SIAPA KATA MALAYSIA TIADA SALJI?....

Ini bukan Malaysia..


Esok cadang hendak mengiringi menteri besar Selangor serah memorandum kepada Agong. Masih lagi keliru mengapa tidak diberi kepada Sultan Selangor. Mungkin strategi kerajaan negeri kot? Wallahualam.

Tapi hari ini, hamba bercadang hendak pergi Bukit Cerakah. Pergi rumah empat musim. Telefon bukit cerakah semalam, sekarang ini musim sejuk. Salji turun. Hah! bolehlah main salji hari ini. Masuk seorang RM3 sahaja. Tidak perlu ke Genting Highland untuk main salji, masuk RM45. Mahal!

Bukannya apa, bukannya hamba yang berkehendakkan sangat main salji ini (ye ke?). Tapi anak hamba Nurul Iman itu yang tiap-tiap hari akan bertanya. 'Bila nak main salji, ayah?'. Aduih, sedihnya, Malaysia mana ada salji. Bertambah sedih anak hamba tanya begitu kerana beliau melihat ayahnya main salji semasa di Jepun dan Deutchland dahulu.

Fikir punya fikir punya fikir, nasib baik teringat akan bukit cerakah. Kata mereka di sana ada rumah 4 musim. Musim sejuk ada salji. Bermula bulan Disember hingga Februari. Alhamdulillah. Hari ini 4 Disember. Maksudnya salji sudah turun di Selangor.

Siapa kata di Malaysia tiada salji?.....

Ulasan

ChekDi berkata…
waaa beznye da salji kat Malaysia

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?