Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Februari 28, 2011

KENAPA SUSAH SANGAT JADI PACA, AHLI PAS PENAKUT KE?

Hendak tahu apa yang paling ahli PAS suka semasa dalam kempen pilihanraya? Dengar ceramah. Selain itu apa yang paling ahli PAS suka? Kibar bendera dan tampal poster. Kemudian apalagi? Ahli PAS memang suka pergi berarak didalam penamaan calon.

Bagus, memang bagus ahli PAS yang suka buat perkara-perkara itu, tetapi malangnya, banyak ahli PAS tidak suka buat kerja ini semasa kempen pilihanraya, iaitu kempen dari rumah ke rumah meraih dan mencula undi. Dan ada lagi satu benda yang ahli PAS kebanyakannya tidak suka, iaitu menjadi pekerja PACA (polling agent, counting agent).

Ramai ahli PAS yang suka merayu undi diluar bangunan tempat membuang undi semasa hari mengundi, tetapi ramai yang tidak suka berada didalam bilik mengundi untuk memantau aliran pengundian didalam bilik keramat itu sebagai polling agent.

Mengapa berlaku keadaan demikian? Apa guna ahli PAS bertungkus lumus menjalankan kerja tetapi peperangan yang paling penting, iaitu apa yang berlaku didalam bilik mengundi, ramai ahli PAS yang kecut perut?

Mengapa apabila rakan sejemaah mengajak kita pergi mendengar ceramah, sehingga jauh 400km kita sanggup pergi, tetapi jika jemaah PAS memerlukan petugas PACA, walau tempat mengundi disebelah rumah, kita menjadi penakut lagi menikus?

Inilah dilema yang sering melanda kepada seluruh cawangan PAS diseluruh negara dimana ahlinya memang tidak mengerti, dimanakah medan pertempuran peperangan mereka sebenarnya. Apa, ingat ketua tempat mengundi di setiap unit peti undi 'neutral' ke? Tidak sama sekali! Mereka sebenarnya adalah penyokong umno! Yang akan memastikan umno menang walau apa cara sekalipun, walau dengan menipu undi.

Oleh itu wahai saudara sejemaah, disinilah medan yang sebenar didalam medan peperangan pilihanraya, iaitu menjadi PACA. Maka, tolonglah berebut untuk menjadi PACA semasa PRU nanti!!

Ahad, Februari 27, 2011

SARAWAK AKAN BERPILIHANRAYA DENGAN SATU LAGI NEGERI.

Walau siapa menang di PRK Dun Merlimau dan Kerdau, Pilihanraya Sarawak tetap tidak akan dibuat bersama-sama dengan PRU 13. PRU 13 akan dibuat selepas Sarawak. Ini kerana pihak UBN hendak membuat analisa daripada keputusan pilihanraya di Sarawak. Dan juga atas nasihat tok-tok bomoh mereka.

Namun, Sarawak tidak akan berseorangan melaksanakan pilihanraya bagi negeri mereka, tetapi kemungkinan besar sebuah lagi negeri akan bersama-sama dengan serentak mengadakan pilihanraya negeri.

Negeri ini akan diserentakkan pilihanraya mereka bersama Sarawak adalah kerana untuk memecah duakan kekuatan Pakatan Rakyat daripada hanya bertumpu ke negeri Sarawak sahaja. Negeri ini akan dipilihanrayakan sekali hanya semata-mata mengacau jentera pilihanraya PR.

UBN tidak 'target' menang pada pilihanraya bagi negeri ini. Bagi mereka negeri ini komfem PR akan menang. UBN telah bercadang-cadangan bahawa apa yang lebih penting, aset di Sarawak mesti diuatamakan lebih dari negeri ini. Deposit tetap di Sarawak mesti dikekalkan.

Dengan berlakunya pilihanraya di negeri ini juga akan menyebabkan PR di Semenanjung akan lebih tertumpu ke negeri ini. Maka Sarawak akan mungkin tidak mendapat sokongan jentera PR di Semenanjung 100%. Maka akan bertungkus lumuslah jentera UBN di Sarawak dan mungkin kekuatan UBN untuk pilihanraya di negeri ini pula adalah hanya sekadar 30%. 70% di Sarawak, 30% di negeri ini.

Maka dengan itu, kasihan sungguh kepada Zambry jika perkara ini menjadi kenyataan......

MARKAS PAS RASA SIBUK DGN AKTIVITI AWAL TAHUN INI.

Hamba berasa sungguh seronok pada awal tahun ini kerana Markas PAS cawangan yang hamba berada sekarang digunakan dengan semaksima yang mungkin untuk ahli-ahli dan rakyat di sekitar Rasa.

Program ceramah kelompok, tazkirah, mesyuarat dan yang paling utama majlis yang melibatkan makan. Memberi para tetamu untuk makan, samada makan malam, petang atau ringan, membuatkan hamba sebagai setiausaha cawangan ini berasa sungguh puas hati. Banyak pahala dan berkat yang akan Allah berikan kepada mereka yang memberi makan kepada orang lain.

Namun, program 'Marilah Mengaji' anjuran PAS cawangan masih belum dapat dilaksanakan di Markas kerana masih tiada lagi penduduk di sekitar Rasa yang berminat. PAS Cawangan telah membuka program kelas 'Marilah Mengaji' khas untuk para remaja lelaki terutama kepada mereka yang berada di sekolah menengah. Namun tiada sambutan yang diberi. Pada tahun ini, PAS cawangan mempunyai 'target', iaitu kelas pengajian 'Marilah Mengaji' ini mendapat sambutan, walaupun hanya seorang individu yang berminat.

Makan sebelum Mesyuarat Agong.


Minum sebelum mesyuarat Agong.

Makan. Muslimat.


Makan lagi. Minum Petang bersama Ustaz Toliban.


Kenyang. Tetamu, ustaz Toliban dan YDP Kawasan.

Selepas ini, PAS akan membuat majlis makan khas untuk para fakir miskin. InsyaAllah.

Isnin, Februari 21, 2011

MINGGU SIBUK

Seronok melihat himpunan 30K para pemuda PAS Sabtu lepas. Penuh semangat. Geram rasanya hamba tidak dapat ke sana saat terakhir. Kerja yang lebih utama perlu dilakukan. Panggilan s.u Kawasan agar menghadiri mesyuarat yang penting malam Sabtu itu menyebabkan hamba tidak boleh ke Sarang Semut kerana bas Pemuda Hulu Selangor akan bertolak jam 10 malam. Mesyuarat pula selesai jam 1 pagi.

Walau apapun hamba bersyukur kerana tidak mengikut 'nafsu' hendak ke sana padahal amanah sebagai s.u cawangan adalah untuk ke mesyuarat yang dipanggil Kawasan. Banyak info dan maklumat yang diberi dalam mesyuarat itu dan ianya adalah penting dan rahsia.

Esok akan diadakan ceramah perdana ustaz Taliban ditempat hamba. Banyak kerja persediaan mesti dilakukan malam ini. Sibuk. Malam Jumaat ada mesyuarat JKKK. Malam Sabtu ada mesyuarat terakhir PAS Cawangan dan Malam Ahad pula akan dilangsungkan Mesyuarat Agong PAS Cawangan.

Kemudian, PRK Merlimau dan Kerdau pula akan berlangsung. Banyak kerja minggu ini.....

Khamis, Februari 17, 2011

USTAZ TALIBAN KE RASA.


Ustaz Nor Azli Musa, atau lebih dikenali sebagai ustaz Taliban akan datang ke Rasa. Ustaz Taliban akan memberikan tazkirah pendek di Markas PAS Cawangan Rasa pada jam 5.30ptg sebelum merasmikan Mesyuarat Agong PAS Cawangan Rasa. Sedikit jamuan petang akan dibuat selepas itu di Markas.

Pada sebelah malam pula, ustaz Taliban akan memberikan kuliyyah maghrib di Masjid Al-Kholidiah, Kampung Melayu Rasa dan seterusnya selepas Isya', ustaz akan mengadakan Ceramah Perdana di Dewan JKKK Kampung Melayu Rasa.

Diharap, warga Hulu Selangor dapat hadir untuk ketiga-tiga program ini.

Jumaat, Februari 11, 2011

PEMIMPIN PAS PERLU JUGA OMAR, BUKAN HANYA ABU BAKAR.


Sebaik-baik jihad, adalah menegur pemimpin yang telah membuat perkara salah. Pemimpin yang dimaksudkan ini adalah khalifah. Jika khalifah membuat perkara yang lari daripada syarak, rakyatnya wajib untuk menegur sehingga khalifah itu tidak melakukan lagi kesalahan itu.

Jika ada satu puak bukan Islam yang menjadi rakan kita, kemudian menyerang gerakan Islam dengan semborono dan secara terbuka, adakah patut kita sebagai umat Islam yang juga ahli pada gerakan Islam itu hanya duduk diam seperti tunggul kayu?

Tegur, kritik dan kecam terhadap tegur, kritik dan kecam rakan bukan Islam kita terhadap kita yang berkaitan dengan syarak. Amal ma'ruf dan nahi mungkar adalah benda wajib, bukan benda harus atau sunat.

Tegur kadang-kadang perlu ada lembut dan kadang-kadang perlu ada tegas. Tegur kadang-kadang si A perlu dengan nada tegas dan si B pula dengan lembut dan kadang-kadang si B pula perlu tegas dan si A dengan cara lembut. Mesti ada Abu Bakar dan mesti ada Omar. Kedua-duanya perlu dan boleh seiring.

PAS perlu kembali tegas dan perlukan juga seorang Omar memimpin ahlinya, bukan hanya Abu Bakar. Abu Bakar dan Omar perlu seiring.

Kalah menang adalah hak Allah, tetapi mati itu adalah pasti dan semua manusia akan mati, baik ahli PAS, umno, DAP, Gerakan. Baik Melayu, Cina dan India semuanya akan mati. Jangan sudah mati baru tahu Islam itu adalah benar dan Melayu itu tiada nilai disisi Allah SWT.

Khamis, Februari 10, 2011

HARAP DAP KALAH DALAM PRU 13.

Dalam banyak-banyak isu, hamba hendak ketengahkan isu ini. Bukan takat ketengah, tetapi hendak hentam cukup-cukup. Isu apa yang hendak dihentam cukup-cukup? Sudah pasti isu valentine.

Ada ka patut, ada golongan bukan Islam, hendak sibuk-sibuk tidak membenarkan satu kumpulan Islam hendak melaksanakan amal ma'ruf, nahi mungkar pada hari menyuruh umat manusia bercinta-cinta dengan bukan mahram. Memang cap ayam betul.

Ustaz Nasaruddin, dengan penuh ikhlas dan penuh tawaduk hendak melaksanakan program mencegah umat Islam dari membuat perkara maksiat, ada pula rakan dan lawan hendak mengutuk dan menghalangnya. Pemuda PAS hendak mencegah zina, arak dan pergaulan bebas, tetapi cap ayam DAP dan Gerakan mengutuknya pula.

Inilah dia golongan yang memang mengamalkan politik sekularisme, memisahkan agama dari politik. Kerana apa hamba kata begitu, kerana hamba penuh yakin, pihak DAP berkata begitu kerana takut pengundi muda yang menyokong PR yang suka dengan perkara hedodisme ini, tidak mengundi DAP.

Mereka kata Ketua Pemuda PAS otak sempit, sebenarnya, merekalah otak sempit lagi kayu kerana menganggap moral polising adalah satu perkara yang tidak boleh dilaksana. Apa punya kes ini?

Jika beginilah perangai puak-puak DAP, minta maaflah hamba hendak membantu pihak tuan pada pilihanraya akan datang. Sorry! Biar Tok Guru Presiden mengarahkan membantu DAP, minta maaf hamba akan laksanakan. Pedulikan apa kawan-kawan dari PR hendak kata, biarkan apa yang ahli PAS hendak kata pada hamba, jika DAP tidak menghormati Islam, sampai kiamat hamba tidak akan membantu mereka. Dan hamba akan doakan mereka kalah seperti hamba doakan puak-puak umno kalah.

Diharap pihak pemuda PAS sedar, bahawa kemenangan didalam perjuangan, bukan terletak kepada toleransi yang melampau terhadap rakan-rakan kita, tetapi kemenangan dalam perjuangan, adalah dari ketentuan Allah SWT. Jika Allah benarkan, maka akan menanglah kita. Dan kebenaran Allah itu ada syarat-syaratnya. Jikalau perangai ahli PAS adalah seperti perangai ahli Parlimen Shah Alam, hamba yakin, bukan itu kemenangan bersyaratNya.

Fikir fikirkan,.......

Jumaat, Februari 04, 2011

DEMO KECIL MENYOKONG REVOLUSI MESIR DI BATU ENAM

Baru sebentar tadi, selepas solat Jumaat, jemaah di Batu Enam, Kuala Terengganu membuat demonstrasi kecil di depan pasar batu enam. Lebih kurang 300 orang telah bersama-sama berkumpul pada demonstrasi itu. Tunjuk perasaan ini dibuat bagi menyokong revolusi yang berlaku di tanah bumi Arab. Satu ceramah kecil telah dibuat pada demonstrasi aman itu. Diharap, revolusi yang berlaku di Mesir, Tunisia, Jordan dan Yaman adalah revolusi Islam, bukan hanya semata-mata revolusi perut.

Para pendemo sedang berkumpul didepan Pasar Batu Enam.


Sepanduk-sepanduk dinaikkan semasa demo aman tadi.

Sepanduk yang paling mengancam.

Sokongan umat Islam Malaysia di bumi Mesir.

Wakil dari dewan pemuda membuat ucapan berapi.

Harap ada juga rakyat Malaysia bersama-sama pendemo di Mesir.

'Anjing Israel'. Ayat yang tepat dituju kepada Hosni Mubarak.

Tolong bunyi hon tanda sokongan!

Bacaan doa oleh YDP Kawasan Kuala Nerus untuk penutupan demonstrasi kecil ini.

Khamis, Februari 03, 2011

REVOLUSI MESIR SEDANG DIGANGGU. -LANGSUNG

Perang antara penyokong revolusi rakyat Mesir dengan SB-SB Mesir sedang berlangsung sekarang ini. Askar Mesir sedang menghalakan peluru-peluru hidup terhadap para demonstrasi anti kerajaan.

Sila ke laman ini untuk perkembangan secara langsung. Doakan Mesir berjaya melaksanakan revolusi kearah negara Islam yang utuh. Takbir!!

Selasa, Februari 01, 2011

GAMBAR PERJALANAN KE TERENGGANU.

Dibawah adalah gambar-gambar perjalanan hamba sekeluarga ke Batu Enam, Kuala Terengganu....


Berhenti makan di Kelulut, Marang.

Cantik,betul-betul tepi pantai.

Ombak besar.

Tunggu makanan sambil angin pantai bertiup kencang.

Habis, kenyang.

Tempat makan betul-betul tepi pantai.

Lepas makan, solat Asar-Zohor jamak Ta'khir.

Asma-ul-Husna. Pelajar-pelajar dalam masjid. Hamba baru selesai solat.

Menara masjid. Masjid Ayah Chik, Rusila.

Trafik sesak. Bandar Kuala Terengganu

Bersambung ......