Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, April 17, 2009

APA KATA USTAZ IDRIS JADI TIMBALAN PRESIDEN

Ahad ini, ada mesyuarat agong PAS Kawasan ditempat hamba. Mesyuarat kali ini ada pertandingan. Hamba telah menjadi salah seorang perwakilan cawangan untuk ke sana. Ada sepuluh perwakilan setiap cawangan. Maksudnya, hamba boleh mengundi untuk memilih calon-calon yang bertanding jawatan untuk Kawasan nanti.



Jika dalam parti umno sekular rasuah itu, maka hamba rasa, kocek hamba dah kembung dengan wang haram rasuah. Mana tidaknya, semua jawatan dipertandingkan. Dari YDP sehingga bawah. Semua bertanding. Tetapi, kawasan ini, tiada kumpulan erdogan dengan muqobalah yang sering diwar-warkan oleh bloggers2. Semua sama sahaja, iaitu jemaah yang satu, PAS. Tidak hirau hendak berbincang dengan sesiapa pun. Walau dengan musuh utama, jika berbincang itu boleh menguntungkan Islam, kami berbincang.



Apa yang hamba terdengar terutamanya di media blog, maka hamba rasa, satu pertandingan akan berlaku diperingkat pusat untuk jawatan timbalan presiden, iaitu diantara ustaz Nasa dengan Husam. Jika hamba diberi peluang untuk mengundi, hamba tidak akan mengundi kedua-duanya. Sebab apa hamba tidak undi kedua-duanya, kerana hamba tidak berkenan mereka menjadi timbalan presiden.



Paling tinggi pun apa yang mereka layak bagi hamba ialah pangkat ajk pusat. Naib pun tidak. Bagi hamba, jika hendak mengisikan orang muda menjadi timbalan, baik ustaz Idris Ahmad. Ya, ustaz Idris. Seorang manusia yang telah lama itiqomah didalam jemaah PAS dan tidak pernah buat kerja-kerja politiking hentam sana hentam sini. Bukanlah bermaksud ustaz Nasa suka main politik, tidak, ustaz Nasa hanya menjadi mangsa politiking seseorang sehingga membusukkan namanya kepada ahli-ahli akar umbi, sepatutnya, biarlah dia berundur seketika. Sehingga gam pro-umnonya yang sememangnya tidak ujud itu dihapuskan pada dirinya melekat itu terhapus mengikut peredaran masa.



Apapunya kurang siuman hamba hendak mencadangkan ustaz Idris menjadi timbalan. Mesti ramai yang berkata-kata, tidak masuk akal punya manusia hamba ini. Tetapi, peduli apa orang kata, itu memang pendapat hamba. Salahkah hamba hendak memberikan pendapat peribadi hamba agar Ustaz Idris Ahmad menjadi Timbalan Presiden PAS bergandingan dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang. O.k le tu, gandingan tua muda. Hendak kata tua pun, tok guru Hadi bukannya tua sangat pun, sebaya Anwar lagi. Hendak kata muda pada ustaz Idris pun, bukanlah muda sangat, sudah 40 lebih sudah umur.



Mungkin ada yang berkata, mentang-mentang ustaz Idris itu biras hamba, maka hamba pun 'melobi'lah ustaz Idris menjadi sebagai Timbalan Presiden. Oh, tidak, seribu kali tidak, melobi itu memang tidak sama sekali tidak, tetapi disebabkan beliau itu biras hambalah menyebabkan hamba berpendapat beliau layak memimpin jemaah. Kerana apa? Kerana hamba mengenali beliau secara dekat akhlak dan peribadinya. Selama menjadi saudara sebirasnya, hamba dapat mengenali akhlaknya yang tinggi, ilmu dan istiqomah dalam perjuangan yang mantap dan terdapat unsur-unsur lebih mementingkan Islam dari segala-galanya didalam diri ustaz Idris.



Itu dia, jangan lebih-lebih memuji manusia. Namun hamba bukan memuji, tetapi menyatakan pendapat hamba dengan apa yang pada zahirnya dapat hamba melihat terdapat pada beliau. Itu sahaja. Walau apapun, hamba berharap agar jemaah PAS akan kekal dengan pegangan untuk menegakkan daulah Islam. Jangan ikut Turki, jangan ikut Indonesia. Suasana mereka lain dan suasana kita disini lain.

Selasa, April 07, 2009

HAJAT HAMBA TIDAK TERCAPAI.

Pagi tadi, abang hamba dari Bahrain sms kepada hamba berkenaan dengan situasi di Bukit Gantang. Hamba tidak balas sms abang hamba, bukan kerana sengaja, tetapi kerana hamba tidak tahu apa yang berlaku di sana kerana hamba tiada di sana. Sedihnya,......

Semuanya ketentuan Allah. Kita hanya merancang, tetapi hanya Allah sahaja yang menentukan. Inilah dinamakan Kadar dan Qadak Allah. Itulah yang dapat menyejukkan perasaan hamba yang agak berduka ketika ini. Hamba seperti dipaksa untuk tidak ke sana untuk membantu PAS didalam PRK Bukit Gantang.

Pada asalnya, hamba telah bersiap sedia dengan 3 rakan seperjuangan hamba yang lain akan ke Bukit Gantang menaiki kereta hamba pada Jumaat malam Sabtu lepas untuk terus ke Trong Barat rumah Selangor 2 untuk bertugas di UPU Trong Barat. Namun, pada jam 12 tengahari,hari Khamis, satu panggilan telefon telah dipanggil dari ibu hamba supaya bergegas siap sedia untuk ke Salak, Sungai Siput kerana mak saudara hamba baru meninggal. Maka hamba pun bergegaslah pergi ke Sungai Siput bersama-sama dengan ibu dan ayah hamba ke sana. Kami sampai dirumah arwah jam 4:30 petang. Ketika itu arwah sedang disolat jenazah di masjid.

Setelah selesai menanam sekitar jam 6:30 petang, maka ibu hamba menyuruh hamba melawat ke kampung ibu hamba di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Maka hamba pun bawalah ibu dan ayah hamba ke sana. Sempat jugalah kami ke muara sungai Perak untuk makan. Ibu dan ayah hamba hanya makan roti pada tengahari tadi kerana hendak cepat ke Salak.

Semasa sedang makan nasi goreng ayam, tiba-tiba, sepupu hamba belah ayah di Jasin, menelefon hamba memberitahu ayah saudara hamba sedang nazak di Hospital Melaka. Doktor mengatakan kebarangkalian untuk meninggal dunia adalah 90% setelah 2 minggu berada diICU disokong hidup hanya dengan mesin. Allahuakbar.... Ke Jasin pulakah hamba selepas ini. 2 minggu lepas, hamba dan ibu serta ayah hamba telah melawat pak suadara hamba itu di ICU ketika beliau baru mula-mula masuk ke hospital.

Hamba menjadi kelam kabut sedikit pemikiran hamba. Esok hamba telah berjanji untuk pergi ke Bukit Gantang, namun, adakah perlu hamba tidak melawat pak saudara hamba yang memang betul-betul sedang nazak kerana bertugas didalam PRK Bukit Gantang?

Walaubagaimanapun, selepas pening sekejap, azan maghrib berkemundang. Kami bersolat maghrib di masjid berdekatan MCKK. Hamba sudah lupa nama masjid itu. Selepas solat, sekitar jam 8:15 malam kami bertolak kembali ke rumah hamba di Rasa, Hulu Selangor. Ibu dan ayah hamba menumpang tidur dirumah anaknya yang bernombor dua itu untuk satu malam. Tetapi sebelum tidur, hamba telah berincang dengan ayah hamba, adakah akan pergi ke Jasin esok hari, namun ayah hamba kata, kita tidur dulu esok bincang.

Sebelum tidur, hamba memaklumkan kepada ketua cawangan PAS Rasa bahawa esok mungkin delay untuk ke Bukit Gantang. Mungkin hamba akan pergi ke sana pada petang Sabtu berkonvoi bersama-sama dengan Setiausaha Kawasan. Ketua Cawangan bersetuju.

Pada hari jumaat, hamba seperti biasa bekerja, dan ada berita yang sungguh baik, cuti hamba minta untuk 3 hari dari 6 hingga 8 April telah diluluskan oleh bos hamba. Cayalah bos! Maka ketika balik dari kerja, hamba pun sudah bersiap sedialah untuk berkemas untuk ke Bukit Gantang esok hari. Namun, ketika hendak berkemas, hamba baru teringat dengan pak saudara hamba di Jasin, adakah sudah beransur baik atau betul-betul sudah nazak. Maka hamba pun SMS kepada anak sulongnya tentang perkembangan ayahnya.

Jawaban dari anaknya ialah, mereka didalam proses membawa balik pak saudara hamba dari hospital kerana kebarangkalian untuk hidup adalah tipis. Beliau merayu kepada semua ahli keluarga yang berada di K.L untuk balik melihat pak saudara hamba yang sedang memang betul-betul nazak.

Hamba termenung dengan lama, lama sungguh hamba termenung sehingga merisaukan isteri hamba. Hamba seperti hendak menangis ketika itu kerana hamba dalam keadaan sedih yang amat dan kesedihan itu ada 2 sebabnya. Sebab pertama ialah hamba cukup menyayangi pak saudara hamba yang hanya tinggal seorang itu dan keduanya, hamba seperti tidak dapat bersama dengan rakan-rakan untuk berada diBukit Gantang.

Maka hamba SMS kepada ketua cawangan situasi hamba. Apa yang perlu hamba lakukan. Dan hendak tahu apa yang ketua cawangan hamba beritahu kepada hamba, dengan tanda seruan, beliau menyuruh hamba balik ke Jasin untuk melihat pak saudara hamba di Jasin. Dengan nasihat itu, pada ketika itu juga, jam di dinding sekitar 9 malam, hari Jumaat malam Sabtu, hamba menyuruh isteri hamba berkemas untuk ke Jasin. Tetapi sebelum ke Jasin perlu ke K.L dahulu untuk mengambil ibu dan ayah hamba.

Dalam perjalanan ke K.L untuk mengambil ibu dan ayah hamba, sepupu hamba tadi telah menelefon hamba bahawa pak saudara hamba telah kembali menemui Allah. Innalilah wa innailla hirajiun. Ketika itu hamba berada dipersimpangan untuk memasuki tol Jalan Duta. Waduh,.... tidak sempat hamba untuk melihat wajah tenang pak saudara hamba untuk kali terakhir ketika masih hidup. Lewat 2 jam. Ya, lewat 2 jam untuk hamba melihatnya kali terakhir kerana perjalanan dari Rasa ke Jasin adalah lebih kurang 2 jam.

Ayah hamba telah memutuskan untuk ke Jasin esok hari ketika hamba telah sampai ke rumah ayah di K.L. Hamba mengikut arahan dan esoknya, hari Sabtu jam 7:45pg, kami sekeluarga bertolak ke Jasin dan sampai di sana jam 9pg. Dapatlah hamba bacakan Yasiin, menyiapkan kaian kapan, memandikan dan menolong mengkapankan arwah serta seterusnya solat jenazah dan menanam arwah.

Jenazah selesai ditanam sekitar jam 1:40 ptg, sabtu, 4 April 2009.

Setelah selesai urusan jenazah, barulah hamba terasa cukup letih. Kekuatan hamba terasa seperti hanya ditahap 10% kuat. Perasaan untuk ke Bukit Gantang ada, tetapi letih setelah mengurus 2 jenazah di dalam 3 hari di tempat yang berlainan iaitu di Salak, Perak dan kemudian di Jasin, Melaka menewaskan hamba unuk balik pada hari itu juga. Hamba tahu keupayaan badan hamba dan jika hamba memaksa diri untuk balik ke Rasa hari itu juga, hamba risau sesuatu akan berlaku didalam pertengahan perjalanan nanti.

Disebabkan rumah arwah pak saudara hamba penuh sesak dengan manusia, hamba mengambil keputusan untuk tidur dihotel di pantai Keling Melaka. Everly Hotel, itulah nama hotel diambl keputusan untuk kami tidur. Yang seronoknya, adik hamba yang baru bekerja belanja bayar bilik hotel.

Hendak dijadikan cerita, hamba tidak dapat berehat serta-merta di hotel kerana terpaksa mencari kedai baju budak 1 tahun dan 2 tahun sekitar Melaka jam 7 malam kerana beg baju anak-anak semuanya tertinggal di Jasin rumah arwah. Waduh,... letih sungguh hamba. Mujurlah ada kedai Anakku berdekatan dengan hotel itu. Kira-kira 5km. Semasa berada di dalam kedai Anakku, maka isteri hamba baru teringat bahawa anak saudaranya baru melahirkan anak setelah 5 tahun berumah tangga. Anak saudaranya tinggal di Tanjung Bidara. Dekatlah kiranya.

Maka kami mengambil keputusan membeli hadiah untuk baby baru itu dan akan pergi ke rumah beliau esoknya, hari Ahad.

Pagi Ahad, terbangun jam 6.15pg. Terus solat subuh. Kepala masih pening, tetapi agak kurang dari semalam. Rehat sebentar. Jam 7.00pg, ibu dan ayah hamba hendak berjalan-jalan ditepi pantai bersama anak sulong hamba. Jam 9.00pg, setelah ibu dan ayah pulang dari berjalan dipantai,kami turun makan bersarapan percuma di hotel. Habis makan jam 10pg, anak-anak hamba terus ke kolam renang hendak berenang. Hamba pun terpaksalah turun sekali berenang, untuk menjaga keselamatan 2 anak hamba, muslimat yang ligat itu.

Kami check-out dari hotel jam 1tghari. Terus ke Tanjung bidara ke rumah anak saudara isteri untuk melawat baby baru. Kami mengambil keputusan makan tengahhari di tepi pantai kemudian barulah kami ke rumah baby baru. Jam 2.30 kami sampai. Pada jam 4 petang, kami bertolak pulang ke K.L dan sampai ke sana jam 5.30ptg. Hamba dan keluarga tidur semalam di K.L rumah ibu hamba.

Hamba kembali ke Rasa sekitar jam 11:30pg hari Isnin. Ketika itu semua rakan-rakan hamba sudah berada di bukit gantang kecuali seorang yang hamba lupa langsung yang beliau berada di Rasa. Perasaan untuk ke Bukit Gantang ada tetapi jika hamba seorang sahaja yang pergi menaiki odyssey hamba, maka tidak kecapaianlah kewangan hamba untuk bulan ini. Hamba perlu pergi dengan kawan. Lagipun hamba tidak biasa membawa kenderaan jauh-jauh seorang diri. Bajet bulanan telah lari RM400 kerana urusan jenazah tempoh hari. Maka hamba pun buatlah kerja hamba memantau rumah hamba yang sedang direnovate. Dari jam 12tgh hingga 5 petang.

Esoknya, hari Selasa, setelah menjadi jaga dari jam 8.20pg sehingga jam 11pg di rumah hamba yang sedang direnovate kerana mamat-mamat indon yang bekerja renovate rumah hamba itu meminta pertolongan dari tuan rumah, iaitu hamba untuk berada bersama di rumah yang sedang dibuat kerana terdapat satu kereta polis yang telah mengelilingi rumah hamba sebanyak 3 kali. Mereka memang sah hendakkan wang rasuah kerana apabila melihat hamba berada di rumah, terus kereta polis itu pecut meninggalkan lokasi.

Selepas itu barulah hamba teringat seorang kawan hamba yang masih berada di Rasa, yang kerjanya adalah hanya di waktu malam, mungkin beliau teringin untuk ke Bukit Gantang untuk membantu PAS bagi 3 jam terakhir. Jika hamba bertolak jam 11.30 pg, insyaAllah akan tiba di sana jam 2ptg. Ada 3 jam lagi waktu mengundi sebelum tutup jam 5ptg. Hamba telefon beliau, beliau kata ON! Maka hamba pun berkemaslah dengan ubat gastrik hamba, sehelai pagoda, satu seluar dalam, satu vest dan sehelai kain pelekat dimasukkan didalam plastik.


(beg plastik untuk ke Bukit Gantang yang tidak kecapaian)

Namun hendak dijadikan cerita, semasa di dalam perjalanan ke rumah kawan hamba itu, tayar belakang sebelah kiri kereta hamba terasa bergegar yang amat. Hamba keluar melihat manalah tahu mungkin tayar pancit. Bila keluar, dan melihat tayar, takdelah pulak pancit. Hamba bawa lagi. Mula-mula o.k, tetapi jika bawa laju sedikit, kereta bergegar di belakang. Sudah! Apa kehenya pulak ni? Absorber rosak ke? Atau ABS tidak berfungsi ke? Waduh, terpaksalah hamba telefon kawan hamba situasi yang berlaku. Maka kecewalah lagi sekali kami kerana hajat untuk ke sana masih tidak kecapaian.

Maka, pada hari ini, hari Selasa, mulai dari sekarang, jam 12tgh, maka hamba berada di dalam rumah berdepan dengan laptop hamba melayar internet untuk mengikuti perkembangan semasa di Bukit Gantang. Itulah sahaja yang dapat membantu kesedihan hamba hari ini kerana tidak dapat ke Bukit Gantang,....... Eh! hamba juga perlu baiki absorber kereta hamba juga. Waduh! Duit lagi,......