Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Februari 28, 2009

MAKHLUK ASING.

(Inilah usia dunia, semakin senja)


Bosannya. Sudah 2 minggu hamba tidak dapat mengakses internet di rumah. Diulangi, 2 minggu. Lama tu dua minggu tu. Sekarang barulah hamba tahu bagaimana makcik-makcik wanita UMNO dan pakcik-pakcik pentua UMNO merasai mendapat berita terkini hiburan sensasi hanya pada media telivisyen Malaysia yang cap ayam itu. Memang membodohkan manusia dan manusia akan menjadi bodoh jika manusia itu tidak berusaha untuk mendapatkan didikan makluman alternatif selain TV cap ayam. Sakitnya hati hamba.

Makluman yang bulat-bulat menipu, apabila didengar berulang-ulang kali akan menyebabkan sipendengar yang tahu maklumat itu memang sah bohong akan 'ter'percaya seketika berita bohong yang diulang-ulang itu. Memang benar. Akal hamba tiba-tiba black-out 2 saat untuk memproses maklumat yang diterima dari berita TV cap ayam sama ada benar atau bohong, padahal hamba tahu bendanya memang bohong. Namun, alhamdulillah, oleh kerana hamba ini cukup fanatik PASnya, maka hanya setakat 2 saat sahajalah,...;)


'Islam datang dalam keadaan dagang dan akan berakhir juga didalam keadaan dagang. Maka beruntunglah mereka yang didalam dagang'. Dagang ini bermaksud asing. Akhir zaman ini, apabila kita memperjuangkan Islam atau kita terkehadapan untuk menegakkan Islam, maka insyaAllah masyarakat akan mengasingkan kita.

Oleh itu, kepada sesiapa yang sedang berjihad untuk menegakkan Islam, maka anda sekelian mestilah bersiap-sedia untuk menjadi makhluk yang diasingkan oleh masyarakat. Masyarakat Melayu sekarang ini sudah agak jauh dengan Islam yang syumul. Masyarakat Melayu sekarang ini lebih mengutamakan kesenangan dunia dan harta benda wang ringgit daripada iman dan Islam. Masyarakat Melayu sekarang ini telah dijauhkan dari Al-Quran dan Rasulullah. Maka jika ada seorang dua Melayu yang berdakwah kepada sekumpulan Melayu, maka jangan khuatir dan jangan risau, anda akan diasingkan.


Bergembiralah wahai manusia yang sedang diasingkan kerana menjalankan kerja dakwah, bergembiralah kamu kerana ini adalah janji Allah......

Selasa, Februari 17, 2009

LAIN KALI JIKA HENDAK TIDUR PAKAILAH BAJU.

Menyusahkan orang. Itulah ungkapan yang terluah didalam hati hamba apabila mendengar cerita gambar separa bogel ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang berbangsa Cina beragama Kristian. Panggilan manja dipanggil Eli. Nama Penuh Elizabeth Wong. Masih bujang tetapi sudah ada teman lelaki.

Hamba sebenarnya tidak berkenan langsung dengan perangai-perangai manusia-manusia sekarang yang suka sangat membuat hukum kehidupan ini dengan akal sendiri. Buat selamba dia sahaja bersama-sama dengan orang lelaki yang bukan suami berintim-intiman tanpa ada ikatan suami isteri.

Hamba berasa bersyukur juga, sebentar tadi, Elizabeth sudah menyatakan didalam sidang akhbar bahawa beliau sanggup meletak jawatan sebagai anggota EXCO dan ADUN kerana peristiwa gambar bogelnya.

Tidak timbul masalah menganggu hak peribadi kerana disebabkan beliau terikut-ikut nafsu sendiri, maka inilah balasan Allah terhadap mereka yang melanggar perintahNya. Suka sangat buat maksiat.

Jika ada seseorang yang menyatakan bahawa kehidupan peribadi beliau tidak boleh dihubungkaitkan dengan kerja beliau sebagai ADUN dan EXCO, maka, hamba akan mengatakan bahawa mengundi PR dan BN adalah sama sahaja kerana kedua-duanya tidak mementingkan akhlak peribadi untuk menjadi pemimpin.

Rasuah dengan mendekati zina, sama tidak rendah moralnya? Rasuah dengan bersekedudukan, sama tidak dosa dan maksiatnya? Rasuah dengan tidak menutup aurat, sama tidak kesalahnnya? Jika mereka ini datang dari ahli politik sekular, maka ianya akan dijawab tidak sama, tetapi jika ianya dari ahli jemaah Islam, ianya adalah sama.

Maka apa yang perlu dipelajari oleh PAS sekarang ini? Musuh PAS adalah musuh yang terang-terang tidak mahu kepada Islam yang syumul, manakala rakannya sebahagiannya sama dengan musuhnya dan sebahagian adalah juga yang boleh mendekati dengan Islam. Maka, pendekatan apakah yang perlu PAS lakukan agar PR menerima Islam itu sebagai satu jalan alternatif kepada perubahan lanskap politik Malaysia,....?

Selasa, Februari 10, 2009

MERAPU PUNYA CERITA.

Semenjak dua menjak ini, hamba kembali menjadi pelik lagi ajaib melihat telatah perangai polis Malaysia. Perangai telatah yang membuatkan akal hamba menjadi pening-pening lalat. Benda yang sepatutnya dibuat, dibuat dek je tetapi benda yang merapu lagi tidak perlu dibuat terhegeh-hegeh lagi gelojoh dibuatnya.

Hamba masih tidak faham, mengapa anggota polis masih belum faham-faham tentang arahan politik dari orang politik cap ayam dengan kerja-kerja SKT atau sasaran kerja tahunan mereka yang sepatutnya bekerja untuk menyenangkan rakyat dari penjenayah-penjenayah.

Mengapa polis terhegeh-hegeh buat kerja cap ayam mencari pendemo di masjid ubudiah berbanding membuat kerja mencari kanak-kanak dan remaja-remaja perempuan bawah 18 tahun yang masih hilang entah ke mana yang berjumlah 1 ribu lebih itu?

Mengapa polis membuat kerja yang mengarut tidak membenarkan menteri besar yang sah Perak dari memasuki pejabatnya, daripada menjaga rumah-rumah rakyat jelata daripada dimasuki perompak?

Peliklah melihat situasi Malaysia sekarang ini. Diperintah oleh orang yang korup dengan rasuah, dijaga oleh polis yang ikut arahan ahli politik yang rasuah, dilindungi dengan mahkamah yang tidak bebas serta didalangi oleh parti politik yang rasuah, maka jadilah Malaysia ini negara rasuah serasuah rasuahnya.

Sesiapa yang menjadi PM Malaysia sekarang ini patut malu kerana telah menjadi sinonim diseluruh dunia, melihat sahaja Malaysia, maka terbayanglah rasuah, melihat sahaja rasuah, ternampaklah Malaysia.

Hendakkah kita mahu Malaysia kekal sedemikian rupa? Handakkah mahu kita melihat rasuah itu menjadi kehidupan biasa atau budaya orang Malaysia. Apa hendak jadi ni Malayisa wei? Jika kekallah situasi cap ayam ini, dengn rasuahnya, dengan zalimnya, dengan penipunya, maka tunggulah tarikh kehancuran yang dijanjikan Allah kepada pemerintah yang zalim. Tunggulah bala yang akan menimpa kepada negara yang korup itu nanti.

Oleh itu, jika tidak mahu dibala oleh Allah, yang balanya akan diberikan sama rata kepada selueruh umat negara itu tidak kira dia baik atau jahat, maka marilah semua rakyat Malaysia terutama kepada puak-puak umno rasuah, agar bertaubat dengan menjauhkan diri dengan umno rasuah. Marilah kita semua bersatu dan berpakat memasuki ke dalam jemaah Parti Islam SeMalaysia PAS. Jom sertai PAS!

Sabtu, Februari 07, 2009

HAMBA HENDAK MELUAH PERASAAN

Esok hamba akan ke Melaka. Sepupu hamba belah ayah akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Anaknya yang mana satu hamba tidak perasan. Maklumlah, sudah bertahun-tahun tidak berjumpa. Hamba panggil sepupu hamba itu abalong.

Maksudnya, esok, hamba akan seharian membawa kereta dari sini ke cincin, Jasin, dan kemudian balik kembali ke sini. Balik hari je. Maklumlah, dekat. Dan ini juga bermaksud, hamba tidak akan melihat internet seharian. Dan itu pula bermaksud, cerita politik tanah air terkini tidak akan hamba ikuti perkembangannya.

Tidak dapatlah hamba hendak melihat reaksi rakyat Malaysia apabila mengetahui cerita-cerita kes Perak dengan sangkut-paut dengan GAMUDA ini. Apa yang sangkut-pautnya hamba tidak tahu. Yang hamba tahu, anak Sultan Perak kerja dan berkepentingan besar dengan syarikat yang bersangkut-paut dengan parti rasuah.

Setelah itu, ada pula cerita tentang kes ura-ura Raja Nazrin sebenarnya mengikut undang-undangnya, bukan dia yang menggantikan bapanya sebagai Sultan Perak, mungkin kes ini telah dirasuah oleh parti rasuah agar Sultan tidak membubarkan dun.

Banyak le pulak versi-versi terbaru lagi sensasi tentang kerabat Sultan ini.

Kemudian, adalah pula blogger yang mengatakan puak rasuah telah berjaya memisahkan PR dengan institusi Raja akibat kes cap ayam Perak ini. Sebenarnya ini adalah salah satu cara rasuah hendak menjarakkan PR dengan pihak istana. Pulok dah,..... macam idok je.

Apa-apa pun, hamba menjadi pelik kerana ada blogger mengatakan sesiapa yang derhaka kepada Sultan, maka dia tidak mencerminkan orang itu sebagai muslim Islam yang beriman. Pulak. Ini hamba kena komen. Ya, hamba wajib komen mamat atau minah yang mengatakan derhaka kepada Sultan, ia menunjukkan Islam kita tidak elok. Ini memang cap ayam A1.

Ajaran sesat, itu yang hamba boleh katakan dengan statement itu. Apa kehenya kena mengena Sultan dengan Islam? Apa kaitan institusi beraja dengan Islam? Jika tiada Sultan, institusi Islam di Tanah Melayu musnah ke?

Jawapannya senang. TIDAK! Institusi beraja tiada kaitan langsung dengan Islam. Kerana apa, kerana Sultan sendiri tidak ikut Islam, anak-beranak dan kaum kerabat dia sendiri tidak ikut kehidupan sebagai seorang Islam yang beriman. Ada tidak Sultan yang boleh mengimamkan solat bersama-sama rakyatnya, TIADA! Ada tidak Sultan yang boleh memandikan jenazah rakyat jelatanya jika ada kematian, TIADA! Ada tidak Sultan yang boleh menjadi khatib ketika solat jumaat, TIADA!

Jadi, apa yang Islamnya dengan institusi Beraja ini? Untuk melihat menjaga ketuanan Melayu pun TIADA! Kes Perak, statement dari pihak istana berkenaan dengan kerajaan negeri Perak, Sultan menggunakan bahasa apa? BAHASA PENJAJAH DAHULU! INGGERIS! Isu tanah-tanah rezab Melayu, apa Sultan lakukan? Hanya melihat sedikit demi banyak tanah rezab Melayu milik RAKYAT MARHAEN dirampas parti rasuah dengan nama pembangunan yang kemudian diberi kepada tokey-tokey kaya cina.



(Jika tiang itu diibaratkan sebagai tiang agama Islam, maka peganglah erat-erat seperti anak hamba itu)

Jadi apa yang membolehkan kamu wahai puak-puak rasuah umno untuk menyatakan derhaka kepada Sultan adalah kesalahan yang besar. Piirah perasuah. Habis itu, menentang TERANG-TERANGAN hukum Allah Hudud itu tidak besar salahnya ke? Ptuih! Dasar Kebangsaan abosiyah noe sekular sesat sesesatnya! Boleh kafir murtad sesiapa yang menentang hudud Allah. Yang DAP pun cap ayam, terutama Karpal OKU, sampai bila hendak jadi kafir korang semua, kembalilah kepada Islam woi puak DAP!

Memang semua yang berlaku ke atas Perak ini menginsafkan jemaah-jemaah PAS. Kita jangan sesekali lari dari perjuangan menegakkan Islam. PAS jangan sesekali terlupa walau seketika untuk apa jemaah bersusah payah berdakwah di dalam arena politik ini, jangan lupa sama sekali perjuangan jemaah, iaitu mendaulat dan mendaulahkan Islam. Itu sebenarnya perjuangan kita, tetapi jika ada nawaitu lain, baik masuk PKR je lah, habis cerita,.....

KECEWANYA HAMBA TIADA DI MASJID UBUDIAH SEMALAM.

Jahat sungguh parti rasuah ini. Menggunakan FRU untuk menghalang marah rakyat. Sehingga DI DALAM MASJID PUN di tembak gas pemedih mata dan disembur air asid. Sehingga ada yang pengsan jemaah di dalam masjid!

Jahat yang melampau. Itulah dia ayat yang terkeluar di dalam hati hamba. Namun, disebalik marah itu, terdapat satu perasaan yang kecewa. Ya, perasaan kecewa yang amat sebenarnya. Kerana apa? Kerana hamba tidak bersama-sama rakyat Perak di masjid Ubudiah terkena gas pemedih mata yang amat sakit itu. Kerana hamba tidak bersama-sama rakyat Perak menunjuk perasaan tentang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku kepada kerajaan Perak pilihan rakyat itu.

Kuala Kangsar kampung ibu hamba. Walaupun Kota Lama bukan termasuk Parlimen Kuala Kangsar, namun ia tetap berada di daerah Kuala Kangsar. Walaupun rumah pusaka tok wak hamba telah musnah menjadi loji ayor (disebelah markas PAS Kota Lama), namun pekan diraja Kuala Kangsar adalah pekan yang sungguh hamba kenal sehingga sekarang.

Ditambahkan lagi abang hamba bernikah dengan orang Talang Masjid, lagi rameilah saudara-saudara yang hamba kenal di sana.

Air asid dan gas pemedih mata, sudah setahun hamba tidak terasa kesakitan terkena dua benda itu. Syabas kepada mereka-mereka yang berhimpun di masjid Ubudiah itu, syabas hamba ucapkan. Kepada sesiapa yang terkena gas pemedih mata, maka hamba ucapkan, selamat datang ke kelab. Memang benarkan gas pemedih mata lebih sakit dari air asid.

Kepada para FRU, takziah hamba ucapkan kerana korang terpaksa menanggung dosa-dosa kering puak-puak rasuah. Kesiannya,......

HAMBA MENANGIS DIDEPAN LAPTOP.

Tidak pernah didalam seumur hidup hamba, hamba menangis keinsafan didepan laptop. Ya, setelah membaca artikel blog dari saudara Roslan SMS 'kita tidak kalah dan tidak akan bersedih', dengan spontan hamba menangis teresak-esak.

'Laa Tahzan', jangan bersedih, itulah kalimat yang menyentuh hati hamba, ditambah ayat di bawah;

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.


sungguh menginsafkan hati hamba, kemudian ditambah ayat;

Di mata rakyat kita adalah pejuang sebenar, pemimpin sebenar dan lebih penting lagi kita tahu di hadapan Allah swt kita beroleh redha Nya. Oleh itu terimalah dugaan kecil ini dengan tenang, kita yakin dengan izin Allah swt, apabila kuasa kembali ketangan rakyat, ia tidak akan diserahkan kembali kecuali kepada pemimpin yang mereka senangi dan yakini!

terus hamba menangis teresak-esak didepan laptop hamba. Memang layaklah saudara Roslan menjadi ketua perhubungan negeri Selangor. Pandai mengembalikan semangat mereka-mereka yang telah dilukai semangatnya.

Hamba semenjak kes Perak ini, hamba cuba selindungi rasa hati hamba yang sedih dan marah di dunia sebenar (kecuali di dalam blog) dengan terus menjalankan tugas jemaah dan dakwah di negeri Selangor ini menerusi PAS cawangan Rasa. Hamba sibukkan diri dengan meneruskan kerja-kerja jemaah selagi mana hamba mampu. Jika ada rakan-rakan bertanya tentang Perak, maka hamba akan menjawab 'tak tahulah syeikh.'

Tetapi dengan membaca artikel dari saudara Roslan SMS, maka sekarang Alhamdulillah hamba berasa sungguh tenang dan sungguh dekat dengan Allah. Semangat hamba kembali berkobar-kobar kerana yakin dengan janji Allah. Kekuatan hamba kembali pulih kerana yakin dan pasti, Islam itu sebenarnya telah menang dan akan menang.

Hamba akan ingat dan ingat akan janji Allah. Kalimah 'LaaTahzan', jangan bersedih, akan sentiasa tersemai di dalam hati hamba. TAKBIR!!!!!

Jumaat, Februari 06, 2009

APA KEHENYA YEOP?

Apa kehenya tpm dan pm pergi berjumpa dengan Sultan Perak berkenaan dun Perak? Apakehenya orang pahang menyibuk dengan perkembangan negeri Perak. Ape kehenya orang Pulau Pinang menyibuk dengan hal-hal negeri Perak ni Yeop?

Bila masa le pulok pentadbiran negeri Perak dicampuri dengan kerajaan pusat? Kenapa tpm yang menyibuk sakan mengatakan dun Perak sudah ditukar milik. Mana pergi orang Perak ni yeop?

Udahle Perak nanti akan ditadbir dengan mamat-mamat rasuah, yang jadi MB nanti keturunan mamak juga ke? Perak sudah lupa sejarah agaknya. Cerita ini seperti Sultan Perak tidak belajar dari peristiwa perjanjian pangkor yang cap ayam itu. Ikut kepala sultan, tidak ingat rakyat, pakai buat sahaja perjanjian cap ayam itu, Perak jatuh kepada kafir British. Dan inilah dia, peristiwa perjanjian pangkor episod parti rasuah, Perak jatuh kepada kerajaan rasuah.

Inilah juga bahananya jika pemimpin membuat sesuatu tindakan tanpa merujuk kepada jemaah. Ya, sesiapa pemimpin jemaah PAS yang sudah menjadi MB, apa-apa tindakan yang penting seperti hendak memberi tanah kepada cina selama 1000 tahun, perlulah WAJIB berbincang dengan PAS Pusat terlebih dahulu. Jangan ikut kata DAP!

Kan ke Sultan sudah fikir 2-3 kali untuk bubar dun sehingga tidak jadi bubar. Yakinlah, disebabkan 999 tahun tanah hendak beri kepada cina punya pasal, dun tidak mahu dibubar oleh Sultan. Bior le kome nak kata pernyataan ini berbentuk perkauman, sebenarnya, memang berbentuk perkauman pun! Sebab sistem Sultan itu sendiri adalah berbentuk perkauman untuk melindungi hak-hak orang Melayu. Jadi, kena hiduplah kome dengan sistem ini. O.K apa,......

Rabu, Februari 04, 2009

BAGUS JUGA ADA PERISTIWA CAP AYAM PERAK INI.

Alhamdulillah. Maka kompenlah segala-galanya sesungguhnya memang SAH umno adalah sebuah parti politik makan rasuah dan suap rasuah. Sebut sahaja rasuah, maka terbayanglah akan kita umno. Sebut sahaja 'under table', maka terpandanglah kita akan umno. Sesungguhnya selepas ini, jika ada sesuatu rasuah berlaku, maka sebutan yang akan digunakan oleh hamba ialah umno.

Contohnya ialah seperti; 'polis tadi telah dirasuah oleh lelaki itu', maka ayat yang akan hamba gunakan ialah, 'polis tadi telah diumnokan oleh lelaki itu'. Ya, itulah yang akan rakyat bayangkan, jika disebut rasuah, maka umnolah terpampang difikirannya. umno = rasuah. Rasuah = umno.

Hamba juga tertunggu-tunggu apakah yang akan berlaku pada 10 februari ini, iaitu kes rasuah 2 ekor bekas adun PKR lompat masuk rasuah itu. Apakah kes mereka akan didapati tiada kes atau memang mereka bersalah.

Sebenarnya, apa-apa pun keputusannya, maka kedua-duanya menampakkan kepada rakyat dengan jelas bahawa, jika tiada kes, SAH 2 ekor itu telah dirasuah oleh rasuah untuk masuk rasuah dan mereka 2 ekor itu telah difitnah oleh rasuah hanya semata-mata untuk memerangkap 2 ekor itu masuk rasuah. Jika didapati bersalah pula, maka SAHlah parti rasuah itu memang suka mengambil perasuah menjadi ahli kerana memang parti itu juga mengamalkan dasar rasuah dulu, kini dan selamanya.



(Senyuman perasuah yang tidak kenal erti dosa dan neraka, kesian dia,....)

Apabila melihat bakal presiden rasuah senyum bagai nak rak dengan 4 ekor adun cap ayam semasa berdepan dengan pemberita, maka hamba mengucapkan syukur yang amat sangat kerana dengan gambar itu, insyaAllah ianya akan menjadi titik kejatuhan kepada najib kerana sifat kotornya itu.


Rakyat akan melihat, najib sebenarnya adalah seorang manusia yang gagal didalam semua pilihanraya kecil dikendalikannya, tetapi najib hanya pandai menang dengan merasuah orang untuk menang sesuatu kerusi tanpa pilihanraya, tanpa undi dari rakyat, hanya dengan rasuah, rasuah dan rasuah.

Maka dengan itu, maka bukan setakat umno sahaja rasuah, tetapi apabila disebut najib, maka terbayanglah juga akan kita rasuah. Bukan setakat altantuya, tetapi rasuah juga akan terbayang oleh rakyat bila menyebut najib. Tetapi bukan C4 ye, kerana itu adalah untuk orang rumahnya, tetapi rasuah.

Oleh kerana itu, kepada presiden umno yang ada sekarang, beliau perlu melakukan sesuatu agar cita-citanya ingin melihat rasuah sifar di Malaysia ini menjadi kenyataan. pak lah perlu membuat sesuatu dengan menidakkan najib menjadi pm selepas beliau. Jika pak lah 'blur' dan tiada idea untuk mencantas najib, maka, apa kata pak lah meminta nasihat menantunya yang dikasihi khairy oxford. Sudah pasti banyak idea yang akan diberikan oleh khairy oxford ini.

Sebenarnya, nampak tidak nampak, khairy oxford adalah aset kepada PR untuk memerintah Malaysia. Ya, tindakan-tindakannya selama ini seperti menampakkan keuntungan yang lebih memihak kepada PR. Hamba sebenarnya lebih suka secara peribadi melihat beliau yang menang didalam pertandingan merebut ketua pemuda rasuah berbanding mamat jawa plastik surgeri tempe. Baik khairy oxford jadi ketua pemuda rasuah, insyaAllah akan porak perandalah sedikit parti umno, eh, silap, parti rasuah nanti akibat gaduh-gaduh sesama sendiri.

Biarlah juga pak lah kekal menjadi presiden rasuah. Agar rasuah akan berperang sesama sendiri didalam rumah tangga rasuah mereka. Biar parti rasuah ini akan hancur sehancurnya oleh mereka-mereka yang berada di dalam parti rasuah itu juga. Itulah doa hamba setiap kali selepas solat waktu. InsyaAllah, Allah akan makbulkan kehancuran parti neo sekular nasionalis sesat kebangsaan dan memenangkan pula jemaah Islam...... Hanya pada Allah.

JIKA MAC INI NAJIB JADI PM,......

Pada pendapat peribadi hamba , hamba melihat, jika bulan Mac ini, najib kompem menggantikan pak lah, dan najib jadi pm Malaysia, maka, perkara yang paling hamba nampak ialah, PR akan cuba dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.

Perkara pertama hamba berpendapat ialah;

1) Anwar akan kembali diheret ke dalam penjara kerana kes liwat saifulnya. Inilah perkara utama perancangan najib cap ayam ini. Iaitu 'membunuh' ketua agar kemudian anak-anaknya akan senang 'disembelih' kemudian hari.

2) Akan memusnahkan lagi satu kerajaan negeri PR. Jika Perak sudah 'berjaya', maka projek kedua ialah Selangor. Bagaimana hendak mendapatkan 9 ADUN cap ayam, sudah semestinya dari PKR. Kerana apa? Kerana ketua mereka telah di'mati'kan fungsinya. ADUN DAP dan PAS mereka susah hendak dibeli, maka mamat minah PKRlah yang akan di'culik'nya lagi. Untuk lagi 3 negeri, hamba berpendapat mereka akan abaikan sehingga pru13.

3) Akan mengoperasi lalangkan pemimpin-pemimpin utama PR.

4) SPR akan di'perkukuh'kan BNnya sehingga PRU akan menjadi pilihanraya Saddam Hussein, barulah PRU13 akan dibuat.

5) Itupun jika Anwar tidak terlebih dahulu menjadi PM.

Apa-apa cerita, PR mesti membentuk kerajaan Pusat sebelum pru13. Jika tidak maka hamba rasa, cerita 2004 mungkin akan berulang. Oleh itu, buatlah sesuatu wahai ahli politik yang geliga si Anwar wei,......

CAP AYAM PUNYA CERITALAH PERAK INI.

(Bendera negeri ibu hamba yang didalam kucar kacir politiknya sekarang ini)


Hari ini hamba cuti dari bekerja. Pagi tadi anak hamba yang sulong muntah tak sudah-sudah. Takut dibuatnya hamba sehingga hamba ambil cuti untuk menjaga Nur Jannah itu. Alhamdulillah, selepas mandikan dia, letak minyak afiat di perutnya, tiadalah pula muntah-muntahnya.

Mengambil kesempatan dari cuti, hamba pun merayaplah ke bank-bank dan ke kedai-kedai berkaitan untuk menyetelkan hal-hal hutang piutang dan kerja-kerja jemaah. Langsung hamba tidak melihat internet perkembangan politik semasa.

Semasa hamba hendak balik dari Rawang, tiba-tiba abang hamba sms dari Bahrain, ianya berbunyi "Ape citer? Jd x bubar dun perak?". Terkedu sekejap hamba seketika. Terlupa seketika cerita-cerita cap ayam bikinan najib umno untuk menjahanamkan kerajaan negeri Perak.

Hamba selepas solat asar di masjid Al-Kholidiah, terus ke rumah hamba membuka internet. Apa cerita ni. Buka-buka malaysia kini, ditulisnya BN bentuk K'jaan baru Perak. Terkejut sekejap. Kemudian selepas baca isinya, laa, baru statement press conference najib cap ayam tu, belum kompem lagi.

Kemudian dapat sms dari Adil, yang mengatakan Nizar bertegas bahawa DUN akan dibubar, BN tidak akan mengambil alih. Elok le tu. Elok bebeno cerita yang ulang tayang cerita Terengganu tahun 60-61. Sebiji cap ayam kena inject ubat khinzir. Beli ADUN lagi.

najib kabor, 3 adun pkr dan 1 dap akan masuk BN dalam bebas. Memang cap ayam. Ya, memang cap ayam mamat-mamat PKR ini. Senang bebenor kena beli. Si amoi DAP yang OKU ni pun, takkan hendak menjadi OKU kepada zahir DAN BATIN kot? Apa cerita nih?

Ginilah, hamba sudah lama memendam rasa dengan mamat-mamat PKR ni. Korang ni tiada buat usrah ke kepada ahli-ahli untuk memantapkan kekuatan iman berpegang kepada 'perjuangan' parti'? Korang takde buat tamrin ke, ceramah kelompok ke, rehlah ke atau apa-apa program untuk memantapkan ahli-ahli parti kepada perjuangan korang ke? Hamba lihat, macam sama tidak serupa dengan umno korang ni. Bukan semualah, tetapi yang memegang duit amanah ni, lain macam sikit kome ni.

Jika tiada atau tidak pernah dibuat oleh pihak PKR, hamba hendak kabor kepada mereka yang berahlikan PKR, masuk PAS je le. Dapatlah tahu serba sedikit tentang perjuangan menegakkan Islam ni. Mengapa ahli-ahli PAS suka sangat menyusahkan diri berkecimpung didalam jemaah parti politik Islam yang selalu kena hentam dulu kini dan insyaAllah bukan selamanya. Mengapa ahli PAS sanggup memiskinkan dirinya memasuki jemaah PAS ini yang jika diikutkan lojik akal, baik masuk umno, senang jadi kaya.

Disebabkan dua ekor mamat pkr, tengok apa jadi dengan kerajaan negeri PR di Perak. Hancur! Buat ketika inilah hancurnya. Harap dun Perak dibubarkan juga dan diperkenankan Sultan. Jika Sultan tidak perkenan, maka cap ayam jugalah mereka-mereka yang tidak perkenankan itu kerana dihasut oleh ayam-ayam yang berinjectkan lemak khinzir, umno mangkuk hayun.

(Bahasa hari ini keras sedikit kerana menyampah yang melampaui batas kepada puak-puak nasionalis sesat kebangsaan serta neo sekular).

Selasa, Februari 03, 2009

THE UMNO STRIKE BACK.

UMNO sudah mengamuk. Mengamuk buat perkara jahat. Dulu buat benda-benda jahat sudah semacam berkurangan zahirnya semasa Pak Lah memerintah UMNO, sekarang bila Najib baru berura-ura mahu mengambil alih pemerintahan UMNO, maka kejahatannya telah dizahirkan kembali.

Peristiwa 60-an kembali berirama. Lompat-lompat sikatak lompat kembali menjadi budaya. Dahulu Terengganu, kemudian Sabah, maka insyaAllah, kita doakan Perak tidak akan berlaku lompat-melompat sehingga tumbang Kerajaan negeri.

Itulah, tok guru sudah kata, jangan berlagak bila menang. Jangan kutuk-kutuk pihak yang kalah. Kan ke mereka sudah mengamuk macam orang gila meroyan. 1 masuk PKR, 2 masuk UMNO. Parah ni. Serupa macam Terengganu dahulu kala. 1 masuk PAS, 2 masuk UMNO, setahun kemudian 1 lagi masuk UMNO. Habis kerajaan negeri PAS.

Kesimpulannya apa disini. Kita jangan sesekali under estimate musuh kita. Jangan terlebih lebih over confident dengan kemenangan ini. Puak UMNO ini apabila diwujudkan terus memerintah, sehinggalah sekarang. Oleh kerana lahir-lahir sahaja ke dunia terus memegang kuasa, maka puak ini akan melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa. Dan pastinya, selalunya buat dengan cara yang haram.

Maka marilah sama-sama kita rakyat Malaysia untuk jangan jemu-jemu menentang BN yang memang jelas satu parti politik yang mengamalkan cara politiking yang amat jahat lagi kotor senajis najis mugholazah. Jangan putus asa walau apapun yang berlaku. Kerana mereka ini memang berperangai buruk, maka jangan terkejut perkara yang lebih buruk dari ini akan dilakukan mereka. Buruk sungguh mereka-mereka ini. Ptuih!