Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Januari 22, 2011

PELAKON LUCAH MAHU AJAR MUSLIMAT BERSALAM?

Pelik tetapi benar. Seorang pelakon cerita lucah telah menghina seorang muslimat kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki ajnabi telah disensasikan di media ke tahap gaban. Apa punya kes? Sudah tahu dia itu seorang penzina, biarkanlah dia dengan watak peter porn beliau yang memang rosak akhlak dan kotor akal itu.

Apabila sesuatu kelompok telah menganugerahkan seorang kaki ranjang dengan betina lain dan dibuktikan dengan VCD lucahnya menjadi ketua kepada kelompok itu, maka inilah ceritanya. Seorang yang kufur kepada Allah, dan berbuat maksiat ke tahap syaitan, maka apakah yang anda sekelian akan fikirkan yang akan beliau lakukan untuk memenangkan kawan-kawan sekelompoknya untuk berkuasa diatas tanah yang sebesar kangkang kera itu?

Tolonglah wahai rakan-rakan seperjuangan Islam. Berlawan dengan api, kita juga perlu berlawan dengan api. Tetapi api yang kita gunakan bukannya api itu sendiri, tetapi air, untuk memadamkan terus api yang hendak menyerang kita itu. Semburkan air dari telaga bomba kuning itu ke arah beliau sehingga beliau tersungkur jatuh rebah akibat dari simbahan air yang kuat tekanannya. JANGAN kita bertahan dengan rumput rampai yang kering. Tetapi kita serang dengan air.

Tidak perlu takut, tidak perlu gusar dengan karenah pelakon lucah yang tidak sedar diri itu, kita berada didalam landasan perjuangan yang betul, lurus dan menuju redha Allah. Kita yakin Allah akan membantu kita jika kita membantu agama Allah. Apa pula maksud membantu agama Allah? Maksudnya kita berjuang menegakkan hukumnya, berjuang meletakkan hukum hakam Islam itu dilandasan yang sebenarnya. Berdiri teguh sebagai undang-undang hidup seluruh manusia didunia. Kerana hukum itu milik Allah, bukan milik kita untuk disimpan diperpustakaan didalam buku-buku sebagai hanya bahan rujukan pembelajaran.

Hukum Allah jangan dipersendakan. Perlu ditegakkan. Dengan darah dan kudrat tubuh. Salam lelaki perempuan ajnabi adalah HARAM! Jangan memperlekehkan hukum yang sudah tetap itu. Walau bersarung tangan, bersalam lelaki dan perempuan ajnabi adalah haram hukumnya.

Ketahuilah bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.” (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)