Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Disember 01, 2010

APALAH MELAYU INI, BIARKANLAH ORANG BUKAN ISLAM HENDAK MENDEKATI AL-QURAN.


Kecoh satu tanah Melayu apabila orang bukan Islam membaca Al-Quran., terutamanya parti assobiyah Melayu di Tanah Melayu yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai singkatan nama parti.

Melenting, risau, marah, kecoh dan berbagai-bagai lagi reaksi kurang senang ditunjukkan oleh melayu-melayu yang menggunakan ketuanan Melayu untuk mengkayakan diri masing-masing.

Berdosa ke orang bukan Islam membaca sepotong ayat Al-Quran? Salahkah orang Islam merujuk Al-Quran untuk tujuan menyempurnakan kehidupan mereka? Salahkah orang bukan Islam merujuk Al-Quran untuk menguatkan hujah-hujah mereka?

Tidak salah malah digalakkan. Sepatutnya orang melayu parti assobiyah Melayu inilah yang patut malu pada diri sendiri kerana mereka dari tertubuhnya parti ini sehingga sekarang, menjauhkan kehidupan mereka sejauh-jauhnya dengan Al-Quran.

Baru sahaja tubuh parti , buat loteri judi. Sudah lama sikit merdeka, buat kilang arak. Sudah lama perintah, makan minum harta rasuah. Mana pegangnya Al-Quran puak-puak melayu assobiyah ini?

Sepatutnya, kita umat Islam, mengajak orang bukan Islam mendekati Al-Quran. Biar mereka membaca kalimah-kalimah dari Tuhan mereka yang mereka belum kenal itu. Biarlah mereka mengenali Islam dengan ilmu Al-Quran, bukannya melihat kepada telatah para munafik dan fasik yang mengaku Islam, tetapi menjauhkan diri daripada Al-Quran.

2 ulasan:

Hunny berkata...

Pastikan tafsirannya tak salah dan terpesong dari maksud sebenar...

Mazwandi Mustaffa berkata...

Ya, betul. Dan dengan cara mengajarnya, bukan dengan menghalangnya.