Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Ogos 29, 2009

TOLONGLAH GELARKAN HAMBA EKSTRIMIS AGAMA.

Jika anda semua ingin katakan hamba sebagai ekstremis agama, tolonglah katakan dengan laungan yang kuat. Tolonglah pekikkan suara anda ke telinga hamba dengan sekuat hatinya kerana hamba cukup senang dengan laungan ekstrimis itu. Itulah yang hamba mahu, jolokan ekstrimis agama kepada hamba adalah satu cita-cita yang menjadi kenyataan kepada hamba.

Intripitasi ekstrimis agama kepada umat Islam sekarang adalah menyatakan sesiapa yang berusaha untuk mewujudkan kembali syariah Islam didalam undang-undang kehidupan bernegara, adalah satu perbuatan ekstrimis. Sesiapa yang mendokong hukuman hudud di dalam sistem undang-undang jenayah, maka beliau akan dianggap ekstrimis agama. Kepada sesiapa yang mendokong mewujudkan satu polisi amal makruf nahi mungkar, maka orang itu akan dianggap sebagai ekstrimis agama.

Tidakkira manusia itu dari akal menyokong ubn atau pr, anggapan ekstrimis agama itu adalah dari jawapan dari perenggan kedua artikel ini. Maka oleh itu, tolonglah gelarkan hamba ekstrimis agama, atau ungkapan yang lagi glamour, puak talibanis, kerana jika intripitasi kepada gelaran ekstrimis dan taliban itu adalah seperti ini, maka sepatutnya semua umat Islam berasa berbangga jika diberi gelaran ekstrimis agama.

Kasihan dan gelihati melihat manusia-manusia yang menggelarkan diri sebagai ahli fikir, tidak mempuyai pemikiran Al-Quran dan Sunnah Nabawiyah di dalam akal intelek mereka. Beranggap akal fikiran mereka, yang diberi oleh Allah SWT adalah lebih bijak dari Allah SWT adalah satu perbuatan yang merugikan dan sia-sia kerana akhir kehidupan, neraka menjadi tempat tinggal mereka. Tidak terfikirkah mereka bahawa kita ini adalah hanya manusia yang kerdil, yang hanya menumpang hidup didunia dari sifat Rahman dari Allah yang Rahim. Jika inilah perangai-perangai manusia, maka rugilah anda, kerana hidup anda hanya sebagai jalan yang pasti kepada kehancuran diri sendiri, kesian,........

Rabu, Ogos 19, 2009

2.8JUTA HECTORLITER SETAHUN ARAK DITEGUK MALAYSIA PADA 2008 SHJ.

Adakah anda tahu, air kencing syaitan telah diminum oleh manusia di Malaysia yang berjenama Carlsberg pada tahun 2008 sahaja adalah sebanyak 1.43 juta hectorliter (HL). 1 HL adalah bersamaan dengan 100 liter. Bermaksud 143 juta liter air kencing syaitan telah diteguk oleh manusia di Malaysia. Ini belum ditambah dengan jenama syarikat Guinness Anchor.

Jika 50% pasaran arak di Malaysia telah dipegang oleh Carlsberg, bermaksud kira-kiranya 280 juta liter arak telah diteguk oleh manusia Malaysia pada tahun 2008 sahaja. Ini belum lagi dikira dengan samsu murah yang dibuat oleh manusia-manusia yang kapitalis dijual kepada orang-orang miskin yang ketagih air kencing syaitan.

Cuba anda letakkan satu botol air mineral 500ml didepan anda. Kemudian bayangkan sebanyak 560,000,000 botol air mineral itu telah dijual kepada seluruh penduduk di Malaysia, yang kesmuanya berisikan arak, maka tidakkah anda semua berasa pelik bin ajaib jika ada parti politik yang memerintah bernafsu sangat untuk mengekalkan industri arak terus beroperasi di bumi Malaysia.

(Umat Islam, atau umat manusia seluruhnya sepatutnya mencontohi kawan-kawan Unit Amal ini, makan nasi sambil minum air mineral HPA, halal lagi toiyibah)

Mana tidaknya, 1 liter air arak, kerajaan Malaysia mencukaikan sebanyak RM7.40. Jika digandakan sebanyak 280,000,000, maka pendapatan cukai setahun melalui cukai 'dosa' (sin tax) melalui arak adalah RM2.07 bilion. Banyak juga duit haram yang diperolehi oleh kerajaan untuk digajikan kepada kakitangan kerajaan. Belum judi lagi, belum duit riba lagi.

Mungkin kerana itulah, BN umno sehingga saat ini masih mengekalkan industri arak berjalan lancar di bumi Malaysia ini kerana pulangan yang amat mengkayakan poket duit kerajaan. Mungkin juga disebab itu, parti DAP semacam suka sangat industri arak ini tidak diganggu oleh parti politik berlandaskan Islam yakni PAS. Mungkin juga disebabkan ini, pemegang kuasa MB di Selangor, parti PKR, seperti takut-takut malu-malu ayam dengan isu arak di Selangor.

Hamba tidak menyokong BN umno kerana salah satu isunya adalah kerana isu arak. Namun, hamba akan menanggung dosa sekiranya DAP dan PKR juga telah ikut sama terkena penyakit parti BN umno ini. Kerana apa, kerana semenjak hamba mengundi, hamba tidak pernah memangkah BN umno, tetapi hamba hanya memangkah roket dan simbol mata dari tahun 1999 hingga tahun 2008.

Hamba tidak akan memangkah sesiapapun kecuali bulan mengembang sekiranya inilah dia perangai kawan PAS dalam PR, yang sayangkan sangat kepada industri arak. Tidak ada langsung orang yang waras mengatakan arak itu adalah baik untuk tubuh manusia. Hanya mereka yang mabuk ketagih air syaitan sahaja yang masih tergila-gilakan air arak ini untuk mendapatkan keuntungan dari industri yang nyata haram yang teramat-amat berat.

Khamis, Ogos 13, 2009

ARAK : DAP SUDAH DIIKAT KUMPULAN INDUSTRI ARAK.

Kiamat telah terlampau dekat dengan kita. Akhir zaman adalah saat yang sedang dilalui oleh kita ketika ini. Ayat 'ketika akhir zaman nanti' tidak lagi boleh digunakan oleh penceramah-penceramah agama, kerana sekarang dan ketika inilah saat yang dilalui didalam kehidupan seharian umat manusia, adalah masa-masa baki akhir zaman menuju kemusnahan total kiamat.

Salah satu tanda kiamat terlalu hampir dengan kita adalah amaran Rasulullah SAW, iaitu salah satunya tanda dekatnya hari kiamat nanti adalah minuman kamar (arak) akan menjadi minuman harian manusia dan menjadi satu jenis minuman yang ternama.

Tidak ada didalam dunia ini, agama-agama yang dicipta manusia atau agama dari langit, menggalakkan pengikutnya meminum arak. Agama Budha, yang di anuti ramai oleh bangsa Cina di Malaysia juga, menghalang pengikutnya dari meminum arak. Begitu juga agama Kristian, agama yang sedang berkembang kepada bangsa Cina Malaysia yang berpendidikan, juga tidak menggalakkan pengikutnya meminum arak dan yang sebenarnya di dalam kitab Bible sendiri, mengharamkan penganut Kristian dari meminum arak.

Namun, mengapakah kaum Cina di Malaysia ini terlalu sinonim dengan arak? Mengapakah kaum Cina di Malaysia ini adalah satu kaum yang seperti tidak boleh dipisahkan arak daripada kehidupan mereka?

Jawapannya mudah, penjual-penjual dan tokey-tokey arak adalah majoritinya adalah dari kaum Cina. Soal minum arak dan penjualan arak sebenarnya semuanya terjurus kearah soal-soal ekonomi tokey-tokey Cina yang menjual arak. Setiap, diulangi, setiap kedai makan Cina di Malaysia ini ada menjual minuman keras di restoran-restoran mereka. Sehinggakan ketahap pihak pengeluar arak, samada dari Achor Beer atau Carlsberg, sanggup menaja papan tanda- papan tanda Restoran makanan Cina di seluruh Malaysia, menjadi promosi iklan sampingan kepada produk arak mereka.

(Jika optimus prime ini boleh hidup, akan hamba gunakan kekuatannya untuk menghancurkan 2 kilang arak besar di Selangor)


Sedar tidak sedar, sebenarnya pengharaman iklan arak di Malaysia sebenarnya longgar kerana iklan papan tanda di restoran bukan Islam dengan senangnya mengiklankan jenama arak di restoran mereka. Iklan-iklan di panggung wayang juga bebas menyiarkan iklan-iklan arak begitu juga dengan surat khabar perdana berbahasa Inggeris seperti The Star. Dan semua iklan-iklan itu bersangkut paut dengan syarikat-syarikat dari kaum Cina.

Mungkin, disebabkan itulah, satu parti politik, yang bernama Democratic Action Party atau ringkasnya DAP, sebuah parti politik yang berteraskan kaum Cina, namun kononnya tidak berpihak kepada dasar kapitalis kerana mereka ini beriktikadkan kepada Sosialis Demokrat, seperti telah terpaksa menjadi sebagai sebuah parti yang kapitalis kerana mungkin hendakkan sokongan undi dari tokey-tokey arak ini yang banyak memegang pengundi-pengundi dari kaum Cina yang datang dari industri restoran makanan Cina dan juga kepada pengundi-pengundi yang meminum arak.

Terus-terang hamba terangkan, DAP telah menjadi seperti UMNO adalah kerana DAP juga telah terikat kepada ikatan-ikatan industri arak ini untuk mendapatkan undi mereka. Dahulunya, UMNO BN telah terikat dengan mereka untuk mengekalkan kuasa, dan sekarang, ikatan industri arak telah beralih talinya kepada DAP.

Perlu diingat, kaum-kaum kapitalis adalah satu kumpulan yang bijak melakukan apa sahaja agar mereka dapat keuntungan. Maka dari sini, dapat dilihat di Selangor, DAP telah diperbodohkan oleh mereka-mereka yang memegang industri arak agar kekal untung berkali-kali ganda dengan memabukkan rakyat dengan air-air racun yang dicipta oleh mereka.

Rabu, Ogos 12, 2009

PERANG BASMI ARAK AKAN DILAKSANAKAN DIDALAM BLOG INI.

Mulai hari ini, hamba akan bertekad di dalam blog ini, hamba akan memerangi arak habis-habisan. Isu arak yang ditimbulkan di negeri Selangor ini telah mencapai kemuncak diantara kekafiran dan keimanan kepada Allah SWT.

Golongan yang digelar kononnya sahabat di dalam politik, telah menimbulkan konflik diantara arak, manusia dan ekonomi. Oleh itu, perang ilmu pengetahuan tentang arak perlu digerakkan.

Terima kasih kepada DAP dan Ronnie Liu kerana sayangnya mereka kepada pengedar-pengedar dan juga peminum-peminum arak ini. Kerana dengan gelagat maksiat kamu, maka perang jihad menghapuskan arak akan dibuat oleh hamba di dalam blog ini. InsyaAllah.

Khamis, Ogos 06, 2009

CERAMAH MAT SABU DI RASA, HULU SELANGOR


DATANG, JANGAN TAK DATANG,......

CERAMAH PERDANA JULUNG-JULUNG KALINYA DIADAKAN DI BUMI RASA SELEPAS 1998, USTAZ ISMAIL KAMUS DI RASA TAMBAHAN DAHULU, AKAN DIADAKAN PULA PADA ISNIN INI, DICERAMAHKAN OLEH TN. HJ MAT SABU.

10 OGOG, 2009, DEWAN JKKK RASA. JAM 9.15MLM.

HARI INI, MALAM INI, SILA HADIR BERAMAI-RAMAI,.....