Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Oktober 22, 2010

umno online, JIKA NAK BUAT FITNAH PUN, JANGANLAH BODOH SANGAT.

Kalau ye pun hendak buat fitnah, buatlah fitnah yang 'cerdik'. Ini tidak. Sudahlah buat fitnah, bodoh pula tu......

Mesti kalian semua pelik tiba-tiba hamba membuka ayat menghentam. Mengapa tiba-tiba naik angin hamba ini? Mana tidaknya, ada kekawan baca umno online, tajuk cerita 'Benarkah calon PAS pernah ditangkap khalwat?'.

Teruk betul fitnah puak-puak umno ini. Puak-puak assobiyah Melayu. Dengan selamba monyet mereka, buat fitnah bahawa calon PRK DUN Galas, Dr Zulkefli, pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Disebabkan akal mereka yang penuh semak dengan ke'melayuan'nya, mereka buat fitnah bodoh yang amat! Kerana apa, kerana Ramelah Mat Jusoh adalah ibu kepada Dr. Zulkifli, bukan isterinya. Isterinya bernama Zainab Jalar.

Hah! Hah! Hah!

Inilah dia umno, dulu kini dan selamanya suka buat kerja najis fitnah. Hamba juga pernah kena fitnah dengan puak-puak melayu tak reti Islam ini. Selagi kita kuat menentang kezaliman puak assobiyah sekular kapitalis ini, semakin kuatlah mereka akan buat fitnah terhadap kita hanya semata-mata kerana kita menentang kesesatan mereka.

Rabu, Oktober 20, 2010

APA LAGI? TUKAR KERAJAAN LA.

Hamba ada 2 buah rumah. Kedua-duanya masih dalam tanggungan hutang bank. Maksudnya, bukanlah milik hamba sepenuhnya, kerana masih belum habis membayarnya. Kecualilah jika hamba mati sekejap lagi, maka isteri hambalah pemilik rumah itu. Sepenuhnya.

Jangan pula salah faham kenapa ada 2 buah rumah. Bukan bermaksud hamba ada 2 isteri, tidak,.. namun 2 buah rumah itu salah satunya hamba sekeluarga tinggal didalamnya, manakala yang lagi satu hamba sewakan kepada rakan hamba.

Apa yang hendak diketengahkan disini ialah, kedua-dua rumah itu adalah setingkat. Bukan 2 dan bukan juga tiga dan sememangnya bukan 100 tingkat.

Mengapa setingkat.

Kerana isteri hamba melihat jauh ke hadapan. Jika sudah tua, tidak perlulah bersusah payah naik tangga. Dan juga, tidak perlulah menggunakan kudrat yang banyak jika ingin menukar tilam baru. Untuk pengetahuan semua, tilam adalah berat jika diangkat seorang.

Sungguh kehadapan pemikiran isteri hamba. Melihat sehingga ke hari tua. Penuh wawasan. Mungkin diwarisi oleh ayahnya. Penuh wawasan.

Tersebut berkenaan dengan waris, dan juga tingkat bangunan, maka hamba terperasan tentang cerita bangunan warisan bertingkatkan 100 itu.

Memang pelik lagi musykil, mengapa manusia suka sangat membazir duit membuat bangunan tinggi-tinggi melangit. Hamba bukannya dapat apapun daripada bangunan itu. Susu Isomil Plus tetap naik RM8 satu tin. Dari RM52 paling murah, naik RM60.50 paling 'murah'.

Apa yang hamba dapat daripada duit 4 bilion yang hendak dihabiskan untuk membuat bangunan yang entah apa-apa itu. Baik 4 bilion itu diperuntukkan untuk dana khas mempercumakan pendidikan di Malaysia. Dari tadika, sehingga universiti. Kan ke elok jika begitu.

Tahun depan, 2 anak hamba akan ke pra-sekolah. Banyak juga keluar duit tu. Hendak minta permata duit 111 juta, mana nak dapat, bukan kroni.

Jadi,.. apa nak buat?

Duduk rumah goyang kaki?

Apa lagi, tukar kerajaan laaaa,...... :)

Ahad, Oktober 03, 2010

SELAMAT MENGUNDI RAKAN PKR.

'Mana suami?', tanya hamba kepada anak sepupu hamba, 'Apa lagi, tengah sibuklah dia', jawab dia spontan.

'Sibuk apanya?, tanya hamba lagi. 'Sibuk dengan pemilihan le. Orang kuat PKR di Kuantan dia tu, AMK.' jawabnya pula.


Fuih, hebat PKR, pemilihan cabang pun sibuk seperti PRU13. Cerita diatas berlangsung semalam dirumah sepupu hamba yang sedang melangsungkan kenduri nikah anak perempuannya.

Hamba hendak beri solute juga kepada PKR kerana buat cara pemilihan satu individu satu undi untuk pemilihan cabang mereka. Dalam PAS, hanya pemilihan cawangan sahaja yang buat demikian. Untuk Kawasan, beri amanah kepada 10 wakil yang dipilih untuk mengundi.

Tetapi yang menjadi masalahnya, seperti apa yang berlaku sekarang. Kecoh!

Mungkin rakyat Malaysia baru hendak belajar mengundi atau memang ada unsur luar buat kecoh. Apa-apa pun, selamat mengundi kepada ahli PKR walau ada Cabang yang perlu menangguh pemilihan.