Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, November 29, 2010

RILEKSLA... REZEKI DATANG BERGOLEK, TAK PERLU USAHA,.. BETULKE?

Ini bukan kereta-kereta hamba.... :(


Ada orang kata, rezeki telah ditentukan Allah SWT. Jika banyak itu rezeki yang Allah tentukan, maka banyak itulah rezeki kita. Usaha atau tidak usaha, jika itu rezeki kita, maka dapat jugalah rezeki itu. Jika ianya bukan rezeki kita, usaha macammanapun, sampai bila-bila pun tidak akan dapat.

Betul ke info ini?

Fikir punya fikir punya fikir, rasanya macam betul.

Misal contoh, jika ada isteri Sultan bersalin, anak yang dilahirkan itu terus menjadi kaya raya. maklumlah, putera Sultan. Tak usaha apa-apa, tup-tup, negeri milik dia. Jika yang dilahirkan itu pula maknya isteri kepada bilioair, maka bilionair jugalah sianak orang kaya itu.

Contoh lagi, jika ada seorang itu usaha bagai nak mati berniaga siang malam 24, 7, 365, Tiba-tiba George Soros buat hal, habis lingkup bankrap perniagaan dia. Boleh jadi juga tu. Belum bab kena tipu, kena rompak, kena rasuah dan bermacam-macam kena lagi.

Oleh itu, maksudnya, kita ni tak payah usaha apa-apalah kiranya jika hendak jadi kaya. Duduk rumah goyang kaki. Rezeki datang turun dari langit...... Betul ke?

Tolong beri komen sesiapa yang pandai sangat tentang hal ini..... beri pencerahan sedikit..

Ahad, November 28, 2010

ISTERI TENGAH MARAH HAMBA NI......

Girlfriend hamba, sudah 5 tahun menjadi isteri.:)


'Abang,nanti tolong vacuum ruang tamu ye,' tanya isteri kepada hamba. 'Ye le...' hamba jawab.

20 minit kemudian. 'Abang, jangan lupa vacuum tau.', tanya isteri hamba lagi. 'Ye le...' jawab hamba.

40 minit kemudian. 'Abang, bila nak vacuum? Jangan lupa tau,' tanya isteri hamba lagi. 'Nanti abang vacuum lee...' jawab hamba.

1 jam setengah kemudian. 'Abang, vacuum tau bang..', tanya isteri hamba lagi. 'Ye lee...', jawab hamba.

Baru sebentar tadi. 'Brrrrrrrrr...', bunyi vacuum cleaner. Eh? Isteri hamba yang vacuum. Adoii, mesti marah girlfriend hamba ni. Punya la lama dia minta tolong hamba vacuum. Hamba pula menyibuk depan lap top je. Adoiii, macam mana nak buat nih. Muka isteri sudah seposen je....

Sabtu, November 27, 2010

BAGAIMANA HAMBA MASUK JEMAAH PAS.

Hamba minat didalam politik sudah lama. Semasa hamba sekolah rendah lagi. Semasa hamba darjah 6, umno ketika itu telah di'baru'kan oleh Tun Mahathir. Kumpulan yang lagi satu menubuhkan umno lama tetapi ROS tidak membenarkan parti itu dinamakan umno, maka terpaksa dibuat nama Semangat 46.

Minat hamba didalam politik Malaysia adalah disebabkan ayah hamba. Beliau seorang ahli umno. Semasa pru 1990, ayah hamba menyokong team Mahathir. Ingat lagi sehingga sekarang, ungkapan ayah hamba kepada hamba, "Jika s46 memerintah, habis orang Melayu.", ketika itu hamba yakin 100% apa yang ayah hamba katakan, maklumlah, baru 14 tahun.

Hamba masih ingat, betapa leganya Tun Mahathir apabila dapat majoriti 2/3 semasa PRU 1990. Ingat lagi hamba ayat2 Rais Yatim tentang bakar jambatan. Ingat lagi hamba melihat keputusan DUN Kelantan hanya diumumkan media keesokan harinya. Ingat lagi hamba isteri sepupu hamba berkata, "Bolehke tok guru jadi MB. Takat ceramah agama bolehlah.". Hamba ingat semua itu kerana hamba minat akan politik. Hamba ketika itu memang kuat semangat Melayunya, mungkin suasana didalam rumah adalah sebegitu.

Ayah hamba orang Melaka. Tetapi dibesarkan di Singapura. Beliau hidup dimana orang Melayu adalah lemah didalam masyarakat majoritinya Cina. Beliau berpengalaman hidup di Singapura diherdik oleh kaum Cina. Semasa umno memberi percuma tanah Singapura kepada Lee Kuan Yew, ayah hamba berhijrah ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, ayah bertemu ibu hamba dan mereka berdua telah merasai peristiwa 13 Mei. Mereka tinggal di Kampung Baru ketika peristiwa itu. Tempat berpusatnya pergaduhan diantara Cina dan Melayu.

Oleh itu boleh difahami, sifat kuatnya sentimen Melayu oleh ayah dan ibu hamba telah membentuk hamba kearah itu. Ayah memilih umno sebagai wadah hidupnya, walaupun sebenarnya jiwa ayah adalah lebih kepada Kesatuan Pekerja yang diketuainya. Manakala ibu tidak percaya kepada parti politik baik umno atau PAS, tetapi membenci yang amat kepada DAP.

Ketika ditingkatan 3, datang seorang ustaz mengajar hamba di sekolah hamba. Ustaz Ishak namanya. Namun beliau hanya dapat mengajar hamba selama 8 bulan. Kemudian beliau ditukarkan ke tempat lain, tidak tahu mengapa. Apa yang hendak diketengahkan disini adalah cara pengajaran agamanya memang lain dari yang lain. Beliau tidak mengajar 100% menggunakan buku teks, tetapi banyak mengajar tentang daulah Islam. Yang paling memberi kesan ialah beliau ada mengajar tentang perlembagaan Malaysia yang menunjukkan negara Malaysia ini BUKAN negara Islam. Terkedu hamba.

Terkedunya hamba itu menyebabkan hamba mencari dan membeli buku-buku politik. Ya, ketika hamba tingkatan 3, hamba sudah meminati mengumpul buku politik. Ada satu buku yang hamba beli dengan duit simpanan sendiri, tajuknya hamba sudah lupa, dan bukunya hamba lupa disimpan di mana dan hambatidak dapat mencarinya sehingga sekarang, menceritakan berbedaan diantara umno dan PAS. PAS itu konsisten dalam perjuangan, umno berubah-ubah ikut musim. Hamba cukup benci buku itu pada mulanya kerana ianya memburukkan umno.

Tetapi, lama kelamaan, setelah mendapat info demi info, maka hati hamba kepada umno semakin pudar dan pudar. Maksud info adalah maklumat berkenaan apa itu sekularisme, apa itu kapitalisme, apa itu sosialisme, apa itu nasionalisme. Bagaimana nasionalisme telah menghancurkan khalifah Islam. Bagaimana pengasasan negara bangsa memecahkan dominan politik umat Islam. Arab dengan bangsa Arabnya. Parsi dengan bangsa Parsinya. Turki dengan bangsa Turkinya. Urdu dengan bangsa Urdunya. Melayu dengan bangsa Melayunya. Satu umat Islam telah dipecahkan mengikut bangsa masing-masing.

Tetapi ketika itu, hati untuk bersama jemaah PAS masih belum bersedia lagi. Mungkin hamba sedang akan menduduki SRP. Hamba berjinak-berjinak dengan PAS semasa hamba ditingkatan 4. Bukannya menjadi ahli, tetapi mengikuti perkembangan dengan kaset-kaset ceramah dan buku-buku tentang gerakan Islam. Ibu dan ayah nampak akan minat hamba itu. Malah mereka memberikan galakan lagi agar hamba mengkaji hal-ehwal politik di Malaysia dan dunia Islam.

Pemimpin pertama PAS yang hamba kenal adalah Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ceramahnya cukup memberi kesan kepada orang yang baru mengenal hidup seperti hamba ketika itu. Walaupun hamba ketika tingkatan 4 dan 5 hingga belajar diploma di ITM, luaran hamba adalah 'mat rockers', tetapi hati ini sebenarnya telah terpaut dengan perjuangan PAS.

Semasa di ITM, mereka-mereka yang berwatakkan Islamik, atau kader-kader PAS, tidak melihat hamba sebagai seorang insan yang menyokong perjuangan mereka. Perangai hamba yang hu ha hu ha, mendengar lagu-lagu berat thrash metal, tidak pernah berusrah, tamrin dan ceramah kelompok bersama puak-puak ini, memberikan persepsi bahawa hamba ini sebagai sebahagian dari kumpulan mereka yang tiada pendirian. Dan hamba tidak kisah mereka menganggap hamba sedemikian. Hamba minat kepada PAS, hamba tahu perjuangannya dan hamba adalah penyokong tegar PAS. Hanya kawan-kawan rapat hamba yang mengetahui hamba ini penyokong fanatik PAS.

Namun, sifat 'menyorok' menyokong PAS itu terhapus semasa peristiwa Anwar Ibrahim dipecat. Tahun 1998. Hamba sebelum peristiwa hitam itu, cukup membenci Anwar. Masuk tong tahi untuk bersih tahi. Tetapi ketika peristiwa hitam itu berlaku, perasaan kasihan kepada Anwar begitu menebal sehingga hamba pun turut sama berada didalam gelombang reformasi.

Cumanya, semasa perhimpunan beramai-ramai di Masjid Negara hamba tidak dapat mengikutinya kerana hamba terkena penyakit mata. Kedua-dua belah mata hamba sakit membengkak. Jika tidak, hamba pasti akan berada disana dan kemungkinan besar hamba akan ditangkap polis kerana rakan baik hamba terkena tangkap oleh polis setelah dibelasah dan disembur air asid dan gas pemedih mata semasa perhimpunan itu. Ketika ini jugalah hamba berjinak-jinak dengan usrah dan ceramah kelompok semasa gelombang reformasi sedang kuat membuak.

Hamba akhirnya menjadi ahli PAS pada tarikh 22 Januari, 2000, setelah mengisi borang ahli PAS pada bulan Ogos 1999. Ahli seumur hidup. Cawangan Bukit Damansara, Kawasan Segambut, K.L. Tahun 2003 hamba dipaksa menjadi Setiausaha Cawangan, Ajk Kawasan dan Ajk Pemuda. Sehinggalah sekarang, masih menjadi setiausaha cawangan, tetapi di kawasan lain, Hulu Selangor, cawangan Rasa. Perlu menjaga 4 UPU, 10 saluran, pengundi lebih kurang 8000 pengundi. Namun alhamdulillah DAP dan PKR disini juga agak aktif. Ringan sedikit bebanan 4 UPU itu.

Khamis, November 25, 2010

GOLONGAN MUDA SOKONG PR?- ANDAIAN SEBALIKNYA.

Sudah ramai insan di Tanah Melayu berkata bahawa PRU 13 akan diadakan sebelum bulan 4 tahun hadapan. Kata-kata itu ditambah nilai dengan alasan-alasan yang nampak seperti konkrit. Namun kekerasan konkrit itu seperti tidak didukung oleh besi-besi Y-bar untuk memantapkan tembok konkrit itu.

Oleh kerana itu suasana yang berlaku sekarang ini, maka hamba bercadang hendak mengulas berkenaan kearah mana undi dari rakyat Malaysia yang akan di'pangkah'kan pada PRU 13 nanti? Adakah pengundi akan mengundi BN atau PR?

Untuk kali ini, hamba ingin mengfokuskan kepada pengundi baru. Lingkungan umur 21 ke 25 tahun.

Melihat kepada situasi Unit Peti Undi (UPU) yang kalah oleh PR, didapati, misal contoh, jika UPU itu ada 4 saluran, saluran yang kalah sudah semestinya selalunya saluran 1, iaitu saluran golongan veteran. Kemudian, untuk saluran 2, kebanyakannya, PR akan kalah dengan majoriti yang sedikit dan ada juga yang menang dengan majoriti yang sedikit.

Bagi saluran 3, selalunya PR akan meraih kemenangan dengan majoriti yang agak selesa. Tetapi yang menjadi tumpuan kepada hamba ialah saluran 4, saluran pengundi baru, kebanyakan saluran ini yang mana UPU PR kalah, saluran 4 selalunya, atau majoritinya PR kalah. Ada juga yang kalah teruk.

Mengapa ini berlaku?

Adakah kerana sebahagian pengundi muda di Tanah Melayu ini tidak mendukung PR? Sering kali kita mendengar atau membaca artikel bahawa kekuatan PR adalah terletak kepada pengundi mudanya. Adakah ianya 100% benar?

Cuba kita lihat, era PRU10 dimana anak-anak muda majoritinya sungguh tidak berpuas hati dengan umno. Ketika itu, hamba sendiri baru berumur 23 tahun. Semangat berkobar-kobar reformasi begitu kuat sekali kepada majoriti golongan muda ketika itu. Tetapi itu adalah 11 tahun yang lalu.

Tahun depan, iaitu tahun 2011, mereka-mereka yang muda dan kuat berpegang kepada reformasi atau mereka yang dapat melihat sendiri kekuatan gelombang itu, sudah berada dalam golongan saluran 2 dan 3.

Bagi mereka yang berumur 22 tahun 2011 nanti, tahun kegemilangan reformasi, umur mereka baru mencapai 10 tahun. Darjah 4. Bagi yang 25 tahun, umur mereka 13 tahun, Tingkatan 1. Datang era kejatuhan Barisan Alternatif ketika PRU12, golongan 25 tahun pada PRU13 nanti, mereka berumur 18 tahun. Umur dimana mereka akan didoktrinkan menyokong BN didalam PLKN. Begitu juga bagi yang berumur 22 tahun.

Golongan-golongan ini, mereka yang berada disaluran 4, saluran pengundi baru, berumur dari 22 -25 tahun (umur 21 mungkin belum sempat diberi kebenaran mengundi oleh SPR), adalah golongan yang sudah didoktrin menyokong BN didalam PLKN. Dan mereka ini juga, sebahagian besarnya, tidak tahu atau tidak merasai peristiwa Reformasi di era akhir 90-an dan awal milenium.

Mereka tidak kenal Anwar Ibrahim semasa beliau adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Mereka tidak kenal Anwar Ibrahim ketika beliau dibelasah dan dipenjarakan. Mereka hanya kenal Anwar Ibrahim ketika beliau sebagai bekas banduan. Sudahlah bekas banduan, kesalahan kerana meliwat pula itu. Mahu tidak mahu, itulah situasi yang perlu diambil kira oleh PR apabila bertanding ditempat umno menang, terutamanya di kawasan kampung.

Tidak nampakkah semasa PRK, golongan muda ini digunakan umno untuk meraih undi dengan menjerit 'bontot, bontot'. Disebab golongan muda minda PLKN ini begitu yakin akan 'kebontotan' Anwar itulah, mereka sanggup membuat perkara sebegitu kurang ajar itu!.

Hamba sendiri, semasa berkempen PRK Hulu Selangor dahulu, telah merasai situasi 'kejahilan' golongan ini, golongan pengundi baru 'PLKN', dimana hamba telah berdialog dengan mereka berkenaan Pakatan Rakyat, dan ada dari kalangan mereka, Mat Sabu pun mereka tidak kenal. Jika Mat Sabu pun mereka tidak kenal, apakan lagi Azmin Ali?

Nampak gayanya, untuk Pakatan Rakyat menang dikawasan umno kuat, perlu ada kerja yang lebih oleh kita mendekati golongan muda yang bermindakan PLKN ini. Untuk merampas kerusi DUN dan Parlimen dari umno ini, kerja kuat yang melampau perlu diusahakan oleh kita dari sekarang. Namun, janganlah kita risaukan sangat, mereka ini masih boleh diselamatkan lagi, insyaAllah....

Selasa, November 23, 2010

YAHOO! MALAYSIA MENANG 4-3 LAWAN INDIA HOKI SUKAN ASIA

Balik sahaja dari kerja, terus buka astro Asian Game. Hoki separuh akhir Malaysia lawan India. Tengok gaya mula-mula cara Malaysia bermain rasanya macam boleh menang. Kemudian melihat Malaysia menjaringkan gol pertama dahulu, rasa Malaysia boleh menang bertambah kuat.

Tapi, kurang 2 minit separuh masa, India menyamakan kedudukan. Adus....

Separuh masa kedua, India pula lead 2-1. Adus lagi.....

Tetapi, Malaysia menyamakan kedudukan 2-2. Perasaan boleh menang timbul kembali.

Namun, India lead kembali 3-2. Adus kali ketiga.....

Kurang 3 minit permainan, India masih mendahului 3-2. Rasa macam dah nak kalah. Tup-tup, Malaysia dapat penalti korner. Rasa macam tak gol je. Tapi, tengok-tengok, goooollll.... 3 sama.

Tapi perasaan masih berat hendak mengatakan boleh menang, maklumlah, suddent death. Namun sangkaan hamba meleset, Malaysia berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui penalti koner. Menjerit hamba melihat gol itu.

Seronok bukan kepalang hamba. Melihat pasukan hoki yang tidak disangka-sangka boleh pergi ke final, akhirnya dapat juga ke final untuk ulung kalinya pada sukan Asia.

Harap dapat emas lawan Pakistan.

Ahad, November 21, 2010

AQIQAH NUR MUHAMMAD SELAMAT DIJALANKAN.

Lembu akikah Nur Muhammad bin Mazwandi
Lembu putih. Paling afdal, selepas kambing.

Sudah selesai akikah.

expert melapah daging..

agih daging..

majlis kenduri. Makan..

makan lagi..

sekali dengan tahlil arwah tok tua.

acara makan.

ruang bawah rumah. penuh dengan makan....


Alhamdulillah, akikah anak lelaki saya selesai dengan sempurna. Satu bahagian lembu telah disembelih pada tasyrik 1, kemudian majlis makannya dibuat malam semalam, Sabtu malam Ahad.

Ramai yang hadir. Makan nasi minyak dengan daging lembu akikah dan juga dicampur dengan daging lembu korban. Majlis dilangsungkan selepas Isyak. Selesai doa selamat dan tahlil untuk arwah mak dan tok tua, maka acara makan pun dilangsungkan.

Nasi cukup, air cukup, tiada komplen, makanan sedap, air kenyang, dan semuanya beres dengan jayanya. Alhamdulillah.

Sabtu, November 20, 2010

PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH. GILA APA BN INI?

Statistik menunjukkan bahawa anak luar nikah dari keturunan Melayu sekarang ini sudah meningkat dengan mendadak. Mengapa ini berlaku? Sudah semestinya kerana mat melayu dan minah melayu melakukan zina.

Kenapa pula ini berlaku? Sudah semestinyalah kerana suasana kehidupan masyarakat dan pentadbiran negara Malaysia sekarang ini tidak mengikut acuan Islam. Segala genap kehidupan di bumi melayu ini sudah lari jauh dengan acuan Al-Quran dan Sunnah.

Cuba bayangkan, kita yang sentiasa ke masjid melakukan ibadah solat 5 waktu, adakah akan menjamin anak kita yang berada dirumah sebenar-benarnya berada dirumah? Adakah kita yang sedang bekerja siang malam membanting tulang untuk mendapat rezeki bagi anak-anak agar hidup senang akan menjuruskan anak kita itu menggunakan rezeki yang diperolehi untuk membuat kerja radha Allah?

Kita mengajar anak kita dirumah tentang Islam. Menutup aurat, menjaga tingkah laku, terapkan sifat-sifat malu, tetapi, apabila keluar dari rumah, adakah suasana masyarakat akan menjamin anak-anak kita hidup dalam keadaan iman yang sempurna?

Anda sekelian faham apa yang hamba maksudkan.

Kita sebagai ibubapa bertungkus lumus cuba menghidupkan kehidupan Islami didalam keluarga kita. Kita bertungkus lumus menjadikan rumah kita itu sebagai sebuah 'negara Islam' yang kecil. Rumah yang mengikut undang-undang Allah, mengikut acuan hidup Rasulullah. Tetapi apabila keluar sahaja dari pintu rumah, maka negara Islam itu akan hilang.

Perkara yang paling menggusarkan adalah budaya hedodisme. Budaya suka ria, riang gembira, hu ha hu ha, seronok sana, seronok sini, tanpa ada batasan agama. Lelaki perempuan bercampur baur. Gelak-gelak, cuit-cuit, cerita kelakar sikit sini, cerita kelakar sikit sana antara lelaki dan perempuan bukan mahram sudah menjadi kebiasaan dan rutin kehidupan manusia remaja dan manusia matang seperti kita.

Perempuan Melayu sekarang kebanyakannya sudah bertudung. Tetapi masalahnya tidak menutup aurat. Dikepala ditutup dengan tudung, tetapi dibadannya memakai baju kecil menampak susuk tubuh ramping membujur payu dara. Kadang-kadang bajunya takat paras lengan atas. Seluruh tangan kecil putih gebu dibiar dinampakkan kepada orang ramai.

Silelaki pula, sudah nampak 'rakan perempuannya' berpakaian begitu, apalagi, godaan nafsu diusik syaitan akan menjadi-jadi. Di SMS ajak keluar, ajak pergi makan, ajak ke pantai naik motor sama-sama. Ajak ke perpustakaan belajar bersama-sama, tetapi ada tujuan yang lain sebenarnya. Untuk menjamu mata atau dapat yang ringan-ringan. Kan ke syaitan namanya.

Apa ayah mereka buat? Apa mak mereka buat? Biarkan sahaja? Kerana apa? Kerana maknya pun berpakaian begitu. Ayahnya pun mata begitu. Nafsu nafsinya pun begitu. Kerana apa? Kerana ditempat kerja ayahnya, suasana dipejabat lelaki perempuan bebas bergaul sesama mereka. Si emaknya pula, terpaksa mengikut trend terkini pakaian tudung cap ayam seperti rahib kristian. Bajunya pula tidak boleh labuh, mesti menampakkan body.

Jadi, ketika manakah agaknya kehidupan anak kita boleh dikawal seketika? Ketika bila? Mungkin jawapan yang 'agak' betul ialah sekolah. Sekolah rendah dan menengah masih lagi dikuatkuasakan lelaki dan perempuan duduk asing-asing. Diwajib bertudung dan berseluar panjang bagi lelaki. Ada ustaz-ustaz yang boleh mengawal tingkah laku pelajar dan juga ada guru-guru yang boleh mendidik anak-anak muridnya dengan tingkah laku Islami.

Tetapi, kemungkinan besar, sekolah sudah tidak boleh lagi menjadi satu tempat selamat anak-anak kita dari perkara-perkara mungkar. Kerana apa? Kerana tidak lama lagi pendidikan seks akan diajar pula kepada pelajar. Pelajar-pelajar akan diajar apa itu seks dan mungkin akan diajar bagaimana caranya seks 'selamat'. Adakah nanti ada tugasan praktikal? Adakah nanti anak-anak kita akan cuba menghayati pelajaran itu dengan rakan-rakan sekelasnya. Cuba kita sebagai ibubapa bayangkan, apa yang akan berlaku kepada anak kita.

Sekarang inipun anak-anak remaja sudah naik isim tentang seks luar nikah, apa akan berlaku kepada anak-anak kita apabila pelajaran seks ini dipaksa ajar kepada setiap individu remaja yang bersekolah milik kerajaan. Satu Malaysia! Hancur!

Apa punya gila Malaysia sekarang ini? Apa punya gila kerajaan BN hendak menghala tuju anak-anak kita sekarang ini?

Apa punya gila kerajaan BN ini?

Adakah kita hendak membiarkan perkara ini berlaku? Adakah kita sebagai ibubapa yang bertungkus lumus mewujudkan negara Islam didalam rumah kita, tetapi apabila anak kita ke sekolah, akan menghancur leburkan iman dan taqwa anak kita.

Hamba cukup yakin, mereka inilah golongan syaitan berupa manusia.

Khamis, November 18, 2010

PENGALAMAN KE KUALA TERENGGANU MENAIKI BAS NICE.

Keluarga hamba. Sedang menunggu bas ditempat menunggu terminal bas NICE. Air teh/kopi bersama kuih itu diberi percuma kepada penumpang yg menunggu.

Dengan acik dan Marsya..

ruang menunggu. Seperti kopitiam. Air minum dan kuih muih diberi percuma.

kaunter pertanyaan. Tapi, mana orangnya?....

tempat menunggu. Selesa, tapi agak sempit..

Tempat menunggu card member. Marveles, tapi ditutup.

Ruangan didalam bas NICE

Seronoknya didalam bas.

Makanan yang diberi percuma didalam bas. Sedap....

Kakak Jannah hendak menikmati hidangan. Comel..

Ummi, makan kek,Iman, makan roti salut kaya pandan, Muhammad, tidur..

Bantal dan selimut, diberi masa perjalanan..

Pemandangan di Dungun..

Hamba ada di Batu 6 sekarang. Hari ini hari Khamis, hari tasyrik 1. Menunggu lembu akikah Nur Muhammad untuk ditumbangkan. Sebelum melakukan korban, hamba berblog dahulu. Melaksanakan janji untuk memberi cerita tentang perjalanan hamba sekeluarga menaiki bas NICE.

Menaiki bas NICE memang selesa. Tetapi agak merimaskan. Kerana terlalu lama dalam bas. 8 jam. Serupa pergi ke Mekah menaiki kapal terbang. Hamba ini kerap buang air kecil. Itulah yang menyebabkan rimas.

Jikalaulah di dalam bas ada tandas, kan ke senang.

Dari KL, hanya ada 7 penumpang sahaja. Campur dengan Nur Muhammad, jadilah 8. Tetapi, apabila di Kuantan, penumpang bertambah lagi 16 orang. Penuh. Bas ini berjalan dari KL ke Kuantan kemudian ke Dungun dan akhir sekali barulah ke Kuala Terangganu.

Sesiapa yang hendak ke KT bersama keluarga menaiki Bas Ekspress, bas NICE adalah menyelesakan. Luas, ada makan, ada selimat dan bantal, ada stewardes dan ada 3 TV. (Bas NICE++ ada TV setiap kerusi.)

Sesiapa yang hendak muncubanya, silalah,.....

Ahad, November 14, 2010

SELAMAT HARI LAHIR IMAN DAN JANNAH

Hadiah birthday girl..

eh, kakak ni tak sabar2 nak buka. (13 nov, malam..)

keknya..

4 pupu papat..

upacara potong kek. Sebelah ada atok..

Keluarga hamba. Ummi, Muhammad, Jannah, Iman dan hamba..

bilik persidangan..

Upacara membuka hadiah..

Hadiah pertama berjaya dibuka. Barbie doll oleh opahnya.


cubaan kedua kakak membuka hadiah kedua..

kejayaan membuka hadiah menghasilkan acara bermain yang gemilang..

habis bersepah..

sama dengan kaka dia. Habis bersepah..


Selamat hari lahir yang ke 3 tahun, Nurul Iman Binti Mazwandi. Dan juga kepada Nur Jannah binti Mazwandi, selamat hari lahir yang ke 4 pada 26 Nov nanti.

Hari ini 14 Nov, anak kedua hamba telah dilahirkan 3 tahun yang lalu. Nurul Iman Binti Mazwandi. Budaknya comel, sweet, tetapi garang yang amat. Baru sebentar tadi, kami sekeluarga telah menyambut hari lahir Nurul Iman beserta kakaknya, Nur Jannah.

14 dan 26 Nov, tarikhnya terlalu dekat, maka kami bercadang buat sambutan hari lahir serentak antara Jannah dan Iman. Senang kerja.

Semalamnya, hamba pergi ke Parkson Rawang. Membeli hadiah harijadi untuk Iman dan Jannah. Terfikir 2-3 kali. Hadiah apa yang hendak dibeli. Fikir punya fikir punya fikir, hamba membeli barangan ke sekolah untuk ke PASTI tahun depan. Hamba belilah botol air, pensil box, alat tulis dan mainan white board. Semuanya barangan Dora the explorer. Dan semuanya warna merah jambu.

Kek harijadi juga ditempah semalam. Sekilo setengah. RM48. Ok le tu. Tidaklah mahal seperti kek Secret Recepy

Apa-apa pun, sambutan harijadi tadi dibuat kami sekeluarga sahaja. Tidak jemput sesiapa pun. Jiran tidak dijemput, keluarga-keluarga pun tidak dipanggil. Cuma Opah, Atok, Ifa (adik hamba), Aqlan (anak buah), Marsya (anak buah) dan Ija (kakak yg menjaga Aqlan dan Marsya) sahaja yang datang menyambut sama.

Walaubagaimanapun, bukan main seronok Iman dan Jannah tadi menyambut hari lahir mereka. Semoga besar nanti, menjadi muslimat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Takbir!!

Sabtu, November 13, 2010

AL-KISAH ANAK LELAKI HAMBA.

Ini adalah budak hensem lagi macho. Nama dia Nur Muhammad bin Mazwandi. Umur, 4 bulan.

Suka minum susu Uminya. Suka makan tangan sendiri. Bila besar cita-cita mahu mati syahid menegakkan agama Allah. Takbir!!

Sekarang sedang menunggu untuk sijil ijazah injection untuk umur 3 bulan.

Pengalaman: Demam campak, masuk wad hospital, masuk wad NICU kerana terlebih berat (masa keluar, berat dia 4.27kg) dan sekarang berpusing badan untuk meniarap. Tidak dilupakan juga suka senyum dan gelak macam orang besar.

(Saya budak suka gelak dan senyum.... :D)

(Kakak-kakak Nur Muhammad sedang pening kepala untuk menjaga adik lelaki mereka)


Jumaat, November 12, 2010

KENAPA MUFTI HARUSSANI JADI BEGINI?

(Kerja gila orang Melayu; Letak Ancak)

Tak syok betullah melihat tingkah laku mufti Perak sekarang ini. Hamba berasa terlalu terkilan akan sikapnya yang seperti sudah tidak berwibawa didalam menghukumkan sesuatu perkara. Sikap berat sebelah apabila menghukum melihatkan tahap kewarakan beliau seakan diusik oleh syaitan.


Benda yang jelas khurafat sehingga dekat lagi kearah syirik dijawab dengan nada konar baring oleh mufti Harussani untuk 'menyelamatkan' menteri besar Perak amat mendukacitakan hamba. Benda jelas hukum, mengapa disamar-samarkan?


Kan ke elok jika didalam semak itu, ularnya tiada. Selamatlah kepada sesiapa yang ingin berjalan-jalan didalam semak. Namun, jika didalam semak itu terdapat ular, berbisa pula itu, maka sudah pasti sesiapa yang melintas semak itu, akan dipatuk ular yang berbisa, dan akan menyebabkan kematian kepada seseorang.


Ada faham maksud hamba?.......

SEKOLAH TAMIL DAN KUIL HINDU PUNYA GADOH, ANWAR YG KENA MARAH?

Cerita sedikit berkaitan politik tanahair.

Hairan pelik lagi ajaib ke tahap gaban power rangers. Dua hari lepas hamba ada terbaca tentang seorang India yang beragama Hindu membakarkan dirinya kerana takut akan kuil akan dirobohkan oleh pihak PBT.

(Bakar diri kerana kuil?)

Keesokannya pula, sebuah NGO Hindraf pula telah berdemo didepan rumah Anwar Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Rakyat kerana dikatakan oleh mereka tidak melaksanakan janji pilihanraya iaitu akan memelihara kuil-kuil Hindu.

(NGO Hindraf demo depan rumah DSAI)



(Kuilnya)

Tetapi, pada hari ini, barulah hamba tahu, bahawa sesungguhnya yang diroboh bukanlah kuil Hindu, tetapi stor menyimpan barang kuil itu. Ianya pula dirobohkan kerana telah mencuri masuk ke tapak tanah sekolah Tamil bersebelahan.

PBT akan merobohkan juga tandas untuk kegunaan kuil yang telah dibuat diatas tanah sekolah Tamil itu, tetapi ditangguhkan. Mungkin kerana kecoh tentang seorang manusia yang sanggup membakarkan dirinya kerana mempertahankan tandas kuil yang dibuat diatas tanah sekolah Tamil.


(tapak tanah sekolah Tamil)

Apa punya hindustan punya cerita la. Sekolah Tamil dengan kuil Hindu punya gaduh, Anwar Ibrahim yang kena marah. Pelik, pelik......

Selasa, November 09, 2010

BALIK RAYA HAJI KE BATU ENAM NANTI NAIK BAS NICE.

10 Zulhijjah insyaAllah akan jatuh pada Rabu hadapan. Tarikh masehinya 17 November. Abang ipar yang tua 3 bulan dari hamba telah mengkhabarkan berita bahawa lembu untuk dibuat akikah anak hamba yang ketiga ini, Nur Muhammad akan ditumbangkan pada hari tasyrik satu. InsyaAllah hari Khamis depan.

Hamba tidak korban tahun ini. Hanya membuat akikah anak lelaki hamba. Itu pun ambil satu bahagian. Hendak ambil 2, bahagian lembu sudah cukup 7. Mungkin sebahagian lagi hamba ambil kambing. Jika ada kambinglah di Batu Enam itu. Jika tidak kesampaian, kambing ditumbangkan di Rasa atau Bukit Damansara.

Semalam, hamba mencadangkan kepada isteri hamba, agar balik ke Terengganu menaiki bas. 5-5 anak beranak menaiki bas. Bukan main seronok isteri hamba. isteri hamba memang suka naik bas daripada kapal terbang. Walau lama perjalanan bezanya 6 jam.

Hamba bercadang menaiki bas bukannya apa, melihat kondisi kereta yang perlu dibaik pulih sehingga mencecah RM800. Baik naik kapal terbang.

Walaupun menaiki bas, hamba semalam bertungkus lumus mencari bas yang eksekutif coach. Biar selesa. Kerusinya 2+1, bukan 2+2. Cari punya cari punya cari, akhirnya jumpa anak syarikat Transnasional, NICE. Sebuah syarikat bas khas untuk bas eksekutif.

Bayarannya agak mahal juga, seorang dewasa RM69 dan budak-budak RM52. Anak kecil, percuma. Campur tolak darap, tiket yang perlu dibayar sehala RM242. 5 anak beranak. Ok le tu. Jika naik kereta, RM150 duit minyak sahaja, ditambah tol RM20 + RM4. Ditambah lagi servis kereta minima mesti kena RM200. Letih memandu lagi.


(Gambar dalam, minggu depan punya cerita..)

Jika naik bas, hamba rileks le jadi penumpang. Selesa pula tu. Ye lah, bas eksekutif, bukannya bas ekspress biasa.

Apa-apa, nantikan hamba dengan cerita balik Batu Enam dengan menaiki bas ekspress eksekutif.... tungguuuuu ......

Ahad, November 07, 2010

BARU KELUAR WAD HOSPITAL

Baru sahaja keluar dari wad hospital. Bukan hamba yang masuk wad, tetapi dua anak perempuan hamba. Di Hospital Pusrawi. Yang pertama masuk hari Rabu, yang kedua hari Khamis. Anak yang ketiga dan isteri pula baru juga keluar dari wad hospital Pusrawi minggu lepas.

Keluarga hamba baru sahaja mendapat ujian sakit dari Allah SWT. Hamba sebenarnya pun disuruh masuk wad, kerana sakit, tetapi hamba tidak mahu. Makan ubat sahaja. Hari Rabu nanti ada susulan jumpa doktor.

Banyak juga wang yang perlu dikeluarkan. Dekat RM8 ribu. Lain kali, perlulah ada insurans untuk masuk hospital swasta. Mengapa mengada-ngada masuk hospital swasta? Kerana ianya senang, terus masuk, tak perlu ada perkara2 tunggu dan lihat penyakit itu melarat baru masuk wad seperti selalu yang dibuat oleh hospital kerajaan.

Terfikir juga hamba, kepada mereka yang tidak berwang untuk ke hospital swasta, mesti terseksa menunggu anak yang kesakitan untuk masuk wad hospital untuk dirawat.....