HUDUD: MELAYU PUN TAKUT.

Ini cerita sudah 2 minggu punya cerita. Cerita hukum Hudud. Kenapa tiba-tiba ianya keluar, hamba pasti kerana umno mahu perangkap PR tentang isu ini.

Apa yang hamba nampak, pihak umno hendakkan rakyat melihat bahawa PAS tidak berkeupayaan untuk melaksanakan hukum hudud didalam PR dan PAS akan gagal dalam perjuangannya menegakkan Hudud. Itu yang digembar-gemburkan oleh media.

Ok, takpelah, memang musuh PAS akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan PAS. Tetapi sebenarnya, apa yang umno dakwa dakwi itu, sebenarnya kena kepada batang hidung mereka sendiri.

Selama memerintah Tanah Melayu selama 54 tahun, mana Hudud yang dibawa oleh umno? Mana pernah umno memperjuangkan hukum Hudud terlaksana di Malaysia. Menghina dan memperlekehkan lagi adalah. Jadi, seperti yang Tuan Guru Nik Aziz kata, selagi umno ada, selagi itu Hudud akan dihalang dari dilaksana.

Maka kepada orang Melayu, yang sentiasa mengundi pihak yang memperlekeh Hudud, maka anda semua perlu berfikir kembali, parti mana yang kamu semua perlu sokong untuk tidak menanggung dosa besar ini.

Sebenarnya, orang Melayu pun takut hukum Hudud ini. Mestilah takut, kerana hukum ini pun untuk menakutkan manusia dari melakukan jenayah. Jika manusia tak takut undang-undang, jadilah seperti sekarang, perompak pencuri berleluasa, walaupun ada undang-undang. Sebab apa, sebab daging atas kepala yang buat undang-undang itu.

Lainlah hukum Hudud, Pencipta manusia yang membuatnya. Allahuakbar!!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Well said Atok, spot on. Insya ALLAH hukum Hudud ni akan tertegak juga wpun PAS berjuang sendiri tanpa dap.
ALLAHUAKBAR

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?