Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Januari 29, 2009

Obama, zionis, Gaza, Al-Aqsa.

Obama, presiden kulit hitam amerika pertama didunia. Bohonglah! Mana pula dia itu berkulit hitam, Obama ni manusia spesis kelabu asap. Putih campur hitam, jadi kelabu asaplah. Sudahlah kelabu asap, kata-kata orang nenek moyangnya asal beragama Islam kerana ada Hussein pada namanya. Jika ya, dia ni keturunan murtad ke? Lagi naya.

Lebih senang umat Islam hendak menentang Bush, memang terang-terang kafir laknat dia tu. Tetapi, si Obama ini, lain macam sahaja cap ayamnya. Jangan haraplah umat Islam hendak menunggu-nunggu pemimpin negara kafir ini hendak membantu umat Islam. Memang sampai bila-bila pun mereka tidak akan membantu.

Jika ada masyuk, barulah mereka berkonon-kononnya hendak menolong umat Islam. Pigi dah! Ayam KFC pun tidak akan percaya kepada presiden amerika. Dasar membohong. Tengoklah apa yang si kelabu asap itu berkata, si kelabu asap menyuruh HAMAS pula yang meletakkan senjata. Macam HAMAS pula yang bersalah kerana serangan zionis ini. Si laknatullah zionis dianggap hanya bertindak kerana diserang HAMAS. Memang cap ayam punya si kelabu asap tidak boleh diharap ini.

Hamba hendak kabor kepada semua umat Islam, kembalilah berjuang untuk menegakkan Khalifah Islam. Kembalilah kita semua berjuang menegakkan kembali empayar Islam dan Islam itu yang menjadi kerajaan dominan dunia, kerajaan yang membentuk perjalanan hidup manusia, bukannya dikawal oleh sekelompok yahudi zionis kafir.

Jangan lupa akan Haram Al-syarif yang masih dijajah oleh zionis. Tanah haram yang didalamnya terletak masjid Al-aqsa yang wajib kita bebaskan. Hukum haramnya orang kafir menjejaki tanah haram itu adalah sama hukum haramnya orang kafir menjejak kaki di tanah Mekah dan Madinah. Mekah dan Madinah Allah telah menjanjikan perlindungan, tetapi Allah maha kaya, Dia biarkan satu tanah haram untuk umat Islam sendiri melindunginya iaitu tanah Haram Al-syarif, masjidil Al-Aqsa.

Sekarang ini, dengan selambanya, pelancong-pelancong kafir memasuki tanah haram ini, dengan selambanya tentera laknatullah sikafir zionis yahudi memasuki kawasan haram ini malah ke kawasan masjid. Memang membantu mangsa kezaliman zionis di Gaza adalah wajib. Memang wajib. Tetapi jangan kita dilalaikan kerana hanya tertumpu kepada Gaza, maka si yahudi zionis laknatullah akan memusnahkan masjidil Al-Aqsa. Jangan sesekali lalai, JANGAN!

Sabtu, Januari 24, 2009

CERITA-CERITA MINGGU INI.

Pada artikel ini, hamba hendak ceritakan berita-berita yang memeningkan kepala akal hamba yang geliga ke tahap gaban ini;

Cerita 1 ;

DAP dan JUDI.

DAP parti Cina. Dahulunya terlebih chuvanis, sekarang sudah reda. Cuma diganti terlebih gamblinglism. Ya, parti DAP perlu ditukar kepada nama Democrate AlwaysGamble Party mulai sekarang kerana sikap kemaruk judinya yang melampau. Adakah patut seorang ahli parti dari DAP menyeru agar judi disekat premisnya di Shah Alam dikenakan tindakan disiplin oleh parti DAP itu sendiri.

Memang Sah DAP sudah menjadi cap ayam serupa UMNO jika mereka mengekalkan status operandi pemikiran politik mereka sebegini rupa. Jadi cap ayamlah kome sekelian. Namun ada juga ya ahli DAP yang bencikan judi. Syabas kepada dia yang dikenakan tindakan disiplin itu. Kekalkan perjuangan anda menetang judi yang merosakkan manusia.

Cerita 2 ;

Mati dalam lokap.

Sesiapa mereka yang ditangkap polis dan dimasukkan ke dalam lokap, tolong jangan minum air, nanti anda akan mati serta merta.

Di Malaysia, orang yang dibuktikan sudah bersalah hidup lebih selesa daripada mereka yang ditangkap tetapi masih belum didapati bersalah, dan memang tidak bersalah pun. Dalam penjara ada tilam, dalam lokap tiada, dalam penjara boleh pakai baju, dalam lokap kena buka baju. Dalam lokap kena bantai perkara biasa, dalam penjara tidak kena bantai malah dapat bimbingan agama lagi. Inilah dia sistem yang pelik lagi ajaib.....:(

Cerita 3 ;

Lembu punya pasal, MB dapat susah.

Kepada sesiapa yang ada niat baik untuk menderma lembu sebagai korban, maka, anda sekelian perlu memikir 17 kali agar tidak dituduh oleh GERAK menggunakan dana kerajaan sebagai rasuah.

Kalau ya pun lembu itu dibeli menggunakan dana kerajaan negeri, jadi, apa masalahnya? Lembu itu dikorbankan dan diberikan daging-dagingnya kepada rakyat dan khariah masjid dan surau. Kiranya rakyat marhaenlah yang dapat manfaatnya. Lainlah jika lembu itu dibeli kemudiannya diberikan kepada anak bini MB untuk diagih-agihkan duit jualan lembu itu kepada isteri2 atau suami2 ADUN PR. Tak gitu anak Toyo dan isterinya?

Cerita 4 ;

Obama.

Obama adalah presiden amerika dan amerika adalah proksi zionis israel sampai kiamat mungkin. Oleh itu, janganlah berangan nak lihat mamat kelabu asap ini hendak bantu umat Islam. Tergelak pecah lutut kaki hamba mendengarnya.

Yang akan membantu umat Islam adalah jemaah Islam. Jemaah Islam mesti ada pemimpin. Pemimpin umat Islam mesti ada hanya 1, bukan 2, bukan 300. Nama pemimpin itu adalah Khalifah Islam. Oleh itu wahai umat Islam, perjuangkanlah untuk mengembalikan Khalifah umat, bukan bersekongkol dengan mamat-mamat pemimpin munafik dan fasik yang berfalsafah kebangsaan yang sesat. Jihad itu wajib dan berjihad didalam jemaah juga adalah wajib, bukan sunat, bukan harus.

Cerita 5 ;

Gaza.

Gaza wajib diperjuangkan. Namun sebenarnya, yang lebih wajib adalah di Baitulmaqdis. Jangan abaikan tempat suci Islam yang ketiga ini.

Yahudi bangsa yang sial, pembunuh nabi dan Rasul, maka mereka ini ada perancangan yang licik, mereka sibukkan umat Islam dengan Gaza, maka mereka pada ketika yang sama akan melakukan sesuatu yang buruk pada masjid Al-Aqsa, tengoklah. Maka siap siagalah wahai umat Islam untuk berjihad menentang yakjud dan makjud ini.

Cerita 6 ;

Karpal dan Hudud.

Hamba rasa keluarga Karpal adalah keluarga pencuri, perompak, perogol dan penzina gamaknya. Ya lah, melihat antinya kepada hudud, maka macam ya ya je dia ni ada keturunan manusia jahat-jahat.

Kasihan lihat Karpal sebiji ini, sudahlah uzur, dekat lagi hendak mati, masih lagi kena tipu dengan syaitan minal jin na ti wan nas....... kesian.

Cerita 7 ;

TV3 lagi.

Membohong cara cap ayamnya.
Masuk bakul angkat sendiri dengan cara cap ayamnya.
Buat maksiat dan mempromosikan maksiat cap ayamnya selama 25 tahun.
Sekian berita cap ayam.......

Selasa, Januari 20, 2009

ORANG MELAYU HANYA ADA TANAH SEBAGAI ASET.

Ada manusia dari Raub Pahang menyuruh hamba memelihara itik ayam dan seterusnya menjadi pemimpin itik ayam. O.K juga tu. Yelah, walaupun manusia itu penakut hendak memberikan nama dia bila hendak mengkritik orang (bukan kritik, menghina), tetapi cadangan dia itu untuk hamba membeli tanah untuk membela ayam itik adalah satu idea yang amat baik.

Maklumlah, sekarang ini, kebanyakan ayam itik sekarang dibela oleh orang bukan Islam, apa kata kita sebagai umat Islam memasuki industri yang tidak glamour ini tetapi mendatangkan hasil dunia dan akhirat.

HPA sekarang memerlukan manusia-manusia yang berani menceburi bidang industri membela ayam-itik ini untuk pengeluaran ayam organik HPAnya. Kekurangan umat Islam membela ayam itik organik ini amat ketara sekali sehingga ke tahap sukar bagi pihak HPA untuk mendapat bekalan ayam organiknya untuk dijual di seluruh Malaysia.

Jadi disini dapat dilihat peri pentingnya kita sebagai umat Melayu Islam, memerlukan tanah untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan ummah. Tanah adalah satu entiti penting buat umat Melayu Islam kerana pada situasi sekarang, hanya itulah sahaja aset yang dipunyai oleh umat Melayu Islam. Jika hendak membandingkan kekayaan duit RM, memang Melayu adalah golongan termiskin di negaranya sendiri.

Jika sudah ada tanah bagi orang Melayu, jangan gila duit hendak menjual tanah itu pula. Berapa banyak tanah-tanah umat Melayu telah dijual kepada warga asing. Berapa banyak rumah-rumah besar SPPK kepunyaan Melayu telah dijual kepada warga bukan Melayu. Sekarang ini sudah dapat dilihat, orang Melayu sedang duduk merempat ditanah airnya sendiri kerana kejahatan orang-orang Melayu juga. Betapa ramai orang-orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung Melayu telah dihalau untuk tinggal di awang-awangan (rumah pangsa) hanya kerana kampung itu dianggap sebagai setinggan.

Oleh itu, mahu tidak mahu, isu tanah tetap satu isu sensitif dan perlu dibawa dengan cara yang terbaik. Pedulikan ada manusia yang hendak menghentam hamba dengan isu ini, kerana ini adalah pendapat peribadi hamba. Dan hamba begitu sensitif dengan isu ini walaupun isu ini dibawa oleh jemaah Islam PAS, jika caranya tidak betul, hamba akan tegur kerana tegur pemimpin yang tersilap perhitungan adalah wajib. Wallahualam.

Ahad, Januari 18, 2009

TANAH ISU POLITIK DAN PERLU DIKENDALIKAN SECARA POLITIK JUGA.

Ayah hamba selalu pesan, jika hendak beli kediaman, jangan beli kondo, apartment atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Sebab apa, sebab bawah kaki kita, kita akan pijak kepala orang, di atas kepala kita pula, orang akan pijak kepala kita. Maksudnya apa ni? Maksudnya ialah jika kita beli kondo atau apartment sebagai kediaman, maka kita tiada tanah!


(Nampak mewah, tetapi tiada tanah, hanya duduk di awang-awangan)

Ya, itulah nasihat ayah hamba jika hamba hendak membeli kediaman. Mesti ada tanah dan mesti rumah lot tepi yang ada tanah. Biar mahal macam mana sekalipun, asalkan ada tanah. Dan jika sudah ada tanah, jangan mengada-ngada hendak menjual kepada orang lain. Nasihat ayah hamba, hamba akan ingat sehingga bila-bila.

Dari sini, hamba dapat melihat, apa yang DAP sedang lakukan sekarang ini di bumi Perak, seperti mereka mendengar nasihat ayah hamba. DAP adalah satu badan politik yang geliga dan banyak otak, kerana mereka tahu, mungkin ini adalah hanya satu-satunya penggal pemerintahan mereka di negeri Perak, mungkin pada pilihanraya akan datang BN akan mengambil alih, maka mereka 'all out' menjalankan kerja-kerja yang memastikan cita-cita politik untuk menguntungkan kaum Cina terlaksana.

YAB Dato Seri Ir.Mohammad Nizar adalah seorang yang baik, berakhlak dan bersih. Namun dari segi caraan politiknya agak tidak digemari oleh hamba secara peribadi. Kerana belum sampai setahun, dilihat MB Perak seperti terikut-ikut rentak DAP di dalam perlaksanaan kerja pemerintahan.

Contoh yang paling nyata yang dapat dilihat ialah soal tanah untuk kaum Cina. Sungguh terang lagi nyata, ianya semestinya idea dari DAP untuk mempercepatkan proses memiliki tanah selama-lamanya itu walaupun PR membuat penjelasan bahawa ianya adalah manifesto dari Barisan Alternatif, tiada kaitan dengan DAP.

Ianya bagi hamba satu langkah politik yang sungguh kurang bijak. Perlaksanaan ini walaupun betul, tetapi dari segi caraan politiknya ianya amat merugikan PAS. Sepatutnya, kerajaan negeri Perak mengutamakan kerja-kerja mengembalikan tanah rezab Melayu yang telah dirampas oleh kerajaan UMNO BN dahulu yang belum diganti-ganti, bukannya memberi tanah hampir milik selama 1000 tahun kepada kampung baru terlebih dahulu.

Biarlah orang Melayu nampak hasil yang dilakukan oleh kerajaan negeri terlebih dahulu, kemudian barulah kerajaan negeri tumpukan kepada tanah-tanah kampung baru. Biar orang Melayu nampak, tanah rezab Melayu dikembalikan dan diperbesarkan, kemudian barulah ditumpukan kepada tanah-tanah orang Cina untuk dimilik kekalkan.

PAS perlu undi orang Melayu untuk menang, PAS memerlukan orang Melayu untuk memerintah secara kuat majoriti didalam EXCO. Isu ini walaupun betul, tetapi dari segi caraan politiknya amat kurang kualiti kecerdikan. Tanah adalah satu isu sensitif kepada orang Melayu JIKA ianya diwar-warkan. Selama ini, walaupun UMNO banyak menggadaikan tanah rezab Melayu, namun ianya tidak diwar-warkan.

Hamba nampak disini seperti tindakan kerajaan negeri melalui pejabat Menteri Besar tidak merujuk dahulu kepada PAS Pusat apabila mengambil tindakan. Segala tindakan yang sensitif seperti tanah ini, amat memerlukan rujukan daripada PAS Pusat untuk tindakan.

Hamba harap perkara ini tidak berlaku lagi. Ini kerana sudahlah orang Melayu di Perak memang tidak mengundi PAS semasa PRU 12 lalu, dengan tindakan ini, walaupun betul, tetapi cara yang agak kurang baik, akan bertambah jauhlah umat Melayu dengan PAS selepas ini. Sudahlah PR tiadanya kemudahan media, dengan tambahan pembawaan politik merugikan parti, maka susah PAS akan melekat dihati orang Melayu yang berada di atas pagar. Nauzubillah...:(

UNDI MELAYU YANG MEMENANGKAN PAS DI KT, BUKAN CINA.

(Gambar ehsan MalaysiaKini)

Alhamdulillah, nampak gayanya, yang memberikan kemenangan kepada PAS di KT di dalam PRK semalam adalah orang Melayu. Daripada sumber MCA. UPU majoriti Cina dimenangi oleh BN.

Dimana BN mendapat 4114 undi, dan PAS mendapat 3071 undi. Beza sebanyak 1043 undi. Ini bermaksud, perbezaan orang Melayu yang mengundi PAS berbanding denga BN adalah 2631(majoriti) + 1043(beza undi cina) + 1039(undi pos BN) = 4713 undi.

Bermaksud sebanyak 4713 orang Melayu dianggarkan lebih ramai mengundi Parti Islam berbanding parti Nasionalis.

Adakah ini kerana isu hudud yang melampau ke tahap merosak akidah yang dimainkan oleh BN UMNO atau undi tidak suka kepada Wan Farid. Jika kerana ianya adalah kisah berkenaan dengan hudud, maka hamba rasa insyaAllah Terengganu akan dapat dirampas oleh PAS dari UMNO untuk pilihanraya akan datang.

Tetapi jangan juga dirisaukan mengapa undi Cina tidak menyebelahi PAS. Sebenarnya mereka menyokong Parti Islam, cuma mereka tidak keluar mengundi sahaja. Seramai 69.25% sahaja pengundi cina yang keluar mengundi berbanding keseluruhan 79% pengundi yang keluar. Kurang 10%. Mereka tidak keluar kerana takut ancaman kerajaan negeri tidak mahu membangunkan UPU yang mengundi PAS.

Oleh itu, bagi PAS dan PR Terengganu, mesti mengutamakan undi Melayu kerana lebih 90% pengundi di Terengganu adalah orang Melayu. PRK P036 ini menunjukkan, walaupun kalah undi cina, namun masih tetap boleh menang dengan sokongan orang Melayu yang ramai. InsyaAllah.

Ahad, Januari 11, 2009

SEPATUTNYA KERAJAAN MALAYSIALAH YANG PERLU BOIKOT BARANGAN PROKSI ZIONIS.


Hamba sebenarnya rasa sungguh pelik. Mengapa ye hanya rakyat marhaen sahaja yang disuruh untuk memboikot barangan Yahudi dan syarikat2 barat dan bukan barat yang memberi dana tiap-tiap bulan kepada Zionis Israel. Mengapa rakyat marhaen sahaja yang di suruh memboikot barangan ini seperti contoh paling mudah Mc'Donald dan Coca cola yang terang-terangan beri duit kepada zionis?

Padahal, tiap-tiap pekedai menjual air Coca-cola. Tiap-tiap daerah ceruk rantau di tanah Melayu ini ada berlambak-lambak kedai Mc'Donald. Mengapa tidak kita mendesak KERAJAAN MALAYSIA yang memboikot seluruh produk dari proksi-proksi zionis ini.

Ya, diulangi, sepatutnya KERAJAAN MALAYSIAlah yang patut didesak oleh kita rakyat marhaen lebih-lebih lagi kita umat Islam agar barang-barangan ini tidak wujud langsung di bumi Malaysia ini. Sepatutnya, Coca-cola sudah tidak dapat dilihat dimana-mana kedai di seluruh Malaysia lama sudah kerana kerajaan memang tahu, ini adalah produk proksi zionis.

Mc'Donald sepatutnya dihumban keluar dari Malaysia diharamkan berniaga di Malaysia. Produk-produk proksi zionis sepatutnya diharamkan dijual di Malaysia seperti mana haramnya dadah di bumi Malaysia ini.

Dengan itu, barulah berhasil perang ekonomi terhadap zionis israel laknatullah yang memang syaitan itu. Jika kita penakut sangat hendak mengangkat senjata, gunakan ekonomi untuk memerangi mereka. Bukan rakyat marhaen sahaja, tetapi kerajaan Malaysia. InsyaAllah negara ini tidak miskin kedana dengan tiadanya produk proksi zionis jahanam ini. InsyaAllah.

Khamis, Januari 08, 2009

ISLAM PASTI MENANG DI PALESTIN & KT.

Sedih lagi hamba. Selepas melihat kematian penduduk Palestin oleh si kafir Yahudi, dan hamba tidak berbuat apa-apa selain berdoa kepada Allah, kemudian hamba tidak dapat hadir ke Terengganu pula untuk berjihad memenangkan Islam di bumi Kuala Terengganu.

Selepas hamba keluar dari hospital, pinggang hamba pula sakit yang amat, mungkin kerana semasa hamba meracau, hamba telah meng'ekses' kerja pinggang hamba ke tahap menyakitkan. Hamba sekarang ini masih sakit pinggang.

Oleh itu, hamba menyeru kepada semua pengundi KT agar mengundi PAS agar Islam dinobatkan sebagai tertinggi di dalam negara. Takbir! Setakat itu sahaja untuk hari ini. Pinggang hamba sakit.......:(

Ahad, Januari 04, 2009

12 HARI PENJENAYAH AKAN OVERTIME.

Seronoknya pencuri, penyamun, perompak, mat rempit, perasuah, pemaksiat, perogol dan berbagai-bagai mereka yang profesyennya adalah membuat dosa noda pada 6/1/09 sehingga 17/1/09 ini.

Mana tidaknya, seramai 6,000 anggota polis akan di'cuti'kan tugasnya untuk memantau dan menangkap mereka-mereka yang berprofesyenkan pekerjaan cap ayam ini. Seronok bebenorlah mereka-mereka ini nanti. Akan menambahkan pendapatan dan boleh buat overtimelah mereka-mereka ini untuk membuat pekerjaan harian mereka kerana kesenangan membuat kerja harian.

Hamba pun tidak faham mengapa polis Malaysia ini sungguh berminat dengan PRK KT P036 ini? Apa masalahnya dengan pilihanraya kecil ini sehingga 6,000 anggota polis perlu ditugaskan untuk PRK ini? Mengapa? Orang Kuala Terengganu ni ganas macam LTTE ke? Tidak puas hati je, bunuh orang, tidak puas hati je bunuh orang, gitu? Atau puak-puak PAS ini adalah teroris antarabangsa yang selalu mengebom berani mati kepada pengundi-pengundi yang tidak mahu mengundi mereka?

Apalah punya cerita ni. Macam cap ayam. Orang Kuala Terengganu adalah orang bandar. Majoriti Melayu. Majoriti Melayu diulangi. Diulangi lagi sekali, majoriti Melayu. Melayu yang bersifat sopan santun, penuh maruah dan beragama Islam serta berpendidikan. Ini nampak macam pihak kerajaan hendak menghina puak-puak Terengganu yang seperti mengatakan mereka ini tidak boleh bertindak mengikut lunas undang-undang kerana sifat 'kejahatan' mereka. Ya, ini memang satu penghinaan kepada pengundi dan juga penduduk Kuala Terengganu.

Hamba kasihan melihat 6,000 anggota polis ini nanti, sudahlah kena buat kerja lari dari 'job description' mereka, nanti, bila hujung tahun, bila ada temuduga prestasi kerja tahunan, kena hentam kromok kerana prestasi kerja yang kurang memberangsangkan. Kerana apa, kerana kes-kes jenayah meningkat, kes-kes samun meningkat, dan kes-kes PRK asyik-asyik pembangkang je menang.

Wahai polis. Tolonglah buat kerja yang telah diamanahkan rakyat kepada anda sekelian. Tolonglah. Kes-kes jenayah sekarang di Malaysia sudah terlalu kronik. Hilang kasut mahal di pintu rumah sudah menjadi fenomena kehidupan biasa di Malaysia di bandar-bandar besar. Sehingga polis sudah ke tahap tidak mahu layan kes-kes kasut hilang ini kerana kes-kes jenayah lebih besar lebih banyak yang perlu diselesaikan.

Jika motor anda hendak diparkir, anda diwajibkan untuk membawa sekali mangga sebesar buah nangka agar motor anda tidak hilang ghaib entah ke mana. Jika hilang ghaib juga, maka janganlah berangan-angan dengan repot kepada polis akan membuahkan hasil mengembalikan motor kesayangan anda kepada anda.

Inilah dia Malaysia yang kita duduki sekarang. Penuh dengan perkara-perkara cap ayam. Atau ada tambahan bahasa baru dari abang hamba dari Bahrain, cap ayam pongek. Maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di Malaysia nanti dengan kerja-kerja tambahan masa kerana polis akan berkurangan sebanyak 6,000 anggota selama 12 hari mulai 6/1 ini. Apalah nasib badan kepada kita rakyat marhaen ini, malang, malang,.......:(

Jumaat, Januari 02, 2009

HAMBA JADI PESAKIT MENTAL SEKEJAP.

Alhamdulillah.
Hamba sebenarnya baru keluar dari hospital akibat sakit virus di kepala. Saintifik panggilnya manginitis, Islamnya dipanggil rasuk jin jahat.

Sakitnya bermula dari Isnin 22/12/08. Tengahhari itu hamba sudah tidak tahu apa-apa terjadi. Yang hamba ingat, malam tu, hamba meracau 2 kali. Sebenarnya isteri hamba kata hamba meracau berbelas-belas kali. Hendak tahu cerita selanjutnya dari isteri dan ibu ayah hamba yang datang sekali ke rumah hamba selepas isteri hamba menelefon mereka agar datang kerana hamba meracau; gini ceritanya.

2 kali meracau yang hamba ingat isnin malam selasa itu ialah racau yang pertama, hamba rasa seperti hendak mati. Ya, seperti hendak mati. Hendak menjelaskan bagaimana rasa hendak mati itu, hanya orang yang telah merasai begaimana rasa hendak mati sahaja yang boleh memahaminya. Keduanya, begitu juga rasa hamba, rasa bagai hendak mati dan dunia ini terlalu sempit untuk hamba.

Pada ketika itu, isteri hamba telah menolong hamba agar membaca ayat kursi dan merenjis-renjiskan air ke muka suaminya. Hamba pun bacalah ayat kursi berbelas-belas kali dan hamba rasa alhamdulillah, cukup tenang sekali ketika itu dan kemudian hamba ingat hamba tidur.

Setelah hamba rasa seperti hamba tidur selama 6-7jam, hamba terbangun dan mendapati hamba berada di suatu tempat yang sangat asing. Hamba memandang sekeliling dan mendapati berbagai-bagai alat kelengkapan hospital berada disekeliling. Kemudian hamba nampak ayah hamba dan abang hamba yang sepatutnya bekerja di Bahrain berada disebelah hamba.

'Ada mana ni ayah?', tanya hamba pada ayah hamba, 'ada di ICU HKL', kabor ayah hamba. 'Apa? ICU? Berapa lama dah?' tanya hamba lagi, 'Hari ni hari jumaat, jam 7.30malam.'. Ya Allah, itulah apa yang hamba boleh sebut.

Kemudian isteri hamba menceritakan secara detail apa yang terjadi kepada hamba. Selasa itu, ustaz Alwi Kamus (adik Ismail Kamul), telah datang ke rumah cuba mengubati hamba, tetapi dikatanya, jin itu ada, tetapi susah hendak keluar dan ada juga yang keluar. Namun, tengahhari itu, badan hamba tiba2 panas yang melampau dan dalam keadaan meracau kembali, maka dibawanya ke hospital kuala kubu baru.

Hospital KKB kata sakit ini serius, maka jam 4 petang selasa itu, dibawanya hamba dengan ambulan ke HKL bahagian neurologi (tempat sakit saraf bahagian kepala). Petang itu hamba masuk ke wad 5B neurologi kubikal akut di mana disitu adalah tempat yang kritikal (hidup-mati). Jam 11.30mlm, pakar neurologi telah membawa hamba ke ICU untuk menenangkan hamba kerana di kubikal akut itu, hamba meracau macam orang gila.

Di ICU hamba telah diberi morfin untuk tidur dan keseluruh badan hamba telah dikomakan dan hanya dibantu alat pernafasan untuk hidup. Hamba berada di ICU dari 11.30 mlm Rabu sehinggalah 2.30 petang Sabtu. Lebih kurang 4 hari setengah. Namun hamba sedar pada Jumaat jam 7.30mlm kemudian dipaksa tidur kembali.

Hamba telah ke wad biasa pada hari sabtu itu jam 2.30ptg di wad kelas 3 sehingga hari isnin. Kemudian pada hari isnin jam 6.30mlm, hamba telah ditukar ke wad kelas 1, sekatil sebilik sehinggalah dibenarkan keluar pada hari ini, Jumaat jam 3.30ptg. Selama berada di wad biasa, hamba dikenakan dos 2 antibiotik sakit otak yang terkuat didunia setiap empat jam, jam 10, 2 dan 6, siang malam (menggunakan drip terus ke saraf).

Keluar hospital, hamba kena makan lagi antibiotik makan secara oral selama 2 x untuk 5 hari. Antibiotik untuk saraf otak yang terkuat didunia juga. Mana tidaknya yang terkuat, sehingga doktor pun saya tumbuknya. Namun sehingga sekarang hamba tidak tahu, siapakah yang sebenarnya menumbuk doktor itu, kerana hamba tidak ingat apa yang terjadi selama 5 hari itu.

Alhamdulillah, berkat pertolongan solat hajat ahli jemaah PAS Hulu Selangor, PAS Segambut, ahli kariah masjid Bukit Damansara, pertolongan ustaz-uztaz rakan sejemaah yang membuat air jampi dan memang mengkomfirmkan ada benda telah masuk ke dalam tubuh hamba, syukur kepada Allah, hamba telah sihat dan merasai sungguh bertaubat kepada Allah SWT kerana telah lalai yang sangat jauh dengan amal ibadah kepada Allah. Hamba mohon keampunan kepadaMU ya Allah, hamba mohon keampunan dan petunjuk dariMU ya Allah. Ampunkanlah hamba,.........