Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Januari 10, 2011

ALLAHYARHAMAH MAK NDAK, SATU DALAM SEBILION....

Kematian adalah satu kemestian. Jika kita tidak mengingati mati, kita tetap akan mati, jika kita sentiasa mengingati mati, mati tetap akan dirasai, jika kita takut mati, mati tetap akan dilalui dan jika kita memang hendak mati, maka akan mati jugalah nanti.

Jam 8.30pagi, seorang insan yang hamba kenali baru meninggal dunia. Namanya Norhayati. Panggilan anak-anak hamba kepadanya adalah Mak Ndak. Usia lewat 30-an. Beliau adalah pengasuh anak kami. Sudah 4 tahun arwah menjaga anak kami ketika kami bekerja dan ketika kami perlu melakukan tugas-tugas.

Arwah telah mengasuh anak kami seperti mana beliau mengasuh anaknya sendiri. Tidak pernah seumur hidupnya, arwah menolak untuk kami menghantar ke rumahnya untuk menjaga anak-anak kami. Rasa sayang arwah kepada anak kami adalah terlalu tinggi dan rasa sayang anak-anak kami terhadap arwah juga amat tinggi.

Satu dalam sebilion, itulah yang hamba dapat ungkapkan kepada arwah kerana jasanya menjagai anak-anak kami. Susah hendak dicari ganti. Terasa sungguh kehilangan arwah sehingga kesaat ini. Kerana tanpa pertalian keluarga, arwah telah menjagai anak kami seperti anaknya sendiri.

Selamat tinggal Mak Ndak Jannah dan Iman ucapkan. Semoga rohnya akan dirahmati Allah dan Syurga adalah rumah beliau yang baru....... kami masih dalam keadaan bersedih.....

0 ulasan: