Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Julai 16, 2010

ANAK KETIGA KAMI, NUR MUHAMMAD:)

Nur Muhammad Bin Mazwandi. Anak yang ketiga. Lelaki yang pertama. (Di wad NICU)

Nyenyak tidurnya di NICU. Maklumlah, beliau yang terbesar diantara bayi-bayi yang ada di wad ini.

Tidur dikatil baby. Rumah ibu, K.L. Abang hamba tidur di katil ini (1972), Hamba juga tidur dikatil ini, adik hamba, anak buah hamba, Muhammad Aqlan, anak-anak hamba Nur Jannah, Nurul Iman dan sekarang ini Nur Muhammad. Semuanya dikatil kayu ini yang sudah berusia 38 tahun.

"Adik saya ke?" Nurul Iman dengan kemusykilannya....

Anak-anak hamba.

28 hb Rejab. 11 Julai. Tahun ini. Hamba menyaksikan sendiri keperitan isteri hamba melahirkan anak kami yang ketiga. Di bilik bersalin hospital selayang, selangor.

Tepat jam 11.49 pg, Nur Muhammad bin Mazwandi dilahirkan kedunia ini. Ya, Nur Muhammad, nama seorang bayi lelaki. Hamba dikurniakan Allah seorang anak lelaki untuk cahaya mata kami yang ketiga ini.

Sikit lagi hamba hendak berlinangkan air mata apabila melihat beliau keluar secara normal dari perut umminya. Hamba dapat melihat sendiri wajah isteri hamba yang seperti 'terkejut' berjaya melahirkan secara normal. Untuk makluman, yang pertama operate dan yang kedua vacuum.

Sebelum diazankan, Nur Muhammad telah ditimbang oleh bidan yang bertugas. 4.23kg. Waduh,.. lebih 4 kg, besarnya dia.
Prosedur baru hospital, sesiapa bayi yang melebihi 4kg, diwajibkan untuk memasuki NICU, Neonat Incentive Care Unit. Maka duduklah anak kami di NICU selama 3 hari.

Pada hari Rabu lepas, doktor telah mengizinkan agar Nur Muhammad keluar dari wad. Maka sekarang ini, kami berada dirumah ibu di K.L. Isteri hamba akan berpantang di sini. InsyaAllah akan berada di sini sehingga Syawal.
Sekarang ini, ibu dan ayah hamba ada 5 orang cucu, manakala, bagi pihak isteri di Terengganu, ini adalah cucu arwah Mat Ali yang ke 53. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Islam di dunia ini. InsyaAllah Nur Muhammad akan menjadi pejuang Islam fisabilillah di masa besarnya nanti.

1 ulasan:

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 berkata...

Tahniah saudara kerana mendapat cahaya mata dan semuanya sihat,mudahan bertambah pengikut Muhammad a.a.w yang muttaqin