Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Januari 31, 2011

PENGUNDI MELAYU TIDAK BODOH, MALAH SEBENARNYA CERDIK.

Bercadang ke Terengganu untuk merilekskan pemikiran yang serabut di pejabat. Tetapi apabila melihat kepada keputusan di Tenang, maka hati yang hendak ditenangkan itu tidak menjadi tenang. Pemikiran hamba melalut berfikir bilakah umat Melayu hendak berubah fikiran kearah revolusi politik yang lebih cerdik, ataupun mereka sebenarnya memang cerdik?

Namun apabila difikir-fikirkan, hamba yakin bahawa Allah SWT mempunyai perancangan yang tersendiri kepada jemaah Islam dari konteks perjuangan. Sesuatu peristiwa yang berlaku, ianya pasti mempunyai pengajaran-pengajaran yang tersurat dan tersirat.

Apa yang pasti, kekalahan PAS di Tenang adalah kerana orang Melayu tidak mengundi PAS. Diulangi, orang Melayu tidak mengundi PAS, bukannya tidak menyokong PAS. Dan ianya ada banyak sebab mengapa orang Melayu menyokong PAS, tetapi tidak mengundi PAS.

PAS memberi kehidupan Islam untuk rakyat, manakala umno memberikan duit kemewahan sementara kepada pengundi. Maka,bagi pengundi di atas pagar, bagi konteks pilihanraya kecil, mereka lebih suka kepada duit kemewahan sementara yang diberikan.

Ahli PAS mesti berfikiran bahawa pengundi Melayu atas pagar bukannya bodoh dan jahil, mereka ini sebenarnya berfikiran 'selamat'. Selamat dari segi wang ringgit dan kesenangan kehidupan. Orang Melayu tidak kaya, mereka juga tidak miskin, mereka ini adalah golongan pertengahan yang hampir dekat dengan miskin. Sebahagian dari mereka. Jadi, mereka akan fikirkan periuknasi mereka dahulu sebelum mereka memangkah.

Contohnya, dari segi konteks pilihanraya kecil, orang Melayu akan berfikir lebih kearah jangka masa pendek. Mereka tahu, prk tidak akan mengubah apa-apa kepada kerajaan sebuah negeri atau negara. Kalah atau menang prk Hulu Selangor, prk Galas dan prk Tenang, Pakatan Rakyat sebenarnya tidak dapat memberikan apa-apa perkara yang besar kepada mereka. Pengundi Melayu ini tahu. Dan mereka juga berpendapat, dengan mengundi BN juga sementara waktu, maka mereka akan menjadi 'kaya' sebentar dari kesempitan hidup.

Contohnya, satu saluran 2 di Hulu Selangor, yang tidak pernah kalah dari pru 1999, ke pru 2004 dan pru 2008, semuanya menang untuk undi Barisan Alternatif ketika itu, tetapi kalah dengan teruk pada prk Hulu Selangor pada 25 April 2010.

Satu post mortem telah dibuat untuk melihat mengapa orang muda beralih arah untuk mengundi seorang India MIC yang bukan anak Hulu Selangor, namun jawapannya ialah, majoriti pemuda masih kepada menyokong PR, tetapi mereka mengundi BN kerana 'kemewahan' yang diberi dan dijanjikan adalah terlalu lumayan. Lagipun, jika PR menang pun, bukannya dapat mengubah pentadbiran Malaysia. Inilah pemikiran mereka.

Maka jika ahli-ahli PAS beranggapan bahawa pengundi Melayu tidak cerdik dan bodoh, maka sebenarnya tidak, pengundi Melayu sebenarnya adalah pandai, mereka pandai untuk hidup mengenyangkan perut mereka yang sentiasa lapar kerana tidak kayanya mereka...

Sabtu, Januari 29, 2011

KE TERENGGANU

Hari ini hamba sekeluarga akan ke batu enam, singgah di Kuantan dahulu. Pinggan terasa sakit, namun kerana teruja sesangat hendak ke Terengganu, maka kesakitan ini terasa begitu tersamping sekali.

Jumpa disana......

Rabu, Januari 26, 2011

ADA YG TIDAK FAHAM MENGAPA DUN SELANGOR DIGEMPARKAN.

Hamba terperasan terdapat segelintir rakyat Selangor yang masih kabur apa yang berlaku sebenarnya di dalam peristiwa sidang DUN tergempar di negeri Selangor tempoh hari. Ada yang kata buang masa, ada yang kata tidak mahu khusrin punya pasal dan ada yang kata bukan untuk kembalikan kuasa kepada Sultan pun.

Untuk mencerahkan sedikit mata rakyat-rakyat Selangor yang masih kabur dengan peristiwa meminda atau mengembalikan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959, maka silalah baca di sini.

Diharap dengan bacaan itu, akan dapat 'menyegarkan' ingatan dan akal untuk menghadam peristiwa yang bersejarah ini bagi negeri Selangor. Selamat membaca..... :D

Isnin, Januari 24, 2011

SIDANG DUN TERGEMPAR; ADAKAH ISTANA TERLIBAT?

Melihat suasana politik negeri Selangor akhir-akhir ini, terdapat satu perkara yang terlintas difikiran bahawa terdapat satu perancangan untuk mengembalikan kuasa Sultan dalam isu-isu pentadbiran kerajaan negeri. Maksud di sini bukannya dirancang oleh orang-orang politik, tetapi dirancang dari pihak istana sendiri.

Peluang untuk mengembalikan kuasa Sultan terbentang luas apabila isu perlantikan SUK telah dimainkan oleh pihak umno. Hamba yakin, pihak istana memang jelas nampak bahawa perlantikan baru SUK Kerajaan Negeri Selangor memang telah dirancang oleh umno untuk memporak perandakan kerajaan negeri, dan pihak istana juga tahu pasti pihak Pakatan Rakyat yang memegang kuasa Kerajaan Negeri akan melakukan sesuatu untuk memastikan perlantikan SUK ini dibatalkan.

Maka, dengan 'tiba-tiba', setelah berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, idea untuk meminda kembali undang-undang negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik SUK, Pegawai Undang2 dan Pegawai Kewangan Negeri muncul.

Suasana 'gaduh' antara umno dan PR telah dapat dikesan oleh pihak istana dan mungkin juga pihak istana ingin 'mencuba' nasib agar satu sidang tergempar DUN Selangor akan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam isu ini. Nampak gaya, seperti PR telah menjalankan kerja bagi pihak istana agar perkara ini berjaya dilakukan.

Dan mungkin juga, pihak istana ingin melihat perangai umno, adakah benar mereka ini ingin mendaulatkan Sultan mereka seperti yang sentiasa dilaung-laungkan, tetapi, setelah melihat sidang DUN tergempar hari ini, menampakkan sifat umno yang sebenar terhadap istana, iaitu pihak umno seperti dahulu, hanya mempergunakan istana untuk kepentingan politik mereka, bukannya ikhlas untuk mendaulatkan Sultan.

Ahad, Januari 23, 2011

ISU PORNSTAR SOI LEK BERKENAAN SALAM LAKI PEREMPUAN. ADAKAH SECARA KEBETULAN?

Hamba diajar oleh ustaz-ustaz yang selalu ceramah di masjid agar sentiasa berfikir dan ambil iktibar dari sebarang peristiwa yang berlaku dalam hidup kita. Baik buruk atau cantik peristiwa yang dilalui, kita wajib berfikir dan mengambil akal akan peristiwa yang ditempuhi. Ini kerana setiap peristiwa kehidupan yang Allah turunkan, mesti mempunyai hikmah disebalik kejadian itu.


Sedangkan kejadian anjing menyelongkar tong sampah didepan rumah ada cerita disebalik kejadian, apalah lagi cerita sensasi seantorio Malaya berkenaan pornstar Cina MCA yang mulut celupar menghina muslimat yang tidak bersalam dengan lelaki bukan mahramnya.


Ada sebab Allah jadikan peristiwa lelaki penzina dengan perempuan jalang dijadikan ketua segerombolan bangsa Cina mengeluarkan kata-kata jahat lagi mungkar berkenaan beliau menghina perbuatan seorang muslimah yang berpegang kepada hukum Allah.


Kita janganlah berfikir sangat kepada lelaki Cina ketua kepada segerombolan Cina yang berlakon cerita lucah itu kerana memang perangai beliau adalah seorang yang suka buat maksiat, maka adalah menjadi tanggungjawab dia agar orang disekelilingnyapun melakukan perkara maksiat seperti beliau.


Apa yang hendak difikirkan ialah isu yang telah diketengahkan oleh masyarakat disebabkan oleh mulut kotor beliau. Isunya ialah bersalam diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dikalangan umat Islam.


Sedar tidak sedar, hukum bersalam diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram. Tiada harus, tiada makruh. Haram adalah hukum tunggalnya. Tiadanya isu 'terpaksa' bersalam agar orang yang menghulur salam tidak jatuh air muka, yang hamba pun terkadang-kadang 'terpaksa' salam kerana tidak mahu jatuhkan air muka yang menghulur. Hamba berdosa.


Budaya tidak kisah bersalam lelaki perempuan dikalangan umat Melayu terutama didalam sesebuah majlis keluarga supupu sepapat dan juga majlis perkahwinan adalah telah menjadi perkara biasa terutama golongan masyarakat di sebelah pantai barat. Lelaki ajnabi bersalam dengan sepupu perempuannya adalah satu perkara 'biasa'.


Kadang-kadang lelaki 50-an yang menganggap dirinya 'pakcik' dengan selamba bersalam dengan anak-anak sepupunya yang dara-dara dengan menganggap dirinya adalah orang tua dan anak sepupunya mesti hormat kepadanya dengan cara bersalam. Padahal mereka itu adalah bukan mahram, dihalalkan berkahwin dan haram bersentuh diantara mereka. Apalagi bersalam.


Tiadanya pengetahuan tentang pengharaman bersalam diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi telah mengkusutkan masyarakat di Malaysia. Jika umat Islam sendiri terkeliru dengan hukum haramnya bersalam lelaki dan perempuan ajnabi, apalagi bagi masyarakat bukan Islam.


Jadi adakah salah 100% lelaki pornstar itu mengetengahkan isu muslimat tidak mahu bersalam dengan lelaki ajnabi, sedangkan orang Melayu Islam disekekelilingnya dengan selamba bersalam lelaki perempuan?

Sabtu, Januari 22, 2011

PELAKON LUCAH MAHU AJAR MUSLIMAT BERSALAM?

Pelik tetapi benar. Seorang pelakon cerita lucah telah menghina seorang muslimat kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki ajnabi telah disensasikan di media ke tahap gaban. Apa punya kes? Sudah tahu dia itu seorang penzina, biarkanlah dia dengan watak peter porn beliau yang memang rosak akhlak dan kotor akal itu.

Apabila sesuatu kelompok telah menganugerahkan seorang kaki ranjang dengan betina lain dan dibuktikan dengan VCD lucahnya menjadi ketua kepada kelompok itu, maka inilah ceritanya. Seorang yang kufur kepada Allah, dan berbuat maksiat ke tahap syaitan, maka apakah yang anda sekelian akan fikirkan yang akan beliau lakukan untuk memenangkan kawan-kawan sekelompoknya untuk berkuasa diatas tanah yang sebesar kangkang kera itu?

Tolonglah wahai rakan-rakan seperjuangan Islam. Berlawan dengan api, kita juga perlu berlawan dengan api. Tetapi api yang kita gunakan bukannya api itu sendiri, tetapi air, untuk memadamkan terus api yang hendak menyerang kita itu. Semburkan air dari telaga bomba kuning itu ke arah beliau sehingga beliau tersungkur jatuh rebah akibat dari simbahan air yang kuat tekanannya. JANGAN kita bertahan dengan rumput rampai yang kering. Tetapi kita serang dengan air.

Tidak perlu takut, tidak perlu gusar dengan karenah pelakon lucah yang tidak sedar diri itu, kita berada didalam landasan perjuangan yang betul, lurus dan menuju redha Allah. Kita yakin Allah akan membantu kita jika kita membantu agama Allah. Apa pula maksud membantu agama Allah? Maksudnya kita berjuang menegakkan hukumnya, berjuang meletakkan hukum hakam Islam itu dilandasan yang sebenarnya. Berdiri teguh sebagai undang-undang hidup seluruh manusia didunia. Kerana hukum itu milik Allah, bukan milik kita untuk disimpan diperpustakaan didalam buku-buku sebagai hanya bahan rujukan pembelajaran.

Hukum Allah jangan dipersendakan. Perlu ditegakkan. Dengan darah dan kudrat tubuh. Salam lelaki perempuan ajnabi adalah HARAM! Jangan memperlekehkan hukum yang sudah tetap itu. Walau bersarung tangan, bersalam lelaki dan perempuan ajnabi adalah haram hukumnya.

Ketahuilah bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.” (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)

Selasa, Januari 18, 2011

APABILA SI PENAKUT BERLAGAK BERANI.

Apabila sipenakut berlagak berani, maka lagak beraninya dibuat-buat dengan cara mengutuk-ngutuk. Kutuk sana, kutuk sini, kutuk tepi, ketuk belakang dan kutuk depan kepada sipencabarnya.

Sudahlah mengutuk-ngutuk, ditambahkan lagi dengan cara berlagak sombong macam bagus terror ke tahap gaban, namun tatacara berlagak bagus lagi mengutuk sipencabar itu, menampakkan sangat insan itu sebenarnya penakut lagi kecut perut ke tahap ketam.

Siketam, dari jauh, nampak macam bahaya, dengan kepitnya yang besar, mengetip-ngetip ketipnya agar berbunyi menakutkan orang, tetapi apabila dekat, ketam itu terus cabut masuk dalam lubang.

Nampak gayanya ramai yang membodek-bodek ketam yang penakut itu. Membodek ada makna. Selagi kertas tisu ada dalam kotak, maka selagi itu siketam akan dikipas-kipas oleh hidung-hidung yang meleleh-leleh hingus kotornya, agar siketam perasan bahawa beliau adalah sebagus dengan bininya, yang asyik merayap di laut Arab.

APABILA AYAM MENASIHATI LEMBU..

Apabila ayam mengajar lembu, maka kambing akan berasa hati.

Walaupun hati lembu lebih sedap daripada hati kambing, namun kambing tetap berasa hati kerana tidak menyangka sang ayam sanggup mengetepikan kambing untuk berurusan dengan lembu.

Terdapat banyak kes dimana ayam-ayam ini wujud dinegara ku. Negara kotak tisu. Kotak tisu hanya berguna ketika didalamnya ada tisu, tetapi akan dikoyak rabak apabila helaian tisu itu sudah habis.

Bermaksud tisu yang lembut lagi lembik itu adalah lebih penting dari kotak yang keras dibuat dari kadboard. Maka apalah salahnya jika ayam berasakan beliau layak untuk menasihat lembu. Walaupun silembu itu tidak faham apa yang dinasihat oleh siayam.

Oleh itu, sikambing janganlah berasa hati kepada ayam dan juga lembu kerana fitnah-fitnah kebiasaan mengatakan kambing bahaya untuk insan berdarah tinggi. Mungkin lembu tidak faham bahawa lembu juga adalah bahaya kepada insan berdarah tinggi, kecuali ayam. Sebab ayam pandai menasihati lembu.

Ayam, kambing dan lembu tidak dapat dipisahkan di negara kotak tisu ini. Mungkin kerana tisu itu tidak pernah digunakan oleh ketiga-tiga ekor binatang itu, disebabkan negara kotak tisu mempunyai vaksin penyakit kuku, maka tidak perlulah digunakan helaian tisu itu kerana tiadanya hingus meleleh pada lubang hidung. Maka, tidak berguna jugalah isi didalam negara kotak tisu itu, kerana tisu pun tidak digunakan ..... :)

Isnin, Januari 10, 2011

ALLAHYARHAMAH MAK NDAK, SATU DALAM SEBILION....

Kematian adalah satu kemestian. Jika kita tidak mengingati mati, kita tetap akan mati, jika kita sentiasa mengingati mati, mati tetap akan dirasai, jika kita takut mati, mati tetap akan dilalui dan jika kita memang hendak mati, maka akan mati jugalah nanti.

Jam 8.30pagi, seorang insan yang hamba kenali baru meninggal dunia. Namanya Norhayati. Panggilan anak-anak hamba kepadanya adalah Mak Ndak. Usia lewat 30-an. Beliau adalah pengasuh anak kami. Sudah 4 tahun arwah menjaga anak kami ketika kami bekerja dan ketika kami perlu melakukan tugas-tugas.

Arwah telah mengasuh anak kami seperti mana beliau mengasuh anaknya sendiri. Tidak pernah seumur hidupnya, arwah menolak untuk kami menghantar ke rumahnya untuk menjaga anak-anak kami. Rasa sayang arwah kepada anak kami adalah terlalu tinggi dan rasa sayang anak-anak kami terhadap arwah juga amat tinggi.

Satu dalam sebilion, itulah yang hamba dapat ungkapkan kepada arwah kerana jasanya menjagai anak-anak kami. Susah hendak dicari ganti. Terasa sungguh kehilangan arwah sehingga kesaat ini. Kerana tanpa pertalian keluarga, arwah telah menjagai anak kami seperti anaknya sendiri.

Selamat tinggal Mak Ndak Jannah dan Iman ucapkan. Semoga rohnya akan dirahmati Allah dan Syurga adalah rumah beliau yang baru....... kami masih dalam keadaan bersedih.....

Jumaat, Januari 07, 2011

APA GUNA BANGSA JIKA TIADA ISLAM?

Jika kita mati dan kembali 'sedar dari mimpi', barulah kita tahu bahawa kehidupan didunia ini hanyalah sebuah buaian mimpi yang palsu. 'Hidup' yang kekal adalah di akhirat.

Setelah kita mati, maka kita akan berada di alam yang lebih lama dari alam hidup, iaitu alam kubur. Maka didalam kubur nanti, adakah terdapat nas-nas dari Al-Quran dan Hadith-hadith dari Rasulullah SAW pertanyaan mungkar nangkir tentang bangsa kita di dunia dahulu? Memang sah tiada!

Malaikat mungkar nangkir tidak akan bertanya kepada kita, 'Apakah bangsa mu?'. Malaikat tidak akan bertanya, 'Apakah ketuanan mu?'. Tidak, tidak. Malaikat tidak akan bertanya hal itu. Tetapi malaikat mungkar nangkir akan bertanya, 'Apakah agama mu?', Siapakah Tuhan mu?' Siapakah Rasul mu?'.

Jika semasa hayat di dunia, kita asyik-asyik dengan semangat bangsanya, asyik-asyik dengan perjuangan ketuanan bangsanya, adakah insan itu akan dapat menjawab 'Islam agama ku'? 'Allah tuhan ku'? dan 'Muhammad rasul ku'?

Padahal Islam melarang keras umatnya berassobiyah. Menbanding-banding dan membangga-bangga akan bangsanya. Rasul mengharamkan perkara-perkara assobiyah. Dan Allah akan menghukum manusia-manusia yang hidup dengan fahaman kebangsaannya.

Tidak belajar lagikah insan-insan yang Islam, bahawa kemusnahan empayar Khalifah Islam adalah berpunca pihak kafir melaga-lagakan umat Islam dengan isu bangsa mereka. Pihak kafir telah mencucuk jarum kepada pihak Arab di semenanjung tanah Arab untuk menjatuhkan khalifah Islam Othmaniah yang berbangsa Turki.

Sedarlah wahai umat Islam, Islam sudah tiada negara. Malaysia ini bukannya sebuah negara yang mendaulatkan Islam itu sebagai pemerintah negara. Malaysia adalah sebuah negara yang Neo-sekular.

Undang-undang Islam yang sangat terhad yang dipegang oleh negeri-negeri yang membentuk negara Malaysia hanyalah kosmetik lakonan puak-puak kebangsaan untuk terus mengabur dan menipu bulat-bulat umat Islam agar mereka yang jahat ini terus memerintah negara.

Hukum hudud yang sepatutnya menjadi ASAS kepada undang-undang sudah menjadi begitu asing kepada umat Islam sendiri akibat dari sindrom-sindrom pendidikan yang diserap kepada umat Islam agar lupa dan jahil tentang undang-undang asas ini. Hudud dan puasa, ianya satu pelengkap dalam surah Al-Baqarah diduduki bersebelah-belahan di dalam Al-Quran menunjukkan kewajiban untuk melaksanakannya adalah sama. Tiada yang lebih utama. Sama-sama ianya utama.

Jadi adakah dengan adanya Jabatan-jabatan Islam di negeri-negeri Malaysia, akan membuatkan negara Malaysia ini menjadi sebuah negara Islam. Jawab hamba mudah sahaja, ianya hanya sebagai kosmetik puak-puak sekularis dan kebangsaan, untuk menipu dan mengabur mata umat Islam. Agar sentiasa tidur dan lupa bahawa umat Islam sudah tiada Khalifah untuk memimpin, sejak dari 3 Mac 1924 dahulu......

ANAK HAMBA SUDAH KE SEKOLAH PASTI.

Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk. Maklumlah, anak-anak baru bersekolah.

Anak hamba yang pertama dan kedua, sudah masuk sekolah PASTI. Sekolah PASTI Rasa Sayang. Lebih kurang 900 juga hamba menghabiskan duit untuk pendaftaran kedua-dua anak hamba. Seorang 5 tahun dan seorang lagi 4 tahun. Belum ditambah alat kelengkapan tulis dan beg sekolah.

Namun, yuran bulanannya agak murah, RM70 sebulan. Basic. Jika hendak tambah pendidikan aritmatik, hamba kena top up RM40 lagi. Ok le tu..

Namun yang peliknya, hari pertama, kedua dan ketiga, anak-anak hamba tidak menangis untuk pergi ke sekolah, tetapi pada pagi tadi, anak kedua hamba menangis pula. Menangis kerana mahukan ayahnya duduk bersama didalam bilik darjah. Alhamdulillah ustazah disana pandai memujuk. Maka sekejaplah sahaja sesi menangis anak hamba. Dan alhamdulillah juga, kakaknya ada untuk menjaga adiknya.

Seronok melihat anak-anak memakai baju hijau muda PASTI,.... comel..

Peace! Inilah dia budak yang menangis pagi tadi... Kakak di belakang senyum-senyum tu.

Peace lagi. Iman dan kakak Jannah dengan opahnya pergi ke PASTI. Ini hari kedua. Opahnya sanggup datang untuk lihat cucunya pergi ke sekolah PASTI.

Selasa, Januari 04, 2011

KHUSRIN PUNYA PASAL, KECOH SATU MALAYA.

Khusrin punya pasal, kecoh satu Malaya.

Apa punya kes cerita cap ayam ini. Kerja kakitangan kerajaan dicampur aduk dengan politik. Ada masuk campur puak umno, ada masuk campur puak PR. Yang perlu masuk campur semestinyalah puak PR kerana mereka yang memerintah, tetapi yang ajaibnya, puak umno yang pembangkang pun masuk campur guna kuasa pusat yang dipegang. Elok benor le tu.

Satunya yang pelik, betapa ramai pegawai kerajaan yang jursa A di Selangor ini, dipangkah habis-habisan oleh bekas Pengarah JAIS yang hanya jursa C. Itupun dinaik ke jursa B sebab hendak jadi SUK.

Lagi pelik ialah sistem perlembagaan di Malaysia ini. Begitu kabur! Dan jika tidak kabur pun, begitu merapu ke tahap space cop gaban.

Apa punya kes, SUK kerajaan negeri, dilantik terus oleh SPA Pusat, tanpa melalui negeri? Yang hendak bekerja adalah negeri, yang pusat dok sibuk mengapa? Itupun nasib baik Selangor baik hati beri bulat-bulat Kuala Lumpur kepada Pusat, kalau tidak, Pusat hendak memerintah dimana?

Siapalah yang mengubal undang-undang itu sebegitu rapuh lagi longgar dan kelam-kabut.

Beginilah hamba buat contoh, ada seorang manusia, bercinta dengan si A, tetapi, jiran sebelah paksa manusia seorang ini kahwin dengan si B, anak dia. Mestilah mengamuk sampai tak sudah si manusia itu. Apa? Adilkah sijiran sebelah mengada-ngada hendak masuk campur hal kahwin nikah jiran sebelah dia. Lagi tidak masuk akal jika telah dimaktub dalam undang-undang membenarkan campur tangan jirannya untuk menyibuk hal ehwal kehidupan si manusia itu.

Sudahlah itu teruk, malah ada segerombolan manusia kata, jiran dia yang betul sebab ikut undang-undang mengarut itu. Malah mengatakan si manusia itu pula yang tidak reti undang-undang.

Inilah dia bercelarunya undang-undang dibuat manusia. Memang kelam-kabut. Sudahlah undang-undang Allah mereka kata out dated, ini, ha! Apa cerita? Lagi merapu ketahap ketam!

Hamba tidak kisah jika Khusrin itu adalah kakitangan kerajaan yang baik lagi efisien. Tetapi yang merepeknya, beliau itu sendiri yang mengkelam-kabutkan keadaan. Semasa di JAIS, buat perangai serupa umno. Siapa suruh? Kemudian menafikan dengan muka seposennya, yang nampak sangat hipokrit! Kan ke nampak jelas dia ini main politik bertopeng kakitangan kerajaan.

Tolonglah, jangan hendak buat cerita dongeng mengatakan beliau bertindak melalui arahan SPA, jangan hendak berbohonglah. Nampak jelas lagi bersuluh menggunakan mentol 4000KVA, yang beliau ini dilantik oleh umno melalui tangan-tangan ajaib pusat. Kasihan hamba melihat pegawai kerajaan dipermainkan oleh para politikus yang inginkan sangat kuasanya di Pusat kekal hingga kiamat. Mana tidaknya, masyuuk..... siapa tak nak?