Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

HAMBA KEMBALI.....

Alhamdulillah. Pakatan Rakyat menang di PRK P094. Namun kekurangan 1,725 undi. Didalam perjuangan fisabilillah, ungkapan kalah itu tidak pernah wujud. Lawan tetap lawan, kalah dalam tangan. Itu adalah ayat yang biasa didengar jika pilihanraya di Hulu Selangor berlangsung. Tetapi untuk PRK ini, seperti terasa hendak menang, kalah itu mungkin, namun hati nurani mengatakan kita akan tewas, majoriti 6000 undi. Itulah dia mukadimah ayat blogging hamba setelah 3 minggu hamba betul-betul sibuk dengan kerja jemaah, bukannya seperti biasa buat-buat sibuk. Kesibukan melaksanakan tanggungjawab memenangkan calon Pakatan Rakyat telah menyebabkan Jannah dan Nurul Iman, anak hamba, seperti tidak diendahkan oleh ayahnya. Oleh itu, hamba telah memutuskan bahawa dari waktu Maghrib, sehinggalah Isyak, adalah waktu bertenang hamba untuk bersama-sama dengan anak-anak. Waktu menunggu isyak selepas solat maghrib memang diluangkan sepenuhnya bermain-main dengan anak. Waktu yang singkat 50 minit itu, seperti t