Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Mei 12, 2009

MB PERAK = BISKUT MARRIE

Semalam hamba dan rakan-rakan seperjuangan pergi ke Taman melewar untuk mendengar ceramah MB Perak, YAB Ir Nizar. Hamba, bendahari cawangan dan Naib YDP Kawasan pergi ke sana menaiki kereta kecil hamba selepas solat Maghrib. Cadangannya untuk bersama-sama dengan rakyat Perak meraikan kembalinya Ir Nizar sebagai MB.

Bukan main ramai manusia yang ke sana pergi ke Taman Melewar. Dalam dewan Fadzil Nor penuh, diluar dewan pun penuh dan padat. Dilongkang besar sebelah dewan pun penuh manusia bertenggek melihat ceramah dari belakang skrin besar. Malah, di jalan raya tempat jualan pun penuh sesak orang mendengar ceramah sehingga hendak 'window shopping' pun tidak boleh kerana tidak boleh bergerak. Namun, MB Perak tiada di situ.

(Perjalanan politik Perak yang tidak tahu pangkal hujungnya)


Walaupun MB Perak tiada, seronok sungguh semalam, sudah lama rasanya tidak melihat manusia sebegitu ramai datang ke markas tarbiah Taman Melewar. Namun, keseronokan hari semalam tidaklah panjang usianya. Buahnya ranum masak sungguh awal iaitu hanya sekitar 13 jam. Tidak pernah didalam pengalaman hidup hamba melihat mahkamah Malaysia begitu efisien membuat prosiding mahkamah rayuan tidak sampai 12 jam selepas memohon, dasyatnya! Siap keputusan pun boleh keluar untuk menangguh keputusan mahkamah Tinggi semalam kurang 2 jam. Terrornya!

Apa punya akal punya kes cap ayam ni MB Perak boleh tukar-tukar macam biskut marrie ni? Ketua Bilik darjah sekolah rendah pun mempunyai cara yang lebih demokratik melantik dan melucutkan jawatan ketua darjah. Namun di Perak, sungguh memalukan. Malu sungguh hamba melihat kelibat melayu parti rasuah yang perangainya sungguh lembu. Perangai yang tidak sudah-sudah gila tamakkan kuasa sehingga menjadi manusia yang tidak ada maruah diri. Malu sungguh hamba dengan Cina-cina di Malaysia melihatkan perangai melayu parti rasuah ini yang hilang pertimbangan akhlak. Malu sungguh!

Sudahlah! Hamba sudah naik muak hendak bercerita tentang senario politik di negeri Perak ini. Lebih baik hamba balik rumah bermain-main dengan anak-anak hamba yang comel-comel itu. Lagi bagus,......

Isnin, Mei 11, 2009

MENTERI BESAR PERAK = Ir NIZAR

Allahhuakbar! Alhamdulillah! Bersyukur ke hadrat Allah, keputusan yang sungguh tidak disangka-sangka. Ir Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Fuiyoo,.... siapakah gerangannya Datuk Abd Aziz Abd Rahim ini? Beliau membuat keputusan yang begitu berani mengkesampingkan kehendak kerajaan yang memerintah pusat. Pujian yang tinggi hamba hendak berikan kepada hakim yang membuat keputusan itu. Tabik 1000 kali.

Nampak gayanya, Ir Nizar bolehlah menjalankan tugasnya sebagai menteri besar sekarang dengan tiket keputusan dari mahkamah Tinggi itu. Walaupun rayuan dibuat oleh parti rasuah, namun keputusan sebentar tadi tetap keputusan yang sah untuk menyatakan mulai hari ini sehingga kes rayuan dibuat, Ir Nizar adalah Menteri Besar Perak.

Jika hambalah yang menjadi Ir Nizar itu, eh silap, YAB Ir Nizar itu, maka hamba akan cepat-cepat pergi ke Istana Perak untuk mendapat perkenan Sultan agar dibubarkan DUN Perak. Harap-harap, apa yang berlaku di dewan DUN Perak minggu lepas dapat menyedarkan Sultan Perak bahawa umno ini sebenarnya parti rasuah yang merosakkan orang melayu.

Hamba juga cukup mengharapkan, YAB Ir Nizar pada keesokannya, YAB Ir Nizar akan ke pejabat Menteri Besar, masuk ke pejabat beliau, kemudian bersalam-salam dengan semua kakitangan disana terutama SUK negeri, dan kemudian membuat tazkirah kepada mereka-mereka yang pro parti rasuah. Biar mereka itu akan bertaubat melihat tingginya akhlak YAB Ir Nizar itu. Hamba harap-harapkan sangat,.....

Jumaat, Mei 08, 2009

MELAYU DAH JADI MACAM LEMBU.

Gila. Itu yang terkeluar dari mulut hamba melihat perangai parti rasuah di dalam dewan undangan negeri perak. Gila bangang!

Hamba pun sudah tidak tahulah, ada juga perangai orang melayu cap ayam yang berperangai macam lembu jika gilakan kuasa. Bukan setakat melayu cap ayam sahaja macam lembu, india dan cina yang berdekatan dengannya pun akan terima sama sindrom perangai macam lembu. Seperti penyakit selesema babi, boleh berjangkit melalui udara.

Mengapa ada orang melayu berperangai macam tiada akhlak dan rendah moral serta seperti perangai seperti lembu ini, semuanya salah kerana umno laknat. Ya, semuanya salah kerana adanya umno laknat di tanah Melayu ini. Jika tiadanya parti seperti umno ini di Malaysia, maka hamba yakin orang Melayu akan lebih beriman kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Tetapi, disebabkan umno ini yang neo-sekular, semangat kebangsaan, makan rasuah haram, maka beginilah melayunya sekarang. Macam lembu.

melayu sudah menjadi lembu bukan bermula dengan cerita di Perak ini, bukan. melayu sudah menjadi lembu semenjak melayu tidak menerima Islam sebagai wadah bernegara. melayu sudah menjadi lembu semenjak melayu mengatakan hudud dan hukum Islam itu sudah ketinggalan zaman. melayu sudah menjadi lembu semenjak orang melayu berkata laksana hudud tiadanya batu hendak buat bangunan, laksana hudud, nanti ramai yang akan kudung tangan. melayu sudah menjadi lembu semenjak melayu kata politik dan agama tidak boleh disatukan. Semenjak itulah melayu sudah menjadi lembu. Malah lembu lebih mulia dari melayu semenjak itu.

Hamba setakat ini sudah cukup menyampah dengan perangai orang melayu yang hilang Islamnya, hilang budaya Melayunya dan hilang akhlak kesopanannya. Hamba menyampah dengan melayu sebab hamba ini bangsa Melayu. Melaka campur Perak. Anak hamba pula Perak campur Melaka campur Selangor campur Terengganu. Begitu kuatnya kemelayuan yang ada pada hamba ini. Bercampur darah dengan 4 kesultanan. Tetapi, disebabkan umno laknat, habis rosak orang melayu.

Cap ayam sungguh,.......

Isnin, Mei 04, 2009

ULAMA LAH PIMPIN PAS, APAHAL PROFESIONAL PULAK?

Kerja baru sahaja selesai. Ada mesin bertaraf jutaan ringgit perlu dijalankan setelah lama ianya tidur. Bukan tidur kerana rosak, bukan tidur kerana tiada projek untuk mesin itu, tetapi ianya tidur kerana mesin masih belum diserah kepada syarikat kerana masih belum dikomisioning dan belum dibuat latihan penggunaan. Mamat dari UK dan US datang untuk memberi latihan kepada kita disini yang berbangsa Melayu ini.

InsyaAllah, seminggu lagi, siaplah kerja latihan penggunaan mesin itu. Ada banyak ilmu yang telah diberikan kepada mamat UK dan US kepada kita. Dan mamat US dari Illinious atau Chicago itu memang mamat yang baik lagi amat pemurah memberi ilmu kepada kami mamat-mamat melayu biasa-biasa ini. Jika berlaku peperangan, hamba mendoakan agar beliau tidak akan menjadi askar US kerana hamba sudah menganggap beliau sebagai sahabat semasa beliau menjadi guru kami disini. Tidak sanggup hamba untuk membunuhnya. Baik orangnya dan tidak sombong seperti mamat-mamat dari US yang lain.

Jika hendak dibandingkan dengan mamat-mamat dari Jepun, memang mamat dari US ini lebih 2000 kali ganda tidak kedekut ilmu berbanding pengalaman hamba menjadi murid kepada mamat-mamat dari jepun. Kedekut nak mampus mamat dari jepun. Kita tanya A, diberi jawapan A, tetapi jika kita bertanya A kepada mamat dari US ini, jawapannya sentiasa dari A-Z. Cukup hamba berpuas hati sepanjang 7 hari beliau mengajar kami semua mamat-mamat Melayu yang biasa-biasa ini.

Boleh jugalah dikatakan, mamat dari US ini seperti ulama kepada ilmu-ilmu pengendalian mesin bernilai jutaan ringgit ini. Alimnya ilmu mamat US ini kepada mesin ini sehingga beliau boleh dipandang sebagai mursyid kepada mesin itu dan taraf tingginya ilmu sehingga boleh digelar ulama muktabar kepada mesin nilaian jutaan ringgit itu. Apa-apa yang disebutkan oleh beliau tentang mesin itu boleh dijadikan sebagai fatwa yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana individu yang lain kerana sungguh alimnya beliau dengan ilmu mesin itu.

Oleh itu, jika ada sesiapa yang ingin berhujah dengan mamat US ini, orang itu mestilah juga dari kalangan manusia-manusia yang pakar didalam bidang pengendalian mesin jutaan ringgit itu. Jika ada insan-insan yang dari luar hendak berhujah dengan mamat US ini tentang mesin itu mempunyai latar belakang 'tahu-tahu' sahaja akan mesin jutaan ringgit itu, maka tolonglah jangan membuang masa kerana masa yang dibuang atau diluang itu hanya akan menyesatkan mereka-mereka yang hendak belajar cara penggunaa mesin itu. Habis punah mesin itu didalam beberapa bulan penggunaan walau mesin itu berjumlah jutaan ringgit kerana telah dikelirukan oleh insan yang bukan ulama kepada mesin bernilai jutaan ringgit itu.

Habis kerugian yang akan menimpa kepada syarikat kerana telah mengeluarkan modal berjuta-juta ringgit tetapi hanya dapat melihat mesin itu rosak lagi musnah kerana dikendalikan dengan penuh cara tidak betul kerana telah disesatkan oleh insan bukan ulama kepada mesin bernilai jutaan ringgit itu.

Oleh itu, diharap, faham-fahamlah apa yang maksud tersirat didalam cerita diatas. Pihak jemaah PAS janganlah peningkan kepala untuk menilai 2 versi siapa yang patut memimpin jemaah PAS. PAS telah menjalani reformasinya dahulu untuk jemaah ini dipimpin oleh ulama. Kepimpinan kita adalah dibawah ulama. Jika asas itu juga ahli-ahli tidak reti, maka cap ayam jugalah kamu ini kerana tidak faham-faham akan apa itu kepimpinan ulama yang dilaungkan oleh PAS semenjak awal 80-an dahulu.

Hamba seorang jurutera, ada degree bagi ilmu kejuruteraan mekanikal. Tiada terdetik didalam hati hamba hendak melihat PAS ini dipimpin oleh golongan seperti hamba. Biar kami dari golongan bukan dari bidang ilmu agama ini menjadi kuli kepada ustaz-ustaz untuk mengendalikan jemaah.

Biarkan hamba dari golongan 'profesional' (kononnya) menggerakkan jemaah dengan diberi arahan kepada hamba dari para ilmuan agama. Biarkan hamba, seorang jurutera, dibimbing oleh tok guru untuk menjalankan aktiviti jemaah. Biarkan hamba, seorang pemegang ijazah kejuruteraan, merendahkan taraf hamba dari seorang yang berkuasa dipejabat hamba, tetapi apabila bersama jemaah, menjadi hamba atau kuli kepada ustaz-ustaz kampung yang menjadi ketua kami didalam jemaah PAS. Biarkan hamba, seorang bijaksini, dibimbing oleh para bijaksana agar terus utuh istiqomah didalam perjuangan menegakkan Islam.

Memang itu apa yang hamba mahukan, memang itu apa yang hamba mahukan........

Sabtu, Mei 02, 2009

JANGAN BERKURANG AJAR DENGAN ULAMA.

Jam menunjukkan pukul 10.30pg. Hari ini hari Sabtu. Semalam hari Jumaat. Hari menyambut pekerja-pekerja sedunia. Cutilah maksudnya kepada mereka-mereka yang bekerja makan gaji dan tripplelah OT kepada sesiapa yang bekerja semalam hari. Namun, ada juga insan yang bekerja semalam tetapi tiadanya OT, insan itu adalah hamba.

Namun cadangan asal hendak ke Akuaria di KLCC bersama anak sulong hamba hari ini. Anak hamba yang kedua balik ke Batu Enam bersama umminya. Tok tua hamba baru keluar hospital. Sakit. InsyaAllah beransur sembuh. Hamba tidak dapat pergi kerana hamba bekerja Jumaat semalam. Mungkin selepas menulis blog ini, hamba akan mandi untuk ke sana, lihat ikan berenang. Ya, hamba masih belum mandi pagi ini, namun hamba sudah solat subuh. Jangan salah sangka,.....

Lama sungguh hamba tidak berblog di blog hamba yang cap ayam ini. Maklumlah, sibuk yang amat minggu ini. Namun hamba tetap melayari internet untuk melihat berita-berita sensasi yang ditulis diblog-blog base pada politik Malaysia. Hamba teruja melihat komentar-komentar berbagai golongan yang macam rajin sesangat memberi idea-idea yang tah apa-apa entah dengan cerita muktamar PAS nanti.

(Hamba manusia taksub dan taksub hamba hanya pada Islam)

Hamba masih teringat lama dahulu melihat satu blog dimana beliau ini dengan tanpa segan silu menghina tok guru Hadi awang dan Harun Din di dalam blognya. Penghinaannya senang sahaja, letak gambar tok guru dan ustaz Harun Din dalam gambar, kemudian komen dengan kata-kata yang kurang sopan pada gambar itu. Hanya semata-mata tidak mahu bermuzakarah dengan munafik umno. Blog ini dari perak, negeri dimana Allah telah menghancurkan satu kerajaan baru ditukar kembali kepada kerajaan lama yang zalim. Banyak iktibar yang Allah turunkan kepada jemaah PAS di negeri Perak, dan diharap PAS perak terutama mamat husseyn itu nampak apa iktibar yang ingin diturunkan kepada jemaah.

Namun bukan itu yang hamba hendak ceritakan kepada anda semua, hamba cuma mahu mengatakan disini hamba ini seorang jurutera. Dilahirkan dengan pendidikan sekular, dimana ilmu agama dan dunia diasingkan. Islam yang syumul dicari dengan daya usaha sendiri, bukan melalui sistem pendidikan negara. Belajar di dalam suasana kampus yang liar dan bebas. Dan alhamdulillah, Allah telah mendorongkan hati hamba untuk berjinak dengan jemaah dan dapat mencari ketenangan untuk bersama-sama berjihad menegakkan Islam. Hamba ini ilmu agama cetek. Iman rendah. Akhlak tidaklah putih, mungkin kelabu tapi janganlah hitam. Amarahnya bersifat baran. Namun alhamdulillah hatinya lembut besi.

Jadi, hamba hendak memberi kata dua kepada semua manusia, jangan kurang ajar dengan ulama. Jangan sombong dengan ulama. Jangan berlagak dengan ulama. Jangan kata nista kepada ulama. Jangan berlagak bagus lebih dari ulama. Jangan berlakon seperti ulama jika tahu diri anda bukan ulama. Jika tidak, hamba akan isytihar perang dengan kamu semua tidak kira kamu dari jemaah mana-mana sekalipun.

Perlu ingat, askar-askar Islam yang mati syahid majoritinya adalah insan-insan yang 'tidak bernama'. Mereka-mereka yang tidak dikenali. Berapa ratus ribu umat Islam yang syahid untuk memenangkan Islam semasa Salahuddin Al-ayubi membebaskan BaitulMaqoddas. Dan insan-insan yang tidak bernama inilah yang sekarang ini cukup menyampah kepada sesetengah golongan yang 'bernama' seperti ada benda yang tidak baik yang hendak ditujukan kepada para ulama.

Seperti ada satu agenda tidak molek hendak dibuat oleh golongan 'bernama' ini. Menyampah tahap gaban hamba melihatnya. Konon hendak menyelamatkan umat, pirah mabuk!! Biarlah anda-anda sekelian berkata busuknya ayat hamba didalam artikel ini, namun hamba tidak kisah, kerana artikel puak-puak 'bernama' itu lebih busuk lagi jijik dengan ayat-ayat menghasut memperlekeh ulama. Cap ayam sungguh!

Oleh itu jangan bermain api wahai anda-anda sekelian. Jika kamu bermain api, hamba pun akan bermain api walau ulama sendiri tidak akan mengizinkannya,........ (bersambung,....)