Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Mei 12, 2010

PIALA THOMAS: DENGAN JEPUN PUN KALAH

Semalam adalah hari yang bersejarah didalam hidup hamba. 12 Mei 2010. Satu tarikh keramat didalam hidup hamba. Bukannya kerana semalam adalah tarikh penubuhan parti assobiyah melayu umno-apco, bukan. Tetapi kerana semalam, buat pertama kalinya dalam sejarah, pasukan badminton negara kita, kalah dengan 'bergaya' kepada pasukan Jepun. Bukan setakat kalah, malah kalah ketika adanya siaran langsung dari kaca telivisyen.


Tidak pernah didalam pengetahuan diari hidup hamba, pasukan badminton gergasi Malaysia akan kalah dengan pasukan ciput Jepun. Memang diluar pemikiran kepala akal hamba yang bergeliga ini. Kekalahan Malaysia kepada Jepun ini serupalah boleh disamakan dengan pasukan bolasepak England kalah kepada pasukan Sri Lanka. Memang tidak boleh masuk akal.


Hamba tidak tahu adakah Malaysia ini sengaja hendak kalah kepada Jepun atau memang pasukan Malaysia dianggap kuat tetapi realitinya tidaklah kuat. Kebarangkalian menunjukkan Malaysia sengaja kalah ada kerana melihat kepada permainan mereka semalam, memang sah seperti bermain untuk kalah.


Adakah juga kemungkinan pasukan Malaysia kalah kerana proteskan kepada sesuatu. Protes kerana diberi singlet menjadi baju rasmi bermain Piala Thomas? Protes kerana seluar pendek hitam yang diberi terlalu ketat sehingga membantutkan permainan? Atau protes kerana kehadiran Rosmah yang menyebabkan pemain tidak boleh memberi konsentrasi 100% takutkan C4?


Walau apapun sebabnya, kenyataannya, Malaysia telah kalah kepada pasukan kerdil Jepun 2-3 pada Piala Thomas semalam. Walaupun telah layak ke suku akhir, namun kalah tetap kalah dan hamba rasa pasukan Jepun akan berbangga dengan kemenangan ini walaupun mereka tahu mereka tidak akan mendapat apa-apa dari kemenangan ini, hanya juara kumpulan. Namun didalam sejarah, telah terukir Jepun menundukkan pasukan gergasi badminton Piala Thomas Malaysia di gelanggang mereka sendiri. Inilah dia cerita bersejarah pada malam semalam yang penuh dengan rasa tidak puas hati hamba melihat pasukan negara bermain......

0 ulasan: