Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, Jun 26, 2011

USTAZ2 MAJORITINYA PENAKUT DAN BODOH BERDAKWAH.

Semalam tidak bergejuis lagi. Jam 6.30 pagi, selepas solat subuh, terus ke Melaka kerana ada kematian. Singgah di rumah ayah dahulu untuk mengambil ibu dan ayah. Isteri dan anak ditinggalkan di rumah ayah di KL. Hamba menaiki kereta adik perempuan hamba untuk ke sana, kerana kereta beliau enjin kecik,.. duit minyak maa,.. kena pantau..
Takbir rumah ke rumah boleh buat, kenapa tak buat dakwah rumah ke rumah?

Sesampai sahaja di Melaka, orang ramai sudah ramai di kawasan rumah beliau. Yang meninggal itu adalah ieteri kepada sepupu hamba. Walau dia pangkat sepupu, tetapi umurnya beliau sudah berpencen. Kerana yang meninggal adalah perempuan, maka hamba hanya dapat membantu membaca yasin dan berdoakan akan kesejahteraan kepada arwah dengan menyedekahkan pembacaan surah Yasin tadi kepada arwah. Dapat tidak dapat pahala itu, itu hamba berserah kepada Allah SWT. Hamba bukan Wahabi.

Sementara menunggu jenazah dimandikan, hamba menunggu diluar, bersama-sama saudara mara sepupu sepapat yang sudah lama hamba tidak berjumpa. Sepupu-sepupu hamba belah Jasin, Melaka, umur mereka semuanya jenis-jenis 'boomers' seperti yang selalu disebut MSK. Ini kerana, ayah hamba adalah anak bongsu daripada 14 adik beradik. 7 hamba kenal, 7 lagi hamba tidak kenal, meninggal awal.

Selepas berborak-borak lama, kerana menunggu lama 'bilal' wanita datang untuk memandikan jenazah, ada satu cerita yang agak menarik diutarakan oleh seorang saudara hamba, iaitu suami kepada sepupu perempuan hamba.

Beliau bertanya, "Kenapa kes menyelitkan cd lucah pada Yasin berlaku?". Hamba senyap. Tidak tahu apa yang hendak dijawab, kerana soalan itu berbentuk soalan untuk dijawab oleh sipenyoal. Beliau menambah, " Ada korang semua boleh fikir, kenapa kerja bodoh ini boleh berlaku?", hamba jawab, "Entah? Kenapa ya?"..

Beliau senyum, kemudian menjawab kepada soalan yang diutarakannya tadi, "Benda ni berlaku sebab hendak membukakan minda-minda ustaz-ustaz yang selama ini akal sempit. Belajar kitab tinggi-tinggi sampai ke oberseas, tapi akal bodoh. Minda tertutup, penuh hitam, buat kerja sendiri-sendiri, benda sekeliling berlaku selama berpuluh-puluh tahun, tapi senyap membisu. Ustaz-ustaz semua bangang tak boleh pakai." Keras jawapan dia, tetapi biasalah, mulut orang Melaka.

Bila berfikir-fikir apa yang diceritakan oleh suami sepupu hamba itu, maka hamba pun memang bersetuju 100% apa yang dikatakan olehnya. Apa yang ustaz-ustaz di Malaysia buat selama ini? Senyap tutup mulut, apabila berlakunya maksiat disekeliling masyarakat. Yang kehadapan adalah ustaz-ustaz 'PAS'. Yang lain, apa buat. Buat kerja dalam selimut? Takut bersuara sebab kerja dengan kerajaan. Membisu sejuta bahasa kerana takut gaji disekat, ketor Majlis agama gam nama kita tidak boleh berkuliah maghrib di masjid-masjid?

Apa sebenarnya yang dibuat oleh ustaz-ustaz selama bertahun-tahun umno memerintah Malaysia? Judi bersepah-sepah, arak menimbun-nimbun, siap dieksport lagi, cd lucah diberi bersama Yasin, apa kes ini ustaz-ustaz?

Pernah benyak kali hamba berborak-borak dengan ustaz-ustaz, kenapa mereka tidak kehadapan jika ada berlaku kes maksiat yang berlaku di Malaysia. Yang banyaknya jawab,

"Kita berdakwah secara senyap-senyap dahulu. Sudah pandai, baru kita kehadapan masyarakat."
"Dah jenuh kita berdakwah dalam masjid tiap-tiap lepas maghrib, tetapi, berapa kerat sahaja yang hadir ke masjid".

Itulah jawapan standard ustaz-ustaz akal sempit ini. Dakwah senyap-senyap. Apa kes dakwah senyap-senyap. Kata sahajalah kamu itu penakut periuk nasi terganggu jika terkehadapan dakwah secara lantang. Itu yang sebenarnya berlaku, ustaz-ustaz yang tahu hukum, yang berilmu, banyak yang takut hendak berdakwah kerana tidak mahu miss masyuuk dan sorru. Bukannya kes hendak dakwah senyap-senyap. Atas darurat apa kome semua hendak dakwah senyap-senyap?

Lagi satu berkenaan dengan dakwah dengan hanya beri kuliah di masjid-masjid. Apa akal kontot sebenarnya ustaz-ustaz sekarang. Menyempitkan cara berdakwah hanya didalam masjid? Jika didalam masjid tidak ada orang, kenapa masih kekal hanya berdakwah didalam masjid? Pergilah terus ke padang bola ke, ke kelab dangdut ke, ke kelab malam ke, pergi beri kuliah didalam tempat-tempat maksiat supaya orang yang laro akan kembali bertaubat. Ini tidak, asyik-asyik menyalahkan orang ramai tidak datang ke masjid. Memanglah mereka tidak mahu datang ke masjid, sebab mereka itu jahil agama!

Jadi, apalah yang hendak difikirkan lagi, kenapa sehingga orang Islam sanggup melakukan kerja gila menyelit cd lucah dalam surah Yasin, cuba fikirlah para ustaz, apa punya cara dakwah antum semua sehingga melahirkan masyarakat seperti ini?

Jumaat, Jun 24, 2011

PR HENDAK LETAK MANA PENGUNDI CHUVANIS MELAYU?

Dua hari tidak bergejuis. Kerana apa? Kerana laptop hamba dipinjam isteri untuk kerja sekolahnya. Dan kemudian, laptopnya tertinggal di bilik penyediaan makmal sains di sekolahnya. Aduih..

Minggu ini, hamba sibuk sedikit di tempat kerja. Satunya sibuk dengan pelanggan dari Agensi Nuklear Malaysia, dan satu lagi dengan pelanggan dari syarikat yang sedang berurusan penjualan barang kepada syarikat Petronas Carigali. Untuk berurusan dengan Agensi Nuklear, hamba perlu ke Bangi. Dan oleh kerana duit gaji belum masuk dan haribulan pula adalah dipenghujung bulan, maka untuk ke sana menaiki kereta sendiri adalah satu perbuatan yang membunuh RM dalam kocek seluar, maka kereta pejabat digunakan.

Kereta pejabat untuk ke Bangi telah diberi pada jam 2.30 petang, berjeniskan Toyota Hilux. Tidak boleh dipandu sendiri, perlu wajib dipandu oleh seorang pemandu. Pemandu kenderaan milik syarikat. Ada dua orang pemandu, yang hamba dapat adalah pemandu senior yang senang ajak berborak.

Semasa menuju ke Bangi dengan kereta Hilux itu, banyak topik yang telah diborakkan oleh kami berdua, diantara hamba dengan pemandu itu. Banyak-banyak cerita, apa yang menarik pada perhatian hamba adalah cerita politik yang beliau utarakan kepada hamba. Ianya agak memeningkan akal hamba.

Pertamanya, beliau ini latar belakangnya adalah seorang bekas tentera. Pencen umur 35 (betui ka umur ni?). Beliau bukan ahli mana-mana pertubuhan politik. Semangat Melayu dia terlalu kuat. Keling Cina memang beliau anti. Cara percakapannya,beliau anggap Cina dan India adalah pendatang ke sini, dan perlu ingat yang mereka ini pendatang.

Walaupun beliau ini seorang Chuvanis Melayu, namun, beliau seorang yang membenci gila ke tahap gaban akan umno. Bila sebut nama Najib dan Muhyiddin, mulalah beliau akan kutuk sakan dua manusia PM dan TPM Malaysia itu. Memang marah beliau terhadap mereka berdua ke tahap yang ekstrem. Hamba dengar sahaja luahan kata pemandu itu sambil beliau memandu. Dari Rasa ke Bangi, jauh perjalanan. Lebih sejam. Untuk menceriakan perjalanan yang jauh, maka mendengar cerita dari pemandu disebelah hamba itu dapat menghilangkan rasa kebosanan.

Setelah puas beliau membelasah umno, maka hamba bertanyakan soalan cepu emas, "Apa pendapat tuan berkenaan PKR dan DAP?". Pendek sahaja soalan hamba itu.

Hendak tahu apa dijawab oleh beliau, beliau dengan sama sahaja membelasah PKR seperti beliau membelasah umno. Dan kemudian, setelah beliau membelasah PKR, beliau tidak menyambung untuk membelasah DAP. Cuma dia cakap, "Ah! DAP tu parti cina, tak payah cerita..". Maka hamba menyimpulkan bahawa beliau tidak suka DAP kerana pembawaan Cina DAP itu masih ada. Mungkin.

Sebelum hamba hendak bertanyakan berkenaan PAS, beliau sendiri dengan sendirinya bertanya kepada hamba, atau lebih tepat, memberikan pandangan kepada hamba, "Mengapa PAS tidak mahu bertanding sendiri? Bertandinglah semua kerusi, mesti menang punya. Percayalah, ramai kawan-kawan abang yang macam abang ini mengharapkan PAS menang pilihanraya nanti. Hendak harap PKR, dah hancur, kalau umno, pi mampus laa..", tanya dia bersungguh-sungguh.

Hamba diam sejenak. Dan kemudiannya, hamba mencuba menerangkan sedikit demi sedikit mengapa PAS bersama Pakatan Rakyat. Setelah diberi penerangan, apa yang hamba nampak, beliau seperti 'bersetuju' dengan hamba, apa yang hamba cuba justifikasikan mengapa PAS bersama PR. Tetapi hamba yakin, dari raut mukanya, hanya bersetuju kerana mungkin perasaan hormat beliau terhadap saya sebagai jurutera di syarikat itu. Tetapi dalam dirinya, nampak jelas beliau tidak setuju.

Apa yang hamba hendak simpulkan disini ialah, terdapat segolongan manusia, yang menyokong PAS sebagai individu parti, bukannya dalam PR. Dan ianya banyak terdiri dari golongan yang kuat semangat Melayunya. Mereka telah tahu lama sudah, bahawa umno bukanlah lagi sebuah parti yang menolong Melayu, cumanya ianya parti penipu Melayu. Dan golongan ini juga agak ramai jumlahnya. Dan hamba banyak berurusan dengan golongan seperti ini dalam kerja hamba.

Ibu hamba juga, adalah sebahagian dari golongan ini. Dan kerana itulah, hamba dapat sangat menjiwai mereka yang berpendirian seperti pemandu kereta syarikat tempat hamba bekerja itu. Jadi, apakah solusi kepada masalah seperti ini? Permasalahan yang dimikrokan kepada khas kepada golongan Chuvanis Melayu ini? Apakah tindakan politik dan kempen yang perlu diketengahkan agar golongan-golongan ini mengundi PR semasa PRU 13 nanti? Tolong komen.....

Selasa, Jun 21, 2011

TUDUH MAAHAD AJAR CARA DEMO; KAH! KAH! KAH! UTUSAN BUAT LAWAK LAGI..

Hamba baru balik dari Agensi Nuklear Malaysia petang tadi. Jam 6.00, baru sampai pejabat. Ke Agensi Nuklear adalah kerana urusan pejabat. Berkaitan apa, tidak boleh beri tahu, nanti orang tuduh kita JI pula. Naya. Balik rumah terus buka internet. Baca bermacam-macam cerita yang cap ayam dan cap kambing.

Hamba tidak berkenan bercerita tentang cerita cap ayam. Seperti Ibrahim Ali yang perangai takbur lagi riak seperti Abu Jahal berbangga dengan dosa kering dia, itu bukan cerita, yang menjadi cerita adalah apabila beliau berkata beliau bersetuju dan menyokong 100% Tok Guru Nik Aziz. Yang itu memang pelik.

Apa yang hamba hendak cerita adalah cerita berkenaan ini (Pelajar diajar baiah, demonstrasi) di utusan malaysia yang memang sah cap ayam dan musuh utama Islam. Cara cerita seperti memang benar mahu mengaitkan semua Maahad sebagai tapak untuk mengajar pemuda menjadi pengganas. Tetapi apabila membaca isian didalamnya, macam baca cerita kartun Doraemon.

Kalau ye pun puak utusan malaysia yang akal tapak kaki ini hendak membuat fitnah terhadap institusi pendidikan Islam, buatlah cara profesional sedikit, ini tidak, macam cap ayam. Jika ya pun hendak menghasut kerajaan agar ambil tindakan terhadap sekolah Maahad, buatlah cerita sensasi sedikit. Katalah mereka belajar cara buat bom ke, cara menculik pelancong asing ke, cara meletupkan diri ke, ini tidak, utusan tuduh mereka ini belajar cara demonstrasi. Apa punya tuut lah utusan ini. Monyet lagi pandai.

Bukan takat tuduh murid-murid itu belajar cara demonstrasi, cara belajarnya pun macam cap ayam. Takat baling botol. Apa punya kes ini? Kot ye pun hendak menipu, buat tipu sungguh-sungguhlah. Ini tidak, usaha sekerat-sekerat. Patutlah ramai tidak mahu baca utusan. Buat apalah mereka belajar demonstrasi sambil baling botol, belajarlah demonstrasi sambil bakar kereta ke, bakar kedai ke, baling molokov cocktail ke, paling koman pun, belajar baling mercun thunderclap, barulah kelas. Barulah polis boleh buat 'rush' pada Maahad itu.

Hendak tergelak pun ada cara laporan utusan itu ditulis. Takat mengajar benci kerajaan, tidak payahlah pergi ke Maahad itu, baca blog hamba pun boleh. Lagi senang. Tetapi kena ingat, bukan benci kerajaan, tetapi benci kerajaan bn umno. Itu kena faham. Apa-apa pun, nampak sangat utusan tidak dengar nasihat APCO. Buat pakai 'dan' dia je. Ustaz-ustaz mengajar cara demonstrasi, kah! kah! kah!, utusan buat lawak lagi.....

Ahad, Jun 19, 2011

YANG INI HAMBA SETUJU DENGAN UTUSAN, TAPI TAJUKNYA TETAP MENIPU.

Kalian semua sudah baca ini (Karikatur tidak hina Islam) didalam berita maya utusan malaysia. Kalau belum, silalah baca. Jika sudah baca, anda semua bersetuju tidak dengan Ustaz Shamsul Muda ini. Hamba, secara peribadi bersetuju. Tetapi bukan semua, tetapi ada beberapa perkara yang ustaz dari Jordan cakap itu benar.

Yang benar lagi terang adalah, apa yang ditulis didalam kartun itu tiada kaitan langsung dengan hukum hudud dalam Islam. Iaitu, apa yang dikatakan 'merogol perlu ada 4 saksi' adalah BUKAN hukum Islam. Itu hamba bersetuju 100%.

Tetapi, ada satu sifat yang pelik didalam tajuk artikel itu. Karikatur itu tidak menghina Islam? Ini tidak benar. Apa yang membuat seluruh umat Islam terlalu marah dengan karikatur itu adalah, utusan malaysia itu sendiri ingin menghina hukum Islam dengan membuat cerita fitnah tentang hukum Islam. Utusan menggunakan karikatur yang menipu tentang hukum Islam, untuk pembaca semua terpesong beranggapan hukuman hudud itu adalah zalim kepada mangsa rogol. Itu yang jelas nampak. Seperti dahulu, mereka mengeluarkan karikatur orang kudung tangan kerana adanya hukum hudud di Malaysia. Sudah lupakah anda semua?

Politik, tiada kaitan langsung dalam bangkangan parti PAS terhadap karikatur itu. Mengapa ustaz itu mengaitkan politik dengan penghinaan kepada karikatur itu hamba tidak jelas.

Mungkin beliau tersilap anggap, mendengar dari mulut-mulut orang, bahawa Tok Guru Abdul Hadi Awang ada menyebut tentang beliau tidak terima tuduhan zina terhadap seseorang tanpa bukti 4 saksi. Perkara ini adalah benar, dan memang Tok Guru Abdul Hadi ada menyebutkan perkara itu. Tetapi, ianya tiada kaitan langsung dengan tuduhan rogol!

Anda semua perlu faham, apa yang Tok Guru Abdul Hadi sebut adalah berkenaan dengan kes Dato T tentang tuduhan mereka kepada pelakon dalam filem lucah. Ianya tiada kaitan langsung dengan kes rogol dan juga kes liwat Saiful. Tok Guru hanya menyatakan bahawa dalam kes video lucah itu, beliau tidak boleh menerima tuduhan itu kerana ianya tidak ada  saksi untuk menuduh seseorang itu berzina. Lagipun, video itu juga terlalu banyak kemusykilan daripada jawapan.

Oleh itu, jika utusan sudah membuat satu fitnah didalam karikatur kartun mengfitnah hukum Islam, janganlah pula membuat 2 kali fitnah dengan mengatakan ianya ada kaitan dengan Presiden PAS. Ini sudah 2 kali dosa besar yang melampau utusan telah lakukan kesalahan besar. Syaitan sungguh utusan itu......

Sabtu, Jun 18, 2011

JIKA NAK KRITIK PUN, POWER LAH SIKIT..

Hendak kata kurang akal, rasanya tidak kot. Cumanya, kurang cerdik. Cuba baca sini (Pas tidak demokratik larang Utusan buat liputan - Kemudi). Kemudi ini nama penuhnya Kelab Wartawan Kelantan Darul Naim. Mana mereka dapat nama KEMUDI dari nama penuh kelab itu hamba tidak tahu. Entah mana M yang diletakkan dalam Kemudi itu.

CAP AYAM
Cumanya, apa yang membuat Kelab ini cap ayam sedikit, apabila Timbalan Presidennya gatal mulut hendak mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan yang mengambil keputusan melarang Utusan Malaysia dari membuat liputan sebarang kerja kerajaan negeri. Yang paling cap ayam, adalah ayat dibawah;

“Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan Pas menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini. 

Aduhai, apalah yang difikirnya timbalan presiden ini? Apa dosa mereka? Apa kome ni duduk dalam tempurung yang dikunci dalam peti duit ke? Berlambak-lambak dosakering utusan telah lakukan dalam akhbarnya, masih lagi hendak tanya soalan bodoh "Apa dosa mereka?". Jika hendak buat lawak pun, profesional lah sedikit. Ini amatur sangat.

Mungkin dia hanya timbalan presiden Kelab kot. Itu tidak pandai kritik yang power-power, atau mungkin beliau tidak dinasihatkan oleh APCO. Itu pasti ....

LABEL AGAMA SUDAH TIDAK PENTING? NILAI SAHAJA PENTING, BAHAYA WEI CAKAP GITU.

Ada orang kata, agama adalah tidak lama lagi tidak penting dalam kehidupan. Yang penting, adalah nilai dalam agama itu. Bukan label. Tidak kisah kamu Islam ka, Hindu ka, Kristian ka, jika baik dan adil kamu, maka itulah yang terbaik. Mat Saman Kati kata dimensi ke empat.

Hamba pula hendak sebut, definasi baik dan adil macammana yang boleh dikategorikan baik. Kalau orang itu Hindu, dia baik macam mana pun, tetap masuk neraka ka? Sebelum jawab, kita kena tanya, baik macam mana? Apakah yang dinamakan baik itu. Guna piawaian apa untuk mendapatkan sijil baik. Apakah definasinya? Apakah SOPnya? Apakah WInya? Perlu ada support documant ka?

Yang ini sebenarnya ramai orang keliru. Termasuklah hamba. Sebab itu kena berguru untuk tahu, apakah piawai baik dalam hidup di dunia ini. Hendak mendapatkan QMS ISO9001:2008, ingat senang ka? Sekarang sudah hendak ditukarkan pula kepada QMS ISO9001:2011. Lagi naya. Kena buat semula?

Jika satu syarikat, hendak mendapatkan ISO itu, mereka perlu tahu apakah elemen-elemen yang perlu ada untuk mendapatkan sijil ciput  ISO itu. Untuk apa dapat ISO? Sahaja hendak susahkan pekerja dalam syarikat? Tidak, ianya sebenarnya adalah untuk kebaikan untuk seluruh syarikat itu juga. Cara kerja nanti semua akan sistematik dan bertulis, atau berdokumen dan dikawal dan disimpan untuk rujukan dan penambahbaikan. Kerja jadi selesa, bersistem, tidak kelam kabut dan kompeni senang dapat banyak lagi duit, pekerja akan dapat bonus.

Tetapi, jika syarikat itu, pakai ikut dan dia sahaja hendak buat sistem ISO dalam kompeni dia tanpa rujukan pakar, tanpa membuat homework sistem yang dibuat mengikut prosedur ISO atau tidak, agaknya, auditor hendak luluskan ka untuk syarikat itu dapat menerima QMS ISO9001:2008? Kompen kena belasah.

Kompem juga syarikat itu akan kena buat semula bermula dari zero '0', untuk kerja-kerja mendapatkan sijil ISO itu. Oleh itu, jika mahu ISO, kena ikutlah peraturan International Standard Organization punya prosuder. Baru boleh dapat.

Jika syarikat itu sudah dapat sijil ISO kerana telah ikut sebiji-biji apa yang dikehendakkan oleh International Standard Organization itu, maka syarikat itu kenalah ikut apa yang terkandung didalam  QMS ISO9001:2008 dalam setiap kerja syarikat itu. Cukup setahun, auditor akan datang, audit setiap inci dokumen yang telah disimpan oleh syarikat dan interview sesiapa sahaja dalam syarikat tentang ISO, jika tidak ikut, naya kamu. NCR akan diberikan. Jika NCR tidak dibaiki, maka sijil QMS ISO9001:2008  itu boleh ditarik kembali. Naya syarikat.

Jadi, apa kata kita reverse psikologi. Kita cerita bahawa syarikat itu adalah dunia yang kita hidup, QMS ISO9001:2008 pula adalah tatacara hidup. atau senang cerita, agama. International Standard Organization pula adalah puak-puak Malaikat yang kerja dia memang untuk bos seluruh universe, Allah SWT.

Dalam dunia ada banyak agama (atau sijil QMS ISOnya), ada Budha, Kristian, Hindu, Taoisme, Islam dan sebagainya. Yang mana satu ikut prosedur ISO Allah? Hindu ikut ka? Budha ikut ka? Kristian ikut ka? Jika sudah tidak ikut prosedur ISO, mana Allah hendak berkenan QMS ISO9001:2008 atau senang cerita agama yang dibuat oleh syarikat itu, atau agama yang dibuat oleh manusia yang hidup dalam dunia itu.

Wei, Allah sudah beri percumalah sijil QMS ISO kepada manusia. Al-Quran dan Rasulullah. Itupun tak tahukah? Cuma korang hendak terima atau tidak terima. Jika sudah terima, datanglah pula auditor-auditor, iaitu malaikat-malaikat, menengokkan manusia ini ikut tidak prosedur-prosedur dalam QMS ISO9001:2008  yang diperkenankan Allah itu. Senang cerita, Islam!

Kome semua ikut ke tidak? Jika seperti Ibrahim Ali, rasanya, berjuta-juta NCR akan dikeluarkan oleh auditor  aka Malaikat. NCR itu dosalah. Tetapi yang beza dengan cerita syarikat dengan kehidupan didunia ini adalah, banyak NCR, masuk NERAKA jawabnya. Ingat neraka itu macam hotel California ka? Dipohon elak walau dekat dengan neraka.

Jadi, jika ada manusia yang hendak cerita label ka? Nilai ka? Apa ka? Jangan buat cerita melalut memasukkan diri kita dalam neraka sudah. Hamba hendak kabo, nilai apa yang kita semua maksudkan? Adakah nilai itu terkandung didalam QMS ISO9001:2008 yang diperkenankan Allah atau yang tidak ikut langsung prosedur ISO?

Jika tidak tahu, belajarlah betul-betul QMS ISO9001:2008 kehidupan didunia, jangan guna dan rujuk pakai akal sendiri atau prosedur yang tidak ikut ISO. Bahaya wei,..... neraka jawabnya......

MELAYU MEMANG BODO TENTANG ISLAM KE TAHAP GABAN.

Kan ke hamba dah kabo, orang melayu sekarang ini sudah bodoh tentang Islam ke tahap yang kronik. Akal tapak kaki, bukan akal kepala lutut. Sehingga tahap itu umno telah berjaya membodohkan umat Melayu tentang Islam. Hinggakan, akhbar utusan malaysia tidak tahu mana satu kartun menghina Islam dan yang mana satu tidak menghina Islam.

Cuba bandingkan 3 kartun dibawah, yang mana satu menghina Islam. 2 kartun dibawah atau satu kertun dibawah sekali? Tengok sekali sudah tahu jawapan.

Yang ini hina Islam tidak?
Ke yang ini hina Islam?
Kasihan orang Melayu, disebabkan umno, kome semua bodoh tentang Islam. Jadi, sampai bila kamu semua hendak bersekongkol dengan parti kapitalis neo sekular assobiyah umno ini?

Jumaat, Jun 17, 2011

MAT SAMAN KATI, APEKEHAL DIA?

Mula-mula hamba suka Man Saman Kati (MSK). Kemudian hamba pening dengan MSK. Kemudian hamba menyampah dengan dia. Dan akhir-akhir ini, hamba suka balik pada MSK. Betullah kata orang tua-tua, eh silap, kata orang-orang boomers, 'tak kenal maka tak cinta'.

Mula-mula MSK tibai geng-geng PR, terbuka juga akal kemetot hamba ini tentang yang PR ini bukannya diketuai oleh Nabi. Tetapi, jika asyik-asyik dengan tembak kawan je. Jadi pening le pula. Lama-lama pening, jadi menyampah tahap gaban. "Apekehal Matsamankati ni macam ayam je nih?", tengking hati hamba yang akal kemetot ini.

Tetapi, setelah membaca cerita kes RM400,000 yang amat penting itu, maka hati menyampah dekat MSK menjadi kasihan le pula. Rasa-rasa, jika hamba di tempat beliau, hamba pun naik menyampah tahap doraemon. Apa kes fitnah-fitnah orang, kita buat kerja setengah mati, depa suka-suka buat cerita bunuh orang makan mayat.

Hamba juga musykil sebenarnya ni, jikalaulah, diulangi, jikalaulah PR menang memegang kuasa di Putrajaya, agaknya, adakah PAS dan DAP akan masih bersama dengan PKR setelah 2-3 tahun memerintah? Ini soalan cepu emas ni, hingga tahap Tuan Matsamankati pun tidak boleh jawab. Jika boleh jawab juga, sah hamba akan bunuh dia sebab memang sah MSK bukan manusia.....

Khamis, Jun 16, 2011

PERKASA SAH BABI.

Jangan baca, ayat sini terlalu kasar, khas untuk musuh Islam.

Jika tiada undang-undang di Malaysia, sudah lama hamba bakar setiap seekor ahli perkasa. Biar mati katak, mayat pun tak payah tanam, terus timbun dalam tong taik. Hendak kata bodoh, memang bodoh, hendak kata akal tapak kaki, memang sah akal tapak kaki.

Perangai hantu binatang perkasa ini telah sampai ke kemuncak dengan kata-kata taik mugholazah oleh mamak kutty SU perkasa. Sila baca disini (Karikatur: Utusan tidak menghina Islam). Memang sah cap babi. Apa gila dan nyanyuk akal si mamak kutty ini. Kesimpulannya, perkasa sah babi!

TAK SAYANG MULUT BETUL PUAK UMNO NIH.

Amboi, tak sayang mulut benor Fuad Zarkashi ni. Mulut, bila hendak kutuk PR, memang lancar macam minyak pelincir Shell Helix. Mana ilmu mamat ini dapat entahlah, mungkin orang Johor Muar kenal sangat di mana dia dapat mulutnya yang hilang intelek bila berbicara tentang PR.

Apalah yang beliau risaukan sangat dengan demo Bersih 2.0 ini? Sehingga mengungkap kata-kata akal tapak kaki? Cuba baca dahulu di sini (Muslihat pembangkang rancang perhimpunan Bersih). Hendak kata tidak bijak, beliau ahli Parlimen. Ke, ahli Parlimen umno semuanya bodoh-bodoh belake? Atau yang tepat, buat-buat bodoh.

Kalau ye pun tidak mahu rakyat berdemo di perarakan Bersih yang kedua nanti, senang sahaja kerjanya. Buatlah sahaja tuntutan yang dimohon oleh Bersih. Senang lagi simple. Apa? umnotidak mahu ke tuntutan ini dilaksanakan? Jika ya umno tidak mahu, memang sah umno sebuah parti yang jahat lagi kotor senajis mugholazah.

Hendak tahu apa tuntutan Bersih yang umno dok risau sangat ni? Baca dibawah;

Tuntutan perhimpunan tersebut adalah:

-Bersihkan senarai undi
-Mereformasikan undi pos
-Gunakan dakwat kekal
-Akses media bebas & adil
-Masa berkempen minima 21 hari
-Kukuhkan institusi awam
-Hentikan rasuah
-Hentikan politik kotor

Susah sangat ke tuntutan ini hendak dilaksanakan kerajaan umno bn? Nampak sangat syaitannya bn umno ini. PTUIHH....

Rabu, Jun 15, 2011

APA PUNYA HARGA DA, SEMUANYA NAIK. TAK GUNA PUNYA BN!

Harga susu naik lagi ke Ayah?
Baru balik dari kedai runcit. Beli ayam seekor, harga RM7.90 sekilo. Melampau betul harga. Hendak beli ikan, tokey kedai kata dia tidak berani jual ikan hari ini, harga dia 'gila' sedikit. Tidak makan ikanlah hamba minggu ini. Kemudian ke pasaraya, beli susu kotak Dutchlady 1 liter, harga RM4.70 sekotak. Dibuat harga seperti 'offer' yang melampau pada tanda harganya.

Hamba beli 2 kotak. Hendak kata murah, memang harga dia yang dahulu. Sekitar RM4.70 hingga RM4.90, tengok kedai. Kemudian baru teringat, di Jusco, harga dia sudah naik RM5.10 sekotak. Adoi, rupanya penjualan penghabisan stok. Tengok tarikh luput, bulan 2 tahun 2012. Memang ye lah itu. Stok baru hamba lihat bulan 5, 2012. Tapi fikir-fikir,bak juga tuan punya pasaraya ini, tidaklah pula dia naikkan harga stok lamanya.

Namun, benda yang sentiasa wajib beli, gula 2kg, sudah naik 20 sen sekilo. Itu kes petang tadi, kes tengah hari tadi berlainan cerita.

Sudah sedia maklum, makan diluar, harga nasi putih satu pinggan banyak mana sekalipun, telah naik harga 20sen, jadinya RM1.20. Harga ayam seketul kecik pun sudah naik harga. Jadi RM3.10 seketul kecik. Jika besar, RM4.00. Jika kedai mamak, haru jadinya. Ini baru harga di kawasan daerah Hulu Selangor, harga di KL, hamba tidak tahu. Dinasihatkan, kome semua jangan makan nasi masa rehat tengah hari, kome makan angin sahaja. Selamat duit.

Agaknya, mengapa rasanya harga barang harian sudah naik macam esok hendak perang? Mengapa agaknya kerajaan Malaysia bn ini bersungguh-sungguh menghapuskan subsidi, terutama subsidi minyak, seperti negara kita ini sudah tiada duit untuk beli minyak? Namun, sebenarnya, Malaysia ini pengeluar minyak, siap eksport lagi. Siap untung gila-gila punya bilion lagi, tetapi, kerajaan tetap tiada duit.

Adakah kerajaan yang dipegang bn ini tidak reti menguruskan kewangan sehingga kerajaan tidak berduit dan terpaksa menurunkan beban kewangan itu kepada rakyat?

Apa agaknya jika pada pru13 nanti, bn masih memerintah Malaysia? Sudah tentu Malaysia akan merana. Eh, silap, bukan Malaysia, tetapi rakyatnya akan hidup merana..... Padan muka Melayu.....

Selasa, Jun 14, 2011

HUDUD: SIAPA KATA KES ROGOL KENA 4 ORG SAKSI?

Kan ke hamba sudah kabor, orang Melayu sekarang sudah terlalu bodoh tentang Islam. Kenapa orang Melayu sudah bodoh tentang Islam? Sebab umno sudah mendidik agar umat Melayu bodoh tentang Islam selama-lamanya. Kenapa umno hendakkan orang Melayu bodoh tentang Islam selama-lamanya? Sebab umno hendak memerintah Tanah Melayu selama-lamanya.

Hamba terkesan dengan kebodohan orang Melayu tentang Islam apabila terbaca sebuah artikel dari Blog Al-Banjari bertajuk (Aishah, Ketua Srikandi Keadilan diugut rogol ! ).

Baca dahulu artikel itu, nanti anda semua akan tahu, tahap kebodohan umat Melayu tentang Islam. Lagi senang, hamba copy paste ugutan mamat umno ini kepada Srikandi PKR;


Ugutannya berbunyi "kepada perogol2 yang tengah sangap sekarang..sila rogol geng2 srikandi PKR....jgn risau k..(AMARAN!!!!! Jikalau anda nak rogol..pastikan anda seorang sahaja buat kerja....sbb apa?????? Kalau anda kena tangkap anda akan terlepas hukuman...sbb xda 4 orang saksi..kalau anda nak rakam pun xpa..2xleh jd saksi...don WORY k....rogol ja.....xda mslah..jnj buat seorang dq..kalu kna tangkap..korang kna da 4saksi...kalu da video pun...xda guna....((KATA HADIAQ AWANG BAWANG kes anuar xsah..sbb xda 4orang saksi...))PULOK DAH. PR???? PARTI ROSAK" dari FB bernama Rango Crew.

Tahap kebodohan umat Melayu ini amat ketara mengatakan jika ada minah yang kena rogol, beliau kena cari 4 saksi untuk pertuduhan dirinya dirogol. Kan ke bangang namanya? Jika tidak tahu hukum, janganlah membodohkan diri. Sudahlah bodoh, sombong pula tu, sehingga tahap hendak merogol orang. Apa punya kes puak umno ni?


Mula-mula kome kena tahu, apa dia takrif zina. Kalau hendak tahu, meh hamba beritahu, takrif zina adalah;
"Persetubuhan haram yang SENGAJA antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang SYUBHAH".


Kemudian Rukunnya;
1) Persetubuhan Haram
2) Niat SENGAJA.


Jika sudah kena rogol, bukan sengajalah namanya. Takkan tidak faham Bahasa Melayu kot?


Jika sudah kena rogol, perempuan itu hendak tuduh si lelaki itu merogolnya, tuduh je lah, kenapa pula hendak diberikan 4 saksi. Nama pun rogol. Kena faham ya, perempuan itu dirogol dan silelaki perogol itu berzina.


Seseorang Perempuan yang menuduh silelaki telah merogolnya, tidak dibolehkan oleh Qadhi untuk menyuruh perempuan itu menyediakan 4 orang saksi. Namun ianya mestilah disediakan pembuktian (Qarinah) dan diadili didalam mahkamah. Jika kompem lelaki itu merogolnya, maka hudud dikenakan kepada lelaki itu. Senang je.


Yang kome bising berkenaan Tok Guru Hadi, apa yang beliau katakan ialah berkenaan kes video lucah Anwar Ibrahim. Sudahlah banyak kesangsian dalam video itu, kemudian yang menuduhnya, adalah memang SAH adalah SETERU Anwar Ibrahim yang berdendam dengannya. Itu adalah syarat UMUM bagi saksi yang menuduh zina itu.


Maka janganlah kome menjadi penyambung lidah syaitan, kerana buat apalah kome semua buat kerja susah-susah fitnah dinah ini. Kemudian siap suruh orang rogol orang lagi. Ditambahkan dengan menipu manusia tentang hukuman hudud. Buat apa kome susah-susah buat kerja untuk kompem masuk neraka? Bodoh punya Melayu.

PEDULI APA ETP DGN PELABURAN RM170BILION. HARGA IKAN TETAP NAIK 30%.

Cakap macam bagus. Cakap macam Malaysia adalah negara kaya-raya dengan pelaburan terkumpul sehingga RM170.28 bilion. Cakap macam 362,396 kerja baru disediakan (Baca sini). Tetapi, rakyat tetap hidup sakit dengan inflasi yang bertambah naik.

Baru-baru ini, harga ikan pula naik melonjak 30% di pasar basah. Apa kes? Semuanya sebab harga diesel naik 38sen seliter. Mana tak mengamuk nelayan C2. Memang patut mereka mogok. Cuba bayang, petrol RON95, naik 38 sen, jadi RM2.28 seliter. Mahu tak terduduk kita dibuatnya.

PM Najib hendak kata apa tentang ETP katalah apa pun. Yang bertambah kaya dengan Transformasi Ekonomi bukannya rakyat marhaen macam kita ini, tetapi yang kayanya tokey-tokey besar kompeni besar. Sebab yang membuat program ini pun semuanya jenis kapitalis. Pembuat dasar kapitalis, yang memikir untuk perlaksanaan dasar berkepala kapitalis dan melaburkan duit pun kapitalis juga. Jadi, orang kaya bertambah kaya, orang miskin bertambah miskin.

Rakyat dapat apa dengan ekonomi 'boom' jika pelaburan ini terjadi? Dapat kerja? Bagi yang menganggur, seronoklah, tetapi, berapa gaji dia dapat? Gaji dia itu dapatkah menampung kos kehidupan yang bertambah mahal? Yang pasti, hidup pekerja kais pagi makan petang, kais petang makan malam. Entah-entah malam pun kena kais juga untuk tampung makan pagi, jual burger dari jam 7 hingga larut malam. Itupun harga burger dah naik.

Najib ingat, kita semua rakyat marhaen suka sangat ke kome semua berceloteh dengan pelaburan berbilion-bilion ini? Kami menyampahlah. Sebab kami tahu, yang kaya raya, semuanya kroni, yang jutawan-jutawan, semuanya kroni, bukan takat kroni, malah orang yang sama bertambah kaya dan kaya. Kami rakyat marhaen pula, bertambah susut dan susut RM sebab hendak beli susu anak Dutchlady pun dah naik harga 10%. Haram punya umno. Padan muka Melayu.

Isnin, Jun 13, 2011

KABINET PENUH PAS YG BARU; KABINET UNTUK MENANG.

Sudah lihat AJK penuh PAS Pusat? Jika belum, klik sini. Banyak-banyak keputusan, gejuis celako memang tidak suka lantikan semula Setiausaha Agong Dato Mustaffa Ali. Hamba pula, sokong 100% Mustaffa Ali menjadi Setiausaha Agong PAS Pusat. Beliau sebenarnya otak geliga dalam perang politik. Lantak biarlah gejuis lain hendak kata apa. Pegang tengkok Tok Guru Presidenlah, jadi De Facto Leaderlah, hanya dengan ungkitan cerita fitnah yang tidak ada, iaitu UG.
PM Malaysia ke-7



Namun, apa yang pasti, banyak-banyak keputusan, keputusan yang paling kritikal adalah 2 lantikan baru pesuruhjaya negeri, iaitu di negeri Terengganu dan Selangor. Keputusan Abdul Wahid Endut, menjadi Pesuruh Jaya yang baru bagi negeri Terengganu, adalah pilihan yang tepat untuk memenangkan kembali Terengganu dari umno.

Setelah kalah lagi PAS di Terengganu pada tahun 2008, dilihat, gerak kerja PAS Terengganu adalah begitu agresif sekali untuk menuju kemenangan. Target utama PAS Terengganu dalam gerak kerja mereka adalah pengundi muda. Segala aktiviti PAS Terengganu adalah begitu ketara kearah berkempen ke arah golongan pengundi muda. Dan semalam, dengan lantikan baru kepada YB Abdul Wahid Endut, seorang berkarisma yang begitu disenangi oleh golongan muda, membuktikan bahawa gerak kerja PAS Terengganu banyak ke arah mengembalikan golongan muda mengundi PAS.

Ahad, Jun 12, 2011

UTUSAN SUKA SANGAT MENYAMBUNG LIDAH SYAITAN.

Hamba syorkan sebelum baca artikel ini, tolong baca ini dahulu (Mereka hanyalah pewaris nabi palsu). Ceritanya panjang, seperti dia ini sebagai pejuang Islam tulen lagi suci. Namun, ada satu kesilapan yang besar telah dibuat oleh Maulana Arif tentang dirinya, iaitu seorang pembenci Islam yang jahat lagi licik. Cuba baca satu perenggan yang ditulisnya;

Apakah di bawah negara kebajikan akan wujud hukum hudud terhadap penzina yang memerlukan empat saksi dari kalangan orang beriman? Kalau video pun tidak diterima sebagai bukti, mudahkah mahu mendapatkan empat saksi orang beriman. Yang pakai kopiah memang ramai, tetapi pastikah mereka ini orang beriman?

Tidak perlu berhujah-hujah, kerana dengan jelas, beliau ini adalah pendusta kepada hukuman hudud. Melekehkan hukuman bagi menghukum penzina dengan 4 orang saksi yang beriman, telah jelas menunjukkan bahawa siapakah yang sebenarnya Maulana Arif ini. Seorang penipu yang jahat dan mengfitnah agama Allah SWT. Harap disialkan manusia begini selama-lamanya, kecuali kamu bertaubat kepada Allah SWT.

GELOMBANG HIJAU DI GEDANGSA.

Pagi tadi buat kerja rempuh Felda Gedangsa. Edar risalah, cula pengundi, bagi beras. Kawasan Felda, tempat orang Melayu telah didoktrinkan untuk sentiasa mengundi umno. Dengan cara apa? Dengan cara tidak henti-henti peneroka Felda berhutang dengan Felda.

Sampai ke lokasi lambat kerana hamba datang dari rumah ibu ayah hamba di KL. Terganggu untuk balik pada malam Ahad kerana ada walimah dari sahabat. Dan seterusnya tengok bola di rumah ibu ayah Terengganu lawan Kelantan. Dan semestinyalah hamba sokong Terengganu, bukan sebab orang rumah asal Terengganu, tetapi bengang dengan puak Kelantan yang sombong kata mereka akan juara piala FA sebab sudah belasah Selangor 6-2.

Banyak juga rumah kawan-kawan sejemaah telah pergi, hamba berkesempatan 3 buah rumah sahaja. Maklumlah, sampai jam 11.30 pagi. Kerja mula jam 8 pagi. Cumanya ada 5 buah rumah tidak kecapaian untuk diberi beras, kerana rumah warga tua dan miskin itu (mengikut culaan PAS Kawasan), adalah bersebelahan dengan rumah yang sedang buat kenduri kahwin.

Mula-mula bincang hendak edarkan sahaja, namun setelah berbincang beramai-ramai, kami mengambil keputusan untuk menghormati kenduri kahwin itu. Takut-takut orang ramai akan salah anggap pula. 5 beras itu akan diberikan sendiri oleh Ketua Cawangan Felda Gedangsa. Di bawah adalah sebahagian dari gambar pagi tadi.
Bukan senang lambang ini hendak dinaikkan dalam kawasan Felda.
Baju hijau gelap, YDP PAS Kawasan Hulu Selangor. Sibuk..

Bercakap2 dengan penduduk tempatan. Kira kempenlah...

Salah satu rumah yang mendapat bantuan beras.

Ni saja borak-borak kosong sesama petugas je nih.

Berbual-bual dengan penduduk Felda yang sakit. Hamba tak sampai hati untuk ambil gambar tuan punya rumah. Beliau sakit.

Mantan YDP di rumah Ketua Cawangan Felda Gedangsa.

Felda Gedangsa telah di hijaukan? Takbir!

TOK GURU ADA DATANG STADIUM KE?

Err,... betui ka Tok Guru Nik Aziz ada datang Stadium samalam? Ada hamba nampak gambar dalam blog gejuis yg lain gambar tok guru. Tapi, tak tahu le pula aksi bolasepak tahun bila. Jika ada, padan juga muka Annuar Musa sebab Kelantan kalah, hamba kan penyokong tegar Selangor,.... ha, ha, ha......

Artikel "PADAN MUKA KELANTAN KALAH" akan hamba deletekan jika benar Tok Guru datang Stadium. Tapi hamba yakin, tokguru tak datang sebab tengok dalam TV, muka Awang Adek dan Annuar Musa sahaja yang ada.

- dah padam, sebab depa kata memang tok guru datang. Cit, melepas peluang bantai Annuar Musa lagi.....

Sabtu, Jun 11, 2011

POLITIK WAJIB MASUK DALAM MASJID!

Hamba sengaja melayar di alam maya tadi pada tapak sesawang Utusan Online. Mencari bahan cerita sensasi untuk dihadam dan di air besarkan. Maklumlah, cerita utusan, banyak fitnah tidak tumpah seperti akhbar zionis israel. Apa yang menarik perhatian hamba adalah cerita ini (Ejen politik pilihan raya masjid)

Politik tidak boleh dikurung begini dalam masjid.
Melayu, semenjak merdeka, telah ditanam ideologi sekular didalam minda kepala akal orang Melayu oleh umno perikatan. Politik dan agama mestilah diasingkan kerana ianya akan membawa perpecahan orang Islam. Lebih-lebih lagi masjid, umno telah mendidik orang Melayu agar politik dan masjid mestilah dibuang jauh-jauh. Jangan adapun perkataan atau ayat politik dikeluarkan didalam masjid. Politik telah dianggapkan sebagai satu perkara yang kotor sekotor najis mugholazah.

Dan yang kasihannya, orang Melayu terima bulat-bulat didikan songsang itu. Politik dan Islam perlulah diasingkan. Maksudnya, orang Melayu menerima ideologi kufur sekularisme, agama dan pemerintahan tidak boleh bersama, perlu diasingkan.

NAJIB HAIRAN DGN NEGARA BERKEBAJIKAN PAS? BODOH KE APA PM KITA INI?

Hamba hairan kenapa Najib hairan dengan negara berkebajikan PAS. Sila baca ini (Najib hairan PAS baru terfikir negara kebajikan). Jika hendak dikatakan Najib ini tidak pernah rasa kesusahan hidup , memang ya pun, sebab semenjak dilahirkan, beliau sudah kaya raya. Hendak dikatakan beliau hanya berlakon hairan, memang ya pun sebab Najib memangnya pandai berlakon hinggakan Attantuya mati pun tiada kena mengena dengan beliau.

Cuba lihat gambar di bawah

GOLONGAN JURUTERA HENDAKKAN AGAMAWAN MEMIMPIN PAS?

Apa pendapat rakyat tetang PAS?
Baru buka internet. Semalam, seharian hamba tidak bergejuis. Malas. Hamba sekarang berada di KL, rumah ibu ayah hamba. Kiranya balik kampunglah. Hamba cuti seminggu minggu ini sempena merai cuti sekolah. Tengah hari insyAllah akan makan nasi Arab di Greenwood. Sudah berjanji untuk ke sana dengan mak ayah. Dapat pula SMS dari Aku Budak Balun, ada kenduri Walimah adik dia di Tanjung Malim. Entah sempat atau tidak ke sana. Jika tak sempat, maaf kawan seperjuangan. Jika enta kahwin lagi, insyaAllah hamba akan ke kenduri nikahnya,.. he, he..

Abang hamba, apabila melihat hamba, malam Jumaat lepas, terus dia bertanya, "Apa cerita Tuan Ibrahim kalah ini?", nada dia agak marah. Hamba terkejut. Tanya hamba balik kepada abalong, "Kenapa?". Inginkan kepastian mengapa abang hamba tidak seronok dengan kekalahan Tuan Ibrahim.

"Ye lah, semuanya korporat yang menang, seorang ulama pun tidak ada yang menang. Mat Sabu hentam umno bolehlah, hendak memimpin, boleh ke?" jawab abang hamba, tegas.

Hamba tidak menjawab atau menambah apa-apa dari jawapan dan pertanyaan abalong. Hamba senyap, agak lama, kemudian bertanya, "Apa pendapat kawan-kawan along dekat ofis, ok ke Mat Sabu menang?".

"Pening, semua orang pening." jawab abang hamba ringkas.

Khamis, Jun 09, 2011

KALAULAH PETRONAS BAYAR ZAKAT.....

Kalaulah pendapatan Petronas sebanyak RM271.2 bilion itu diwajibkan untuk bayar zakat, sudah semestinya pusat zakat akan dapat RM6.78bilion dari 2.5% kewajiban zakat itu. Senang kehidupan insan Muslim di Malaysia.

Kita anggaplah dari 16.2juta penduduk Muslim di Malaysia, 30% darinya masih menuntut, dan semuanya belajar untuk fisabilillah, yakni layak untuk menjadi penerima zakat, maka sudah tentu semua 5.4juta insan Muslim itu dapat belajar tanpa apa-apa bayaran. Pembelajaran percuma.

Cuba bayangkan, dengan RM6.78bilion wang zakat dari Petronas, belum lagi wang zakat dari syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Malaysia, betapa banyaknya dakwah Islam yang dapat dibuat oleh ulama-ulama Islam dengan wang sebanyak itu. Tiada lagi istilah miskin tegar kepada umat Islam di Malaysia jika wang zakat dari sumber minyak itu dapat diagih dengan sempurna dan adil.

Sudah pasti, institusi-institusi Islam akan berkembang dengan pesat dengan wang yang diperolehi dari zakat syarikat minyak nasional itu.

Tetapi, malangnya, semenjak Petronas ditubuhkan, tidak pernah satu sen pun syarikat berkenaan mengeluarkan zakat diberikan kepada umat Islam.

Rabu, Jun 08, 2011

HARGA MINYAK NAIK, PETRONAS UNTUNG 90BILION; HAH! KAN KE DAH KABOR.

Kan ke kita semua sudah kabor pada semua orang, jika harga minyak naik, maka Malaysia akan untung lipat kali ganda. Kerajaan akan untung lebih besar jika harga minyak sedunia naik. USD100 setong lagi bagus. Sebabnya apa? Sebabnya kita jual minyak. Senang je cerita. Baca cerita ini ( Petronas untung RM241.2 bilion)

Tetapi yang peliknya, Jika harga minyak naik sahaja seluruh dunia, maka timbullah kata-kata bodoh, "kita perlu menaikkan harga minyak kerana tidak mampu menanggung subsidi". Subsidi kepala hotak engkau KERAjaan bn. Mana ada subsidi minyak di Malaysia ini. Diulangi, mana ada subsidi minyak di Malaysia sebenarnya. Ianya hanya rekaan KERAjaan bn untuk menaikkan harga petrol kepada rakyat Malaysia.


BANTAH PELEPASAN KUOTA BUMI; HAMBA SETUJU DGN PEMUDA SELANGOR.

Alhamdulillah, isu yang sudah lama tidak timbul kembali timbul. Apa pula isu yang tidak-tidak timbul itu? Ianya adalah berkaitan isu pelepasan kuota bumiputra bagi penjualan rumah di negeri Selangor awal Mac dahulu. Apabila terbaca cerita ini (Pemuda PAS Bantah Cadangan Pelepasan Kuota Bumiputera) di TranungKite, maka hati berasa agak lega kerana ianya berkaitan isu rakyat Melayu.

BANGSA MALAYSIA? APE KEHALNYA?

Bangsa Malaysia? Ada ke manusia jenis bangsa Malaysia? Adalah seorang ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh namanya, kahwin dengan India, dapat anak, letak anaknya dalam kategori anak Malaysia. Boleh ke? Jika dianya lahirkan anaknya di Kazakhtan, dan memang dia dan suaminya warga Kazakhtan, boleh ke anak mereka dikategorikan anak Kazakhtan?

Hamba rasa, ini semua cerita politik murahan sahaja ini. Tiada apa yang mengaitkan kepentingan rakyat. Jika ye pun tidak puas hati, bubuh sahajalah anaknya bangsa kacukan India Cina. Kalau ye pun ada dalam borang pendaftaran kelahiran itu.

Hamba bukan bangsa Malaysia. Hamba bangsa Melayu, dan hamba berbangga dengan warisan bangsa hamba. Namun, apa yang lebih penting, agama. Walau sekuat mana Melayunya anda semua, tetapi Islamnya tiada, baik tak payah hidup, sebab matinya pasti ke neraka Allah SWT.

Serupa jugalah Bangsa Tionghua, TeeChew (betul ke eja ni?), Kantonis, Hainan, Hakka, Hokkien, semuanya adalah bangsa yang mengandungi bahasanya sendiri tetapi di Malaysia, kita namakan mereka Cina. Serupa Jawa, Minang, Bugis, Banjar, kita namakan mereka Melayu di Malaysia walau bahasa adalah memang tidak serupa langsung. Namun kerana kita semua duduk di Tanah Melayu, jadi semuanya jadi Melayu.

Walau kita kaya bagai Qarun, walau kita miskin tidak berduit, jika kita dilahirkan Melayu, mati kita juga adalah Melayu. Jika anak Hannah Yeoh itu dilahirkan kacukan India Cina, maka anaknya akan mati dengan tetap sebagai bangsa kacukan India Cina. Tetapi, jika Hannah Yeoh berkahwin dengan lelaki Melayu, hamba pasti beliau akan kategorikan anaknya sabagai Bumiputra Melayu. Sebab masyuuk maa......

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

Alhamdulillah sudah sampai ke Rasa malam tadi. Selepas mengharungi 7 jam perjalanan dari Batu Enam, Terengganu. Kepala pening-pening sedikit. Kerana sudah lama tidak memandu direct dari Batu Enam ke Rasa. Selalunya singgah Kuantan dahulu, rumah kakak ipar. Tetapi memandangkan kakak ipar bercuti ke Beijing, maka hasrat untuk singgah tidur semalam di Kuantan tidak kecapaian.

Duit-duit, dimana kau duit....
Hamba ke Batu Enam dahulu pada minggu lepas, hari Khamis. Singgah di Kuantan semalam dan esoknya terus ke Batu Enam. Sampai Kuala Terengganu, jalan-jalan ke pantai. Sabtunya pula, pergi ke Marang, ada kenduri kahwin. Ahad ke bandar, kemudian ke pantai airport. Isnin ke pantai Mengelibang Telipot (betul ke eja ni?). Selasa ke bandar pada paginya, kemudian tengahhari ke Gong Badak dan seterusnya balik ke Selangor.

Tidaklah jauh mana berjalan di negeri Terengganu. Sekitar Kuala Terengganu sahaja. Tidak ke Dungun, tidak ke Besut. Cuma sekitar-kitar bandar Kuala Terengganu dan pantai di daerah Kuala Nerus. Paling jauh Marang. Marang pun setakat sehingga ke Masjid Rusila. Tetapi minyak yang disedut oleh kereta, MasyaAllah.

Mula-mula isi RM80, kemudian RM60, kemudian isi lagi 50, dan isi lagi 50. Hari Selasa, semalam, hari balik, mula-mula isi 50 untuk ke bandar, kemudian isi 30 agar tangki penuh untuk balik ke Selangor, dan dalam perjalanan balik, isi lagi RM50 di RnR Temerloh. Kesemua isian petrol ke dalam tangki kereta Oddyssey hamba adalah RM370. Itu isian petrol sahaja tu. Belum tol lagi.

Tol sahaja Gombak RM5. Karak pergi balik RM6. LPT ke Gambang RM16.70. LPT Jabor ke Karak RM21. Semuanya RM48.70. Kos perjalanan sahaja RM418.70. Alligment tayar dan repair eksos kereta RM65. Semuanya sekali RM483.70. Singgah makan minum, lengkap RM500.00.

Jika naik kapal terbang berapa agaknya kos? Cepat. Masa keluar dari rumah ke airport dan sampai ke Batu Enam lebih kurang 3 jam. Kereta minima 6 jam. 3 jam untung. Tidak letih. Di Batu Enam abang ipar ada satu kereta yang boleh dipinjam. Tidaklah patah kaki sepenuhnya. Namun tidak bebaslah untuk berjalan ke mana-mana. Maklumlah, kereta orang.

Pergi sekarang sudah berlima. Paling murah, RM700 tiket kapal terbang rasanya boleh dapat. Nasib baik RM 500. Itu pun mustahil. Baru tiket kapal terbang. Hendak ke Airport perlu naik teksi. Duit lagi. Fikir-fikir, baik naik kereta, letih-letih pun, puas hati. Ke guane?

Isnin, Jun 06, 2011

TOK GURU HADI KEMBALI AGRESIF?

Tengok gaya, seperti Tok Guru Abdul Hadi telah kembali kepada asal. Yang dahulunya agresif, tiba-tiba menjadi pasif tetapi kini kembali agresif. Dahulu semasa memegang jawatan Timbalan Presiden kerja Tok Guru adalah 'radikal' tetapi apabila menjadi pemimpin nombor wahid, menjadi agak lembut.

Ketokohan Tok Guru seperti tidak diendahkan oleh ahli-ahli PAS, maaf, bukan ahli-ahli PAS, tetapi penjawat jawatan tinggi didalam PAS dan juga blogger puaka. Namun, apabila melihat ucapan penangguhan dari Dato Presiden, menampakkan suasana politik PAS untuk 2 tahun nanti akan melihatkan kembali ketokohan Dato Presiden PAS.

PM MALAYSIA KE-7
"Ini Hadi, bukan Erdogan." Tajuk Di MalaysiaKini hari ini. Suatu ungkapan agresif yang biasa didengar oleh Tuan Guru semasa zaman 80-an dahulu. Dan inilah yang ahli-ahli PAS inginkan. Kekuatan Tok Guru Hadi kembali bergema. Apalagi, dengan keagresifan Timbalannya nanti, Suadara Mat Sabu akan bersama-sama bertindak secara gresif dan menyerang dalam tindak-tanduk politik PAS. Ini yang kami mahu.

Slogan PAS menjadi pak turut DAP dan PKR pasti akan tidak kedengaran jika suasana dan momentum begini akan berterusan.

Dengan kekuatan para agamawan yang berada di dalam Pemuda PAS, sudah pasti PAS akan kembali agresif seperti mana agresifnya PAS Terengganu sekarang. Sedar tidak sedar, dalam banyak-banyak negeri, PAS Terengganu adalah yang paling agresif berkempen untuk kembali menang di negeri Terengganu berbanding dengan negeri lain.

Slogan PAS ganti Umno digunakan semaksima yang mungkin oleh Terengganu. Mana ada lagi negeri yang dapat membuat perhimpunan setiap daerah beribu-ribu ahli PAS berhimpun untuk menunjukkan kekuatan PAS untuk menggantikan Umno. Mana ada lagi negeri yang dapat menganjurkan beratus-ratus kereta didalam ekspidisi 4WD merentasi hutan didalam negeri Terengganu.

Siapakah pelopor, 'Orang Mude Geng Kite' jika bukan ianya adalah idea tulen dari pihak pemuda PAS Terengganu. Ianya adalah idea dan tindakan Pemuda PAS Terengganu dan seterusnya telah disebarkan seluruh Malaysia. Walau ramai blogger celaka yang meng'hina' PAS Terengganu dengan label UG nya, namun PAS Terengganulah yang paling agresif berkempen untuk menang. Kalah Kelantan dan kalah seluruh PAS negeri lain.

Diharap, semangat kerja agresif PAS Terengganu ini akan berjangkit kepada negeri lain dan seterusnya kepada PAS Pusat agar PAS akan menjadi pemimpin, bukannya dipimpin oleh mana-mana pihak. Takbir!!

UTUSAN DENGAN BERITA SPINNYA LAGI.

Memang sah, utusan malaysia adalah akhbar spin nombor satu dunia. Penipuan dan pembohongan sudah menjadi adab resam dan kewajiban kepada utusan ini.

Cuba baca ini; Haron Din Tampil Pertahan Utusan. Sekali baca tajuk, seperti Ustaz Haron Din sukakan utusan. Tetapi bila baca, beliau hanya menafikan fatwa mengharamkan baca utusan sahaja. Cit! Penipu sungguh utusan penipu ini.

Nasib baiklah dibaca sebutir-butir ayat dari akhbar penipu ini, jika tidak, pasti blogger celaka akan buat fitnah kepada Ustaz Haron Din. Macam-macam boleh......

KENAPA HAMBA MELAKNAT SYIAH.

Hamba ada baca blog Al-Banjari, dia kata ada orang sudah merajuk tidak mahu bantu PAS sebab ada orang benci Syiah dengan Erdogan. Apa punya kes dia merajuk, hamba pun tak tahu. Apa yang hamba tahu, Erdogan itu adalah PM Turki dan Syiah itu satu kumpulan Islam. Bukan mazhab ya.

Hamba hendak kabo, pasal bab Syiah ja. Bab Erdogan hamba letak tepi, sebab ianya tiada kaitan dengan menghancurkan Islam. Tetapi, bab Syiah, hamba kena kabor.

Ada apa-apa sebab kita perlu benci Syiah. Jawabnya, ADA.

Satunya, kita benci Syiah sebab Syiah benci Sahabat Nabi.

Keduanya, kita melaknat Syiah sebab Syiah melaknat para Sahabat Nabi.

Ketiganya, kita Lam 'Ain Syiah, sebab Syiah meng Lam 'Ain kan Abu Bakar, Omar dan Othman.

Ada banyak lagi sebab kita patut berjauhan dengan Syiah. Namun sebab utamanya ialah, Syiah adalah kumpulan yang melaknat para sahabat nabi, terutama Syiah Imamiah yang dipegang oleh Kerajaan Iran sekarang.

Hamba peduli apa dengan orang kata jika hamba berkata begini, hamba pemecah belah umat Islam. Buat apa hamba hendak bersama dengan orang mengaku Islam tetapi melaknat Sahabat. Itu kerja gila namanya. Boleh korang semua menjustifikasikan puak-puak Syiah yang mengatakan Saidina Abu Bakar, Saidina Omar dan Saidina Othman adalah laknatullah, dilaknat Allah. Ini kerja gila namanya.

Sabtu, Jun 04, 2011

PEMILIHAN MUKTAMAR: TAKZIAH PADA YANG MENANG DAN TAHNIAH PADA YANG KALAH.

Takziah kepada semua yang menang bertanding jawatan pada Muktamar  tadi. Takziah hamba ucapkan kepada Tok Guru Abdul Hadi Awang kerana masih kekal sebagai Presiden PAS untuk sesi ini. Takziah juga hamba ucapkan kepada Saudara Mohamad Sabu kerana telah berjaya memenangi untuk menanggung amanah berat dari Allah SWT memimpin sebagai Timbalan Presiden PAS.

Kepada ketiga-tiga Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayob, YB Husam Musa dan YB Mahfuz Omar, diucapkan juga takziah kerana terpaksa menanggung tanggungjawab yang besar ini. Segala amanah ini akan ditanggung oleh kesemua 5 hamba Allah ini untuk di dunia, di alam barzakh, dan di Padang Masyar kelak. Segala saat kehidupan 5 hamba Allah ini akan dihisab dengan berat kerana ianya adalah amanah yang berat, iaitu amanah memperjuangkan Islam dimuka bumi Allah ini.

Tidak lupa juga hamba ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasarudin kerana telah terlepas dari menanggung amanah yang amat berat ini atas kekalahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada ustaz sekelian. Percayalah, ustaz semua akan berasa tersangat bersyukur nanti di akhirat sana kerana hisab untuk menanggung amanah ini telah diberikan kepada orang lain.

Hamba secara peribadi juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Idris Ahmad, kerana beliau telah tidak berjaya untuk menanggung galas amanah berat yang melampau sebagai Naib Presiden PAS. Sebagai biras beliau, hamba sebenarnya berasa sungguh bersyukur dan sedikit gembira kerana Allah SWT telah melepaskan satu beban amanah kepada beliau untuk ditanggung di Padang Masyar nanti.

Diharap, dengan kekuatan baru sekarang ini, jangan ada lagi suara puaka yang mengadu domba semangat ukhuwah jemaah Islam dengan kata-kata assobiyah didalam jemaah. Diharap kerja kita adalah kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa kitalah yang buat kerja, kita lah yang terbaik, kitalah yang memenangkan PAS. Bukan, yang memenangka dan mengalahkan kita adalah Allah SWT. Kita hanya sebagai hambaNya yang menjalankan Amanah dan tugas yang diberikan oleh Allah SWT.

PELACUR KENA GARI. BAPAK AYAM GOYANG KAKI.

Hamba berada di Batu Enam sekarang. Anak saudara orang rumah menikah Sabtu ini, iaitu hari ini. Sambil-sambil menunggu untuk ke majlis kahwin, hamba membuka internet, melihat cerita Muktamar PAS dan cerita-cerita lain sekitar Malaysia. Apa yang mengusik akal hamba adalah cerita di MalaysiaKini berkenaan sebuah NGO yang mengkritik tugas polis menahan 'pelacur'. Boleh baca disini.

Polis merantai dan menanda ditubuh 'pelacur'. Nampak sekali macam salah, baca 2 kali macam tidak betul, rumus kali ketiga dua-dua tak betul. Pelacur tidak betul, polis pun tidak betul. Yang untung bapa ayam. Yang seorang pun tidak kena tangkap.

Terlalu kerap cerita polis menyerbu kelab malam dan menangkap 'pelacur'. Pelacur warga asing yang datang ke sini semestinya kerana mangsa pemerdangangan manusia. Masuk Malaysia kerana hendak kerja, tetapi sebenarnya tubuh mereka yang dikerjakan. Dan yang paling malang, tiap kali ada serbuan, mereka ini yang ditangkap, digari dan diconteng tubuh, bukannya bapak ayam, tokey kepada pelacur-pelacur ini.

Hari ini tangkap, esok buat balik. Lusa kena tangkap, tulat beroperasi kembali. Jadi, apa yang tidak kena kepada kes-kes seperti ini? Apa yang tidak kena dengan Malaysia yang tidak sudah-sudah dengan kes-kes pelacuran warga asing dan tempatan ini? Salah Polis? Salah masyarakat? Salah kerajaan? Atau salah undang-undang itu sendiri?

Jawabnya, semua salah. Kerana satu pun tidak mengikut kaedah Al-Quran dan Sunnah. Manusia ego dengan akal fikrian mereka. Sehingga lupa, akal itu Allah yang beri...

Rabu, Jun 01, 2011

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK ITU ADIL? KAH! KAH! KAH!

Masih ada lagi Melayu yang tidak sedar diri akan kekurangan akal mereka didalam berfikir secara adil untuk diri sendiri dan manusia yang lain. Ada yang masih berfikiran bodoh sombong dan tidak reti-reti bahasa. Kita ambil contoh kenaikan tarif elektrik yang akan berkuat kuasa 1 Jun ini. Ada manusia yang beranggapan bahawa kenaikan itu tidak membebankan rakyat. Terutama yang 75% yang kononnya tidak akan terkena secara langsung akan kenaikan tarif itu.

Anda semuanya telah ditipu hidup-hidup oleh kerajaan bn yang tidak cerdik mentadbir.

Sebelum anda semua menikmati kenaikan tarif elektrik ini pada 1 Jun nanti, jangan lupa bahawa harga diesel untuk pengangkutan lori membawa barangan penggunaan akan naik 38 sen juga pada tarikh keramat 1 Jun, iaitu hari ini. Bermaksud ada 2 kenaikan serentak pada hari ini, eh, tidak, .. bukan dua, tetapi 3 kenaikan serentak, iaitu tarif elektrik, diesel dan juga gas.

Perlu diingatkan kepala akal, bahawa ketiga-tiga benda ini, iaitu elektrik, diesel dan gas adalah benda perkara utama utiliti sesebuah kilang atau gudang pengeluaran sesuatu produk harian pengguna. Terutama produk makanan. Cuba kita ambil contoh produk ikan. Contoh yang paling senang dan kena pada kita.

Ikan datang dari pantai, terutama pantai timur. Jika ikan turun dari Terengganu, hendak dijual di pasar borong Kuala Lumpur, pengangkutan yang membawa ikan itu ke KL adalah lori. Lori menggunakan diesel. Dan diesel hari ini naik 38 sen seliter.

Sampai ke KL, majoriti ikan akan dijual atau disimpan didalam peti sejuk untuk ikan itu boleh bertahan hasil jualannya 2-3 hari. Peti sejuk menggunakan kuasa elektrik. Perlu diingat, peti sejuk yang digunakan bukannya peti sejuk seperti dirumah kita, tetapi peti sejuk yang besar yang penggunaannya memang melebihi 300kWj sebulan. Dan tarif elektrik pula telah naik 7.12%.

Maka agak-agaknya, adakah ikan yang akan dijual hari ini akan berkurang harganya atau akan terus kekal tidak naik-naik?

Jika peniaga makanan datang ke pasar borong, membeli ikan yang telah meningkat kos pengangkutan dan simpanannya, kemudian balik ke gerai makanan dan menggoreng ikan itu dengan menggunakan gas. Adakah peniaga kecil-kecilan itu tidak akan terasa kenaikan kos untuk menggoreng seekor ikan. Ikan naik harga, dan kemudiannya, gas yang digunakan untuk dimasak juga naik harga RM3.00 mmBTu. Ini baru ikan, belum benda lain lagi.

Maksudnya disini, SEMUA barang akan naik harganya kerana kos untuk menghasilkan barang itu akan naik secara mendadak pada hari ini. Maka, adakah yang terkena kenaikan harga tarif elektrik itu hanya dinikmati oleh golongan 25% atau kepada semua golongan 100% seluruh negara? Adakah kenaikan tarif elektrik ini adil untuk rakyat? Adakah juga golongan 25% ini bukan manusia seperti golongan 75%? Adakah rakyat marhaen seperti kita akan hidup dengan lebih selesa dengan kenikmatan kenaikan tarif elektrik ini?

Jawapannya, padan muka  Melayu kerana masih taksub dengan umno yang penuh dengan penipuan dan maksiat. Undilah lagi parti tali barut British itu, semoga umat Melayu akan terus jadi kurang akal dan hidup miskin dan jahil tentang Islam. Padan muka Melayu.