INGATAN PADA YANG LUPA ATAU TIDAK PERNAH TAHU

Kome semua pernah dengar sirah sahabat?

Kome semua ada pernah dengar dan membaca tentang sejarah kewafatan Rasulullah SAW?

Kome semua tahu tidak berapa ramai sahabat yang memandikan jenazah Rasulullah ketika Rasulullah wafat?

Jika tidak tahu, ada 3 orang sahabat sahaja yang memandikan jenazah Rasulullah SAW. Hanya 3. Kenapa 3? Dan siapakah yang 3 orang itu? Mereka adalah Saiyidina Ali r.a, AlFadhal Bin Abbas dan Usamah Bin Zaid r.a. (tapi ada riwayat kata 5 orang, yang penting, tak ramai)

Kemana sahabat yang lain? Kemana perginya Saiyidina Abu Bakar, Uthman dan Omar r.a? 3 sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah. Mengapa Saiyidina Abu Bakar, yang baru sahaja membuka kain selubung yang menutupi wajah Rasulullah yang baru sahaja wafat, Saiyidina Abu Bakar AsSiddiq berkata dengan penuh terharu:


“Demi ayah dan bondaku!Alangkah indahnya hidupmu dan alangkah indahnya matimu!Demi Allah!Sekali-kali tidak akan terkumpul dua kematian atas dirimu.Adapun mati yang telah ditentukan Allah bagimu,telah kau alami.Dan setelah itu takkan ada lagi kematian yang datang kepadamu buat selama-lamanya!”

Kenapa Saiyidina Abu Bakar r.a tidak terus menunggu dan terus menguruskan jenazah Rasulullah?

Sebaliknya majoriti para sahabat semuanya berkumpul bermesyuarah, berbicang sesama mereka, siapakah yang patut dan layak untuk menjadi pengganti kepada Rasulullah SAW. Bukan menggantikan Rasul, tetapi menggantikan tempat kosong ketua kepada seluruh umat Islam, iaitu Khalifah. Dan perbincangan ini dibuat semasa pengurusan jenazah Rasulullah SAW sedang dibuat.

Bermaksudnya apa disini? Apakah yang ingin diajarkan oleh para sahabat yang begitu rapat dan memang kompem masuk syurga oleh Rasulullah, berbincang melantik Khalifah yang baru, semasa jenazah Rasulullah SAW sedang dimandikan?

Ini bermaksud, dengan segala ilmu Islam yang ada dan dipelajari secara terus dari Rasulullah, para sahabat menfatwakan bahawa melantik Khalifah Islam adalah lebih utama dari memandikan jenazah Rasulullah SAW.

Apa pula maksudnya Khalifah Islam? Siapa yang patut menjadi Khalifah Islam? Perlu ada 1 atau 2 atau 3 atau banyak Khalifah Islam dalam sesuatu masa? Siapakah Khalifah Islam sekarang? Ada lagi ke Khalifah Islam pada ketika ini? Jika tiada, kenapa? Jika tiada, apa kita hendak buat?

Kome semua kena ingat satu tahun. Tahunnya adalah tahun 1924. Tarikhnya adalah 3 Mac. Ingat tarikh itu. itulah tarikh dimana Khalifah Islam telah dijatuhkan, dihapuskan, ditiadakan di muka bumi ini. Belum sampai 100 tahun. Belum sampai satu abad. Namun umat Islam sudah lupa, apa dia Khalifah Islam itu sebenarnya. Sebab itulah, walau TESCO dibuka di Kelantan, tiada orang PAS pun yang membangkang penubuhan pasaraya itu.

Sebab Tok Guru Nik Aziz bukannya Khalifah Islam, hanya seorang Menteri Besar di sebuah negeri kecil bernama Kelantan.......



Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam Atok

Well said & spot on. Memang ramai yg tak tahu bahawa kepentingan memilih khalifah adalah WAJIB, bukan sunat muakkad lagi. Fardu AIN lagi.

Kita kena istiqamah dlm perjuangan dan sama2 lah berdoa pd ALLAH di bulan Ramadhan ini agar kita kekal dalam perjuangan Islam sehinggalah di panggil kembali bertemuNYA. Amin

Najib - TTDI Jaya

P/s: Hizbut Tharir macam mana? Komen sikit
Unknown berkata…
assalamualaikum...

nak tanya sikit..
kalau nik abdul aziz bukan khalifah islam? macam mana khalifah islam yang sebenarnya?

macam najib ka?

jangan tahu bercakap je...tengok dengan mata hati.
saudara/saudari pernah bertemu empat mata ke dengan tok guru?
dah tengok ke cara dia memerintah kelantan dari dekat?

selidik dulu...baru boleh bercakap.
Tanpa Nama berkata…
Cik siti,awk xpahm mksd pnulis,maksdnya khalifah ni ialah,ketua kepada umat islam,bkn hanya di malaysia sahaja,contoh sperti,indonesia,malaysia,dan mana2 negara islam,tp hanya ad satu khalifah sahaja.
terbaik! perlu ada usaha untuk meyedarkan kembali umat islam untuk adakan dan menaikan khalifah islam yg satu.

Bila dah ada, insyaAllah, umat islam akan bersatu padu menegakan agama dan tidak lagi berpecah belah mengenai agama islam itu sendiri. Bumi pasti dirahmati dan kembali aman.

Hadis Wasiat - tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu berpegang kepada kedua nya, iaitu Kitab ALLAH dan Sunnah Rasul Nya.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?