Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, April 27, 2010

HAMBA KEMBALI.....

Alhamdulillah. Pakatan Rakyat menang di PRK P094. Namun kekurangan 1,725 undi. Didalam perjuangan fisabilillah, ungkapan kalah itu tidak pernah wujud. Lawan tetap lawan, kalah dalam tangan. Itu adalah ayat yang biasa didengar jika pilihanraya di Hulu Selangor berlangsung. Tetapi untuk PRK ini, seperti terasa hendak menang, kalah itu mungkin, namun hati nurani mengatakan kita akan tewas, majoriti 6000 undi.

Itulah dia mukadimah ayat blogging hamba setelah 3 minggu hamba betul-betul sibuk dengan kerja jemaah, bukannya seperti biasa buat-buat sibuk. Kesibukan melaksanakan tanggungjawab memenangkan calon Pakatan Rakyat telah menyebabkan Jannah dan Nurul Iman, anak hamba, seperti tidak diendahkan oleh ayahnya.

Oleh itu, hamba telah memutuskan bahawa dari waktu Maghrib, sehinggalah Isyak, adalah waktu bertenang hamba untuk bersama-sama dengan anak-anak. Waktu menunggu isyak selepas solat maghrib memang diluangkan sepenuhnya bermain-main dengan anak. Waktu yang singkat 50 minit itu, seperti telah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kadaran masa yang cukup untuk memuaskan hati anak-anak hamba bermanja dengan ayahnya. Masanya sungguh sekejap, tetapi kualitinya amat bernilai untuk anak-anak hamba.

Selepas isyak, hamba akan keluar semula melaksanakan tugas. Anak-anak hamba tiada seorang pun yang merengek atau menangis-nangis hendak ikut seperti kebiasaan. "Ayah ni gi buat kerja PAS ni, ayah gi dulu ye..", kata hamba pada anak-anak. "Pegi le, bye bye..." jawab anak hamba sambil senyum dengan tangannya melambai-lambai. Allahuakbar! bertambah semangat hamba untuk membuat kerja jihad.

Tentang isteri hamba pula, memang tiada masalah langsung. Isteri seorang Muslimat PAS, seorang pejuang, namun tidak boleh berapa aktif kerana sedang mengandung 7 bulan anak ketiga kami, dan menjaga 2 anak kecil yang sedang ligat. Hamba beri kelonggaran untuk isteri kembali aktif didalam jemaah. Selesaikan hal anak-anak dahulu. Itu jihad isteri hamba.

Hamba menjadi ketua UPU Rasa. UPU itu bermaksud unit peti undi. Ada 4 UPU di Rasa ini. Tugas yang cukup besar. Tidak pernah seumur hidup hamba melaksanakan kerja itu. 3 UPU menang besar kerana undi cina, dan 1 UPU kalah kerana undi melayu. Pelik, cina undi calon melayu, tetapi melayu sendiri tidak menyokong calon melayu. Kata umno ini 'hidup melayu'. Tetapi sebenarnya hanya cakap-cakap tin kosong sahaja.

Mungkin kerana taraf pemikiran mereka yang hidup di hulu ini adalah akal yang hulu juga? Menyebabkan mereka ini senang diperbodohkan? Mungkin....... ?