Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Disember 26, 2009

MAJLIS AKAD NIKAH - THE UNSEEN HEROES

Gambar sekitar pertunangan anak sepupu hamba. 24 Disember 2010.


Seorang insan yang akan menanggung beban tanggungjawab yang sangat besar, menjadi seorang suami. - Mohd Fauzi bin Dr. Hussin.




Putih lepok. Baju, tubuh, hati dan nurani.

Kenapa tak nyaut-nyaut anak pupu hamba ni. Tok Kadi panggil nama dia buat deeeek je?



Ayah pengantin perempuan mengakadkan sendiri pernikahan anak perempuannya. - 1000 degupan sesaat, itulah frekuensi jantung silelaki baju melayu putih itu. he, he......


Sebelum ini haram buat gini, sekarang sudah berpahala. Tetapi bukanlah depan orang ramai, lain pula ceritanya nanti. Peristiwa yang dulu-dulu, jika ada peristiwa begini, diharap kedua mempelai ini memohon ampun kepada Allah SWT, agar rumahtangga ini diberkati Allah.


Didalam majlis akad nikah, insan yang perlu hadir adalah kedua-dua pengantin, wali, saksi dan kadi. Yang lain-lain itu tidak hadir pun tidak mengapa. Namun kehadiran yang lain-lain itu juga sebenarnya didalam konteks bangsa Melayu, adalah satu kehadiran yang penting juga.

Cuba bayangkan, proses akad nikah yang hanya dihadiri oleh pengantin, wali, kadi dan saksi, kan ke pelik namanya itu. Maka akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari orang sekeliling. Kahwin tidak dapat restu keluargalah, nikah nombor dua lah, berkahwin kerana jadi pak sangguplah. Kan ke naya dibuatnya kepada pengantin itu. Maka adalah satu perkara penting juga, didalam majlis akad nikah itu, keluarga terdekat menghadiri sama majlis yang barokah itu.

Namun, sebenarnya, selain ahli keluarga dan rakan-rakan karib yang turut hadir, ada satu lagi kelompok kumpulan yang hadir ke majlis akad nikah. Kumpulan ini adalah kumpulan yang dirasakan seperti ghaib kedatangannya namun orang ramai tahu akan kehadiran kumpulan itu. Kumpulan ini adalah kumpulan yang amat sibuk ketika majlis akad nikah ini berlangsung namun orang ramai seperti tidak nampak atau buat-buat tidak nampak kehadiran mereka.

Hendak tahu siapakah ahli kumpulan ini? Hendak tahu apakah gerangannya mereka menyibuk-nyibuk dengan urusan majlis akad nikah ini? Mereka ini adalah kumpulan pemetik foto. Ya, kumpulan photographer. Kumpulan yang akan mengambil gambar dan akan mengabadikan peristiwa akad nikah itu ke dalam sebuah filem untuk dipertontonkan kepada si pengantin dan ahli keluarganya untuk dijadikan kenangan sehingga akhir hayat.

Mulia sungguh kerja mereka. Profesional sungguh kerja mereka. Namun, didalam banyak-banyak filem-filem foto yang diambil didalam majlis akad itu, tiada satu foto pun yang diambil untuk memaparkan kerja-kerja mereka. Tidak pernah ada dan tidak pernah hamba nampak.

Maka, hari Khamis lepas, hamba telah mengfotokan sedikit gambar mereka-mereka ini, 'the unseen heroes', semasa majlis akad nikah anak sepupu hamba.




Beg senjata 'the unseen heroes'.




Senjata utama pejuang 'the unseen heroes'.


Salah seorang mujahidah sedang menjalankan tugas.



Posisi tembakan yang penuh konsentrasi.



Peladak menembak untuk pejuang sniper berani mati.





Duduk bersila sebelum memberi tembakan maut.


Perangkap samar. Sanggup meredah 'hutan' semata-mata untuk mencari posisi menembak . Angle mesti canteeeek.


0 ulasan: