BERSUNGUTLAH WAHAI GURU, KAMI SEDIA MENDENGARNYA.

Sudahkah anda membaca satu artikel yang bertajuk "Berhentilah bersungut wahai guru". Jika belum, silalah baca. Ianya 'menarik'. Artikel itu juga membuatkan minda 'geliga' hamba ini teruja untuk membuat artikel ini, untuk dijadikan pendapat hamba dipertengahkan kepada gejuis yang membuka blog hamba yang kecil.

Guru ramai merungut, betul ke? Kawasan perumahan hamba ramai guru. Isteri hamba pun guru juga. Tetapi mendengar mereka bersungut, tiadalah pula. Apa yang hamba perasan, jika hamba yang mulakan pertanyaan kepada guru soalan yang spesifik tentang alam perguruan, barulah mereka memberikan pendapat mereka. Bukannya bersungut. Jika bersungut pun, biarlah, hak mereka untuk bersungut akan profesyen pekerjaan mereka.

Mungkin juga ada guru yang bersungut-sungut tidak tentu pasal tanpa ditanya, mungkin ada. Jika ada pun, biarlah, mereka pastinya bersungut kerana ketika itu mereka didalam keadaan minda yang bercelaru akibat bebanan kerja berat ketika itu. Macamlah insan profesyen lain tidak pernah bersungut.

Perasan tidak kita semua, guru-guru yang bersungut semuanya datang dari guru dari sekolah kerajaan? Perasan tidak. Guru-guru yang mengajar di sekolah swasta majoritinya semua berasa kurang bebanan berbanding dengan sekolah kerajaan. Mengapa ya?

Pada pendapat peribadi hamba, jika guru itu hendak bersungut, bersungutlah puas-puas kerana adalah hak mereka untuk bersungut tentang masalah tugasan pekerjaan mereka. Jika seseorang yang mempunyai masalah dan dihalang pula untuk mereka meluahkan perasaan tidak puas hati mereka, gila apa kerja itu? Ingat ini negara kuku besi ke?

Kita perlu kembalikan nilai kehidupan bekerja ini kepada Allah. Untuk apa kita bekerja? Kerana duit? Kerana terpaksa? Kerana amanah? Kerana ibadah? Malah, yang lebih mulia profesyen guru ini adalah, ianya bukan setakat profesyen pekerjaan, ianya adalah satu profesyen mendidik manusia. Satu ibadah mendidik dan mengajar manusia agar mendapat ilmu berguna dunia akhirat. Islam memandang tinggi profesyen guru ini. Terlalu tinggi.

Maka, oleh kerana profesyen ini adalah tinggi dan mulia nilainya, sudah semestinya ianya penuh dengan masalah dan kesusahan. Mendidik manusia adalah perkara yang amat susah. Lebih-lebih lagi untuk mendidik manusia yang telah dibentuk oleh masyarakat yang sudah gila hedodisme dan materialistik. Nilai menghormati orang tua telah hilang sikit demi sedikit. Anak akan meniru ibu dan bapanya yang melayan atok dan neneknya dengan cara saling tidak hormat menghormati dan ianya akan dibawa ke sekolah dengan watak tidak menghormati guru.

Jika seorang dua boleh lagi untuk dikawal, tetapi jika 30 dari 40 murid didalam kelas yang perlu diajar dalam masa 6 jam tidak menghormati guru yang mengajar, apakah rasionalnya kita untuk menghalang dari para guru untuk bersungut bagi melepaskan perasaan hiba mereka? Tidak salah bagi hamba.

Oleh itu, Bersungutlah wahai guru, dengan rungutan anda semua, maka sudah pasti masyarakat dan kerajaan akan ternampak bahawa sistem kehidupan dinegara ini seperti telah rosak dengan dibuktikan permasalahan murid di sekolah, permasalahan golongan-golongan remaja yang semakin meruncing,.... dan gurulah yang dapat menilai tahap runcingnya golongan remaja ini, kerana anda ada bersama mereka 6 jam sehari dalam masa 5 hari seminggu. Gurulah yang dapat menilainya.... Fuih, sungguh mencabar kerjaya anda, wahai guru......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?