Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

TERINGAT SUATU KETIKA DAHULU : SUP KAMBING DAN THRASH METAL

Imej
Ada sesiapa yang pernah ke Bangsar? Atau lebih tepat Bangsar lama, Lucky Garden. Dekat situ terdapat satu gerai makan sup yang amat dikenali bagi mereka yang tinggal disekitar kawasan itu. Gerainya gerai bodoh sahaja. Tepi jalan. Tapi, sup kambing dia memang power. Walau RM10 satu mangkuk besar, namun harga yang melampau mahal itu boleh diabaikan dengan kesedapan yang marbeles sup itu. Hamba masih ingat, awal tahun 80-an, semasa hamba disekolah rendah, ayah hamba kerap juga belanja kami anak-beranak makan di gerai sup mamak itu selepas gunting rambut. Gerainya berdekatan dengan kedai gunting rambut. Punyalah sedap sup itu, lebih-lebih lagi jika waktu sejuk selepas hujan, fuih.... memang power! Nostalgia makan sup mamak bersama ayah kembali terngiang-ngiang di kepala. Ketika hamba selesai solat asar di masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar semalam, tiba-tiba terasa sangat ingin memakan sup yang marbeles itu. 'Sup kambing satu, letak roti sekali.' Itulah ayat yang dinanti-nanti oleh