KES HASSAN ALI; PAS SELANGOR DAH MACAM UMNO KO?

Ini cerita Hassan Ali di MalaysiaKini minggu lepas. Cerita berkenaan kononnya Dr Hassan Ali tidak akan bertanding kembali di DUN Gombak Setia atau mana-mana DUN di Selangor (baca disini). Hamba orang Selangor. Mengundi di Selangor. Ahli PAS seumur hidup di Selangor. Maka hamba memang layak untuk komen tentang perkara ini.

Samada MalaysiaKini main isu, atau memang Saari Sungib tidak tahu bermain kata-kata, atau memang team PAS Selangor sekarang sangat tidak suka Dr. Hassan Ali (terutama Pesuruhjaya 3 Selangor) bertanding lagi di Selangor. Nampak gaya sudah ada puak-puak yang dicipta sendiri oleh pemimpin PAS Selangor.

Hamba yakin, jika Dr. Hassan Ali bertanding, beliau akan menang. Kerana orang PAS pasti akan mengundi calon PAS, orang atas pagar di Selangor 60% akan kearah Pakatan Rakyat dan orang umno pun, memang senang dengan Dr. Hassan Ali.

Maka mengapa Dr. Hassan Ali tidak mahu dicalonkan, hamba tidak nampak kenapa? Beliau adalah calon yang boleh menang. Beliau adalah seorang bekas pemimpin PAS Selangor. Beliau adalah seorang yang begitu istiqomah dalam menegakkan Islam. Beliau adalah sungguh lantang dengan anasir yang boleh menjahanamkan Islam. Oleh itu, kenapa beliau tidak boleh dicalonkan lagi?

Hanya semata-mata namanya tidak cukup korum daripada cawangan? Hanya semata-mata nama beliau ada sinonim dengan 'berkahwin' dengan umno walau mereka tahu ianya hanya fitnah. Ataupun hanya kerana marah dendam kesumat seseorang, atau dua orang yang tidak berpuas hati dengan Dr. Hassan Ali kerana digugurkan dari kepimpinan PAS Selangor, satu ketika dahulu.

Nampak gaya, hamba lihat, PAS Selangor telah dalam keadaan agak kelam. Isu tikam menikam seperti baru sahaja hendak dibiak oleh PAS Selangor. Hendak salahkan orang Selangor atau hendak salahkan 'seorang' Johor? Gaya-gayanya, jika menang pun PAS Selangor di PRU13 nanti, adakah ianya akan diberkati Allah SWT?

Ulasan

serbanhijau berkata…
Ana setuju dengan pendapat anta. Kenapalah mudah sangat Pas Selangor terpengaruh dengan fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh UMNO kepada Dr. Hassan Ali. Beliau seorang yang istiqomah dalam perjuangan Islam di Selangor. Ana juga orang Selangor. Ana pernah berjumpa dengan beliau dan sangat mengenal sifat peribadi beliau. Marilah muhasabah Pas Selangor, jangan berpecah belah macam UMNO.
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum, saya tertarik dgn ulasan anda mengenai artikel dato hassan ali ini. Saya merupakan antara ribuan rakyat yg mengiringi yb dato ketika hari penamaan calon dan juga bersama sama rakyat yang lain bermandi embun di padang sek sungai pusumenunggu keputusan rasmi dun gombak setia dan beberapa dun lagi di parlimen Gombak.
Saya amat terkejut dengan ulasan yb Saari Sungib mengenai ketidakcukupan kuota yb dato untuk kembali bertanding di Gombak Setia..saya kuatir ulasan yb saari sungib ini sebenarnya mewakili suara pimpinan atasan PAS negeri yang sememangnya diketahui umum dingin hubungannya dengan yb dato..Mengapa persoalan ini tidak ditumbulkan bila mana yb dato dipaksa oleh pimpinan pusat untuk bertanding di gombak setia pada 2008 untuk mengantikan al fadhil ustaz Ismail Kamus yang uzur..?
Di sini ingin saya nyatakan bahawa yb dato hassan ali amat komited dalam tugas beliau sebelum pilihanraya dan selepas kemenangan pilihanraya 2008. Faktor kemenangan pas di SELANGOR adalah kerja keras beliau sebagai pesuruhjaya PAS negeri merencana strategi yang berkesan selain daripada mood perubahan rakyat waktu itu. Saya masih ingat lagi, saban hari dan saban malam beliau tanpa jamu menjelajah seluruh negeri SELANGOR bagi mempromosi calon calon PAS DAN PAKATAN kepada rakyat tempatan. Beliau bijak mempengaruhi rakyat untuk mengundi PAS. Saya tidak lupa, malam malam terakhir seblum pru 2008, SUARA BELIAU SUDAH SERAK DAN HAMPIR TIDAK MENGELUARKAN SUARA. Inilah perjuangan beliau yang amat saya sanjung dan kenang sepanjang hidup saya. Saya ingin tanya adakah yb khalid samad yang hanya pandai bercakap sanggup berkorban seperti yb dato?
Pimpinan PAS NEGERI HARUS INGAT JASA-JASA YB DATO YANG TIDAK TERNILAI ITU! TTLGLAH!
Percayalah, dengan pengguguran yb dato hassan sebagai calon, percayalah, bukan hanya dun gombak setia yg akan kalah bahkan selangor akan kembali ke pangkuan BN.percayalah, akan ramai ahli ahli pas teutamanya golongan muda seperti saya akan terus meninggalkan perjuangan pas buat selamanya, yb dato hassan idola kepada generasi muda seperti saya..lihatlah program program tarbiah untuk golongan belia rancak dilaksanakan seperti smart solat, kem motivasi pelajar dan sebagainya diadakan di gombak setia dengan percuma atau dengan kos yang paling minima.saya pasti dun dun lain tidak mampu m enandingi dun gombak setia dari segi tarbiah untuk golongan muda.
Buat pimpinan tertinggi negeri, muhasabalah diri anda masing masing dan tolonglah korbankan kepentingan diri sendiri demi kepetingan umat islam keseluruhannya.
Takbir,
Wassalam,
Penyokong tegar dun gombak setia
Tanpa Nama berkata…
Percayalah, dengan pengguguran yb dato hassan sebagai calon, percayalah, bukan hanya dun gombak setia yg akan kalah bahkan selangor akan kembali ke pangkuan BN.percayalah, akan ramai ahli ahli pas teutamanya golongan muda seperti saya akan terus meninggalkan perjuangan pas buat selamanya, yb dato hassan idola kepada generasi muda seperti saya (Ini adalah kata-kata syirik... Allah yang menentukan semuanya bukan kamu atau Hassan Ali)
Tanpa Nama berkata…
Ana tak setuju dengan pendapat antum. Kenapa antum semua buruk sangka dngn pimpinan Pas Selangor?Mana akhlak antum dalam berjemaah?Nampak sangat antum bukan jenis orang yang ikut kuliah dan usrah..Kalau tak antum tak kan buat tuduhan macam ni..Antum tahu dalam jemaah kita kena walak atas apa yang diputuskan oleh pimpinan?..Kalau Hasan Ali tak dapat jadi calon jangan kecewa dlm prjuangan kita dlm Pas untuk Islam.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?