Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Oktober 20, 2010

APA LAGI? TUKAR KERAJAAN LA.

Hamba ada 2 buah rumah. Kedua-duanya masih dalam tanggungan hutang bank. Maksudnya, bukanlah milik hamba sepenuhnya, kerana masih belum habis membayarnya. Kecualilah jika hamba mati sekejap lagi, maka isteri hambalah pemilik rumah itu. Sepenuhnya.

Jangan pula salah faham kenapa ada 2 buah rumah. Bukan bermaksud hamba ada 2 isteri, tidak,.. namun 2 buah rumah itu salah satunya hamba sekeluarga tinggal didalamnya, manakala yang lagi satu hamba sewakan kepada rakan hamba.

Apa yang hendak diketengahkan disini ialah, kedua-dua rumah itu adalah setingkat. Bukan 2 dan bukan juga tiga dan sememangnya bukan 100 tingkat.

Mengapa setingkat.

Kerana isteri hamba melihat jauh ke hadapan. Jika sudah tua, tidak perlulah bersusah payah naik tangga. Dan juga, tidak perlulah menggunakan kudrat yang banyak jika ingin menukar tilam baru. Untuk pengetahuan semua, tilam adalah berat jika diangkat seorang.

Sungguh kehadapan pemikiran isteri hamba. Melihat sehingga ke hari tua. Penuh wawasan. Mungkin diwarisi oleh ayahnya. Penuh wawasan.

Tersebut berkenaan dengan waris, dan juga tingkat bangunan, maka hamba terperasan tentang cerita bangunan warisan bertingkatkan 100 itu.

Memang pelik lagi musykil, mengapa manusia suka sangat membazir duit membuat bangunan tinggi-tinggi melangit. Hamba bukannya dapat apapun daripada bangunan itu. Susu Isomil Plus tetap naik RM8 satu tin. Dari RM52 paling murah, naik RM60.50 paling 'murah'.

Apa yang hamba dapat daripada duit 4 bilion yang hendak dihabiskan untuk membuat bangunan yang entah apa-apa itu. Baik 4 bilion itu diperuntukkan untuk dana khas mempercumakan pendidikan di Malaysia. Dari tadika, sehingga universiti. Kan ke elok jika begitu.

Tahun depan, 2 anak hamba akan ke pra-sekolah. Banyak juga keluar duit tu. Hendak minta permata duit 111 juta, mana nak dapat, bukan kroni.

Jadi,.. apa nak buat?

Duduk rumah goyang kaki?

Apa lagi, tukar kerajaan laaaa,...... :)

0 ulasan: