DATANGLAH KE BUKIT CERAKAH, BOLEH TENGOK SALJI.
Macam bagus je mamat pakai kopiah tu.....
Pintu depan masuk tempat salji. Semua sudah lengkap pakai baju sejuk.
Sejuk.....
sejuk......
sejuk......
..... perasaan hamba berada beberapa minit didalam rumah empat musim di Bukit Cerakah, sejuk.
Salji! Salji turun di Malaysia. Atau lebih tepat, salji berada dalam bilik beku di Malaysia, he, he....
Seronok melihat anak-anak hamba seronok melihat salji, walau dalam kesejukan,walau ianya salji buatan. Tetapi, walaupun buatan, ianya nampak sungguh realistik. Saljinya benar, suhunya benar, hanya corong-corong penyejuk di syiling yang tidak mengaslikannya.
Puas hati.
Memang puas hati.
Setelah melihat keindahan hutan khatulistiwa didalam bas semasa menuju ke rumah salji, tiba-tiba, berada didalam bilik sejuk dengan penuh salji, memang perasaan rasa lain dari yang lain. Memang puas hati.
Sesiapa yang hendak ke Bukit Cerakah, silalah datang..... boleh tengok salji......
Ulasan