Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Julai 31, 2010

EGO.

Manusia ada berbagai jenis. Ada yang baik, kurang baik, sederhana baik, anggap diri tidak baik, anggap diri baik dan ada juga yang memang jahat. Kesemua jenis manusia ini dengan berbagai jenis-jenisnya dihidupkan ke dunia ini adalah untuk menuju kearah menjadi baik. Sebab itu Allah turunkan agama untuk membimbing manusia menjadi kearah baik.

Mahu tidak mahu, kita mesti berusaha menjadi orang yang baik. Jika tidak berjaya, maka balasannya ialah neraka yang panas. Tiada kompromi.

Dalam proses menjadi baik, ada berbagai-bagai rintangan yang telah diturunkan oleh Allah didunia ini. Rintangan syaitan, rintangan nafsu dan rintangan dunia itu sendiri. Maka proses untuk menjadi manusia yang baik adalah proses yang berterusan.

Jika menganggap diri kita sudah baik, jangan berhenti menjadi baik, kerana kemungkinan kita menjadi tidak baik itu masih ada kerana gangguan syaitan, nafsu dan dunia itu sendiri.

Apa yang lebih merbahaya ialah, dalam proses menuju untuk menjadi manusia yang lebih baik, manusia yang hendak menjadi baik itu beranggapan dia sudah baik tetapi realitinya dia masih belum menjadi seorang manusia yang baik.

Apa yang lebih lebih merbahaya ialah, jika seseorang yang menganggap dia sudah menjadi baik, mengatakan orang disekelilingnya tidak baik berbanding dengan dia. Maksudnya, apa yang dia buat adalah baik manakala orang lain yang ingin juga membuat kebaikan dianggap tidak baik kerana tidak mengikut caranya untuk membuat baik.

Lebih tepat menganggap dirinya sahaja yang betul, diri orang baik yang lain tidak betul.

Lebih tepat dikenali untuk perangai ini adalah ego.

Musuh utama manusia adalah syaitan. Jenis Jin dan juga manusia. Ianya jelas. Jika seseorang sudah menganggap dirinya berada diparas kebaikan, maka jangan berhenti disitu, kerana syaitan tidak akan menyerah diri untuk menjahatkan anda. Syaitan akan membelai anda dengan satu jenis penyakit, iaitu ego.

Jika anda telah berjaya untuk bersolat subuh, maka jangan berhenti disitu sahaja, anda kena mendidikkan hati berwaspada pada ego.

“Nampaknya saya seorang sahaja yang solat subuh di taman ini..”. Jika itu hati anda terdetik, maka cepat-cepat anda istighfar memohon keampunan. Jika anda melayannya, esok,lusa, bulan depan, tahun depan, anda tetap bersolat subuh, tetapi anda bersolat subuh dalam keadaan riak. Kurang baik namanya itu.

Jika anda rasa anda sudah baik, kemudian terdapat seseorang memberi nasihat untuk kebaikan, tetapi tidak serasi dengan cara anda, jangan meremehkan cara nasihat orang itu. Kerana mungkin nasihat orang itu adalah kebih baik daripada baik yang anda sangkakan. Bukakan hati anda, kerana syaitan akan berusaha menutup hati anda dengan penyakit ‘Cara Anda Sahaja Yang Betul’. Ini juga penyakit ego namanya.

Oleh itu wahai rakan-rakan sekelian, jangan berhenti menjadi baik sehingga anda mati. Jangan berhenti tidak menyakitkan hati kawan-kawan sehingga anda mati, dan jangan lupa bernasihat untuk kebaikan, bukan menunjuk-nunjuk anda adalah betul dari orang lain.

3 ulasan:

a kl citizen berkata...

sedang mencuba..
ada kala memang malas menjadi baik

terbaru dari saya : entah apa

misz benida berkata...

mnusia xnmpak ego sdri..sbb die egois.

rismail berkata...

menjelajah.....salam entry