Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Mac 24, 2010

RAKYAT YG 51% DULU, SUDAH TERSEDAR DARI MIMPIKAH?

Pagi tadi, bermula jam 9.30 pagi, ditempat kerja hamba ada mesyuarat bagi jawatankuasa OSHE. Ianya berkaitan dengan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ianya satu jawatan kuasa yang penting dan perlu dibuat dengan serius dan penuh amanah serta efisien.

Setiap kali ada kerja yang berbangkit, maka pengerusi jawatankuasa akan memberikan tarikh untuk kerja itu siap.

"Saya beri 3 hari untuk kerja itu disiapkan", kata pengerusi.

Hamba mencelah, "Dr, bukan 7 hari ke? Parlimen pun berikan masa 7 hari....", (untuk pengetahuan, pengerusi itu adalah seorang Dr PhD).

Apabila hamba mencelah begitu, maka pengerusi pun gelak ketawa. Beliau tahu saya berseloroh. Rakan-rakan yang berada didalam bilik pun ada yang tumpang ketawa dan senyum-senyum sinis.

Maka hati hamba pun terdetik sebentar, bahawa setiap individu yang berada didalam bilik mesyuarat itu mengerti apa yang dimaksudkan dengan 7 hari dan Parlimen. Dan hamba pun tersedar, sesungguhnya sekarang rakyat-rakyat marhaen begitu celik politik dan cukup pantas mendapat makluman.

Untuk pengetahuan, mereka-mereka yang hadir didalam mesyuarat itu adalah dari kalangan General Manager, Jurutera, Penolong jurutera, Technician, penolong pentadbir, setiausaha dan kerani. Semua golongan pendidikan lelaki dan wanita berada didalam mesyuarat itu. Ada wakil pentadbiran dan ada wakil pekerja. Maka hamba simpulkan, rakyat yang bependidikan PhD, Master, Degree, Diploma, Sijil Kemahiran dan paling koman Sijil SPM yang berada didalam bilik itu semuanya celik politik.

Senyum lebar hamba bila memikirkan. Rakyat sekarang bukannya bodoh tunggul akal politiknya sekarang ini. Jika hendak dibandingkan zaman 70-an dan 80-an dahulu, kadang-kadang golongan profesional pun seperti bodoh tunggul politiknya kerana terpaut dengan janji kosong politik satu parti sahaja yang boleh memerintah, iaitu BN atau Perikatan. Sekarang ini tidak. Sama sekali tidak.

Semenjak peristiwa 1969, politik Malaysia telah di'bosan'kan dengan kesemua media utama telah diarah secara 'senyap', agar wajib sokong kerajaan walau kerajaan itu 'ter'salah tadbir. Seperti telah dijadikan satu budaya, semenjak dari bangku sekolah, agar jangan ada apa-apa tanggapan negatif terhadap parti pemerintah kerajaan Pusat. Jika ada, ianya adalah menjadi satu kesalahan walaupun tanggapan itu adalah betul dan benar.

Seteruk mana parti memerintah kerajaan Pusat itu mentadbir, rakyat telah di'ajar' agar jangan banyak komen, jangan melawan dan jangan tunjuk pandai. Rakyat semua wajib ikut sahaja apa yang dibuat oleh 'mereka-mereka' kerana 'mereka-mereka' ini lebih tahu apa yang 'mereka' lakukan, kerana 'mereka-mereka' itu adalah pemerintah. Sehinggakan ke tahap para cendiakawan pun di'suruh' tutup mulut jangan pandai-pandai mengajar ahli politik mentadbir negara walau cendiawakan itu adalah pakar dalam hal itu.

Pemikiran golongan mahasiswa pula di'rigid'kan menjadi satu golongan robot yang hanya tahu membaca dan mengira untuk mendapat keputusan yang cemerlang CGPAnya didalam peperiksaan yang diambil untuk mendapatkan segulung sijil bagi mendapatkan pekerjaan yang mewah pendapatannya. Kepada sesiapa mahasiswa yang berjaya merewangkan akal fikirannya untuk melihat dunia luar yang penuh kepincangan luar biasa, dan kemudiannya berusaha untuk mengejutkan masyarakat bangun dari tidurnya untuk keluar dari mimpi buatan kehidupan yang lara, maka mahasiswa itu akan ditekan setekan-tekannya sehinggakan tekanan yang dihadapi akan mengakibatkan mahasiswa disekelilingnya akan takut untuk masuk campur dengan mahasiswa yang ditekan itu.

Namun dengan kuasa Allah SWT, walaupun setebal mana dinding yang dibuat oleh parti memerintah kerajaan Pusat untuk memenjara pemikiran rakyat dari menjadi sifat 'pembangkang', tetap juga akan pecah dinding itu kerana dinding itu juga diperbuat daripada simen yang tidak berkonkrit. Hanya ada simen bercampur pasir. Maklumlah, dindin yang dibina itu pun dibina oleh kroni-kroni, maka...... rasuahlah selebihnya........ bukan konkrit reinforcement.......

0 ulasan: