Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Mac 27, 2009

PRU13 AKAN TUKAR KERAJAAN? YAKIN SANGATKAH KITA?

Banyak jugalah yang hamba terbaca di dalam media internet bahawa selepas PRU ke 13, akan karamlah parti rasuah untuk selama-lamanya. Terfikir juga hamba selepas solat isya' jam 4.00pagi tadi, tentang apa yang akan berlaku pada PRU 13 nanti. Terfikirnya hamba sehingga hendak berkongsi pendapat kepada para penjenguk blog hamba yang cap itik ini.

Mungkin juga kekawan terperasan, mengapa pula solat isya' jam 4.00pg. Sebenarnya, semalam, hamba letih sangat, tersangatlah letihnya sehingga selepas solat maghrib terus tertidur. Habis meeting bersama PAS Kawasan pun hamba tidak hadir. Berlambak juga 'miss call' dari S.U Kawasan dan Ketua Cawangan hamba lihat didalam handphone hamba. Takpelah, sekali ini sahaja hamba tidak hadir. Bersebab pula itu. Sebabnya, tertidur. Miss solat pun tidak berdosa, sebab tertidur.

Balik kepada tajuk PRU 13, betulkah nanti agaknya parti rasuah akan hancur lebur ada PRU itu nanti? Adakah PR akan mendapat kemenangan yang cukup besar sehingga boleh mengalih tempat menjadi permerintah negara Malaysia? Yakin sangatkah kita?

Adakah keyakinan itu adalah serupa keyakinan PAS Terengganu semasa PRU11 dahulu yang begitu yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN negeri Terengganu. Dan perlu diketahui, keyakinan untuk menang di Terengganu ada asas-asas kukuhnya. Majoriti rakyat dan penduduk di Terengganu memang cukup berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan negeri selama 4 tahun sebelum PRU11. Suasana berkempen di Terengganu pada PRU11 memang jelas sekali dapat dilihat 'matinya' jentera-jentera pilihanraya puak-puak parti rasuah dalam menjalankan kerja pemilu. Semangat dan mood rakyat Terengganu memang kearah memenangkan kembali PAS memerintah negeri Terengganu.

Tetapi,apabila keputusan PRU11 negeri Terengganu keluar, PAS kalah teruk. Seteruk-teruk kalah sehingga puak rasuah pun terkejut dengan kemenangan ini kecuali deris jusoh. Persoalannya, mengapa PAS kalah? Jawapannya ialah pengundi luar dimasukkan kedalam seluruh UPU negeri di sekitar pelusuk negeri Terengganu.

Tolong jangan memandai-mandai mengatakan PAS Terengganu kalah di PRU11 dahulu adalah kerana pemerintahan PAS yang tidak disukai oleh rakyat. TIDAK! Jawapan yang jelas lagi nyata ialah puak rasuah memang terang-terang main TIPU pada PRU11 dahulu. Penipuan yang cukup licik, cukup teratur, dikendali mengikut undang2 SPR, tidak boleh dicabar di mahkamah. 100,000 pengundi yang tidak duduk di Terengganu, kebanyakan puak rasuah dari Johor, Pahang dan negeri-negeri lain, ditukar alamat tempat mengundi secara borong, dimasukkan ke dalam negeri Terengganu dan masih kekal mengundi di sana pada hari ini kerana telah ditulis didalam buku mengundi SPR. Mereka inilah yang dinamakan PENGUNDI HANTU.

Oleh itu, adakah rakyat begitu yakin bahawa PRU13 nanti, puak rasuah akan mendiamkan diri melihat mereka kalah. Adakah rakyat berfikir puak rasuah akan membiarkan PRU13 itu nanti akan dibiarkan 'bersih'? PRU di Malaysia ini memang sudah tersedia kotor, nanti pada PRU13 nanti, kotor itu akan menjadi lebih kotor sehingga ketahap mugholazah.

Persempadanan semula akan dibuat sekotor-kotornya. Pengundi hantu akan dibawa masuk oleh SPR sendiri ke negeri-negeri diperintah PR. Undang-undang baru SPR akan dibuat supaya penipuan didalam bilik mengundi akan lebih senang berlaku. Ketua Tempat Mengundi (KTM) akan dipastikan lebih 70% adalah daripada puak-puak rasuah. Akhbar alternatif akan diharamkan. Ceramah tidak akan mendapat permit. Anwar akan dipenjarakan semula kerana kes liwat saiful. Pemimpin PR akan diISAkan semasa PRU13 nanti atas isu perkauman dan derhaka kepada sultan (yang sedang dimainkan mulai sekarang oleh puak-puak rasuah). Penyokong tegar PR akan tidak dapat mengundi kerana tiada nama didalma senarai SPR. Siri-siri penipuan akan diolah sebegitu rapi sehingga ketahap PR memerlukan majoriti lebih 60% setiap kawasan untuk memenangkan calon masingmasing. Jika kurang, maka kalahlah kita.

Oleh itu, pada pendapat peribadi hamba, jangan begitu yakin bahawa laluan mudah akan diperolehi oleh kita pada PRU13 nanti. Jalan untuk kemenangan adalah begitu susah dan perit untuk dicapai. Jika inilah yang berlaku dan hamba yakin, inilah yang akan berlaku, maka sepatutnya kita perlulah bekerja lebih kuat dan istiqomah didalam perjuangan, jangan asyik tumpu kepada benda yang lain seperti bergaduh sesama sendiri. Jika asyik menayang pandai masing-masing dan 'bergaduh' sesama sendiri, Perak telah menjadi satu contoh. Sudah hilang kuasa, barulah hendak terngadah akan kesilapan kita semasa kita ada kuasa,......

Khamis, Mac 26, 2009

ALHAMDULILLAH, KHAIRY MENANG.

(Proksi Anwar? telah menang ketua pemuda parti rasuah)


Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah memenangkan manusia yang bernama Khairy Jamaludin menjadi ketua pemuda rasuah malam tadi. Hamba berasa sungguh gembira lagi sukacita melihat senario ini. Senario dimana orang yang sangat dibenci oleh pihak pembangkang dan juga didalam fraksi parti rasuah sendiri yang sungguh tidak suka kepadanya, menjadi ketua pemuda parti rasuah.

Hamba cukup mengharapkan selepas ini dan mulai saat ini, maka pecah-belah dan porak perandalah parti rasuah yang mengamalkan semangat assobiyah dan makan ba** ini untuk selama-lamanya. Biarlah parti rasuah ini menjadi kelam-kabut dan hancur dari dalam agar puak-puak yang sungguh benci kepada hukum Islam ini akan lenyap dan musnah dari muka bumi.

Hamba harap sangat, puak mukhriz dan anak toyo akan terus tidak berpuas hati dan ada tindakan susulan agar mereka sama-sama menjatuhkan satu sama lain seterusnya berperang besar sesama mereka hanya semata-mata kerana gilakan kuasa.

Begitu juga dengan wanita, diharap sangat puak-puak rafidah akan melakukan bantahan dan terus berperang sesama sendiri sehingga mereka dapat menghancurkan wanita rasuah ini 'last and for all'. Biarlah wanita rasuah perak akan memboikot PRK Bukit Gantang kerana ketua mereka telah kalah dan dimalukan oleh seorang wanita berketurunan mamak. Biarkan, biarkanlah mereka.

Kepada pejuang-pejuang Islam, berdoalah sentiasa agar pejuang Islam menang dan terus menang didalam perjuangan kita ini. Jangan sesekali menyerah kalah dan berputus asa didalam menjalankan tugas jihad besar ini. InsyaAllah, Allah akan memberikan kemenangan kepada kita jika kita ini layak. Takbir!!

Selasa, Mac 24, 2009

KEMBALI KEPADA ASAL.

Kembali seperti dahulu. Ditekan dan ditekan oleh parti rasuah. Harakah digam 3 bulan, begitu juga berita keadilan. Ceramah Anwar dirempuh ganas oleh fru. Ramai cedera, ramai yang ditangkap. Kebebasan untuk bersuara sudah mula ditutup serapat-rapatnya kepada Pakatan Rakyat. Sudahlah sebelum ini suara PR disekat sekecil-kecil kebebasannya, namun semenjak semalam, kebebasan untuk bersuara kepada PR telah mula disekat total oleh parti rasuah.

Cerita disembur gas pemedih mata dan dibelasah oleh FRU ini bukan berlaku di negeri kuat parti rasuah seperti Johor, tetapi ianya berlaku di Sungai Petani, Kedah, negeri diperintah oleh PR. Ianya berlaku dinegeri dibawah pemerintahan menteri besar Parti Islam SeMalaysia. Inilah dia polis, sungguh kurang ajar lagi biadap terhadap rakyat. Hamba sudah tidak boleh menerima jika mereka mengatakan mereka bertindak 'hanya kerana menurut perintah'. Piirah mabuk! Satu sen pun gaji korang hamba tidak halalkan. Perlu diketahui, hamba adalah pekerja yang tiap-tiap bulan dipotong gaji untuk membayar cukai kepada kerajaan. Oleh itu, gaji korang dibayar oleh hamba tiap-tiap bulan tau! Satu sen habuk hamba tidak halalkan korang menjamahnya.

Tidak berubah-ubah perangai puak-puak rasuah ini. Hamba buat kesimpulan bahawa manusia melayu umno ini telah benak isi hatinya, telah kotor hitam pekat hati nuraninya, telah dikawal setan iblis pemikirannya. Kerana apa? Kerana terlalu banyak makan babi. Ya, terlalu banyak makan babi. Jangan marah hamba, hamba tuduh sebegitu rupa. Cuba baca kembali artikel hamba sebelum ini, apakah maksud 'makan babi' itu. Jika tidak dibaca, hamba hendak memaklumkan bahawa makan babi itu adalah perumpamaan makan rasuah. Serupa-seia-sekata, makan babi = makan rasuah.

Oleh itu, disebabkan sudah penuh dengan unsur-unsur babi didalam tubuh badan melayu umno ini, maka inilah hasilnya. Lahirlah unsur-unsur melayu keparat tidak sedar diri bahawa mereka itu beragama Islam. Mereka itu hanya tahu mereka adalah bangsa melayu. Tetapi lupa langsung bahawa mereka juga adalah beragama Islam. Maka hancur musnahlah ikatan mereka dengan Allah SWT.

Alhamdulillah, maka betullah perjuangan kita berada didalam jemaah Islam PAS ini. Dengan banyaknya rintangan dan halangan, maka betullah, inilah janji Allah kepada pejuang-pejuangNya yang ingin menegakkan agamaNya dimuka bumi. Allah tidak akan beri laluan mudah kepada askar-askarNya untuk mencapai kemenangan, malah Allah akan menguji sehebat-hebat ujian kepada para pejuang-pejuangNya. Takbir!!!!!!

Rabu, Mac 18, 2009

DAH MAKAN BABI, MENGAPA TIDAK KE SPRM?

(AMARAN-Artikel untuk dibaca oleh mereka yang boleh menelan maksud terlindung buku SHIT sahaja)

Waduh, kasarnya tajuk artikel hamba hari ini. Mengapa binatang mugholazah itu yang dimasukkan ke dalam tajuk cerita hari ini? Siapa pula yang makan babi? Mengapa pula jika makan babi perlu di bawa ke perhatian SPRM pula?

Seperti Kadir Jasin berhujah, rasuah perlu dikhinzirkan kepada orang Melayu. Ya, rasuah perlu dibabikan kepada akal fikiran orang Melayu. Kerana apa? Kerana orang Melayu ini jenis jijik sangat dengan binatang yang bernama babi ini. Jijik ini lebih mengatasi dengan jijiknya kepada dosa menghina nabi. Pantang disebut babi, maka melenting puakalah si Melayu itu. Dihidang babi sahaja, maka sepak terajanglah meja makan kerana terasa terhinanya diri.

Tetapi jika tidak solat, takde rasa apa-apa pula. Padahal, dosa tidak solat, lebih bergunung-gunung dosa mengatasi dengan makan babi. Serupa juga dengan rasuah. Makan rasuah, dosanya seia sekatalah dengan makan babi, tetapi orang Melayu dari keturunan umno, tiada rasa perasaan apa-apa pun dengan makan rasuah ini. Seperti makan sarapan, makan tengahhari, minum petang dan makan malam dengan berlaukkan babi setiap hari puak-puak umno ini.

Maka disini, mulai hari ini, makan rasuah adalah disama ertikan dengan makan babi agar sesiapa orang Melayu yang membacanya, akan berasa cukup jijik lagi hina dengan makan rasuah ini. Eh, silap, makan babi ini.

Memang betul-betul cap ayam apabila melihat perangai puak-puak umno rasuah ini melayan ali rustam yang telah didapati bersalah makan babi. Bukan setakat makan babi, malah memberi orang lain makan babi bersama-samanya. Jika hamba, hamba sudah lama buang ali ini ke dalam lubang jamban, tetapi, puak-puak umno ini masih lagi terhegeh-hegeh memberi sokongan kepada ali yang sudah makan babi ini. Apa punya cerita ini? Orang melayu makan babi pun mahu sokong ke?

Geli geleman melihat telatah puak rasuah dari melaka. Sudahlah berketuakan simakan babi, malah diorang-diorang sekali mahu makan babi sekaki.Tunggul betul! Kemudian yang membuat hamba lagi geli ialah sinajib pula yang memang kepala makan babi hendak mengubah parti rasuah. Waduh! Ini memang cap ayam A1. Memang betul-betul cap ayam A1 munafik nombor wahid!

Sudahlah puak-puak umno rasuah yang selalu makan babi ini. Sudahlah. Naik muntah hamba melihat telatah korang. Ptuih! Hamba ludah tiap kepala puak umno yang cukup kenyang dengan makan babi!

Isnin, Mac 09, 2009

PPSMI: SEMUA DISEBABKAN RM.

(Disebabkan ini, Melayu jadi bodoh sains dan matematik)


Sebenarnya, ianya semua berkaitan dengan duit RM sahaja. Bukan ada selain dari RM yang menyebabkan KPM sungguh liat hendak mengubah polisi cap ayamnya. PPSMI masih dikekalkan adalah kerana hanya semata-mata kerana RM.


Pertukaran bahasa mengajar dari bahasa Melayu kepada inggeris akan menyebabkan seluruh buku teks didalam pembelajaran gugusan mata pelajaran Sains dan Matematik akan dicetak semula dan di karang semula. Jangan melihat hanya 2 mata pelajaran sahaja buku teksnya perlu ditukar, tetapi gugusan mata pelajaran sains dan matematik semuanya telah ditukar. Sains, sains tulen, sains gunaan, kimia, biologi, fizik, matematik, matematik tambahan dari darjah 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 kepada tingkatan 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 rendah dan 6 atas, semuanya buku teks itu akan dibuat baru, dikarang semula, dan dicetak baru.


Bayangkan berapa ratus juta keuntungan syarikat-syarikat yang mencetak buku teks ini akan mendapat keuntungan. Bayangkan berapa ramai kroni-kroni akan kembung poket kenyang perut dengan wang memusnahkan sistem pembelajaran kepada umat melayu yang memang sedang didalam diambang maut untuk menikmati kepandaian.


Duit dari kursus ETEMS. Siapa yang dapat mengaut keuntungan dari kursus yang diwajibkan kepada seluruh guru matematik dan sains untuk dihadiri itu. Berapa banyak wang yang dihabiskan dan diberikan kepada hotel-hotel tempat kursus itu diadakan. Bukan sehari dua kursus itu wajib dihadiri. Tetapi DUA MINGGU!


Duit untuk pembelian komputer riba. Syarikat mana yang mendapat tender untuk menjual komputer riba ini kepada seluruh guru-guru matematik dan sains di seluruh Malaysia dengan harga yang berlipat kali ganda dengan harga pasaran. Syarikat kroni siapa yang mendapat habuan dari kemusnahan umat Melayu ini?


Perlu diingat, bukan sekali sahaja komputer riba ini di beli, tetapi berulang-ulang kali kerana komputer riba perlu ditukar untuk 'mengikut' trend teknologi terkini kepada peralatan komputer. Berapa ratus juta wang rakyat dihabiskan dengan menghancurkan umat Melayu itu sendiri?


Percayalah. Bukannya mereka-mereka ini hendak melihat orang Melayu pandai didalam bertutur didalam bahasa inggeris. Tetapi mereka ini adalah golongan kapitalis yang gilakan kekayaan dengan menghancurkan umat Melayu dari pandai didalam subjek sains dan matematik.


Guru-guru semunya bingung kerana anak murid mereka semakin bodoh dan bangang di dalam subjek ini kerana walaupun di dalam kelas, guru-guru hamba yakin tetap berbahasa Melayu ketika mengajar, tetapi buku teksnya adalah tetap bahasa inggeris yang menyebabkan jika murid-murid hendak mengulang kaji, mereka akan menjadi lebih keliru dan tidak faham.


Percayalah, sekolah-sekolah yang anak muridnya mendapat kecemerlangan di dalam subjek ini adalah sekolah yang telah mengingkari arahan dari KPM, iaitu sekolah yang secara senyap-senyap tetap mengajar bahasa melayu di dalam subjek matematik dan sains. Hamba tahu sekolah-sekolah itu ditempat hamba tinggal. Dan hamba tahu juga sekolah-sekolah yang tidak berani mengingkari arahan KPM itu, mendapat masalah yang amat besar dengan anakmurid yang semakin bodoh di dalam subjek ini.


Maka, wahai rakyat Malaysia, anda sekelian fikirlah sendiri mengapa ada arahan sehingga sanggup menggunakan polis menggunakan gas pemedih mata kepada golongan pejuang bahasa untuk mengekalkan PPSMI. Anda sekelian fikirlah sendiri mengapa sehingga sanggup menembak ke dalam masjid sekalipun. Anda semua fikirlah sendiri.


Kepada mereka yang telah berjaya di dalam kerjaya dan belajar mendapat ijazah diluar negara, anda fikirlah sendiri bagaimana anda semua menjadi pandai. Anda sekelian menjadi pandai otak geliga kerana anda semua telah memahami konsep dari mata pelajaran sains dan matematik semasa anda kecil dahulu. Dari darjah 1 hingga tingkatan 5, anda telah dikukuhkan dengan pengetahuan didalam sains dan matematik, kerana anda faham apa yang guru anda ajar di dalam bahasa Melayu. Namun, bagi anak-anak kita sekarang, mereka telah menjadi keliru dan bodoh di dalam satu sistem yang sungguh sistematik untuk menghancurkan umat Melayu dari kepandaian, hanya semata-mata untuk mengenyangkan perut-perut para kapitalis!!!!!

Sabtu, Mac 07, 2009

MENGAPA HAMBA TIDAK TURUN KENDURI HARI INI! HAMBA BERASA BERDOSA,.....

Mengapa hamba tidak pergi! Menyesal sungguh hamba! Hamba sungguh-sungguh rasa seperti manusia munafik tidak buat serupa cakap. Hamba berasa sungguh berdosa. Kenapalah hamba tidak turun bersama-sama berdemo membantah PPSMI hari ini. 7 Mac 2009 sepatutnya hari bersejarah untuk hamba kembali bermandikan air asid dan gas pemedih mata. Rindunya hamba tidak kesampaian.


Hamba ada di KL wahai penjenguk blog hamba. Hamba berada di KL rumah ibu ayah hamba. Namun hamba masih tidak pergi berdemo. Dekat yang amat masjid negara dengan Bukit Damansara. Tetapi mengapa hati hamba cukup tidak wahi untuk ke sana.


Memang kesihatan hamba masih belum pulih. Tulang temulang hamba masih berasa rapuh. Pinggang hamba masih sakit seperti terasa hendak patah jika hamba berkeras sedikit dengan tubuh hamba. Tubuh hamba sekarang tidak boleh membuat pergerakan yang 'terkejut', atau dalam bahasa inggerisnya 'sudden move'. Hamba sekarang tidak boleh berlari. Hendak mengangkat benda berat jauh sekali. Semuanya kerana terkena penyakit di rasuk benda halus dahulu. 3 hari hamba dikomakan. ICU 4hari 3malam. Namun itu bukan alasan hamba tidak perlu hadir ke demonstrasi membantah PPSMI. Tidak boleh dijadikan alasan.


Namun untuk memujuk hati hamba yang sedang merajuk ini, hamba nyatakan juga hamba sekarang masih kurang sihat. Sebenarnya, bukan disebabkan sakit ini yang menghalang hamba untuk ke sana. Tetapi kerana ada satu perasaan dan bisikan ke telinga hati hamba yang berkata, 'takpelah tidak pergi pun, bukannya ada polis pun, polis dah beri permit'. Iya, itulah yang terngiang-ngiang ditelinga hamba, tidak perlu hadir ke demo yang tiada konfrontasi dengan pihak berkuasa. Padahal telah diperintah oleh ketua pemuda kawasan untuk turun bersama-sama. Tetapi rasa hati seperti tidak perlu disebabkan ianya seperti tiada 'apa-apa'. Walaupun hamba begitu kuat menentang PPSMI, namun hati hamba berkata, tiada 'apa-apa'. Apa punya ceritanya hamba sebentar pagi tadi?


Tiba-tiba, jam 4.30 petang, sms adil menyusup ke 'hand phone' hamba. Polis menembak gas pemedih mata ke arah pendemo. Waduh, hendak perjuangkan bahasa pun kena juga. Waduh, ruginya hamba tidak turun bersama.


Hamba terus ke lap top melayari internet. Itu dia, cerita-cerita gas pemedih mata dan pancutan air asid keluar bertubi-tubi. Waduh! Ruginya hamba tidak pergi turun kenduri hari ini. Ruginya hamba tidak pergi kenduri hari ini! Rugi betul. Masih teringat semasa mensyuarat PAS cawangan pada hari Rabu lepas, ada cerita berkenaan dengan demo ini, maka adalah insan yang menyatakan kena bawa kelengkapan-kelengkapan seperti topeng gas, garam dan air mineral. Hambalah insan itu, dan hendak tahu apa, ketika berkata-kata itu hati hamba kata, tidak perlu bawa pun takpe, buat berat beg je, bukannya ada konfrontasi dengan polis pun, sebab ada permit. Waduh! Menyesalnya hamba tidak pergi. Sesal tidak sudah hamba!

Mungkin ada sebab hamba tidak ditakdirkan untuk turun berdemo hari ini. Hamba yakin ini adalah pengajaran kepada hamba agar hamba rasa berasa sungguh menyesal hari ini agar hamba ini terus berjuang di dalam jemaah PAS ini dengan lebih kuat lagi. Ya! Hamba yakin, itulah pengajarannya. Walaupun sebenarnya itu adalah anggapan untuk memujuk hati hamba yang sedang tidak puas hati ini, namun hamba akan yakinkan juga.

Walau apapun , hamba berdoa, Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba pada hari ini,....... kerana dosa-dosa hamba yang terlalu banyak ini,.....

Rabu, Mac 04, 2009

BERSEDIA JE, BAWAH POKOK & AHAD.

Bersedia untuk buat injuksi sahaja. La,.... ingatkan sudah dibuat injuksi. Tertipu juga hamba dengan lakonan puak parti rasuah ini. Kan ke sensasi sedikit jika ianya kenyataan media berbentuk sudah melakukan sesuatu, bukannya kenyataan AKAN melakukan sesuatu. Seperti meminta imbuhan sahaja mereka-mereka ini?

Mamat puchong yang penyebab Selangor masuk devisyen 2 liga bolasepak dahulu ini dan seorang kawannya dari Muor hendakkan parti rasuah agar menyiasat rasuah yang berlaku didalam pemilihan cawangan dan bahagian. Entah apa-apa entahlah mereka-mereka ini fikir, ingat parti yang mendokong rasuah hendak menyiasat ke apa yang mereka dokongkan. Mati hidup semula pun parti rasuah tidak akan siasat! Hendak buat injuksi, buat je lah, tidak perlu buat kenyataan akhbar hanya semata-mata hendak bercakap 'saya sudah bersedia'. Nampak sangat seperti 'saya mohon sesuatu'.

Lebih baik lagi dengan mamat-mamat perak 28 orang ini. Buat sidang Dewan Negeri di bawah pokok tempat letak kereta. Mesyuarat cawangan lagi selesa daripada mensyuarat dewan negeri perak semalam. Kerusi tiada, bumbung tiada, dinding tiada, penghawa dingin tiada, yang ada hanya pembesar suara mudah alih dan rakyat di sekeliling.

Apa yang penting usul dibuat adalah 3 usul yang amat penting. Semua disokong sebulat suara. Dan apa juga yang penting, kita dapat melihat bodohnya polis dan bodohnya suk. Polis menjadi keldai parti rasuah dan begitu juga suk telah menjadi ayam rasuah. Kedua-dua bertindak tidak mengikut akal. Jika dilihat mata kasar yang rabun ini, memang sahlah suk itu dari puak rasuah kerana disebabkan negeri perak ini dahulu negeri bersekutu, maka suk dilantik oleh kerajaan pusat (begitu juga dengan Selangor), tetapi yang cap ayamnya adalah polis. Apa mabuk apa polis hendak menghalang ADUN-ADUN memasuki dewan negeri untuk bersidang? Ini mabuk darat punya kerja polis-polis cap ayam ini! 7 tahun penjara tu lama tu.

Inilah dia Malaysia, negara ku yang sudah kucar kacir kerana parti rasuah. Kucar kacirnya sehingga negara Papua NewGuinea pun tergelak sakan melihat senario negara yang sudah tunggang-langgang sistem pentadbiran keseluruhannya. Undang-undang sudah menjadi alat mainan. Institusi kehakiman sudah tidak telus. Rakyat-rakyat semua sudah ditipu bulat-bulat dengan pihak media yang cap ayam. Semuanya sudah bercelaru.

Bercelarunya kepala otak negara Malaysia ini sama juga bercelarunya paderi-paderi kristian yang hendak menyesatkan manusia agar manusia kata Allah itu ada anak dan Isa itu anak Allah. Kafir sungguh si kafir Kristian itu.

'Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu Ahad (satu). Allah itu Somad (tempat diminta). Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada satu pun menyerupaiNya.'

ALLAHUAKBAR!!

Selasa, Mac 03, 2009

JOM SHOPPING DI ONE UTAMA ESOK.

Esok hamba bekerja. Tetapi, jika hamba ambil cuti elok juga. Bukannya apa, sahaja hendak pergi membeli belah di One Utama. Beli barang-barang keperluan bajuan anak-anak di Jusco. O.k juga tu.

Manalah tahu, jika hendak keluar dari One Utama nanti, kereta ditahan polis pula. Ya, ditahan polis. . Mengapa pula polis hendak tahan? Sebab kereta hamba ada lambang PAS dan selamatkan masjid Al-Aqsa, Palestin? Mungkin tidak. Apekehenya polis hendak tahan kereta hamba sebab sticker? Tiada kerja lain ke polis ni?

Namun keberangkalian ditahan polis jika hamba keluar jam 1 petang itu adalah besar. Bukan kerana hamba buat salah apa-apa. Bukan kerana ada kes mencari Sharlinie yang masih belum berjumpa-jumpa. Tetapi kerana parti rasuah punya pasal. Ya, kerana parti rasuah punya kes.

Perak tiada ceritalah esok. Puak rasuah sudah tidak wahi dengan perak. DUN hendak bersidang ke, apa ke, lantak dia. Yang penting hotel tepi one utama mesti penuh dengan polis. Ada sidang media sahaja, kewajipan menyuraikan orang yang sedang berkumpul menjadi agenda utama. Ada orang berkumpul sahaja, halau, ada orang berhimpun lebih 4 orang sahaja, surai. Yang penting, semua mulut ditutup esok.

Ye ke ni? Betul ke esok hotel ditepi one utama akan kecoh. Mungkin ya mungkin tidak. Sebab mereka yang merancang hendak buka mulut esok pun ada 'kuasa' polis juga. Entah-entah, polis akan menjadi pak 'eskot' kepada mereka-mereka yang hendak membuka mulut esok. Elok juga itu. Tidak perlulah kereta hamba kena tahan, entah-entah hamba pun ada sekali di hotel tepi one utama itu. Bukan untuk join sekaki, tetapi saja hendak tahu, apa kesnya mereka hendak membuka mulutkan itu?

Pejabat cap ayam ada sebelah sahaja dari tempat peristiwa sensasi esok ini. Bukan di Perak, bukan di DUN Perak, tetapi di hotel sebelah one utama. Tungguuuuu,.......;)

Ahad, Mac 01, 2009

AMANTUBILLAH!

Ada orang kafir hendak menggunakan nama Allah sebagai kata nama tuhan mereka. Puak-puak yang mengatakan nabi Isa itu anak tuhan dan Allah itu bapa kepada Isa mahukan nama tuhan bapa mereka disebut sebagai Allah.

Celaka sungguh mereka. Ya, celaka sungguh mereka. Lebih celaka daripada celakanya pemuda rasuah. Sudahlah menyesatkan manusia mengatakan Allah itu ada anak dan roh kudus itu juga adalah satu entiti dengan tuhan, kemudian hendakkan kata nama tuhan mereka sebagai Allah. Celaka sungguh.

Elok juga pengerusi Yadim ada bersuara. Eloknya kerana suaranya boleh keluar ke media kerana dia masih didalam parti rasuah. Adalah juga mereka didalam rasuah masih ingat hal-hal agama. Sebenarnya ramai sangatlah jemaah PAS yang bersuara tidak bersetuju dengan cara mainan puak kafir mempergunakan nama Allah untuk tujuan menyesatkan manusia.

Jika adalah manusia yang mengaku Islam yang menyokong puak kafir ini menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan mereka seperti RPK yang telah menjadi ayam itu, maka nampak sangatlah dia itu jahil murokab. Sudahlah jahil, murokab pula itu. Elok ditampar mulut sibiadap ayam itu. Pedulikan dia itu menyokong PR ke apa, tetapi bab Islam, dia memang penyesat.

Apalah yang hendak dikecohkan puak kafir arab menggunakan nama Allah sebagai god mereka. Sebabnya mereka itu orang arab. Jika hamba orang arab, hamba akan bantah kerana kata nama Allah hanya khusus kepada Allah yang ahad! Bukan 3 dalam 1. Jika hendak guna nama tuhan, guna rob pun hamba bangkang. Sudah memang dia sesat. Ini tidak, hendak menyokong puak kafir ini menggunakan nama Allah dalam majalah herald cap ayam itu sehingga mengatakan umat Islam lain ini semua bodoh. Jahil murokab betul RPK ini. Bodoh!

Jika hendak dibenarkan, benarkanlah juga kafir rishi-rishi di tanah ini menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan mereka. Puak kafir yang mengaku kononnya ada 1 tuhan tetapi syirik dengan menyembah dengan tuhan-tuhan buatan yang lain.

Apa ni umat Islam? Tiada sensitif kepada Allah ke? Tidak malu kepada Allah ke? Jika tiada, masalahnya ditimpa kepada kamu semualah, kerana kononnya hidup senang didunia, lepas mati masuk neraka, kan ke rugi!