAH SIPEMBUNUH?

Banyak-banyak komen, ada satu komen yang hamba sungguh tidak setuju dalam komen blog hamba ini. Ada pengkomen kata, "Ajal itu di tangan Tuhan, bukan di tangan polis.". Ulasan manusia tanpa nama ini adalah berkaitan dengan kematian Barhanudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan Bersih 2.0 lepas.

Ada berani ka - (Pak Amjal)
Hendak kata, yang sipekata itu Jabariah, melampau pula, nanti jadi kafir pula sipekata itu. Jabariah itu kumpulan luar dari Islam. Yang menyatakan, manusia tidak mempunyai kuasa apa-apa hidup di dunia ini, semuanya ditentukan oleh Allah. Jika ada manusia itu berbuat jahat, semuanya adalah kerana Allah yang menggerakkan manusia itu buat jahat. Ini adalah sesat dan diluar dari pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Si pengulas yang penakut memberikan nama dan identitinya didalam ruang komen blog ini seperti hendak melepaskan tanggung jawab kematian Barhanudin bukan salah polis walau polis menyembur air asid terhadapnya, walaupun polis yang menembak gas racun terhadapnya, dan walaupun jika polis itu membelasahnya. Beliau mati kerana ajalnya. Ini memang betul-betul pemikiran cap ayam.

Jikalaulah, ada polis, yang dengan selamba menembak mati ayah si pengkomen yang penakut meletakkan namanya dalamruangan komen itu, adakah beliau sanggup menyatakan bukan salah polis itu, ianya disebabkan ajal yang telah ditetapkan Allah, bukan polis yang menentukan ajal seseorang. Boleh ke gitu?

Hang pa fikir lah sendiri.......!! Bodoh punya Melayu!!

Selasa, Julai 12, 2011

DERIA KE ENAM, MAHU BELAJAR? MEH BACA.

Hari ini hamba hendak bercerita tentang deria ke enam. Atau dalam bahasa Kampuchea, 'the six sense'. Satu deria yang sebenarnya ada pada setiap manusia, tetapi tidak digunakan kerana manusia terlalu taksub dengan keyakinan akal yang tidak seberapa.

Winston Churchill memang suka memelihara deria ke enamnya. Dan untuk memiliki deria ke enam ini mempunyai cara dan tekniknya tersendiri.

Deria utama manusia, dikatakan oleh ahli saintis ada 5, iaitu deria bau, rasa, lihat, dengar dan hidu. Tidak ada dalam ruang lingkup ilmu sains yang bercerita tentang deria ke enam.

Mari hamba bercerita sedikit, tentang pengalaman hamba dengan deria ke enam ini.

Pada malam 8 Julai, 2011, iaitu esoknya ada demo Bersih 2.0, hamba sudah bercadang pada sebelah petangnya untuk ke KL bersama rakan pada malam itu. Rakan dari Syah Alam ada mempelawa hamba untuk duduk di hotel murah yang telah ditempah beliau.

Namun semasa menunggu waktu Maghrib, hamba berasa sungguh tidak sedap hati untuk ke sana malam itu. Maksud tidak sedap hati itu bukannya perasaan takut. Kerana, hamba tiap kali untuk pergi ke demo, memang sentiasa takut. Jika ada orang yang mengatakan sehari sebelum ke demo besar-besaran, tidak ada perasaan takut, orang itu menipu. Hamba memang takut setiap kali jika hendak pergi ke demo.

Perasaan gundah gelana itu tidak terpadam walau selepas solat Maghrib. Hamba tanya isteri tentang perasaan hamba ketika itu. Isteri menjawab, ikutkan sahaja gerak hati hamba.

Maka hamba mengambil keputusan 'melayan' perasaan tidak sedap hati itu. Hamba tangguhkan untuk ke demo Bersih 2.0 pada esok hari. Bagaimana hendak ke sana, itu fikir esok.

Setelah hamba tertidur selepas Maghrib, pada jam 11 malam, isteri hamba mengejutkan hamba. Beliau pening-pening teruk sehingga muntah-muntah. Hamba menggelabah seketika. Beri dia ubat habatus sawda dan ubat minyak cap kapak disapu di kepala. Setelah muntah-muntahnya reda, hamba menyuruh isteri hamba berehat dan tidur.

Setelah membelai isteri tidur, hamba ke tandas untuk mengambil wudhu' untuk solat Isya'. Semasa dalam tandas, tiba-tiba anak kecil hamba menangis hendakkan susu badan isteri. Hamba keluar, dan melihat isteri hamba dalam keadaan peningnya terus mengambil anak kecilnya dan memberikan susu.

Pernah tidak anda semua melihat, seorang ibu muntah teruk sambil menyusukan anaknya, hamba pernah. Isteri hamba mengalaminya malam itu. Nasib baik hamba sediakan bekas untuk muntah kepada isteri. Jika tidak, habis tilam dipenuhi muntah. Kemudian, hamba mengambil keputusan, membuatkan susu botol untuk anak kecil hamba, dan menyuruh isteri hamba rehat dan tidur, jangan fikirkan apa-apa, biar hamba yang uruskan anak-anak.

Ketika melihat isteri hamba merehatkan diri, dalam keadaan yang teruk peningnya, sambil hamba memegang botol susu menyusukan anak kecil, hamba terbayang, apa akan berlaku kepada isteri hamba jika hamba mengambil keputusan untuk pergi ke KL malam itu. Hamba betul-betul bersyukur kerana hamba telah 'membenarkan' deria ke enam hamba untuk diterima oleh akal tanpa lojik.

Deria ke enam adalah satu elemen yang perlu dipelajari dari pengalaman. Dan proses yang paling utama ada 2. Satu, kita perlu ajar akal kita supaya menerima perasaan yang pada dasarnya tidak lojik. Akal perlu menerima perasaan agar perasaan itu dianggap oleh akal sebagai salah satu deria yang 5. Keduanya, sentiasa mengingatkan akal tentang peristiwa yang telah membenarkan firasat perasaan ke enam. Jangan sesekali sifat lupa dimainkan dalam akal. Lupa, adalah musuh utama deria ke enam.

Oleh itu, diharap, anda semua pun belajar-belajarlah menerima deria ke enam sebagai sebahagian penting deria yang 5, yang sudah sedia ada itu.....

Isnin, Julai 11, 2011

TERGEMPAR!! DALANG SEBENAR BERSIH 2.0,JANGAN TERKEJUT....

Hamba sebenarnya sudah lama tahu berkenaan cerita ini. Cumanya hamba tidak mahu memberitahu didalam blog ini, takut-takut rakan-rakan blogger akan menuduh hamba ini tali barut, gunting dalam lipatan dan bermacam-macam tuduhan lagi terhadap hamba.


Hamba sebenarnya sudah lama tahu, siapakah talibarut sebenar Bersih. Siapakah dalang sebenar disebalik NGO haram Bersih ini.


Hamba sebenarnya, bukan hendak pergi ke perhimpunan itu sebenarnya. Tetapi mahu melihat, adakah dalang sebenar Bersih akan muncul dicelah-celah orang ramai semasa perhimpunan Bersih itu.


Namun, setelah melihat berbagai-bagai gambar, baik dari SB, polis biasa, TV3, media Kerajaan, blog-blog PR, gambar youtube, didapati, dalang sebenar Bersih tidak muncul. Beliau masih lagi berselindung dan menyorok tidak mahu orang ramai, terutama rakyat marhaen seperti kita, mengetahui bahawa beliaulah sebenarnya dalang itu.


Oleh kerana perkara ini adalah penting, dan melibatkan ramai pihak, dan ianya juga akan mengejutkan pencinta-pencinta demokrasi. Malah akan lebih mengejutkan pejuang-pejuang Islam seperti ahli-ahli PAS, maka hamba perlu juga menceritakan perkara ini. Agar kita semua tidak tertipu lagi kepada 'master mind' sebenar institusi Bersih ini.


Apa yang hamba boleh berikan, adalah informasi gambar di bawah, semoga, mereka-mereka yang bersusah payah turun ke KL pada 709 itu, jangan kecewa dan terkejut,.....




inilah gambar dalang sebenarnya..... di bawah ini....


.............
.

.

.

.............


Inilah dia .....





KAH! KAH! KAH! Jangan marah,..... buat lawak je......

PENDAPAT HAMBA DALAM SUASANA LEPAS 709.

Hamba orang Melayu. Ibu hamba Melayu Perak, ayah hamba Melayu Melaka. Lahir di tengah-tengah kota metropolitan, Kuala Lumpur. Bernikah juga dengan Muslimat Melayu, Melayu Terengganu. Maksudnya, anak-anak hamba ada kacukan Melayu Perak, Melaka, KL dan Terengganu. Bermaksud juga anak-anak hamba adalah betul-betul Melayu Tulen. Bukan Mamak.

Pemikiran hamba, telah dididik, semenjak sekolah,bahawa ketuanan Melayu mesti dipertahankan. Tanah Melayu ini adalah asal milik Melayu. Bangsa pendatang Cina dan India adalah golongan yang dipaksa terima oleh penjajah Inggeris diwarganegarakan jika hendak merdeka. Malayan Union sebenarnya telah dijayakan oleh umno kerana kompromi umno untuk menerima bangsa pendatang Cina dan India.

Selepas SPM, hamba belajar di ITM. Institut 100% milik Melayu. Hamba telah di BTN kan sebanyak 3 kali. Wajib. Sekali BTN kerajaan pusat, 2 kali BTN tajaan ITM. Doktrin ketuanan Melayu dipaksa terima ke dalam akal hamba agar sentiasa mempertahankan ketuanan Melayu.

Namun, akal orang Melayu sebenarnya cerdik. Tidak mudah diperbodohkan oleh doktrin-doktrin palsu umno mempertahankan Melayu. Siapa kata orang Melayu senang diperbodohkan sebenarnya adalah pendusta besar. Mereka-mereka yang mengatakan orang Melayu itu bodoh adalah mereka yang berasal dari orang umno. 'Melayu mudah lupa'. 'Melayu tidak mengenang jasa'. 'Melayu diperkudakan Cina'. Semua itu ayat asal dari umno. Umno memang suka memperlekeh orang Melayu.

Namun malang bagi umno. Akal orang Melayu sebenarnya cerdik. Akal Ahmad Boestaman, Zulkifli Mohamad, Pak Sako, Burhanudin Al-Helmi dan lain-lain masih tetap ada dan diwarisi oleh orang Melayu sekarang.

Jangan sangka orang Melayu saluran 1 adalah bodoh politik. Bukan semua. orang tua Melayu bodoh politik. Ingat! Yang meninggal di Bersih 2.0 adalah seorang tua. Barhanudin Ahmad adalah berumur 58 tahun. Bukan 21, bukan 30, beliau seorang veteran. Arwah tok tua hamba meninggal umur 78 tahun. Tidak pernah memangkah Perikatan, tidak pernah memangkah Barisan Nasional. Walau PAS berada dalam bn ketika itu.

Mereka semua golongan tua. Tetapi orang Melayu perlu ingat. Cara kempen kepada golongan saluran 1 ini adalah berlainan dengan saluran muda. Mereka ini ada ego masing-masing. Memang majoriti mereka ahli umno, tetapi bukan semua menyokong umno. Jangan mengajar mereka, nanti mereka akan kata 'aku makan garam lebih dulu dari engkau'. Jangan berdialog lebih-lebih. Cumanya, cara paling berkesan ialah mendampingi mereka dan bersopan santun terhadap mereka. Golongan saluran 1 memang senang terkenang budi.

Begitu juga dengan polis. Jangan musuhi mereka. Sebaliknya, berkawanlah dengan mereka. Tanya mereka, mengapa mereka belasah rakyat yang berhimpun seperti sampah. Beri mereka sedikit pemahaman tentang kita. Dan kita juga mesti bersama mereka untuk mengetahui apakah masalah mereka sehingga sanggup menyepak terajang orang Melayu yang berdemo.

Polis juga orang Melayu. Kita perlu undi mereka. Dalam FRU dan polis yang membuat tangkapan di 709, mereka semuanya berumur lingkungan 20-an. Orang muda. Tetapi orang muda dalam polis. Mereka diperintah oleh polis yang tua. Yang sudah korup. Yang ada kepentingan hendak naik pangkat. Jadi, dampingilah mereka. Jangan berdendam. Marah tidak apa. Tetapi, jangan berdendam. Sebab mereka ini telah dipaksa terima doktrin umno yang sial penuh nanah. Untuk membersihkan nanah, kita tidak boleh gelojoh membersihkannya, tetapi perlu berhati-hati, agar nanah tidak berjangkit lebih banyak di tempat lain.

Mengapa hamba bercerita berkenaan Melayu? Mana pergi Cina? Mana pergi India? Hamba tidak bercerita berkenaan mereka kali ini. Hamba hendak bercerita tentang Melayu. Melayu Tanah Melayu. Melayuyang telah menerima Islam sebagai cara hidup mereka. Tetapi sekarang telah cuba dimurtadkan dengan ideologi kapitalis dan nasionalis. Bodoh punya Melayu.

IDEOLOGI IBU DAN AYAH HAMBA.

Hamba hari ini cuti. Bukan kerana hendak meraikan kejayaan Bersih 2.0, tetapi hendak meraikan hari ulang tahun kelahiran anak lelaki hamba yang berumur 1 tahun, hari ini. Ibu dan ayah hamba juga berada dirumah bersama adik perempuan hamba.

Nur Muhammad. Lahir jam 10.50 pagi 11 Julai 2010 di Hospital Selayang. Hamba berada disebelah isteri hamba dari mula masuk ke bilik bersalin sehingga Nur Muhammad keluar dari rahim umminya. Melihat betapa seksanya isteri hamba melahirkan anak lelaki hamba, menyebabkan perasaan hormat dan kasih hamba kepada ibu hamba bertambah menebal.

Semalam juga, ibu hamba menegur hamba, kenapa degil sangat tidak ikut nasihatnya, jangan pergi demo. Hamba cuma senyum dan gelak-gelak kepada ibu, kemudian buat cerita lain dari tajuk demo. Tidak mahu ber'dialog' dengan ibu yang melahirkan hamba. Ibu hamba adalah seorang insan, yang cukup tebal sifat Melayunya. Adik beradik ibu, dahulunya, semuanya adalah anti Perikatan. (mesti pelik bukan orang ultra Melayu tidak sokong umno, hanya orang tua-tua pembangkang dahulu sahaja yang mengerti)

Ada yang masuk Parti Sosialis, ada yang PRM dan ada yang PAS. Perlu diingat, PAS di Kuala Kangsar dahulu adalah kelompok yang ultra Melayu. Pemikiran Dr Zulkifli Mohamad, yang juga adalah anak Kuala Kangsar, kampung Kota Lama Kiri, yang kuburnya bersemadi di depan (seberang jalan) rumah sepupu hamba, adalah idola kepada adik beradik dan sepupu papat ibu hamba. Dan pemikiran ibu juga telah ditempiaskan oleh semangat Melayu Islam Dr Zulkifli.

Maka, perasaan hormat kepada pemikiran idiologi ibu hamba, hamba hormat sungguh-sungguh. Yang paling hamba hormat, ibu tidak pernah menyokong umno, walau ayah hamba dahulu adalah ahli umno (yang tidak aktif). Namun, benci ibu kepada umno, adalah sama bencinya kepada MCA dan DAP. Ini adalah jelas. Bukan ibu benci orang Cina, tidak, ibu benci akan politik yang dibawa oleh Cina MCA dan DAP. Walau selama 10 tahun, ibu berboskan Cina MCA semasa beliau bekerja.

Dan ideologi chauvinis Melayu ala PAS ini masih terpahat dalam pemikiran hamba sehingga kini, namun ia diseimbangkan dengan semangat ideologi baru PAS, atas dasar yang dipegang oleh Tok Guru Abdul Hadi Awang. Kerana itu hamba adalah seorang penyokong tegar Ayah Chik. Sehingga kini.

Apabila ada rakan-rakan yang berkata, apabila balik kampung, mereka akan ber'kempen' sedikit demi sedikit ibubapa mereka, maka bagi hamba, ianya adalah tidak relevan bagi ibubapa hamba, kerana hamba merasai ideologi yang dipegang ibu adalah haknya dan beliau ada hujahnya tersendiri, manakala ayah, beliau ada akal sendiri. Tidak perlu anak-anaknya menasihat beliau, ayah sendiri tahu apa yang perlu dibuat. Hamba anak ayah, tahulah tahap pemikiran ayah. Seorang pemimpin ahli Kesatuan Pekerja berpuluh-puluh tahun. Ber'dialog' dengan Menteri-menteri kabinet sudah menjadi kebiasaan, apalagi ber'perang' dengan ketua pengarah ditempat kerjanya hanya semata-mata untuk kebajikan rakan sekerja.

Maka sehingga ke hari ini, ayah tidak marah hamba aktif didalam PAS, malah hamba nampak ayah berbangga melihat anaknya aktif didalam politik. Sama seperti beliau aktif dalam politik Kesatuan Pekerja. Dan hamba selalunya meminta nasihat ayah, "Apa pandangan ayah berkenaan..", "Apa rasa ayah jika...". Ayah tidak pernah menyatakan beliau menyokong siapa dan unid siapa. Namun dari zahirnya,beliau bukan jenis atas pagar. Ayah seorang yang berpendirian, seperti hamba, dan tidak akan menjadi lalang.

Yang penting, umno bn tidak akan dapat undi dari ayah dan ibu hamba, begitu juga DAP.... minta maaflah DAP Segambut.....

Ahad, Julai 10, 2011

LEPAS DEMO, BUAT CULA LE PULA, JGN ASYIK CERITA NOSTALGIA DEMO.

Baru sebentar tadi, baca dalam blog biaq pila. Dia kata utusan malaysia ini penipu. Laa, memang le utusan malaysia ini penipu, jika utusan malaysia tidak menipu, itu baru 'story'. Serupa Ibrahim Ali lah, jika tidak cakap gong, bukan Brahim namanya, jika dia cakap bersopan santun penuh berhikmah, itu baru pelik, baru ada 'story'.

Pagi tadi, lepas cerita Bersih 2.0 semalam, hamba memohon pertolongan ahli-ahli PAS untuk buat culaan dalam sistem SSDP. Alhamdulillah, daripada 1004 pengundi, seramai 220 orang kami tidak dapat mencula mereka ini siapa? rumah di mana? menyokong siapa? Maklumlah. Jika diambil daripada maklumat yang diberi SPR, alamat rumah memang tidak diberi.
Otai muslimat Kampung Rasa. Pengalaman hamba, muslimat memang cekap buat culaan berbanding muslimin.

Hendak dapatkan yang under ground punya siap dengan alamat tepat dan agama, belum dibuat bincang dengan otai-otai PAS pula. Yelah, masing-masing sibuk hendak berdemo. Lubang sudah ada, cuma ongkos sahaja yang perlu dibincangkan.

Cula tempat hamba, yang dapat dicula selama ini sehingga hari ini, atas pagar adalah 134 undi, dan kebanyakan mereka ini memang tidak turun mengundi. UPU tempat hamba ini memang hitam kepada PR. Maklumlah, asyik-asyik kalah. Dan maklumlah juga, YB DUN pembangkang umno adalah dari UPU disini. Kami cula berdasar beliau masih calon. Tetapi, dengar khabar, beliau akan dipangkah pada PRU13 nanti. Jika beliau tak bertanding, peluang menang saluran 2 kembali cerah. Saluran 1, jangan buat kerja menghabiskan beras.

Apa yang nampak jelas trend mengundi disini ada 2, satu sebab keluarga, dan satu sebab masyuuk. Bab keluarga yang menyebabkan agak sukar untuk UPU disini dimenangi PR. Melainkan, YB pembangkang sedia ada ini dipancung sendiri oleh umno. Jika begitu, peluang menang agak cerah.

TAHNIAH KEPADA PESERTA BERSIH 2.0. TERUTAMA YG CEDERA DAN KENA TANGKAP.

Syabas dan tahniah kepada semua pendemo yang dapat telus ke dalam KL dan berhimpun secara aman. Tahniah kepada mereka yang kena belasah, tangkap, sembur dan dipedihkan oleh polis. Anda semua adalah pejuang kebebasan pilihanraya yang adil.

Jika tidak ada kamu semua berkumpul didalam KL semalam, pasti rakyat Malaysia masih kekal dengan tidur masing-masing. Masih enak dibuai mimpi palsu keamanan yang dibuat-buat bagi meningkatkan lagi kezaliman pemerintah terhadap rakyatnya.

Kesipalan utama pemerintah bn adalah mewujudkan astro didunia media. Dan kesilapan kedua mereka adalah membenarkan Al-Jazeera dikumandang didalam astro. Buruk-buruk astro, ada kebaikan juga untuk rakyat Malaysia.

Dengan wujudnya dunia Al-Jazeera di media Malaysia. Walaupun dibayar. Namun pakcik-pakcik tua yang duduk dirumah bersama isteri-isteri mereka dapat melihat betapa zalimnya polis Melayu membelasah orang Melayu sendiri. Hanya semata-mata orang Melayu itu berkumpul untuk membersihkan pilihanraya Malaysia yang penuh tidak adil.

Mereka berkumpul, bukannya menyuruh Najib letak jawatan, mereka berkumpul, bukannya untuk mengharamkan umno, tidak, mereka berkumpul dan dibelasah polis, bukan kerana mereka mahu polis dihapuskan, tidak, mereka hanya berkumpul untuk memberitahu dunia dan rakyat Malaysia agar sistem pilihanraya di Malaysia dibersihkan, direformasikan menjadi adil dan telus dan seimbang. Bukannya hendak menjatuhkan kerajaan memerintah.

Hamba dan kami semua yang tidak dapat masuk ke KL untuk bersama-sama berhimpun, mengucapkan tahniah, terutama mereka yang ada bekas cedera dan sakit, lebih-lebih lagi ada seorang yang meninggal dunia, hanya semata-mata mahu melihat dunia Malaysia ini menjadi lebih adil dan bersih. Jasa anda semua akan dikenang sehingga mati.

TAHNIAH kepada rakyat Malaysia yang berhimpun semalam.

YG AKAL SEMPIT ANTI BERSIH, MEH BACA SINI.

Hari ini, hamba hendak bercerita, tentang pemikiran manusia yang akal sempit. Jika hamba mengatakan akal bodoh, nampak sangat brutal ayat yang hamba gunakan, maka hamba gunakan ayat akal sempit. Kemudian, akal sempit itu hamba hendak mikrokan tentang perkara khusus, iaitu kejatuhan sesuatu rejim zalim pemerintah. Lebih tepat lagi, rejim zalim pemerintah negara yang dahulunya dijajah penjajah Eropah.

Bagaimana rejim zalim ini dapat dijatuhkan? Adakah ianya dijatuhkan dengan sendirinya? Tidak. Adakah ianya jatuh kerana dikacau kuasa asing? Mungkin. Adakah ianya jatuh kerana pilihanraya? Jauh panggang dari api.

Pelik lagi ajaib jika ada seorang manusia yang boleh beranggapan bahawa rejim zalim boleh dijatuhkan dengan pilihanraya. Memang pelik. Adakah beliau tidak belajar sejarah? Adakah beliau memang tidak tahu sejarah? Atau adakah beliau memang akal sempit yang tidak kecapaian mindanya?

Mari kita lihat sejarah kejatuhan rejim zalim. Tidak payah susah-susah pergi jauh, tidak perlu kita menjenguk Mesir atau Tunisia, tetapi, mari kita jenguk negara jiran kita Indonesia. Sebelum kejatuhan Soeharto, adakah kita ada terbayang, bagaimanakah rejim zalim yang kuat ini boleh dijatuhkan dan diganti dengan kerajaan lain? Ada sesiapa terbayang bahawa Soeharto boleh dikalahkan dalam pilihanraya? Jawabnya, memang tidak ada.

Jadi, apakah penyebabnya rejim yang kuat ini boleh jatuh tersungkur daripada pemerintahan di Indonesia? Jawabnya, kebangkitan rakyat. Dan ia diterjemahkan dengan mereka semua turun ke jalanraya. Menunjukkan perasaan tidak puas hati. Reformasi! Laungan keramat rakyat Indonesia. Dan ratusan rakyat juga telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh polis dan tentera, kononnya untuk mengawal keadaan.

Tiadalah pula pada hari ini, rakyat Indonesia menyalahkan Reformasi mereka kerana kematian beratus-ratus pendemo di Jakarta? Malah mereka menyanjung tinggi kepada mereka yang terkorban, hanya kerana mereka BERANI turun ke jalanraya meluahkan perasaan tidak puas hati mereka tentang kezaliman pemerintah.

Maka, adakah kita beranggapan, bahawa Malaysia ini adalah berlainan dengan negara-negara lain bekas dijajah diseluruh dunia? Adakah kita yakin, pemerintah zalim umno bn ini dapat dikalahkan dan dijatuhkan pemerintahan mereka hanya melalui pilihanraya?

Pilihanraya yang nyata berat sebelah. Pilihanraya yang nyata penuh penipuan. Jika pilihanraya di Malaysia ini telus, sudah lama Malaysia ini diganti dengan berbagai-bagai kerajaan yang memerintah. Bukan parti kapitalis melayu umno sahaja.

Jangan bandingkan Malaysia dengan Turki. Jangan. Sesiapa yang membandingkan Malaysia dengan Turki, memang sah akal dia sempit. Kenapa kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Turki? Ini kerana cara berkempen pilihanraya mereka adalah jauh berbeda.

Perkara pokok utama untuk menang didalam pilihanraya adalah kempen. Apakah yang dimaksudkan kempen? Kempen bermaksud, sesebuah parti yang bertanding memberitahu kepada pengundi apakah dia parti mereka itu. Apa yang boleh diberi oleh parti itu jika mereka memerintah. Apakah dasar parti untuk mentadbir negara jika mereka berjaya memerintah.

Di Malaysia, adakah dibenarkan kempen oleh parti yang bertanding  selain bn? Jawabnya, TIDAK BOLEH! SEMUA akses media, iaitu bahan kempen UTAMA dinafikan oleh parti-parti bertanding selain bn. Media TV, Astro, Akhbar perdana (keluaran tiap-tiap hari), radio, papan iklan, semuanya diLARANG oleh parti pemerintah bn untuk diberi kemudahan kepada parti yang bertanding bukan bn.

Maka, bagaimanakah setiap individu pengundi boleh menilai dengan akal waras dan adil, untuk mengundi parti mana yang lebih baik untuk diberi amanah mentadbir negara?

Maka kepada mereka-mereka yang anti BERSIH. Apakah sebab utama kamu semua anti BERSIH? Kamu anti sebab BERSIH mencanangkan pilihanraya di Malaysia ini menjadi adil dan telus? Apa punya jenis manusia tidak mahukan keadilan ini? Gila ke apa?

Sabtu, Julai 09, 2011

LAA,.. KEJAP JE TOK GURU KENA TAHAN.. APEHAL?

Aiseh? Apa pasal polis bebaskan Tok Guru hamba awal sangat? Jam 7.24 malam tadi tok guru dibebaskan polis. Apalah punya penakut Hisyamudin ni. Baru gertak sedikit pun sudah kecut. Berilah tok Guru berada dalam IPK KL lama sikit. Baru senang Tok Guru hamba hendak tazkirah sikit dekat polis-polis semua.

Baru sahaja hamba hendak ke KL semula untuk demo kali ke-2 depan IPK KL, dapat berita Tok Guru hamba sudah dibebaskan. Jika tidak, hingga malamlah kita berdemo.

Berlagak-lagak Hisyamudin yang sebenarnya penakut itu, memang sah terbukti beliau kecut perut gertakan Pemuda PAS untuk turun 1 juta ahli depan bangunan IPK Polis KL. Sebenarnya, pemuda buat silap tu, sepatutnya himpun ramai-ramai dahulu, baru gertak. Ini tidak, baru kami hendak turun himpun, sudah gertak. Dah tahu Hisyamudin penakut, bebaslah Tok Guru hamba. Tak jadi himpun. Jadi, tidur di rumah sahajalah malam ini?

Oh tidak, ada sedikit kerja penculaan yang hendak dilakukan. Alhamdulillah ada SSDP. Walau tidaklah power sangat, tetapi menyenangkan kerja bagi kami yang selalu buat kerja cula bagi UPU masing-masing. Hamba sedang memantau UPU yang hamba handle bagi mereka-mereka yang tidak keluar mengundi. Kenapa? Why? Apa sebab? Jika turun undi, ada tidak mereka ini akan undi PR?

Kerja cula, kerja leceh. Bukan seperti berdemo, semua orang suka. Tetapi, balik demo, tidak buat kerja cula. Maka, umno bn menang lagi dan lagilah. Sebab kita tidak buat kerja. Asyik dengan nostalgia demo sahaja. Tidak gitu?.....

As Syahid Baharudin Ahmad. Pejuang pertama gugur di BERSIH 2.0.

Alfatihah kepada Baharudin Ahmad, 58, yang meninggal dunia kerana terjatuh akibat ditembak gas pemedih mata dan air asid polis.

-----------------------------------------------------------------------

Celaka kau Polis!

Kamu pembunuh orang Melayu.

Kebodohan kamu menyebabkan seorang Melayu meninggal dunia kerana kamu!!

Duit haram gaji kamu tidak akan hamba halalkan sehingga mati kerana hamba membayar cukai untuk membayar gaji kamu!

Celakalah engkau polis selama-lamanya.

Sebab kamu bodoh sangat ikut telunjuk umno sial pembunuh Melayu.

GAMBAR PAGI DI KL, 9 JULAI 2011.

Polis punya pasal, nak solat pun takboleh. Macam Israel.

Bn punya pasal, kedai pun kena tutup. Tak leh berniaga maa..... Bodo punya Kimma.

Kah! Kah! Sogo akan mengalami kerugian perniagaan 1 hari. Padan muka kapitalis.

Ni mamat minah kena tangkap sebab nak gi Sogo. Kah! Kah!

Ini polis ni solat Dhuha. Jangan salah sangka. He, he....

ISTERI MASIH MIGRAIN.

MasyaAllah. Isteri hamba masih lagi migrain. Tidak boleh bangun. Hamba kena jaga anaklah pula ke ni? Doakan kesihatan isteri hamba. Agar beliau boleh menguatkan diri untuk sihat dan bangun, menjagai anak-anak.

Hamba hendak ke Bersih 2.0 ni.....

NAK NAIK APA NI KE BERSIH?

Masih ada di rumah. Sedang berfikir apakah caranya yang paling efisien untuk masuk ke KL?

Komuter kah? Motorsikal kah? Kereta kah? Atau naik bas sahaja.....

Jumaat, Julai 08, 2011

DAH CAPAI MATLAMAT DAH; BERSIH 2.0.

Tanah Melayu itu unik. Allah SWT telah menjadikan Tanah Melayu ini sebagai negara yang pelik lagi ajaib. Tidak sama dengan negara-negara jirannya. Lihat sahajalah cara bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan. Jauh berbeda dengan Indonesia yang penuh dengan kematian. Di Tanah Melayu, tiada seorang pun yang meninggal dunia dibunuh penjajah. Caranya, kompromi, jadi talibarut dan ikut telunjuk. Memang bijak politik Tanah Melayu.

Dan perkara pelik ini juga sedang berlaku di Malaysia sekarang. Hari ini, hari Jumaat, 8 Julai, 2011, jika dibuat pilihanraya, anda sekelian akan fikir, ke mana undi golongan atas pagar akan berikan? Kepada bn atau PR? Ya, jawapannya adalah PR. Kerana apa? Kerana Bersih 2.0 hendak membuat demo. Belum demo lagi, tetapi baru hendak buat demo.

Sebelum kena sembur dan gas. Masjed Jamek. 2007.
Kenapa pula baru hendak buat demo pengundi atas pagar sudah menyokong ke arah PR, jawapannya senang, semuanya adalah kerana hasil tindakan bodoh kerajaan bn dengan menggunakan polis untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 itu. Hanya dengan melihat tindakan melulu pihak berkuasa diperguna oleh parti politik bn, maka pengundi atas pagar sekarang ini yang selalunya tidur dan tidak mengambil port, sekarang sudah kembali terjaga dari tidur.

Nampak gaya, najib akan pasti menangguhkan kagi tarikh pru sehingga ke penghujung penggal. Bodoh punya bn.

Rabu, Julai 06, 2011

MATLAMAT SUDAH MENYIMPANG JAUH; WOI! BANGUN LA DARI MENGARUT!!

Nak pilih stadium pulak doh?

Ada yang marah-marah tidak jadi demo pulak doh? Sudah gian sangatlah tu hendak kena penyembur air asid dan gas pemedih mata?

Apa cerita sebenarnya ini? Hendak membersihkan pilihanraya atau hanya semata-mata hendak keluar demo atau hendak fikir-fikir stadium mana hendak pergi Sabtu ini?

Ada orang kata Bersih sudah kendur. Apa yang kendurnya? Matlamat Bersih sebenarnya sudah dilaksanakan oleh umno dan perkasa sendiri. Orang yang tidak tahu Bersih itu apa, yang tidak tahu menahu langsung pada 2007 dahulu sudah ada demo Bersih, sekarang sudah tahu. Cuma yang blurnya, apa dia tuntutan Bersih yang 8 itu.

Agaknya salah siapa manusia sekeliling tidak tahu apa dia tuntutan Bersih? Salah kita sendirilah. Yang bising-bising hendak demo, yang kecoh-kecoh, hendak tunjuk perasaan di jalanraya. Tetapi, tidak ada pula kita hendak cerita kita berdemo untuk apa? Apa yang hendak dituntutkan.

Cubalah seluruh blog PR tulis artikel apa dia 8 tuntutan Bersih itu. Jika susah sangat hendak mengarang, copy paste sahaja dari web page Bersih. Senang jo cerita. Ini tidak, asyik-asyik cerita tak puas hati tak jadi demo di jalanraya. Asyik-asyik cerita stadium mana hendak dibuat Bersih 2.0. Macam cap ayam.

Kena air asid memang celaka punya sakit (bukan takat pedih). Kena gas pemedih mata lagi celaka punya sakit (lagi sakit dari kena air asid). Ikut akal waras hamba, hamba sudah tidak mahu kena lagi benda kedua-dua celaka itu. Ikutkan hati, hamba sudah lama belasah semua FRU yang mangkuk tembak orang sesuka hati. Macam di Batu 6 dahulu, memang puas hati orang kampung dapat belasah FRU yang tembak gas pemedih mata dalam masjid At-Taqwa. Siap ada kes seorang tua meninggal dunia lagi disebabkan hidu gas itu.

Ikutkan hati, sudah lama cerita Mesir akan berlaku di Malaysia. Tetapi, disebabkan arahan kepimpinan, kita semua kena akur. Kena ikut arahan ketua. Jika ketua senyap, janganlah kita berlebih-lebih cakap. Jika suruh kumpul dalam stadium, kumpul jelah dalam stadium, jangan bising-bising tak puas hati. Jika tak puas hati juga, buatlah kerja penculaan ke, kerja selaras nama pengundi ke, buat kerja dapat senarai undi yang lengkap dengan alamat rumah ke? Janganlah pandang SPR sebagai musuh, pandang mereka sebagai kawan, nanti kita akan ditolong oleh kawan.....

8 TUNTUTAN BERSIH, KORANG TAU TAK? KALU TAK TAU, SILA BACA!

MARI KITA LIHAT APA YANG UMNO TAKUT SANGAT DENGAN BERSIH INI.....

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

JADI APA MASALAHNYA DENGAN TUNTUTAN BERSIH INI? BODOH PUNYA UMNO.....

BERSIH: MASUKKAN SEKALI BORANG 14 SEBAGAI AGENDA.

Nasib baik Liga Super akan tutup tirai pada hari ini. Jika tidak, sudah pasti agak jenuh untuk NGO yang diharam bn tetapi dihalalkan YDPT Agong, Bersih hendak mencari stadium untuk dibuat perhimpunan. Fikir punya fikir, YDPT Agong kita ini adalah seorang yang cerdik pandai. Mungkin YDPT Agong telah ditarbiah oleh bekas MB Terengganu yang dahulu menjadi seorang yang baik. Bukan seperti Pahang.

Jalanraya ke, stadium ke, yang penting, SPR perlu dibersihkan dari kekotoran penipuan pilihanraya.

Dalam banyak-banyak blog dan fb yang bercerita tentang penipuan pilihanraya, cuma ada satu perkara dari 8 perkara yang diutarakan oleh Bersih tidak dimasukkan didalam agenda Bersih. Agenda yang tidak dimasukkan adalah borang 14.

Walaupun pembersihan senarai nama pengundi adalah maha penting, kerana ianya adalah kitabul PRU di Malaysia, yang menjadi kuasa sepenuhnya pada hari mengundi, tetapi ada lagi satu lagi helaian suci pilihanraya yang perlu juga kita ketengahkan. Jika helaian suci ini menipu dan memang sah menipu, namun oleh kerana helaian kertas ini adalah suci, maka ianya adalah sah mengikut undang-undang walaupun ianya sah menipu hanya kerana ianya helaian suci. Dan nama helaian itu adalah borang 14.

Senarai nama pengundi adalah penting sebelum hari mengundi dan semasa hari mengundi, tetapi selepas mengundi, perkara yang paling penting sekali adalah borang 14.

Jikalau helaian suci borang 14 ini tidak dijagai kesuciannya, maka walau PR sudah nyata menang dalam pilihanraya, namun ianya akan tetap kalah juga. Walau sudah kompem PR sudah menang dengan kiraan tidak rasmi oleh PR, namun jika helaian suci 14 ini tidak diendahkan, maka PR akan berputih mata setelah melihat keputusan kekalahan yang mengejutkan.

Hendak tahu apa dia helaian suci borang 14? Sila baca di sini (Borang 14), ada 4 artikel yang telah hamba ceritakan sedikit untuk pengetahuan antum sekelian tentang cara, proses dan peri pentingnya helaian suci sehelai kertas bernama borang 14 itu.

Dan diharap, Bersih juga memasukkan sekali masalah penipuan borang 14 ini kepada seluruh rakyat Malaysia agar rakyat di Malaysia akan berpengetahuan tentang apa sebenarnya tatacara pilihanraya di Malaysia ini. Mengapa sehingga ada kes tutup sekolah dengan mangga kunci hanya semata-mata mempertahankan borang 14 ini daripada ditipu. Perlu diingat, sehelai helaian suci ini memegang minima 350 undi dan maksima 1000 undi. Banyak tu.....

Isnin, Julai 04, 2011

ASYIK2 BERSIH, ISU LAIN TAKDE KE?

Kome semua tahu tidak ikan bawal Ahad lepas berapa ringgit sekilo? Jika tidak tahu, kome sekelian tahu tidak berapa ringgit ikan kembong sekilo pada Ahad lepas di Lembah Kelang? Jika tidak tahu juga, jangan jadi politician.

Ahad lepas, kome sekelian ada bertanya tidak, kepada makcik-makcik atau suri rumah yang berada di pasar tentang harga barang basah sekarang? Jika tidak ada yang bertanya tentang itu, ada ke tidak kome sekelian bertanya tentang orang yang memakai baju bersih kena tangkap dengan polis?

Kome rasa, ada ke tidak makcik-makcik dan suri rumah mengambil port tentang demonstrasi Bersih yang mungkin akan diadakan pada 9 Julai ini? Makcik-makcik dan suri rumah ada ke tidak mengetahui apa ke jadahnya senarai nama pengundi  SPR?

Kome sekelian sedar atau tidak sedar, makcik-makcik dan suri rumah yang membeli pasar dengan suami masing-masing semuanya adalah pengundi yang berdaftar. Jika kome sekelian tahu, kenapa isu-isu yang berhubungkait dengan makcik-makcik dan suri rumah ini seperti dikesampingkan semenjak 2-3 minggu ini?

Harga ikan bawal semalam adalah sekilo RM24.00 manakala sekilo ikan kembung adalah RM12.00. Hari Sabtu, ikan bawal adalah RM18 sekilo manakala ikan kembong RM10 sekilo. Nampak beza hari Ahad dan Sabtu? Kenapa jadi begini. Manakalah harga daging tempatan pula adalah RM22.00 sekilo pada Ahad semalam. Tahun lepas, bulan yang sama, sekilo daging adalah RM16.00 sekilo. Apa punya kes ni?

Jadi kepada semua politician, jangan buat isu yang menumpu kepada satu kes masalah sahaja. Luaskan skop kerja anda semua kepada isu-isu yang lebih meluas dan lebih menumpu kepada isu yang berkaitan hidup seharian rakyat. Bukan kata Bersih tidak penting, ianya penting, tetapi jangan sebab kes Bersih, isu lain mati sejuk beku dalam peti ais!!