ADA BATU DISEBALIK MEE.

Tiba-tiba sahaja, tanpa guruh dan awan hitam, banjir berlaku didalam sekolah. Dengan tidak semena-mena, guru DG 41-48 dibenarkan kembali aktif didalam politik. Tetapi dengan kebenaran bertulis dahulu.

Hamba syak, berita ini adalah untuk menyenangkan pantauan rekod kepada guru-guru yang menyokong parti selain BN sahaja. Ianya adalah kerja-kerja mempermudahkan risikan kepada para guru seluruh Malaysia yang menyokong PR agar senang diambil tindakan ditukar sekolah. Itu sahaja.

Bukan setakat tukar sekolah, malah tindakan susulannya ialah menyusahkan mereka untuk mengundi ditempat asal mereka mengundi akibat perpindahan itu.

Oleh itu, kepada para guru yang menyokong PR, tidak perlulah anda sekelian menulis surat kebenaran untuk aktif didalam politik untuk aktif didalam politik. Anda sekelian sepatutnya aktif terus didalam politik tanpa bersusah-susah menulis surat kerana mereka dipihak atasan tetap tahu penglibatan anda kerana manusia mempunyai mulut.

Buat kerja seperti biasa dan aktif bersama jemaah seperti biasa. Yang belum biasa itu, tolonglah biasa-biasakan.

Jika ditukar di daerah Hulu pun, apa salahnya, beras dan nasi tetap ada di Hulu, cuma traffic jam sahaja yang tiada. Yang sudah mengajar di hulu pula, apa lagi, marilah sama-sama aktif didalam jemaah, mari kita semua menghijaukan suasana hulu ini yang sekarang ini masih pekat dengan tua kebiruan. Jika diambil tindakan pun apa salahnya, Dah memang mengajar di Hulu…..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?