Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Januari 24, 2011

SIDANG DUN TERGEMPAR; ADAKAH ISTANA TERLIBAT?

Melihat suasana politik negeri Selangor akhir-akhir ini, terdapat satu perkara yang terlintas difikiran bahawa terdapat satu perancangan untuk mengembalikan kuasa Sultan dalam isu-isu pentadbiran kerajaan negeri. Maksud di sini bukannya dirancang oleh orang-orang politik, tetapi dirancang dari pihak istana sendiri.

Peluang untuk mengembalikan kuasa Sultan terbentang luas apabila isu perlantikan SUK telah dimainkan oleh pihak umno. Hamba yakin, pihak istana memang jelas nampak bahawa perlantikan baru SUK Kerajaan Negeri Selangor memang telah dirancang oleh umno untuk memporak perandakan kerajaan negeri, dan pihak istana juga tahu pasti pihak Pakatan Rakyat yang memegang kuasa Kerajaan Negeri akan melakukan sesuatu untuk memastikan perlantikan SUK ini dibatalkan.

Maka, dengan 'tiba-tiba', setelah berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, idea untuk meminda kembali undang-undang negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik SUK, Pegawai Undang2 dan Pegawai Kewangan Negeri muncul.

Suasana 'gaduh' antara umno dan PR telah dapat dikesan oleh pihak istana dan mungkin juga pihak istana ingin 'mencuba' nasib agar satu sidang tergempar DUN Selangor akan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam isu ini. Nampak gaya, seperti PR telah menjalankan kerja bagi pihak istana agar perkara ini berjaya dilakukan.

Dan mungkin juga, pihak istana ingin melihat perangai umno, adakah benar mereka ini ingin mendaulatkan Sultan mereka seperti yang sentiasa dilaung-laungkan, tetapi, setelah melihat sidang DUN tergempar hari ini, menampakkan sifat umno yang sebenar terhadap istana, iaitu pihak umno seperti dahulu, hanya mempergunakan istana untuk kepentingan politik mereka, bukannya ikhlas untuk mendaulatkan Sultan.

2 ulasan:

Hunny berkata...

In my opinion, cadangan pindaan yang dibentang tak kembalikan kuasa sultan pun. In fact, Tuanku nak lantik jawatan2 tersebut kena atas nasihat MB dulu. Kan bagus kalau dapat tengok draf bill berkenaan....

Mazwandi Mustaffa berkata...

Nama pun MB, kena beri nasihatlah. Dari sekarang, tiada kuasa langsung, terus direct ke pusat. Serupa Malayan Union....