Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Jun 30, 2010

INSYAALLAH YG KETIGA, LELAKI....!

Langkah kita, meninggalkan tapak di belakang..


Langkah yang menuju ke cahaya Ilahi, pastinya akan ada onak dan duri..


Langkah kita ibarat anak kecil yang perlu dipegang tangan, agar tidak tersalah..



Langkah dengan tapak kaki yang besar, tidak semestinya memberi kesan yang besar..


Malah mungkin akan meninggalkan kesan tapak kaki yang kecil, sekecil kaki bayi..


Hati terasa lembut hari ini. Mungkin kerana terkenangkan coretan cerita semalam. Ketika hamba dan isteri melangkah ke klinik Zalina, untuk membuat 'scan' pada perut si isteri, bersama juga dengan 2 anak hamba yang muslimat comel itu. Tujuannya untuk check-up ante-natal, tetapi bertukar tajuk kepada scan jantina kandungan.

"Saya hendak cepat ni, anak saudara menunggu di sekolah. Kena balik awal kerana demam selesema." kata Dr. Zalina. Doktor berketurunan mamak Penang yang sudah juga dipanggil melayu oleh masyarakat Pulau Pinang.

"Apa kata kita straight to the point, kita scan hari ini untuk melihat jantina kandungan?" cadang Dr. Zalina. Kami kata, "O.K".

Selang 2 minit.. "Ha, ini bentuk bird dia.." kata Dr. Zalina sambil tangan menunjukkan 'bentuk' itu di screen scan nya.

"Bird dia? Eh? Lelaki ni, hamba akan dapat anak lelaki ke nih?" hati hamba berkata-kata. Ketika itu hati hamba tidak terasa apa-apa. Mendatar. Statik. 'Blur'. Mungkin kerana hamba tidak endahkan sangat samada anak yang ketiga ini nanti adalah lelaki ataupun perempuan.

Namun pada ketika ini, iaitu keesokannya, hati hamba terasa 'pelik' sedikit. Hati terasa teruja tetapi tenang. Tenang tetapi teruja. Hati ketika ini juga sedang berbisik, "Bolehlah bawa anak pergi solat berjemaah nanti."...:)

BERSUNGUTLAH WAHAI GURU, KAMI SEDIA MENDENGARNYA.

Sudahkah anda membaca satu artikel yang bertajuk "Berhentilah bersungut wahai guru". Jika belum, silalah baca. Ianya 'menarik'. Artikel itu juga membuatkan minda 'geliga' hamba ini teruja untuk membuat artikel ini, untuk dijadikan pendapat hamba dipertengahkan kepada gejuis yang membuka blog hamba yang kecil.

Guru ramai merungut, betul ke? Kawasan perumahan hamba ramai guru. Isteri hamba pun guru juga. Tetapi mendengar mereka bersungut, tiadalah pula. Apa yang hamba perasan, jika hamba yang mulakan pertanyaan kepada guru soalan yang spesifik tentang alam perguruan, barulah mereka memberikan pendapat mereka. Bukannya bersungut. Jika bersungut pun, biarlah, hak mereka untuk bersungut akan profesyen pekerjaan mereka.

Mungkin juga ada guru yang bersungut-sungut tidak tentu pasal tanpa ditanya, mungkin ada. Jika ada pun, biarlah, mereka pastinya bersungut kerana ketika itu mereka didalam keadaan minda yang bercelaru akibat bebanan kerja berat ketika itu. Macamlah insan profesyen lain tidak pernah bersungut.

Perasan tidak kita semua, guru-guru yang bersungut semuanya datang dari guru dari sekolah kerajaan? Perasan tidak. Guru-guru yang mengajar di sekolah swasta majoritinya semua berasa kurang bebanan berbanding dengan sekolah kerajaan. Mengapa ya?

Pada pendapat peribadi hamba, jika guru itu hendak bersungut, bersungutlah puas-puas kerana adalah hak mereka untuk bersungut tentang masalah tugasan pekerjaan mereka. Jika seseorang yang mempunyai masalah dan dihalang pula untuk mereka meluahkan perasaan tidak puas hati mereka, gila apa kerja itu? Ingat ini negara kuku besi ke?

Kita perlu kembalikan nilai kehidupan bekerja ini kepada Allah. Untuk apa kita bekerja? Kerana duit? Kerana terpaksa? Kerana amanah? Kerana ibadah? Malah, yang lebih mulia profesyen guru ini adalah, ianya bukan setakat profesyen pekerjaan, ianya adalah satu profesyen mendidik manusia. Satu ibadah mendidik dan mengajar manusia agar mendapat ilmu berguna dunia akhirat. Islam memandang tinggi profesyen guru ini. Terlalu tinggi.

Maka, oleh kerana profesyen ini adalah tinggi dan mulia nilainya, sudah semestinya ianya penuh dengan masalah dan kesusahan. Mendidik manusia adalah perkara yang amat susah. Lebih-lebih lagi untuk mendidik manusia yang telah dibentuk oleh masyarakat yang sudah gila hedodisme dan materialistik. Nilai menghormati orang tua telah hilang sikit demi sedikit. Anak akan meniru ibu dan bapanya yang melayan atok dan neneknya dengan cara saling tidak hormat menghormati dan ianya akan dibawa ke sekolah dengan watak tidak menghormati guru.

Jika seorang dua boleh lagi untuk dikawal, tetapi jika 30 dari 40 murid didalam kelas yang perlu diajar dalam masa 6 jam tidak menghormati guru yang mengajar, apakah rasionalnya kita untuk menghalang dari para guru untuk bersungut bagi melepaskan perasaan hiba mereka? Tidak salah bagi hamba.

Oleh itu, Bersungutlah wahai guru, dengan rungutan anda semua, maka sudah pasti masyarakat dan kerajaan akan ternampak bahawa sistem kehidupan dinegara ini seperti telah rosak dengan dibuktikan permasalahan murid di sekolah, permasalahan golongan-golongan remaja yang semakin meruncing,.... dan gurulah yang dapat menilai tahap runcingnya golongan remaja ini, kerana anda ada bersama mereka 6 jam sehari dalam masa 5 hari seminggu. Gurulah yang dapat menilainya.... Fuih, sungguh mencabar kerjaya anda, wahai guru......

Sabtu, Jun 26, 2010

HAMBA MAHU ANAK HAMBA DIBESAR DALAM NEGARA ISLAM, BUKAN NEO-SEKULAR.

Siapa antara gejuis ada anak? Hamba ada anak. 2 nak masuk 3. InsyaAllah yang ketiga tunggu hari. Yang ada sekarang dua-dua perempuan. Comel. Seperti ayah dia,.. he, he.. :)

Ada orang bertanya, mengapa hamba aktif berpolitik? Hamba jawab, hamba hendak mengubah sistem kehidupan yang ada di Malaysia daripada modal nasionalis kepada modal Islamis. Modal? Mengapa dipanggil modal?



Hamba ambil contoh, sesuatu perniagaan memerlukan modal. Kita ambil contoh pembuatan roti. Seseorang memerlukan RM untuk membeli mesin memisah doh. Satu mesin itu nilainya sebanyak RM18,000. Jadi untuk membelinya memerlukan duit. Maka duit itu adalah dinamakan modal.

Serupa juga kehidupan. Untuk mendapat kehidupan, kita mesti ada negara. Untuk mengadakan negara, kita memerlukan sistem. Sistem itu adalah modal. Didalam sistem itulah wujudnya pemerintahan dan kerajaan. Maka untuk mendapatkan modal terbaik kepada negara kita mestilah mencari modal yang terunggul. Apakah dia modal itu? Modalnya tentulah Islam.


Adakah modal negara kita sekarang adalah Islam? Adakah sistem bernegara kita sekarang berlandaskan kepada Islam? Adakah Islam dijadikan sebagai sistem rujukan utama kepada negara?

Jawapannya mudah. TIDAK. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan bangsa. Nation State. Negara Bangsa. Mengutamakan bangsa daripada Islam. Sistem nasionalis. Dicampur dengan sistem kapitalis demokrasi. Oleh itu, adakah anak-anak kita nanti akan terjamin untuk masuk ke syurga jika kita membiarkan sistem negara ini terus-terusan dengan sistem neo-sekular?

Hamba tidak mahu....... :\

MALAYSIAKU; HARU BIRU KE KUNING BELANGAU?

Ada banyak cerita nak dicerita.

Satu; budak mati kena buli.

Dua; 40 ustaz muda masuk umno.

Tiga; Mahathir nak judi.

Hamba hendak cerita 3 cerita sahaja awal pagi ini. Tidak mahu lebih-lebih.

Satu; Budak mati kena buli di MTD.

Mengapa ini berlaku. Kerana adat. Adat apa? Adat tentera. Apa dia, hormat senior seperti hormat 'dewa'. Adat apa? Adat tinggal di asrama. Apa dia, senior dulu dah buli senior sekarang, maka kesinambungan buli perlu diperturunkan dari keturunan ke keturunan. Siapa yang mulakan? Sistem penjajah British.

Semua cerita buli di asrama ini telah menjadi satu kebiasaan di sekolah asrama. Akal pemikiran telah dijuruskan kepada sesiapa yang ingin masuk asrama, maka buli oleh senior pasti akan terbit pada nombor satu.

Sebenarnya buli adalah satu krisis dalam kehidupan. Ianya adalah maksiat dan dosa besar yang mendatangkan dosa yang menjurus ke arah neraka. Namun, oleh kerana ianya telah biasa berlaku, maka ianya dianggap sebagai sebahagian dari sistem bersekolah dan pelajaran kehidupan. Tetapi sebenarnya ianya adalah satu jenayah, jenayah yang terancang dan menghina agama.

Rasulullah tidak pernah suruh membuli orang, malah mengharamkannya. Apakah sebab musabab senior gila kuasa mengambil keputusan membuat perkara buli yang jelas haram dibulikan kepada adik junior mereka? Semuanya kerana adat. Adat yang melampau sonsangnya.


Kedua; 40 ustaz muda masuk umno.

Ini cerita yang biasa sebenarnya. Yang menjadi luar biasa, ianya digembar-gemburkan oleh media cap ayam.

Cerita biasa? Betul ke? Ya, memang betul. Adalah menjadi kebiasaan kepada ustaz-ustaz muda yang sedang mencari pekerjaan akan mendaftar sebagai ahli umno semata-mata kerana hendak mencari rezeki sesuap nasi. Ianya kebiasaan yang amat tragis.

Adakah mereka akan bersama-sama umno berpolitik menghentam PAS?

Ada yang akan bersama, dan ada yang tidak akan bersama dan majoritinya adalah yang akan bersama PAS menentang umno. Mereka akan menjadi AJK Cawangan, tetapi bersandar kepada nama-nama samaran kerana tidak mahu periuk nasi terjejas. Ini kebiasaan di mana-mana cawangan PAS di seluruh Malaysia. Ada ahli kepada 2 parti, satu umno dengan nama sebenar, dan satu PAS dalam nama samaran, namun aktif didalam parti nama samaran. Biasalah tu.


Ketiga; Mahathir nak judi.

Ini lagilah biasa. Seorang manusia yang berkata Rasulullah berjanggut kerana tiada Gillete waktu zaman nabi. Seorang manusia yang berkata jika ada hudud, orang Melayu akan kudung tangan, jika ada hudud, tiada batu hendak buat bangunan.

Apalah sangat jika beliau menyokong penuh dengan judi bola? Normallah orang seperti Mahathir berkata begitu kerana akidah dia memang begitu. Apa yang hendak dikecoh-kecohkan? Bangga sangatlah orang Melayu ada seorang bekas pemimpin yang memimpin Malaysia berakidahkan begitu? Elok sangatlah tu.

Jangan sehingga orang Melayu ditipu oleh beliau sampai di padang masyar sudah. "Eh? Siapa suruh korang ngundi aku, siapa suruh korang jadikan aku idola korang, aku tak suruh, korang masuk neraka sebab dosa korang sendirilah...." masak orang Melayu nanti kat padang Masyar....

Selasa, Jun 22, 2010

CUTI BERSALIN 90 HARI; PERLU SANGATKAH?

Hamba adalah seorang lelaki. Tidak pernah melahirkan anak, apalagi mengandungkan kandungan anak didalam rahim selama 9 bulan. Ini semua kerana hamba adalah seorang lelaki. Namun hamba sudah dua kali melihat isteri hamba melahirkan anak kami. InsyaAllah, tidak lama lagi, hamba akan berada disisi isteri hamba untuk anak yang ketiga pula.

Pengalaman melihat isteri hamba bersambung nyawa untuk melahirkan anak kami tidak akan hamba lupakan sehingga hamba mati. Kesakitan dan kepayahan melihat beliau melahirkan anak kami menginsafkan hamba akan banyaknya jasa ibu hamba yang melahirkan hamba ke dunia ini. Kasih ibu membawa ke syurga.

Didalam masa 2 bulan lagi, kerajaan Malaysia akan mengumumkan keputusan hasil kajian panjang untuk melanjutkan cuti bersalin pegawai kerajaan dari 60 hari kepada 90 hari. Kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan cuti bersalin 90 hari itu bulan lepas, malah Kerajaan Negeri Terengganu semasa pemerintahan PAS dahulu pada 1999 telah melaksanakan cuti bersalin 90 hari terlebih dahulu.

Ramai rakyat Malaysia yang memberikan komen masing-masing berkenaan dengan cuti 3 bulan ini. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Kepada mereka yang tidak bersetuju, kebanyakannya disebabkan mereka beranggapan cuti 90 hari ini akan membebankan rakan sekerja yang lain kerana terpaksa menanggung beban tugas wanita yang baru bersalin. Ada juga yang mengatakan produktiviti sesebuah jabatan akan berkurangan jika cuti ini dilanjutkan kepada tambahan 30 hari lagi.


90 hari menjaga bayi yang baru lahir sepenuh masa, cukupkah?

Perkara-perkara pokok yang menyebabkan mereka tidak bersetuju cuti bersalin selama 90 hari ini banyak berkisar kepada perkara-perkara tanggungan kerja pejabat dan ekonomi-kewangan sesuatu jabatan.

Mereka yang tidak bersetuju itu beranggapan wanita yang melahirkan anak ini membebankan orang lain dan membebankan negara kerana tidak melaksanakan tugas kerja yang sepatutnya dilakukan oleh wanita mengandung itu ketika cuti 90 hari.

Pada pandangan hamba, ini adalah satu pemikiran yang sangat rendah nilainya. Sangat hodoh sifatnya serta sangat tidak bertanggungjawab.

Tahun 2010 ini adalah tahun banci penduduk Malaysia. Banci ini akan menilai dan menyemak statistik penduduk Malaysia adakah ia berkembang atau statik sepanjang 10 tahun dari bancian yang dahulu. Apakah purata kadar perkembangan kelahiran penduduk Malaysia dan apakah 'trend' kelahiran di Malaysia samada meningkat atau menurun. Beratus juta RM Kerajaan Malaysia akan dihabiskan untuk proses bancian ini yang akan dilaksanakan diseluruh Malaysia. Mengapa pula agakanya Jabatan Statistik Negara begitu sibuk membuat bancian terhadap penduduk Malaysia?

Ini semua adalah kerana setiap kelahiran bayi di Malaysia ini, adalah satu kelahiran aset kepada negara. Dengan bertambahnya rakyat Malaysia, maka bertambahlah aset negara Malaysia. Setiap individu rakyat Malaysia adalah aset kepada negara. Dengan lahirnya seorang bayi dari rahim ibunya, maka bayi itu sudah menjadi aset kepada negara. Bayi itu akan dibentuk oleh sistem bernegara menjadi seorang manusia yang berguna kepada negara. Bayi itu akan diberi makan dan minum, dibesarkan dengan pendidikan, dikembangkan dengan pemikiran bersih dan baik serta seterusnya menjadi seorang menusia yang berguna kepada negara.

Mungkin bayi yang dilahirkan oleh seorang kakitangan kerajaan itu, yang ibunya bercuti untuk membesarkannya dihari permulaan kehidupan bayi itu selama 90 hari, akan menjadi Perdana Menteri Malaysia 50 tahun akan datang. Bermaksud, ibu itu sedang membesarkan satu aset bernilai kepada negara. Oleh itu, apalah sangat cuti 90 hari itu? Malah sepatutnya, ibu yang mengandungkan anak perlu mendapat lebih dari itu dari Kerajaan.

Setiap wanita yang berjuang setengah mati untuk melahirkan anak, sebenarnya sedang berjuang untuk negara. Ibu yang sedang bersambung nyawa untuk melahirkan anak, sebenarnya sedang bekerja untuk negara melahirkan satu aset bernilai kepada negara.

Malah ibu-ibu yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk melahirkan anak, lebih besar 'peperangannya' berbanding askar-askar Malaysia yang sedang berjuang mempertahankan negara. Ibu-ibu yang sedang melahirkan anak adalah pejuang negara, pejuang fisabilillah dan pejuang bernilai berlian emas permata kepada negara Malaysia.

Mereka adalah pejuang! Apalah perlu sangat kita berfikir-fikir untuk memberi tambahan rehat selama 30 hari. Berikan sahaja!

Jika beginilah pemikiran semua rakyat Malaysia, hamba pasti, bukan setakat cuti 90 hari mereka bersetuju diberikan kepada kakitangan kerajaan yang melahirkan anak, malah sepatutnya kita sekarang ini sedang memperjuangkan agar ibu-ibu yang melahirkan anak Malaysia, aset kepada negara, direhatkan untuk bekerja membesarkan aset negara yang baru lahir itu selama 4 bulan, 120 hari.

Berikan ibu-ibu pejuang negara cuti bersalin selama 4 bulan! 120 hari!

Anak adalah aset bernilai sebuah negara, maka ibu yang melahirkan mereka adalah lebih besar nilai asetnya 4 kali ganda, berbanding ayahnya....... fikir-fikirkan.......

Khamis, Jun 03, 2010

ZIONIS HARAM AKAN SELAMANYA HARAM.


Minggu lepas, hamba terkejut melihat muka Hj. Jamal keluar ke Astro Awani. Sedang dibual bicara bersama wartawan muda Astro Awani diatas kapal Marvi Marmara, menyertai Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza.


Baru sahaja bertungkus-lumus bekerja pada PRK Hulu Selangor yang lalu, hamba ada bersama beliau didalam mesyuarat, dan ada juga sekali bertegang urat suara dengan beliau sehari sebelum Pilihanraya berlangsung. Biasalah Hj. Jamal, kata-katanya 'tegas' sedikit dan kadang-kadang banyak kelakarnya.


Rasa seperti bersalah hamba kepada beliau kerana meninggikan suara ketika itu. Melihat beliau berada dilautan Mediteranien, bersama 11 lagi rakyat Malaysia, untuk misi kemanusiaan Gaza, membuatkan hamba cukup kagum akan istiqomah beliau didalam kerja-kerja jihad.


Namun, keesokannya, hamba rasa cukup terkejut, walaupun terasa memang akan berlaku peristiwa itu, kapal yang dinaiki beliau diserang oleh lanun zionis celaka. 16 aktivis syahid. Lebih 30 cedera parah. 600 lebih ditahan. Memang haram jadah perbuatan lanun zionis itu. 2 hari kita semua tidak tahu berita tentang 12 rakyat Malaysia diatas kapal yang diserang itu.


Selama 2 hari itu, hamba ada terfikir, apa punya waras perbuatan yahudi laknatullah itu menyerang kapal yang berada diperairan antarabangsa. Kapal yang diserang, yang sebelumnya dikepong berada diperairan antarabangsa, bukannya di perairan Israel haram itu. Inilah dia perangai kaum yang membunuh para nabi. Inilah dia perangai kaum yang merosakkan kitab-kitab Allah. Inilah dia kaum yang dijadikan oleh kerajaan BN untuk menjadi penasihat kepada kerajaan BN. Apa punya bala yang kerajaan BN hendak dibawakan ke Malaysia ini?


Esok akan diadakan satu demonstrasi besar-besaran didepan kedutaan Amerika Syarikat. Ianya dianjurkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Harap, sesiapa yang boleh hadir, datanglah beramai-ramai dengan sepanduk masing-masing.


Sepatutnya, yang perlu dibuat oleh kita adalah berperang dengan zionis, bukannya berdemo, tetapi takat ini, mungkin hanya ini kekuatan iman kita untuk menghancurkan zionis laknatullah itu dari bumi Haram Al-Syarif.