Ianya berkaitan hamba dengan seorang blogger.
Hamba hendak berjupe namun tiada kecapaian untuk berjupe.
Batu Enam dengan Gong Badak. Bukannya jauh mana. Dekat yang amat. Jika hendak dibandingkan dengan Rasa dan Makkah.
Namun disebabkan hamba sakit perut semalam, hari Jumaat. Hamba tidak ke mana2.
Hamba dapat 'komen' dari blogger ini, yg menunggu hamba utk datang ke rumahnya. Siap bagi no hp lagi suruh contact. Namun seribu kali sayang, kredit hamba sudah habis. Hendak keluar beli kredit, takut terkentut tengah jalan. Bahaya, bahaya, jika seseorang sedang sakit perut, perkara yang paling dicurigai adalah ketika mangsa sakit itu hendak kentut. Mungkin akan bersepah ditengah jalan,.... bahaya,.... bahaya.
Namun hari ini hamba sudah sembuh dari sakit. Cuma anak hamba pula demam panas. Pukul 9 pg ini, bercadang ke sekitar Kuala Terengganu mencari klinik untuk rawatan kepada anak hamba. Maksud hari ini adalah hari Sabtu. Hari dimana blogger itu akan kembali ke K.L untuk terus ke Makkah pada hari Isnin ini, mungkin.
Kita merancang, namun Allah yang menentukan. Jika ustaz kembali ke KL agak lewat, bolehlah komen di blog hamba ini, namun no hp hamba, hamba tidak akan dedahkan di blog ini, maklumlah, seorang jurutera part time politician, bahaya..... he, he.....
Walau apapun, kirim salamlah kepada semua keluarga enta wahai ustaz Lotfi terutama anak laki enta yang comel itu,.......
Anak hamba kirim salam pada ibn Lotfi. Dia ni le yang demam.
Nur Jannah dan Nurul Iman, mengucapkan pada ustaz dan keluarga selamat pergi ke Makkah Al-Mukaramah. Semoga sukses dalam bidang dakwah.

(Masa ni anak hamba kecil lagi, yang kedua baru lahir, ni yang sulong)
(Mengelibang Telipot.... betui ke eja ni?)

(Hamba dan abalong. Tengah tido. Tapi, ini gambar tahun lepas, tahun ini, kami adik beradik sudah maintain kurus macho....)

