Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Januari 31, 2011

PENGUNDI MELAYU TIDAK BODOH, MALAH SEBENARNYA CERDIK.

Bercadang ke Terengganu untuk merilekskan pemikiran yang serabut di pejabat. Tetapi apabila melihat kepada keputusan di Tenang, maka hati yang hendak ditenangkan itu tidak menjadi tenang. Pemikiran hamba melalut berfikir bilakah umat Melayu hendak berubah fikiran kearah revolusi politik yang lebih cerdik, ataupun mereka sebenarnya memang cerdik?

Namun apabila difikir-fikirkan, hamba yakin bahawa Allah SWT mempunyai perancangan yang tersendiri kepada jemaah Islam dari konteks perjuangan. Sesuatu peristiwa yang berlaku, ianya pasti mempunyai pengajaran-pengajaran yang tersurat dan tersirat.

Apa yang pasti, kekalahan PAS di Tenang adalah kerana orang Melayu tidak mengundi PAS. Diulangi, orang Melayu tidak mengundi PAS, bukannya tidak menyokong PAS. Dan ianya ada banyak sebab mengapa orang Melayu menyokong PAS, tetapi tidak mengundi PAS.

PAS memberi kehidupan Islam untuk rakyat, manakala umno memberikan duit kemewahan sementara kepada pengundi. Maka,bagi pengundi di atas pagar, bagi konteks pilihanraya kecil, mereka lebih suka kepada duit kemewahan sementara yang diberikan.

Ahli PAS mesti berfikiran bahawa pengundi Melayu atas pagar bukannya bodoh dan jahil, mereka ini sebenarnya berfikiran 'selamat'. Selamat dari segi wang ringgit dan kesenangan kehidupan. Orang Melayu tidak kaya, mereka juga tidak miskin, mereka ini adalah golongan pertengahan yang hampir dekat dengan miskin. Sebahagian dari mereka. Jadi, mereka akan fikirkan periuknasi mereka dahulu sebelum mereka memangkah.

Contohnya, dari segi konteks pilihanraya kecil, orang Melayu akan berfikir lebih kearah jangka masa pendek. Mereka tahu, prk tidak akan mengubah apa-apa kepada kerajaan sebuah negeri atau negara. Kalah atau menang prk Hulu Selangor, prk Galas dan prk Tenang, Pakatan Rakyat sebenarnya tidak dapat memberikan apa-apa perkara yang besar kepada mereka. Pengundi Melayu ini tahu. Dan mereka juga berpendapat, dengan mengundi BN juga sementara waktu, maka mereka akan menjadi 'kaya' sebentar dari kesempitan hidup.

Contohnya, satu saluran 2 di Hulu Selangor, yang tidak pernah kalah dari pru 1999, ke pru 2004 dan pru 2008, semuanya menang untuk undi Barisan Alternatif ketika itu, tetapi kalah dengan teruk pada prk Hulu Selangor pada 25 April 2010.

Satu post mortem telah dibuat untuk melihat mengapa orang muda beralih arah untuk mengundi seorang India MIC yang bukan anak Hulu Selangor, namun jawapannya ialah, majoriti pemuda masih kepada menyokong PR, tetapi mereka mengundi BN kerana 'kemewahan' yang diberi dan dijanjikan adalah terlalu lumayan. Lagipun, jika PR menang pun, bukannya dapat mengubah pentadbiran Malaysia. Inilah pemikiran mereka.

Maka jika ahli-ahli PAS beranggapan bahawa pengundi Melayu tidak cerdik dan bodoh, maka sebenarnya tidak, pengundi Melayu sebenarnya adalah pandai, mereka pandai untuk hidup mengenyangkan perut mereka yang sentiasa lapar kerana tidak kayanya mereka...

0 ulasan: