Rabu, Mac 30, 2011
NAZRI DAN SPR DUA-DUA CAP AYAM.
Jika diteliti dengan betul-betul, hamba nampak sebenarnya kedua-dua kenyataan itu adalah salah lagi tidak betul. Yang dikatakan rasuah, disebut bukan rasuah, dan yang sememangnya bukan rasuah, dikatakan rasuah pula. Apa punya ayamlah Menteri dan kakitangan kerajaan sekarang ini.
'Hang undi aku, aku bagi basikal'. Bukan rasuah dikatakan Nazri. Apa buang tabiat menteri sepapan ini? Mengundi Ahli Parlimen dan ADUN adalah satu kerja memilih pemimpin. Bukannya basikal! Kerja memimpin adalah mentadbir sesuatu negara atau satu tempat agar rakyat dibawah naungannya hidup aman dan mendapat redha Allah SWT. Bukannya dapat basikal!
Kerja AP dan ADUN adalah menggubal dan men'cipta' undang-undang dan perlembagaan negara agar negara atau negeri itu dapat ditadbir melalui undang-undang dan pelembagaan yang baik, adil dan mendapat redha Allah SWT. Bukannya dapat basikal!
Bukan tugas AP dan ADUN beri basikal kepada pengundi. Itu tugas bapak kepada budak yang mahukan basikal. Yang sepatutnya dibuat oleh AP dan ADUN adalah melaksanakan pentadbiran agar kehidupan rakyat dibawah amanahnya boleh membeli dan memperolehi dengan senang dan mampu bukan setakat basikal, malah kereta BMW sekalipun. Bukannya basikal.
Kemudian kita lihat pula kenyataan itek SPR. Membezakan parti politik dengan kerajaan pun tak faham-faham. Apalah sedihnya negara kita mempunyai pegawai kerajaan yang akal tidak kecapaian. Lihat kenyataan ini;
"Jika kerajaan-kerajaan negeri dan parti-parti politik secara terbuka membayar tambang tiket ini, ia bermakna mereka mengharapkan penduduk Sarawak mengundi parti mereka."
Dey! Kerajaan mana ada parti. Kerajaan negeri, kerajaan negeri lah! Parti politik, parti politiklah! Peduli apa mana-mana kerajaan negeri hendak beri kewangan kepada rakyat yang berada dibawah negerinya untuk hendak ke mana-mana.
Jika Johor hendak beri tiket pergi balik ke Sarawak kepada 30,000 orang Sarawak yang hidup dibawah negeri Johor, biarkan sahajalah. Hak kerajaan negerilah hendak berikan apa-apa kemudahan kepada rakyat yang berada dibawah naungan negeri itu.
Yang SPR tiba-tiba kecut perut dengan rakyat Sarawak yang 30,000 yang berada di Semenanjung ini apasal? Bukan kerja SPR ke untuk meramaikan lagi jumlah pengundi keluar mengundi? Apa punya cap ayam punya reban daa......
POCO-POCO HARAM, PADAN MUKA MELAYU
Macam mana ni? Poco-poco haram! Apa wanita dan puteri umno hendak buat untuk aktiviti masa lapang? Menari balley le pulok?
Kata Majlis Fatwa Negeri Perak, tarian itu adalah ada hubungkait dengan pemujaan roh dan agama Kristian. Poco-poco ini datang diimport dari Jamaica.
Memang patut haram pun. Padan muka melayu.
Jika tiada unsur pemujaan dan agama Kristian pun, hamba bersetuju bebenor agar poco-poco ini diharamkan. Kerana cara menarinya pun mengada-ngada. Lenggok sana, lenggok sini. Pakcik-pakcik yang hendak ke surau pun boleh kemalangan melihat puteri-puteri umno menari poco ramai-ramai tengah padang dekat waktu maghrib.
Itulah cerita, orang melayu ini majoritinya memang jahil agama. Jahil hukum dan jahil dengan akidah Islam. Mereka anggap, jika sudah Melayu, maka mereka sudah Islam. Salah itu orang Melayu wei! Islam dan Iman perlu dipelajari dan diamalkan. Lihatlah apa yang berlaku, jika orang Melayu faham akan Islam, sudah lama umno ini dibakar dan dihapuskan sehapus-hapusnya di muka bumi Tanah Melayu di sini.. Padan muka Melayu!
Isnin, Mac 28, 2011
APA? INGAT DUIT BOLEH BAWA MASUK SYURGA KA?
Seteruk-teruk cap ayam utusan meloya ini, ada juga artikel yang boleh digunapakai. Memang benar apa yang dicatitkan pada artikel itu,
'BAGI sesetengah orang, wang berkuasa menyelesaikan banyak masalah malah boleh melancarkan urusan dan jaminan untuk mencapai sesuatu matlamat'
Siapakah yang dinyatakan olehnya bagi ayat 'sesetengah orang'? Adakah hanya kepada pemilik Mercedez itu, atau....? Suami Rosmah? Timbalan dia? Raja Sarawak berambut putih? Wak Jawa?
'Namun ramai tidak menyedari kuasa wang jugalah menyebabkan ramai tersungkur dan musnah kerananya. Wang juga menyebabkan kita silap membuat pilihan sehingga menjejaskan reputasi dan masa depan.'
Cuba baca berulang-ulang kali ayat di atas. Lebih-lebih lagi kepada orang Melayu, baca betul-betul, hadam ayat itu sehadam-hadamnya, dan praktikkannya semasa dalam hidup harian sewaktu hari berkempen pilihanraya dan hari mengundi.
Jika ada segolongan manusia yang menghulur rasuah undi, undi aku dapat ini,.... maka cuba ingatkan balik ayat-ayat di atas, agar kita orang Melayu tidak akan menyesal di dunia dan di akhirat nanti.
Mengundilah dengan betul-betul wahai orang Melayu, jangan anggap dengan wang ringgit, hidup kita akan selamat dunia dan akhirat.
Sabtu, Mac 26, 2011
MANA ANWAR DARI JAM 9.20 HINGGA 11.49PM PADA 21 FEB? NI JAWAPAN HAMBA..
Meh hamba hendak jawab soalan cap ayam mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya (baca sini).Rabu, Mac 23, 2011
BUKAN ISLAM, TETAP AKAN KE NERAKA.
"Semasa Saidina Omar Radiallahuanhu sedang menaiki haiwan tunggangannya di Baitul Muqaddas, beliau melalui sebuah gereja. Tiba-tiba datang seorang rahib Kristian datang berlari-lari ke arahnya dengan berpakaian yang sungguh uzur.
Maka Saidina Omar Radiallahuanhu bertanya khabar kepada rahib itu dan bertanya mengapa rahib itu berlari-lari ke arahnya? Mungkinkah ada sesuatu masalah? Jawab rahib itu, beliau berlari-lari ke arah Saidina Omar hanyalah untuk menghormati Khalifah Islam yang melalui gerejanya. Maka rahib itu kembali ke gerejanya.
Melihat akan gelagat rahib itu, Saidina Omar tiba-tiba menangis. Lalu ditanya oleh sahabatnya yang lain mengapa Saidina Omar menangis?
Maka jawab Saidina Omar, beliau menangis kerana melihat kezuhudan rahib Kristian itu yang beribadah menyembah Tuhannya sehingga baju yang dipakainya sudah begitu uzur,.. namun akhirnya bila beliau meninggal dunia nanti, dan tetap dengan agamanya, maka rahib itu tetap masuk neraka kerana masih KAFIR kepada Allah SWT."
Teringatkan cerita itu, maka hamba sebenarnya banyak kali juga sedih dengan rakan-rakan hamba yang bukan Islam, yang baik-baik, namun masih belum kembali kepada Islam. Kerana akhirnya, mereka akan kekal didalam neraka Allah SWT. Allah itu Al-Jabbar.....
Selasa, Mac 22, 2011
VIDEO LUCAH: HAMBA DAH KATA, JANGAN PADANG RENDAH UBN.
Kerusi DUN Sarawak baru sahaja dibubarkan. Dan mungkin selang beberapa minggu, kerusi DUN Perak juga akan dibubarkan. Maka teruja-ujalah kita dari pihak PR untuk berkempen bagi memenangkan PR di Sarawak nanti. Namun, pada hari yang sama DUN Sarawak dibubarkan , keluar berita tidak senonoh di media tentang sebuah video 'biru' yang dikait dengan ketua Pembangkang. Maka dengan tidak semena-mena, semua jentera PR menumpukan kepada kes ini, seharian Isnin semalam.
Serangan-serangan kepada ubn terutama isu KM Taib Mahmud, ditenggelami dengan isu video porno. Seharian pihak PR yang selama ini asyik menyerang ubn Sarawak, hari ini seperti terpaksa hanya membuat pertahanan kepada isu video porno ini. Satu hari rugi berkempen kerana isu ini. Esok bagaimana?
Kelicikan ubn berpolitik kotor sekarang ini sudah terserlah kepandaiannya. Ketika mereka asyik bertahan, bertahan dan bertahan dengan berbagai-bagai serangan dari PR, akhirnya mereka menyerang pula dengan menggunakan peluru ajaib mereka, fitnah!. Maka dengan peluru ajaib ini, dapatlah puak-puak ubn berehat 2-3 hari dari serangan-serangan bertubi-tubi PR.
Dengan ini, hamba berpendapat, esok, pada hari Selasa, hamba berharap pihak blogger gunakan kepandaian dan kelicikan anda semua untuk kembali menyerang dan menyerang pihak ubn. Jangan kita asyik sibuk dengan isu video porno ini. Jika masih asyik dengan isu ini juga, maka diharap pihak blogger dapat menggunakan isu ini untuk menyerang kembali pihak ubn haram itu. Hamba yakin kalian semua boleh!....
Isnin, Mac 21, 2011
UNDILAH LAGI BN. PADAN MUKA MELAYU.
Padan muka Melayu.
Terima kasih kepada orang Melayu yang masih lagi mengundi bn. Terima kasih orang Melayu kerana kamu, pemimpin bn kamu dengan selamba menggalakkan orang melayu menonton cerita lucah. Terima kasih lagi kepada orang Melayu kerana kamu, bn suka sangat buat benda haram menuduh orang meliwat dan zina. Bukan setakat menuduh, malah memaksa orang mempercayai penipuan si bn haram itu.
Padan muka Melayu.
Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu, undilah lagi bn umno apco agar seluruh rakyat Malaysia terutama orang Melayu dibiasakan untuk menonton filem lucah, memfitnah, berbohong, menipu,memburuk dan menghina orang lain hanya semata-mata kita tidak suka kepadanya. Undilah lagi bn agar Malaysia akan terus dirosakkan dari segi ekonomi, sosial dan kehidupan keseluruhannya. Undilah bn,....agar nanti boleh hamba sebut kepada kamu semua orang Melayu,.. "Padan Muka Melayu!".
Ahad, Mac 20, 2011
UTUSAN TUKAR WAJAH? TETAP MENIPU GOK..

Sabtu, Mac 19, 2011
AKAD NIKAH DI MARANG. SENANG DO'OH.
Khamis, Mac 17, 2011
INJIL BM; JARUM SESAT SUDAH BERMULA OPERASI?
Hamba pun pada mulanya memanglah terasa ada sesuatu yang tidak betul kenapa pihak Kristian beriya-iya benar hendak mengedarkan kitab injil Bahasa Melayu ini di Malaysia. Seperti 'target' mereka adalah untuk dituju kepada orang Melayu. Dan sebenarnya, memang ya pun. Memang mereka hendak orang Melayu baca kitab injil. Kononnya agar orang Melayu terpikat dengan Kristian.
Namun, mengapa orang Melayu yang beragama Islam takut sangat dengan perkara ini? Mengapa kecoh sangat sehingga beranggapan jika tersebarnya injil Bahasa Malaysia ini, orang Melayu akan murtad? Apa bodoh sangatkah orang Melayu dan lemah sangatkah pengetahuan orang Melayu tentang Islam?
Jawapannya adalah, Ya! Memang majoriti orang Melayu bodoh dan jahil tentang Islam. Orang Melayu adalah beragama Islam kerana mereka dilahirkan ke dunia ini sebagai orang Islam. Namun mereka sungguh jauh dan tidak tahu apakah sebenarnya Islam itu.
Sehingga ke tahap ilmu akidah pun orang Melayu jahil, iaitu ilmu teras kepada Islam, inikan pula ilmu-ilmu Islam yang lain merangkumi seluruh kehidupan. Apa orang Melayu tahu?
Kenapa orang Melayu majoritinya sungguh jahil tentang Islam? Mengapa orang Melayu sungguh jauh dengan ilmu-ilmu Islam? Mengapa orang Melayu sungguh asing dengan Al-Quran dan Sunnah? Jawapannya ialah sistem kehidupan di Malaysia ini yang membuatkan orang Melayu sengaja dijauhkan dengan Islam.
Hamba pada artikel ini tidak mahu men'detail'kan apakah sistem kehidupan di Malaysia ini yang membuatkan orang Melayu jauh dengan Islam, tetapi mahu memberitahu kepada semua bahawa puak-puak Kristian sudah nampak akan kekalutan orang Melayu dengan pegangan agamanya.
Tidak perlu susah-susah, apabila orang Melayu sudah tidak menghormati ulama, sudah menghina ulama dan sudah memaki hamun ulama, maka inilah peluang yang terbaik untuk menyesatkan orang Melayu dengan agama Tuhan 3 dalam satu mereka.
Nampak tidak sinonim pergerakan sejarah itu, dahulu puak umno jika hendak 'mengutuk' Tok Guru Nik Aziz pun, mereka menggunakan bahasa yang lembut, tetapi sekarang, mereka mengutuk dan menyerang Tok Guru dengan sungguh kurang ajar. Dan apabila pemimpin-pemimpin Melayu telah menghina golongan ulama, maka anak-anak buahnya pun akan ikut telatah jahat ketua mereka. Maka timbullah golongan-golongan individu yang dengan selamba menyamakan Tok Guru dengan ayah pin.
Maka, disebabkan peristiwa ini sudah berlaku, maka jarum pihak Kristian pun sudah bermula untuk dicucuk-cucuk ke dalam masyarakat orang Melayu, kerana sekarang inilah masanya orang Melayu sungguh jahil dengan agama Islam. Tahap kejahilan orang Melayu dengan Islam telah dilakukan sendiri oleh orang Melayu. Orang Melayu yang gila kuasa dan takut kuasanya akan diambil alih oleh golongan Melayu yang lain. Jahat sungguh umno......
Selasa, Mac 15, 2011
KETUA PEMUDA RASA MENGAKHIRI ZAMAN BUJANGNYA.
Borang cepu Mas berharga RM5,300.00?
Pergi, bujang, balik, dah jadi suami kasut ini.
3 budak comel.
Jumaat, Mac 11, 2011
PELEPASAN KUOTA BUMIPUTRA: KERAJAAN SELANGOR PUN CAP AYAM.
Mekanisme yang diumumkan itu mempunyai banyak keburukan kepada Bumiputra, satunya, ianya jelas menjejaskan milikan hartanah kepada Bumiputra, khususnya orang Melayu. Ini kerana, mekanisme permulaan penghapusan 20% milikan Bumiputra setelah 50% tahap kemajuan projek adalah amat tidak elok untuk dilaksanakan. Masalah akan timbul kerana tahap kemajuan projek adalah satu proses yang subjektif dan boleh dimanupulasi nilai angkanya oleh pihak pemaju.
Kemungkinan kemajuan projek yang sebenar baru melepasi 20% tetapi pihak pemaju pula mengatakan sudah melepasi 50% membuat permohonan untuk pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputra. Adakah pihak kerajaan Selangor mempunyai mekanisme menyiasat dan melaporkan bahawa memang benar kemajuan projek itu betul-betul 50% atau hanya satu penipuan dalam selama 7 hari bekerja?
Jika pihak kerajaan negeri tidak menjawab selama 7 hari dari tarikh permohonan, maka adakah pihak pemaju akan dapat merampas hak milikan Bumiputra dengan menipu?
Tahap kemajuan 50%, 75% dan 100%, semuanya perkara yang subjektif. Mengapa tidak dibuat selepas projek itu telah siap 100% dan telah memliki CF, kemudian barulah dibuat permohonan melepasi kuota Bumiputra mengikut tahun ke tahun atau bulan ke bulan.
Misal kata 6 bulan selepas CF, boleh buat permohonan untuk 20% milikan Bumiputra. Selepas 1 tahun, lagi 30% milikan bumiputra dan seterusnya? Jika betullah pihak Kerajaan Negeri beriya-iya sangat hendak membantu pihak pemaju dari kerugian.
Keduanya, mengapa pihak kerajaan negeri yang dipegang oleh Pakatan Rakyat langsung tidak mendapatkan pendapat dari pihak parti politik yang memegang pemerintahan di negeri Selangor?
Mengapa cawangan-cawangan PAS, Kawasan-Kawasan PAS, tidak diberitahu tentang perkara ini dari mula hingga akhir? Mengapa ianya seperti digelapkan oleh Kerajaan Negeri?
Keperluan untuk dibincangkan bersama PAS adalah penting kerana keputusan untuk mengubah dasar milikan hartanah untuk Bumiputra ini melibatkan keputusan yang penting kerana ianya melibatkan kepentingan orang Melayu. Mahu tidak mahu, PAS adalah didalam komponen PR yang dilihat lebih dekat dengan kepentingan Melayu. Segala keputusan berkenaan perkara ini akan melibatkan halatuju politik PAS pada pilihanraya nanti.
Hamba melihat keputusan ini hanya menguntungkan pihak pemaju yang sudah pun kaya raya, namun hendak menambahkan kekayaan dengan merampas hak kaum Melayu. Adakah pihak PR akan terus-terusan mentadbir Selangor seperti pihak umnoapco mentadbir iaitu seperti mengagung-agungkan semangat kapitalisme?
Dengan ini, hamba sebagai individu, dan juga ahli Parti Islam SeMalaysia, menentang sekeras-kerasnya keputusan Kerajaan Negeri ini.
Khamis, Mac 10, 2011
"TAMBAHAN RM 4B SUBSIDI MINYAK"? HA, HA! RON 95 NAK NAIK LAGI. PADAN MUKA KITA.
Antum semua sudah baca utusan online berkenaan cerita "Tambahan RM4b subsidi minyak". Jika belum, dipersilakan baca di sini. Ada nampak pencerahan apa yang akan berlaku tidak lama lagi? Ya, semestinya harga petrol ron 95 akan naik lagi. Terima kasih melayu yang mengundi bn. Padan muka kita.Rabu, Mac 09, 2011
CERITA SEBENAR DISEBALIK BERITA; "AMBIL SERIUS BUDAYA POLITIK NEGATIF SEMENANJUNG"
Antum semua ada baca akhbar utusan online bertajuk "Ambil serius budaya politik negatif Semenanjung". Jika belum, sila baca di sini. Ada udang disebalik mee daripada cerita-cerita berkenaan.Mari kita lihat satu per satu kenyataan yang dibuat oleh Hisyamudin.
"Isu politik kebencian, politik fitnah, politik perkauman dan matlamat menghalalkan cara demi kuasa, itu semua dibincangkan dengan Ketua Menteri," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Maksud sebenar;
BN akan usaha sedaya upaya berkempen secara politik kebencian, politik fitnah, politik perkauman dan matlamat menghalalkan cara demi mengekalkan kuasa di negeri Sarawak.
Ditanya apakah persiapan pihak berkuasa untuk menangani ancaman budaya politik negatif itu, Hishammuddin berkata sebagaimana di Semenanjung, tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang.
Selasa, Mac 08, 2011
TERIMA KASIH MELAYU, SEBAB KAMU, PETROL HENDAK NAIK LAGI.
Ha, pada muka orang melayu, siapa suruh akal tak kecapaian. Minyak Ron 95 nak naik lagi. Padan muka melayu. Undilah cap dacing penipu tu lagi. Kan ke sudah kena lagi. Tiap kali bn menang, akan naiklah harga petrol. Cap ayam punya melayu.Isnin, Mac 07, 2011
PELIK, PELIK, ADA JUGA MELAYU TAK MAKAN RASUAH.
Hamba sungguh pelik. Walau seteruk mana rasuah duit haram diberikan kepada pengundi di Merlimau dan Kerdau, digunakan seluruh saluran kerajaan negeri dan pusat untuk membantu haram BN, namun masih ada 2,319 insan di Merlimau dan 2,336 insan di Kerdau yang mengundi PAS.Duit haram rasuah bukan sekupang dua, tapi juta-juta ringgit! Bukan takat duit tunai, biskut kering baju bajan semuanya diangkut ke Merlimau dan Kerdau. Masih ada lagi insan yang sudi mengundi PAS di sana.
Ahad, Mac 06, 2011
PILIHANRAYA MALAYSIA MEMANG TIDAK ADIL SEMENJAK MERDEKA.
PAS tidak boleh langsung diberikan ruang untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah matlamat, perjuangan dan hal-hal kempen didalam surat khabar. PAS juga tidak dibenarkan langsung untuk keluar di kaca telivisyen untuk mengeluarkan hujah agar pengundi dapat menilai untuk mengundi mereka.
Dua media yang utama yang sepatutnya diberi kemudahan didalam kempen pilihanraya demokrasi tidak dapat dinikmati PAS semenjak PAS bertanding pilihanraya. Surat khabar dan telivisyen, dua media wajib untuk menjadi alat kempen seluruh dunia yang mengadakan pilihanraya, tidak dapat dirasai oleh PAS walau sedetik saat. Namun, PAS tetap ada menang pilihanraya.
Jika parti-parti lain diluar negara, melihat cara pilihanraya Malaysia berlangsung, sudah pasti mereka akan angkat tangan kerana tiadanya media untuk mereka lakukan kempen. Mereka akan menganggap pilihanraya Malaysia adalah lebih teruk dari pemikiran komunis kerana ketidakadilan dan penipuan sehingga ketahap mereka yang memegang amanah menjalankan kerja pilihanraya pun tidak bebas semasa waktu berlangsungnya pilihanraya.
Pilihanraya Malaysia sebenarnya adalah sama seperti pilihanraya yang dilakukan oleh rejim Muamar Gaddafi. Berat sebelah, tipu, rasuah dan tidak adil. Sesiapa parti pembangkang pasti akan kalah, kecuali lebih 60% pengundi memangkah pembangkang, barulah pembangkang akan menang dengan lebihan undi 1%.
Oleh itu pasti ada orang akan berkata-kata, buat apa PAS buang masa masuk pilihanraya yang 100% berat sebelah. Maka jawab kami dalam PAS, siapa pula yang perlu bertanggung jawab nanti di akhirat untuk menjawab, apa yang awak lakukan terhadap pemerintah yang zalim dan tidak adil. Hanya duduk di rumah minum teh?
Jumaat, Mac 04, 2011
AJARAN SESAT MUHYIDIN; JIKA TAK SUKA PADA ORANG, BELASAH JE DIA.

Malu hamba ada mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang cap ayam seperti mamat sepapan ini. Jika ikut kata sipapan ini, sudah lama kereta TPM hamba baling dengan batu dan belasah cukup-cukup mamat Johor jual pasir ini kerana dia sendiri yang membenarkan sesiapa yang tidak suka dengan orang lain, belasah sahaja orang itu? Mengarut ke tahap gaban tpm sepapan ini.
Elok benorlah rakyat Malaysia ada sepapan tpm yang berotakkan begini. Tiada sopan dan penuh dengan dendam kesumat. Apa yang dia dendam, hanya muhyidin empunya diri yang tahu.
Selepas ini, bolehlah kita ajar kepada anak-anak kita, jika tidak puas hati dengan kawan sedarjah, semasa hendak balik ke rumah nanti, kutip batu, kemudian lempar pada kereta ayah dia sampai pecah cermin kereta. Kalau boleh belasah sekali budak itu. Kita kena ikut nasihat pemimpin kita. Lebih-lebih lagi tpm. Kena ikut.
Selepas ini juga, sesiapa yang ada hajat hendak buat fitnah, berkata bohong dan hendak menipu, pergilah ke ceramah-ceramah politik umno kerana anda semua akan dilayan seperti vip. Tetapi, jangan minta duit, kerana ianya 'free of charge'. Ha! Ha! Ha! Kalau ye pun hendak menipu muhyidin, bijak lah sedikit, macam suami rosmah tu......
HAMBA SUDAH TUA.....
Khamis, Mac 03, 2011
BERLAGAK NKAU YE DENAN SEMPIT,.. HAH! JAWAB NIH!!
Ha, salam-salam pakcik, kamu semua tak tahu hutang kerajaan negeri RM2.17 bilion, korang semua mana tahu, senang benor menipu orang kampung nih, Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!Ada cerita MB Denan sempit kata pembangkang cakap melalut berkenaan dengan laporan audit kerajaan negeri Pahang. Apa yang melalut, tidak pula digembur-gembarkan dengan terperinci. Denan sempit kata selama dia memerintah Pahang, hanya 2 kali sahaja Pahang mengalami defisit dalam pentadbiran. Selama 12 tahun, hanya 2 tahun ianya defisit. Atau lebih senang kabor, hutang! Hebat benor Denan sempit. Betul ka?
Mari kita lihat penyata kewangan yang dibuat oleh pihak Jabatan Audit Negara terhadap negeri Pahang

Tahun terdekat, 2008 dan 2009, denan sempit sudah buat rugi pada negeri Pahang. 2008 kurang duit RM27 juta, tahun 2009 kurang duit RM42 juta. Pandainya engkau Denan sempit tadbir Pahang. Belanja sakan sampai tidak perasan lebih guna duit sebanyak 42 juta. Cap ayam betul!
Kemudian anda sekelian jangan pula terpesona dengan lebihan duit pada tahun 2005 hingga 2007 tu. Ada cerita disebalik mee.
Cuba lihat jadual di atas, jadual hutang Kerajaan Pahang dengan Pusat. Tahun 2005 hutang 1.58 bilion, tetapi pada tahun 2006, hutang dengan pusat naik lagi hingga tahap 1.71 bilion. Yang peliknya, pendapatan lebih 72 juta. Kenapa pula hutang bertambah? Tidak reti-reti bayar hutang ke? Apa jenis punya pemimpin ini? Ingat kamu tu tok 4 kampung ke? Tok 4 kampung pun lagi pandai mentadbir dari engkau Denan.Berterusan hutang kerajaan Pahang pimpinan Denan sempit bertambah dari tahun ke tahun. Yang paling teruk sekali, hutang terakhir 2009 adalah RM2.17 bilion. Bilion tu kawan, bukannya hutang sekupang dua. Bilion! Apa punya jenis mentadbir ni Denan? Budak tidak lulus SPM pun boleh mentadbir begini. Malu sungguh!
Jadual di atas pula perbezaan antara penerimaan duit dengan pembayaran pada tahun 2008 dan 2009. Tahun 2008 terlebih guna duit RM115 juta. Tahun 2009 pula terlebih guna duit RM119 juta pula. Apa punya boros yang melampau pentadbiran kerajaan Denan sempit ini? Sudah lah boros, berlagak bodoh sombong pula. Tidak mengaku tak tahu mentadbir negeri. Padahal memang tak reti tadbir pun. Stupid!
Jika hamba menjadi orang Pahang, sudah lama MB Denan sempit ini dibuang ke sungai Temerloh dalam-dalam. Biar tidak timbul. Pandai suruh rakyat berhemah berbelanja, dia pula boros macam duit ini mak bapak dia punya. Cis!!!
Rabu, Mac 02, 2011
HISYAMUDDIN LANJUT HINGGA 10 MAC MEROMPAK DUIT RAKYAT.
KASIHAN, MUHYIDIN KECUT PERUT DENGAN 'SKUAD KAMERA' PAS.

Selasa, Mac 01, 2011
RAIS YATIM STUPID TO THE EXTREME OF MONKEY
Ada mamat sepapan ni sudah cakap melalut. Dia kata wartawan tolong tulis benda-benda yang adil dan seimbang. Bukan macam pembangkang yang asyik kritik hentam kromo. Hah! Hah! Hah! Ayat muamar Gaddafi sungguh! Dia menipu orang, wartawan dia fitnah lampau-lampau Pakatan Rakyat, buat cerita cap ayam, tipu sana, kelentong sini, bohong situ, kemudian dia pula tuduh PR yang buat berita tipu. Hamba pun tidak tahu jambatan mana dia seberang setelah dia bakar hangus jambatan itu.
Stupid betul!
Ha! Ha! Ha! umno buat cerita lawak lagiii.....
Tolonglah Rais, kamu settlelah dulu dengan blogger-blogger penjilat umno tu yang menuduh kamu merogol. Kamu nasihatkan wartawan kamu dahulu, selepas itu, barulah buat cerita fitnah lain. Jangan buat kerja otak di kepala lutut.
Sudahlah media di Malaysia tidak bebas macam zaman Nazi, parti politik yang halal yang tidak menyokong bn pula diikat dengan besi keluli 5 tan tanpa boleh langsung untuk mereka keluar membuat kenyataan di TV dan radio, akhbar rasmi parti pula disekat seperti menyekat orang jual marijuana. Jadi, apa yang adilnya wahai Rais? Apa yang seimbangnya wahai Rais?
Apa punya mentaliti kamu ni Rais? Janganlah buat kenyataan seperti itu, Stupid sangat.

