Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Mei 20, 2010

PENGHARAPAN YANG MASIH JAUH.

Dah pukul 1 tengah hari. Waktu berehat. Mata ngantuk. Azan Zohor lambat lagi. 15 minit lagi zohor le tu. Sebelum solat, hamba hendak berceloteh sedikit dalam blog. Maklumlah, sudah agak lama tidak bergejuis.

Semalam, hamba membawa isteri hamba ke klinik untuk check-up untuk bersalin. Isteri hamba mengandung anak kami yang ketiga. Sudah 34 minggu. Hamba sangkakan doktor akan scan perut isteri hamba, namun dinasihat untuk di scan pada minggu yang ke-36 sahaja. Tidak perlu scan banyak-banyak kali. Kerana kata doktor, alhamdulillah, anak dalam kandungan sihat walafiat.

Hamba ikutkan sahaja. Sebab difikirkan, zaman dahulu kala pun, mana pernah scan perut, ramai juga manusia yang dilahirkan ke dunia ini. Cumanya mungkin hamba dan isteri tidak sabar-sabar hendak melihat anak dalam kandungan itu. Tapi takpe, kami akan tunggu minggu ke 36 nanti.

Pengharapan.

Pengharapan adalah satu sifat manusia yang telah diciptakan Allah diberikan kepada manusia. Setiap manusia ada pengharapannya. Seperti sekarang, kami mengharapkan sangat agar anak didalam kandungan ini akan dilahirkan dalam keadaan baik dan sihat, iaitu anak hamba dan isteri hamba sekali. Hamba mengharapkan sangat agar isteri dan anak hamba yang akan dilahirkan nanti didalam keadaan yang selamat, insyaAllah.

Namun, ada satu pengharapan yang hamba tidak mengharapkan. Anak yang dilahirkan nanti adalah lelaki atau perempuan. Hamba terima sahaja. Lelaki boleh, perempuan pun boleh. Jika lelaki, inilah anak lelaki hamba yang pertama setelah mendapat 2 orang anak perempuan. Jika perempuan, dapatlah hamba 3 orang anak perempuan. Ok je.

(Anak hamba yang berdua ni yang muslimat ni- gambar 2 tahun dulu)



Tetapi, ada satu pengharapan yang amat hamba mengharapkan, tetapi untuk mendapatkan pengharapan itu menjadi kenyataan adalah amat besar dan berat tugasnya. Harapan hamba ialah mahu hidup didalam pemerintahan khalifah Islam.

Ya, hamba mengharapkan sangat akan hidup dan berada didalam naungan kerajaan negara Islam didalam hayat hamba. Hamba mahu merasai dan menikmati keindahan undang-undang Islam dilaksanakan sebagai kehidupan negara. Hamba mengimpikan sangat perlaksanaan hudud terdapat didalam mahkamah-mahkamah. Alangkah indahnya hidup didalam negara yang dirahmati Allah.


Jika melihat kembali negara yang hamba duduki sekarang ini, hamba melihat terlalu banyak lagi kerja Islami yang perlu wajib dilaksanakan oleh kita semua. Judi pun dihalalkan. Rasuah menjadi rutin kehidupan. Buang anak menjadi kebiasaan. Budaya hedodisme menjadi kebanggaan muda-mudi..... Jauh, memang jauh lagi perjalanan dakwah kearah daulah Islamiah.... memang jauh.

0 ulasan: