Mari sama-sama kita sebut syahadah

Ahad, Mac 28, 2010

MOHON DANA UNTUK PRK HULU SELANGOR.

Hamba didalam jemaah diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Cawangan. Tugas dan amanah diberikan adalah sangat besar. Lebih-lebih lagi, kawasan yang hamba duduk sekarang ini akan diadakan Pilihanraya Kecil. Maka dana berbentuk RM amat diperlukan oleh kami untuk menjalankan tugas-tugas pilihanraya nanti.

Terus terang hamba katakan, walaupun parti yang memerintah negeri adalah Pakatan Rakyat, namun Cawangan PAS adalah miskin tidak berduit. Kerana dana yang ada akan habis sekelip mata untuk menjalankan aktiviti dan program rakyat. PAS Cawangan pun tidak dapat satu sen pun bantuan dari kerajaan negeri kerana pihak memerintah sekarang ini tidak mahu menggunakan duit rakyat diberikan terus kepada parti politik, tidak seperti Umno BN dahulu.

Maka PAS Cawangan terpaksalah juga berdikari untuk mendapatkan dana. Jika ada orang tidak faham, dan memang ada orang yang tidak faham, termasuk ahli sendiri, yang merungut-rungut 'asyik-asyik minta duit, asyik-asyik minta duit, dah memerintah pun minta duit sumbangan ke?'. Tolonglah jangan ada ahli PAS sendiri sudah terbentuk di akalnya mentaliti umno. Tolonglah.

Dengan ini juga, hamba memohon kepada rakan-rakan blogger, dan juga kepada sesiapa yang menjenguk blog hamba ini, berilah sedikit dana atau yang lebih baiknya, sebanyak-banyak dana kepada PAS Cawangan Rasa untuk kami dapat menjalankan tugas-tugas pilihanraya kecil nanti. InsyaAllah dana itu akan digunakan sebaik mungkin untuk memenangkan kembali PR agar kerja-kerja membantu rakyat marhaen dapat berjalan dengan licin.

Anda semua boleh memberi sumbangan kepada ;

PARTI ISLAM SEMALAYSIA CAWANGAN RASA, BANK CIMB ISLAMIC, NO.A/C - 1243-0000280-10-8

Sumbangan anda amat dihargai dan insyaAllah diberkati Allah SWT.

Jumaat, Mac 26, 2010

PARLIMEN HULU SELANGOR AKAN ADA PRK....

Wajah Allahyarham dari lensa peribadi hamba


Ahli Parlimen kawasan hamba baru meninggal dunia semalam, malam Jumaat jam 9.30 mlm. Takziah hamba ucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

SMS yang diterima oleh hamba dari sahabat hamba dari pejabat Parlimen Hulu Selangor jam 10.oo mlm tadi hamba terima dengan hati sedih namun tenang. Teringat muka Allahyarham yang sanggup datang ke Kampung Melayu Rasa, datang ke rumah ke rumah menjenguk para pengundi di Kampung Napi. Sehingga rumah kakak ADUN Umno Batang Kali pun beliau sanggup menjenguknya di muka pintu.

Walaupun dari wajahnya kelihatan beliau amat keletihan, namun beliau gagahkan juga kudrat berkunjung ke rumah pengundi-pengundi bertanyakan khabar.


Suasana ceria ini pasti akan kembali meriah.

Selepas menang, kami dari PAS Cawangan Rasa ada membuat sedikit jamuan dan ceramah kecil untuk meraikan kemenangan. Kami menjemput Allahyarham untuk merasmikan jamuan itu dan beliau dengan hati terbuka sanggup datang ke kampung Rasa untuk merasmikan jamuan makan itu.

Walaupun Allahyarham selepas beberapa bulan menjadi ahli Parlimen agak jarang turun ke Hulu Selangor, namun hamba sebagai individu faham bahawa beliau sebenarnya tidak sihat. Ketika bertanding lagi, hamba sudah melihat keadaan fizikalnya, beliau agak tidak bermaya namun kerana mempunyai sifat juang yang tinggi, maka beliau gagahkan juga diri untuk berjaga siang malam bertemu rakyat.


Setelah pemergian beliau, maka hamba dapat bayangkan bahawa tempat tinggal hamba, yakni Hulu Selangor akan menjadi tempat tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Keseluruhan jentera partai samada dari Pakatan Rakyat atau BN akan tertumpu di Hulu Selangor.





Pasti mereka ini akan turun memenangkan PR.


Hamba dapat bayangkan, berjuta-juta wang rasuah akan dicurahkan kepada orang kampung dan taman-taman yang terdapat di Hulu Selangor ini. Poket ketua cawangan dan Bahagian puak Umno akan kembung sehingga koyak dengan lambakan duit-duit untuk dirasuah pengundi. Kenyang perutlah mereka dengan duit-duit haram itu.

Akan gelak ketawalah mereka dengan lambakan tunai dan projek-projek separa masak kononnya untuk membantu rakyat, tetapi sebenarnya untuk mengkayakan kroni. Akan hitamlah jalan-jalan seluruh Hulu Selangor dengan tar baru yang kemudiannya nanti akan kembali berlubang-lubang kerana tarnya hanya ditampal pada permukaan jalan lama, bukannya dibuat baru. Akan bertambah nota RM50lah setiap saku orang kampung kerana diberi duit 'paksa undi' disetiap isi rumah disekitar Hulu Selangor.

Hamba ingatkan hendak berehat seketika selepas letih mengurus perkahwinan adik ipar di Terengganu. Tetapi nampaknya, dirumah, hamba perlu bekerja lebih untuk membantu PR untuk memenangi kembali kerusi yang dahulunya memang milik BN. Parlimen Hulu Selangor ini sebenarnya sebelum PRU 2008, adalah kawasan putih BN. Sebenarnya bukan setakat BN terkejut mereka kalah. Tetapi PR pun terkejut kita menang.

Sebelum PRU 2008 dahulu, kerusi parlimen ini, ketiga-tiga parti PR tidak mahu bertanding untuk kerusi ini. Namun al hasilnya........

Rabu, Mac 24, 2010

RAKYAT YG 51% DULU, SUDAH TERSEDAR DARI MIMPIKAH?

Pagi tadi, bermula jam 9.30 pagi, ditempat kerja hamba ada mesyuarat bagi jawatankuasa OSHE. Ianya berkaitan dengan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ianya satu jawatan kuasa yang penting dan perlu dibuat dengan serius dan penuh amanah serta efisien.

Setiap kali ada kerja yang berbangkit, maka pengerusi jawatankuasa akan memberikan tarikh untuk kerja itu siap.

"Saya beri 3 hari untuk kerja itu disiapkan", kata pengerusi.

Hamba mencelah, "Dr, bukan 7 hari ke? Parlimen pun berikan masa 7 hari....", (untuk pengetahuan, pengerusi itu adalah seorang Dr PhD).

Apabila hamba mencelah begitu, maka pengerusi pun gelak ketawa. Beliau tahu saya berseloroh. Rakan-rakan yang berada didalam bilik pun ada yang tumpang ketawa dan senyum-senyum sinis.

Maka hati hamba pun terdetik sebentar, bahawa setiap individu yang berada didalam bilik mesyuarat itu mengerti apa yang dimaksudkan dengan 7 hari dan Parlimen. Dan hamba pun tersedar, sesungguhnya sekarang rakyat-rakyat marhaen begitu celik politik dan cukup pantas mendapat makluman.

Untuk pengetahuan, mereka-mereka yang hadir didalam mesyuarat itu adalah dari kalangan General Manager, Jurutera, Penolong jurutera, Technician, penolong pentadbir, setiausaha dan kerani. Semua golongan pendidikan lelaki dan wanita berada didalam mesyuarat itu. Ada wakil pentadbiran dan ada wakil pekerja. Maka hamba simpulkan, rakyat yang bependidikan PhD, Master, Degree, Diploma, Sijil Kemahiran dan paling koman Sijil SPM yang berada didalam bilik itu semuanya celik politik.

Senyum lebar hamba bila memikirkan. Rakyat sekarang bukannya bodoh tunggul akal politiknya sekarang ini. Jika hendak dibandingkan zaman 70-an dan 80-an dahulu, kadang-kadang golongan profesional pun seperti bodoh tunggul politiknya kerana terpaut dengan janji kosong politik satu parti sahaja yang boleh memerintah, iaitu BN atau Perikatan. Sekarang ini tidak. Sama sekali tidak.

Semenjak peristiwa 1969, politik Malaysia telah di'bosan'kan dengan kesemua media utama telah diarah secara 'senyap', agar wajib sokong kerajaan walau kerajaan itu 'ter'salah tadbir. Seperti telah dijadikan satu budaya, semenjak dari bangku sekolah, agar jangan ada apa-apa tanggapan negatif terhadap parti pemerintah kerajaan Pusat. Jika ada, ianya adalah menjadi satu kesalahan walaupun tanggapan itu adalah betul dan benar.

Seteruk mana parti memerintah kerajaan Pusat itu mentadbir, rakyat telah di'ajar' agar jangan banyak komen, jangan melawan dan jangan tunjuk pandai. Rakyat semua wajib ikut sahaja apa yang dibuat oleh 'mereka-mereka' kerana 'mereka-mereka' ini lebih tahu apa yang 'mereka' lakukan, kerana 'mereka-mereka' itu adalah pemerintah. Sehinggakan ke tahap para cendiakawan pun di'suruh' tutup mulut jangan pandai-pandai mengajar ahli politik mentadbir negara walau cendiawakan itu adalah pakar dalam hal itu.

Pemikiran golongan mahasiswa pula di'rigid'kan menjadi satu golongan robot yang hanya tahu membaca dan mengira untuk mendapat keputusan yang cemerlang CGPAnya didalam peperiksaan yang diambil untuk mendapatkan segulung sijil bagi mendapatkan pekerjaan yang mewah pendapatannya. Kepada sesiapa mahasiswa yang berjaya merewangkan akal fikirannya untuk melihat dunia luar yang penuh kepincangan luar biasa, dan kemudiannya berusaha untuk mengejutkan masyarakat bangun dari tidurnya untuk keluar dari mimpi buatan kehidupan yang lara, maka mahasiswa itu akan ditekan setekan-tekannya sehinggakan tekanan yang dihadapi akan mengakibatkan mahasiswa disekelilingnya akan takut untuk masuk campur dengan mahasiswa yang ditekan itu.

Namun dengan kuasa Allah SWT, walaupun setebal mana dinding yang dibuat oleh parti memerintah kerajaan Pusat untuk memenjara pemikiran rakyat dari menjadi sifat 'pembangkang', tetap juga akan pecah dinding itu kerana dinding itu juga diperbuat daripada simen yang tidak berkonkrit. Hanya ada simen bercampur pasir. Maklumlah, dindin yang dibina itu pun dibina oleh kroni-kroni, maka...... rasuahlah selebihnya........ bukan konkrit reinforcement.......

Isnin, Mac 22, 2010

RAKYAT SELALUNYA AKAN IKUT PEMIMPIN, BETULKE?

Anak selalunya akan mengikut tingkah laku ayah atau ibunya. Jika ayahnya seorang yang bersopan santun, maka kebarangkalian anak itu akan bertutur secara bersopan santun akan tinggi. Jika pula anak itu berperangai kurang elok, maka selalunya orang di sekitar akan beranggapan dan melihat ibu dan ayahnya memang berperangai kurang elok, kerana itulah anaknya berpeel sebegitu juga.

Begitu jugalah dengan rakyat dengan pemimpin. Tingkah laku rakyat selalunya ada hubung kait dengan pemimpinnya. Jika pemimpin itu suka berfoya-foya, maka rakyatnya akan terikut jugalah dengan perangai foya-foyanya dan jika pemimpinnya bertawaduk, maka kebarangkalian rakyatnya akan lebih beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.

Mengapa pula tiba-tiba hamba bercerita ikatan diantara pemimpin dan rakyat pada artikel kali ini?

Adakah benar ikatan perangai pemimpin akan menjuruskan kepada tingkah laku rakyat yang dipimpinnya dibawah?

Adakah bukti-bukti yang boleh membuktikan bahawa ikatan perangai diantara pemimpin dan rakyat itu wujud atau cuma cakap-cakap kosong?

Jika rakyat dibawah mempunyai anak zina seramai lebih 70,000 orang setahun, adakah ini menunjukkan pemimpin diatasnya juga 'melakukan' perkara yang terkutuk itu bersama? Ini adalah persoalan yang hamba berikan, bukannya ayat kenyataan, tetapi ayat pertanyaan.

Namun apa yang ternyata didepan mata hamba yang semakin lama semakin rabun-rabun ayam ini kerana sudah berumur tua, ialah berkaitan dengan pemimpin yang bersekongkol dengan Zionis telah diikuti dengan secara sengaja atau tidak sengaja oleh rakyat dibawahnya. Samada rakyat itu penyokong tegar kerajaan atau penyokong tegar 'pembangkang'.

Mengapa hamba berkata begitu?


Tahukah rakyat sekelian siapa itu APKO dan siapa itu Mc D?


Apa pula kena mengena APKO dengan McD? Bukankah APKO itu adalah sebuah syarikat perunding manakala McDonald pula sebuah syarikat makanan segera?


Ya, memang kedua-dua badan syarikat itu menjalankan perniagaan yang berlainan, namun sumber pendapatannya akan disalurkan kepada pemunya yang sama, iaitu Zionis Israel.


Apa pula kena-mengenanya rakyat dengan pemimpin berkaitan dengan perkara subahat dengan Zionis Israel? Jawapannya ialah semua kita tahu, APKO menjadi perunding utama kepada pemimpin nombor wahid Malaysia, manakala McD pula adalah menjadi makanan ruji kepada 'sebilangan' rakyat Malaysia.


Bukan setakat makanan ruji untuk rakyat Malaysia dibandaraya, malah rakyat yang menentang kezaliman kerajaan BN di Malaysia juga sanggup mempromosi tali barut Zionis ini di cermin hadapan keretanya. Mengiklankan dengan bangganya lambang McD dikereta masing-masing ditayang kehulu ke hilir mempromosi sebuah syarikat yang bersekutu dengan Zionis Israel.

Punyalah banyak restoran makanan ringan seantorio Malaya ini menghidangkan makanan burger, mengapa ke McD juga akhirnya dituju diberikan duit untuk mengkayakan zionis israel? Paling koman pun, hendakkan sangat makanan 'american', pergilah KFC atau A&W, sebuah syarikat yang masih belum didapati memberikan kewangannya kepada zionis.
Nampak gayanya, memang betullah, apabila pemimpin telah 'dipimpin' oleh zionis, maka rakyat pun akan juga dipimpin oleh zionis....... Malang sungguh.......

Rabu, Mac 10, 2010

BANJIR BESAR JEDDAH = ORANG KAFIR MASUK TANAH HARAM MEKAH?

Sakit pinggang. Itulah yang dirasai hamba ketika ini. Bukan sakit hati, bukan sakit dada, tapi sakit pinggang.

Semalam ditempat kerja hamba ada buat 5S. Disebabkan hamba ni jenis rajin sesangat, habis almari-almari pun diangkatnya untuk di 5S kan. Mungkin disebabkan semasa mengangkat almari itu posisi pinggang hamba tidak menepati piawaian antarabangsa, maka hamba pun terimalah akibatnya, sakit pinggang.

Setakat 2 perenggan diatas, hamba telah menukar posisi duduk 2 kali. Ya, 2 kali. Sakitnya datang seperti jarum menyusuk-nyusuk pinggang yang sudah tua ini.

Oleh kerana doktor telah begitu bermurah hati memberi cuti sakit 2 hari, maka kesibukan kerja yang dibuat-buat dapat juga ditenangkan seketika selama 2 hari ini. Maka dengan ketenangan itu, dapatlah hamba menulis blog untuk dibacai oleh gejuis-gejuis yang sentiasa inginkan berita-berita dan cerita-cerita yang lain dari yang lain untuk diserapi ke dalam minda kepala.

Apa yang hendak diceritai oleh hamba hari ini adalah tiadanya kaitan dengan kes lompat melompat, bukannya hendak bercerita berkenaan mamat umno masuk PAS, keluar PAS masuk PKR, menang parlimen keluar PKR, bukan..... Bukan juga cerita hakim pening lingkup kanggaro mahkamah Malaya, tetapi hendakkan bercerita berkenaan cerita yang ada kaitan dengan kes banjir di Jeddah tahun lalu, 25 November 2009.

Pada permulaan, orang Arab Saudi menyangka hujan rahmat telah turun ke tanah mereka, rupa-rupanya bala yang ditimpakan oleh Allah SWT.

Mengapa agaknya ia terjadi? Seramai 121 orang telah hilang nyawa kerana banjir di Jeddah itu.

Banjir di sempadan Jeddah Mekah. 121 orang meninggal. 3000 kereta musnah, 10,000 kediaman tenggelam. Pelik ya, hujan 5 jam boleh bawa bencana sebesar itu.


Hamba ada berdialog dengan seorang ustaz yang baru balik dari Mesir, yang sekarang ini sedang mengajar di Darul Quran berkenaan apa akan terjadi sekiranya terdapat kes orang kafir yang memasuki tanah haram Mekah?

Maka jawab ustaz itu, insyaAllah, Allah akan turunkan bala yang besar di sekitar Mekah.

Sebelum itu, terdapat seorang teman yang hamba kenali di Arab Saudi telah memberi e-mail kepada hamba bahawa beliau didalam keadaan yang serbasalah untuk bekerja di syarikat yang dikerjai di Arab Saudi.

Beliau bekerja di Tanah Haram untuk membuat keretapi laju dari Masjidil Haram ke Arafah.

Syarikat yang berjaya mendapat projek itu adalah syarikat dari tanah besar China yang bernama China Railway. Yang menjadi permasalahannya ialah, mereka-mereka yang bekerja dengan ChinaRailway dan juga subconnya yang datangnya dari syarikat 'base' di Eropah, yang juga kafir, telah masuk ke tanah haram dengan selambanya.

Tiada tindakan diambil oleh pihak Arab Saudi dan sekarang ini, teman yang hamba kenali ini sedang melakukan sesuatu untuk menjahanamkan kerja-kerja puak kafir ini yang sungguh biadap memasuki tanah haram yang telah diharamkan Allah untuk memasukinya hingga kiamat.

Hamba juga ada meng'e-mail'kan kes ini kepada rakan seblog yang sekarang ini belajar di Mekah. Namun tiada berita yang hamba perolehi darinya. Mungkin beliau masih sibuk menguruskan kelahiran anak keduanya 2 Mac lalu. Namun diharap, kawan blogger itu dapat membantu teman yang hamba kenali itu agar kerja-kerja puak kafir memasuki tanah haram dengan selamba dapat diatasi dengan segera.

Punca masalah mengapa senang-senang orang kafir boleh masuk ke tanah haram sedangkan dalam perjanjian membuat rail keretapi itu dengan terang-terang mengatakan hanya pekerja Islam sahaja yang boleh memasuki 'site' di tanah haram adalah duit.

Teman yang hamba kenali itu menyatakan, puak-puak cina kafir Hong Kong itu dengan berani dan selambanya memasuki tanah haram kerana mereka tidak takut ditangkap, kerana kata puak kafir ini, mereka ada 'orang dalam' yang akan membebaskan mereka bila-bila masa. Fuih! Hebat juga pak-pak arab ini, sudah bijak bermain duit seperti puak-puak BN. Benar atau tidak, yang pentingnya orang kafir sudah dan sedang keluar masuk tanah haram dengan selambanya ketika gejuis-gejuis sedang membaca artikel ini.

Maka, apa perlu dilakukan oleh kita di tanah Melayu ini? Duduk relaks dan minum kopi Radix sahaja? Atau sibuk berburuk sangka dengan rakan sejemaah?