Mari sama-sama kita sebut syahadah

Isnin, Disember 28, 2009

PENYOKONG PAS MOHON PAS KELUAR PR - SUATU REALITI?

Demonstrasi pelik yang berlaku Ahad semalam membuatkan hamba terfikir-fikir, ada juga sebuah kumpulan yang sanggup berbuat begitu untuk mewujudkan satu isu bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat. Jika iapun hendak membuat satu konspirasi, janganlah mengumpulkan 20 orang sahaja untuk berhimpun, sekurang-kurangnya bawalah paling kurang 200 orang berdemo, baru ada 'kick'.

Kumpulan 20 insan yang mengaku penyokong PAS telah menyatakan pendapatnya bahawa sesungguhnya, mereka tidak mahu PAS dipergunakan oleh PKR dan DAP. Mereka mahu PAS masih kekal memperjuangkan Islam di arena politik pemerintahan di Malaysia ini dengan cara keluar dari Pakatan Rakyat kerana menganggap PR tidak mengendahkan perihal kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Mungkin mereka ini diupah oleh UBN. Mungkin juga mereka ini sebenarnya adalah ahli umno berlakon menjadi penyokong PAS. Namun, mungkin juga mereka ini memang benar penyokong PAS yang bukan ahli tetapi dipergunakan oleh UBN untuk kepentingan UBN.

Ada 3 kemungkinan yang boleh dibarangkalikan. Jika dua kemungkinan yang pertama itu adalah jawapannya, maka PAS tidak perlulah membuat tindakan susulan terhadap peristiwa itu. Tetapi, jika kemungkinan yang ketiga itu berlaku, maka PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuat sesuatu agar pengundi berkenaan tidak lari atau merajuk untuk membantu PR dalam pilihanraya nanti.

Mungkinkah ada satu atau sekelompok pihak yang berpandangan bahawa Islam dan Melayu tidak akan memainkan peranan didalam politik Pakatan Rakyat? Adakah wujud di mana sekumpulan manusia yang cintakan Islam dan bangsa Melayu mempunyai perspektif yang negatif terhadap Pakatan Rakyat jika ianya ada kaitan dengan Islam dan Melayu? Betulkah terdapat sekumpulan penyokong, simpitizer atau pengundi PAS yang beranggapan bahawa PAS susah hendak berperanan untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu didalam Pakatan Rakyat.

Persoalan-persoalan ini perlu diselidiki dengan terperinci oleh PAS. Samada PAS Selangor atau PAS negeri-negeri lain dan juga PAS Pusat. Kerjasama bersama Pakatan Rakyat juga perlu digemblengkan adakah isu yang dibuat-buat oleh 20 pendemo itu, sebenarnya adalah juga satu realiti yang senyap yang sedang bermain-main didalam hati nurani rakyat Malaysia beragama Islam atau rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang tidak memihak dengan mana-mana pertubuhan parti politik.

Perkara ini perlu dipantau dan dikaji. Setelah dikaji dan memantau, perkara ini perlulah mempunyai resolusi bagaimana cara untuk mengembalikan kembali keyakinan kepada umat Islam, bangsa Melayu dan juga rakyat yang bukan Islam dan bukan Melayu agar masih dan akan kekal bersama-sama dengan Pakatan Rakyat didalam menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Ahad, Disember 27, 2009

KEMALANGAN MAUT- SALAH PEMANDUKAH?

10 insan manusia meninggal dunia akibat kemalangan bas di lebuhraya PLUS. 4 insan manusia meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal bertembung lori di negeri utara Semenanjung Malaysia. 38% angka kematian meningkat akibat kemalangan jalanraya setakat hari ini untuk tahun ini. Semua ini berita yang amat menakutkan untuk pengguna jalanraya.


Jalan raya di Malaysia sekarang ini seperti satu zon 'untuk mati cepat'. Setiap pengguna jalanraya di Malaysia sekarang ini adalah seperti mayat hidup yang tidak ketahuan bilakah masanya diantara pengguna itu akan tidak bernasib baik menjadi salah satu angka statistik kematian akibat kemalangan.


Adakah kemalangan di Malaysia ini adalah semata-mata kerana kecuaian pengguna jalan raya yang selalu disebut di dalam TV, oleh pemimpin dan oleh pihak berkuasa polis atau JPJ. Setiap kali berlakunya kemalangan, maka pemandulah yang dipersalahkan. Setiap kali kemalangan, maka cepat-cepat satu rencana dialog dibuat untuk menunjukkan bahawa pemandulah yang bersalah akibat kemalangan itu akibat sikap mereka.


Betulkah itu? Betulkah hanya pemandu yang cuai perlu dipersalahkan 100% setiap kali berlakunya kemalangan.


Jika betul, apakah yang boleh dibuat oleh mereka yang bertanggungjawab dan ada kaitan langsung dengan jalan raya di Malaysia. Adakah dengan menegur orang ramai, membuat iklan dan bising-bising di TV menasihati orang ramai agar berhemah di jalanraya dapat mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan.


Jawapan mudahnya adalah, TIDAK!


Lihat sahajalah statitik kematian akibat kemalangan. Semakin tahun, semakin meningkat. Semakin diwar-warkan kempen penggunaan jalanraya di media, maka makin jugalah kematian akibat kemalangan di jalanraya semakin meningkat.


Mengapa ini berlaku? Mengapa setiap kali ada kemalangan, ada kematian yang berlaku.


Jika mengikut statistik, semakin banyak kenderaan di jalanraya, semakin tinggi kemalangan berlaku. Bermaksud apa? Ini bermaksud, kemalangan dijalanraya memang tidak boleh dielakkan. Akan berlaku kemalangan jalanraya setiap hari di Malaysia. Ianya tidak boleh dielakkan. Namun, apa yang boleh dikawal sikit sebanyak, adalah kadar kemalangan itu sendiri, adakah kemalangan ringan, kemalangan sederhana dan kemalangan besar, ianya boleh dikawal sebenarnya. Kematian akibat kemalangan juga boleh dikawal statistiknya. Jadi bagaimanakah caranya?


Caranya adalah senang dan mudah. Cumanya ianya melibatkan pengeluaran kewangan.


1) Jalanraya di seluruh Malaysia mestilah dinaik tarafkan.

Jalan yang berlopak-lopak, berlubang-lubang dan jalan yang beralun-alun tidak sekata perlulah ditambah nilaikan dengan satu jalan yang baik mengikut piawai lebuh raya negara Jerman yang tiada hadlaju.


2) Tar lebuh raya perlulah ditukar kepada jalan tar yang bole meresap air. Ini kerana majoriti lebuhraya di Malaysia adalah jalanraya yang licin lagi merbahaya ketika berlakunya hujan.


3) Mewajibkan seluruh kereta di Malaysia dilengkapi dengan AirBag dan sistem ABS, anti breaking system. Sekarang ini, tiada langsung undang-undang di Malaysia yang menwajibkan kenderaan di Malaysia dilengkapi dengan AirBag dan sistem ABS.


Dengan adanya sistem ini disetiap kenderaan di Malaysia, maka kemungkinan untuk mengurangkan kemalangan maut dapat berlaku. Namun jangan beranggapan kemalangan biasa tidak akan berlaku, cumanya kemalangan maut mungkin insyaAllah kurang berlaku.




4) Menghapuskan cukai-cukai yang menyebabkan pembelian kenderaan di Malaysia ini adalah mahal.


Sepatutnya, dengan kekayaan yang diperolehi oleh negara Malaysia ini dengan sumber minyaknya, rakyat Malaysia adalah rakyat yang kaya raya dengan kekuatan pembelian kenderaan adalah kenderaan Mercedez bagi yang paling koman. Namun apakan daya, Malaysia diperintah oleh mereka yang gila duit dan dunia.


Jadi, apakah yang patut dilakukan oleh rakyat marhaen seperti kita? Dudukdepan TV lihat astro? Naik kereta dan menyerah diri kepada takdir agar tiada berlaku kecelakaan. Bagi hamba, mungkin ada sedikit keselamatan kerana kereta hamba ada Airbag dan sistem ABS yang sudah alhamdulillah menyelamatkan keadaan akibat jalan licin, tetapi kepada yang tiada?........

Sabtu, Disember 26, 2009

MAJLIS AKAD NIKAH - THE UNSEEN HEROES

Gambar sekitar pertunangan anak sepupu hamba. 24 Disember 2010.


Seorang insan yang akan menanggung beban tanggungjawab yang sangat besar, menjadi seorang suami. - Mohd Fauzi bin Dr. Hussin.




Putih lepok. Baju, tubuh, hati dan nurani.

Kenapa tak nyaut-nyaut anak pupu hamba ni. Tok Kadi panggil nama dia buat deeeek je?



Ayah pengantin perempuan mengakadkan sendiri pernikahan anak perempuannya. - 1000 degupan sesaat, itulah frekuensi jantung silelaki baju melayu putih itu. he, he......


Sebelum ini haram buat gini, sekarang sudah berpahala. Tetapi bukanlah depan orang ramai, lain pula ceritanya nanti. Peristiwa yang dulu-dulu, jika ada peristiwa begini, diharap kedua mempelai ini memohon ampun kepada Allah SWT, agar rumahtangga ini diberkati Allah.


Didalam majlis akad nikah, insan yang perlu hadir adalah kedua-dua pengantin, wali, saksi dan kadi. Yang lain-lain itu tidak hadir pun tidak mengapa. Namun kehadiran yang lain-lain itu juga sebenarnya didalam konteks bangsa Melayu, adalah satu kehadiran yang penting juga.

Cuba bayangkan, proses akad nikah yang hanya dihadiri oleh pengantin, wali, kadi dan saksi, kan ke pelik namanya itu. Maka akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari orang sekeliling. Kahwin tidak dapat restu keluargalah, nikah nombor dua lah, berkahwin kerana jadi pak sangguplah. Kan ke naya dibuatnya kepada pengantin itu. Maka adalah satu perkara penting juga, didalam majlis akad nikah itu, keluarga terdekat menghadiri sama majlis yang barokah itu.

Namun, sebenarnya, selain ahli keluarga dan rakan-rakan karib yang turut hadir, ada satu lagi kelompok kumpulan yang hadir ke majlis akad nikah. Kumpulan ini adalah kumpulan yang dirasakan seperti ghaib kedatangannya namun orang ramai tahu akan kehadiran kumpulan itu. Kumpulan ini adalah kumpulan yang amat sibuk ketika majlis akad nikah ini berlangsung namun orang ramai seperti tidak nampak atau buat-buat tidak nampak kehadiran mereka.

Hendak tahu siapakah ahli kumpulan ini? Hendak tahu apakah gerangannya mereka menyibuk-nyibuk dengan urusan majlis akad nikah ini? Mereka ini adalah kumpulan pemetik foto. Ya, kumpulan photographer. Kumpulan yang akan mengambil gambar dan akan mengabadikan peristiwa akad nikah itu ke dalam sebuah filem untuk dipertontonkan kepada si pengantin dan ahli keluarganya untuk dijadikan kenangan sehingga akhir hayat.

Mulia sungguh kerja mereka. Profesional sungguh kerja mereka. Namun, didalam banyak-banyak filem-filem foto yang diambil didalam majlis akad itu, tiada satu foto pun yang diambil untuk memaparkan kerja-kerja mereka. Tidak pernah ada dan tidak pernah hamba nampak.

Maka, hari Khamis lepas, hamba telah mengfotokan sedikit gambar mereka-mereka ini, 'the unseen heroes', semasa majlis akad nikah anak sepupu hamba.




Beg senjata 'the unseen heroes'.




Senjata utama pejuang 'the unseen heroes'.


Salah seorang mujahidah sedang menjalankan tugas.



Posisi tembakan yang penuh konsentrasi.



Peladak menembak untuk pejuang sniper berani mati.





Duduk bersila sebelum memberi tembakan maut.


Perangkap samar. Sanggup meredah 'hutan' semata-mata untuk mencari posisi menembak . Angle mesti canteeeek.


Khamis, Disember 24, 2009

KERJA PUNYA PASAL. -(CERITA MENANTU TOKGURU)

Hari ini hari Khamis. Hamba cuti. Cuti terakhir untuk tahun ini. Kiranya, dapatlah hamba cuti 4 hari sekaligus. Esok kerajaan beri cuti hari Krismas. Hamba tidak mahu cuti esok, tetapi, kerajaan beri, jadi kenalah cuti.....

Hari ini juga, anak sepupu hamba akan bernikah. Di Kajang. Hamba diwajibkan hadir oleh sepupu hamba untuk ke sana. Disebabkan inilah, hamba ambil cuti pada hari ini. Jika tidak, hamba bercadang mengambil cuti pada Khamis minggu depan.

27 hari sebulan. Itulah jumlah hari yang diberi kepada hamba untuk bercuti daripada syarikat tempat bekerja hamba. Banyak tu. Tahun depan, 2010, syarikat menambahkan lagi 5 hari cuti menjadikan jumlah semuanya sebanyak 32 hari cuti setahun untuk tahun depan. Kerana apa tambah 5 hari lagi, kerana hamba telah bekerja selama 10 tahun di syarikat itu. Banyaknya cuti.

Alhamdulillah, elok benarlah cuti dibanyakkan tahun depan, kerana isteri hamba akan bersalin untuk kali ketiga tengah bulan tujuh nanti. Bolehlah ambil cuti panjang sikit untuk mengendali anak yang baru lahir dan isteri yang sedang berpantang. Dan juga, manalah tahu, ada pilihanraya ke, ada muktamar ke, bolehlah diselitkan cuti pada tarikh itu.

Bercakap berkenaan cuti, hamba ada terfikir tentang kebisingan manusia-manusia di Kelantan dan luar Kelantan tentang isu menantu Tok Guru Nik Aziz. Mereka bising-bising menyuruh agar menantu tokguru itu meletakkan jawatan dia dengan segera. Kenapalah pula?

Biarlah menantu tokguru itu letak jawatan bulan Mac 2010 nanti. Bukannya dengan meletakkan jawatan secara tertangguh itu satu perkara yang salah. Ianya tidak salah, ianya diperuntukkan oleh majikan beliau. Jika diperuntukkan, biarlah beliau hendak menikmati lagi 3 bulan gaji untuk beliau sara hidup keluarganya sebelum beliau menganggur.

Inilah masalahnya apabila orang PAS sudah terikut-ikut dengan politik perspektif. Apa, ingat Aziz Bari itu pakar perihal politik ke? Aziz Bari itu pakar perlembagaan persekutuan sahajalah. Jangan minta nasihat sakit jantung dengan doktor gigi. Mati dibuatnya nanti.

Hamba terkasihan melihat menantu tokguru itu. Peluang dia bekerja untuk mendapatkan pendapatan telah diganggu oleh orang politik unislamic. Suka buat cerita. Sudahlah politik kerja pun sudah kelam kabut, ini pula ditambah dengan politik pemerintahan dicampur adukkan dengan politik kerja. Masak kawan kita itu.

Jika hamba menjadi beliau, hamba akan menghabiskan cuti tahunan sebelum meletakkan jawatan. Rileks sebulan sambil mencari kerja baru. Gaji masuk, insyaAllah kerja baru pun dapat. Ok le tu......

- pendapat hamba tentang kes menantu tok guru berdasarkan kepada soal kerja dan tempat pendapatan periuk nasi beliau.

Isnin, Disember 21, 2009

POLITIK UNTUK ORANG JAHAT SAHAJA?

Dalam buku itu ada apa ya jika mamat cermin mata itu adalah poitician?


Sabtu lepas, hamba ada berkata-kata dengan ibu hamba di rumahnya. Kata-kata yang jarang berlaku. Iaitu kata-kata hal-hal politik. Kata-kata kami anak beranak tentang politik hari itu tidak lama, hanya sekitar kurang 5 minit, tetapi amat mendalam kepada hamba.

Ianya bermula ketika hamba menonton iklan petronas. Iklan yang mempunyai lakonan 4 manusia Malaysia berkata-kata tentang minyak baru petronas. Seorang bercakap dalam bahasa Melayu, seorang Tamil, seorang Mandarin dan seorang Inggeris. Ibu hamba memang menyampah dengan iklan itu.

Setiap kali iklan itu terpampang di TV, ibu hamba akan merungut, 'Malaysia sudah takde bahasa rasmi ke?', itulah keluhan ibu hamba. Hamba bersetuju dengan ibu hamba, tetapi hamba tidak luahkan persetujuan hamba kepada ibu. Hamba buat macam endah tak endah sahaja.

Tetapi hari Sabtu itu, entah pasal-pasal, hamba sengaja hendak mengusik ibu hamba. Maklumlah, sudah lama tidak mengusik ibu. Semasa iklan itu berkumandang, ketika seorang pelakon iklan itu sedang berbahasa Tamil, hamba berkata, 'Camne ni ibu? Ok ke? Boleh le kot cakap Tamil, satu Malaysia apa...' hamba mengusik ibu.

Maka ibu pun menjawab usikan hamba, 'Heh! Apa? Bahasa Melayu sudah bukan bahasa rasmi ke?'. Hamba mengusik lagi, 'Satu Malaysia apa ibu, ok le tu...'. Ibu menjawab dengan tegas, ' Malaysia ni dah tak ikut perlembagaan ke? Ni PR pun sama, dah tak tahu bahasa kebangsaan.'

Aik? Mengapa PR pula yang kena ni? Hamba berkata dalam hati. Maka hamba pun menjawab, ' PR mana ada gitu .....' belum sempat habis ayat hamba, ibu menyampuk marah, 'Ah! Semua sama sahaja, BN ke, DAP ke, PKR ke, semua jahat! Politik semuanya jahat! Ibu taknak masuk politik-politik ni, semua jahat!'. Ibu meluahkan perasaan.

Hamba dengan tiba-tiba menjawab, ' Tapi ibu, jika politik jahat, lagi sangat perlulah kita semua masuk politik, sebab kita baik. Orang baik perlu masuk politik supaya selamat Malaysia. Mana boleh orang jahat perintah kita'.

Ibu senyap, lalu senyum.

Hamba pun senyum. Dalam hati terperanjat, kerana jika kami berdua bercerita berkenaan politik, ibulah yang akan menghabiskan dialognya. Maksudnya ibu mesti wajib hendak menang juga. Tetapi kali ini, ibu biarkan ayat-ayat hamba sebagai penghabis kata.

Maksudnya, ibu bersetuju sangat dengan apa yang hamba katakan.

Bermaksud juga, memang benarlah, orang yang baik-baik, orang masjid, orang yang selalu bersama dengan keluarga, orang yang bekerja mencari nafkah halal, perlu bersama memasuki arena politik supaya orang baik ini akan membersihkan politik yang telah dikotori oleh orang yang jahat-jahat.

Janganlah ada lagi mereka yang mengatakan, 'Saya tidak mahu masuk politik kerana politik itu penuh dengan manusia munafik.', itu tidak betul pandangan itu.

Ahad, Disember 20, 2009

KONVENSYEN BLOGGER PAS DAN KELAB BLOGGER PAS

Banner Konvensyen.

Pagi tadi hamba telah pergi ke Konvensyen Blogger PAS. Anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat. Oleh kerana hamba ada blog, dan hamba adalah ahli jemaah Parti Islam SeMalaysia, maka hamba pun berkenanlah untuk pergi ke sana.

Banyak juga perkara yang telah dapat diperolehi oleh kami, blogger-blogger atau gejuis-gejuis PAS. Peranan gejuis untuk memberi maklumat, atau risalah seperti yang disebut oleh Tok Guru Presiden semasa perasmian, adalah satu bebanan amanah yang perlu ditanggung dan dipertanggungjawabkan kepada gejuis semasa diakhirat kelak.

Setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh gejuis akan dihitung oleh Allah Rabbul Jalil di padang masyar nanti.

Baru hamba terperasan, bahawa maklumat yang fitnah, bukan hanya setakat maklumat palsu, tetapi maklumat yang betul juga boleh membawa kepada hukuman dosa fitnah. Contohnya memberi maklumat keburukan orang, namun dengan memberi maklumat itu akan memberi kesusahan kepada orang itu. Itu juga fitnah namanya. Padahal keburukan orang adalah satu pahala apabila kita sembunyikannya. (Perkara ini akan dibincangkan panjang lebar lagi.)

Rugi rasanya kepada gejuis yang tidak hadir ke konvensyen ini. InsyaAllah, hamba akan ceritakan lagi dengan lebih lanjut tentang kertas kerja yang telah dibentangkan oleh 2 tokoh yang terkemuka dengan bidang mereka masing-masing.

Kata-kata aluan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.



Tok Guru Presiden sedang berucap merasmikan Konvensyen dan kemudiannya menubuhkan kelab blogger PAS.



Sebelum bermula program, kepimpinan berbincang sesuatu.



Perasmian kelab blogger PAS oleh Tuan Guru Presiden.



Sebahagian peserta konvensyen.

Jumaat, Disember 18, 2009

MASJID PERLU DIBEBASKAN DARIPADA PEMIKIRAN SEKULARISME.

Hamba selalu mendengar dari ahli-ahli kariah masjid yang mengatakan jangan masukkan hal-hal politik didalam masjid. Sehinggakan AJK-AJK masjid yang sejemaah dengan jemaah Islam pun ada yang mengatakan 'hal masjid, masjid, hal politik, markas.' Betulkah pendirian itu?

Sultan seluruh Malaysia, jika bertitah berkenaan cerita masjid, mesti baginda akan bertitah, jangan jadikan masjid sebagai medan politik. Lebih-lebih lagi di Selangor. Pelik, tetapi itulah realiti kehidupan sekarang ini, masjid dan politik tidak boleh dicampur adukkan.

Jika seseorang itu masuk ke dalam masjid sahaja, maka akan seperti perbuatan yang berdosa dan boleh membatalkan iktikaf di masjid jadinya jika kita berkata-kata perihal politik tanah air. Mulut seseorang yang menyebut hal-hal politik seperti dilabelkan sebagai manusia kurang ajar lagi biadap.

Mengapa begitu anggapan orang ramai? Sehinggakan ustaz-ustaz yang berceramah di masjid pun ada berkata, 'Ana kuliyyah Maghrib tidak pernah pun menyebut berkenaan dengan politik, mengapa pihak sana masih hendak 'ban' ana?'. Ya, sehingga begitu sekali kotornya politik jika ianya disebut didalam masjid, rumah Allah.

Mengapa manusia Muslim sekarang ini telah melabelkan politik itu kotor dan kotor itu adalah politik? Mengapa jika disebut politik sahaja, maka akal insan yang mendengar itu akan beristighfar banyak-banyak kerana sangkaan politik itu adalah seperti laluan ke neraka? Mengapa? Mengapa majoriti umat Islam diseluruh dunia beranggapan politik itu adalah satu budaya kotor, budaya tikam belakang, kutuk-mengutuk, tipu menipu. Mengapa?

Jawapannya mudah. Golongan sekular memang sengaja membenihkan kepada akal fikiran umat Islam bahawa berpolitik itu kotor lagi menjijikkan. Sesiapa sahaja yang ingin berkecimpung ke dalam arena politik, maka insan itu perlulah terlebih dahulu menjadi munafik terlebih dahulu. Hipokrit. Jika tidak hipokrit, maka jangan anda dekat dengan politik.

Begitu licik puak kafir hendak menjauhkan umat Islam dengan politik. Begitu mudah, puak fasik memitoskan satu kaedah untuk menjauhkan orang masjid daripada berkecimpung ke arena politik.

Orang masjid, biarlah di masjid. Orang politik, biarlah puak fasik menceburinya. Maka disitu, sahlah, puak sekularis telah berjaya menyesatkan umat Islam agar memisahkan politik dengan Islam. Jika ini berterusan, maka akan mudahlah para pemerintah yang akan memerintah nanti adalah dari golongan yang tidak beragama, tidak beriman dan tidak kesah halal-haram. Kemahuan menghalalkan cara. Maka akan timbullah para pemimpin yang beriktikadkan kapitalis.

Sepatutnya, Masjidlah yang menjuarai masyarakat didalam bercerita bab politik. Sepatutnya, masjidlah menjadi tempat berdiskusi diantara masyarakat untuk memilih pemimpin. Bukan setakat memilih AJK masjid, bukan setakat memilih Nazir masjid, tetapi wajib menjadi tempat mencetuskan idea untuk memilih pemimpin negara, memilih wakil Parlimen, memilih wakil DUN dan memilih pemimpin umat Islam seluruh dunia.

Masjid bukan hanya tempat bersolat 5 waktu, tetapi masjid adalah sebuah markas politik umat Islam untuk memilih kepimpinan. Masjid perlu dibebaskan daripada belenggu pemikiran sekularisme. Masjid perlu menjadi medan mewujudkan kembali negara daulah Islam. Masjid perlu wajib menjadi tempat dakwah untuk menyedarkan umat Islam agar mewujudkan kembali Khalifah Islam yang musnah pada 1924 yang lalu. Masjid wajib kembali menjadi masjid!

Sesiapa mengamalkan Agama suku, politik suku, ianya adalah haram, sesat, kufur lagi menjatuhkan akidah. (suku = asing, bahasa Terengganu)

CERITA-CERITA 1 MAZWANDI.

Ish,.... dah lama tidak berblog. Bukannya tidak mahu blogging, cumanya, broadband hamba kena block. 3 bulan tidak bayar. Duit tak kecapaian. Terpaksalah pinjam adiknya jika pulang ke Bukit Damansara.

Semalam dapat gaji. Alhamdulillah, dapat lebihan RM115.00. 2 tahun punya bayaran laptop, bayaran bulanan pinjaman dengan tempat hamba kerja. Maksudnya, laptop yang hamba sedang taip ini, sudah tiada berhutang dengan syarikat hamba bekerjalah. Maka, semalam juga, hamba sudah settlekan hutang broadband hamba. Bolehlah hamba blogging dengan senang hati.




Banyak cerita hendak cerita;



Banyak cerita hamba hendak sebut hari ini. Salah satunya cerita berkenaan dengan Malaysia menang emas acara bolasepak. Ok le tu gamaknya Malaysia menang 1-0 dengan Vietnam. Asyik kalah je sebelum ini dengan negara komunis tu. Syukur. Tetapi, yang dasyatnya, 1 emas bola punya pasal, habis emas-emas yang lain seperti menjadi second class emas. Dasyat penangan bolasepak ni. Kepala segala sukan agaknya.




Politik punya cerita;


Jika Malaysia menang dengan angka 1-0, maka PR pula dekat lagi hendak menang dengan angka 63-66. Kalah 3 majoriti untuk tidak meluluskan bajet 2010. Perkara kalah tipis ini tidak menjadi hal, yang menjadi hal ini, habis 5 MP PAS kena kritik tahap maksimum. Yang malangnya, 5 MP itu semuanya kerja rajin-rajin belaka. Sebab tiada dalam dewan semasa mengundi sahaja, habis kerja2 mereka untuk rakyat dilupakan. Memang zalim rakyat Malaysia.



Ahli Parlimen ni seperti tukang buat bekamlah. Yang membekam dia, yang dapat nama, proses bekam tu. Bukannya 'doktor' bekam yang dipuji, tapi kayu bekam tu yang dipuji, pelik-pelik rakyat Malaysia.......

Merajuk;

Semalam, isteri hamba merajuk. Hamba tersilap cakap. Kesian dia. Dia ada sebut tentang kemerajukannya. Tetapi, hamba buat-buat marah pada dia, 'Takkan benda kecil tu pun nak merajuk?', kata hamba dengan nada yang agak kuat. Senyap dia. Kesian. Apa punya suamilah hamba ni. Selepas ini, hamba hendak mohon maaf kepada dia. Bukan senang sisuami hendak mohon maaf kepada isteri. Ego suami besar wei......

Anak;

Hamba akan sediakan 2 gambar anak hamba. Dan insyaAllah, bulan 7 2010 nanti, hamba akan ada yang nombor 3. Alhamdulillah.......

Anak hamba yang sulong ini suka gelak-gelak, suka pukul-pukul orang, suka buli adik dia dan suka makan nasi serta suka main gelongsor.

Iman, nombor dua dengan atok dia (ayah hamba). Seorang budak yang lembut, suara lembut, tingkah laku lembut, namun kepalanya keras seperti besi keluli, suka menangis, suka pukul ummi dan ayah dia, suka yang amat makan nasi, suka main dan suka buat kerja lasak-lasak didalam situasi pergerakan yang masih nampak kelembutannya.

Jumaat, Disember 11, 2009

KOMUNIS SAMA SESAT DENGAN SEKULARIS, KAPITALIS DAN NASIONALIS.

Hamba ada mendengar dari berita, bahawa kerajaan Malaysia sekarang tidak akan memaafkan Chin Peng dan Parti Komunis Malaya akibat dari perbuatan beliau dan PKM itu yang telah membunuh orang awam dan askar Malaysia selama lebih 40 tahun.

Walaupun dalam Islam, memaafkan seseorang itu adalah satu pahala yang besar, tetapi takpelah, kerajaan Malaysia berhak tidak memaafkan PKM dan Chin Peng kerana perbuatan mereka yang lalu-lalu.

Hamba sekarang menetap di Rasa, kawasan Hulu Selangor, berdekatan dengan Kuala Kubu Bharu dan Fraser Hill. Tempat ini dahulunya adalah tempat kawasan hitam semasa darurat dahulu. Hitamnya kawasan ini adalah sehingga tahun 1989, tahun dimana PKM dan Kerajaan Malaysia berdamai. Bukannya PKM menyerah kalah, cumanya berdamai dengan Malaysia dan menyerahkan segala senjata dan membubarkan PKM di Malaysia (bab bubar ni, hamba tak pasti). Dan ianya semuanya bersyarat.

Syaratnya, semua ahli PKM dibenarkan keluar dari hutan kembali ke tempat tinggal masing-masing dan kerajaan Malaysia memberikan sebidang tanah kepada askar komunis ini. Dari kepala komunis Malaya, sehingga ke askar pangkat paling kecil.

Maksudnya, di kawasan hamba ini, di kampung cina Rasa, ada bekas-bekas komunis menjadi orang biasa tinggal seperti orang biasa.

Ok le tu gamaknya? Mungkin mereka sudah bertaubat.

Tetapi, yang peliknya, mengapa Chin Peng tidak dibenarkan menjejakkan kakinya di Malaysia ini? Mengapa Malaysia tidak menepati perjanjian yang telah dibuat diantara kita dengan komunis ini? Memang mereka komunis, jahat, takpercaya tuhan, tetapi adakah Malaysia juga hendak berperangai seperti komunis dengan tidak menepati perjanjian yang telah dimeterai sewaktu kita sibuk dengan sukan SEA di K.L dahulu?

Oh ye, .... hamba terlupa,.... Kerajaan Malaysia pimpinan BN memang jenis tidak menepati perjanjian walau straight forward macam mana pun perjanjian itu. Terengganu dan Kelantan sudah terbiasa dengan itu. Dahulu, Terengganu dimangsakan dengan wang royalti minyak dari Petronas, sekarang Kelantan pun sama juga dengan Terengganu.

Maksudnya apa disini. Maksudnya, sebenarnya, kerajaan Malaysia ini sekarang adalah sebuah kerajaan bukan Islam. Ianya adalah sebuah kerajaan Kapitalis nasionalis Melayu Cina India. Sebuah Kerajaan sekular yang memisahkan Islam dengan pentadbiran kerajaan.

Dalam Islam, sesatnya komunis, adalah sama sahaja dengan sesatnya kapitalis, nasionalis dan sekularis. Jadi mengapa umat Melayu hanya sibuk dengan komunis? Mana sensitifnya kamu dengan kapitalis, nasionalis dan sekularis? Atau adakah melayu ini hanya melayu, bukannya Islam?

Sabtu, Disember 05, 2009

GAMBAR2 RAYA HAJI DI BATU ENAM.

Raya haji lepas, hamba ada beraya di Batu Enam, Trengganu. Hamba tidak korban tahun ini, begitu juga isteri. Kewangan tidak berapa mengizinkan. Maklumlah, baru renovate rumah, banyak guna duit.

Namun, hamba tidak terlepas juga buat kerja korban ini. Raya dua berjaya menumbangkan 2 ekor lembu.

Raya pertama, seperti biasa, pagi itu, jam 8.00 pagi, hamba ke masjid untuk solat sunat raya. Sebelum itu, subuh, hamba solat jemaah subuh. Subuh wajib, solat adha sunat, kena ingat tu.

Isteri hamba tidak pergi, tinggal rumah jaga 2 anak hamba yang comel tu. Lagipun, isteri hamba mabuk-mabuk.

Hamba pakai baju melayu merah dan kain pelekat merah. Berketayap putih. Raya di Batu Enam seronok sedikit, sebab tidak perlu pakai baju melayu lengkap dengan samping. Rimas weiii.....

Sebelum pergi ke masjid at-Taqwa, sempat jugalah hamba mengambil kamera di letak dalam kocek baju melayu. Tidak pernah lagi seumur hidup hamba pergi ke masjid sambil membawa kamera. Dan kesimpulannya, hamba tidak menyesal langsung membawanya, kerana apa? Kerana gambar yang diambil, membuatkan raya haji 1430 ini dapat dikenang dengan lebih lama sebab ada gambar yang boleh dibuat ingat.

Jalan menuju ke masjid, atau lorong menuju ke masjid Batu Enam dari rumah toktua hamba. Sebelah kiri tu, rumah ayah De, adik toktua hamba. Depan belah kanan tu, Pasti.

Mimbar masjid at-Taqwa, Batu Enam. Snap yang dibuat dalam keadaan was-was. Sebab tiada manusia pada ketika itu yang sibuk mengambil gambar semasa khatib memberi khutbah aidiladha.

Makmun sedang khusyuk mendengar khutbah raya, masjid at-Taqwa, Batu Enam.

Penuh. Makmum yang datang bersolat hari raya di masjid at-Taqwa ini, yang dulunya dipanggil masjid Ustaz Awang.


Cara binaan mimbar masjid at-Taqwa, Batu Enam ini adalah seakan serupa dengan cara binaan di masjid Rusila, masjid ayah Chik.


Masjid at-Taqwa ini ada 2 tingkat dan setingkat lagi diatasnya adalah pejabat, menjadikan ianya 3 tingkat. Gambar menunjukkan orang ramai yang keluar dari masjid untuk balik ke rumah masing-masing untuk kerja rebang pula.

Pemandangan dari belakang masjid. Kelihatan orang ramai keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Aidiladha 1430, jam 9.15 pagi.


Menuju rumah tok tua, lorong pulang ke rumah dari masjid.

Inilah dia rumah toktua hamba. Belah kiri tu kereta Oddyssey hamba.


Khamis, Disember 03, 2009

CERAMAH PERDANA IR. NIZAR.


Jangan lupa datang. Jangan tak datang ya........