INFLASI DI MALAYSIA SUDAH PARAH; RM 50, SUSU ANAK PUN TAK LEPAS

Pagi tadi hamba ke Tabung haji. Keluarkan kewangan yang tidak kecapaian untuk bulan ini. Hamba keluarkan RM400. Sebelum ambil anak di PASTI, singgah ke pasar, beli ayam. Hamba tidak mahu beli ayam pada hari Sabtu dan Ahad, kompem RM8 sekilo.

RM6.80 sekilo. Hamba beli seekor. Boleh makan 2-3 hari. RM13 tokey ayam Melayu itu baritahu harganya. 'Esok berapa pulak harganya? RM8 sekilo ke?', tanya saya berseloroh dengan tokey ayam itu. 'Adoi bang, saya pun tak tau lah nak cerita. Pening kepala dibuatnya. Pelanggan dah pening kepala, saya yang jual ni pun pening kepala.' jawab beliau dengan keluh kesah.

Sesudah beli ayam, hamba beli soto 2 bungkus. Sebelum Jumaat, makan soto. Sedap nih.

Setelah ambil anak dari PASTI, tiba-tiba anak bertanya berkenaan janji ayah dia hendak belikan pensil warna yang panjang dan banyak. Adoi... hamba lupa pula sudah berjanji kepada anak hamba yang sulong ini untuk belikan pensil warnanya. Janji mesti dikotakan.

Hamba terus ke kedai buku untuk membeli pensil warna. 'Jannah hendak yang mana? Yang swan ke, faber castel ke? Yang mana?', tanya hamba. 'Nak yang iniiii..', sambil jarinya menunjuk kepada pensil warna 'Princess'. Ada 24 batang semuanya. Harga, RM9.90. Hamba ambil satu.

'Iman?' tanya Jannah. Menyebut nama adik dia. Bermaksud takkan kakak seorang sahaja yang dapat, adiknya pun mesti hendak juga. Hamba ambil 2. RM19.80.

Tidak sampai setengah jam, RM50 habis. Tinggal RM350. 25 haribulan lama lagi....

Hendak ke masjid untuk solat Jumaat, isteri hamba kata susu anak sudah habis. Susu Iman dan Mohammad, dua-dua habis. 'Nanti abang beli susu anak-anak ya. Lepas solat nanti beli le...' isteri hamba memberitahu. 'ye leeee', hamba menjawab.

Setelah bersolat Jumaat, terus ke kedai ubat Cina, beli susu anak. Susu iman RM59.90, susu Mohammad RM28.50, tin kecil. Hamba beli sikit air minum dan kacang, semuanya RM93.70. Hamba keluar seratus, tokey kedai pulang balik RM6.30. Adoi.....

On sahaja kereta untuk pulang ke rumah, minyak kereta pula sudah menyala. Pergi ke Shell, isi RM50. Tinggallah RM206.30 dalam poket baju Melayu. RM200 sahaja tinggal, dalam masa tidak sampai 3 jam.

Kecilnya nilai duit sekarang ini. Nilai RM100 sekarang ini seperti nilai RM20 semasa zaman awal 90-an dahulu. Tak tahulah, inflasi di Malaysia ini sudah mencapai tahap yang gaban ke?

Ulasan

BZ berkata…
Hamba dan rakanx yang setaraf juga
pening dibuatnya.Gaji 700.Isteri tak
berkerja.Anak 3 orang sekolah.Sewa
rumah,bil air/api,belanja dapur,duit
belanja anakx kesekolah,minyak motor,
belanja dapur harian dll.Tupx tak
ada 'balance'.Selalu berdoa cepatxlah
pembangkang ambilalih kuasa.
ar-rumi berkata…
Assamu'alaikum,

Tuan tanah dan tuan BZ..

Saya bersimpati dengan anda.. Fahamilah inflasi yang semakin tinggi ini disebabkan oleh penggunaan duit kertas. Duit kertas ringgit malaysia dan duit kertas matawang dunia yang lain yang menyebabkan inflasi. Setiap kali kerajaan "mencetak" duit baru dan setiap kali bank-bank "mencipta" kredit baru untuk memberi pinjaman, maka inflasi akan meningkat. Untuk selamat, kembalilah kepada matawang Islam iaitu DINAR EMAS dan DIRHAM PERAK. Sekarang ini kesedaran telah timbul dan ramai yang berusaha memiliki DINAR dan DIRHAM. Contoh terdekat, Dinar dan Dirham Kelantan.

Ketahuilah sekiranya pembangkang (pakatan rakyat) berkuasa satu hari nanti dan menggunakan sistem duit kertas ini, masalah inflasi tidak akan dapat diatasi. Kunci untuk menghindari inflasi ialah Dinar dan Dirham..

1 Dinar 1400 tahun dahulu boleh membeli seekor kambing. Sekarang juga boleh membeli seekor kambing dengan nilai 1 Dinar.

1 Dirham 1400 tahun dahulu boleh membeli seekor ayam. Sekarang juga boleh membeli seekor ayam dengan nilai 1 Dirham.

Masalah sekarang ialah, tiada penyelesaiaan segera. Sistem duit kertas seluruh dunia akan jatuh dalam beberapa tahun mendatang (berdasarkan kajian pakar-pakar ekonomi dunia).

Jadi saya sarankan tuan-tuan menabung dalam bentuk aset yang nyata. Tak kisahlah, rumah, tanah, emas, perak dan sebagainya. Tetapi yang paling mudah dicairkan ialah Emas dan Perak atau lebih senang disebut Dinar dan Dirham.

Sekadar menyebutkan, 1 Dinar Kelantan pada waktu dilancarkan pada Ogos 2010 berharga sekitar RM 580. Sekarang (9 April 2011) harganya ialah RM 686.

1 Dirham Kelantan pada waktu dilancarkan pada Ogos 2010 berharga RM 13. Sekarang (9 April 2011) harganya ialah RM 27.

Peningkatan yang sangat banyak dalam tempoh yang begitu singkat!!!

Dahulu emas dan perak mengambil masa yang agak lama untuk naik berbanding sekarang. Tetapi lihatlah sekarang, harganya semakin tinggi dengan pantas sekali. Inilah satu bukti yang sistem duit kertas akan jatuh tak lama saja lagi.

Harap tuan-tuan ambil perhatian.

Wallahua'lam.
Wassalam.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?