Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

PERJUMPAAN SULIT 2008; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Tidak tersangka. Akal yang geliga boleh termakan dengan kata-kata manusia adu domba. Ada kawan berkata, hamba telah ketinggalan keretapi dengan bercerita berkenaan UG. Takpelah. Tertinggal keretapi, hamba naiklah kapal terbang. Lagi luas dan jauh perjalanan. Kemudian, kawan itu spin cerita, yang kalutnya, bukan kerana UG (pulak?), tetapi perjumpaan sulit lepas PRU 2008. Ish, maksudnya disini, apa-apa pencerahan yang telah dibuat oleh bloggers-bloggers tidak celaka, satu ayat pun mereka tidak baca? Tapi takpe, hamba akan mencerahkan sedikit apa dia itu sebenarnya yang mereka katakan perjumpaan sulit itu;

UG; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Imej
Lepas Maghrib, hamba buka internet. Melayar-layar melihat cerita2 politik Malaysia hari ini. Tiba-tiba, isteri hamba duduk disebelah hamba melihat bersama cerita2 menarik di internet. Kemudian isteri hamba bertanya, "UG tu apa bang?". Ish, isteri hamba ini, benda sensasi lagi disukai 'ramai', takkan itu pun tidak tahu. Kemudian hamba menjawab, "Takde apa-apa. Tak perlulah awak hendak tahu menahu benda-benda gini.". Senang. Itu jawapan hamba kepada isteri hamba. Kemudian hamba terfikir, apa cerita sebenarnya yang puak-puak bloggers celaka suka sangat melabel puak-puak Terengganu dengan UG dengan panggilan 'kerajaan perpaduang"? Hamba pun melihatlah entri-entri lama blog-blog politik Malaysia. Apa sebenar UG ni?

KES HASSAN ALI; ADA PARASIT NAK JADIKAN PAS ISLAM MODERATE?

Kemelut Dr Hassan Ali sepatutunya sudah berakhir kelmarin. Apabila ada perjumpaan bersama Tok Guru Mursyidul Am di JKR 10 bersama Presiden dan Timbalan Mursyid. Itulah tujuan sebenar perjumpaan itu. Meredakan keadaan. Tetapi, ternampak, ianya seperti ada yang tidak tereda apabila berlaku seperti peperangan baru oleh Dr. Hassan Ali. Dr. Hassan Ali seperti masih tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Jika ahli PAS tidak berfikir dengan tenang, mereka akan nampak seperti Dr. Hassan Ali adalah punca segala-galanya dalam ribut yang pertama dan yang kedua ini. Ianya seperti tercetus kerana Dr. Hassan Ali. Namun adakah benar ianya begitu?

PEDULI APA DENGAN ARTIKEL 153. MELAYU BUKAN DAPAT APAPUN..

Artikel 153. Apa kebendanya tu? Cuba tanya rakyat awam. Artikel 153 itu apa? Pasti majoriti tidak boleh jawab. Cuba tanya lagi, jika ada orang tidak setuju dengan artikel 153, boleh bawa masuk ke neraka ke? Jika soalan seperti ini, puak liberal yang tak mengaku liberal pasti jawab, jangan gunakan agama sebagai hujah. Walau mereka tidak tahu artikel 153 itu apa. Jika hendak tahu, artikel 153 itu adalah hak keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu didalam Perlembagaan Malaysia. Hak menjadi anggota kerja kerajaan, hak biasiswa kerajaan, hak berniaga syarikat bumi dan hak pendidikan. 4 hak yang dipelihara oleh YDPT Agong. Namun, dengan tiba-tiba, mengapa kecoh semacam pula hari ini tentang artikel 153? Hanya kerana ada paderi Kristian yang tidak setuju dengan artikel ini pada 'khutbah' hari Natal?.. Apa kes? Perkara biasalah jika ada orang bukan Melayu yang tidak puas hati dengan artikel 153 sebab mereka bukan Melayu. Rasa dengki dan tidak seronok sudah pasti akan berl

UG PASTI AKAN BERLAKU JUGA NANTI, TENGOKLAH..

Kadang-kadang, hamba pelik tengok rakyat Malaysia ini. Nak kata tak pandai, tapi tahu membaca. Nak kata tak cerdik, tapi boleh buat blog dan fb. Mungkin rakyat Malaysia ini ada yang masih kurang cerdik bab-bab politik di negara Tanah Melayu ini. Politik dan sejarah adalah satu perkara yang tidak boleh dihubungkaitkan dengan secara lansung. Tidak boleh. Apa yang berlaku semalam, adalah tidak boleh disamakan apa yang berlaku hari ini dan apa yang akan berlaku esok. Politik ini berubah-ubah mengikut masa dan musim. Jika kita sebut tentang Anwar Ibrahim pada 26hb Disember, tetapi bukan tahun ini, kita sebut cerita Anwar pada tahun 1996 tarikh hari ini, sesiapa yang mengatakan Anwar patut keluar dari Umno dan tubuh parti lain lawan Mahathir, pasti Azmin Ali akan gelak gila kata kita ini bodoh politik. Apa gila hendak keluar umno padahal Anwar adalah untouchable dalam umno ketika itu. Bila kita sebut pada orang PAS, pada tarikh 26 Disember, tapi pada tahun 1987, kita nasihat agar Ustaz

TERLUPA MUSUH SEBENAR; MUSUH KITA UMNO SAHAJAKAH ATAU SYAITAN SEKALI?

Moral. Apa itu moral? Perkara pentingkah moral itu? Jika ada manusia yang tidak mengikut moral, jahat sangatkah manusia itu? Siapakah yang menentukan kemoralan sesuatu perkara? Apakah sempadan 'bermoral' dan tidak bermoral? Perlukah moral itu diikat dengan undang-undang, atau yang selalu disebut oleh puak-puak 'pandai', moral policing? Ada satu puak yang cukup alergik dengan moral policing. Sehingga hendak menyebutnya pun puak ini sudah menyampah. Puak ini, didalam media, dipanggil puak liberal. Puak yang hendak bebas dari apa-apa bentuk yang tidak bebas. Namun ada puak liberal yang tersangat-sangat liberalnya, tetapi tidak mengaku mereka ini liberal. Ini hamba panggil puak pandai menipu dengan bahasa. Atau hamba panggil mereka dengan jenama manusia ayat 6. Manusia ayat 6 ini berada dimana-mana dipelusuk dunia. Semua negara ada mereka-mereka ini. Ada berbagai-bagai bangsa, dan ada didalam masyarakat berbagai bagai agama dan tidak beragama. Mereka juga ad

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

(ulang siaran) Ada kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari kelahiran Nabi Isa alaisalam pada hari ini, 25 Disember tahun 2011 Masehi. Itu adalah hak mereka untuk mengucapkan sedemikian dan hamba tidak membantahnya. Cuma, apa yang memusykilkan hamba, apakah tarikh 25 Disember itu sebagai tarikh kelahiran Nabi Isa Al-Maseh atau 1 Januari? Sebab itulah hamba tidak mahu mengucapkan ucapan selamat hari kelahiran Nabi Isa hari ini. Kerana pihak yang berakidahkan Nabi Isa itu sebagai anak tuhan pun keliru dengan tarikh itu, apalagi kami umat Islam yang tidak melampau taksubnya sehingga bertuhankan Nabi Isa. Isa atau Jesus bagi kami adalah Rasulullah, seorang manusia yang dilahir tanpa bapa, beribukan Siti Mariam yang suci. Sudah 2011 tahun Nabi Isa dilahirkan ke dunia. Dan sudah 1981 tahun Nabi Isa telah dinaikkan kelangit pertama untuk menunggu diturunkan bagi membunuh Dajjal. Ya, kami umat Islam pun menyayangi Nabi Isa sebagai Rasul, kami umat Islam bukan pengherdik N

KES HASSAN ALI; TIMB PESURUHJAYA SATU DAN DUA SUDAH BISUKAH?

Hamba dilahirkan di Malaysia. Dalam negeri Selangor yang dirampas oleh Kerajaan Pusat dijadikan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Dibesarkan diantara sempadan KL dengan Selangor. Menjadi penyokong fanatik pasukan bolasepak merah kuning semasa bujang dahulu. Menyokong jemaah PAS semenjak berusia 15 tahun. Walau hidup dengan suasana keluarga yang lebih keumnoan Anwarisme. Ketika PAS memenangi beberapa kerusi DUN di Selangor pada 1999, hamba sudah merasai sungguh gembira lagi sukacita kerana akhirnya, tembok pemisah untuk PAS memasuki Dewan Negeri Selangor tetiris sedikit. Tetapi, kegembiraan itu hanya setakat 5 tahun, pada 2004, satu DUN pun PAS tidak menang. Kembali kepada asal. Tiba-tiba, pada 2008, kejadian pelik lagi ajaib berlaku. Semasa tempoh berkempen, satu mensyuarat zon mengundi di tempat PAS bertanding, seperti menjadi tempat berkumpul ahli-ahli MIC. Penuh dengan warga India. Namun perasaan untuk menang masih tiada. Tidak terfikir langsung PAS akan memenangi apa-ap

BERHATI-HATI KAWAN, DENGAN MALAYSIAKINI.

Utusan dengan berita harian, jika buat cerita niat jahat, itu sudah perkara biasa. Jika kedua-dua surat khabar itu keluar cerita yang benar sebenar-benarnya, yang itu memang pelik. Ini dinamakan buang tabiat. Jika utusan dan berita harian buat cerita laga-laga orang PAS, ahli PAS akan buat bodoh sahaja dengan berita itu. Memang sah menipu walau ada bibit kebenaran sebesar biji sawi. Maksudnya apa? Maksudnya, jika hendak porak perandakan ahli-ahli dalaman PAS, menggunakan utusan dan berita harian adalah satu kerja bodoh, perabih beras dan sia-sia. Oleh yang demikian, golongan yang tidak gemar dengan parti Islam yang konservatif, akan membuat onar dengan cara lain. Mereka akan menggunakan kaedah yang licik lagi dusta. Kepakaran yang sedia ada oleh iblis lakanatullah. Golongan ini tidak bekerja bersama-sama dengan bn-umno. Tidak. Bn-umno adalah golongan penentang gerakan Islam yang terang-terangan. Ianya adalah modus operandi yang perlu ketika negara-negara umat Islam baru merdeka dar

TREND POLITIK SEKARANG; DEMOKRASI ATASI ISLAM.

Sekarang ini, atau pada ketika ini, sudah menjadi satu trend dimana jika hendak menjadi pemimpin, mereka perlu mendengar apa yang rakyat mahukan. Jika hendak menang, mereka mesti mengikut telunjuk apa yang rakyat mahukan. Proses ini dinamakan proses demokrasi. Demokrasi tulen.Ianya telah menjadi penerimaan banyak negara untuk memilih pemimpin, dan sekarang ini ianya sedang melanda di negara Teluk Tengah. Ada manusia kata, ianya adalah satu proses pemilihan pemimpin yang paling unggul yang perlu ditegakkan walaupun perlu membunuh dan menjajah negara lain. Apa-apa yang berkaitan dengan menegakkan demokrasi, ianya semuanya menjadi halal dan masuk akal walaupun perlu mematikan nyawa ribuan manusia untuk menegakkan cara pemilihan pemimpin melalui pilihanraya demokrasi tulen. Ianya sudah dianggap lebih besar dari agama. Namun, adakah cara pemilihan pemimpin secara demokrasi tulen ini adalah satu-satunya cara pemilihan pemimpin yang paling unggul yang wajib diikuti oleh semua manusia di d

KES HASSAN ALI; PAS SELANGOR DAH MACAM UMNO KO?

Ini cerita Hassan Ali di MalaysiaKini minggu lepas. Cerita berkenaan kononnya Dr Hassan Ali tidak akan bertanding kembali di DUN Gombak Setia atau mana-mana DUN di Selangor ( baca disini ). Hamba orang Selangor. Mengundi di Selangor. Ahli PAS seumur hidup di Selangor. Maka hamba memang layak untuk komen tentang perkara ini. Samada MalaysiaKini main isu, atau memang Saari Sungib tidak tahu bermain kata-kata, atau memang team PAS Selangor sekarang sangat tidak suka Dr. Hassan Ali (terutama Pesuruhjaya 3 Selangor) bertanding lagi di Selangor. Nampak gaya sudah ada puak-puak yang dicipta sendiri oleh pemimpin PAS Selangor. Hamba yakin, jika Dr. Hassan Ali bertanding, beliau akan menang. Kerana orang PAS pasti akan mengundi calon PAS, orang atas pagar di Selangor 60% akan kearah Pakatan Rakyat dan orang umno pun, memang senang dengan Dr. Hassan Ali. Maka mengapa Dr. Hassan Ali tidak mahu dicalonkan, hamba tidak nampak kenapa? Beliau adalah calon yang boleh menang. Beliau adalah seoran

ZAMAN NI, SYAITAN BANYAK RILEKS, KRN KERJA DIA MANUSIA YG BUAT..

Imej
Pernah dengar cerita berkenaan dengan syaitan menyesatkan manusia? Mesti selalu bukan? Pernah tidak ada mendengar satu cerita bagaimana syaitan spin cerita untuk menyesatkan manusia? Mesti sudah, bukan? Tetapi kadangkala kita terlupa akan kisah-kisah itu. Ada satu kisah yang baru diemail oleh rakan sekerja yang hamba tidak kenal pun, tentang satu cerita bagaimana syaitan menyesatkan manusia. Rasanya, ramai sudah mendengar dan membaca cerita ini, tetapi hamba hendak para gejuis semua fikir kembali jalan cerita ini. Kisahnya; Ada seorang yang beriman duduk disatu kampung. Apabila beliau mendengar ada sekumpulan orang menyempah sebuah pokok yang dikatakan selalu bawa tuah, maka orang yang beriman itu terus mengambil kapak untuk menumbangkan pokok itu kerana bencikan perbuatan syirik kepada Allah SWT. Dalam perjalanan, syaitan menghalangnya, lalu lelaki beriman itu berlawan dengan syaitan itu. Syaitan itu sentiasa kalah apabila berlawan dengan lelaki itu. Setelah beberapa kali kal

HAMBA SUKA MAKAN PAU, TETAPI PAU INI MEMANG WAJIB DIJAUHI..

Imej
Hamba suka makan pau. Jika ada telur burung puyuh dalam dia, lagi sedap. Ada orang kata, hendak rasa pau original, makanlah pau dibuat bangsa Cina. Masalahnya, tidak ada lagi hamba jumpa orang Cina Muslim yang buat pau dekat lembah Klang di sini. Pau ayam memang sedap,.. tapi.. Sekarang, ada manusia sudah reti buat pau berinti cokelat. Hamba cukup tidak berkenan dengan pau cokelat. Sebab ianya tidak original. Jika dimakan, rasa pau itu akan hilang kerana cokelat yang pengacau. Jika intinya ayam, barulah power. Lebih-lebih lagi inti ayam yang dipotong kecil-kecil, nampak ayamnya didalam pau. Bukannya isi ayam dikisar. Bila inti ayam dikisar, maka pau ayam itu menjadi tidak kick. Tetapi, ada lagi satu pau yang selamanya tidak boleh dimakan kerana rasanya yang tidak sedap. Lebih buruk rasanya jika pau itu sudah busuk dan berkulat. Jika dipaksa makan pau itu, hidup mati 7 kali pun hamba tidak akan memakannya. Bukan setakat makan, tetapi menyentuhnya pun seribu kali hamba akan jauhi

BILA KAPITALIS MELAYU BERHIMPUN..

Lamanya tidak bergejuis. Hendak masuk 2 bulan. Ada banyak sebab hamba sudah lama tidak bergejuis. Salah satunya yang terutama dalam banyak-banyak sebab adalah kerana, Broadband sudah tidak kecapaian selama 2 bulan. Adoi laa..... La ni nak masuk 3 bulan hutang dengan Maxis. Mana hendak cekau RM320. Namun minggu ini, adalah minggu panas. Walau musim tengkujuh melanda, ianya tetap panas. Kenapa panas, kerana buka TV sahaja, keluar cerita dia, buka TV sahaja terpampang cerita dia. Apa pula yang dimaksudkan 'dia' itu? 'Dia' itu adalah perhimpunan umno laa.... Macamlah TV1, TV2, TV3, TV8, TV9 itu mak bapak umno punya. Ptuih!! Satu sen umno tidak bayar untuk memiliki stesen TV itu. Tetapi, nampaknya, seperti ada sesuatu perkara penting yang akan berlaku tahun depan dari melihat apa yang dikatakan oleh puak-puak umno ini. PRU13 akan berlangsung. Nampak gaya umno kata BN akan menang besar dalam PRU13 ini dan Selangor akan kembali ke pangkuan BN. Dan percayalah, ianya aka

SETENGAH BM, SETENGAH PPSMI, WHAT THE ****.

Apa ngengong punya cerita la. Kejap kata mansuh, kejap kata paku keranda, samalam kata kohort-kohort boleh terus bahasa Inggeris la pula.What the ayam lah ini Menteri Pelajaran. Macamna hendak jadi ketua pembangkang kalau ini punya perangai. Mungkin Pak Din hanya pandai menjual pasir kepada Singapura tetapi bukan mentadbir negara apatah lagi menjadi penggerak kepada pendidikan rakyat Malaysia. Kewujudan seorang Pak Din akan menghancurkan institusi negara kerana ke'goyang'an didalam membuat sesuatu keputusan yang tidak konsisten didalam sesuatu isu. Apa yang penting, isteri hamba sedang mengamuk lagi menyampah dengan golongan yang cintakan PPSMI. Menyampahnya beliau sehingga menganggap golongan ini adalah mereka-mereka yang berlagak bagus lagi ego cap ayam dengan bahasa asing, yang tidak reti-reti berbahasa Melayu. Kenapa isteri hamba sungguh marah dengan mereka yang menyokong PPSMI? Ini kerana beliau adalah guru Sains tingkatan dua. Beliau dahulu mengajar Sains didalam ba

DR ASRI, JANGAN SAMAKAN TALIBAN DENGAN BABI.

Apalah punya cap ayam punya kes? Elton John punya pasal, Taliban dapat nama. Elto John punya dosa, ustaz-ustaz pun mahu tumpang semangkuk dapat dosa. Kot ye pun mahu nasihat, janganlah membebel. Apa kes samakan Pemuda PAS mahu halang Elton John dari buat persembahan di Malaysia dengan melabelkan Pemuda mahu tiru Taliban. Ada 2 kesalahan yang kita terlepas pandang disini. Satu, nasihat melabel-labelkan rakan dengan benda yang 'tidak elok'. Kedua, mentidak elokkan Taliban dengan memasukkan nama Taliban sebagai benda yang tidak elok. Kasihan Taliban. Apa salah Taliban dengan Ustaz Asri sehingga tahap ustaz menggunakan nama Taliban itu sebagai ungkapan yang tidak elok. Ustaz ingat Taliban di Afghanistan itu tidak terasa hati ke? Taliban sekarang sedang berperang dengan orang kafir! Bukannya duduk sandar atas kerusi depan masjid beri kuliyah. Hormatlah mereka sedikit! Tiap-tiap hari ada sahaja pejuang taliban yang syahid. Ustaz di sini perli-perli nama mereka pula. Yang pe

PPSMI DIMANSUHKAN; SEPATUTNYA DIHARAMKAN TERUS.

PPSMI. Tidak lama lagi, ungkapan 5 huruf itu akan berkubur. Mungkin bersama-sama bekas PM yang melaksanakan projek itu. Ada yang bersetuju, ada yang tidak, ada yang sangat bersetuju dan ada yang sangat tidak, dan ada juga mereka yang tidak kisah. Ungkapan potasium akan tidak kedengaran lagi selepas ini. Ianya akan diganti dengan Kalium. Bahasa antarabangsa. Potasium adalah bahasa Inggeris, dan kalium, adalah bahasa antarabangsa untuk sains. Banyak lagi ungkapan inggeris akan kembali kepada bahasa antarabangsa sains. Jika pelajar dahulu pening kepala hendak mencari nombor atom untuk Sodium, selepas hilangnya PPSMI, pelajar akan senang mencari nombor atom di Pariodic Table bagi Sodium, kerana huruf ungkapan bagi Sodium yang terpampang di jadual berkala itu adalah Na, bukannya So, yang semestinya sehingga kiamat pelajar tidak akan menjumpai ungkapan pendek So didalam jadual berkala, selama-lamanya. Ya, Sodium dalam bahasa sains antarabangsa adalah Natrium. Dan bahasa melayu bagi potas

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA TUNISIA 2011

Imej
Setelah Tunisia telah bebas dari belenggu diktator Ben Ali, akhirnya pada 23 Oktober lepas, rakyat berumur 18 tahun ke atas Tunisia termasuk 1 juta penduduk Tunisia yang menetap di luar negara dapat keluar mengundi untuk memilih ahli represantatif seramai 217 wakil. Keputusan terkini bagi pilihanraya bebas yang pertama di Tunisia itu insyaAllah akan diupdate di blog ini dari semasa ke samasa. Setakat jam 5.55pg, Jumaat 28/10/11 (waktu Malaysia): An-Nahda (Islamist)            - 90 CPR (Liberal/Secular)         - 30 Aridha Chaabia (Reformist) - 19 Ettakatol (Liberal/Secular)   - 21 PDP (Secular)                     - 17 PDM (Secular)                    - 5 Afeq Touness                       - 4 Al-Moudabara (Initiative)     - 5 MPD (Democrates)             - 1 PCOT (Comunist)                - 3 MDP                                   - 2 lain-lain                                -15

SELAMAT AKIDAH, UMNO NAK BUAT KE? -2

Hamba menyokong perhimpunan HIMPUN. Kerana tujuannya adalah betul. Cumanya hamba tidak mahu bersekongkol dengan orang-orang yang mukanya ada dua bergayut di tali-tali iklan perhimpunan ini. Apa gila umat Islam tidak bersetuju berhimpun untuk meluahkan perasaan untuk memartabatkan akidah umat Islam. Sebab itu hamba tidak kutuk dan hamba tidak ambil bahagian dengan HIMPUN ini. Bagi rakan-rakan blogger yang terlebih-lebih menghina dan mengherdik HIMPUN ini, anda sekelian sebenarnya hipokrit kerana semasa himpunan Bersih dahulu anda semua terlalu marah akan mereka yang menghina dan menghentam bersih 2.0, tetapi anda sekali telah menjadi seperti umporno mengherdik HIMPUN walau sebenarnya BUKAN umno yang menjadi ejen besar kepada HIMPUN ini. Hamba kasihan dengan NGO-NGO yang betul-betul ikhlas dengan program tersebut. Namun, oleh kerana adanya Perkasa, adanya Pekida dalam perhimpunan itu, maka dengan jelas, ada kecacatan yang ketara dalam HIMPUN. Lebih-lebih lagi Dato Ibrahim Abu Shah, m

SELAMAT AKIDAH, UMNO NAK BUAT KE?

umno memang dari mula-mula ditubuhkan adalah untuk membiasakan orang Melayu yang beragama Islam untuk berbuat dosa-dosa besar. Setelah ditubuh oleh Dato Onn dan kemudian dikemudi oleh Tunku Abdul Rahman, umno sudah berjinak dengan judi. Judi digunakan untuk menambah kantong kewangan umno. Sebab itu unit ulama dalam umno keluar umno dan tubuhkan PAS. Selepas merdeka, umno berjinak pula dengan arak kerana dengan bangganya, mewujudkan kilang arak di negeri Selangor awal 60-an dahulu. Kebanggaan menaikkan kilang arak oleh umno sehinggakan terkeluar berita suratkhabar PM Malaya sedang tersenyum lebar dengan tokey arak Inggeris merasmikan kilang arak itu. Setelah itu, dengan tidak cukup judi-judi nombor ekor dan kedai judi kecil-kecilan di serata Tanah Melayu, sempena menjadi negara bernama Malaysia, umno telah berbangga menaikkan lagi industri judi kepada yang lebih besar, terwujudnya tempat judi terbesar di Asia Tenggara, Genting Highland. Tempat perjudian yang besar telah dibuat di at

HIMPUN: PUSAT BETUL, PEMUDA PUN BETUL, YG KORANG KECOH-KECOH APAHAL?

Hari ini hamba hendak bercerita sedikit tentang isu HIMPUN secara cakap-cakap kedai kopi. Disebab sudah lama tidak bergejuis, maka cerita yang hendak diceritakan pada hari ini adalah secara stail cakap-cakap kedai kopi. Iaitu cakap-cakap yang tiada selindung, tetapi diluahkan seluah-luahnya. Ada dua keadaan yang dilihat oleh sesetangah manusia, keputusan dari Persatuan politik Islam di Malaysia yang sama, tetapi nada yang berbeda. Satu keputusan Pemudanya, dan satu keputusan Pusatnya. Pusat kata 'tiada kaitan dengan Himpun', tetapi Pemudanya terlebih dahulu berkata 'akan bersama-sama dengan Himpun'. Kenapa berlaku 2 keputusan yang jauh berbeza? Ada blog yang menghentam kromo Pemuda kerana tidak mengamalkan tatacara berparti yang betul kerana mendahului Pusat dari membuat kenyataan. Mereka menyarankan agar Pemuda sepatutnya menunggu keputusan Pusat dahulu daripada membuat apa-apa kenyataan. "Amal Jaraiyy" patut diutamakan. Sekali baca, hamba melihat seo

NASIB BAIK 1951, JIKA 1950, NAYA PAS..

Imej
Tadi, di Kepala Batas, Tok Guru Presiden telah merasmikan Kongres sambutan ke 60 Persatuan (Parti) Islam SeMalaysia atau ringkasnya PAS. Kerana apa PAS dikatakan berumur 60 tahun. Ini kerana PAS ditubuhkan pada 1951. Bukannya 1950. Jika PAS ditubuh pada 1950, sudah pasti PAS berumur 61 tahun. Difikirkan kembali, elok juga tok ayah kita menubuhkan PAS lebih setahun dari tahun 1950. Jika tidak, pergh,.. hamba yakin penuh konfiden, akan ada suara-suara cap ayam akan mengeluarkan bahawa peristiwa Bukit Kepong ada kaitan dengan PAS. Sudah semestinya Mat Sabu akan dibalun seteruk mungkin malah bukan Mat Sabu sahaja dibalun, tetapi PAS sekali diheret bersama yang mengatakan PAS adalah tali barut komunis yang membunuh polis British keturunan Melayu di Bukit Kepong. Hamba juga pasti akan yakin, mamat-mamat umno dan perkasa di Seremban itu akan kata Mat Indera itu adalah ahli PAS yang bersekongkol dengan komunis. Hamba yakin punyalah. Tetapi, alhamdulillah, Allah takdirkan PAS ditubuh se

HUDUD: MELAYU PUN TAKUT.

Ini cerita sudah 2 minggu punya cerita. Cerita hukum Hudud. Kenapa tiba-tiba ianya keluar, hamba pasti kerana umno mahu perangkap PR tentang isu ini. Apa yang hamba nampak, pihak umno hendakkan rakyat melihat bahawa PAS tidak berkeupayaan untuk melaksanakan hukum hudud didalam PR dan PAS akan gagal dalam perjuangannya menegakkan Hudud. Itu yang digembar-gemburkan oleh media. Ok, takpelah, memang musuh PAS akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan PAS. Tetapi sebenarnya, apa yang umno dakwa dakwi itu, sebenarnya kena kepada batang hidung mereka sendiri. Selama memerintah Tanah Melayu selama 54 tahun, mana Hudud yang dibawa oleh umno? Mana pernah umno memperjuangkan hukum Hudud terlaksana di Malaysia. Menghina dan memperlekehkan lagi adalah. Jadi, seperti yang Tuan Guru Nik Aziz kata, selagi umno ada, selagi itu Hudud akan dihalang dari dilaksana. Maka kepada orang Melayu, yang sentiasa mengundi pihak yang memperlekeh Hudud, maka anda semua perlu berfikir kembali, parti mana ya

PRU 13 MASIH LAMBAT LAGI.

Imej
Ayam ada kaitan dengan PRU13 nanti. Hamba cukup yakin bahawa pilihanraya tidak akan berlaku pada waktu yang terdekat ini. Kenapa pula hamba begitu yakin? Ini kerana, semalam, hari Sabtu, hamba telah pergi ke pasar dan membeli ayam seekor. Disebabkan ayam itu, maka hamba mengambil kesimpulan bahawa pilihanraya masih lambat lagi akan berlangsung,.. jika ubn itu pandai menilai sikap pengundi. Kenapa pula hubungkait ayam dengan tarikh pilihanraya? Apa kena mengena ayam dengan PRU13? Adakah disebabkan ayam, maka tarikh pru akan dianjakkan lagi ke tahun hadapan? Jawapannya, ya. Selagi harga ayam tidak turun dari harga RM6.50, maka yakinlah, pilihanraya masih jauh untuk diadakan. Semalam, harga ayam RM8.60 sekilo. Harga melampau mahal. Semasa hari raya pun harga sekilo ayam adalah RM7.20, itupun sudah mahal, tetapi semalam, harga ayam melonjak gila. Kenapa harga ayam melonjak gila? Sudah semestinya untuk menguntungkan tokey ayam agar keuntungan yang melampau lebih itu akan dirasuah o

ZAINAL KLING: DAH KLING, KLING JUGALAH DIA....

Imej
Lebih teruk dari cap ayam. Ramai juga kekawan yang pening dan hendak termuntah dengan Prof. Zainal Kling. Apabila beliau berkata Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Apabila beliau berkata yang kerja sebagai DO bukannya kerja untuk British. Apabila beliau berkata yang kerja sebagai polis, bukan kerja untuk British. Dan yang paling pelik, apabila beliau kata Pesusruhjaya Tanah Melayu adalah orang British, yang menguruskan kewangan, hal tanah dan hal keselamatan Tanah Melayu adalah orang British, maka dia boleh kata Tanah Melayu bukan milik British, tetapi hanya menaungi. Hamba rasa, jika beliau adalah Prof Keling yang berada dalam zaman penjajah, maka British akan menggunakan beliau sebagai talibarut British untuk membodohkan orang Melayu agar jangan memberontak kepada kerajaan, jangan teringin untuk merdeka, tetapi mestilah bersama-sama dengan 'kerajaan negeri' masing-masing yang dibawah Sultan. British hanya menaungi negeri sahaja. Jikalau Prof Kling ini ada pada waktu

PEJUANG NEGARA KORANG SIALKAN, PENJILAT BRITISH KORANG SANJUNG. APA KES?

Walau dah lambat sesangat, hamba tetap mahu ucapkan Takaballah huminna wa minka kepada seluruh umat Islam yang membaca blog hamba yang secupit ini. Lama sungguh hamba tidak berblog. Bukannya apa, cuma kesibukan beraya dan tidak kecapaian broadband untuk dibayar bilnya menjadikan hamba tidak dapat melayari alam maya yang penuh keterbukaan ini. Namun, oleh kerana hari ini, hamba tiada kerja di tempat kerja, kerana elektrik di tempat kerja hamba sudah kong, sebab TNB punya tranformer sudah meletup, maka hamba pun buatlah kerja 'sampingan' hamba ini, bergejuis. Nasib baik komputer hamba di 'back up' oleh gen set. Apa yang hamba hendak ceritakan disini bukannya cerita apa pun, cumanya, hamba kasihan melihat orang Melayu yang tidak faham-faham akan sejarah Tanah Melayu. Dimerdekakan oleh siapa sebenarnya. Lebih-lebih lagi cerita sensasi Bukit Kepong sekarang. Tak habis-habis umno menghentam mat Sabu. Tetapi yang pelik, Mat Indera tidak pula di hentamnya. Hendak tahu ken

ANWAR DENDANG LAGU LAMA?: HANG DIAM JE LAH PUAD.

Imej
Hamba baru sahaja terbaca apa yang Puad Zarkashi kata dalam Utusan Online. Boleh baca di sini ( Anwar dendang lagu lama ). Angin tidak bertiup, taufan tidak melanda, tiba-tiba rumah tepi pantai roboh terkena tsunami. Apalah yang didendam oleh Puad dengan Anwar, tidak tahulah hamba. Cap ayam. Anwar kata beliau adalah mangsa konspirasi politik yang menyebabkan ada tuduhan di mahkamah. Serupa cerita lama dahulu, tahun 1998. Disebabkan ceritanya sama dengan konspirasi yang dahulu, maka sudah semestinyalah Anwar akan berkata mengikut dendang lagu lama. Sebab bendanya sama. Oleh itu apa masalahnya Anwar mendendangkan lagu yang lama? Jika puak konspirator sendiri yang membuat skrip sama berulang dua kali, maka yang patut disalahkan adalah para konspirator itulah. Kenapa hendak disalahkan kepada si mangsa? Hamba harap Puad itu duduk diam-diamlah. Seperti terdiamnya beliau apabila Anwar membelasah beliau dalam parlimen berhujah tentang kes kegawatan ekonomi 1997 berkaitan dengan pin

MERAI KEPELBAGAIAN; SESAT?

Sekarang ini, tanah Melayu sudah mempunyai golongan dimana iktikad kehidupan mereka adalah berdasarkan kepada liberalisme. Apakemendenya liberalisme itu. Sejenis kuih kah? Bukan. Ianya bukan sejenis kuih dan bukan sejenis minuman, tetapi satu jenis pemikiran akal manusia. Apa yang dimaksudkan liberalisme, atau lebih senang kita sebut liberal? Jika hendak tahu, elok korang semua google atau yahoo. Akan dapatlah jawapan yang anda semua carikan. Namun, golongan ini pasti tidak akan mengaku bahawa mereka adalah golongan liberal. Mereka akan kata, golongan yang melabel mereka ini sebagai golongan liberal adalah sifat orang yang tidak boleh menerima atau menolak sesuatu perkara atau pemikiran mereka tanpa hujah. Mereka akan kata bahawa pihak yang melabel mereka sebagai liberal, adalah satu golongan yang akal sempit dan mengambil jalan mudah untuk menafikan pemikiran mereka. Mungkin betul, namun mengapa mereka amat tidak sedap hati apabila mereka ini dilabel liberal? Mungkin tidak yakin

LUAHAN HATI SEDUIT.

Jika manusia sudah menganggap akalnya terlebih pandai, maka akan ada satu makhluk akan cukup seronok menipu daya manusia itu agar bersikap ego. Kenapa makhluk yang satu ini, cukup berkenan dengan manusia yang mengagongkan akalnya? Sebab makhluk itu sendiri mempunyai sifat yang sama dengan manusia itu. Hanya perlu tambah ego. Maka jadilah mereka sekawan. Jika ego itu telah sebati dengan jiwa, maka apa-apa yang orang lain kata, maka manusia itu akan menganggap kata orang lain itu adalah lebih low class dari beliau. Apabila ada orang komen tentang apa yang difikir oleh beliau, maka manusia itu akan mengherdik dan mengecil-ngecilkan kewibawaan orang yang mengkomen kan itu. Jika ada orang buat lawak dan berjenaka dengan manusia jenis ini juga, maka manusia ini akan membantai orang yang buat lawak itu sehingga lunyai kerana manusia yang ego tidak dapat menerima lawak bodoh. Sehingga tahap yang lebih kronik, apabila ada seorang manusia yang ingin membantu membetulkan manusia yang telah

ALKOHOL TU ARAK KA? -2 - BEER HALAL LAH PULAK..

Imej
Setelah kome sekelian mengerti tentang salah tafsirnya umat Islam tentang alkohol, maka janganlah masih menjahilkan diri tentang cerita alkohol ini. Kot ye pun hendak kata haram, katakan arak itulah yang haram, bukan alkohol. Jika tidak puas hati, katakan ethanol yang diproses melalui penapaian yang haram. Bukannya Alkohol. Disebabkan cerita umat Islam yang begitu fobia dengan alkohol ini, maka terwujud satu fenomena dimana yang mengatakan ada beer yang halal. Yang ini memang cap ayam. Memang satu ungkapa yang mengkompemkan, bahawa umat Islam sudah bodoh sungguh dengan istilah-istilah tentang arak ini. Mula-mula, perlu hamba tanya, beer itu, apa ke bendanya? Air kopi ke? Air sirap ke? Kuih lopes ke? Tahu ke umat Islam, beer itu, apa ke bendanya. Jika hendak tahu, beer itu adalah arak dan arak itu adalah beer. Cuma dijawakan sahaja. Janganlah pula ada yang cuba hendak buat penafian, "Eh, sapa kata beer itu arak, mana kome dapat informasi ni?". Yang itu, hamba akan jawab, &

ALKOHOL ITU ARAK KA?

Imej
Hamba hendak tanya kome semua, yang haram untuk diminum oleh manusia adalah arak atau alkohol? Mana yang haram? Alkohol ke arak? Arak bahasa Melayu bagi khamar bahasa Arab. Maksud khamar pula adalah air minuman yang memabukkan. Apa pula maksud mabuk? Ini ada masalah. Mabuk dalam bahasa Melayu ini ada 2 makna. Orang yang pening-pening sebab naik kereta lalu muntah-muntah, dipanggil mabuk. Orang yang sedang mengandung, yang pening-pening dan muntah-muntah pun dipanggil mabuk. Orang yang betul-betul mabuk sebab minum air todi pun dipanggil mabuk. Jadi, terjadilah kekeliruan makna mabuk. Pening je, dipanggil mabuk, muntah je, dipanggil mabuk, minum arak je, sudah semestinya dipanggil mabuk. Jadi, apa dia mabuk yang diharamkan Allah SWT? Maksud mabuk yang diharamkan Islam adalah apabila akal tidak boleh berfungsi untuk mengawal tubuh badan fizikal. Apabila mental tidak berkuasa terhadap diri, maka itulah mabuk namanya. Maka disini, yang disebut dalam Al-Quran adalah khamar yang dihara

GURU SEKOLAH MAKIN CELARU

Imej
Baru hamba tahu, cikgu Inggeris di sekolah seluruh Malaysia semuanya tidak pandai mengajar belaka. Manakan tidak, sehingga memaksakan 300 guru import dibawa masuk untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Apa agaknya reaksi guru bahasa Inggeris. Adakah mereka akan melenting, atau mereka akan menikus, 'kami dengar dan kami patuh'. Namun, yang peliknya, 300 guru yang diimport nanti adalah guru Inggeris dari USA. Masaklah budak-budak. Peninglah guru-guru Inggeris. Loghat Inggeris British akan ditukar kepada loghat Inggeris USA. Haru biru. Itu satu hal, yang menambahkan hal lagi adalah cerita sains dan matematik boleh dipilih, samada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Lagilah masak. Siap Pak Udin beri kebebasan kepada sekolah (aka pengetua/guru besar) untuk memilih, sekolah mereka akan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Hijau bingau lah sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Semenjak TPM memegang tampuk kuasa Men

LAA,.. JAIS TAK SERBU GEREJA PUN, PUSAT KOMUNITI JA..

Imej
Laa,.. rupa-rupanya, apa yang depa kata JAIS 'serbu' gereja itu, bukannya gereja pun ( baca sini ). Cuma pusat komuniti yang diperolehi oleh puak Kristian Evangelis. Siap ada bukti lagi ada kerja-kerja hendak memurtadkan orang Islam ( baca sini ). Apa cerita pada kawan-kawan Shah Alam dan Kuala Selangor? Mulut sudah terbabas, susah hendak tarik balik. Itulah, hamba sudah kabor, sesiapa yang tidak sayang mulut, akan menunjukkan mulut dia itu penuh dengan tahi. Tahi dengki. Bercakap atas kapasiti tidak puas hati dengan orang, bukannya atas kapasiti kebenaran. Oleh itu, bertaubatlah kepada sesiapa yang sudah silap kata. Satu, MP Shah Alam. Mulut dia yang mula-mula sungguh sombong hendak 'menjatuhkan' Dr. Hassan Ali. Hamba tidak mahu berselindunglah. Memang itu kerja dia sejak depa berdua bergaduh tidak sudah-sudah. Minta maaf orang Shah Alam, jika dia masih bertanding sebagai MP di sana, hamba tidak akan menyokong dia sebagai individu, dan juga atas kapasiti hamba seb

STANDARD KE JADAHNYA?

Semalam Jumaat, hari ini Sabtu, esok Ahad. Kenapa namanya Jumaat, Sabtu, Ahad, bukannya Isnin, Selasa dan Rabu? Kenapa? Sebabnya ianya telah dipiawaikan begitu diseluruh dunia. Hamba masih belum lagi berjumpa sebuah negara yang tidak mengikut hari yang mengikut piawai antarabangsa ini. Mana ada negara yang mengatakan hari dia adalah hari Rabu sedangkan dunia kelilingnya yang siang adalah hari Sabtu. Mana ada? Seluruh dunia kata hari itu adalah hari Sabtu. Ikut sahajalah. Kenapa pula hendak ikut? Sebab ianya adalah piawai antarabangsa. O.k, ikut piawai antarabangsa, tetapi, jika kami tak mau ikut, ada menyusahkan dunia lain ka? Apa kejadahnya piawai itu? Atau dalam bahasa jawanya, standard. Jika Amerika, depa guna ASTM, jika Jepun, depa guna JIS, jika British, depa guna BS, jika Malaysia, depa guna semua, walau ada standard sendiri, MS. Kenapa manusia ini terhegeh-hegeh hendak ada piawai sendiri dalam negara masing-masing? Kenapa taksub sangat dengan piawai ini? Jika tidak ikut pi

JIKA SENARAI NAMA DIKEKAL, PR HENDAK MASUK BERTANDING PRU13 JUGA KE?

Imej
Masa dulu kala, bila ada cerita kerajaan perpaduan, depa kutuk PAS Terengganu. Antara cerita paling sensasi, PAS Terengganu hanya perintah sepenggal. Lepas tu, lingkup. Ada pula defend, kalah sebab pilihanraya penipu, tetapi yang menuduh kata balik, depa tak percaya. Dah kalah, kalah la, hendak beri alasan pru menipu pula. Otai penipu. Tiba-tiba, hari ini, bila PAS dedahkan sebiji demi sebiji penipuan, baru korang tahu, memang pru di Malaysia ini penipu. Tipu yang amat dari segi daftar nama. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Idris Jusoh, kerana dialah master mind buat kerja magik ini. Pioneer untuk kerja tipu tahap gaban ini bermula dari tahun 2004, di Terengganu. Dan dialah yang juga master mind nya. Sekarang, Idris Jusoh sudah naik pangkat setakuk lagi, jadi pengarah pilihanraya untuk umno Malaysia. Maka,kerja yang dia pandai itu, dibuat dalam konteks lagi besar, iaitu seluruh Malaysia. Memang 'tuut' punya kerja. Tetapi Alhamdulillah, pemuda PAS pandai bu

NAK CERITA SIKIT KERJA HAMBA SEHARIAN..

Imej
Sibuk. Bulan ini, hamba sibuk dengan kerja. Ada projek baru masuk. Berkaitan produk oil and gas. Minggu depan, Shell mahu datang ke bengkel tempat kerja hamba. Memang sibuk. Namun, sibuk macam manapun, hamba tetap kerja makan gaji. 11 tahun bekerja, baru dapat menikmati 3 kali bonus. Sekali bonus sebulan gaji, dua kali 1/2 bulan gaji. Hampas. Namun, disebabkan minat tidak terhingga dengan kerjaya hamba ini, maka masih kekal bersama syarikat ini. Bidang faundri. Ada kome semua pernah dengar dengan bidang kerjaya faundri ini? Tidak banyak syarikat Melayu yang berkecimpung dengan bidang ini. 90% milik Cina. Dan oleh kerana ianya dimonopoli Cina, maka supplier untuk bahan mentah dan kegunaan kerja faundri juga adalah bangsa Cina. Maka hamba banyak berurusan dengan orang Cina. Kerja faundri adalah kerja yang berat, kotor dan tidak glamour. Sesiapa yang suka berpakaian kemas, duduk dalam air-cond memanjang, ketip-ketip jari dengan keyboard, tolong jangan mengada-ngada masuk dalam bidan