Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Disember 24, 2010

AKHIRNNYA KERAJAAN UBN MENGAKU APCO ADALAH PENASIHAT MEREKA.


Kerajaan UBN sekarang ini seperti begitu terdesak untuk menafikan slogan satu Malaysia adalah celupan idea one israel. Tahap kebimbangan mereka ini sehinggakan terpaksa membuat satu tindakan drastik menghukum 4 ahli perlimen PR dilarang memasuki sidang parlimen selama 6 bulan agar 4 ahli parlimen ini berjaya ditutup mulut.

Tahap terdesak diaras space cop gaban pihak kerajaan UBN ini sehingga dengan cuainya memberikan afidavit APCO kepada rakyat Malaysia yang mengatakan APCO tiada kaitan dengan slogan satu Malaysia.

Namun, tanpa disangka-sangka oleh kerajaan UBN ialah, dengan tindakan yang kelam kabut ini telah menyebabkan sebenarnya kerajaan UBN memang benar telah melantik sebuah syarikat asing dari Amerika Syarikat yang bergelar APCO Worldwide sebagai penasihat mereka. Kerajaan UBN telah mengiyakan apa yang didakwa oleh Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa kerajaan UBN sekarang ini adalah dibawah telunjuk APCO yang penuh dengan penasihat dari Zionis Israel.

Itamar Rabinovich adalah salah satu figur senior consultant untuk APCO Worldwide. Beliau adalah seorang zionis israel dan menjadi duta Israel untuk negara Amerika Syarikat. Beliau adalah penasihat kepada Amerika tentang apa-apa tindakan Amerika untuk keuntungan Israel. Dan untuk matlumat, beliau adalah salah satu seorang yang akan menasihati kerajaan UBN samada secara langsung atau tidak langsung. Bermaksud tindakan kerajaan UBN adalah tindakan dari nasihat yang diperolehi dari zionis israel.

Selain Itamar, A. Elizabeth Jones juga adalah figur senior consultant untuk APCO Worldwide. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau ini. Namun sebenarnya beliau adalah satu batang tubuh yang begitu anti kepada pertubuhan Islam seluruh dunia. Beliau merupakan bekas duta Amerika di negara Kazakhstan. Dan tugasan beliau disana bukan hanya menjadi sebagai duta, tetapi menjadi mata kepada perkembangan pertubuhan Islam di Asia tengah. Dan beliau juga akan secara langsung dan tidak langsung akan menasihati kerajaan UBN.

Seorang lagi figur, Marc Ginsberg, senior vice presiden APCO Worldwide adalah seorang Yahudi Amerika yang bertanggungjawab terhadap perkembangan polisi di timur tengah kepada kerajaan Amerika semasa pemerintahan Jimmy Carter. Beliau juga adalah bekas Duta Amerika di Maghribi. Lihatlah sekatan kepada perkembangan pertubuhan Islam di Maghribi oleh kerajaan Maghribi semasa beliau menjadi duta disana. Lihatlah apa tindakan Amerika Syarikat semasa beliau bertanggungjawab kepada polisi Amerika terhadap negara Timur Tengah ketika tahun 70-an dahulu. Beliau jugalah nanti yang akan menasihati kerajaan UBN secara langsung atau tidak langsung untuk tindakan politik dan pemerintahan kerajaan UBN. Hancur Malaysia oleh figur-figur Zionis Israel dan musuh Islam ini.

Akhirnya, terbuktilah dengan pengakuan UBN sendiri, bahawa APCO Worldwide adalah penasihat mereka. Maka memang benarlah, selama ini ada kata-kata belakang bahawa kerajaan UBN sekarang ini adalah dibawah telunjuk Zionis Israel ada kebenarannya. Maka apa akan terjadi dengan negara Malaysia ini apabila dinasihati dibawah telunjuk APCO Worldwide? Hancur lebur mungkin akan berlaku oleh negara Malaysia dibawah kerajaan ubn ini ......

0 ulasan: