UBN DAPAT 2/3 PARLIMEN, BETUL KE?

4 ahli parlimen Pakatan Rakyat telah digantung memasuki Dewan Rakyat selama 6 bulan. DS Anwar Ibrahim, Sivarasa, Karpal dan Azmin. Speaker yang cap ayam telah dengan tidak berlaku adil menggantung keempat-empat MP itu.

Terkeluar didalam tajuk besar akhbar laman web MalaysiaKini mengatakan, peristiwa penggantungan 4 ahli parlimen itu adalah sebenarnya satu tindakan jahat pihak UBN untuk mendapatkan kembali hak 2/3 di dalam dewan.

Jika dilihat dari segi matematik, PKR sebelum ini yang mempunyai 31 kerusi Parlimen telah berkurangan sebanyak 6 kerusi, 5 dibeli dan satu kalah semasa PRK, bermaksud PKR sekarang hanya mempunyai 25 kerusi. (1 kerusi adalah milik PSM)

DAP pula semasa PRU12 memenangi 28 kerusi, namun sekarang dapat menambah 1 lagi kerusi di Sarawak pada PRK lepas, bermaksud DAP ada 29 kerusi. Manakala PAS yang memenangi 23 kerusi terpaksa tolak 1 kerana sikap raja katak yang sentiasa melompat namun kembali kepada angka 23 kerusi apabila memenangi kerusi Kuala Terengganu merampas daripada UBN.

Ini bermakna PR mempunyai 25+29+23 = 77 kerusi parlimen.

Jika UBN mahukan kekuasaan 2/3 kerusi, UBN memerlukan PR hanya mempunyai 222/3 = 74 kerusi di Parlimen atau kurang dari 74.

Maka peristiwa 4 ahli PR digantung 6 bulan itu adalah jalan jahat UBN untuk mendapat kuasa parlimen kerana dari segi matematik, PR hanya ada 73 kerusi.

Tetapi, adakah betul semudah itu?

Pihak UBN sekarang sebenarnya hanya mempunyai 137 kerusi. Bebas 6 dan SAPP 2. Didalam bebas itu, 5 adalah memang telah dibeli UBN, tetapi 1 kerusi, iaitu Bagan Serai, adalah sebenarnya ahli PAS yang bertanding didalam tiket PKR yang merajuk kerana sebab-musabab pendirian PKR didalam isu penggunaan nama Allah.

Ini bermakna UBN ada sokongan padu 142 kerusi (137 + 5). 3 lagi kerusi tidak dipegang kukuh oleh UBN iaitu 1 kerusi Bagan Serai dan 2 kerusi SAPP. Jumlah 2/3 parlimen adalah 148 kerusi.

Jikalaulah dengan ada akta didalam parlimen yang mengatakan Parlimen yang digantung ahli dikira sebagai ‘tiada’ parlimen, maka parlimen sekarang di Malaysia ada 222-4 = 218 kerusi. 2/3 dari 218 kerusi adalah 146 kerusi. UBN masih tidak dapat 2/3 parlimen jika dicampurkan juga dengan 1 kerusi Bagan Serai dan 2 kerusi SAPP. UBN kurang 1 kerusi!

Nampak gayanya, semua MP UBN dan PR akan hadir ke sidang parlimen Mac 2011 ini kerana kemungkinan semasa itulah SPR akan memberikan kertas kerja untuk persempadanan semula kawasan pilihanraya. Dan perlu diketahui, UBN kekurangan 1 kerusi, atau lebih tepat lagi 4 kerusi jika wang rasuah jutaan ringgit untuk membeli undi tidak diendahkan oleh SAPP dan Bagan Serai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?