Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Oktober 27, 2009

UNTUNG BELI RUMAH CORNER LOT.




Mengapa buah strawberi boleh tumbuh di cameron highland tetapi tidak boleh tumbuh di tepi rumah hamba? Mengapa? Adakah kerana tepi rumah hamba tanahnya tidak subur seperti cameron atau adakah ada kena mengena dengan cuaca di tepi rumah hamba adalah terlalu tidak sejuk sedingin cuaca cameron?

Mengapa hamba membandingkan tanah cemeron highland dengan tanah di tepi rumah hamba? Mengapa tidak dibandingkan di tanah belakang dapur rumah hamba atau tanah di depan rumah hamba? Jawapannya senang, belakang dapur rumah hamba tiada tanah dan di depan rumah hamba tiada tanah cuma ada tiles untuk dilapik tayar kereta hendak parking.

Rumah hamba adalah rumah 'corner lot'. Ya, hamba bukan bangsa cina tetapi rumah hamba adalah rumah 'corner lot'.

Bukan hendak kata hamba ini kaya, tidak.... hamba cuma ada banyak duit sahaja untuk membeli rumah 'corner lot'. Rumah 'corner lot' yang dibeli dengan harga lelong kerana rumah itu dilelong oleh bank dan dibeli oleh hamba semasa lelongan itu berlaku.

Rumah corner lot itu juga sudah diperbesarkan rumahnya oleh hamba, ditambah satu bilik, dibesar satu bilik, ditambah bilik ruang tamu, ditambah satu bilik air dan dibesar dapur sebesar yang mampu melihat kepada keluasan tanah.


Namun, alhamdulillah, setelah dibesarkan rumah itu, namun terdapat luas lagi tanah di tepi rumah hamba.

Pemikiran yang difikir pada akal waras hamba adalah hendak menjadikan tanah yang masih kekal ada itu menjadi taman penumbuhan rumput untuk dinikmati keindahan hijaunya.

Oleh itu, sekarang hamba sudah ada rumah yang mempunyai 2 ruang tamu, satu untuk lelaki dan satu untuk muslimat, 4 bilik tidur dimana salah satu daripadanya dijadikan stor yang besar. 3 bilik air 2 daripadanya didalam bilik, satu ruang makan dimana terletaknya TV 14" yang besar ada bersamanya dan sebuah dapur yang agak selesa untuk dijadikan tempat memasak jika ada kenduri-kendara di rumah.

Jadi, apakah permasalahannya dengan rumah hamba sehingga hendak dimasukkan didalam blog hamba yang macam bagus ini? Jawapannya ialah setiap lelaki mestilah berani untuk membeli rumah 'corner lot' yang besar tanahnya agar tanah itu akan menjadi hak milik kekal kita sehingga anak cucu.


Jangan beli kondo yang didalamnya tiada tanah dan disebabkan tiada tanah, tak bolehlah hendak buat renovation rumah.

Jadi, oleh itu, undilah PAS agar Tok Guru Abdul Hadi boleh menjadi perdana menteri Malaysia. Takbir!!!!!

Ahad, Oktober 25, 2009

2 TOK GURU GADOH, YE KE?

Mungkin darah daging hamba sudah terlalu sebati dengan politik, hamba terpaksa juga menulis tentang politik, khususnya politik jemaah PAS. Terpaksa selitkan selit cerita ini dalam blog hamba. Jika orang hendak kata hamba tidak ikut kata hamba yang sudah serik dengan politik disiarkan dalam artikel blog hamba, maka jawapannya ya, hamba ingkar kerana cerita yang dihidangkan didalam cerita politik sekarang sangat 'lumayan' untuk ditolak.

Pendek sahaja hamba hendak kabor dan hanya satu sahaja perkara hamba hendak kabor. PAS bijak berpoltik. Amat bijak. Cerita seperti tok guru Nik Aziz berlawan dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang, amat mengasyikkan. Penasihat bergaduh dengan Presiden. Menarik itu.

Tetapi percayalah, cerita dalam cerita ini hanyalah satu perangkap kepada ahli-ahli PAS yang bernombor untuk didedahkan kerja jemaah mereka berniatkan kerana Allah dan Islam atau sahaja mahu dan gilakan kuasa memerintah.

Ya, ianya adalah satu perangkap yang amat licik oleh dua tok guru itu. Mungkin blogger yang terlebih-lebih pandai tidak dapat membacanya kerana mereka kan terlebih pandai, orang lain semuanya tidak pandai.

Kita tunggu dan lihat siapa yang kena,..........................

Jumaat, Oktober 23, 2009

CERITA CAMERON LAGI. TENANG ......

Semalam, hamba selit cerita berkenaan peguam. Ada kena mengena dengan politik sikit. Dulu kata tak mahu lagi cerita politik. Tetapi, kena selit sikit. Jika sesiapa baca tidak faham apa kena dengan politik artikel semalam, tak perlu tahulah, tetapi sesiapa ternampak, eloklah gitu. Jangan buat jahat dengan ayah chik.

Sudahlah. Tak perlulah lagi cerita berkenaan lawyer tu. Baik kita cerita berkenaan dengan Cameron. Bawah ni ada le gambar-gambar sikit2 di lokasi Cameron.



Saujana mata memandang. Zaman dahulu, semasa british belum datang, tempat ini adalah belantara yang memang tidak akan disentuh oleh orang Melayu, tempat jin bertendang. Selepas datang mamat-minah yang suka minum teh, maka di tebang seluas-luas pokok-pokok, ditanam teh diatas gunung setinggi 2000 kaki dari aras laut. Canteeeek pemandangan.......




Ni umi dengan anak-anak dara dia. Comel-comel dema ni, macam ayah dia.



Muslimat cute. Bukan yang hendak naik kerusi tu, dia tu memang semua orang tahu cute, tapi yang seorang lagi tu, yang digelar umi oleh anak-anak hamba. Macam tokoh pemimpin Nisa' juga ada juga ye. Namun beliau adalah seorang guru sekolah menengah yang amat dedikasi.


Teko itu bukan hamba punya. Teh tak habis tu bukan hamba yang minum. Botol air mineral tu bukan hamba yang beli.......



Pekan Tanah Rata waktu pagi hari. Sejuk ketor.

Selepas kenyang makan di hotel setelah letih membawa kereta, sekitar jam 6ptg, abang hamba mengajak kami semua pergi ke pasar malam cameron di Brinchang. Jauhnya lebih kurang 10km dari hotel kami.

Oh ye, lupa hendak kabor, hotel yang kami duduki di Cameron adalah Hotel Herritage. 3 bilik semuanya kami booking. Satu bilik ibu ayah, satu bilik along dan kaklong dan satu bilik untuk hamba,....... (bersambung)

Khamis, Oktober 22, 2009

ARTIKEL PEDAS NI, PEGUAM JANGAN MARAH YE.

KHAS UNTUK BIRAS HAMBA.

Hamba seorang jurutera. Maka jika hamba hendak menilai kerja seorang peguam, maka nilaian hamba itu akan dianggap nilaian perspektif dari orang luar, kerana bukan kerja hamba menjadi seorang peguam.

Perspektif hamba terhadap peguam adalah mereka-mereka ini kebanyakannya kaki penipu yang hanya pandai berkata-kata dan kerjanya bukan hendakkan keadilan, tetapi hanya inginkan glamour jika menang kes dan duit dari 'client'.

Bolehke hamba berkata begitu. Jika ada peguam yang melenting, peduli apa hamba kerana ini perspektif orang luar terhadap kerjaya peguam.

Agaknya, apa akan jadi kepada kehidupan manusia jika melihat perspektif manusia melalui orang luar diterima sebagai cara penambah baik kehidupan? Hancur manusia.

Melihat perspektif manusia terhadap kita melalui orang luar. Bahaya atau tidak jika kita menilai diri seseorang, iaitu kawan kita, melalui perspektif orang luar berdasarkan juga daripada insan yang luar dari kawan kita yang hendak dinilai itu, melalui kata-kata yang lebih condong kepada fitnah dan anggapan tanpa bukti.

Bahaya itu. Jika kehidupan kita menilai seseorang berdasarkan perspektif orang luar semata-mata, dan perspektif orang itu pula datang dari nilaian manusia yang menilai seseorang itu berdasarkan kebohongan, maka hancur leburlah anggapan manusia terhadap seseorang itu.

Jika seseorang itu baik, tawaduk, dan istiqomah didalam ibadah, namun orang luar, yang tidak mengenali orang itu, menilai orang itu berdasarkan kepada cakap-cakap orang yang mengfitnah orang itu jahat, pemaksiat dan lemas dalam dosa, maka adakah berguna perspektif orang dari luar itu?

Kerja tidak siuman. Itulah pendapat peribadi hamba jika ada seorang peguam yang hendak berterima kasih kepada guru kepada peguam kerana guru kepada peguam itu membuat perspektif luar terhadap organisasinya berdasar fakta pembohongan yang nyata lagi bersuluh.

Mungkin peguam tetap peguam? Betul ke?.....

Rabu, Oktober 21, 2009

CAMERON HIGHLAND BOSAN? TIDAKLAH, HAMBA MENYANGGAHNYA.


Hotel yang diduduki oleh kami sekeluarga

Sejuk lagi dingin. Itulah apa yang dapat hamba katakan setelah pergi melancong ke Cameron Highland bersama keluarga tersayang. Seronok dan rasanya hendak pergi lagi. Kerana apa? Kerana sebelum ke sana, hamba telah bertanya kepada mereka-mereka yang telah pergi ke Cameron Highland, dan apa yang mereka kata ialah, bosan.

Bagi hamba ianya tidak bosan. Ianya tidak memboringkan. Tetapi ianya sangat selesa dan tenang. Mungkin kerana sebelum pergi ke sana hamba tersangat tegang kepala akal kerana kerja yang amat memeningkan kepala, dan apabila tiba disana, terutama kawasan Brinchang dan Tanah Rata, suasananya amat nyaman sekali.


Kereta Honda Oddyssey yang marvelous dinaiki kami untuk mendaki gunung Cameron Highlang

Setalah penat menaiki kereta dari rumah di Rasa, menuju ke Cameron melalui jalan Simpang Pulai, bukan Tapah, dari jam 11.30 pagi, tiba di sempadan daerah cameron jam 1.15 ptg, meredah jalan yang dingin sehingga melalui beberapa pekan koboi di daerah cameron yang kelam kabut dengan industri sayurnya, kemudian, apabila sampai ke pekan Brinchang, kawasan asal tempat peranginan Cameron, sekitar jam 2.00 ptg, maka melihat keindahan hutan, suasana dan pembinaan rumah berbentuk British dahulu menggamamkan hamba.

Tenangnya suasana, indahnya pandangan, sejuknya akal yang waras, sudahlah sejuk, suasana nyaman pula tu. Rileksnya minda.

Segala kepala yang 'tension' tentang kerja minggu lepas dan 'tension' membawa kereta yang bengkang bengkok menaiki gunung dari simpang pulai ke cameron, hilang serta merta dengan keindahan di depan mata. Allahuakbar........


Ibu sedang menunggu bilik yang masih belum tersedia ada. Apalah lambat sangat hendak check in ni, dah pukul 3 petang ma.....


Isteri hamba dan anak2 hamba. Juga sedang menunggu bilik seperti ibu dan opah mereka dengan penuh sabar dan bertanggungjawab,.... he, he,....

Setelah menempuh pekan Brinchang, maka hamba menempuh pula pekan Tanah Rata. Waduh. Memang tenang, memang terpesona, memang lega hamba telah putuskan untuk bersama keluarga ke Cameron Highland.

Segala kepeningan hiruk-pikuk kerja telah hamba campakkan ke bawah daratan sana melalui kenyamanan suasana gunung ini yang dikatakan banyak menumbuhkan buah strawberi......... (bersambung)


Makanan yang terhidang didalam hotel eksklusif dari ibu hamba untuk disantap dengan gelojohnya oleh anak2 beliau termasuk suaminya yang hamba panggil ayah kerana kelaparan yang melangkaui batas piawai perut kami anak-beranak.



Sebahagian dari komponen-komponen beg untuk diisi kelengkapan harian selama 2 hari satu malam dikawasan yang sejuk lagi dingin.

Selasa, Oktober 13, 2009

LETIH.

Hamba sudah malas hendak cerita berkenaan politik di dalam blog ini. Letih. Hamba telah delete mana2 cerita politik di muka depan blog ini. Yang lama2, letih hamba hendak mencarinya utk di delete.

Ramai juga insan berblog utk menunjuk2 yang dia buat keje itu, keje ini. Bosan melihatnya. Keje kerana Allah, itu yang penting. Serupa hamba jugalah, melihat artikel yang lelama, nampak seperti hamba ini mahu menunjuk2 bahawa hamba buat keje jemaah. Teruk juga hamba ini.

Maka mulai hari ini, blog ini hamba tidak mahu bercerita tentang kerja jemaah yg hamba buat.