Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Julai 22, 2009

PEMERINTAHAN ISLAM DI MALAYSIA: KEKALKAH JIKA DAPAT?

Hamba mendapat ijazah dalam kejuruteraan Mekanikal di Institut Teknologi Mara, atau ringkasannya ITM. Tetapi sebelum itu, hamba mengambil Diploma terlebih dahulu sebelum mengambil ijazah muda, juga di ITM. Maknanya, hamba adalah seorang jurutera yang telah dibina oleh sistem pembelajaran di ITM. Diploma, hamba mengambil masa selama 3 tahun untuk habis belajar, manakala untuk ijazah muda, hamba perlu habiskan selama 2 1/2 tahun untuk mendapat segulung ijazah itu.

Perlu juga diberitahu, hamba adalah golongan ketiga di ITM yang dapat melanjutkan pelajaran lepas diploma dengan nama 'Ijazah Sarjana Muda'. Sebelum ini sijil ini dinamakan 'Advance Diploma'.

Kawan-kawan hamba, selalu menggunakan ringkasan ITM itu sebagai Institut Tendang Melayu. Mana tidaknya, ramai kawan-kawan hamba yang mengambil diploma bersama-sama dahulu tidak dapat menghabiskan pembelajaran kerana tidak lulus didalam peperiksaan.

Pemarkahan peperiksaan di ITM semasa hamba belajar dahulu adalah terlalu ketat. Markah-markah lulus mungkin tidak pernah diturunkan oleh mereka untuk membantu siswa-siswi yang tidak kecapaian markah untuk lulusnya. Mungkin ini adalah kerana pihak ITM dahulu begitu menjaga status mereka sebagai institut pengajian tinggi. Mungkin juga, kerana namanya hanya sebagai institut, ITM terlalu menjaga reputasinya untuk menyaingi IPTA-IPTA yang lain yang nama mulanya adalah universiti.

Semasa hamba belajar diploma dahulu, siswa-siswi diwajibkan untuk mengambil bahagian didalam Kem Biro Tata Negara (BTN). BTN adalah tajaan kerajaan Malaysia. Kami perlu menyertai kem itu semasa cuti semester pertama. Namun, pihak ITM ketika itu juga ada menganjurkan kem yang lebih kurang sama dengan BTN sebanyak 2 kali. Kedua-duanya adalah wajib untuk diambil setiap siswa sebagai 'lesen' untuk mendapatkan diploma.

Kem yang dianjurkan oleh ITM itu, yang namanya hamba lupa, adalah satu kem bina semangat kepada para siswa-siswi. Lebih kurang begitulah. Kem yang pertama, ianya tidaklah teruk mana. Kem BTN lebih mencabar dari kem pertama anjuran ITM ini. Tetapi, untuk kem yang kedua, yang dilakukan semasa kami cuti di semester 3, kemnya adalah sangat mencabar.

Latihan-latihan ala tentera telah dibuat, dicampakkan didalam hutan kemudian balik sendiri tengah pagi-pagi buta jam 2 dilakukan. Tidur didalam pondok beratapkan nipah beralaskan batang buluh sahaja. Mandi air telaga. Nasib baiklah makan disediakan penganjur, bukannya buru sendiri lepas itu masak dengan resepi masing-masing. Rintangan laluan didalam hutan, jalan dalam lumpur sedalam dada sejauh 2 tiang pencawang elektrik dan macam-macam lagi. Selepas isya' pula akan diadakanlah ceramah 'motivasi' kepada kami.

Ceramah motivasinya biasalah, ianya hanya semata-mata untuk menaikkan semangat Melayu para siswa-siswi. Namun, didalam banyak ceramah-ceramah itu, apa yang hamba ingat sehingga sekarang adalah satu soalan yang dilemparkan oleh si-motivasi itu. Soalannya berbunyi ;

"Siapakah pemimpin di Malaysia ini yang paling ditakuti Amerika Syarikat?"

Maka ramailah yang memberi jawapan. Ada yang menjawab ;

"Mahathir!"

"Bukan!", jawab si-motivator.

"Anwar Ibrahim!"

"Bukan!", jawab si-motivator lagi.

"Tengku Razaleigh!"

"Pun Bukan!", jawab si-motivator. Selepas nama Razaleigh muncul, tiada lagi jawapan dari para siswa dan siswi. Maka jawablah si motivator itu, yang cara memotivasikan siswa adalah seperti penyokong kuat Anwar Ibrahim. Jawabnya ;

"Pihak Amerika paling takut pemimpin di Malaysia ini adalah Abdul Hadi Awang!". Itulah jawapan ringkas si-motivator itu.

Senyap sunyi seketika dewan kayu didalam tengah-tengah hutan di Segamat apabila nama Ustaz Abdul Hadi Awang disebut. Hamba pun terkejut juga, semasa itu Tok Guru adalah timbalan Presiden PAS dan menjadi anggota parlimen Marang yang kuat berkempen didalam Parlimen untuk meluluskan rang undang-undang murtad.

Ada juga mamat umno yang pro-Anwar itu yang menyebut nama tok guru. Bisik didalam hati hamba. Semasa itu, Anwar adalah masih TPM. Baru menggantikan Tun Ghafar Baba.

Kemudian, baru sebentar tadi hamba terbaca satu artikel didalam TKO yang bertajuk APAKAH ITU NED : WAJIB DIBACA OLEH AHLI PAS (http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1356). Tajuk artikel ini juga telah dikeluarkan akhbar SIASAH keluaran 19-25 Julai 09.

Apabila terbaca artikel itu, maka barulah hamba ternampak apa yang Tok Guru sudah nampak tentang masa depan gerakan Islam PAS ini. Hamba seperti terperasan bahawa adakah PAS akan menjadi pembangkang selepas ia berkuasa? Adakah PAS akan di'tendang' keluar seperti juga dahulu didalam BN, tetapi didalam PR selepas sedekad dua jika ia dapat berkuasa bersama-sama PR.

Adakah DAP akan masih bersama dengan PAS apabila sistem siasah Islam hendak dibentangkan oleh pimpinan PAS semasa PR di dalam kerajaan. Adakah PKR tidak akan bersama dengan PAS jika hudud cuba dilaksanakan, jika Al-Quran dan Sunnah Rasulullah hendak dinaikkan taraf lebih tinggi daripada perlembagaan Malaysia setelah mungkin 10-20 tahun PR memerintah?

Harap ianya tidak! Tidak akan berlaku,..... Harapnya Islam akan menang di bumi Malaysia ini, selama-lamanya.

Isnin, Julai 20, 2009

KEPUTUSAN PRK : DIMANA METAFIZIKNYA?

Realiti kehidupan tanpa agama adalah seumpama seorang anak yang hidup didalam kejayaan semasa dewasanya tanpa mengendahkan ayahnya di kampung. Namun anak itu lupa bahawa ayahnya di kampung adalah kepala CEO kepada syarikat yang anak itu sedang bekerja siang malam untuk mendapatkan hasil gaji dari syarikat kepunyaan ayahnya itu. Namun di dalam syarikat itu, si anak selalu memaki hamun si ayahnya yang berada di kampung dan tidak mengaku ayahnya di kampung adalah ayahnya pun. Maka lama-kelamaan, agaknya apa yang ayahnya di kampung akan lakukan terhadap anaknya yang derhaka itu?

Apabila kita bertutur kata tentang agama, ianya ada banyak kaitan dengan perkara yang berbentuk metafizik, iaitu perkara yang tidak boleh dibuktikan dengan nyata atau fizikal. Contoh terbaik, apakah bukti fizikal yang mengatakan Rasulullah telah di isra'kan dari masjidil Haram ke Masijidil Aqsa? Apakah juga bukti fizikal yang mengatakan Rasulullah telah di mi'rajkan ke SiratulMuntaha berjumpa dengan Allah SWT, berdepan-depan? Sehingga kiamat, bukti fizikal tidak akan ditemui. Yang ditemui hanyalah bukti metafizik, iaitu pertuturan dari mulut Rasulullah SAW sendiri. Untuk meyakininya, itulah dia Iman.


(Tok Guru adalah Presiden, ketua dan kepala kepada jemaah, JANGAN lupa)

Begitu jugalah dengan sesuatu peristiwa yang telah berlaku didalam kehidupan. Kita boleh menyimpulkan peristiwa yang sudah berlaku itu dengan berbagai-bagai kaedah, samada dari kaedah bukti fizikal atau kaedah bukti yang bersifat metafizikal dan juga boleh digabungkan dengan kedua-duanya sekali.

Contoh yang ingin dibawa disini adalah peristiwa sesuatu keputusan pilihanraya. Ianya boleh disimpulkan dengan gaya fizikal dan ianya juga boleh disimpulkan dengan cara metafizikal. Cuba kita ambil keputusan pilihanraya kecil parlimen Pendang. Satu prk yang berjalan serentak dengan prk DUN Anak Bukit dimana ianya berlangsung akibat kematian ahli parlimen dan juga ahli dun itu, iaitu Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.

Apa yang berlaku pada pilihanraya itu adalah DUN Anak Bukit berjaya dikekalkan oleh PAS, manakala Parlimen Pendang pula telah jatuh ke tangan umno BN. Mengapa ianya terjadi begitu? Apakah yang menyebabkan DUN Anak Bukit menang, tetapi Parlimen Pendang kalah? Apakah analisa yang telah dilakukan oleh mereka yang kalah itu.

Yang nyata, dari segi fizikalnya, kekalahan PAS di Parlimen Pendang adalah kerana 2 borang 14 di 2 saluran mengundi telah tidak diterima oleh PAS di tempat pengumpulan kiraan mengundi kerana kelemahan 'Counting agent' untuk mendapatkan borang 14 itu daripada ketua tempat mengundi. 2 saluran yang sepatutnya PAS menang, telah diseleweng fakta oleh pihak 'spr umno bn' dengan membuat borang 14 palsu yang mengatakan umno yang menang di 2 saluran itu. Maka oleh sebab itu, ditempat penjumlahan undi di markas besar PAS bagi prk Pendang menunjukkan PAS menang, tetapi apabila di tempat penjumlahan undi spr, PAS kalah. Ini adalah satu bukti fizikal yang nyata lagi empirikal dan jelas serta berfakta.




(Secara fizikal, lembu ini mati, tetapi secara metafizik, lembu ini adalah kenderaan di padang masyar)


Namun, adakah semasa itu, PAS telah membuat satu analisa yang berbentuk metafizikal? Adakah sesuatu 'task force' telah ditubuhkan khas untuk membuat post mortem tentang kekalahan di Parlimen Pendang itu melalui kacamata Islam? Apa yang hamba nampak, oleh sebab hamba pada ketika itu memang berada di Pendang dan Anak Bukit untuk menjalankan kerja-kerja pilihanraya, sesuatu perkara yang tidak baik telah dilakukan oleh PAS dan juga KeAdilan ketika itu semasa meraih undi.

Semasa itu, Barisan Alternatif sering berkempen untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim kerana difitnah beliau itu peliwat, tetapi terlupa bahawa sebenarnya Barisan Alternatif juga telah melaksanakan kempen yang sama terhadap batang tubuh wanita umno. Ketika itu, isu Azalina itu seorang lesbian telah dinyalakan oleh pihak umno sendiri, namun, kerana hendakkan sangat kemenangan, maka PAS dan KeAdilan juga telah memainkan isu Azalina lesbian di prk Pendang dan Anak Bukit.

Poster"Awasi anak dara anda" dengan muka wajah Azalina terpampang telah disebarkan merata-rata tempat di Anak Bukit dan Pendang untuk meraih undi. Isu memburuk personaliti telah terbawa-bawa oleh Barisan Alternatif ketika itu. Maka, keputusannya, Allah berikan satu kemenangan dan satu kekalahan kepada PAS.

Pada ketika itu, adakah ahli-ahli PAS terperasan apakah yang hendak diberitahu oleh Allah SWT kepada jemaah kita? Adakah ahli PAS telah insaf diatas kesilapan membawa berita umpatan yang melibatkan hukum hudud iaitu menuduh orang berzina dengan kaum sejenisnya? Adakah ahli jemaah telah membuat muhasabah diri ketika itu? Adakah disebabkan isu Azalina lesbian masih dimainkan di PRU 11 menyebabkan Barisan Alternatif kalah teruk adalah sebagai punca metafizik kita kalah pada PRU 11?

Dalam kita sibuk-sibuk dengan gaya hujahan yang hanya melibatkan mata fizikal tentang kemenangan kecil 65 undi di Manek Urai, adakah sesiapa didalam jemaah yang dapat menerima gaya hujahan didalam bentuk metafizik? Adakah analisa gaya metafizik tidak dapat diterima oleh jemaah PAS yang sememangnya hujahan politiknya berpandu kepada metafizik iman dan taqwa, tetapi dengan kemenangan didalam kekalahan di Manek Urai, analisa fizikal lebih diutamakan? Adakah oleh kerana gaya hujahan fizikal lebih nampak moden lagi gah berbanding dengan gaya bahasa metafizik yang hanya berpandu kepada ayat Allah dan sebutan Rasulullah, maka hujah metafizik dianggap remeh. Jika ya, selamat datang kembali ke PRU 11 di PRU 13 nanti wahai PAS.......

TPM YANG ZALIM.


Terkejut beruk. Itulah ungkapan yang paling sesuai apabila hamba mendengar tpm Malaysia menuduh PR mempolitikkan isu kematian Teoh semasa di'reman' oleh sprm. Beliau kata, PR bermain politik tentang kematian Teoh ini kerana hendak menutup isu-isu rasuah yang melanda kerajaan negeri Selangor. Apa sudah hilang akal fikirankah tpm kita ini?


Seorang manusia telah mati semasa di dalam 'tahanan' sprm. Tanggungjawab terhadap tahanan adalah 100% diamanahkan kepada mereka yang menahan. Tiba-tiba orang yang ditahan mati. Bukannya mati sebab sakit jantung, bukannya mati disebabkan demam panas, tetapi mati kerana jatuh dari bangunan. Bagaimana perkara orang yang di'tangkap' boleh jatuh dari bangunan? Bangunan Masalam yang tingkapnya sentiasa ditutup. Pelik sungguh.


Sudahlah tiada langsung mulut tpm itu mengucapkan takziah kepada keluarga simati dan juga memohon maaf bagi pihak kerajaan pusat tentang kematian yang dasyat itu, malah dengan nada sombong, mengatakan kematian Teoh ini hanya sebagai mainan politik PR. Sedih hamba mendengarnya.


Maka, dengan itu, diharap semua rakyat Malaysia dapatlah menilai tpm ini, adakah dia ini seorang manusia atau hanya makhluk zalim yang bertopengkan manusia.


Selasa, Julai 14, 2009

MENANG 65 UNDI: MASA UNTUK MUHASABAH DIRI

Alhamdulillah. Allah telah memberi kemenangan kepada PAS di Manek Urai. Walaupun majoriti 65 undi, namun, walau 1 undi, menang tetap menang. Selama 4 tahun PAS memerintah Kelantan dari 2005 sehingga 2008, dengan hanya 2 undi majoriti. Namun tetap utuh lagi kukuh kerajaan PAS di Kelantan semasa itu.

Kepada Badan perhubungan PAS Kelantan, diharap terdapat sebuah pengajaran kepada PAS Kelantan daripada peristiwa ini. Bukannya apa, cakap-cakap 'over confident' menang majoriti 2,000 undi semasa jam 3 petang sewaktu hari mengundi adalah sesuatu perkara yang tidak elok dilakukan. Jangan 'under estimate' musuh kita, umno bn, kerana umno bn adalah satu pertubuhan politik yang sudah lama hidup dengan berbagai muslihat dan penipuan. Lebih sesak hidup umno bn ini, lebih kuatlah cara mereka hendak menipu pada masa pilihanraya nanti.

PAS Kelantan dan juga semua ahli PAS juga perlulah muhasabah diri, kenapa berlakunya perkara menang dengan hanya 65 undi. PAS perlu membetulkan kembali allignment perjuangan jangan tersimpang jauh dari matlamat perjuangan menegakkan daulah Islam. PAS perlu membetulkan pemikiran agar keutamaan perlulah diberi keutamaan kepada jemaah terlebih dahulu, dari perkara-perkara yang lain.

Contoh yang terbaik, arahan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden PAS untuk turun di Manek Urai adalah satu perlakuan yang amat maksiat di dalam jemaah. Masakan Badan Perhubungan Negeri mempunyai lebih kuasa untuk memberi arahan berbanding dengan Timbalan Presiden? Urutan organisasi telah ternampak bercelaru disini. Jika setakat memberi arahan agar Timbalan Presiden tidak turun pun sudah menunjukkan perlakuan maksiat itu, berbohong dengan mengatakan Timbalan Presiden tidak ke Manek Urai kerana 'malu' adalah lebih teruk perbuatan maksiatnya. Inikah dia disiplin sebuah jemaah Islam.

Dari peristiwa itu telah nampak, PAS negeri telah menunjukkan sikap angkuh dan takabur seperi PAS negeri adalah satu elemen yang berasingan daripada jemaah yang lain. Tolong jangan pisahkan jemaah-jemaah didalam PAS. Tolonglah. Hamba juga merayu, tolonglah jangan menfitnah lagi Timbalan Presiden. Beliau hanya menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan. Semua AJK PAS Pusat tahu, 10 ahli parlimen 'budak hitam' juga tahu, Husam juga tahu, Mat Sabu juga tahu apa yang telah dilakukan oleh Timbalan Presiden dan juga isi kandungan kerajaan perpaduan. Memang tidak ada langsung hendak bersama umno kapitalis neo-sekular itu. Semua mereka tahu apa yang Timbalan Presiden lakukan, mereka semua tahu, tetapi kenapa ada juga fitnah terhadap beliau. Mengarut sungguh!!!!

Bloggers2 juga seperti sudah hilang pertimbangan juga. Dengan maki hamun Presiden, Timbalan Presiden, Timbalan mursyidul am, para-para ulama didalam PAS hanya semata-mata kerana cerita kerajaan perpaduan. Wahai manusia, ini kita cerita kerajaan perpaduan, bukan kerajaan campuran. Sebut kerajaan perpaduan, dicop boneka umno. Maksiat sungguh mulut tu. Cuba istighfar banyak-banyak. Jangan terlalu ego kononnya anda semua bloggers, anda sahaja yang betul.

Setelah selesai PRK Manek Urai ini, hamba mengharapkan sangat tiadanya lagi pilihanraya kecil akan berlaku. Bukannya apa, disebabkan pilihanraya kecil ini, penumpuan kita yang berada di dalam negeri yang diperintah PR ini untuk mengisi dan melaksanakan kerja berkaitan rakyat di daerah masing2 menjadi sedikit terbantut kerana ramai insan-insan yang telah diamanahkan menjadi ketua telah sibuk menjalankan tugas PRK. Kerja-kerja penting didalam pengisian kemenangan telah dikesampingkan. Ini juga menjadi satu masalah kepada jemaah.

Hamba juga dengan merendah diri merayu agar semua ahli jemaah PAS, kembali muhasabah diri masing2, apakah sebenarnya yang telah kita lakukan setelah Allah memberi sedikit kemenangan kepada jemaah PAS. Adakah kita lebih mengutamakan Islam berbanding dengan perkara lain. Adakah kita lebih mengutamakan perkara lain berbanding dengan Islam? Adakah kita lebih mendengar pemimpin kita daripada orang luar? Adakah kita lebih mendengar arahan orang luar daripada pemimpin jemaah kita sendiri?

Muhasabahlah kembali wahai umat Islam, muhasabahlah kembali. Semoga dengan angka 65undi majoriti ini, PAS insyaAllah akan kembali memperbetulkan semangat perjuangannya, yang hamba lihat, telah sedikit terlari MUNGKIN. Ahli jemaah juga perlu diingatkan kembali, kemenangan kita bukanlah disebabkan kita kuat, tetapi kemenangan kita adalah hak mutlak Allah yang telah menolong kita, hambaNya yang memperjuangkan agamaNya. TAKBIR!!

Jumaat, Julai 10, 2009


Majlis Sambutan Sempena Israk Mikraj 1430H
Bersama
Ustaz Taib Azamudden B Md Taib



Orang Ramai DiJemput Hadir Ke Majlis Tersebut Pada Tarikh Seperti Berikut:

Tarikh : 23 Rejab 1430 H (15 Julai 2009 – rabu malam khamis)

Masa : Selepas Solat Maghrib

Tempat : Surau At Taqwa,
Tamu Hill Park, Seksyen 4, Bandar Baru Batang Kali,
44300 Batang Kali Selangor

Semoga Dengan Kehadiran Tuan/Puan Akan Dapat Menyerikan Lagi Majlis Kami

Rabu, Julai 08, 2009

PPSMI DIMANSUHKAN AKHIRNYA.


Selama 6 tahun kerajaan Malaysia pimpinan bn membodohkan umat Melayu, akhirnya, bn mengaku kalah juga untuk mengekalkan proses membodohkan umat Melayu pandai matematik dan sains kerana takutkan kalah dalam pilihanraya.

Baru sebentar tadi, TPM telah membuat pengumuman membatalkan PPSMI. Lebih kurang jam 2.50ptg, pengumuman yang sememangnya ada sangkut paut dengan Manek Urai telah dibuat dan mulai tahun 2012, maka bahasa Melayu akan kembali digunakan untuk mengajar anak murid sekolah rendah dan menengah didalam bahasa Melayu.

Alhamdulillah hamba ucapkan. Akhirnya, akan kembali bersinarlah kelas-kelas yang mengajar Sains dan matematik di sekolah rendah dan menengah. Akan kembali cerialah guru-guru yang insayAllah akan melihat buku rekod sekolah akan kembali lebih banyak dakwat pen biru dari merah. Akan kembali menarik minatlah, umat-umat Melayu untuk belajar matematik dan sains.

Namun, hamba berpendapat, maksudnya, pada pendapat peribadi hamba, akan adalah juga puak-puak umno yang akan menjadi parasit-parasit mendekati tpm kerana ada satu agenda baru yang akan dibuat oleh puak-puak lintah simen ini. Duit-duit dan duitlah projeknya. Buat buku teks baru. Buku teks yang lama didalam bahasa inggeris akan ditukar kembali bertukar ke bahasa melayu. Maka, akan kaya lagilah kroni-kroni.

Itulah ceritanya, walau sesiapa yang menang, maka puak kapitalis tetap akan menyusup mencari ruang untuk mendapatkan duit. Pasal bahasa, peduli apa mereka, asal masyuuuuk,....

Khamis, Julai 02, 2009

DAP PUN CAP AYAM JUGA


Mugholazah punya pasal, dap keluar PR di Kedah. Kan ke cap ayam dap ni hamba nak kabor. Inilah dia perangai puak dap ini, masih menebal sikap chuvanisnya. Masih ada lagi sifat kecinaan di dalam baju mereka. Konon demokrat sosialis, tapi chuvanisnya lebih kuat dari itu.


Bukannya puak dap ini tidak tahu tentang tahap kotornya kilang sembelih babi ini terhadap alam sekitar. Bukannya puak dap ini tidak tahu tahap haramnya kilang ini yang tiada lesen selama 30 tahun. Bukannya puak dap ini tidak tahu MBAS sudah berbincang dengan puak kilang haram ini. Bukannya puak dap tidak tahu kerajaan negeri sudah beri lampu hijau kilang ini untuk pindah ke tempat lain. Tapi, sebab politik kecinaan punya pasal, dap jadi 'stupid to the extreme of monkey'.


Namun, hamba yakin, esok 2-3 hari lepas ni, dap ini akan kembali ke PR dan membuat statement agar k'jaan negeri kedah lebih sensitif dgn isu kaum cina, kononnyanyalah, asal babi sahaja, isu kaum cina, kan ke cap ayam juga dap ni,......