Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, April 30, 2011

UMNO PARTI KERAMAT SEBAB LAHIR DARI ISTANA, KAH! KAH! KAH!

Siapa ada menonton berita wilayah TV1 jam 5.30 petang tadi. Jika ada, siapa yang menonton berita lawatan Najib ke Terengganu. Jika ada juga, siapa ada terdengar ucapan Najib yang mengatakan, "umno parti yang lahir dari Istana, oleh itu umno adalah parti keramat. Bukannya parti jalanan yang asyik membuat demonstrasi jalanan".

Ada dengar Najib ucapkan ayat itu didalam TV depan rakyat Kuala Nerus? Jika ada, bagus. Ingatlah ungkapan itu seingat-ingatnya sehingga mati. Kerana apa perlu diingat? Kerana ini menunjukkan umno adalah parti bangsawan, bukannya parti untuk rakyat marhaen seperti kita.

Mula-mula, hamba hendak bertanya, keramat itu apa ke jadahnya? Macam biskut Marrie ke atau macam Dato Keramat tu? Ada simpan-simpan jin ke parti-parti keramat ini? Ataupun umno ini hanya parti untuk jin, bukannya untuk manusia, sebab dianya parti keramat. Hah! Lawak bodo.. Apa kes hendak dibanggakan sangat si Najib ini dengan parti keramat. Hendak buat kerja syirik ke apa Najib ini?

Apa? Jika dilahirkan dari istana, maka sesuatu perkara yang pelik lagi mistik akan terwujud kepada sesuatu yang dilahirkan dari dalam istana? Khurafat punya cerita puak-puak umno ini. Selagi namanya umno, maka orang Melayu akan sentiasa bergelumang dengan khurafat. Kecil betul akal puak umno ini.

Jika orang Melayu hendak menjadi manusia keramat, sesiapa yang ada isteri, tolong lahirkan anak masing-masing didalam pagar istana, agar anak itu menjadi keramat dunia akhirat. Itulah yang diajar oleh Najib kepada orang Melayu. Jangan pula hendak diajar setiap kali keputusan mesti bertanya bomoh siam, sudah.

Apabila terdengar suara pendapat seperti itu dikeluarkan oleh seorang yang digelar Perdana Menteri, maka apakah yang akan terjadi pula kepada rakyatnya yang dipimpin olehnya. Apakah jenis mentaliti manusia yang akan dihasilkan oleh beliau dengan kata-kata dan iktikad seseorang pemimpin seperti itu. Jenis manusia apakah yang akan dihasilkan.

Jawapannya mudah. Yang akan terhasil adalah manusia-manusia seperti NGO Perkasa. Yang dilahirkan di'jalanan' dan sentiasa terhegeh-hegeh buat demonstrasi cap ayam jika ada sesuatu perkara yang hendak digembur-gembarkan.

Kasihan Perkasa, tiap-tiaphari bersusah payah mempromosikan diri sendiri untuk dihidu oleh Najib, namun apalah nasib, kena kutuk juga akhirnya oleh pemimpin yang mereka selalu kipas bodekkan.. Kesian.......

KAMI NAK ROYALTI LA NAJIB! TAKAT MELAWAT RUMAH ORANG 'MISKIN', TOK 4 BOLEH BUAT.

Kah! Kah! Kah! Najib buat lawak lagi.....

Rasa hendak pecah perut mendengar Najib Tantuya buat lawak petang di Terengganu. Depan Melayu Terengganu, dalam dewan tidak serupa dewan, Najib melalut suruh PAS keluar dari DAP. Kah! Kah! Kah! Bila pula PAS masuk DAP? Bila pula DAP dimasuki oleh PAS? Apa kome cerita ni Tantuya wei?

Itulah, lain kali, jika hendak kutuk PAS pun, pergilah minta nasihat dengan APCO dahulu. Barulah kelas kutukannya. Ini tidak. Terus serang ikut dan. Ingat ini dekat Mongolia ke? Yang kome bising-bising itu di Terengganu. Tempat bumi Melayu yang tanahnya tiada wujudnya DAP. Siap orang kampung Kuala Nerus pun tidak tahu kewujudan DAP itu. Jika hendak menakutkan orang Melayu dengan DAP pun buatlah di Selangor. Barulah ada 'kick'. Ini Melayu Kuala Nerus, aduhai..

Kemudiannya yang membuatkan hamba terus ke tandas membuang air kecil kerana tidak tahan menahan ketawa ialah aksi Najib datang terhegeh-hegeh ke rumah orang kampung yang miskin bersama dengan menimbun-nimbun jurukamera dan bodyguard. Kasihan melihat makcik-makcik yang dijadikan boneka pelakon 'upahan' untuk dimasuk ke dalam berita wilayah di TV1.

'Makcik terharu dan berterima kasih sungguh kerana PM sanggup datang ke rumah makcik'. Sebut seorang makcik kampung apabila ditanya oleh wartawan upahan RTM. Alahai, kasihan melihat makcik itu. Dia terlupa atau memang tidak tahu bahawa negeri yang dia duduki itu, Terengganu Darul Iman adalah sebuah negeri yang terkaya dengan hasil minyak, namun rakyatnya adalah termiskin di dalam negeri-negeri seluruh Malaysia lebih bawah dari Sarawak.

Apa? Ingat dengan mengunjungi 2-3 biji rumah orang miskin di Terengganu, maka amanah kamu sebagai pemimpin Negara akan terlepas begitu sahaja? Piirah. Jauh panggang dari api. Jika Najib berani, umumkan sekarang juga dan terus buat perjanjian bertulis dengan ditandatangani oleh PM bahawa Terengganu akan menerima kembali duit royalti minyak yang dirompak oleh Kerajaan Pusat BN dahulu. Kalau berani, SEBUT depan orang ramai! Setakat melawat 2-3 rumah orang kampung, itu tok 4 pun boleh buat.

Memang betul sebutan seorang Cina miskin yang diterima kunjungan PM, dia menyebut, ' Saya sungguh dukacita PM telah datang rumah saya.' Hah! Memang betul warga kaum Cina itu menyebut dukacita, tanpa ditapis pun oleh pihak berita RTM petang tadi. Hamba dukacita PM hanya melawat rumah-rumah rakyat konon prihatin, padahal, dialah pelawok antarabangsa. Ciitt!!

Jumaat, April 29, 2011

BUAT APA BUAT KERJA JIKA MATI MASUK NERAKA ALLAH? BODOH KE?

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2).

Inilah sahaja jawapan kepada mereka yang musykil dan keliru daripada apa yang berlaku terhadap manusia yang menggelarkan diri mereka trio Dato T. Apa lagi jawapan yang anda semua impikan?

Jika kamu tersesat jalan atau buntu dengan masalah, maka kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW. Ianya adalah penyelamat.

Bukan Melayu yang boleh menyelamatkan Malaysia sekarang, bukannya kekuatan ekonomi dapat membantu Malaysia sekarang, bukannya politik fitnah yang dapat mengangkat politik 'melayu' sekarang, tetapi hanyalah Islam sahaja yang tinggal yang dapat menyelamatkan semuanya dari malapetaka.

Apabila Al-Quran dan Sunnah diketepikan didalam kehidupan, tidak diendahkan didalam sistem pentadbiran, ekonomi, sosial dan perundangan, maka inilah yang berlaku. Masjid dijadikan medan najis kekotoran politik lucah dan fitnah hanya semata-mata kerana dendam dan keinginan mengekalkan kuasa politik dibumi sekangkang kera Malaysia yang kecil ini.

Semua kena maklum, Malaysia bukanlah sebuah negara besar, penduduknya bukannya ramai, ekonominya tidak setaraf negara maju Jepun dan China, teknologinya tidak setanding Russia, namun mengapa ada manusia yang tergilakan sangat ingin memegang kuasa menjadi pemimpin di negara yang kecil ini. Negara yang jika dibandingkan dengan kebesaran negara India, hanyalah sebesar sekecil setengah daerah Gujerat sahaja.

Apalah sangat menanggung amanah memimpin rakyat berjumlah 25 juta ini, jika akhirnya diakhirat nanti, kita ke neraka Allah SWT? Apalah yang hendak dikekalkan sangat kerusi empuk perdana menteri yang tidak seberapa itu? Adakah kerusi itu boleh dibawa sekali ke lubang kubur untuk ditunjuk dihadapan mungkar dan nangkir?

Apa gunanya semuanya dengan kemewahan yang melampau-lampau namun akhirnya akan kekal ke dalam neraka dibakar dengan api-api kertas duit yang diperolehi secara tidak betul. Adakah kita yakin sangat setelah membunuh orang dengan C4, nanti di akhirat nanti Allah SWT akan buat tidak nampak kesalahan kita? Yakin sangatkah kita akan terlepas dihukum ke neraka Allah SWT?

Fikirlah wahai manusia, terutama kepada mereka yang sedang hidup kenyang dengan gaji dan elaun menteri di negara Malaysia ini, bahawa mati itu pasti. Anda semua akan mati dan ke mana anda selepas mati itu? Trio Dato T, baru sebentar tadi kamu bersumpah laknat. Maka sebenarnya, sebelum kamu bersumpah itu, kamu sudah pun dilaknat Allah kerana perbuatan kamu, tidak perasan lagikah? Kesian,.. kesian,.....

Rabu, April 27, 2011

BUAT APA SUSAH-SUSAHKAN DIRI ISI BORANG CUKAI BE? HAK KITA TIDAK DIPELIHARA PUN.

Kantong negara seperti air empangan ini, namun ianya ada ketirisan di penghujung empangan, sedikit demi sedikit duit kantong negara akan susut..

Kenapa kita perlu terhegeh-hegeh menyusahkan diri mengisi borang BE untuk memberi penyataan berapa RM yang kita perlu bayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai? Mengapa rakyat disusahkan untuk menyusahkan diri mengisi borang menyembelih diri sendiri untuk dimiskinkan kewangan sendiri untuk diisi ke dalam kantong kerajaan? Apakah hak kita yang telah bersusah payah memeningkan diri mengisi borang BE itu untuk menambahkan pendapatan kerajaan?

Hak bersuara? Hak mengkritik kerajaan? Hak tidak menyokong pemimpin yang tidak betul? Hak menukar kerajaan dalam sistem demokrasi yang telus dan adil? Hamba lihat, semua itu tiada di Malaysia.

Membangkang kerajaan di Malaysia, telah dikategorikan di dalam sistem sosial hidup di Malaysia sebagai seperti 'bukan warga negara'. Sesiapa rakyat Malaysia, yang membangkang apa-apa yang berkaitan dengan dasar kerajaan akan dianggap seperti pemberontak yang patut dihapuskan sama sekali walau apa keadaan sekalipun.

Sesiapa individu ataupun satu kumpulan yang mengkritik perdana menteri dan kepimpinan negara, akan dianggap adalah tali barut pemusnah negara walaupun apa yang dikritik itu adalah betul dan untuk kebaikan negara Malaysia dan rakyat yang hidup di dalamnya. Boleh dikategorikan, Malaysia ini dekat serupa sebuah negara komunis dimana rakyatnya tiada hak untuk bersuara membetulkan dasar kerajaan yang memerintah.

Oleh itu, apa gunanya kita bersusah payah mengisi borang BE? Ianya serupa seekor ayam yang datang kepada penyembelih untuk diberikan lehernya untuk disembelih. Mengapa harus kita memberikan duit cukai kepada kerajaan beribu-ribu RM setahun? Padahal, duit yang kita berikan kepada kerajaan, kerajaan tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada kami pembayar cukai dengan memberikan kami, rakyat Malaysia yang membayar cukai satu sistem kehidupan yang baik dan adil?

Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang lain masih tidak sedar diri bahawa gaji yang mereka terima itu adalah dari duit kita. Kita yang beri gaji kepada mereka untuk mereka memerintah dengan baik. Bukannya duit BN, bukannya duit umno, bukannya duit apco, tetapi duit kita dari hasil peluh kita bekerja siang malam 7 hari seminggu.

Maka, siapakah yang sepatutnya berterima kasih sekarang? Adakah pemerintah kepada rakyat atau rakyat kepada pemerintah? Jawapannya mudah, ianya berada ditangan anda semua. Memangkah pensil pada kertas undi semasa pilihanraya.

Isnin, April 25, 2011

NEGARA BUMI SATU BOLEH.

Ada sebuah negara, dimana undang-undangnya adalah apabila berlaku zina antara dua manusia, suka sama suka, kemudian tiba-tiba salah satu pasangan membuat laporan polis bahawa dia telah dizinai oleh pasangannya, maka pelapor itu akan menjadi mangsa zina akibat perlakuan pasangannya yang berzina dengannya. Dengan itu, pasangannya akan dituduh berzina kepada pelapor dan boleh dikenakan hukuman, manakala sipelapor adalah 'mangsa'. Inilah dia negara bumi satu boleh.

Negara bumi satu boleh ini juga mempunyai satu sistem media yang hanya boleh memberi berita yang baik-baik sahaja tentang parti yang memerintah walaupun menipu, tidak kira dari media bercetak seperti surat khabar dan juga media radio dan telivisyen. Seluruh rangkaian radio adalah khusus hanya untuk membodek parti yang memerintah dan semua rangkaian TV adalah khusus untuk menipu rakyat untuk sentiasa menganggap parti yang memerintah adalah bersih seperti malaikat. Tiada ruang walau seinci untuk suara yang mengkritik parti yang memerintah walaupun ianya benar dan penting.

Walaupun negara bumi satu boleh ini adalah pengeluar dan pengeksport minyak, namun rakyatnya tidak dapat menikmati kekayaan minyak ini kerana parti yang memerintah telah bertungkus lumus memastikan agar keuntungan dari hasil minyak ini hanya diperolehi oleh segelintir manusia yang mempunyai kepentingan didalam parti yang memerintah. Maka rakyat juga terpaksa menanggung kos harga minyak seperti negara yang mengimport minyak.

Parti yang memerintah negara bumi satu boleh ini juga sentiasa mengwar-warkan diri mereka adalah sebuah parti yang memartabatkan bangsa asal negara bumi satu. Namun realitinya, parti yang memerintah inilah yang menipu bangsa asal negara bumi satu boleh ini dengan merampas tanah-tanah mereka, menghancurkan biasiswa pelajaran anak-anak bangsa asal, merosakkan sekolah agama bangsa asal dan menipu bulat-bulat bangsa asal dengan menyuruh menjual tanah mereka dengan harga murah tetapi parti yang memerintah menjual pula tanah bangsa asal itu dengan harga tinggi untuk keuntungan peribadi.

Namun, apakan daya, negara bumi satu boleh ini masih wujud dan rakyatnya masih lagi setia mengundi parti yang memerintah hanya kerana suapan duit tunai 100 ke 200. Malah setakat kain pelikat, maka tertanam rasa budi jasa parti yang memerintah walaupun semasa pemilihan kerajaan itu, parti itu sudah bukan menjadi parti pemerintah.

Jika orang luar melihat bangsa asal negara bumi satu boleh ini, pasti orang luar akan berkata-kata, "Pasti sungguh akal mereka ini berada di tapak kaki". Sedih hamba mendengar ungkapan itu.......

Ahad, April 24, 2011

ANAK HAMBA NAK MAIN BOLASEPAK, BUKAN BOLA JARING.

Lain kali, jangan ajar anak perempuan anda bermain bolasepak. Nanti anak anda tidak tahu main bola jaring. Menyesal hamba....

Ini adalah kisah benar, kasihan sungguh hamba melihat anak hamba yang ditugaskan untuk bermain bola jaring untuk sukan PASTI Hulu Selangor sebentar tadi. Jersinya tertulis WD. Agaknya Wing Defend kot. Semasa berlawanan sudah bermula, anak hamba diri tercegat sahaja disitu tidak tahu apa yang hendak beliau lakukan.

Puas cikgu-cikgu PASTI menjerit-jerit suruh berebut bola, namun anak hamba masih berdiri kukuh di atas tanah yang sama dari mula hingga akhir. Adoi,.. hamba melihat mukanya yang penuh confuse lagi tidak mahu bermain.

'Itulah Angah! Asyik main bola je dengan Jannah.' marah adik hamba yang sanggup datang dari KL untuk melihat anak buahnya bermain sukan bola jaring di Stadium KKB. Adoii.....

Tetapi yang kelakarnya, Jannah tidak kisah pun apa yang berlaku di tengah padang, kalah ke, menang ke, sama sahaja bagi dia. Melihat Jannah yang bermuka musykil ditengah padang, hamba pun dapat merasakan bahawa dia tidak suka main sukan ini, kerana selalunya dia bermain bola dengan ayahnya menggunakan kaki, bukan tangan.

Takpelah, asalkan Jannah dapat merasai pengalaman berada ditengah padang dilihat oleh berpuluh-puluh mak ayah yang bising-bising memberi sokongan moral kepada anak masing-masing pun, oklah. Mungkin lain kali PASTI boleh buat indoor game untuk muslimat main futsal. Ok juga tu.

Selepas game, dengan gaya biasa, Jannah asyik senyum sahaja. Seronok boleh balik. Sebab Opah dia ada juga disitu. Seronok melihat telatah budak 4 tahun ini bermain-main dengan kawan-kawannya yang sudah menjangkau 5 dan 6 tahun. Itulah untungnya anak hamba lahir lewat tahun, hujung bulan 11.

Tahniah Jannah, anak ayah dapat masuk main bola jaring mewakili PASTI Rasa Sayang.

Apa Jannah nak buat ni......

Laa.. comelnya tangan pegang depan tu,.. dalam keadaan musykil melihat bola yang dibaling.

Takpe, asalkan di rumah boleh tolong dukung adik.... he, he..

Yang ni pulak, hamba tak tau, petugas tengah pening kepala, siapa menang siapa kalah,....

Rabu, April 20, 2011

DULU DAP KELUAR BA, SEKARANG, PAS PERLU....?

Tahun 2001, telah tercatit satu sejarah, dimana DAP keluar dari Barisan Alternatif (BA), membiarkan KeAdilan dan PAS tinggal berdua didalam BA. Alasannya cuma satu, sokongan pengundi Cina terhadap DAP adalah menurun. Baca di sini. Dan pada PRU 2004, DAP dapat menambah 2 kerusi, iaitu 12 kerusi daripada 10 kerusi, semasa PRU 1999.

Apabila melihat perkembangan mutakhir ini, PAS telah mengalami undi merosot untuk kaum Melayu didalam PRK di Semenanjung, dan perlu diketengahkan disini, majoriti Parlimen yang PAS bertanding adalah dari kerusi Parlimen majoriti Melayu. Mungkin kerusi bandar, PAS boleh mengekal dan menambah kerusi, namun, berapa sangatkah kerusi bandar dan sub-bandar yang PAS akan bertanding?

Kedengaran perebutan kerusi bandar telah menjadi perebutan diantara DAP, PKR dan PAS di Semenanjung. Sudah pastinya disebabkan kerusi dibandar dan sub-bandar ini adalah kawasan hitam BN.

Namun, majoritinya PAS tetap akan bertanding di kerusi luar bandar, kerusi orang Felda dan kerusi kampung Melayu.

Maka disini, adakah PAS ingin mengikut sikap DAP pada 2001 dahulu. Meninggalkan Pakatan Rakyat namun tidak berebut kerusi dengan PR?

Apa yang hamba sebutkan disini bukan untuk menghasut atau memenangkan BN. Bukan. Tetapi ianya berdasarkan culaan peribadi hamba terhadap pengundi di kawasan hamba, kampung ayah di Jasin dan Melayu Perak di Tanjung Malim. Hamba bertanya kepada pengundi yang tidak memihak kepada mana-mana parti dan berbangsa Melayu.

Satunya, hamba bertanya pakcik yang baru lepas solat Zohor di Masjid Tanjung Malim. Mulanya hamba berbual-bual kosong dengan pakcik yang mungkin berusia awal 60-an, kemudian hamba beranikan diri bertanya tentang politik Malaysia.

Jawab pakcik itu adalah, 'mengapa PAS tidak bertanding sendiri? Tak payah bersama2 dengan DAP.' Lalu hamba bertanya 'Mengapa?', jawab pakcik itu, 'Jika bersama DAP, pasti pengundi Melayu kampung tidak akan undi PAS sebab mereka anggap PAS jadi boneka DAP, terutama pengundi wanita.', maka hamba menjawab;

'PAS didalam PR tidak pernah dicucuk hidung oleh sesiapa, mau DAP atau PKR, kami bertiga adalah seimbang.' Pakcik itu berkata;

'Jika begitu, memang sah pakcik takkan undi PAS selepas ini, sebab PAS hanya bertenggek dalam PR, bukannya memimpin.'

Terkedu hamba dengar.

'Orang-orang masjid di sini, undi masa undi dahulu, kami semua pakat undi selain BN, kerana mengarutnya umno dahulu. Tetapi apabila melihat rakan sempadan di Selangor, kami sudah menyampah dengan PKR, lebih buruk dari umno', tambah pakcik itu.

Sudah, apa hendak kata, kerana memang benar, PKR Hulu Selangor memang kelam kabut berpolitik sesama sendiri sehingga lupa bekerja untuk rakyat. Bukan setakat itu, nama PAS pun akan diheret sama kerana dana bantuan kerajaan negeri tidak turun-turun sehingga sekarang di DUN Batang Kali. RM500,000, itulah menjadi rebutan oleh puak-puak PKR.

Kemudian satu kes di tempat hamba. Ianya datang dari seorang penyokong BA semasa PRU 12. Ayat sama yang keluar dari mulutnya adalah, 'PAS tak payah terhegeh-hegeh dengan PR, korang tanding dengan kapasiti sendirilah, tak perlu dengan PKR, dengan DAP takpe lagi, sebab diorang memang buat kerja. Tapi, PKR? Asyik gaduh sama sendiri. Nak jawatan itu, nak jawatan ini. Itu baru perintah negeri, belum pusat lagi.'

Kemudian di kampung Jasin, sepupu hamba, yang pada pandangan hamba, tidak pernah ambil peduli tentang politik, tiba-tiba 'slow talk' dengan hamba. 'Lepas ni PAS tanding sendiri-sendirilah, jika hendak ganti umno.', hamba jawab, 'Kenapa?', jawab dia, 'PR kenapa sibuk-sibuk dengan ketuanan rakyat? Orang kampung disini takut wei, puak umno cerita macam-macam'.

3 kes ini adalah pada awal tahun 2011 dahulu. Ianya merunsingkan hamba. Kerana dari kesimpulan yang mereka sebutkan pada hamba, mereka simpati pada Anwar, namun benci dengan orang PKR. Dan mereka masih tidak percaya pada DAP yang mereka anggap masih chuvanis Cina.

Namun pada pendapat peribadi hamba, PAS tidak perlu keluar PR, hanya PAS mesti menang kerana kekuatannya sendiri, bukannya disebabkan Pakatan Rakyat. Itulah yang orang Melayu hendak. PAS perlu bijak politik dengan turun sendiri ke bawah bertanya kepada pengundi Melayu apa yang mereka hendak.

HAMBA SAKIT HARI INI.......

Pagi semalam, badan sudah rasa sakit. Rasa macam hendak demam. Alhamdulillah, dapat juga hapuskan dosa kecil. Dan jika sihat nanti, dapat juga hamba merasai nikmat sihat.

Jika memanjang kehidupan kita tidak pernah sakit, bagaimana kita hendak merasai nikmat sihat? Kerana memang kita tidak dapat membezakan betapa terseksanya tubuh badan jika kita demam atau sakit. Kerana itulah, Allah memberi kita semua kadang-kadang sakit, dan selalunya sihat.

Petang itu, hamba meminta tolong kawan hamba untuk mengurut badan hamba. Sudah 2 tahun badan tidak di'allignment'. Selalunya, selepas berurut, badan akan rasa sedap, namun, semalam, selang setengah jam habis diurut, hamba jadi demam. Demam yang kuat. Sudah lama hamba tidak merasai demam begini. Seluruh badan terasa sakit. Dok ghok tubuh hamba.

Lepas maghrib, hamba terus tertidur. Hingga jam 4.30 pagi. Hamba tadi solat Isyak jam 4.30 pagi. Adoii.....

Jam 8.30 tadi, pergi ke klinik. Ambil ubat. Dengan MC sekali. Sehari sahaja doktor beri. Semasa sebelum berjumpa doktor, semasa sedang duduk ditempat menunggu, hamba rasa, hambalah orang yang paling sakit didunia ini, namun, selang seminit, datang seorang insan, jantina lelaki, dalam keadaan cukup terseksa untuk berjalan. Kaki kiri dia seperti sakit terpijak paku.

'Kenapa bang?', tanya hamba, penuh musykil. 'Gout....' jawab dia dalam kesakitan. Allahuakbar, gout, sakit tu, walau hamba tiada gout, tetapi ramai kenalan hamba yang ada gout. Hamba seperti mengerti kesakitan yang amat insan tadi.

Hamba terfikir sebentar sebelum doktor memanggil masuk. Baru sahaja tadi hamba dengan bodoh sombong menganggap hambalah manusia yang paling sakit di dunia, hah! selang seminit sahaja, Allah SWT tunjukkan bahawa ada lagi orang yang terseksa lebih teruk dari hamba.

Hamba bertaubat kepada Mu, ya Allah. Hamba manusia yang penuh dosa. Alhamdulillah hamba sakit hari ini, moga dosa kecil hamba terhapus sedikit demi sedikit. .....Mata hamba berair pulak nih....

Isnin, April 18, 2011

APALAH NASIB ADA KAWAN SEPERTI INI......

Kami ada kawan baru. Tetapi sudah lama kenal. Apa-apa hal berkaitan dengan dia, kami akan bantu. Jika kawan kami itu mohon pertolongan, kami akan tolong 100%. Susah dia, susah juga kami, namun senang dia, dia lupakan kami. Inilah masalahnya dengan kawan kami ini.

Kami telah menolong dia dengan segala kemudahan yang kami ada, sehinggalah dia berjaya dalam hidup. Tetapi setelah berjaya, kawan kami ini pula yang berlagak seperti dianya yang pandai, dianya yang ketua dalam urusan kehidupan. Kami perlu ikut cakap dia, sebab dia lebih tahu bagaimana cara untuk berjaya, seolah dia berjaya hanya kerana usaha dia seorang, namun dia lupa, kamilah yang tolong dia siang malam pagi petang seperti kami menolong diri sendiri sehingga dia berjaya.

Hari ini, bila kami dalam kesusahan, dia menyusahkan lagi hidup kami untuk kami menemui jalan untuk berjaya. Apabila kami mengadu kami dalam kesusahan kerana tidak dapat pertolongan dari kawan kami itu, tetapi kawan kami itu yang melenting-lenting berkata bukan-bukan kepada kami. Yang paling kami sakit hati, apabila kawan kami itu berkata salah kami sendiri kerana tidak berjaya kerana kami ini lemah disana dan lemah disini.

Sudahlah menyusahkan hidup kami untuk berjaya dengan menutup jalan kami untuk berjaya dengan mudah kerana mulut kawan kami yang 'telur sebiji riuh sekampung', kemudian tidak mengaku pula bahawa mulut dia itu menyusahkan kami padahal memang benarpun mulut dia itu memang menyusahkan kami.

Namun, kami ini bukan seperti kawan kami yang tidak pernah mengenang budi itu, kami bukan jenis spesis sepertinya, tetapi kami ini jenis manusia yang berpegang kepada prinsip tidak makan kawan. Tetapi perlu diingat, kami pun manusia biasa, jangan sehingga dalam PRU 13, kami boikot 100% kawan kami, sehingga kawan kami terkontang kanting buat kerja sendirian.... Ada FAHAM?

RINGKAS: BORANG 14 4 EVER.

Selepas PRN Sarawak, pihak PKR banyak bersungut berkenaan borang 14. Eloklah itu, akhirnya isu borang 14 telah dikehadapankan di media internet. Jika tidak semua rakyat tidak tahu apakah dia borang 14 itu dan apakah kepentingannya borang 14 itu.

Pentingnya borang 14 itu adalah kerana kalah menang calon PR dalam pilihanraya adalah kerana borang keramat itu. Jika tidak diminta dengan bermati-matian, maka kekalahan adalah dalam tangan. Hidup mati PR adalah terletak kepada borang 14 ini.

Selepas ini, Pakatan Rakyat wajib menumpukan borang 14 ini untuk memenangi PRU 13 nanti. Makan, tidur, mandi dan selagi bernafas, perlulah sentiasa mengingati borang 14 yang memang sungguh cap ayam ini.

Ahad, April 17, 2011

PAS PERLU UTAMAKAN ISU MELAYU, MAHU TIDAK MAHU JIKA HENDAK MENANG.

Tiada seorang pun Bumiputra Islam yang memenangi PRN Sarawak untuk Pakatan Rakyat. Orang Melayu/Melanau/Kedayan masih takut mengundi PR. Mengapa?

Sedar atau tidak sedar, didalam PRN ini, Pakatan Rakyat tidak membawa satu isu langsung yang solid dan kukuh yang ada hubungkait dengan orang Melayu/Melanau/Kedayan. Apa yang terjadi ialah isu yang menakutkan orang Melayu/Melanau/Kedayan yang 'sengaja' dilontarkan oleh rakan PR iaitu DAP yang gatal mulut untuk menamakan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika PR menang.

Jika hamba menjadi pengundi, hamba sendiri akan fikir 2-3 kali untuk mengundi PR. Jika hamba golongan tidak berpartilah. Hamba pasti akan terfikir tidak akan mengundi PR kerana takut Sarawak akan diperintah oleh Kristian.

Pasti akan ada golongan penyokong PR akan berkata, 'lebih baik orang kafir perintah Sarawak daripada orang munafiq memerintah Sarawak'. Agak-agaknya, orang Melayu/Melanau/Kedayan boleh terima ke alasan begitu? Semestinya tidak!

Keputusan yang memberangsangkan PBB, yang memenangi semua kerusi dan berjaya menambahkan majoriti terutama di DUN majoriti Melayu/Melanau, kecuali 4 DUN yang dipertandingi oleh PAS, menunjukkan ketakutan itu memang wujud. Perlu diingat, Islam adalah golongan minoriti di Sarawak. Maka mahu tidak mahu, Bumiputra Islam di Sarawak terpaksa mengekalkan Taib Mahmud yang memang dibenci oleh mereka untuk tidak mahu Islam pula yang akan dipertaruhkan daripada tanah dan kekayaan mereka.

Jika BN menang, orang Melayu/Melanau akan kekal menjadi KM, dan jika PR menang, orang Ulu Kristian akan menjadi KM. Terus-terang kepada yang membaca, jika anda semua berada dipihak Bumiputra Islam yang akan mengundi, siapa yang akan kamu undi?

Jangan anggap ini isu remeh, jangan anggap ini isu temeh. Keputusan menamakan Baru Bian sebagai KM PR bagi Sarawak adalah satu keputusan yang menyusahkan PAS dan PKR untuk memenangi kerusi di Sarawak. Mungkin ada isu lain yang menyebabkan kekalahan PR, dan memang ada isu lain. Namun hamba ingin mengetengahkan isu ini kerana BANYAK isu Pakatan Rakyat yang dilihat oleh orang Melayu tidak mesra Melayu.

PAS mesti tegas dalam isu ini. Ketegasan untuk meraih semula undi Melayu yang semakin susut adalah satu keutamaan yang sepatutnya PAS lakukan. Jangan HANYA menumpukan isu-isu berkaitan kebaikan bersama,tetapi PAS perlu juga mengetengahkan isu yang khusus untuk kepentingan orang Melayu.

Pelik lagi ajaib, sekarang ini jika bercerita berkenaan kepentingan orang Melayu, maka ada suara-suara yang mengatakan ianya adalah satu perkara rasis dan perlu dihentikan dengan serta merta. Tetapi jika ianya berkaitan dengan isu kaum Cina dan terutama India, ianya berkaitan dengan isu kesaksamaan. Ini satu cerita yang tidak betul dan PAS wajib memperbetulkannya.

Jangan pula menganggap, memainkan isu Melayu ini tidak berlandaskan Islam. Siapa kata begitu? PAS bukannya perlu memainkan isu ketuanan Melayu, tetapi PAS perlu memperjuangkan HAK orang Melayu di Bumi Tanah Melayu ini. Isu-isu Melayu yang berkaitan dengan Islam yang dahulunya PAS adalah juara, mengapa perlu disenyapkan pula? Isu kepentingan Melayu yang ada hubungkait dengan Islam adalah satu perkara biasa kepada PAS, jadi mengapa hendak kekok setelah bersama dengan PR?

Jangan terlepas isu Melayu kepada umno. Nanti PAS akan gigit jari untuk menang lagi....

Sabtu, April 16, 2011

BETING MARO KALAH. PELIK DAN AJAIB..MUNGKIN AKAN MEREBAK KE SELANGOR?

Keputusan penuh belum lagi diperolehi. Namun hamba sudah tidak berapa wahi untuk melihat keputusan PRN Sarawak. Perasaan kecewa tetap ada kerana Beting Maro kalah. Kalah yang pelik lagi ajaib.

Tempat yang dulu menang, kalah, tempat yang dulu kalah, menang. Apa sebenarnya cerita dengan UPU SMK Beladin? Dahulu (PRN 2006) PAS menang, namun sekarang PAS kalah. Dahulu UPU SMK Beladin semua saluran menang, dari 1 hingga 6, namun PRN 2011, semua UPU kalah, kalah teruk.

Pusa boleh menang pula semua saluran, sedangkan dahulu (2006) Pusa semua saluran kalah. Apa cerita ini sebenarnya? Tidak mungkin PAS Beting Maro dan PAS Kelantan tidak menumpukan langsung kepada Daerah mengundi Beladin. Lihat di sini.

Hamba cuma risau, orang Beladin termakan kempen BN jika PR menang, orang bukan Islam jadi Ketua Menteri. Ini yang hamba tidak suka ini.

Melihat kepada kemenangan kebanyakan calon PBB bumiputra Islam yang meningkat majoritinya, hamba yakin, ketakutan bumiputra Islam untuk mendapat KM baru yang dilaung-laungkan oleh DAP dan PKR iaitu Baru Bian menyebabkan pengundi Melayu/Melanau bertungkus lumus memenangkan calon PBB. Perkara ini nampak dengan jelas

Jika benar perkara ini berlaku, dan sebagai orang politik, mesti berfikiran yang paling teruk akan berlaku, maka PAS di Selangor juga akan bermasaalah untuk mengekal dan juga menang lebih banyak kerusi. Isu ketuanan Melayu, arak dan judi akan dimainkan UMNO.

Politik liberal dan 'meminggirkan' Melayu oleh PKR Selangor akan digunakan umno seguna-gunanya. Mulut PAS yang selalu 'terkunci' jika ianya ada hubung kait dengan Melayu menyebabkan orang Melayu Selangor akan berasa PAS tidak mampu untuk menjaga hak mereka. Ini yang sedang berlaku di Selangor walau Pakatan Rakyat menafikannya.

PAS perlu sedar, PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu. Majoritinya di kawasan kampung. Jika di bandar seperti di kawasan Gombak, Ampang, Selayang dan Kelang, PAS tidak mempunyai masalah untuk menang insyaAllah. Namun, kerusi di Sepang, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Banting dan Hulu Langat, ianya adalah satu kawasan orang Melayu yang tradisinya penuh dengan sentimen keMelayuan. Maka PAS mesti menjaga pengundi Melayu di sini.

Walau pengundi Melayu memang tahu UMNO itu tahi arak dan judi, namun UMNO dengan kepandaian 'spin' cerita dengan menggunakan media yang dikuasainya, maka kemungkinan besar orang Melayu akan termakan cerita spin umno itu.

Oleh itu berwaspadalah PAS. 8 kerusi Selangor mungkin akan terlepas....

KEPUTUSAN TERKINI PRN SARAWAK AROUND THE BLOG

(JAM 10.09MLM)
HAMBA RINGKASKAN SIAPA MENANG BERAPA KERUSI......



Contested
Won
PBB 35 35
SUPP 19 6
PRS 9
8
SPDP 8
6
.
DAP 15 12
PKR 49 3
PAS 5 0
.
PCM 6 0
SNAP 26 0
IND 41 1

PR BOLEH MENANG LEBIH 2/3 KERUSI JIKA BORANG 14 TIDAK DITIPU.

Hari ini hari mengundi. Rakyat Sarawak akan mengundi pemimpin yang akan mewakili mereka di DUN Sarawak. Rakyat Sarawak sedang memilih siapakah individu yang akan digajikan untuk memasuki Dewan Undangan Negeri bagi mewakili sekumpulan manusia yang dikelompokkan oleh pihak SPR dengan persetujuan ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur. Pelik sistem demokrasi Raja Berpelembagaan ini.

Banyak cerita-cerita, gosip-gosip dan andaian-andaian dibuat oleh manusia yang suka buat cerita-cerita politik pilihanraya ini. Ada cerita gambar-gambar betapa ramainya manusia mendengar ceramah DAP, gambar-gambar poster sekitar Sarawak dan andaian siapa menang banyak kerusi, siapa yang menang sedikit kerusi.

Ada kata BN menang 52 kerusi, ada kata 42 kerusi ada kata 24 kerusi dan ada kata semua kerusi. Berdasar apa mereka berkata demikian, hamba tidak tahu.

Ada pula yang kata PR akan menang besar kerana sambutan luar biasa rakyat Sarawak pergi mendengar ceramah, itu juga hamba sungguh musykil akan ketepatan firasat itu.

Mungkin BN akan kekal 2/3 kerusi majoriti, mungkin PR akan dapat lebih 1/3 kerusi dan mungkin juga PR akan dapat lebih dari 1/2 kerusi di DUN Sarawak. Semua itu berkemungkinan. Hamba juga yakin, PR boleh memperolehi lebih 2/3 kerusi seperti mana berlaku di Terengganu pada PRU10 dahulu, jika SNAP akan bersama PR lagi.

Namun ada satu perkara yang hamba tidak bersetuju langsung jika ada orang mengatakan, semalam sebelum jam 12 tengah malam adalah acara Grand Finale untuk kerja PRN Sarawak ini. Ianya kenyataan yang SALAH lagi songsang!

Sudah berapa kali hamba mengatakan, SETIAP individu petugas Pakatan Rakyat tidak boleh berehat sehingga SPR mengumum siapakah pemenang didalam satu-satu DUN yang dipertandingkan. Selepas diumum, korang hendak tidur kah, baringkah atau makan besarkah, itu korang punya pasal.

Namun, selepas jam 5.30petang, selepas undi ditutup, maka sebenarnya, inilah PERMULAAN PEPERANGAN YANG MENENTUKAN KEMENANGAN!

Perang kira kertas undi. Perang memiliki Borang 14. Perang dengan Ketua Tempat Mengundi yang menjadi agent BN.

Memang benar bukan semua KTM itu jahat, tetapi dari beribu-ribu saluran, mesti ada lebih dari 100 KTM yang menjadi KTM ajen BN. Jika satu tempat mengundi ada 2 saluran, salah satu PASTI akan diletak seorang ajenBN sebagai KTM. Jika ada 4 saluran, mungkin ada 1 atau 2. Maka ketika inilah akan bermulanya peperangan yang akan menentukan siapa kalah, siapa menang, BUKANNYA siapa yang dapat lebih banyak undi. Ada faham?

Sebab itulah hamba tidak berapa yakin, PR akan menang walaupun yang hadir dalam ceramah PR adalah 50,000 orang sekalipun. Ianya telah berlaku pada Terengganu pada tahun 2004. Sokongan rakyat Terangganu adalah lebih 60% menyokong PAS, namun kerana daftar undi yang dibuat SPR, menambahkan 100,000 pengundi baru yang wujud pada kertas padahal ianya memang pengundi BN dari seluruh Malaysia dipusatkan ke Terangganu, maka Terengganu kalah, kerana penipuan!

Namun hamba yakin, BN dan SPR tidak sempat untuk menipu daftar undi untuk negeri Sarawak kerana mereka tidak menyangka sokongan rakyat yang terlalu kuat kepada PR. Tetapi mereka PASTI akan tipu borang 14.

Hendak tahu semasa PRK Hulu Selangor, berapa nilai sehelai borang 14 yang dipegang oleh Counting Agent Pakatan Rakyat. Nilainya adalah RM10,000. Ya, RM10,000. Dan hamba ada memegangnya untuk dibawa kepada wakil PR untuk dikumpulkan dipusat kumpulan borang 14 sebanyak 2 helai. RM20,000.

Mungkin ada 1500 saluran untuk 71 DUN pada PRN Sarawak ini. Dan semestinya ada lebih kurang 15oo Counting Agent PR di seluruh Sarawak sekarang ini. Harap jangan ada seorang pun yang akan dibeli oleh BN untuk menjual borang 14 pada malam nanti.

Jika kesemua borang 14 tidak ditipu oleh BN dan SPR, maka hamba cukup yakin, Pakatan Rakyat dapat memenangi lebih 2/3 kerusi DUN Sarawak. Hamba yakin!

Jumaat, April 15, 2011

AWAS! PR AKAN KALAH KERANA BORANG 14 JE..

Esok hari mengundi. Orang Sarawak akan mengundi esok. Menangkan PR, BN atau Snap, semua ditangan orang Sarawak yang layak mengundi. Semasa kempen, suasana menunjukkan bahawa sokongan Pakatan Rakyat adalah melebihi dari sokongan BN dari segi luaran dan sambutan kempennya.

Jika pilihanraya ini diadakan di Jerman, memang sah PR akan memerintah Sarawak. Namun, disini bukannya Jerman, tetapi Malaysia. Pilihanraya di Malaysia adalah Pilihanraya yang penuh dengan penipuan. Penipuannya begitu licik. Ianya tidak jelas, tetapi kepada mereka yang tahu selok belok pilihanraya di Malaysia, ianya pasti akan berlaku dan jika ianya berlaku, ianya boleh menjadi sah mengikut peraturan SPR. Gila bukan pilihanraya Malaysia ini.

Apa yang hamba nampak sekarang, BN PASTI akan menipu cara SAH mengikut undang-undang SPR. Tempat-tempat yang akan mereka tipu adalah tempat mengundi di pedalaman Sarawak.

Mulanya, ingin dipastikan, adakah PR mempunyai petugas PACA di saluran-saluran tempat mengundi di pedalaman Sarawak? Harap SEMUA saluran di 71 tempat mengundi ada mempunyai petugas PACA. PACA itu adalah Poling Agent Counting Agent.

Anda semua tahukah, bagaimana caranya sistem pilihanraya kita ini berjalan? Ianya senang sahaja. Mari hamba tunjukkan serba ringkas.

Setiap DUN, ada tempat-tempat mengundinya. Selalunya SPR menggunakan bilik sekolah dan juga dewan orang ramai sebagai tempat mengundinya. Satu-satu tempat mengundi, mungkin ada 1-4 saluran. Jika satu tempat mengundi itu ada 1000 orang pengundi, maka SPR akan membuat 2 saluran mengundi, atau 2 bilik darjah untuk dijadikan tempat mengundi saluran 1 dan 2.

Saluran 1 adalah untuk saluran orang tua. Maksimum jumlah saluran 1 adalah 350 orang sahaja. Maka untuk contoh ini, saluran 1 ada 350 pengundi dan saluran 2 ada 650 pengundi.

Jadi, dalam setiap saluran, perlulah ada petugas PACAnya. Paling cantik, ada 4 orang yang diberi tugas 1 saluran. Setiap petugas diberi 2 jam bertugas sebagai Poling Agent dan orang awal masuk sebagai petugas akan kembali bertugas untuk sejam terakhir waktu mengundi dan terus menjadi Counting Agent.

Apa yang berlaku sebenarnya didalam satu-satu tempat saluran mengundi?

Hamba akan cerita secara kasarnya. Dari jam 8pagi hingga 5 petang, akan berlakulah hari mengundi. Waktu ini, penipuan yang berlaku tidak terlalu banyak. Cumanya ianya telah berlaku sebelum pilihanraya lagi semasa daftar mengundi. Perkara itu hamba tidak mahu sebutkan disini kerana ianya adalah satu isu lain. Mungkin akan berlaku yang kecil-kecil ialah orang mati mengundi, pengundi undi dua kali, pengundi bawa masuk lebih 1 kertas undi ke dalam kotak undi dan pengundi mengundi untuk orang lain.

Semua kita selalu nampak didalam iklan-iklan TV, kotak undi SPR yang lutsinar. Namun ramai kita tidak tahu penipuan yang terbesar bukanlah kepada kotak undi itu, tetapi kepada satu borang dan satu sampul. Borang itu adalah borang 14 (sebenarnya ada banyak lagi borang yang boleh ditipu) dan sampul 7.

Apa itu borang 14 dan sampul 7?

Borang 14 adalah borang hidup matinya calon yang bertanding, khasnya PR. Borang 14 ini adalah borang yang perlu disimpan dan digenggam semati-matinya oleh setiap petugas CA untuk memastikan kemenangan calon PR.

Mengapa borang 14 penting?

Borang 14 ini adalah sebenarnya bernama 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'. Selepas pengiraan undi selesai, misal contoh BN dapat 210 undi dan PR dapat 300 undi, maka jumlah undian itu perlu dicatit ke dalam borang 14.

Borang 14 juga akan diisi maklumat-maklumat yang penting seperti;
1) Kedudukan tempat mengundi (Tempat pengundi)
2) Tempat mengundi No. (Saluran)
3) Nombor Kod Daerah Mengundi (Kod DUN)
4) Bahagian Pilihanraya (Nama DUN)
Semua diatas, maklumatnya telah diberi kepada PACA sebelum hari mengundi. Jadi JANGAN salah isi maklumat diatas.

Maka, setelah mengetahui bilangan undi setiap calon, maka perlulah WAJIB diisi dalam 2 borang 14. BUKAN 2 salinan borang 14, tetapi 2 borang asal. Satu untuk milik Ketua Tempat Mengundi (KTM), iaitu orang SPR yang menjadi ketua dalambilik saluran itu dan satu lagi untuk CA Pakatan Rakyat. Bagi pihak BN, mereka inginkan atau tidak inginkan borang 14, itu mereka punya pasal.

Borang 14 itu perlulah diisi dengan nama calon seperti dicetak dalam kertas undi dan bilangan pengundi yang telah diundi. Dalam contoh ini. PR 300, BN 210. Bilangan undi ditolak juga akan diisi dalam borang 14 ini bersama-sama dengan maklumat Jumlah kertas undi dalam peti dan jumlah kertas undi yang dikeluarkan tetapi tidak dikembalikan.

Setelah diisi dengan betul, maka borang itu WAJIB ditandatangani oleh KTM dan juga CA PR. Kedua-dua borang! WAJIB tandatangan. Jika KTM tidak tandatangan, maka BN akan menang.

Selepas itu, borang 14 milik KTM akan dimasukkan ke dalam Sampul 7. Sampul 7 akan ditutup dan CA PR perlu COP dan tandatangan pada sampul itu. Ini WAJIB, kerana disinilah penipuan akan berlaku.

Borang 14 milik CA PR perlulah dipegang dengan semati-matinya dan bawa borang itu ke tempat pusat penjumlahan undi dan serahkan kepada wakil calon untuk disimpan(atau sesiapa yang dipertanggungjawabkan oleh parti). Dan CA PR jangan terus balik tidur, anda perlu berada di tempat pusat penjumlahan undi itu.

Apa itu tempat penjumlahan undi?

O.K, begini, proses pengiraan undi mulanya akan dikira selepas jam 5.00 petang. Lebih kurang jam 5.30ptg, maka proses pengiraan akan berlaku di bilik saluran itu sendiri. Disinilah proses pengiraan sebenar satu demi satu kertas undi berlaku.

Selepas itu, kesemua kertas undi undi akan dimasukkan kedalam sampul (Nombor hamba sudah lupa) dan akan di'seal', ditutup! Sampul ini tidak akan dibuka selama-lamanya kecuali ada 'permohonan' dalam mahkamah. Jika tiada, ianya aka dibakar. Tempoh lamanya disimpan hamba sudah lupa. Maka tiada isu orang akan tahu kita undi siapa.

Jumlah undi yang diterima akan diisi dalam borang 14. Borang 14 akan masuk kedalam sampul 7. Kesemua sampul-sampul dan kotak lutsinar itu akan dibawa ke tempat penjumlahan undi. Selalunya, SPR akan menjadikan Dewan Majlis Daerah sebagai tempat penjumlahan undi.

Di tempat penjumlahan undi, cara pengiraan penjumlahan undi adalah dijumlahkan maklumat didalam borang 14. Ya! Jumlah undi yang selalu dibuat siaran langsung di TV adalah menjumlahkan nilai-nilai angka didalam borang 14, kertas undi TIDAK diusik langsung.

Jadi nampakkah anda sekelian betapa senangnya BN hendak menipu dalam pilihanraya. Tipu borang 14, dan tipu sampul yang membawa borang 14 itu, sampul 7.

Jika KTM tidak tandatangan borang 14 milik CA PR, maka kita di pihak PR tiada bukti untuk menunjukkan borang 14 yang sebenar dicatit dalam bilik saluran. Ada nampak kawan-kawan.

Jika kita tidak ada borang 14 yang lengkap ditandatangani KTM, maka dengan senang Borang 14 yang BARU akan ditulis oleh sesiapa sahaja didalam SPR untuk menipu JUMLAH UNDI DITERIMA pada saluran itu. Jika Sampul 7 juga tidak ditandatangani oleh kita, makakerja SPR akan lebih senang, terus buat sampul 7 yang baru didalamnya sudah diisi dengan borang 14 yang baru.

Masih ingat PRK Pendang, Kedah. Sebenarnya PAS MEMANG sudah menang, tetapi PAS kalah kerana ada 3 borang 14 tidak diperolehi oleh CA PAS. Ya, 3 saluran sahaja.

Hendak tahu bagaimana SPR akan tipu borang 14. Selalunya, borang 14 itu tidak ditukar, ianya akan sama dengan borang 14 yang telah ditandatangani oleh CA PR, apa yang akan ditukar adalah nombor angka didalam borang 14 itu.

Contoh disini, SPR akan dengan mudah akan menukar PR 300, BN 310 dalam borang 14 itu, BN naik 100 undi, PR kekal dan jumlah undi meningkat. Nampak tidak, jika keluar mengundi adalah lebih 80-85%, BN akan menang.

Nampak tidak senangnya hendak menipu didalam sistem pilihanraya di Malaysia. Memang betul-betul cap ayam.

Oleh itu wahai petugas-petugas PR,JANGAN BEREHAT sehingga pengumuman kemenangan dari pihak SPR, jika tidak, sia-sia sahaja berkempen selama 10 hari itu, BN tetap akan menang juga.

Selasa, April 12, 2011

SEPUPU HANTAR GAMBAR DARI MIRI.

Tadi sepupu hamba email hamba. Dia bagi 3 gambar terkini di Miri. Sepupu hamba ini seorang peguam untuk syarikat Petronas. Bukan main tidak puas hati lagi sepupu hamba itu PAS tidak jadi bertanding satu kerusi DUN di Miri. Ganti dengan PKR. Maklumlah, sudah lama tidak nampak lambang bulan di negeri orang. Dulu di Shah Alam, kampung Setiawan, Perak, kampung Tah di Kuala Kangsar, Kota Lama Kiri, betul-betul di tapak loji ayor.

Tup-tup, ke Sarawak pula. Abang beliau seorang ada di Bintulu, kerja pegawai LHDN.



Hah! BN memang penyapu duit rakyat!



Banyak benor tulisan tak faham. Baik BN atau DAP, cuma satu banner sahaja yang faham,.. tolak BN....



Tempat pelantar. Dia baru balik dari sini semalam. Kena undi pos ke pekerja di sini?

NASIHAT PENTING KPD SEMUA PETUGAS PR.

Hamba tidak kecapaian untuk ke Sarawak. Satunya kerana kewangan yang tidak kesampaian, keduanya menjaga cuti kerja untuk disimpan pada PRU 13 nanti dan ketiganya Mesyuarat Agong Kawasan yang akan diadakan pada 17 April ini.

Cumanya hamba hendak berpesan kepada seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat agar jangan berhenti kerja walau satu saat sehingga pengumuman kemenangan oleh pihak SPR.

Dari pengalaman hamba, ramai petugas akan hilang dan berehat setelah jam 5 petang hari mengundi. Iaitu selepas tutupnya masa pengundian. Tugas kemudiannya hanya akan diberikan kepada Counting Agent.

Sebenarnya perkara ini adalah salah dan tidak betul. Sepatutnya, ketika inilah semua petugas PR perlu 'Alert' dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas yang maha besar.

Apakah tugas yang maha besar itu?

Tugasnya ialah menjaga kertas undi sejaga-jaganya sehingga sampai ke pusat penjumlahan undi dan juga menjaga pintu pagar tempat mengundi jika ada apa-apa yang berlaku didalam tempat mengundi.

Apakah yang mungkin akan berlaku ditempat mengundi?

Kemungkinan Counting Agent (CA) akan bermasalah dengan Ketua tempat mengundi (KTM), maka keperluan petugas untuk bersedia diluar adalah amat mustahak.

Misal kata CA tidak dapat menerima borang 14 daripada KTM, maka adalah menjadi tanggungjawab CA untuk memberitahu pihak petugas diluar tempat mengundi agar bersedia untuk menutup pintu pagar tempat mengundi.

Petugas adalah bertanggungjawab beramai-ramai mengunci tempat pagar mengundi agar rombongan SPR tidak boleh keluar dari tempat mengundi untuk ke pusat penjumlahan undi SEHINGGA KTM itu menyerahkan borang 14 dan yang ditandatangani oleh KTM.

Percayalah, pihak polis akan masuk campur, tetapi petugas JANGAN risau dan mengalah, kerana ketika ini, ianya adalah urusan SPR dengan wakil calon yang bertanding iaitu, petugas PACA dan petugas yang menjagai tempat luar mengundi. Percayalah, polis pun sebenarnya tahu mereka tiada kuasa jika ianya berkaitan dengan SPR.

Sesudah pihak SPR dibenarkan keluar, maka sarung undi yang dibawa oleh pihak SPR untuk ke tempat penjumlahan undi mestilah diikuti sehingga sampai ke sana untuk memastikan jika ada berlaku pengiraan semula, maka penipuan tidak akan berlaku.

Perlu diingat! Di tempat penjumlahan undi, mereka menjumlahkan undi hanya pada berdasarkan apa yang dicatit didalam borang 14. Maka adalah kewajiban petugas PR untuk menjaga borang itu semati-matinya.

Ingatlah, tugas berkempen untuk menang bukan hanya sehingga hari mengundi, tetapi sehingga pengumuman kemenangan dari pihak SPR. Anda semua petugas PR adalah diharamkan untuk berehat sebelum pengumuman ini dibuat oleh SPR. Ingat! Jika tidak, PASTI PR akan kalah dan sesia sahaja kerja anda sekelian selama 10 hari itu.

Ahad, April 10, 2011

BUKAN BARU BIAN, TAPI ABANG MAT SEPATUTNYA JADI KM.



Baru sahaja habis membuat Laporan Mesyuarat Agong PAS Cawangan. Setelah ditangguh-tangguh, akhirnya kuatkan azam untuk menghabiskan hari ini. Boleh terus hantar kepada Kawasan untuk dibawa ke ROS. Mesyuarat Agong PAS Kawasan 17 nanti. Jadi atau tidak wallahualam? Semalamnya adalah hari mengundi. Ada tidak otai-otai Kawasan di Semenanjung?

Setelah kerja-kerja kesetiausahaan untuk cawangan ini sudah siap, barulah hamba berahi sedikit hendak bercerita tentang PRN Sarawak ini.

Boleh atau tidak Pakatan Rakyat akan menang? Hamba jawab, DAP boleh menang besar, namun PAS dan PKR ada susah sikit. Mengapa hamba berkata demikian? Kerana pencalonan Baru Bian untuk KM Sarawak jika PR menang menyusahkan PAS dan PKR sendiri.

Hamba berasa PR telah membuat kerja yang kurang cerdik menamakan Baru Bian untuk menggantikan Taib Mahmud sebagai KM. Memang kerja gelojoh dan tidak berbincang langsung dengan parti-parti komponen yang lain, iaitu PAS.

PAS akan terperangkap untuk menjelaskan kepada pengundi Melayu/Melanau di 5 DUN yang PAS akan bertanding terutama kepada golongan saluran 1. BN/PBB akan gunakan semaksima yang mungkin untuk digunakan isu KM kafir akan perintah Sarawak jika undi PAS dan PKR. Nampak gaya hanya DAP yang akan beruntung dari pencalonan Baru Bian ini.

Cara jawapan Menteri Besar Perak yang sah, iaitu Ir Nizar dari soalan wartawan Malaysia Kini juga menampakkan rasa gelisah dari Ir Nizar tentang pencalonan Baru Bian sebagai KM. Ianya terlalu awal dan terlalu membebankan calon Islam Pakatan Rakyat untuk berkempen kepada pengundi Melayu Melanau.

Perkara membebankan rakan untuk keuntungan diri sendiri adalah sudah terbiasa oleh pihak DAP. Banyak perkara yang menyusahkan rakan-rakan PR selalu dilakukan oleh DAP untuk menarik undi bagi menyokong mereka. Isu arak dan judi adalah sudah terbiasa oleh DAP mengguris parti Islam dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS.

Beting Maro, satu kawasan yang PAS ada peluang, perlu dikuatkan jenteranya bagi menangkis dan terus menyerang BN dengan isu KM bukan Islam ini. Isu di Perak, perlu dijelaskan kepada pengundi. Tidak semesti parti yang sedikit menang tidakboleh menjadi Ketua Menteri. Artikel-artikel bercetak perlu diberi kepada setiap rumah yang mengundi di Beting Maro.

PAS sepatutnya berkempen agar Abang Hensem menjadi ketua menteri jika PR memerintah. Seorang yang terpelajar, muslim yang baik dan muda bertenaga. Barulah Melayu/Melanau akan buka mata untuk menyokong PAS dan PKR.

Jika PAS dan PKR hendak menang besar, gunakan isu ini, Abang Mat adalah KM Sarawak jika PR menang. InsyaAllah, DAP Menang semua kerusi, PAS menang semua kerusi, PKR akan menang di tempat yang bercampur dan sedikit di DUN Iban dan SNAP akan menang sedikit di tempat Iban.

Bukan Baru Bian, tetapi Abang Mat Hensem!

Sabtu, April 09, 2011

SUDAH-SUDAH LAH ITU INDIA....

Baru makan kuew teow Doli. Sedap juga. Lepas kenyang, tengok siaran langsung bola. Adoi, Selangor kalah la. Dengan T Team. Sedih, sedih. Kemudian, akibat kebosanan melihat kekalahan Selangor, hamba melayari internet.

Terbaca cerita ini, (Penulis dakwa buku sejarah berat sebelah), amboi, apa punya cerita pula siBenggali India ini mahu cerita?

Kecondongan dan berat sebelah terhadap bangsa Melayu dan Agama Islam dalam buku sejarah Malaysia? Apa kes? Apa masalah? Ada tipu ke itu sejarah? Ada kesalahan ke kecondongan dan berat sebelah itu?

Tidak siuman, itulah ungkapan hamba kepada si pengadu tentang sejarah Malaysia. Hendak menafikan bahawa Tanah Melayu dahulu adalah tanah Melayu? Hendak menafikan bahawa Nusantara adalah pusat pengembangan Islam di Asia Tenggara. Amboi sepapan manusia ini, kepala sudah masuk air kah?

Ramjit Singh Malhi? Apa yang kamu hendak perjuangkan? Masukkan peranan agama lain di Tanah Melayu? Apa dia? Penjajah membawa masuk agama Kristian? Portugis menyerang Melaka kerana dendam kepada Islam?

Mamak India yang memporak perandakan Kerajaan Melayu Melaka? Peranan Kristian Inggeris mendaruratkan Malaysia kerana Hizbul Muslimin hendak menjadikan Tanah Melayu sebuah pentadbiran Islam? Mengumnokan orang Melayu agar gerakan politik Islam dapat dibeku di Tanah Melayu dari memerintah dengan perlaksanaan hukum Al-Quran dan Sunnah?

Minta maaflah saudara. Siapa yang bercakap benar? Siapa yang hendak glamer sebenarnya. Spesis meneguk di air keruh, hamba kenal sangat.

KATAK TIADA AKAL. MENGHINA MUSLIMAT ISLAM PULA.

(UNGKAPAN DIGUNAKAN ADALAH KASAR, BUDAK BAWAH UMUR JANGAN BACA)



Melampau, kurang ajar, biadap dan bodoh. Itulah dia Ibrahim Ali @ katak. Seorang manusia yang tidak tahu malu, tidak sayang mulut, munafiq, hipokrit dan pengamal politik kotor yang telah dilahirkan di bumi Kelantan. Hamba berasa simpati terhadap orang Melayu kerana keburukan perangai manusia yang seekor katak ini.

Hendak tahu mengapa hamba berasa sungguh jijik dengan katak ini? Sila baca ini ( 'Isteri abai tanggungjawab punca hubungan sulit') dan kemudian baca ini (Layan suami: PERKASA pertahan Ibrahim Ali)

Apabila hamba terpandang tajuk akhbar internet MalaysiaKini ' Isteri abai tanggungjawab punca hubungan sulit', hamba berasa musykil lagi pening, apa punya manusia sanggup meluahkan kata-kata itu? Apabila terbaca, maka terpampang wajah sikatak. Aduh... masih belum bertaubat sepapan amfibia ini?

Menuduh 100% meletakkan kesalahan isteri apabila suami curang adalah satu tuduhan yang jahat. Ianya serupa satu fitnah yang dilemparkan kepada seluruh muslimat Islam di seluruh dunia. Sikatak itu perlu tahu, mulut yang menyebut ayat durjana itu, bukan hanya akan dituju kepada isteri Anwar, tetapi ianya akan dituju kepada seluruh muslimat di seluruh dunia.

Ianya akan dituju kepada emak sikatak, isteri sikatak, anak perempuan sikatak, anak saudara perempuan sikatak dan juga kepada nenek sikatak sekalipun! Tidak pernah terfikirkah sikatak ini apabila hendak bercakap? Atau memang sikatak ini akalnya tiada?



Kemudian apabila SU Agong Perkasa, Syed Hassan mempertahankan sikatak, ianya menambahkan kebodohan akal anggota Perkasa yang sememangnya akal tidak kecapaian.

"Kalau dilihat, soalan YB Pasir Mas itu adalah ditujukan kepada wanita Islam, bukan seluruh wanita di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Amboi? Jika wanita Islam takpe pula dihina semacam rupa? Jika wanita seluruh dunia, baru ungkapan itu salah? Apa punya akal tidak kecapaian SU Agong Perkasa ini?

"Apa pun kenyataan yang Datuk Ibrahim buat dalam Dewan Rakyat itu adalah sesuatu yg dianjurkan oleh Islam. Semua orang Islam tahu hal ini dan tiada siapa di kalangan umat Islam boleh nafikannya," katanya.


Ini lagi satu ayat yang menggunakan akal tapak kaki. Jika ya pun hendak membodek bos, janganlah mengfitnah Ad-Din Islam! Apa kurang waras mamat keturunan Arab ini? Menghina dan mengfitnah muslimat Islam adalah dianjurkan oleh Islam? Syaitannya mulut kamu! Semua orang Islam tahu hal menyalahkan isteri jika suami berzina? Apa Iblisnya mulut kamu!

Syed ini buat-buat tak tahu ataupun memang tidak tahu ungkapan beliau adalah ungkapan yang memfitnah Islam sebagai agama dusta, menyalahkan wanita jika suami buat dosa. Ungkapan kamu ini adalah ungkapan sesat dan menyesatkan dan boleh dihukum kerana menyampaikan ajaran sesat yang tiada kena mengena dengan Islam tetapi menuduh ianya adalah Islam.

Diharap pihak Agama dapat menangkap mamat keturunan Arab ini atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat.

Jikalaulah di Malaysia ini tiada undang-undang, sudah lama hamba akan pergi berjumpa si katak dan su agong katak, dan hamba akan humbankan mereka dari tingkat 13 Plaza Masalam jatuh ke bawah, agar mereka berdua dapat melihat, kehidupan sebenar yang mereka akan lalui di akhirat nanti.

Hamba cukup angin sekarang ini.......

Jumaat, April 08, 2011

INFLASI DI MALAYSIA SUDAH PARAH; RM 50, SUSU ANAK PUN TAK LEPAS

Pagi tadi hamba ke Tabung haji. Keluarkan kewangan yang tidak kecapaian untuk bulan ini. Hamba keluarkan RM400. Sebelum ambil anak di PASTI, singgah ke pasar, beli ayam. Hamba tidak mahu beli ayam pada hari Sabtu dan Ahad, kompem RM8 sekilo.

RM6.80 sekilo. Hamba beli seekor. Boleh makan 2-3 hari. RM13 tokey ayam Melayu itu baritahu harganya. 'Esok berapa pulak harganya? RM8 sekilo ke?', tanya saya berseloroh dengan tokey ayam itu. 'Adoi bang, saya pun tak tau lah nak cerita. Pening kepala dibuatnya. Pelanggan dah pening kepala, saya yang jual ni pun pening kepala.' jawab beliau dengan keluh kesah.

Sesudah beli ayam, hamba beli soto 2 bungkus. Sebelum Jumaat, makan soto. Sedap nih.

Setelah ambil anak dari PASTI, tiba-tiba anak bertanya berkenaan janji ayah dia hendak belikan pensil warna yang panjang dan banyak. Adoi... hamba lupa pula sudah berjanji kepada anak hamba yang sulong ini untuk belikan pensil warnanya. Janji mesti dikotakan.

Hamba terus ke kedai buku untuk membeli pensil warna. 'Jannah hendak yang mana? Yang swan ke, faber castel ke? Yang mana?', tanya hamba. 'Nak yang iniiii..', sambil jarinya menunjuk kepada pensil warna 'Princess'. Ada 24 batang semuanya. Harga, RM9.90. Hamba ambil satu.

'Iman?' tanya Jannah. Menyebut nama adik dia. Bermaksud takkan kakak seorang sahaja yang dapat, adiknya pun mesti hendak juga. Hamba ambil 2. RM19.80.

Tidak sampai setengah jam, RM50 habis. Tinggal RM350. 25 haribulan lama lagi....

Hendak ke masjid untuk solat Jumaat, isteri hamba kata susu anak sudah habis. Susu Iman dan Mohammad, dua-dua habis. 'Nanti abang beli susu anak-anak ya. Lepas solat nanti beli le...' isteri hamba memberitahu. 'ye leeee', hamba menjawab.

Setelah bersolat Jumaat, terus ke kedai ubat Cina, beli susu anak. Susu iman RM59.90, susu Mohammad RM28.50, tin kecil. Hamba beli sikit air minum dan kacang, semuanya RM93.70. Hamba keluar seratus, tokey kedai pulang balik RM6.30. Adoi.....

On sahaja kereta untuk pulang ke rumah, minyak kereta pula sudah menyala. Pergi ke Shell, isi RM50. Tinggallah RM206.30 dalam poket baju Melayu. RM200 sahaja tinggal, dalam masa tidak sampai 3 jam.

Kecilnya nilai duit sekarang ini. Nilai RM100 sekarang ini seperti nilai RM20 semasa zaman awal 90-an dahulu. Tak tahulah, inflasi di Malaysia ini sudah mencapai tahap yang gaban ke?

Khamis, April 07, 2011

GAMBAR CALON2 PAS DI PRN SARAWAK 10 NANTI.



Calon-calon PAS yang akan bertanding di PRN Sarawak nanti. InsyaAllah, semuanya akan menang. Takbir!! Allahuakbar!

TUTUP KONSPIRASI, PENOLONG PEGAWAI KASTAM MATI.

Mati lagi seorang. Dengan tatacara yang hampir sama. Jatuh dari bangunan. Cumanya tinggi bangunan ini tidak setinggi di Plaza Masalam dahulu. Keadaan pun hampir sama. Ada hubungkait dengan siasatan berkenaan rasuah. Pelik, tetapi benar.

Semenjak menjadi Suruhanjaya, SPRM ini seperti satu badan yang serba haru biru berbanding semasa ianya hanya dinamakan Badan, BPR. Hamba melihat, ketika ianya masih BPR, pegawai-pegawainya masih lagi 'mesra alam' dan tidak berlagak ego.

Tetapi, apabila telah bertukar menjadi Suruhanjaya, maka pegawai-pegawai lama seperti dikebelakangkan dan didepankan dengan pegawai-pegawai baru yang nampak macam lebih sudu dari kuah. Sifat mesra alam yang selama ini ada pada pegawai-pegawai lama, tidak kelihatan kepada pegawai-pegawai baru.

Namun, untuk kes Kastam ini, hamba tidak berapa berkenan untuk membuat cerita. Kerana Kastam ini adalah memang tempat lubuk percambahan rasuah lebih teruk dari polis.

Sesiapa yang bekerja di Jabatan Kastam yang tidak berpegang dengan tahi rasuah, maka orang itu akan dianggap pelik dan sumbang di Jabatan itu. Namun, kes kematian penolong pegawai Kastam yang tidak lama lagi hendak berpencen ini adalah satu kes yang sungguh memeningkan.

Hamba tidak yakin ini adalah 'perbuatan' pihak SPRM jika betullah ianya adalah satu kes bunuh. Tetapi hamba seperti ada terasa bahawa ada pihak yang ingin menutup mulut arwah ini dari membuka cerita dengan lebih mendalam tentang kes yang sedang disiasat ke atasnya.

Konspirasi. Inilah cerita yang sebenarnya berlaku dalam kes kematian 'mengejut' ini.

Rabu, April 06, 2011

SPR MEMANG CAP AYAM PUN.

Hamba sudah kabor, SPR memang cap ayam. Hendak kata penipu, memang selalu penipu, hendak kata pembohong, memang sah SPR pembohong.

Semalam kata maksimum 50 orang sahaja boleh pergi ke penamaan calon. Tapi, puak bn tetap hantar lebih 50 orang. Apasal diam membisu macam orang pekak? Taib uban, siap bawa 5000 orang. 100 kali ganda banyak, buat bodooh je SPR.

Itu satu hal, ni ha, hal yang lagi celaru biru, penamaan calon jam 1.30 petang. Apa kes ni SPR?

Itulah. Kan ke masa PRU 12 dahulu, PAS sudah sebut, apa yang SPR suruh buat, kita langgar sahaja. Bukannya boleh membatalkan calon pun.

Lepas ini, SPR kata itu tak boleh, benda itulah sepatutnya kita buat, kerana semestinya bn akan buat apa yang spr tidak suruh buat.

Percayalah cakap hamba. Orang yang sepatutnya dibatalkan pencalonan pun boleh dicalonkan jam 1.30 tengah hari, apa lagi kita hendak percayakan SPR.

Jika SPR kata jangan buat pondok panas, buat je pondok panas. Jika SPR kata jangan ada bendera parti yang tidak bertanding, kibar sahaja bendera itu. Jika spr tak kasi negeri bagi duit pada rakyat Sarawak balik ke Sarawak dari Semenanjung, bagi sahaja duit itu pada orang Sarawak. Pedulikan spr cap ayam itu.

Selasa, April 05, 2011

KESIAN, KETUA POLIS NEGARA CAP AYAM JUGA.


Hamba berasa pelik lagi ajaib dan musykil dengan apa yang hamba dengar dari ucapan atau ungkapan atau lebih tepat herdikan ketua polis negara kepada soalan berkenaan video biru Dato T. Cuba anda sekelian baca di sini.

Tan Sri Ismail Omar berkata biar dia yang menetukan siapa yang kena tangkap dan pada bila masanya akan ditangkap, bukannya mendengar dari mulut rakyat.

Amboi? Apa punya kes ini? Polis Raja Di Malaysia atau Polis DiRaja Malaysia PDRM ini? Tugas polis melaksanakan tugas mengikut undang-undang, bukannya ikut apa yang disuruh atau tidak disuruh oleh Ketua Polis Negara. Bukan begitu kah? Atau memang selama ini polis mengikut telunjuk ketuanya tanpa mengikuti ianya ikut undang-undang atau tidak.

Mulut KPN ini yang berkata ini seperti rakyat dibawahnya adalah kuli kepada Polis. Padahal sebenarnya polis adalah kuli kepada rakyat! Polis adalah bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang ada di Malaysia ini agar RAKYAT hidup dengan harmoni dan selamat.

Maksud Rakyat adalah SEMUA rakyat Malaysia. Biar dia penyokong BN, penyokong PR, manusia lalang, manusia kaya, manusia sederhana, manusia miskin, manusia papa atau manusia kedana sekalipun.

Jika rakyat kata "Kamu polis sepatutnya tangkap pengedar video porno Dato T itu". Jawapan anda adalah sepatutnya, "InsyaAllah kami akan menyiasat perkara ini dan membuat tangkapan secepat yang mungkin kerana ianya adalah suatu jenayah yang serius".

Ini tidak. Mengherdik mereka yang bertanya kenapa pengeluar cerita porno ini masih bebas seperti negara ini nenek dia yang punya. Nampak seperti KPN ini sedang dalam keadaan yang kucar-kacir untuk menyelesaikan masalah jenayah ini kerana ianya ada hubung kait dengan umno?

Jika ya, maka PADAN MUKA MELAYU!

NAK FITNAH, FITNAH LAH, ASAL ISTERI TAHU IANYA TIPU.

Suasana negara sekarang diselebungi dengan maksiat. Penuh dengan cerita biru. Mana tidaknya. Setiap rakyat di paparkan cerita lucah untuk dipertontonkan. Haram betul umno. Hanya disebabkan hendak menjatuhkan seorang bernama Anwar Ibrahim, maka rakyat dikotorkan minda. Memang syaitan umno.

Jika ada tok guru yang kata undi dan sokong umno boleh jadi dosa, rakyat bising, marah. Hah! Tengok sekarang, tidak nampak-nampak lagikah kejahatan umno yang memang jahat semenjak ianya ditubuhkan oleh pakatan Melayu dan Inggeris. Buta lagikah kita umat Melayu?

Tetapi, apa yang pasti, walau apa puak-puak jahat umno hendak sebut pada Anwar sekarang, hamba yakin Anwar sudah tidak kisah, kerana isterinya sendiri yang terpaksa menonton filem lucah untuk memastikan adakah betul yang berlakon itu suaminya, memberi jawapan bahawa ianya bukan Anwar.

Apa lagi kita sebagai suami yang hendakkan lagi. Isteri kita sendiri tidak mengaku yang kita telah dituduh berzina. Biarlah masuk penjara sekalipun, namun hati kita tetap akan tenang kerana teman sekatil kita yang halal mengetahui kita tidak bersalah.

Korang puak umno, korang buatlah fitnah lagi dan lagi, hamba peduli apa dengan melayu korang, kan ke korang sendiri yang kata, kubur masing-masing. Apa? Ingat neraka itu panas macam api kat dunia ke?.... Jangan menyesal melayu.

Sabtu, April 02, 2011

ALLAH KAMU BUKAN ALLAH KAMI, WAHAI RAKAN KRISTIAN.

Selepas solat Isyak tadi, hamba menuju ke meja makan hamba. Bukan untuk makan malam, tetapi untuk melayari internet. Lap top hamba ada di atas meja makan. Dalam keadaan yang tidak selesa duduk di atas kerusi makan, kerana pinggang hamba yang sakit semenjak hari Rabu, hamba melayari internet.

Kemudian hamba ada terbaca satu artikel di dalam web page Malaysian Insider yang bertajuk "Your Allah is also my Allah". Anda semua boleh baca di sini. Ianya ditulis oleh seorang wanita muda, mungkin asal dari Sarawak. Artikelnya berbahasa ringan namun isiannya adalah satu yang berat walaupun mungkin tidak disedari oleh penulis itu.

Ianya didalam bahasa Inggeris. Pelik juga mengapa sipenulis itu membuat artikel berkenaan Bible berbahasa Melayu di dalam bahasa Inggeris. Mungkin adalah lebih elok beliau menulisnya didalam bahasa Melayu, agar ramai lagi orang Melayu boleh membaca dengan penuh penghayatan. Namun ianya adalah hak penulis untuk menulis artikel didalam bahasa apa yang disukainya.

Cumanya, apa yang hamba hendak katakan disini ialah, 'Your Allah is actually not the same of my Allah'. Allah kamu adalah berlainan dari Allah saya. Mahu tidak mahu, sedar atau tidak, inilah kebenarannya dan kebenaran tidak boleh digubal-gubal seperti undang-undang manusia yang boleh diubah sesuka hati mengikut akal manusia.

Kenapa hamba berkata demikian? Ini kerana hamba baru sebentar tadi bersolat keseorangan sambil duduk di dalam bilik di atas sejadah kerana tidak boleh berdiri akibat sakit pinggan. Dalam rakaat kedua, selepas membaca surah Fatihah, hamba membaca surah Al-Ikhlas. Surah yang pendek dan yang yang paling senang umat Islam menghafalnya dan cukup kuat menyatakan tentang akidah dan untuk mengenal, siapakah dia Allah.

Surah ini ada 4 ayat sahaja. Pendek. Tetapi cukup kuat dan berat dengan penerangan Allah kepada kita, siapakah Dia Allah itu. Saya perturunkan ayat ini dibawah didalam bahasa Melayu;

1. Katakanlah, Allah itu SATU.
2. Allah itu Somad. -(Somad- Tuhan, yang segala sesuatu bergantung kepadaNya.)
3. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.
4. Dan tiada satu pun sekufu (setanding/setaraf) denganNya.

Allah itu satu. Bukan dua, bukan tiga, bukannya banyak. Allah itu satu, Ahad.

Allah itu Tuhan yang semua benda yang berada di alam ini bergantung kepadaNya. Manusia, Jin, binatang, bulan bintang, udara, virus, syaitan atau jembalang sekalipun, semuanya bergantung kepada ketentuan Allah.

Allah tidak beranak. Dan Allah tidak diperanakkan. Tidak dilahirkan. Tiada ibu, tiada bapa. Tidak bunting, tidak melahirkan anak Tuhan.

Allah juga tiada apa yang setanding, sekufu, setaraf dan sama denganNya. Allah tiada roh kudus, Allah adalah Allah, segala maha puji segalanya bagi Allah! Allahuakbar! Allah Maha Besar!

Itulah Allah hamba. Allah yang redha Islam adalah agamaNya. Allah yang MURKA, mengatakan Jesus adalah anakNya. Allah yang Al-Jabbar! Kepada makhluk yang menyembah benda lain selain dari Dia, Allah!

Maka oleh itu, wahai rakan Kristian, janganlah kamu sekelian menyamakan Allah kamu dengan Allah. Kerana Allah adalah Allah. Tuhan sekelian alam. Jika kesemua umat Kristian menyatakan bahawa Jesus itu hanya manusia yang bergelar Rasul, bukan anak Allah, Mariam itu wanita yang suci, bukan ibu tuhan Jesus, hanya ibu kepada Nabi Jesus Al-Masih yang tidak berbapa, maka barulah boleh dibincangkan bahawa Allah kamu itu adalah Allah kami.

Kemudian, barulah juga boleh dibincangkan bahawa Nabi Muhammad itu adalah Rasul Allah.

SUMBANGAN DANA ANDA DIPERLUKAN OLEH KAMI UNTUK BERKEMPEN DI SARAWAK

6 Haribulan nanti, tanggal bulan 4, maka akan terasmilah kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang diberi kempen selama hanya 10 hari. PAS akan bertanding di 5 DUN Sarawak. Sasaran PAS untuk menang adalah 5 kerusi. Ya, 5 kerusi, 100% menang di bumi Kenyalang.

Maka setiap Kawasan akan diberi tugas untuk berkempen di 5 DUN tersebut. Bukan membantu, tetapi berkempen seperti mana berkempen di kawasan dan cawangan sendiri. Baru sebentar tadi, diberitahu, Kawasan Hulu Selangor di mana Cawangan Rasa adalah dibawah naungannya akan berkempen di DUN Sadong Jaya, dari 7 hingga 11 April secara rasminya. Tidak rasmi, bila-bila kita boleh turun.


Oleh itu, hamba dengan berbesar hati, ingin membuka satu ruangan kepada anda sekelian dapat membantu kami yang akan pergi ke sana dengan memberi sebanyak-banyak sumbangan kewangan kepada PAS Rasa untuk bersama-sama turun berkempen di Sarawak.


Di atas ruangan blog ini tertera no akaun PAS Cawangan Rasa, No akaun 1243-0000280-10-8, CIMB Bank. Diharap rakan-rakan sekelian dapat memberi sebanyak-banyak sumbangan ke akaun di atas agar kami semua dapat berjuang menentang BN yang sememangnya kaya dengan wang ringgit dari hasil curian mereka dari rakyat.


Jika tidak mampu sumbang RM10, kami sedia menerima RM100. Jika tidak mampu menyumbangkan RM100, kami berbesar hati menerima sumbangan dari tuan puan sebanyak RM1000 sekalipun.


Setelah bertahun-tahun kita semua berblog dan menyampaikan segala keburukan BN, maka masa sekaranglah peperangan yang 'sebenar' bermula. Yang tidak dapat hadir ke Sarawak, maka inilah ruangan yang besar anda sekelian dapat membantu Pakatan Rakyat, dengan memberi sumbangan kewangan anda yang lumayan itu ke akaun yang tertera di atas.


Jasa anda amat dikenang seumur hayat..... Takbir!