Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Julai 31, 2010

EGO.

Manusia ada berbagai jenis. Ada yang baik, kurang baik, sederhana baik, anggap diri tidak baik, anggap diri baik dan ada juga yang memang jahat. Kesemua jenis manusia ini dengan berbagai jenis-jenisnya dihidupkan ke dunia ini adalah untuk menuju kearah menjadi baik. Sebab itu Allah turunkan agama untuk membimbing manusia menjadi kearah baik.

Mahu tidak mahu, kita mesti berusaha menjadi orang yang baik. Jika tidak berjaya, maka balasannya ialah neraka yang panas. Tiada kompromi.

Dalam proses menjadi baik, ada berbagai-bagai rintangan yang telah diturunkan oleh Allah didunia ini. Rintangan syaitan, rintangan nafsu dan rintangan dunia itu sendiri. Maka proses untuk menjadi manusia yang baik adalah proses yang berterusan.

Jika menganggap diri kita sudah baik, jangan berhenti menjadi baik, kerana kemungkinan kita menjadi tidak baik itu masih ada kerana gangguan syaitan, nafsu dan dunia itu sendiri.

Apa yang lebih merbahaya ialah, dalam proses menuju untuk menjadi manusia yang lebih baik, manusia yang hendak menjadi baik itu beranggapan dia sudah baik tetapi realitinya dia masih belum menjadi seorang manusia yang baik.

Apa yang lebih lebih merbahaya ialah, jika seseorang yang menganggap dia sudah menjadi baik, mengatakan orang disekelilingnya tidak baik berbanding dengan dia. Maksudnya, apa yang dia buat adalah baik manakala orang lain yang ingin juga membuat kebaikan dianggap tidak baik kerana tidak mengikut caranya untuk membuat baik.

Lebih tepat menganggap dirinya sahaja yang betul, diri orang baik yang lain tidak betul.

Lebih tepat dikenali untuk perangai ini adalah ego.

Musuh utama manusia adalah syaitan. Jenis Jin dan juga manusia. Ianya jelas. Jika seseorang sudah menganggap dirinya berada diparas kebaikan, maka jangan berhenti disitu, kerana syaitan tidak akan menyerah diri untuk menjahatkan anda. Syaitan akan membelai anda dengan satu jenis penyakit, iaitu ego.

Jika anda telah berjaya untuk bersolat subuh, maka jangan berhenti disitu sahaja, anda kena mendidikkan hati berwaspada pada ego.

“Nampaknya saya seorang sahaja yang solat subuh di taman ini..”. Jika itu hati anda terdetik, maka cepat-cepat anda istighfar memohon keampunan. Jika anda melayannya, esok,lusa, bulan depan, tahun depan, anda tetap bersolat subuh, tetapi anda bersolat subuh dalam keadaan riak. Kurang baik namanya itu.

Jika anda rasa anda sudah baik, kemudian terdapat seseorang memberi nasihat untuk kebaikan, tetapi tidak serasi dengan cara anda, jangan meremehkan cara nasihat orang itu. Kerana mungkin nasihat orang itu adalah kebih baik daripada baik yang anda sangkakan. Bukakan hati anda, kerana syaitan akan berusaha menutup hati anda dengan penyakit ‘Cara Anda Sahaja Yang Betul’. Ini juga penyakit ego namanya.

Oleh itu wahai rakan-rakan sekelian, jangan berhenti menjadi baik sehingga anda mati. Jangan berhenti tidak menyakitkan hati kawan-kawan sehingga anda mati, dan jangan lupa bernasihat untuk kebaikan, bukan menunjuk-nunjuk anda adalah betul dari orang lain.

ADA BATU DISEBALIK MEE.

Tiba-tiba sahaja, tanpa guruh dan awan hitam, banjir berlaku didalam sekolah. Dengan tidak semena-mena, guru DG 41-48 dibenarkan kembali aktif didalam politik. Tetapi dengan kebenaran bertulis dahulu.

Hamba syak, berita ini adalah untuk menyenangkan pantauan rekod kepada guru-guru yang menyokong parti selain BN sahaja. Ianya adalah kerja-kerja mempermudahkan risikan kepada para guru seluruh Malaysia yang menyokong PR agar senang diambil tindakan ditukar sekolah. Itu sahaja.

Bukan setakat tukar sekolah, malah tindakan susulannya ialah menyusahkan mereka untuk mengundi ditempat asal mereka mengundi akibat perpindahan itu.

Oleh itu, kepada para guru yang menyokong PR, tidak perlulah anda sekelian menulis surat kebenaran untuk aktif didalam politik untuk aktif didalam politik. Anda sekelian sepatutnya aktif terus didalam politik tanpa bersusah-susah menulis surat kerana mereka dipihak atasan tetap tahu penglibatan anda kerana manusia mempunyai mulut.

Buat kerja seperti biasa dan aktif bersama jemaah seperti biasa. Yang belum biasa itu, tolonglah biasa-biasakan.

Jika ditukar di daerah Hulu pun, apa salahnya, beras dan nasi tetap ada di Hulu, cuma traffic jam sahaja yang tiada. Yang sudah mengajar di hulu pula, apa lagi, marilah sama-sama aktif didalam jemaah, mari kita semua menghijaukan suasana hulu ini yang sekarang ini masih pekat dengan tua kebiruan. Jika diambil tindakan pun apa salahnya, Dah memang mengajar di Hulu…..

Jumaat, Julai 16, 2010

ANAK KETIGA KAMI, NUR MUHAMMAD:)

Nur Muhammad Bin Mazwandi. Anak yang ketiga. Lelaki yang pertama. (Di wad NICU)

Nyenyak tidurnya di NICU. Maklumlah, beliau yang terbesar diantara bayi-bayi yang ada di wad ini.

Tidur dikatil baby. Rumah ibu, K.L. Abang hamba tidur di katil ini (1972), Hamba juga tidur dikatil ini, adik hamba, anak buah hamba, Muhammad Aqlan, anak-anak hamba Nur Jannah, Nurul Iman dan sekarang ini Nur Muhammad. Semuanya dikatil kayu ini yang sudah berusia 38 tahun.

"Adik saya ke?" Nurul Iman dengan kemusykilannya....

Anak-anak hamba.

28 hb Rejab. 11 Julai. Tahun ini. Hamba menyaksikan sendiri keperitan isteri hamba melahirkan anak kami yang ketiga. Di bilik bersalin hospital selayang, selangor.

Tepat jam 11.49 pg, Nur Muhammad bin Mazwandi dilahirkan kedunia ini. Ya, Nur Muhammad, nama seorang bayi lelaki. Hamba dikurniakan Allah seorang anak lelaki untuk cahaya mata kami yang ketiga ini.

Sikit lagi hamba hendak berlinangkan air mata apabila melihat beliau keluar secara normal dari perut umminya. Hamba dapat melihat sendiri wajah isteri hamba yang seperti 'terkejut' berjaya melahirkan secara normal. Untuk makluman, yang pertama operate dan yang kedua vacuum.

Sebelum diazankan, Nur Muhammad telah ditimbang oleh bidan yang bertugas. 4.23kg. Waduh,.. lebih 4 kg, besarnya dia.
Prosedur baru hospital, sesiapa bayi yang melebihi 4kg, diwajibkan untuk memasuki NICU, Neonat Incentive Care Unit. Maka duduklah anak kami di NICU selama 3 hari.

Pada hari Rabu lepas, doktor telah mengizinkan agar Nur Muhammad keluar dari wad. Maka sekarang ini, kami berada dirumah ibu di K.L. Isteri hamba akan berpantang di sini. InsyaAllah akan berada di sini sehingga Syawal.
Sekarang ini, ibu dan ayah hamba ada 5 orang cucu, manakala, bagi pihak isteri di Terengganu, ini adalah cucu arwah Mat Ali yang ke 53. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Islam di dunia ini. InsyaAllah Nur Muhammad akan menjadi pejuang Islam fisabilillah di masa besarnya nanti.

Sabtu, Julai 10, 2010

5 CERITA SENSASI MUNGGU INI. MINTA PENCERAHAN!

(Perhatian, ayat dibawah tidak disensor kerana ada banyak unsur kemarahan didalamnya)

Banyak sungguh cerita pelik bin ajaib berlaku pada minggu ni. Peliknya semacam seperti cerita kartun Doraemon. Seperti ada arahan dari dajjal kecil untuk memporak-perandakan manusia agar senang masuk neraka. Bahaya tu..

Hamba hendak cerita sikit tentang cerita-cerita pelik yang banyak. Antaranya;


Satu: Pelakon lelaki Melayu suka berlakon bogel.

Dua: Tengok bola pun suka buat syirik.

Tiga: TV3 promosi amalan syirik.

Empat: ESQ boleh dibahas, baca yasin malam jumaat tak boleh?

Lima: Judi pun seperti biskut merry.

Cukup takat lima.


Mari kita cerita nombor satu,

Pelakon lelaki Melayu suka berlakon bogel.

Tajuk ni memang hamba menyampah betul. Bangang tahap gaban. Hendak kata bodoh, memang bodoh, hendak kata stupid, memang stupid, yang sepatutnya disebut ialah stupid to the extreme of monkey. Malah monyet lebih bijak dari si cap ayam dua ekor pelakon bogel ni.

Satu Botol, satu Mantra, satu cerita gay, satu cerita ilmu hitam, dua dua cerita tidak berfaedah. Konon nak ada feel pada penonton tengok dia bogel. Apa bodoh sangat ayat tu? Katalah sahaja hendak masuk free bodoh-bodoh dalam neraka. Nak rasa panaske tidak neraka tu. Baru ada feel. Hampeh punya manusia..


Kita cerita nombor dua pula.

Tengok bola pun suka buat syirik.

Rasulullah sudah ajar pada manusia. Allah sudah firman bahawa semua dosa Allah boleh ampun, tapi dosa syirik, tidak sama sekali. Takkan lah manusia tak faham-faham dengan firman Allah tu?

Jika ya pun gila bola, yang ngengade dengan sotong paul dengan nuri mani tu apahalnya? Apa ingat sotong dengan burung tu tuhan korang yang gila bola ke yang boleh predict sapa menang sapa kalah dalam piala dunia. Inilah masalahnya fikir guna akal celah peha.

Jika hamba ada dekat dengan dua ekor binatang tu, hamba akan goreng tepung sotong kurita itu untuk dibuat makan dan burung nuri tu, hamba suruh patuk-patuk kepala siMani tu sampai pecah kepala. Baru puas hati..


Nombor tiga,

TV3 promosi amalan syirik.

Seperti biasa, TV3 memang cap ayam dulu kini dan mungkin selamanya. Sudahlah penipu besar, ego bodoh sombong, macam tahu segala-galanya namun dosa syirik pun tidak reti-reti.

Sudah tiada bahan cerita ke hendak diudarakan secara langsung dalam buletin utama yang sentiasa bohong itu? Yang cap ayam sangat itu apahal hendak promosi nuri si Mani dengan sotong paul tu? Suka sangat buat dosa besar ini kenapa? Ini bukan takat dosa besar, ini promosi dosa syirik ini. Neraka itu PANAS lah! Tidak faham-faham lagi ke? Bila antum semua hendak bertaubat? Dahlah buat dosa besar, dengan senyuman pula tu. Tahap Mugholazah betul TV3!


Empat.

ESQ boleh dibahas, baca yasin malam jumaat tak boleh?

Kadang-kadang, hamba pelik melihat warga Asrian ini. Fatwa Wilayah Persekutuan sudah kata ESQ itu haram, dia pula macam defend ESQ. Suruh buat bahas, suruh buat bincang. Tetapi, bila bab baca Yasin malam jumaat, tiadalah pula dia berlembut hati begini. Tiada langsung bahas membahas. Terus buat hukum.

Jika soal doa Syifa, tidak boleh pula berbincang, terus buat hukum. Tetapi, ESQ, mengapa pula dia berlembut? Pelik juga ini. Sila pihak Asrian beri pencerahan..


Akhir sekali, nombor lima.

Judi pun seperti biskut merry.

Kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Itulah resam biskut merry. Tidak boleh sebut biskut chipsmore, itu barang zionis, tidak mahu promosi.

Begitu jugalah resam judi bola di Malaysia ini. Kadang-kadang tak jadi, kadang-kadang jadi. Mana satu yang betul dan mana satu yang salah, semua orang tidak tahu.

Apalah susah-susah, buat je lah judi bola itu. Bnupco kan ke sudah sebati dengan judi semenjak tertubuhnya umno dari dahulu lagi. Takkan sudah lupa dengan penghalallan loteri oleh umno pada 50-an dahulu. Melayu mudah lupa betul!!

NKRA TU APA DIA?

Semalam ada cerita sikit. Sepatutnya isteri hamba ada mesyuarat NKRA disekolah beliau lepas solat jumaat. Tapi dia tak pergi kerana letih yang amat. Maklumlah, Sudah 40 minggu mengandung. Tunggu hari sahaja.

Hamba tanya beliau NKRA itu apa kemendenya? Spesis kuih raya ke?

Orang rumah hamba jawab; NKRA itu "NAJIB KERJA ROSMAH ARAH".

Tu dia weh. Guru-guru pun sudah naik menyampah dengan politik negara Malaysia ni. Tidak tersangka bara api tidak puas hati dalam diam sedang membuak-buak.

Bagus ke tak bagus untuk masa depan Malaysia? Fikir fikirkan ....;|.

Jumaat, Julai 02, 2010

MAHASISWI DOMINAN IPTA? MUNGKIN TERSILAP TAFSIRAN.

Pada masa sekolah rendah, pelajar perlu menduduki peperiksaan UPSR. Masuk sekolah menengah, pelajar perlu menduduki 2 peperiksaan iaitu PMR dan SPM. Selepas SPM, maka pelajar-pelajar akan memasuki ke alam institut pengajian tinggi. Maka berebut-rebutlah pelajar dan ibubapa pelajar memilih institusi pengajian tinggi. Selalunya mereka akan memilih institut yang terdapat nama universiti di depannya.

Mentaliti masyarakat sekarang ialah IPT yang terbaik untuk diri mereka atau untuk diri anak mereka ialah IPT yang terdapat di depannya disebut universiti. Baru ada kelas. Baru ada masa depan untuk mereka. Baru ada ilmu yang terbaik akan diperolehi oleh mereka. Sehinggakan terdapat satu artikel yang menyentuh tentang IPT ini yang menjurus beranggapan universiti adalah segala-galanya. Sila baca artikel bertajuk "Mahasiswi Dominan di IPTA".

Pada artikel itu memberitahu bahawa mahasiswi yang memasuki IPTA atau universiti awam adalah 64.8% (26,299) berbanding lelaki yang hanya merangkumi 35.2%. (14,277). Jikadibaca artikel itu, menunjukkan orang lelaki selepas SPM mereka majoritinya hilang entah ke mana tidak melanjutkan pelajaran di mana-mana. Mungkin bekerja, menganggur, merempit atau terus pupus. Padahal, situasinya tidak begitu.

Kaum lelaki tetap ada yang meneruskan pembelajaran mereka diperingkat tinggi. Tetapi institut pengajian mereka bukan dinamakan universiti.

Pernah anda sekelian mendengar institut pengajian yang dinamakan politeknik? Sudah semestinya pernah. Kaum lelaki kebanyakannya memasuki ke politeknik. Pernah mendengar ADTEC? Mesti majoritinya gejuis tidak pernah mendengarnya. Mungkin majoritinya tidak tahu. ADTEC adalah singkatan kepada nama Advanced Technology Center. Satu IPTA yang menyediakan sijil diploma dan diploma lanjutan. Sijil Diploma mereka adalah bersandarkan kepada SKM. Tahu anda apakah SKM? SKM adalah Sijil Kemahiran Malaysia. Dahulunya dipanggil MLVK. Tahu anda apa dia MLVK? MLVK adalah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

ADTEC adalah satu institusi yang tidak glamour berbanding dengan IPTA lain seperti UM,UKM, UiTM, UTM, UPM, USM, UUM dan berbagai U dimulanya. Namun ianya adalah satu institusi yang menjurus siswa-siswinya mengikuti pembelajaran yang berasaskan kepada teknikal. Menumpukan lebih kepada pembelajaran perkara praktikal berbanding teori. Ianya seperti pembelajaran sistem negara Jerman.

Seperti jugalah institusi GMI, German Malaysian Institute, KKTM, Kolej Kemahiran Teknologi Mara, ILP, Institut Latihan Perindustrian, IKM, Institut Kemahiran Mara, CIAST, Center for Instuctor & Advanced Skill Training dan berbagai-bagai lagi institut kemahiran teknikal dan industri di seluruh Malaysia. Majoritinya adalah kaum lelaki yang dominan di institusi ini.

Kaum lelaki tidak pupus, mereka tidak tidak berpelajaran, tetapi mereka hanya berada di institusi yang tidak glamour. Itu sahaja. Padahal, jika di Eropah, institusi ini adalah setanding dan sama taraf dengan universiti. Cuma di Malaysia masyarakat dan mungkin etika kerajaan 'menganggap' institusi ini adalah kelas kedua berbanding dengan universiti awam.

Tidak perlulah sangat kita beranggapan kaum lelaki sudah pupus di IPT. Sebenarnya tidak. Cumanya masyarakat perlu dididik agar institusi ini yang kebanyakannya berasaskan kepada SKM ini menerima sijil mereka seperti juga diploma dan ijazah yang lain. SKM tahap 4 dan tahap 5 yang disebut setaraf dengan diploma dan ijazah muda adalah lebih baik disebut setaraf dan SAMA DENGAN diploma dan ijazah muda. Tahap pembelajaran mereka adalah tinggi dari segi 'skill'. Mereka adalah bakal pekerja mahir untuk sektor industri di Malaysia.

Cumanya, permasalahan di Malaysia ini adalah Malaysia masih lagi mengekalkan budaya korporat didunia pekerjaan, bukannya budaya teknokrat, iaitu budaya pekerjaan yang tinggi lebih setaraf daripada budaya korporat.