Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Mei 20, 2010

PENGHARAPAN YANG MASIH JAUH.

Dah pukul 1 tengah hari. Waktu berehat. Mata ngantuk. Azan Zohor lambat lagi. 15 minit lagi zohor le tu. Sebelum solat, hamba hendak berceloteh sedikit dalam blog. Maklumlah, sudah agak lama tidak bergejuis.

Semalam, hamba membawa isteri hamba ke klinik untuk check-up untuk bersalin. Isteri hamba mengandung anak kami yang ketiga. Sudah 34 minggu. Hamba sangkakan doktor akan scan perut isteri hamba, namun dinasihat untuk di scan pada minggu yang ke-36 sahaja. Tidak perlu scan banyak-banyak kali. Kerana kata doktor, alhamdulillah, anak dalam kandungan sihat walafiat.

Hamba ikutkan sahaja. Sebab difikirkan, zaman dahulu kala pun, mana pernah scan perut, ramai juga manusia yang dilahirkan ke dunia ini. Cumanya mungkin hamba dan isteri tidak sabar-sabar hendak melihat anak dalam kandungan itu. Tapi takpe, kami akan tunggu minggu ke 36 nanti.

Pengharapan.

Pengharapan adalah satu sifat manusia yang telah diciptakan Allah diberikan kepada manusia. Setiap manusia ada pengharapannya. Seperti sekarang, kami mengharapkan sangat agar anak didalam kandungan ini akan dilahirkan dalam keadaan baik dan sihat, iaitu anak hamba dan isteri hamba sekali. Hamba mengharapkan sangat agar isteri dan anak hamba yang akan dilahirkan nanti didalam keadaan yang selamat, insyaAllah.

Namun, ada satu pengharapan yang hamba tidak mengharapkan. Anak yang dilahirkan nanti adalah lelaki atau perempuan. Hamba terima sahaja. Lelaki boleh, perempuan pun boleh. Jika lelaki, inilah anak lelaki hamba yang pertama setelah mendapat 2 orang anak perempuan. Jika perempuan, dapatlah hamba 3 orang anak perempuan. Ok je.

(Anak hamba yang berdua ni yang muslimat ni- gambar 2 tahun dulu)



Tetapi, ada satu pengharapan yang amat hamba mengharapkan, tetapi untuk mendapatkan pengharapan itu menjadi kenyataan adalah amat besar dan berat tugasnya. Harapan hamba ialah mahu hidup didalam pemerintahan khalifah Islam.

Ya, hamba mengharapkan sangat akan hidup dan berada didalam naungan kerajaan negara Islam didalam hayat hamba. Hamba mahu merasai dan menikmati keindahan undang-undang Islam dilaksanakan sebagai kehidupan negara. Hamba mengimpikan sangat perlaksanaan hudud terdapat didalam mahkamah-mahkamah. Alangkah indahnya hidup didalam negara yang dirahmati Allah.


Jika melihat kembali negara yang hamba duduki sekarang ini, hamba melihat terlalu banyak lagi kerja Islami yang perlu wajib dilaksanakan oleh kita semua. Judi pun dihalalkan. Rasuah menjadi rutin kehidupan. Buang anak menjadi kebiasaan. Budaya hedodisme menjadi kebanggaan muda-mudi..... Jauh, memang jauh lagi perjalanan dakwah kearah daulah Islamiah.... memang jauh.

Sabtu, Mei 15, 2010

TV3 DAN POLIS SIBU JADI TOKEY JUDI BATING PRK PULAK.

(Rangkaian syaitan untuk tontonan umum)


Setelah hamba didalam keadaan yang menyampah lagi dukacita apabila melihat kekalahan mudah Chon Wei kepada Lin Dan yang sombong cap ayam itu, hamba menukar siaran dari TV1 kepada TV3. Memang cukup pelik hari itu, hamba menonton TV bagi rangkaian TV1 kemudiannya ke TV3.

Tukar-tukar sahaja siaran ke TV3, Buletin Utama sedang ke udara.

Seperti biasa, bahan beritanya adalah bahan berita cap ayam yang penuh dengan najis pembohongan yang melampau sehingga hamba seperti hendakkan menitis air mata melihat pemberita itu yang terpaksa menanggung banyak dosa-dosa besar yang melayakkan mereka ke neraka jahannam.

Namun, ada satu berita yang diluar jangkauan pemikiran hamba semalam telah dijadikan bahan kempen TV3 untuk meraih undi orang Cina di Sibu. Ianya ada kaitan dengan judi.

Siap dengan siaran langsung, seorang pemberita TV3 dari Sibu telah 'menemuramah' seorang pegawai tinggi polis di Sibu dengan berlatar belakangkan himpunan anggota polis yang 'angkuh' seperti mahu pergi berperang.

Yang menjadi perkara yang pelik bin ajaib ke tahap gaban itu ialah soalan yang ditanya oleh sipemberita dan jawapan oleh pegawai polis Sibu tadi. Memang tidak tersangka oleh hamba pihak TV3 sanggup berbuat sehingga ke tahap yang melampau jahat dan zalim.

Soalannya adalah berkisar 'adakah betul terdapat unsur-unsur judi didalam pilihanraya kecil di Sibu?'. Dan jawapannya ialah 'Ada'. Namun yang menjadi jawapan yang melampau gilanya ialah jawapan tambahan oleh polis itu, iaitu, 'Judi yang digembar-gemburkan sekarang ialah satu bating dimana BN akan menang dengan 2000 hingga 2500 undi berbanding dengan DAP'.

Apa punya gila polis itu sanggup mendedahkan butiran bating judi pilihanraya? Siap membuat 'iklan' judi untuk bating agar meletakkan duit untuk memenangkan BN. Polis sudah jadi Sport Toto ke? Polis sudah menjadi Magnum ke? Polis sudah menjadi Berjaya Group ke? Polis telah menjadi pasukan penyelamat industri judi ke? Memang gila sekarang ini polis dan TV3. Memang gila.

Siaran langsung yang dibuat untuk temuramah dengan pegawai tinggi polis tadi hanya berkisarkan itu sahaja. Memaklumkan kepada orang ramai, bahawa bating judi bagi PRK Sibu nanti ialah BN akan menang 2000 ke 2500 undi berbanding DAP. Sekian berita. Apa punya sial TV3 sekarang ini menjadi pelapor bating judi? Memang jelas TV3 adalah satu rangkaian TV yang jahat lagi jahanam!

Sudahlah umno-apco memberi lesen judi baru untuk bating bola sepak piala dunia, sekarang ini TV3 dan polis Sibu pula seperti memberi 'lesen' dan promosi iklan judi untuk bating PRK Sibu Ahad nanti.

Apa punya Iblis TV3 ini?

Khamis, Mei 13, 2010

HARI INI, 13 MEI.

Dibawah ini, adalah artikel hamba buat 2 bulan selepas menang PRU12. Sempena memperingati 13 Mei. Oleh kerana hari ini adalah 13 Mei, hamba rasa adalah perlu hamba keluarkan kembali artikel ini untuk ditatapi umum agar ianya boleh diambil iktibar sempena hari yang penuh sejarah ini. Silalah baca dan selami maksudnya sedalam-dalamnya.....


HARI INI, 13 MEI
Selasa, 2008 Mei 13

Ana bangun tidur untuk solat subuh. Semasa solat, anak ana yang sulong duduk di katil sebelah tempat solat. Ana teruskan solat subuh. Sesudah solat, ana melihat wajah comel Jannah. Beliau senyum menampakkan gigi susunya. Ana senyum. Selepas berwirid dan berdoa, ana bermain-main dengan anak sulongku. Seronok melihat telatahnya.

Setelah puas bermain, anak ana yang sulong pergi kepada umminya di bilik sebelah. Ana baring termenung sehingga terlelap sebentar di atas katil bilik solat.

Pukul 7pg ana terbangun. Mendengar suara tangisan anak kedua, ana terus ke dapur untuk memasak air. Sementara menunggu air masak, ana mendukung Iman, anak ana kedua. Ana bawanya keluar rumah untuk menghirup udara pagi. Anak ana yang sulong ikut dari belakang.

Amannya hari ini. Udara pagi yang nyaman, tidak sejuk, tidak panas, sesuai untuk suhu tubuh manusia. Anak ana yang kedua senyum-senyum dan tergelak-gelak melihat dunia luar. Anak yang sulong ana biarkan dia bermain tanah tanpa kasut. Biar kulit kakinya merasai embun di rumput-rumput di perkarangan rumah ana. Seronok melihat telatahnya.

10 minit kemudian, kami kembali masuk ke rumah, ana memandikan anak ana yang sulong. Setelah selesai, ana pun mandi untuk membersihkan diri sendiri. Setelah siap memakai baju untuk ke pejabat, ana melihat jam, pukul 8 pagi, 13 Mei 2008. 13 Mei? Eh? 13 Mei.

Ya, 13 Mei 39 tahun dahulu, mungkin ketenangan ini tidak dapat dirasai. Mungkin si ayah tidak dapat mendukung dan membiarkan anak-anaknya bermain tanah di luar rumah. Mungkin si ayah sedang berkecamuk akal fikiran kerana memikirkan keselamatan keluarganya. Dan mungkin juga si ayah sedang memegang parang untuk mencari mangsa untuk dibelasahnya.

Alhamdulillah, semua itu terjadi semasa ana belum dilahirkan. Ana tidak kesempatan melihat peristiwa berdarah itu dan ana berdoa agar peristiwa itu tidak dapat ana saksikan selama mana ana hidup. Alhamdulillah walaupun masih ada sebuah parti yang sengaja memainkan isu perkauman untuk melihat umat Melayu memberontak, namun Melayu sekarang adalah Melayu baru, Melayu yang cerdik pandai menilai, mengkaji dan menyimpul tindak laku sesuatu parti.

Sayonara 13 Mei, harap ianya terus menjadi sejarah di dalam kamus sejarah negara Malaysia untuk selama-lamanya .....

Rabu, Mei 12, 2010

PIALA THOMAS: DENGAN JEPUN PUN KALAH

Semalam adalah hari yang bersejarah didalam hidup hamba. 12 Mei 2010. Satu tarikh keramat didalam hidup hamba. Bukannya kerana semalam adalah tarikh penubuhan parti assobiyah melayu umno-apco, bukan. Tetapi kerana semalam, buat pertama kalinya dalam sejarah, pasukan badminton negara kita, kalah dengan 'bergaya' kepada pasukan Jepun. Bukan setakat kalah, malah kalah ketika adanya siaran langsung dari kaca telivisyen.


Tidak pernah didalam pengetahuan diari hidup hamba, pasukan badminton gergasi Malaysia akan kalah dengan pasukan ciput Jepun. Memang diluar pemikiran kepala akal hamba yang bergeliga ini. Kekalahan Malaysia kepada Jepun ini serupalah boleh disamakan dengan pasukan bolasepak England kalah kepada pasukan Sri Lanka. Memang tidak boleh masuk akal.


Hamba tidak tahu adakah Malaysia ini sengaja hendak kalah kepada Jepun atau memang pasukan Malaysia dianggap kuat tetapi realitinya tidaklah kuat. Kebarangkalian menunjukkan Malaysia sengaja kalah ada kerana melihat kepada permainan mereka semalam, memang sah seperti bermain untuk kalah.


Adakah juga kemungkinan pasukan Malaysia kalah kerana proteskan kepada sesuatu. Protes kerana diberi singlet menjadi baju rasmi bermain Piala Thomas? Protes kerana seluar pendek hitam yang diberi terlalu ketat sehingga membantutkan permainan? Atau protes kerana kehadiran Rosmah yang menyebabkan pemain tidak boleh memberi konsentrasi 100% takutkan C4?


Walau apapun sebabnya, kenyataannya, Malaysia telah kalah kepada pasukan kerdil Jepun 2-3 pada Piala Thomas semalam. Walaupun telah layak ke suku akhir, namun kalah tetap kalah dan hamba rasa pasukan Jepun akan berbangga dengan kemenangan ini walaupun mereka tahu mereka tidak akan mendapat apa-apa dari kemenangan ini, hanya juara kumpulan. Namun didalam sejarah, telah terukir Jepun menundukkan pasukan gergasi badminton Piala Thomas Malaysia di gelanggang mereka sendiri. Inilah dia cerita bersejarah pada malam semalam yang penuh dengan rasa tidak puas hati hamba melihat pasukan negara bermain......

Rabu, Mei 05, 2010

GMC: 4JUTA MANA CUKUP, SEPATUTNYA 1BILION SETAHUN UTK HANCURKAN UMNO-APCO!

Jika hamba ini jutawan, bukan setakat RM4 juta tiga tahun hamba sanggup beri kepada GMC menjahanamkan BN-APCO, tetapi RM 40 juta sebulan pun hamba sanggup.

Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata tok guru Nik Aziz, disebabkan adanya umno di bumi melayu ini, mengakibatkan kita terpaksa buang masa berlawan dengan parti yang tidak suka Islam itu, yang sepatutnya, masa yang terluang melawan umno-apco itu boleh dibuat untuk memartabatkan Islam dan berdakwah Islam kepada orang bukan Islam.

Terus terang hamba kata, umno adalah satu spesis parti politik yang dicipta oleh kafir penjajah dahulu kerja khususnya adalah untuk menghancurkan Islam di tanah Melayu dan memisahkan Islam dengan orang Melayu. Kerana umno-apcolah, melayu sekarang menjadi gila rasuah, kerana umno-apcolah melayu sekarang benci hudud, kerana umno-apcolah melayu disukukan antara Islam, politik dan masjid, kerana umno-apcolah melayu telah diyahudikan! Ya, melayu telah diyahudikan! Dari penasihat kerajaan umno-apco yang pro zionis, kepada polis melayu yang telah di'zionis'kan oleh pihak Israel laknatullah.

Hamba menjadi pelik bin ajaib bin senak perut melihat mamat hartamas itu berbising-bising berkenaan dengan RM4juta untuk menjatuhkan Pak Lah. Memang patutlah kerja parti yang tidak sekutu dengan BN mesti ada peruntukan untuk menjatuhkan pihak lawannya. Ingat buat kerja semua free of charge ke?

Sepatutnya GMC ini patut dibanggakan oleh pihak parti PR untuk dinaik tarafkan lagi sehingga berupaya membuat satu channel TV internet 24 jam seperti juga TV1, TV2, TV3, Channel8, NTV9 menjadi alat fitnah jahat umno-apco. Bukan setakat RM 4 juta 3 tahun, patutnya RM1bilion setahun patut diperuntukkan untuk menjahanamkan umno-apco yang sudah menjadi talibarut zionis itu.

Tindakan mewujudkan kembali GMC dengan lebih sistematik dan teratur perlu dijalankan dengan kadar segera. Janganlah pula menjadi terlebih pandai ianya diberi urus tadbir kepada orang umno-apco yang memang sah telah di zioniskan oleh penasihat yahudi mereka. Jangan buat kerja bodoh 2 kali.

InsyaAllah dengan terhapusnya umno, umat melayu akan kembali kepada Islam yang syumul.